SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, January 4, 2014

UMNO Online - “Keluarga Mangsa Kemalangan Terharu MB Bantu Mangsa Di Tempat Kejadian” plus 7 more

UMNO Online - “Keluarga Mangsa Kemalangan Terharu MB Bantu Mangsa Di Tempat Kejadian” plus 7 more

Link to UMNO Online

Keluarga Mangsa Kemalangan Terharu MB Bantu Mangsa Di Tempat Kejadian

Posted: 03 Jan 2014 01:32 PM PST

KEMAMAN, 3 Jan – Keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Seri Bandi, di sini semalam melahirkan perasaan gembira dan terima kasih atas keprihatinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang membantu mangsa.

Adik mangsa, Mohd Hafizi Ismail, 21, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa mangsa, Mansor dan keluarga dibantu Menteri Besar melalui laporan berita televisyen semalam dan laporan akhbar hari ini.

“Saya dapat tahu abang saya kemalangan dari kawan, bila saya pergi ke tempat kejadian, abang saya dah tiada, hanya tinggal kereta di situ.

“Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan…dalam kesibukan beliau (Menteri Besar) dengan jadual yang padat, masih sempat membantu rakyat yang kesusahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kemaman di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Menteri Besar yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian selepas menghadiri program penyampaian bantuan dana bakti remaja di Dewan Seri Bandi di sini pukul 3.45 petang semalam, mengarahkan pemandunya berhenti sebaik melihat kemalangan itu.

Kemalangan itu membabitkan sebuah Proton Perdana dengan Perodua Viva yang mengakibatkan pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan itu cedera, termasuk seorang tersepit dalam remukan Proton Perdana.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Rosli Zakaria berkata kemalangan itu membabitkan tujuh mangsa, termasuk seorang mangsa wanita yang parah dalam Perodua Viva.

“Ketika Ahmad tiba di lokasi, mangsa yang cedera belum dihantar ke hospital kerana menunggu ketibaan ambulans.

“Menyedari keadaan itu, beliau membenarkan keretanya diguna bagi menghantar mangsa ke Hospital Kemaman. Malah, beliau turut menahan beberapa kereta yang lalu di situ untuk menghantar semua mangsa yang cedera ke hospital untuk rawatan segera,” katanya.

Rosli berkata Ahmad turut cuba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta, tetapi mangsa tidak dapat dikeluarkan berikutan keadaannya yang tersepit agak parah dan tidak putus-putus memberi semangat kepada mangsa untuk bertahan sehingga dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke lokasi.

“Selepas semua selesai, baru Ahmad bergegas ke majlis bersama masyarakat di Dewan Sivik Kijal dengan menumpang sebuah kenderaan lain yang menuju ke program sama,” katanya.-MediaUMNO

Terdapat 10 Pakej Bantu Rakyat Tangani Kenaikan Kos

Posted: 03 Jan 2014 01:30 PM PST

CYBERJAYA, 3 Jan – Terdapat 10 pakej bantuan untuk rakyat yang disediakan kerajaan dalam membantu mereka menangani kenaikan kos pada masa kini dan akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata 10 pakej bantuan itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); subsidi enam jenis bahan asasi; bantuan kepada pesawah, nelayan, pesawit dan penoreh getah; pengurangan pemotongan cukai pendapatan; subsidi kesihatan; bantuan pendidikan; projek perumahan mampu milik; bantuan kepada penduduk miskin; dana untuk pembangunan usahawan serta kenaikan gaji dan bonus kepada penjawat awam.

Ahmad turut tidak menafikan susulan rasionalisasi bajet yang dibuat oleh kerajaan dalam mengurangkan kadar defisit negara baru-baru ini telah menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat iaitu minyak, gula dan tarif elektrik.

“Pada ketika kita melihat tiga perkara naik, kita jangan lupa semua perkara yang kita bantu itu, jadi saya harap kepada rakyat dan terutamanya pembangkang agar berlaku adil,” katanya kepada pemberita selepas melawat kaunter Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini, hari ini

Namun ujar beliau pakej bantuan ini telah dibuat bagi menolong rakyat untuk mencapai tahap pendapatan tinggi agar tidak terbeban dengan kenaikan kos pada masa depan.

“Jadi apa yang dibuat adalah demi jaringan keselamatan sosial dan apa yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat agar dapat menyerap kos yang meningkat di sana sini,” katanya.

Ahmad berkata:”Saya tak nafi terdapat kenaikan ada tiga jenis item tersebut tapi saya difahamkan oleh Tenaga Nasional Berhad bahawa 70 peratus penggunanya tidak akan terlibat dengan kenaikan tarif tesebut,”.

Jelasnya lagi RM400 juta penjimatan yang dibuat kerajaan melalui rasionalisasi subsidi gula telah dapat diguna untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat melalui tambahan jururawat, klinik baharu 1Malaysia dan klinik desa serta hospital baharu.

“Jadi kita tarik subsidi barangan yang tidak begitu sihat (gula) untuk kita tambah kepada kesihatan rakyat dan ini sepatutnya dipersetujui,” katanya.

Tambahnya pengurangan subsidi bahan api juga telah menjimatkan sebanyak RM4.4 bilion yang kini dapat digunakan untuk BR1M, satu bentuk bantuan kerajaan yang lebih adil dan terarah kepada golongan yang memerlukan.-MediaUMNO

Kerajaan Akan Terus Berusaha Sediakan Sistem Pengangkutan Awam Terbaik Untuk Rakyat

Posted: 03 Jan 2014 01:27 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan akan terus berusaha menyediakan sistem pengangkutan awam yang terbaik untuk rakyat.

“Kita terus berusaha sediakan sistem terbaik,” kata Najib dalam Tweet terbaharu beliau malam ini.

Perdana Menteri mengulas kajian tahunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menyatakan kadar penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang terus meningkat terutama semasa waktu puncak sebelah pagi.

Kajian itu menunjukkan jumlah perjalanan yang dibuat semasa waktu puncak sebelah pagi meningkat sembilan peratus kepada 5.7 juta perjalanan pada 2013, berbanding 5.3 juta perjalanan tahun sebelumnya.

Menurut SPAD pada 2013 penumpang dalam tempoh puncak sebelah pagi setiap hari ialah 827,000 berbanding 635,000 pada 2012.

Kajian itu juga mendapati penumpang rel bandar melepasi penumpang bas memandangkan rel menyumbang 52 peratus bagi pengguna pengangkutan awam. -MediaUMNO

RM650,000 Diperuntuk Untuk Baik Pulih Sungai Melor

Posted: 03 Jan 2014 02:18 AM PST

annuar-musa-umno-bn-politik-sempit-celaru-pas-kelantan

KOTA BAHARU, 3 Jan – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM650,000 bagi membaik pulih dan melebarkan aliran Sungai Melor, di sini yang terjejas akibat masalah banjir, sejak empat tahun lalu.

Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata jumlah itu merangkumi RM500,000 bagi kos membina benteng dan RM150,000 bagi melebarkan aliran sungai sepanjang 500 meter.

“Pihak kami membuat rayuan kepada Jabatan Perdana Menteri dan ia diluluskan dengan serta-merta agar kerja-kerja tersebut termasuk pembinaan jalan berturap dapat dijalankan dengan segera.

“Setakat ini, usaha membina aliran sungai yang efisien telah terbukti dapat menyelesaikan masalah takungan, dengan air sungai tidak melimpah ketika banjir Disember lalu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Sri Kulim, di sini, hari ini.

Demokrasi Hanya Untuk Pembangkang, Bukan Untuk Rakyat – Ruslan Kassim

Posted: 03 Jan 2014 02:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim membidas sikap pembangkang yang tidak memahami erti sebenar demokrasi serta menjadikannya sebagai alasan untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah politik mereka.

Menurut beliau, pembangkang sengaja membutakan mata serta memekakkan telinga daripada memahami makna demokrasi sebenar dengan tidak mempedulikan suara majoriti rakyat di negara ini yang mahukan keharmonian dan keamanan.

"Contohnya seperti perhimpunan haram yang berlaku baru-baru ini yang di buat atas alasan demokrasi, sedangkan hakikatnya demokrasi itu ialah suara majoriti, manakala mereka yang berhimpun serta membuat kecoh itu hanyalah sekumpulan minoriti kecil saja.

peserta-perhimpunan-haram-turun-bantah-tahun-baru-2014-rempuh-polis

"Demokrasi telah diterjemahkan oleh majoriti rakyat di negara ini dan jelas, majoriti rakyat mahukan keamanan dan kestabilan, bukannya kekecohan dan huru-hara seperti yang cuba dicetuskan oleh pembangkang.

"Ini memperlihatkan pembangkang tidak memahami apa itu demokrasi, malah mereka menyalahgunakan nama demokrasi demi kepentingan politik mereka," tegasnya kepada UMNO-Online hari ini.

Malah katanya lagi, pembangkang juga bersikap double standard dan meletakkan hak demokrasi rakyat majoriti di dalam kocek mereka, dan beranggapan pendekatan mereka untuk berhimpun dan membuat kacau itu adalah penterjamahan kepada demokrasi.

"Bagaimana pula dengan hak-hak rakyat lain yang tidak suka dengan cara dan pendekatan politik jalanan seperti yang mereka lakukan itu? Apakah pembangkang fikir, apa yang dilakukan oleh mereka itu semuanya demokrasi, manakala majoriti rakyat di negara ini yang menentang cara mereka itu tidak demokrasi?

"Inilah sikap pembangkang yang amat-amat berat sebelah. Kepimpinan pembangkang masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa majoriti rakyat telah menolak mereka.

"Mereka beranggapan bahawa demokrasi itu hanyalah milik mereka, dan apa jua tindakan kerajaan dan majoriti rakyat yang menolak pendekatan politik sebegitu tidak selari dengan prinsip demokrasi. Inilah sikap kolot dan jumud yang ada pada kepimpinan pembangkang hari ini," tegasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan pembangkang tidak menggunakan nama demokrasi sebagai alasan untuk menghalalkan perbuatan salah mereka itu, serta menganggap pihak lain tidak demokratik apabila tidak menyokong mereka.

"Cukup-cukuplah. Banyak lagi cara lain untuk menyampaikan hasrat. Bukannya dengan cara menghasut rakyat berhimpun, membuat kecoh sehingga melanggar hak orang lain. Ini tidak demokratik namanya.

"Namun saya yakin pembangkang tidak pernah serik untuk menghuru-harakan keadaan di negara ini. Politik mereka berasaskan emosi dan bukannya toleransi.  Bagi saya, mereka ini diumpamakan beraja di mata, bersultan di hati. Demokrasi itu hanya untuk mereka, tetapi tidak untuk rakyat terbanyak di negara ini," akhiri beliau. – MediaUMNO

A Mahathir Solution To Flooding

Posted: 03 Jan 2014 01:07 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 3 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has suggested that the first floor of buildings and houses be raised in order to prevent floods and reduce damage from the recurring disaster in the future.

He said the first floor – lobby or entrance hall – of a building should be raised to about 12 feet or more above the level of the street or the road, with concrete walls surrounding the space below the first floor extending down to surround the car park below the building.

dr-m-tun-mahathir-bekas-pm-presiden-umno-malaysia

In the latest post on his blog at www.chedet.cc, Mahathir also said that a ramp must be built from the road to the entrance of the building on the first floor and another ramp for the cars to drive down to the multi-level car park below.

“The road or street will become virtual drains during the floods due to the rain or the tide. This will help the floodwaters to drain quickly into the canals or rivers as soon as the tide goes down or the rain stops,” he said.

On the east coast where floods regularly occur during the monsoon rains, Mahathir said, the simplest solution was to go back to building houses on stilts like the old Malay houses.

“The first floor of the houses must be above the highest floodwater mark. The stilts supporting the houses must be sturdy and buried deep in the ground. Concrete should be used,” he said.

To avoid cars from ‘drowning’ during the monsoon season, Mahathir said, a ramp could be built so that the cars could be driven up to the first floor.

He said the government had spent quite a substantial amount of money for flood relief and, by insisting that houses be built on stilts, the money would be saved.

“Part of the savings can be used to subsidise the cost of the stilts, at least initially. The house-owners or occupants too would save money,” he said.

Mahathir said that if the idea was to be accepted, architects could design the stilts to look attractive while competitions could also be held for new styles of houses on stilts.

“If we don't do something, every year thousands will have to be evacuated and a few will lose their lives. And lots of money would be wasted on food, evacuation and repairing flood damage,” he said.

Last month, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan and Sarawak were hit by floods following incessant heavy rain and the overflow of rivers in several areas, forcing thousands of residents to be relocated and incurring much damage to property.

Pesawah Balik Pulau Berjaya Keluar Dari Garis Kemiskinan

Posted: 02 Jan 2014 11:48 PM PST

BALIK PULAU, 3 Jan – Sebanyak 54 pesawah di Balik Pulau berjaya keluar daripada garis kemiskinan apabila berjaya mencapai purata pendapatan antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan sejak 2011.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata hasil padi yang diperoleh mereka meningkat dari 3.8 metrik tan kepada 5.9 metrik tan dalam satu musim dan pihaknya menyasar perolehan 6.5 metrik tan menjelang tahun 2020.

“Majoriti pesawah di kawasan ini mendapat purata pendapatan lebih dari RM2,000, jauh lebih tinggi daripada paras kemiskinan. Ini satu kejayaan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan petani-petani kita yang kerja bersungguh-sungguh.

“Mereka tidak lagi tergolong dalam golongan miskin kerana pendapatan mereka telah meningkat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif projek estet padi pengurusan secara berpusat di PPK Seri Pulau,di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 19 pesawah menerima insentif RM4,000 seorang di bawah program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata program bantuan dan insentif yang disediakan kerajaan untuk golongan petani berjaya membantu pesawah meningkatkan hasil pengeluaran padi dan pendapatan mereka.

Katanya Balik Pulau mempunyai kawasan penanaman padi seluas 172 hektar yang diuruskan oleh 54 pesawah terbabit.

Mengulas mengenai keputusan majlis mesyuarat kerajaan negeri membeli Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasmi Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau menyifatkan tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP itu sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang dulu bukan main lantang menentang kerajaan negeri Terengganu apabila membeli kereta Mercedes untuk exco dan menteri besarnya. Sekarang ni apa yang dihentam itu dibuat di Pulau Pinang. Membazir…padahal kereta (Toyota) Camry itu baru sahaja beli, baru dua bulan.

“Walaupun kerajaan negeri dapat harga Mercedes itu tanpa cukai, tapi prinsipnya adalah salah. Kalau kita komen tentang hal orang, tiba-tiba kita buat…itu cakap tak serupa bikin,” katanya.

Berita mengenai Lim menggunakan kereta Mercedes yang baharu dalam tempoh singkat selepas 15 buah Toyota Camry dibekalkan kepada kerajaan negeri pada 31 Okt tahun lepas bagi kegunaan ketua menteri, timbalan-timbalannya dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri telah menjadi bualan hangat.

Dilaporkan Lim mula menggunakan Mercedes-Benz, yang dibeli dengan harga RM298,263.75, pada Isnin. Harga sebenar Mercedes-Benz S300L dilaporkan RM657,218.

Henti Polemikkan Isu Kalimah Allah Demi Keamanan Negara – Hishammuddin

Posted: 02 Jan 2014 11:31 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini mahu semua pihak berhenti mempolemik dan mempolitikkan isu kalimah Allah demi keamanan negara.

Beliau berkata keengganan segelintir puak untuk menerima keputusan mahkamah berhubung isu itu, sebaliknya menanam perasaan benci dan mewujudkan perpecahan, dikhuatiri boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara.

“Mahkamah telah buat keputusan, jadi kita kena akur kepada keputusan yang dibuat…jangan dipolemikkan atau dipolitikkan isu itu, kalau tidak huru hara negara kita,” katanya selepas merasmikan majlis penutupan dan penyampaian diploma Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) 33/2013 di sini.

KL12_110711_SIDANG MEDIA

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Ia bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 14 Dis yang antara lain menegaskan, semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang, perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Oktober lepas, Mahkamah Rayuan juga membuat keputusan melarang penerbitan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu setelah merumuskan penggunaan kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Dalam pada itu, seramai 40 pegawai tentera pelbagai peringkat menerima diploma masing-masing pada majlis berkenaan.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT