SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, July 26, 2013

UMNO Online - “Kemenangan Di Kuala Besut Manifestasi Keyakinan Rakyat Terhadap BN” plus 9 more

UMNO Online - “Kemenangan Di Kuala Besut Manifestasi Keyakinan Rakyat Terhadap BN” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kemenangan Di Kuala Besut Manifestasi Keyakinan Rakyat Terhadap BN

Posted: 25 Jul 2013 02:01 AM PDT

KOTA KINABALU, 25 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut sebagai manifestasi keyakinan rakyat  terhadap kewibawaan BN mentadbir negara.

Beliau yang juga pengerusi BN negeri berkata pengundi di Kuala Besut telah membuat satu keputusan yang bijak, sekali gus memastikan kesinambungan pemerintahan BN di Terengganu.

“Saya percaya rakyat sedar dan tahu pentingnya untuk terus menyokong BN supaya BN terus memerintah negeri itu,” katanya selepas majlis penyerahan kuih muih aidilfitri kepada anggota keselamatan di Auditorium Tun Ahmad Raffae Menara Tun Mustapha di Likas, dekat sini hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut menyaksikan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mengekalkan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,592 undi.

Di SEREMBAN, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan itu amat bermakna kerana bukan sahaja BN dapat mempertahankan kerusi itu yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei lepas, tetapi juga dapat menambah majoriti kemenangan.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata ini jelas menunjukkan bahawa kemenangan BN di kawasan itu pada PRU-13 baru-baru ini bukanlah seperti apa yang didakwa oleh sesetengah pihak wujudnya gejala tidak sihat yang memungkinkan kemenangan BN.

“Memang BN menang dan jelas sekali bahawa dalam PRK yang diadakan ini, kita dapat bertahan dan bukan saja bertahan tapi menambah majoriti. Tahniahlah saya ucapkan kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang telah dapat mewakili DUN Kuala Besut.

“Kita harap supaya beliau dapat menjalankan tugas dengan baik dan dapat terus pastikan supaya BN ini akan terus dapat kepercayaan orang ramai dengan memberikan khidmat bakti yg cemerlang di kawasan yang beliau menangi sekarang ini,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kemenangan itu.

Mohamad ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu, Tampin, Rembau dan Telok Kemang di kediaman rasmi beliau.

Police To Implement ‘Online Tracking’ And ‘Online Reporting’ System By Year End

Posted: 25 Jul 2013 01:35 AM PDT

SEREMBAN, July 25  – The Royal Malaysia Police is targeting to implement the ‘online tracking’ system by the end of September, said federal police Director of the Crime Prevention Department, Datuk Wira Ayub Yaakob.

He said the system was now quite ready except for several loose ends that must be studied before it was fully implemented at the end of the year.

“The ‘tracking online’ system means that complainants can check the progress  the investigation carried out. The system may be developed where each complainant may be given a specific ‘password’ because the investigation is confidential and only the complainant should know.

“The pilot project has been implemented in Kuala Lumpur. Due to the effectiveness of the ‘tracking online’, we will implement it nationwide,” he told reporters after the ‘High Profile Policing’ programme with the community in Senawang, here today.

Earlier, Ayub heard a briefing and held a dialogue on his new department at the State Contingent Police Headquarters, here.

Peserta Ratu Cantik Pertikai Fatwa Boleh Dikena Tindakan – MUIP

Posted: 25 Jul 2013 01:33 AM PDT

PEKAN, 25 Julai  - Empat orang gadis Islam yang mempertikai larangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam  pertandingan ratu cantik boleh dikena tindakan di Mahkamah Syariah.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata jika mereka nekad dengan keputusan untuk terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang syariah.

“Ini kerana jika sesuatu perkara itu telah difatwakan, ia telah menjadi satu undang-undang syariah, dan pihak yang melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 165 Enakmen Kanun Tatacara Jenayah Syariah kerana menghina Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang di sini hari ini.

Empat gadis tersebut yang berumur antara 19 hingga 23 tahun bukan sahaja mempertikai larangan tersebut malah terus nekad menyertai pertandingan itu walaupun nama mereka digugurkan pihak penganjur.

Berhubung isu Syiah, Wan Abdul Wahid berkata mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyebaran fahaman itu atau mengajar ilmu agama tanpa tauliah di negeri ini, mereka boleh dikenakan hukuman denda atau penjara jika didapati bersalah.

“Setakat ini belum ada sebarang aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negeri ini. Jika ada pun ia adalah kes terpencil dan dibawa oleh pihak luar. Muip bagaimanapun akan memantau perkara ini dari semasa ke semasa,” katanya.

MIER Revises Downwards Malaysia’s Economic Growth Forecast To 4.8 Pct For 2013

Posted: 25 Jul 2013 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 25  - The Malaysian Institute of Economic Research (MIER) has revised downwards Malaysia’s economic growth forecast to 4.8 per cent for this year from 5.6 per cent estimated earlier.

Executive Director Dr Zakariah Abdul Rashid said the lower growth projection was due to external factors such as weak global recovery, China’s economic slowdown, moderate growth in Asean, financial market volatility and tightening of financial conditions.

Expressing concern over the slow export growth, Zakariah, however, said the economy is expected to pick up in the second half of the year on improved and expanding business spending.

“Somehow our engine of growth in the external sector is getting slower. Our exports are declining quite substantialy, especially in April and May, while trade balance is very small,” he told a media briefing today.

Zakariah said that after registering a 4.1 per cent growth in the first quarter of this year, the economy is projected to perform more or less the same in the second quarter.

“Perhaps just a little bit better than the first quarter depending on June’s performance,” he said.

As for the second half of this year, MIER is confident that that situation would improve.

“Manufacturers are showing signs of expanding activities. They have good orders. Foreign investments also performed very well,” he said.

On the Overnight Policy Rate (OPR), Zakariah said there was no necessity to review the rate now.

Moving forward, Zakariah said the role of domestic demand would continue to be Malaysia’s key growth feature.

Exports need to come back, with exports diversification and improved market access, he added.

“Strategic reform initiatives and transformation programmes need to proceed or start to be implemented. If we want to become a high-income country, we should be moving towards innovation-driven economy,” he said.

Zakariah said there is a need to undertake structural reforms and continue with the fiscal consolidation plan.

“Currently, there’s not much room to manoeuvre as fiscal and monetary space are limited,” he said.

On the growth outlook for next year, Zakariah said that it was projected to be within 5.0 and 5.5 per cent on account of weak global economic outlook, overall tight fiscal and financial conditions and enhanced downward risk.

Analisa : Pendekatan BN Lumpuhkan Cita-cita Melangit Pembangkang

Posted: 25 Jul 2013 01:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, Barisan Nasional (BN) pasti tidak akan berdepan dengan laluan sukar, dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Ditambah dengan gerak kerja yang mantap dan menyeluruh, faktor calon yang merupakan orang muda, golongan professional dan datang dari keluarga yang berlatarbelakang agama dilihat antara faktor yang menyumbangkan kepada kemenangan tersebut.

Malah pendekatan BN dengan mengadakan program kemasyarakatan dan bertemu pengundi secara peribadi, lawatan dari rumah ke rumah juga dilihat berjaya mengukuhkan lagi sokongan pengundi terhadap calon BN yang mesra dipanggil ‘Abe Ku’.

Berbanding dengan calon Pas selain mempunyai pelbagai isu, gerak kerja kempen yang dilakukan agak hambar dan kurang mendapat sambutan.

Malah pendekatan Pas yang mengunakan kaedah lama melalui program ceramah yang diadakan pada setiap malam juga antara faktor kekalahan mereka. Ini kerana majoriti masyarakat Islam-Melayu lebih berminat untuk memberikan tumpuan dengan melakukan aktiviti berbentuk keagamaan.

Ditambah dengan faktor masalah dalaman yang dihadapi oleh parti itu dengan kumpulan ulama dan jentera muslimah, jentera dan para petugas mereka dilihat gagal menarik minat pengundi khususnya kumpulan atas pagar disebabkan gerak kerja yang tidak teratur dan lesu sepanjang tempoh berkempen yang dijalankan.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa. Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi, kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.

Selain nelayan faktor kakitangan awam juga turut menyumbang kepada kemenangan calon BN. Walauapun Kuala Besut bukan merupakan pusat bandar utama untuk daerah Besut, namun hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama yang berada di bawah DUN Kuala Besut.

Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah golongan nelayan, pegawai kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan.

Pada PRK ini, BN menetapkan slogan 'Kuala Besut bertambah Biru' untuk kempen manakala Pas tampil dengan moto '16-16'. Ia merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu sekiranya parti itu berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini.

Hakikatnya, ramai dikalangan pengundi akur isu DUN ‘tergantung’ kerusi 16:16 bukanlah suatu idea yang bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan dapat merangsang ekonomi Kuala Besut.

Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding ‘carca marba’ DUN di bawah pakatan pembangkang,

P

ada PRU yang lalu, BN berjaya mengekalkan penguasaanya di Terengganu apabila berjaya memenangi 17 kerusi berbanding pakatan pembangkang yang hanya mempu menguasai 15 kerusi, iaitu 14 daripada Pas dan satu kerusi yang diwakili oleh PKR.

Ketika pilihanraya umum yang lalu, BN meletakkan calonnya Datuk A Rahman Mokhtar yang berjaya memenangi kerusi Kuala Besut  dengan majoriti 2,434 undi sekaligus menewaskan calon Pas Napisah Ismail. Allahyarham Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah yang terpaksa berpuas hati dengan 6,375 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu, Rabu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.

Lapan pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang kecuali pusat pengundian Pulau Perhentian ditutup lebih awal pada pukul 3 petang dengan 635 pengundi atau 86.6 peratus penduduk pulau itu telah keluar mengundi.

Perangkaan itu menepati jangkaan SPR yang menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai lingkungan 75 hingga 80 peratus. Pengundian berjalan lancar dengan jumlah yang keluar mengundi sejam selepas dibuka sebanyak 15 peratus dan meningkat sekali ganda pada pukul 10 pagi. Ia melebihi 50 peratus pada tengah hari.

Keadaan cuaca cerah antara faktor yang menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang tinggi walaupun ia berlangsung pada hari bekerja.

Walaupun berlaku sedikit pengurangan dari bilangan peratusan yang keluar mengundi, namun ia adalah merupakan satu perkara yang memang telah dijangkakan. Ini kerana tempoh masa yang pendek antara pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pengundi luar merasa sedikit keberatan untuk pulang bagi mengundi buat kali yang kedua.

Ditambah dengan faktor sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan tidak lama lagi, ia turut menyumbangkan kepada penurunan ini. Ia kerana ramai di kalangan mereka ingin menyimpan cuti yang ada bagi digunakan untuk pulang ke kampung ketika Hari Raya nanti.

Ramai menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai sangat tenang dan perkara itu turut diakui oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengatakan PRK ini adalah yang paling tenang sejak beliau berkhidmat dengan suruhanjaya itu.

Pihak polis juga mengesahkan tiada laporan mengenai insiden yang tidak diingini kecuali satu laporan mengenai dakwaan ‘pengundi hantu’ yang menurut polis individu tersebut adalah seorang lelaki yang tidak siuman.

Kira-kira 3,000 anggota polis termasuk 200 pegawai terlibat dalam PRK Kuala Besut bagi mengawal perjalanan kempen dan hari mengundi, sejak 12 Julai lalu.

Kementerian Rancang Bina Tiga Insinerator

Posted: 25 Jul 2013 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merancang membina tiga insinerator berkapasiti  lebih besar di Kuala Lumpur; Sungai Udang, Melaka; dan Bukit Payong, Johor.

Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata kementerian sehingga kini telah membina empat insinerator bersaiz mini di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Cameron Highlands.

Menjawab soalan Senator Chiew Lian Keng pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini, beliau berkata insinerator adalah kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan.

Ini kerana berdasarkan kajian, terbukti ia dapat mengurangkan 85 hingga 90 peratus kuantiti sisa pepejal.

“Hasil pembakaran melalui insinerator, menjana dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus abu daripada kuantiti asal sisa pepejal yang dibakar.

“Kaedah ini dapat memanjangkan tempoh jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal kerana tapak pelupusan hanya melupuskan abu sisa sahaja,” katanya.

Halimah berkata jumlah sisa pepejal yang dijana mencecah 25,000 tan sehari di semenanjung tahun lepas berbanding 17,000 tan pada 2005.

“Peningkatan penjanaan sisa pepejal pada kadar sekarang akan menyebabkan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal menjadi pendek daripada yang dirancang,” katanya ketika menjelaskan keperluan membina insinerator.

Melaka Bans Syiah Ads

Posted: 25 Jul 2013 12:42 AM PDT

MELAKA, July 25  - The Melaka government has banned all types of Syiah advertisements to stop the teachings of the sect from spreading and influencing Muslims in the state.

Chief Minister Datuk Idris Haron said the Melaka Islamic Religious Department would intensify efforts to enlighten Muslims on the dangers of the teachings.

“We have issued a directive to stop an ad on a product that relates to the Syiah teachings. Syiah deviates from Islam and any teachings related to Syiah will be charged under the existing enactment.

“Melaka has gazetted the banning of Syiah in the 90s (July 24, 1997) and we have been eradicating the teachings. But, of late Syiah is gaining ground and we have to deal with it firmly,” he told reporters at Seri Negeri here today.

He was speaking to reporters after receiving the Global Leader in Humanitarian Service award from Lions Clubs International for his role in developing young people talent by Lions Clubs International president Barry J Palmer.

The Home Ministry yesterday declared that the Syiah Organisation of Malaysia was an illegal organisation.

Meanwhile, Idris said Melaka would host the national Aidilfitri open house at the Hang Tuah Stadium on Aug 30.

He said the event, which was expected to attract about 30,000 people, including tourists, would be launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“We want revellers to experience the excitement of Aidilfitri as well as the independence day eve by sampling a rich variety of food, cultural performances and fireworks display,” he said.

Jumlah Kematian Akibat Penyakit Kencing Tikus Menurun Sejak 2010 – Hilmi

Posted: 24 Jul 2013 11:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai  - Sebanyak 2,262 kes penyakit kencing tikus dengan 22 kematian dilaporkan di negara ini dalam tempoh Januari hingga 6 Julai lepas, persidangan Dewan Negara di beritahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata jumlah kes kematian akibat penyakit kencing tikus atau letospirosis itu menunjukkan penurunan berbanding 69 kematian tahun lepas, 55 kematian pada 2011 dan 48 kematian pada 2010.

Bagaimanapun jumlah kes penyakit itu semakin meningkat berbanding 1,976 kes pada 2010, 2,268 kes pada 2011 dan 3,665 kes tahun lepas, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Hilmi berkata bagi mencegah jangkitan penyakit itu, orang ramai dinasihat supaya kerap membasuh tangan, menjaga persekitaran rumah dan mengelakkan diri daripada berada di tempat rekreasi atau riadah yang kotor, tidak berenang di tempat air bertakung dan tidak minum air sungai atau air yang tidak dimasak.

“Mereka yang berasa tidak sihat dalam tempoh dua minggu selepas mengunjungi lokasi-lokasi riadah tertentu seperti air terjun, sungai, tasik dan kolam dinasihat segera mendapatkan rawatan,” katanya.

Najib Gesa Pedoman Al Quran Diterjemah Dalam Program Transformasi

Posted: 24 Jul 2013 11:05 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai  - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam berusaha sebaik mungkin menterjemahkan pedoman al-Quran kepada program transformasi untuk melonjakkan martabat ummah di persada dunia.

Perdana Menteri berkata dengan berpandukan petunjuk wahyu itu, kerajaan sentiasa memastikan segala pelaksanaan dalam pentadbiran negara menjunjung Maqasid Syariah yang memandu manusia untuk menuju kejayaan, kemakmuran dan kemajuan.

“Kemajuan yang didorong oleh kitab suci itu ialah kemajuan yang berimbang, holistik dan adil kepada semua tanpa mengira kaum, bahasa dan agama,” kata Najib dalam perutusan sempena Nuzul Al-Quran 1434H di laman blog beliau hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa antara keberkatan yang terkandung dalam bulan Ramadan ialah peristiwa agung itu yang menjadi rahmat abadi yang dikurniakan buat umat ini.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 17 Ramadan.

“Saya berdoa agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan yang agung ini, Allah sentiasa menyatukan hati kita semua, menyuntik semangat motivasi untuk menjaga agama dan negara,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata Al-Quran merupakan pedoman yang tidak bertepi, cahaya yang tidak akan padam, pembimbing yang tidak pernah jemu bagi membawa umat manusia menuju kehidupan yang mulia di dunia mahupun akhirat.

“Marilah kita semua berusaha mendekatkan diri kita dengan pedoman qurani ini.

“Hayatilah keindahan setiap lafaz kalimahnya, setiap pengertian dan maknanya. Sesungguhnya, Al-Quran ini adalah pedoman tertinggi dalam kita menata diri, keluarga, masyarakat mahupun negara,” tambahnya.

Kerajaan Belum Bercadang Selaras Pencen Bekas Tentera Lama Dengan Yang Baharu

Posted: 24 Jul 2013 10:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai  - Kerajaan belum bercadang untuk melaraskan pencen antara bekas tentera lama dengan yang baharu, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata pada masa ini, asas pemberian pencen kepada semua anggota perkhidmatan awam termasuk pesara tentera tertakluk kepada jumlah gaji akhir yang diterima seseorang pesara itu.

“Dalam hal ini, jurang perbezaan pencen wujud disebabkan penambahbaikan skim gaji perkhidmatan awam termasuk tentera yang dilakukan kerajaan dari semasa ke semasa.

“Justeru, sekiranya struktur pembayaran pencen diselaras, ia seharusnya melibatkan keseluruhan perkhidmatan awam dan ini merupakan satu exercise yang akan melibatkan suatu perbelanjaan yang sangat besar,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Abdul Rahim bagaimanapun berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib golongan pesara termasuk bekas tentera dan kerajaan telah melaksanakan pelarasan pencen setiap kali pelarasan gaji kakitangan awam dan tentera dilaksanakan.

Abdul Rahim berkata kerajaan telah melaraskan pencen pesara awam termasuk bekas tentera yang menyaksikan mereka menerima kenaikan tujuh peratus hingga 13 peratus mengikut pangkat dan kelayakan dengan pencen minimum RM820 tahun lepas.

“Kerajaan juga amat prihatin dengan kos sara hidup semasa yang ditanggung pesara kerajaan khususnya pesara tentera.

“Justeru, bagi meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung, mulai 1 Jan kerajaan telah melaksanakan kenaikan pencen dua peratus setiap tahun tanpa menunggu sebarang pelarasan gaji atau secara automatik bagi kakitangan awam dan tentera yang sedang berkhidmat seperti mana yang diamalkan sebelum ini,” katanya.

Menjawab soalan Senator Syed Husin Ali supaya pesara tentera diberi kemudahan memiliki tanah untuk dibuat rumah atau diusahakan selepas bersara, Abdul Rahim berkata ia tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri.

“Ini adalah keputusan kerajaan negeri untuk memberi tanah kepada mereka dan sehingga kini memang ada kerajaan negeri yang sudah memberi respon untuk berbuat demikian,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT