SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, July 23, 2013

UMNO Online - “Pemuda Kempen Hingga Saat Akhir Bantu Kemenangan Abe Ku” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda Kempen Hingga Saat Akhir Bantu Kemenangan Abe Ku” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda Kempen Hingga Saat Akhir Bantu Kemenangan Abe Ku

Posted: 22 Jul 2013 07:40 AM PDT

KUALA BESUT 21 JULAI – Pemuda Barisan Naional (BN) akan terus berkempen higga ke saat-saat akhir tempoh berkempen dalam usaha membantu kemenangan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman atau lebih dikenali Abe Ku pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata menerusi kempen rumah ke rumah seperti yang dijalankan sekali lagi pada hari ini, ianya merupakan pendekatan yang berkesan apabila dapat berjumpa seramai mungkin pengundi.

Menurut beliau dalam keadaan bulan puasa, kempen sumpama itu amat baik dan sebagai kempen berhemeh sekaligus diharapkan dapat memberi impak dalam usaha membantu kemenangan BN pada hari mengundi nanti.

"Kita akan teruskan dengan strategi kita dan difahaman pembangkang akan bawa penceramah popular untuk datang ke sini dan cuba buat 'swing last minute'. Saya rasa pengundi tidak akan terpengaruh dengan kemunculan penceramah pada saat-saat akhir itu.

"Dan saya harap pengundi ingat jasa Allahyarham wakil rakyat sebelum ini dan kempen seminggu lebih yang dijalankan oleh BN dan paling penting kekuatan calon kita yang begitu disenangi penduduk Kuala Besut.

"Walaupun pelbagai serangan terhadap Abe Ku, tetapi saya percaya beliau telah berdepannya dengan baik sekali tanpa buat serangan balik kepada mana-mana pihak. Itu akan dapat sokongan yang lebih lagi kepada BN," katanya.

Beliau seterusnya menyeru para pengundi khususnya dikalangan belia muda termasuklah pengundi luar agar membuat pilihan yang terbaik dalam usaha membantu merancakkan lagi perancangan dan pelaksanaan untuk kepentingan penduduk di Kuala Besut.

"Kemenangan ini adalah masa depan untuk Kuala Besut dan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Kita lihat bahawa banyak perancangan seperti gerbang pelancongan antarabangsa yang mempunyai ciri-ciri wawasan dan orang muda perlu sokong kerana ia memberi banyak limpahan ekonomi kepada golongan muda khususnya," ujar beliau. – MediaUMNO

Kerajaan Belanja RM39 Juta Untuk Kemudahan Kesihatan Di Besut

Posted: 22 Jul 2013 07:22 AM PDT

KUALA BESUT, 22 Julai – Kerajaan telah memperuntukkan RM39 juta bagi membangunkan dua klinik kesihatan untuk kemudahan penduduk di Besut, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM20 juta diperuntukkan untuk membina Klinik Kesihatan lengkap dengan kemudahan kuarters di Kampung Raja, di sini yang masih dalam proses perancangan.

Sebuah lagi ialah Klinik Kesihatan Jerteh, di sini bernilai RM19 juta yang turut dilengkapi kemudahan kuarters.

Proses penyerahan klinik itu dibuat pada 1 April lalu, sebelum memulakan operasinya untuk kali pertama pada 11 April lalu.

“Kita juga bersetuju untuk meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membaik pulih Klinik Desa di Pulau Perhentian yang terletak dalam kawasan Kuala Besut,” kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan Kuala Besut di sini, hari ini.

Beliau berkata peruntukan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah penduduk sekitar 2,000 orang dan juga kehadiran pelancong yang besar memerlukan perkhidmatan kesihatan yang baik.

Dr Subramaniam berkata semua peruntukan itu jelas menunjukkan komitmen kerajaan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat, selain memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemudahan itu.

Beliau berkata pihaknya akan memberi latihan kepada pegawai Kemas untuk menjadi rakan penyampaian perkhidmatan kesihatan di kawasan mereka bertugas.

“Mereka akan diberi latihan untuk melakukan pemeriksaan seperti tekanan darah atau kencing manis yang mana jika didapati serius, pesakit boleh dirujuk kepada klinik untuk rawatan lanjut,” katanya.
Dr Subramaniam juga merasmikan Klinik 1Malaysia (K1M) Kuala Besut yang mula beroperasi pada 24 Mac lalu yang memberi manfaat kepada hampir 26,500 penduduk di sini, terutamanya daripada golongan nelayan dan petani.

Klinik itu yang terletak di kawasan kedai berhampiran Pasar Tani Kuala Besut merupakan klinik kedua seumpamanya selepas pembukaan K1M Kampung Nyior Tujuh, Jerteh.

Kewujudan K1M Kuala Besut menjadikan jumlah klinik itu kepada 11 buah iaitu tiga di Kuala Terengganu, masing-masing dua di Kemaman, Dungun, Besut dan sebuah di Marang dan Hulu Terengganu.

Imigresen Laksana Sistem Tapisan Penumpang Elak Pelawat Asing Terkandas Di KLIA

Posted: 22 Jul 2013 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia akan melaksanakan sistem tapisan penumpang ke atas pelawat asing yang tiba atau transit di negara ini bagi mengelakkan mereka terkandas di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem itu masih di peringkat perbincangan, melibatkan kementeriannya dan pelbagai agensi yang terbabit dalam menjaga pintu masuk negara melalui laluan udara.

“Sistem ini dapat mengesan penumpang warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan dan juga warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap dan ini membolehkan kita ambil tindakan sewajarnya.

“Pada masa ini, kita sudah mewujudkan satu pasukan khas bagi melakukan pemantauan setiap hari bagi mengesan pelawat-pelawat yang terkandas (di lapangan antarabangsa negara),” katanya.

Ahmad Zahid berkata pasukan khas yang diketuai pegawai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melakukan pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari terhadap individu yang mencurigakan atau disyaki melakukan aktiviti melanggar peraturan atau undang-undang negara.

"Malah kita akan pastikan Jabatan Imigresen dan MAHB menghubungi pihak kedutaan yang berkaitan untuk membantu sekiranya berlaku kejadian (warga asing terkandas) ini,” katanya

Ahmad Zahid berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang mendapati kawasan transit KLIA kini dihuni oleh warga asing yang terkandas.

Pada 14 Julai lepas akhbar tempatan melaporkan enam warga Syria dan seorang warga Palestin terkandas di kawasan transit KLIA sejak 1 Julai lepas.

Warga Syria yang tiba dari Abu Dhabi terkandas dengan mendakwa mereka kehilangan pasport dan AS$10,000 (RM30,000) setelah menyerahkannya kepada seorang lelaki di Abu Dhabi yang menawarkan bantuan untuk membawa mereka ke Sweden melalui Malayisa.

Setibanya di KLIA, mereka mendakwa lelaki itu hilang, dan telah membuat laporan polis di Balai Polis KLIA mengenai perkara itu.

Tujuan mereka ke Sweden adalah untuk mendapatkan bantuan perubatan bagi anak lelaki mereka yang berumur 11 tahun yang tidak dapat berjalan dan bercakap.

Sementara warga Palestin, Mohammed Abdulabbad, 26, yang berkampung di ruang transit KLIA setelah dilarang oleh kakitangan Egyptian Airline menaiki pesawat itu kerana tidak mempunyai visa untuk ke Kaherah bagi meneruskan perjalanannya ke rumahnya di Gaza.

Mohammed mendakwa beliau telah menghubungi Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur, dan pegawai kedutaan memberitahunya bahawa ia akan mengambil masa dua minggu untuk mendapatkan visa ke Mesir.

Semalam, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, James Nayagam mencadangkan kerajaan perlu mewujudkan satu sistem bagi menyelaras masalah warga asing yang terkandas di lapangan antarabangsa negara.

PRK Kuala Besut: SPR Gariskan Tataetika Pada Hari Pengundian

Posted: 22 Jul 2013 07:17 AM PDT

KUALA BESUT, 22 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung pematuhan dan tataetika pada hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini yang antara lain berkaitan penggunaan dakwat, hak mengundi dan aktiviti berkempen.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan itu menasihatkan semua pihak termasuk calon, penyokong parti, pekerja parti dan pengundi agar mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan SPR dan polis bagi memastikan pilihan raya kecil itu berjalan lancar, aman, tenang dan terbaik.

Katanya SPR juga telah melantik pemerhati-pemerhati tempatan yang akan memerhati proses pengundian, pengiraan undi dan penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil itu.

Berhubung penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz menegaskan bahawa pengundi wajib mencelup jari telunjuk kiri ke dalam botol dakwat yang disediakan SPR pada hari pengundian.

“Jika ada pengundi yang enggan mencelup jarinya ke dalam dakwat, kertas undi tidak akan diberikan kepadanya,” katanya.

Beliau berkata pengundi yang masuk mengundi akan diperiksa jarinya supaya bebas daripada sebarang dakwat.

Katanya pengundi boleh memohon kepada Ketua Tempat Mengundi untuk mendapatkan kertas undi gantian jika pengundi mendapati dengan tidak sengaja kertas undinya terkotor kerana terkena dakwat kekal, namun Ketua Tempat Mengundi harus berpuas hati bahawa kekotoran itu bukan disengajakan.

Abdul Aziz turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mengganggu pengundi yang datang mengundi terutamanya pengundi yang secara fizikalnya dan penampilan kelihatan tidak seperti rakyat Malaysia.

Katanya perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang menggalang atau menghalang seseorang pengundi yang selainnya berhak untuk mengundi daripada mengundi dalam sesuatu pilihan raya merupakan suatu kesalahan.

Beliau berkata pengundi yang telah berpindah tempat tinggal dan menukar alamat tempat tinggal pada kad pengenalan tetapi tidak memohon untuk menukar alamat pusat mengundi dengan SPR tidak perlu risau mengenai hak mengundi mereka.

“Ini kerana undang-undang jelas mengatakan, mengundi adalah mengikut di mana nama seseorang pengundi itu didaftarkan. Apabila telah mendaftar sebagai pengundi namanya akan kekal di situ sehinggalah pengundi itu memohon untuk menukar alamat pusat mengundi dengan SPR,” katanya.

Abdul Aziz berkata pengundi yang belum membuat semakan maklumat pengundian masing-masing, boleh melakukannya di barung-barung SPR di pusat-pusat mengundi, yang dilengkapi dengan kemudahan komputer bagi mempercepatkan proses penyemakan.

Sebarang pembukaan, penubuhan atau penyelenggaraan mana-mana pondok/barung oleh mana-mana parti politik dengan alasan membantu pengundi membuat semakan adalah tidak dibenarkan pada hari pengundian, katanya.

“Orang lain tidak dibenarkan berada di barung SPR selain petugas-petugas SPR dan pemerhati barung bagi pihak yang dilantik dengan sahnya oleh calon itu sendiri,” katanya.

Abdul Aziz mengingatkan bahawa tempoh berkempen tamat pada 11.59 malam 23 Julai dan selepas itu tidak dibenarkan lagi sebarang aktiviti berkempen.

Aktiviti merayu dan meraih undi pada hari mengundi adalah dilarang sama sekali dan merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Pada 24 Julai ini, seramai 16,534 pengundi layak mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Abdul Aziz berkata SPR menyediakan lapan pusat mengundi dengan 35 tempat mengundi (saluran).

Pusat mengundi mula dibuka jam 8 pagi sehingga 5 petang kecuali pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian akan ditutup pada 3 petang.

Beliau berkata pengiraan undi akan dibuat di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi.

Sebagai menghormati bulan Ramadan, Abdul Aziz berkata SPR hanya akan mengisytiharkan keputusan pilihan raya kecil itu pada jam 10 malam atau selepas itu.

Sokongan Pengundi Terhadap BN Meningkat – Shafie Apdal

Posted: 22 Jul 2013 07:13 AM PDT

KUALA BESUT, 22 Julai – Sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut terus meningkat walaupun pembangkang mula berkempen menyerang peribadi lawan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata keyakinan itu berlandaskan pengakuan pengundi sendiri ketika sesi turun padang beliau ke beberapa kampung di sini sejak hari penamaan calon 12 Julai lepas.

“Sesi lawatan dan kempen saya ke beberapa buah kampung mendapati tahap sokongan terhadap calon amat menggalakkan, malah ada antara penduduk menyatakan secara terbuka tetap akan menyokong BN walaupun petugas parti lawan yang membawa mereka ke pusat pengundian kelak.

“Saya yakin jumlah sokongan dari kampung ini mampu ditambah, terutama pengundi atas pagar yang mana pada pilihan raya umum lalu berpihak kepada lawan,” katanya merujuk kepada Kampung Nangka, Kampung Lampu dan Kampung Beris Lampu yang berada di bawah seliaannya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 16 keluarga angkat KEMAS di Kampung Nangka di sini hari ini, beliau berkata jentera parti akan terus bekerja keras memastikan setiap pengundi dari kampung berkenaan keluar mengundi pada hari pengundian.

Naib Presiden Umno itu berkata sokongan itu juga berlandaskan beberapa faktor antaranya calon yang diketengahkan BN adalah seorang profesional serta dinamik yang diyakini pengundi mampu memberi pembelaan sewajarnya kepada penduduk di Kuala Besut.

Shafie berkata keadaan positif itu turut dibantu faktor pelantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pelajaran Kedua di mana dengan kedudukan itu dilihat bakal menjadi jambatan dalam memusatkan pembangunan dan pembelaan kepada rakyat di kawasan itu.

“Kuala Besut dan dua lagi DUN berada di bawah Parlimen Besut yang kesemuanya diterajui BN, jadi adalah lebih elok jika pengundi memastikan kawasan ini juga terus berada bawah BN, bagi memastikan pembangunan di semua kawasan dapat dijalankan dengan lebih baik,” katanya.

Pilihan raya kecil pada Rabu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan Endot@Azlan Yusof dari PAS.

Kuala Besut Bakal Menjadi Gerbang Pelancongan Antarabangsa

Posted: 22 Jul 2013 07:11 AM PDT

KUALA BESUT, 22 Julai – Biarpun lebih dikenali sebagai sebuah pekan nelayan sebelum ini namun kini Kuala Besut semakin dikenali sebagai platform untuk masuk ke Pulau Perhentian yang dianggap pulau ke-13 terindah di dunia.

Sejak dimajukan sebagai pulau tarikan pelancong pada awal 1990-an Pulau Perhentian semakin dikenali pelancong asing terutamanya Perancis, Jerman dan United Kingdom selain menjadi tumpuan pelancong dari China dengan anggaran jumlah kehadiran pelancong sekitar 200,000 setahun.

Pengarah Pelancongan Malaysia Terengganu Mohd Sabri Zakaria berkata kepesatan industri pelancongan di Kuala Besut banyak memberi manfaat kepada pengusaha industri termasuk penduduk tempatan yang terbabit dalam perkhidmatan resort dan chalet bajet serta sewaan bot dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Katanya ada 40 resort dan chalet bajet di kedua-dua bahagian pulau itu yang diusahakan beberapa syarikat perhotelan terkemuka selain penduduk tempatan.

“Sektor pelancongan menjadi antara penjana ekonomi utama di Kuala Besut dan kalau boleh kita mahu cairkan lagi keuntungan ini agar ia turut memberi manfaat kepada pihak lain seperti penjual barangan kraf, kedai makanan, pemandu teksi dan banyak lagi bidang perniagaan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata untuk mengangkat standard industri itu di Pulau Perhentian dan Kuala Besut, pihaknya telahpun melaksanakan beberapa program dan latihan khas untuk pengiat industri dalam bidang pelancongan.

Katanya antara program yang dijalankan ialah program pendaftaran resort dan chalet bajet yang terdapat di Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil, program “We Are The Host”, adab menyambut tetamu, pengurusan chalet dan program berkaitan pelancongan.

“Setakat ini sebanyak 10 chalet di Pulau Perhentian Terbabit dalam program pemutihan iaitu penekanan kepada mutu perkhidmatan kepada pelancong,” katanya.

Menurutnya setakat ini industri pelancongan memberi banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan sama ada di Kuala Besut mahupun Pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah kerajaan meluluskan cadangan kerja-kerja pembaikan muara Sungai Besut dengan kos RM250 juta bakal merancakkan lagi sector pelancongan dan perikanan di Kuala Besut.

Beliau berkata dengan adanya projek itu, ia bakal menjadi pemangkin kepada usaha menjadikan Kuala Besut “Gerbang Pelancongan Antarabangsa” di Pantai Timur.

“Saya yakin dalam tempoh empat ke lima tahun lagi, Kuala Besut akan bertambah sibuk dan tidak lagi sunyi seperti hari ini kerana pelbagai akitivti pelancongan bakal wujud di sini,” katanya.

Katanya selain memudahkan nelayan serta bot pelancong keluar masuk ke muara, projek itu juga akan menjadi asas kepada beberapa lagi projek sampingan seperti pembinaan tebingan, hotel dan resort berhampiran Kuala Besut.

Menurutnya apabila bertambah dan berkembangnya industri ini, secara tidak langsung ia akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

30 Usahawan Kecil Kuala Besut Terima Bantuan Perniagaan

Posted: 22 Jul 2013 07:08 AM PDT

KUALA BESUT, 22 Julai – Seramai 30 usahawan kecil di sekitar Kuala Besut hari ini terpilih untuk menerima bantuan di bawah program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Mereka menerima barangan permulaan perniagaan di bawah pakej AZAM Niaga daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

“Harapan kita mereka yang terlibat dalam program ini dapat meningkatkan lagi pendapatan sekurang-kurangnya RM300 selama tiga bulan berturut-turut… kalau lebih lagi bagus,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan barangan permulaan perniagaan di Mukim Bukit Puteri di sini.

Beliau berkata program 1AZAM yang terdiri daripada AZAM Kerja, AZAM Niaga, AZAM Khidmat dan AZAM Tani merupakan usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa lebih ramai rakyat di negara ini keluar daripada garis kemiskinan.

Azizah berkata sejak 1 Jan 2011 hingga 2 Jan 2013, 106,947 orang di seluruh negara telah menyertai program 1AZAM termasuk 7,803 daripadanya adalah di Terengganu.

Bagi Parlimen Besut, seramai 1,371 orang menyertai pelbagai program 1AZAM yang dianjurkan kementerian, katanya.

Azizah berkata daripada keseluruhan 106,947 peserta yang menyertai program 1AZAM itu, kira-kira 70,000 berjaya dibawa keluar daripada garis kemiskinan.

Seorang daripada peserta Mazlah Ariffin, 46, menerima pakej Anggerik iaitu kelengkapan untuk mengusahakan kedai makan seperti dapur gas, periuk, kuali serta meja dan kerusi makan bernilai kira-kira RM3,000.

Mazlah, yang sebelum ini hanya mengusahakan nasi ayam dan memperoleh pendapatan RM1,500 kini berpeluang mempelbagaikan pilihan makanan di premis miliknya hasil bantuan AZAM Niaga.

Calon BN Guna Medium Facebook Dekati Pengundi

Posted: 22 Jul 2013 07:05 AM PDT

KUALA BESUT, 22 Julai – Medium facebook turut digunakan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bagi mendekati pengundi dan mendengar masalah penduduk Kuala Besut.

Tengku Zaihan atau nama mesranya, Abe Ku, 37, berkata selain pertemuan di kawasan tumpuan orang ramai dan ziarah rumah ke rumah, beliau turut menggunakan medium sosial itu untuk berkomunikasi dengan pengundi.

“Saya meluangkan masa lebih kurang dua jam sehari, kebiasaannya sebelum tidur,” katanya.

Beliau turut mengambil prihatin komen pelawat facebooknya dengan pelbagai pendapat dilontarkan mereka untuk kejayaan kempennya dan menganggap itu satu daripada batu loncatan untuk beliau lebih berjaya dalam kariernya.

“Mana-mana pengundi boleh add saya di facebook melalui email saya Tgzaihan_76@yahoo.com dan boleh menjadi kenalan saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peribadi dan kempen,” katanya.

PRK Kuala Besut yang akan diadakan pada 24 Julai ini mempertemukan Tengku Zaihan, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon PAS, Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan.

Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan kekosongan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Government Assistance Given To The People Not Because Of Pressure From The Opposition

Posted: 22 Jul 2013 01:13 AM PDT

KUALA BESUT, July 22 – Development projects and aid provided by the government for the people of Kuala Besut are not because of the election or pressure from the opposition.

Instead, they are implemented after thorough planning, Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said today.

Referring to the upgrading of a dam in Kampung Nangka, he said the project had been planned a long time ago.

“The question of projects being hastily approved does not arise because there are various process involved before a project, like upgrading of a dam, can be implemented, from conducting a study to design work.

“It cannot be done in two weeks. Perhaps, the opposition thinks building such a project is like making a bund in the padi fields,” he told reporters after a visit to the Kuala Besut Farmers’ market here today.

Ismail Sabri said this in response to a claim by PAS election director Dr Hatta Ramli that the people were able to get aid from the government because of pressure imposed by the opposition in the Kuala Besut by-election campaign.

The Barisan Nasional has announced Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, a civil engineer with the Drainage and Irrigation Department who hails from Kuala Besut, as its candidate while PAS has named Endot alias Azlan Yusof, 48, a contractor, as its candidate.

The by-election has been necessitated by the death of assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar of the BN of lung cancer on June 26.

He had won the seat with a 2,434 majority by beating Napisah Ismail of PAS in the general election on May 5.

Kuala Besut has 17,683 voters.

Tidak Mahu Jawatan MB : Pas Cuba Tipu Siapa?

Posted: 22 Jul 2013 01:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Julai – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan meminta jawatan Menteri Besar Terengganu jika menang dalam pilihan raya kecil Kuala Besut yang bakal diadakan pada 24 Julai ini adalah gimik politik yang sering digunakan pembangkang untuk meraih undi.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Awang Kadin Tang menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Presiden Pas itu hanyalah lebih menjurus untuk mendapatkan sokongan kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada pembangkang membuat kenyataan sebegitu untuk mengelirukan pengundi.

"Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang diperkatakan pembangkang, mereka mempuanyai pelbagai taktik dan helah untuk memancing undi, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja, lihat apa yang berlaku ketika pilihan raya umum lalu, apa sahaja cuba dilakukan untuk dapatkan sokongan bagi merealisasikan cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.

"Namun apabila rancangan mereka untuk menawan Putrajaya tidak menjadi kenyataan, mereka menyalahkan pihak lain untuk menutup kegagalan itu, itulah perangai pembangkang yang hanya pandai bercakap," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa partinya tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar, sebaliknya tetap akan menyerahkan kepada UMNO, sebaliknya akan memantau setiap apa sahaja yang dibuat atau dirancang oleh Barisan Nasional bagi memastikan tiada rakyat yang teraniaya.

Awang Kadin berkata, kenyataan itu boleh diibaratkan seperti perangkap yang bakal menyusahkan rakyat jika perkara itu berlaku, bukan sahaja membabitkan pengundi atau penduduk di Kuala Besut, malah seluruh rakyat Terengganu akan menerima kesannya.

"Pengundi di Kuala Besut perlu bijak membuat pilihan ketika hari mengundi nanti, mereka bukan sahaja memikirkan nasib penduduk Kuala Besut, tetapi akan memberi kesan kepada rakyat Terengganu di seluruh negeri.

"Sebarang kesilapan akan membawa kesan besar kepada rakyat Terengganu, mereka harus sedar tidak harus membiarkan pembangkang berkuasa di Terengganu seperti apa yang pernah berlaku suatu ketika dahulu, ianya seharusnya dijadikan iktibar terutama d ikalangan mereka yang pertama kali keluar untuk mengundi," katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT