SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, July 24, 2013

UMNO Online - “Kempen 16:16 Bukti Pembangkang Tidak Pedulikan Nasib Rakyat – Rosnah” plus 9 more

UMNO Online - “Kempen 16:16 Bukti Pembangkang Tidak Pedulikan Nasib Rakyat – Rosnah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kempen 16:16 Bukti Pembangkang Tidak Pedulikan Nasib Rakyat – Rosnah

Posted: 23 Jul 2013 07:32 AM PDT

KUALA BESUT, 23 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyifatkan slogan 16:16 yang dijadikan modal kempen pembangkang dilihat menyerlahkan lagi sikap pihak pembangkang yang lebih mementingkan survival politik mereka daripada memikirkan nasib rakyat di Terengganu, khususnya di DUN Kuala Besut.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, slogan tersebut sebenarnya cuba untuk mengajak rakyat untuk membentuk satu kerajaan yang tidak stabil yang sebenarnya akan memberikan kesan yang besar terhadap masa depan rakyat di negeri ini.

"Dalam soal PRK di DUN Kuala Besut ini jelas pihak pembangkang mengajak rakyat untuk mewujudkan ketidakstabilan di negeri ini dan cuba berselindung di sebalik pelbagai alasan.

"Ini sememangnya menjadi modus operandi pihak pembangkang bukan saja di dalam PRK kecil ini tetapi ianya menjadi seolah-olah satu matlamat bagi pihak pembangkang untuk mewujudkan suasana yang tidak stabil demi untuk survival politik mereka," tegasnya kepada UMNO-Online di sini selepas mengadakan lawatan rumah ke rumah di Kampung Pacakan Kuala Besut hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyelar sikap pembangkang yang dengan sewenang-wenangnya menabur fitnah dan cuba untuk mengelirukan rakyat dengan fakta yang tidak benar di dalam kempen mereka.

"Ini termasuklah yang terbaru, pengedaran surat palsu yang kononnya ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan kononnya ada duit raya dan sebagainya kepada penduduk dan pengundi di Kuala Besut ini.

"Ini adalah fitnah yang paling besar di dalam bulan Ramadan dan mereka sepatutnya sedar sebagai sebuah parti yang kononnya berteras syariat Islam bahawa betapa besar bahaya dan dosa membuat fitnah, hanya kerana nafsu politik semata-mata,” ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat dan pengundi di DUN Kuala Besut bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang dan memilih calon yang terbaik untuk mewakili mereka di Dun Kuala Besut ini.

"Bagi saya tidak ada pilihan lain bagi rakyat di sini untuk memilih wakil rakyat mereka selain daripada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang pastinya bakal menjadi seorang wakil rakyat yang ikhlas berkhidmat serta menjadi jambatan rakyat dengan kerajaan pusat, demi masa depan rakyat di kawasan ini," akhiri beliau. – MediaUMNO

Muflis Idea, Pembangkang Guna Taktik Kotor Cara Terakhir Tarik Pengundi

Posted: 23 Jul 2013 06:47 AM PDT

KUALA BESUT, 23 Julai – Pembangkang semakin terdesak dalam meraih sokongan masyarakat tempatan sehinggakan mengedarkan surat palsu kononnya terdapat peruntukan dengan jumlah tertentu menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan melihat tindakan terbabit dibuat oleh pihak pembangkang ekoran muflis idea apabila pengundi tempatan dilihat berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

"Ini adalah kerja-kerja orang yang muflis idea apabila melihat segala perkara yang ada sekarang ini menyebelahi BN, maka mereka terdesak melakukan perkara-perkara seumpama ini.

"Ini adalah taktik akhir dan kotor yang melambangkang mereka bankrap isu apabila melihat rakyat yang memberikan sokongan kepada BN," katanya kepada UMNO-Online.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Jentera Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bagi Barisan Nasional Salleh Abdul Latif yang kononnya menandatangani risalah berkaitan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin telah meluluskan sumbangan duit Hari Raya kepada pengundi warga emas, ketua keluarga, pemuda dan wanita di DUN Kuala Besut. – MediaUMNO

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Duta Iran Ke Malaysia

Posted: 23 Jul 2013 06:28 AM PDT

PUTRAJAYA, 23 Julai – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Duta Iran ke Malaysia, Jalal Firouznia di pejabatnya di sini.

Turut hadir mengiringi Jalal ialah Utusan Khas Kementerian Luar Iran, Syed Rasoul Muhajar.

Zahid dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata mereka telah membincangkan mengenai isu-isu jenayah merentas sempadan, penyeludupan dadah, pemerdagangan orang dan kebajikan warga Iran yang ditahan di penjara di Malaysia dan juga pertukaran banduan warga Iran di Malaysia dan juga warga Malaysia di Iran.

“Delegasi Iran ini juga telah menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Hassan Rouhani di Parlimen Iran. Tarikh upacara berkenaan akan ditentukan kerajaan Iran kelak,” katanya.

Zahid berkata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mewakili Perdana Menteri bagi menghadiri upacara itu.

Delegasi Iran ini juga membincangkan mengenai kebajikan para pelajarnya di Malaysia yang berjumlah 17,000 termasuk anggota keluarga mereka yang turut menetap di Malaysia untuk menemani mereka yang berjumlah sekitar 38,000 orang,” katanya.

Sementara itu, Syed Rasoul berkata mereka juga membincangkan cara untuk memudahkan pemeriksaan Imigresen, proses pelawat asing bagi kedua buah negara dan menyelesaikan permasalahan berkaitan prosedur.

“Selain berbincang mengenai kebajikan sosial rakyat Iran di Malaysia dan isu Imigresen, kita juga bersetuju mengadakan perjanjian pertukaran banduan daripada kedua buah negara yang mana akan dimuktamadkan nanti,” katanya.

Syed Rasoul berkata beliau yakin kedua buah negara akan terus menjalin hubungan dalam pertukaran kebudayaan dan pelbagai sektor yang lain pada masa depan.

Program KBS Diteliti Semula Untuk Tarik Belia Bukan Melayu – Khairy

Posted: 23 Jul 2013 06:25 AM PDT

RAUB, 23 Julai – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengubah pendekatan dan pengisian program-program di bawahnya bagi menarik lebih ramai penglibatan belia bukan Melayu.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan program KBS yang ada pada masa ini dilihat kurang mendapat tempat di hati belia Cina dan India atas sebab tertentu.

“Inilah cabaran kita di KBS, program belia sedia ada hanya banyak melibatkan penglibatan belia Melayu, jadi kita mahu tingkatkan penglibatan belia Cina, India dan lain-lain yang masih tidak serasi dengan program kerajaan.

“Kita akan menambah baik program sedia dan sekaligus mahu ubah tanggapan mereka itu,” katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Satak di sini hari ini.

Khairy berkata program Rakan Muda contohnya memerlukan penjenamaan semula serta pengisiannya perlu diteliti semula untuk penambahbaikan bagi menarik penglibatan belia bukan Melayu.

Dalam perkembangan yang sama, Khairy berkata KBS akan memberikan penekanan terhadap aspek perpaduan melalui sukan untuk tujuan yang sama iaitu penglibatan semua kaum dalam semua jenis sukan.

“Kita mahu cari formula bagaimana memupuk perpaduan melalui sukan sebab kalau kita lihat hari ini bahawa sukan banyak pisahkan kita.

“Sepak takraw banyak penglibatan Melayu dan bola keranjang oleh belia Cina dan sebagainya dan cara ini tidak membawa perpaduan sesama kita,” katanya.

Patuhi Arahan Polis Dan Undang-Undang Pilihan Raya – Ketua Polis Negara

Posted: 23 Jul 2013 06:22 AM PDT

KUALA BESUT, 23 Julai – Pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diminta mematuhi arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak melanggar undang-undang pilihan raya bagi memastikan proses pengundian esok berjalan lancar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya harap pengundi berdaftar keluar awal untuk tunaikan tanggungjawab. Kita jamin keselamatan dalam keadaan terbaik dan terkawal dan tiada sebab untuk untuk tidak keluar mengundi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Markas Taktikal Polis (MARTEK) di sini hari ini.

Katanya PDRM juga telah bersiap sedia dan menjangka ramai penyokong kedua-dua parti yang bertanding dari luar datang ke Kuala Besut.

Pilihan raya kecil Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Ditanya mengenai rang undang-undang baharu menyamai Ordinan Darurat 1969 (EO), Khalid berkata PDRM masih berbincang dengan Jabatan Peguam Negara berhubung keperluan perundangan itu memandangkan ia sangat penting dalam menangani dan membendung jenayah.

“Saya rasa sudah cukup baiknya kita bercakap buruk baik EO ini. Ia (perkembangannya) akan diumumkan tidak lama lagi. Biarlah polis dengan Jabatan Peguam Negara berunding dengan baik,” katanya.

Awal bulan ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan sedang berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung draf rang undang-undang baharu itu berkata, ekoran pemansuhan Ordinan Darurat 1969, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan mereka kembali melakukan aktiviti jenayah.

Khairy Moves To Draw More Non-Malays To Ministry Programmes

Posted: 23 Jul 2013 06:19 AM PDT

RAUB, July 23 – The Youth and Sports Ministry is to alter the approach and content of its programmes to draw the participation of more non-Malay youths, Minister Khairy Jamaluddin said today.

He said many of the ministry’s programmes did not seem to interest Chinese and Indian youths for some reason.

“This is the challenge for us at the ministry. The existing youth programmes only draw the participation of Malay youths. We want to step up the participation of Chinese, Indian and other youths who are yet to be compatible with the government programmes.

“They find our programmes unattractive. Therefore, we will improve on our existing programmes and alter their perception,” he told reporters after closing the open day of Sekolah Kebangsaan Satak, here.

Khairy said that the ‘Rakan Muda’ programme, for example, needed a rebranding and a review of its content to draw the participation of non-Malay youths.

He also said that the ministry would emphasise unity through sports to get the people of all races to participate in all sports events.

“We want to find a formula to foster unity through sports because we see today that sports remains a divisive factor because sepak takraw draws the participation of the Malays and basketball, the Chinese, and so on. This does not foster unity among us.

“We will think of an approach that can overcome this,” he said.

PM, Wife Distribute Famous Kampung Baru ‘Bubur Lambuk’

Posted: 23 Jul 2013 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 23 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today distributed “bubur lambuk” (porridge) to the public at Masjid Jamek Kampung Baru here in conjunction with the Ramadan fasting month.

The popular ‘Kampung Baru Bubur Lambuk’ is a contribution from Najib and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, and the event coincided with Najib’s 60th birthday today.

The prime minister earlier performed the ‘Asar’ prayers with a congregation, with the prayers led by the imam of the mosque, Muhd Afiq Masron.

The imam prayed for the good health and well-being of the prime minister and for him to be able to carry out his tasks well.

The mosque chairman, Datuk Idris Shaari Mat Aris, told reporters the ‘bubur lambuk’ had been an annual personal contribution of the prime minister over the past six to seven years and that about 5,000 packets of the porridge were distributed today.

“Every year, the prime minister has been contributing 100 pots, but this year he contributed 140 pots,” he said, adding that the porridge was cooked on a ‘gotong royong’ (community self-help) basis.

Calon PRK Kuala Besut Dekati Pengundi Hingga Ke Saat-Saat Akhir Berkempen

Posted: 23 Jul 2013 06:13 AM PDT

KUALA BESUT, 23 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) dan PAS memanfaatkan saat-saat penghunjung berkempen untuk membuat ‘sentuhan akhir’ kepada para pemilih sebelum hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut esok.

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata waktu terakhir berkempen amat berharga untuknya dan jentera parti.

“Kami gunakan masa yang ada pusing habis-habisan,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan tinjauan mesra di Kampung Baharu di sini hari ini.

Sejak hari penamaan calon pada 12 Julai lalu, calon BN itu menghadiri tidak kurang 10 acara sehari untuk bertemu pelbagai lapisan masyarakat dan pengundi Kuala Besut.

Bermula seawal 8 pagi, Tengku Zaihan akan menghadiri setiap majlis yang diatur petugas parti untuk bertemu pengundi dan keadaan itu kadang-kadang akan berlarutan sehingga pukul 3.30 pagi keesokannya.

Dengan tidur hanya tiga hingga empat jam sehari, calon BN itu turut ditemu ramah media lebih daripada lima kali sehari.

Meskipun mengakui kepenatan mengharungi kempen selepas 11 hari, namun pengalamannya sebagai jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang perlu banyak berhadapan dengan masyarakat sebelum ini banyak membantunya dalam kempen.

“Letih memang letih tapi tugas saya dalam jabatan ini tidak lari jauh macam sekarang (berkempen), cuma saya banyakkan mengambil vitamin dan pemakanan tambahan untuk meningkatkan tenaga,” katanya.

Tengku Zaihan berkata rata-rata penduduk Kuala Besut yang ditemuinya memberikan maklum balas dan aduan yang membina terutama dalam membangunkan kawasan itu.

“Rintihan dan permasalahan penduduk Kuala Besut akan saya jadikan rekod dan rujukan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kempen bagi PRK DUN Kuala Besut dan jurucakap calon PAS, Hanafiah Mat berkata calon parti itu Endot@Azlan Yusof tidak alah kepada dugaan dan terus berkempen kepada semua pengundi.

“Dia kini teruskan bertemu pengundi di sini serta Pulau Perhentian sehinggalah tempoh kempen tamat malam ini,” kata Hanafiah yang ditemui di markas PAS di Kampung Baharu di sini.

Azlan yang juga dikenali sebagai ‘Che Long’ dilaporkan disekat daripada memberi kenyataan secara spontan kepada media berikutan kenyataan kontroversinya yang mengikrarkan beberapa perkara, yang dimuat naik di laman YouTube. PRK DUN Kuala Besut itu diadakan selepas kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Jangan Terpedaya Dakwaan Duit Raya BN – Idris

Posted: 23 Jul 2013 06:09 AM PDT

BESUT, 23 Julai – Barisan Nasional membuat laporan polis hari ini berhubung pengedaran risalah kononnya BN akan mengagihkan sumbangan ‘duit’ Hari Raya sempena hari pengundian esok.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Jentera Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bagi Barisan Nasional Salleh Abdul Latif yang kononnya menandatangani risalah itu.

Risalah itu menyatakan kononnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin telah meluluskan sumbangan duit Hari Raya itu kepada pengundi warga emas, ketua keluarga, pemuda dan wanita DUN Kuala Besut.

Timbalan Pengarah PRK DUN Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh kesal dengan tindakan itu yang beliau percaya dilakukan pembangkang.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua dan anggota Parlimen Besut percaya tindakan itu dibuat bagi memperlihatkan BN mahu membeli undi rakyat pada hari terakhir berkempen.

“Taktik kotor itu disedari Ketua Penerangan Umno yang juga Pengerusi Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Pekan Kuala Besut pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini.

Undi Calon BN Untuk Masa Depan Terengganu Yang Lebih Berjaya – Najib

Posted: 23 Jul 2013 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap para pemilih keluar awal esok bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dan mengundi calon Barisan Nasional (BN) untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya.

“Insya-Allah, beliau (Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman) merupakan calon yang paling sesuai untuk kesejahteraan masa depan Kuala Besut. Undilah Ku Zaihan dan Barisan Nasional untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya,” kata perdana menteri di laman Facebook hari ini.

Najib berkata Tengku Zaihan merupakan calon muda yang bersemangat dan mampu mencetuskan idea-idea baharu untuk memakmurkan lagi kehidupan di Kuala Besut.

Sebagai anak jati Kuala Besut, calon BN itu tentunya mahukan yang terbaik untuk kawasan berkenaan, katanya.

Beliau berharap proses pengundian bagi pilihan raya kecil itu berjalan lancar, lebih-lebih lagi ia berlangsung dalam bulan Ramadan.

“Selaras dengan kempen yang sedang rancak berjalan dan hari mengundi pada hari esok, saya berharap agar semua pengundi DUN Kuala Besut dapat keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin,” katanya.

PRK Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan, 37, dan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT