SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, July 15, 2013

UMNO Online - “Perbezaan Politik Dan Pendapat Tidak Seharusnya Bawa Konflik Keterlaluan – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Perbezaan Politik Dan Pendapat Tidak Seharusnya Bawa Konflik Keterlaluan – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Perbezaan Politik Dan Pendapat Tidak Seharusnya Bawa Konflik Keterlaluan – Najib

Posted: 14 Jul 2013 11:19 AM PDT

KUALA SELANGOR, 14 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biarpun ada perbezaan politik dan pendapat di kalangan umat Islam di Malaysia, ia tidak seharusnya membawa kepada konflik yang keterlaluan.

“Sebaliknya kita cari titik pertemuan agar umat Islam dan Islam itu sendiri tidak tergugat dan kita dapat majukan bumi Malaysia ini kepada masa depan yang jauh lebih baik lagi,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan Umno Selangor dan masyarakat setempat di Masjid Jamiuridhuan, Simpang Empat Jeram di sini malam ini.

Beliau berkata Malaysia menolak fahaman ekstremis dan fanatik serta mereka yang hendak melakukan kerosakan di bumi Allah ini dan sebaliknya mengamalkan kesederhanaan dan jalan tengah yang dilihat pendekatan terbaik untuk negara dan Islam.

Selain itu, katanya, kerajaan juga mengamalkan dasar inklusif, yang menghimpunkan mereka yang beragama Islam dan bukan beragama Islam di bawah satu pentadbiran yang adil dan saksama.

“Satu daripada sebab Malaysia aman damai dan harmoni bukanlah macam Negara yang terlibat dalam pergolakan di Afrika Utara dan Timur Tengah kerana kita amalkan dasar-dasar kesederhanaan, kerana jalan tengah…sederhana jalan sebaik-baiknya mengikut Islam,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara sebaik-baiknya supaya pembangunan secara holistik atau menyeluruh seperti dituntut Islam dapat dilaksanakan.

Najib berkata sebagai menghargai mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan BN pimpinan Umno, syiar Islam akan terus dipertingkatkan, akidah dan kesucian Islam termasuk kalimah Allah dipertahankan.

“Kita akan menyediakan lebih banyak peluang dari segi pendidikan termasuk pendidikan Islam, tempat ibadat seluruh negara kita akan tambah dan sediakan kemudahan lebih selesa,” katanya.

Selain itu, sebagai menghargai anggota jawatankuasa surau dan masjid di seluruh negara, Najib berkata mereka akan diberikan sumbangan kain pelikat, kain jubah, telekung, air zam-zam.

Pada malam ini, Najib menyampaikan sumbangan berkenaan kepada ketua-ketua bahagian Umno di Selangor untuk diagihkan kepada anggota jawatankuasa masjid dan surau di seluruh Selangor.

Beliau turut meluluskan permintaan jawatankuasa masjid itu bagi mendirikan sebuah dewan serbaguna untuk orang ramai.

Pada malam ini, Najib bersama kepimpinan Umno Selangor berbuka puasa bersama lebih 2,000 hadirin selain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Perdana Menteri yang mengenakan baju Melayu hijau muda, berkain pelikat hijau tua dan bersongkok hitam turut meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah selepas selesai solat.

Najib berkata antara sebab Jeram dipilih sebagai tempat pertama beliau berbuka puasa di Selangor ialah kerana sokongan padu pengundi di sini yang memberikan kemenangan kepada kesemua dua kerusi dewan undangan negeri, iaitu Bukit Melawati dan Jeram di bawah parlimen Kuala Selangor yang turut dimenangi BN.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus, Ketua Bahagian Umno Selangor yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Datuk Amiruddin Setro, Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim, Adun Bukit Melawati Jakiran Jacoma dan anak lelaki Najib, Norashman Razak.

Sumpah Bai’ah Pas Fasiq – Ustaz Rujhan

Posted: 14 Jul 2013 02:45 AM PDT

BESUT, 14 Julai – Penceramah bebas, Ustaz Rujhan A Rahman berkata, sumpah bai'ah yang dibuat oleh calon Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut adalah satu bentuk sumpah fasiq iaitu rosak.

Ini kerana jelasnya, sumpah yang dilakukan itu bukanlah sumpah yang berkaitan dengan agama Islam memandangkan Pas adalah sebuah parti dan bukan membawa maksud Pas adalah Islam.

"Pas sama seperti PKR, Dap mahupun UMNO. Pas adalah parti politik. Sebab itu sumpah yang dibuat oleh pemimpin Pas ataupun calon Pas di Kuala Besut adalah satu sumpah bai'ah yang rosak. Tidak boleh digunapakai," ujarnya kepada UMNO-Online.

Menerangkan dengan lebih lanjut beliau berkata, di dalam agama Islam memang terdapat sumpah bai'ah dan ianya pernah digunakan semasa zaman Rasulullah dengan sekiranya seseorang itu melanggar sumpah yang dibuat maka ianya akan dilaknat oleh Allah.

Namun jelasnya, Pas telah menyalahgunakan sumpah tersebut dan membuatkan ahli Pas menganggap bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas.

"Sumpah bai'ah ini dilaksanakan berkaitan agama Islam bukan berkaitan parti politik. Perlu diingat bahawa Pas adalah sebuah parti. Ini sama sekali bercanggah dengan bai'ah yang terdapat dalam agama Islam.

"Pas mempergunakan bai'ah yang terdapat di dalam agama demi kepentingan politik. Tindakan Pas ini lebih banyak menimbulkan fitnah di dalam agama. Hukum menfitnah pula lebih besar daripada membunuh. Pas sebenarnya telah membunuh elemen suci di dalam agama Islam.

"Sejak Pas berbaik dengan DAP, Pas telah melonggarkan hukum agama demi kepentingan politik. Ini jelas menunjukkan Pas telah jauh tersasar daripada landasan agama itu sendiri," jelasnya lagi.

Tambah Ustaz Rujhan, tindakan Pas menyuruh calonnya bersumpah bai'ah secara tidak langsung menunjukkan bahawa Pas tidak percaya kepada calonnya sendiri kerana sekiranya Pas yakin dengan calon pilihan mereka maka mengapa perlu ada sumpah bai'ah.

"Oleh itu, saya menyeru kepada umat Islam agar jangan terpedaya dengan taktik Pas yang mendatangkan kesan buruk kepada agama Islam itu sendiri. Jangan terpedaya kononnya Pas adalah Islam kerana Pas adalah sebuah parti yang sama seperti DAP, PKR mahupun UMNO," jelasnya lagi. – MediaUMNO

Pertama Kali Dalam Sejarah Jawatan Wakil Rakyat Ingin Diswastakan

Posted: 14 Jul 2013 02:33 AM PDT

KUALA BESUT, 14 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyelar kenyataan calon Pas, Azlan Endut yang berkata akan mengupah seseorang mewakili dirinya untuk menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat sekiranya beliau menang di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini, dengan alasan beliau terlalu sibuk dengan perniagaannya.

Menurut beliau, ini adalah kali pertama beliau mendengar kenyataan sebegitu  seolah-olah calon Pas tersebut ingin menswastakan jawatan wakil rakyat dengan mengupah seorang wakil bagi dirinya untuk menjalankan khidmat terhadap masyarakat di kawasan yang diwakilinya.

"Ini kali pertama saya dengar kenyataan seperti itu. Bagi saya, kenyataan seperti itu bukan saja pertama kali di dengar di negara ini, barangkali ia juga satu kenyataan yang pertama kali di dunia kerana  saya  tak pernah dengar kenyataan sebegitu dibuat oleh mana—mana ahli politik atau wakil rakyat di luar negara," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Menurut beliau, kenyataan tersebut sudah tentu tidak tepat kerana pastinya rakyat memerlukan seorang wakil rakyat yang sentiasa ada di kawasan mereka untuk memastikan setiap permasalahan rakyat diberi perhatian dan seterusnya dapat diselesaikan.

"Rakyat memerlukan seorang wakil rakyat dan bukannya wakil kepada wakil rakyat. Jika seorang wakil rakyat itu mengupah seseorang bagi mewakilinya untuk berkhidmat kepada masyarakat, saya kira ia akan lebih menyukarkan rakyat untuk mengadu sebarang permasalahan kerana aduan tersebut terpaksa melalui orang tengah.

"Jika seorang wakil rakyat dipilih oleh rakyat di kawasan di mana dia bertanding, sudah tentu penduduk di situ berharap akan dapat menemui wakil rakyat tersebut secara lansung untuk mengadu sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka.

"Jika wakil rakyat mereka mengupah seorang wakil lain untuk mendengar masalah rakyat, saya kira ia akan menyulitkan rakyat untuk menyampaikan sebarang permasalahan rakyat di kawasan tersebut," jelasnya.

Ini penting kerana menurut beliau, wakil rakyatlah yang akan menyuarakan hasrat, harapan dan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan yang diwakilinya untuk disuarakan di peringkat negeri.

"Jika wakil rakyat melantik wakil bagi menggantikan dirinya, maka dibimbangi segala maklumat dan permasalahan yang disampaikan oleh rakyat  tidak akan seratus peratus tepat berbanding sekiranya beliau mendengar sendiri segala permasalahan yang diluahkan oleh rakyat," katanya. – MediaUMNO

M’sia Bekerjasama Rapat Dengan Mesir Pastikan Rakyat M’sia Selamat – Hishammuddin

Posted: 14 Jul 2013 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan pihak keselamatan Mesir bagi memastikan rakyat Malaysia, khususnya golongan pelajar, berada dalam keadaan selamat di negara itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Duta Malaysia di Mesir telah mengadakan perjumpaan dengan pihak keselamatan Mesir iaitu National Security Of Egypt untuk mendapatkan bantuan mereka bagi memberi perlindungan keselamatan kepada pelajar-pelajar Malaysia.

“Saya selaku menteri yang diberi tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia di sana, termasuk mengendalikan urusan keluar jika perlu, sentiasa memantau keadaan di sana dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Wisma Putra, MKN, Kementerian Pendidikan, Kedutaan Malaysia di Mesir dan Kementerian Pertahanan.

“Setakat ini, tiada kejadian tidak diingini berlaku ke atas rakyat Malaysia, khususnya pelajar-pelajar kita di sana,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata di bawah Ops Pyramid, pegawai-pegawai MKN telah memantau dan membuat persediaan perlu sekiranya keselamatan pelajar Malaysia tergugat akibat pergolakan di negara berkenaan sejak 7 hingga 11 Julai lepas.

MKN dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hishammuddin berkata segala persediaan awal telah disusun dari penempatan pelajar Malaysia di Kaherah, Tanta sehingga ke Iskandariah dan akan bertindak membawa mereka keluar pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

“Pihak MKN dan kedutaan sendiri telah berjumpa dengan pelajar-pelajar kita dan memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia akan lakukan apa saja untuk kepentingan serta keselamatan mereka,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, pelajar-pelajar Malaysia masih belum dibawa pulang kerana sedang menghadapi peperiksaan sehingga 8 Ogos depan.

“Mereka akan terpaksa mengulangi pengajian satu tahun lagi dan menduduki peperiksaan semula tahun hadapan sekiranya mereka dibawa pulang pada ketika ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan sentiasa memantau keadaan keselamatan mereka di negara berkenaan selain mendapatkan bantuan daripada pihak keselamatan Mesir untuk melindungi pelajar-pelajar Malaysia.

Umat Islam Disaran Bersatu Tangani Kesucian Agama

Posted: 14 Jul 2013 02:13 AM PDT

TEMERLOH, 14 Julai – Umat Islam di negara ini disaran agar bersatu tanpa membatas perbezaan politik bagi mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus dipersendakan pihak-pihak tertentu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata hanya dengan mengukuhkan perpaduan umat Islam yang merupakan golongan majoriti di negara ini, maka kesucian Islam tidak akan dipersoalkan mana-mana pihak.

“Kita lihat kini terdapat orang bukan Islam yang semakin berani mempersoalkan apa juga kepentingan berkaitan agama Islam berikutan kealpaan orang Islam sendiri untuk mempertahankan kesucian agama mereka.

“Keberanian musuh Islam kini semakin ketara seperti isu kalimah Allah, isu akidah, mempersoalkan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Negara dan pelbagai lagi yang dibangkitkan secara terang-terangan," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan kewangan kepada masjid dan surau bagi Parlimen Kuala Krau yang membabitkan 46 buah masjid dan 71 surau yang keseluruhannya berjumlah RM90,000, di Masjid Baharu Kampung Gunung Senyum di sini hari ini.

Ismail berharap dengan keberkatan Ramadan, ia akan membuka pintu hati umat Islam khususnya generasi muda untuk bersama-sama mempertahankan kesucian Islam.

“Umat Islam perlu berpakat, bersatu untuk mempertahankan Islam daripada perbuatan provokasi dan kata cacian musuh Islam,” katanya.

RM10 Mln For New Programme Aimed At Encouraging Youths To Engage In Economic Activities

Posted: 14 Jul 2013 02:10 AM PDT

SEMPORNA, July 14 (Bernama) — The allocation of RM10 million announced by the government yesterday for the Young Generation of Smallholders programme is seen as a new initiative to encourage young people to be involved in various economic activities.

“I believe this is a noble effort to develop the rural areas in line with our aspiration to empower rural youth. I hope they will come forward to participate in the programme,” said Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, who is also Semporna Umno division chief.

“The government hopes that under this programme, our aim of balancing income between the country’s rural and urban population can be realised soon,” he added when met by reporters after chairing the divisional meeting, here, today.

Shafie said his ministry, through the various agencies, emphasised on involvement of young people in entrepreneurship, and the introduction of the Rural Business Challenge and the 21st Century Village programme was among the efforts taken towards this end and to instil competitiveness.

He said this year alone, the ministry had given a grant of RM2 million as a reward for rural entrepreneurs in various fields including livestock farming who won in the competition.

Bantuan Kerajaan Bukan Bermusim – Tajuddin

Posted: 14 Jul 2013 02:04 AM PDT

KUALA BESUT, 14 Julai – Bantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan nelayan atau petani dibuat secara berterusan dan bukannya bersifat bermusim seperti semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan nelayan atau petani.

“Jika bantuan diberikan semasa bahang pilihan raya diadakan, ia adalah secara kebetulan. Seperti saya datang ke Kuala Besut, sudah pasti mengikut adat orang Melayu saya akan bawakan sedikit cenderamata kepada tuan rumah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Kampung Baharu sini, hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu Nawi Mohamad, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Terengganu Dr Marzuki Zakaria dan Pengawai Daerah Besut A. Rahim Jusoh.

Pada program itu, Tajuddin menyampaikan bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut.

Pada 24 Julai ini, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Sementara itu, seorang daripada penerima bantuan, Mat Yusof Awang Ahmad, 73, dari Kampung Gong Manok di sini berkata, beliau bersyukur menerima bantuan itu dan akan menjaga 15 ekor anak ayam kampung yang diterimanya dengan sebaik mungkin.

“Ini kali pertama saya menerima bantuan seperti ini daripada kerajaan dan ayam ini akan dijaga sehingga cukup umur sebelum dijual pada harga RM8 sekilogram,” katanya yang menjalankan penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan.

Penduduk Kampung Baharu di sini, Mohammad Ishak, 65, pula berkata bantuan itu akan dijadikan permulaan untuk beliau berjinak-jinak dalam penternakan ayam kampung untuk menampung perbelanjaan selain bergantung kepada pencen setiap bulan.

Anok Ustaz, Profesional, Ore Mudo Jadi Buah Mulut Di Kuala Besut

Posted: 14 Jul 2013 01:20 AM PDT

KUALA BESUT, 14 Julai – ‘Anok Ustaz, Profesional, Ore Mudo’ yang jadi tarikan kepada calon Barisan Nasional (BN) dianggap ‘comel dan molek doh…kena pulok’ dengan kaum keluarga, lagilah kita kena bantu dan sokong dia. Bakpo kita nak gi ikut lainnya, begitulah kata-kata seorang penduduk di Kampung Layout, Tok Saboh, Husain Abdul Rahman

“Tak berganjak dah kot mana pun…marilah sapo pun itulah pilihan kito. Lagi pun ayah dia tu macam gurulah, guru bacaan rawi kita. Kena sokong dan bantulah calon BN tu. Molek doh dan takdok gerok kot lain doh. Tak gi ikut lain doh hari ngundi ni. BN jadi pilihan,” katanya.

Katanya, banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN menerusi wakil rakyatnya di sekitar sini.

"Banyak yang telah dilakukan dan sebab itu pilihan raya kecil di Kuala Besut kali ini calon ‘Anok Ustaz, Orang Mudo dan Profesional’ perlu diberikan peluang untuk menyambung khidmat bakti yang telah dilaksanakan oleh wakil rakyat sebelum ini," katanya.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Asmizi Bt Abu Bakar dari kampung sama turut menyatakan sokongan kepada BN.

Katanya kenapa perlu memberikan sokongan kepada pihak lain sedangkan kerajaan BN telah banyak membantu mereka seperti bantuan perumahan dan bantuan lain termasuk persekolahan anak dan macam-macam lagi.

"Dulu kami sekeluarga menyewa di tepi baroh. 12 tahun kami menyewa tapi hari ini Alhamdulillah dengan bantuan perumahan yang disediakan oleh kerajaan, kami sekeluarga akahirnya dapat menduduki rumah yang cukup selesa. Dah 9 bulan menetap di sini.

"Kak kot mana pun pilih BN kerana telah banyak membantu rakyat, bukan setakat rumah, bantuan sekolah anak-anak dan macam-macam lagi. Terima kasihlah. Jadi undi tetap kepada orang yang telah memberi bantuan kepada kita," katanya.- MediaUMNO

Hari Ketiga Berkempen Sambutan Amat Memberangsangkan – Tengku Zaihan

Posted: 14 Jul 2013 12:55 AM PDT

KUALA BESUT, 14 Julai – Kempen yang masuk hari ketiga bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman terus giat berkempen menemui para pengundi.

Kunjungannya di Pasar Awam Kuala Besut memberi peluang dan ruang kepada orang ramai untuk mengenalinya dengan lebih dekat selain memberi peluang kepada beliau untuk merayu undi.

Rata-rata para peniaga dan pengunjung yang ditemui beliau mengharapkan kemenangan akan berpihak kepada BN pada hari pengundian nanti dan secara spontan seorang peniaga di pasar tersebut membacakan doa untuk kemenangan beliau pada pilihan raya kecil berkenaan.

Sejurus itu ketika leka bertemu dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di di Pusat Pendaratan Ikan LKIM Besut pula, calon Pas yang dikenali panggilan Che Long turut serta di kawasan tersebut.

Masing-masing bersalaman serta sapa-menyapa antara satu sama lain dan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan bertepuk tangan sebagai tanda sokongan kepada kempen secara sihat itu.

Tengku Zaihan ketika ditemui menjelaskan itu adalah kempen sihat dan terpulang kepada kaedah dan cara masing-masing untuk menarik sokongan pengundi untuk menyokong mereka.

"Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat amat memberangsangkan, malah tadi seorang peniaga turut mendoakan kemenangan BN dan kesejahteraan kita bersama.

"Insyaallah kita akan usahakan yang terbaik untuk rakyat dan jika diberikan peluang, kita akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka," katanya. – MediaUMNO

Difficult For Kelantan Pas’ Influence To Penetrate Kuala Besut – Annuar Musa

Posted: 14 Jul 2013 12:44 AM PDT

KUALA BESUT, July 14 – Kuala Besut, which is located in the Besut parliamentary constituency, is still a Barisan Nasional (BN) stronghold and difficult to be penetrated by Kelantan PAS politics despite it bordering PAS-administered Kelantan, said Kelantan Umno liaison chief Tan Sri Annuar Musa.

He said Besut BN’s influence had instead extended into some areas in Kelantan that borders Besut when BN captured the Machang and Ketereh parliamentary seats and Selising state seat, which is located in the Pasir Puteh parliamentary constituency.

“Although we are neighbours, Kelantan PAS’ influence is not capable of ousting BN in the upcoming Kuala Besut by-election as the political ideals and considerations in making a decision between Kelantan and Terengganu are different,” the Ketereh member of parliament told Bernama, here.

Annuar was here last night to lend support to BN candidate for the Kuala Besut by-election, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, by meeting with the residents of Kampung Gong Nering.

He said the Kelantanese who live next to Besut could see the Terengganu government’s administration as being a successful model, whether in the economic, tourism, infrastructural or educational sphere.

“Therefore, there is no reason for the people of Kuala Besut to follow Kelantan’s way,” he added.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT