SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, July 6, 2013

UMNO Online - “Pemuda Kecam Rampasan Kuasa Di Mesir, Langgar Prinsip Demokrasi” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda Kecam Rampasan Kuasa Di Mesir, Langgar Prinsip Demokrasi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda Kecam Rampasan Kuasa Di Mesir, Langgar Prinsip Demokrasi

Posted: 05 Jul 2013 04:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam rampasan kuasa dan penahanan Presiden Mohammed Mursi.

Ketuanya Khairy Jamakuddin berkata insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan sahaja telah meragut nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana.

"Harus diingat bahawa Presiden Mohammed Mursi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihan raya dan bukannya rusuhan jalanan.

"Beliau tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan sahaja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat", katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tegas Khairy lagi ini adalah satu iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati oleh semua.

Tambah beliau sebarang tindakan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.Oleh itu, tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya.

"Pada masa yang sama, saya mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di sana dan menasihati mereka agar tidak menghampiri kawasan yang berisiko tinggi.

"Saya juga berharap Kementerian Luar akan terus memantau pergolakan di Mesir dan membuat persiapan awal sekiranya kita terpaksa memindahkan rakyat Malaysia bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku" ujarnya. -MediaUMNO

Resolve Water Issue With Kedah Without Burden To Consumers – Jahara

Posted: 05 Jul 2013 04:16 AM PDT

GEORGE TOWN, July 5 – Opposition leader Datuk Jahara Hamid of Barisan Nasional (BN) stressed that the Penang state government should resolve the water supply issue with the Kedah government in the best interest of the people.

“This issue affects the interest of Penangites and I don’t want them to be burdened with high water charges. This is my stand as a consumer,” she told reporters here today.

Meanwhile, Chief Minister Lim Guan Eng reiterated his hope that the 10 opposition people’s representatives would work with the government to prove that they care for the well-being of the people.

“We ask for their support because when BN ruled the state there were no such demands. But now with Pakatan Rakyat we are asked to pay for the same raw water,” he said.

Pakatan Pembangkang Adalah Pembunuh Sebenar Demokrasi Di Negara Ini

Posted: 05 Jul 2013 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib membidas konsep ketelusan dan kebebasan bersuara yang kononnya diamalkan di dalam pentadbiran Pakatan Pembangkang dan menyifatkan ianya sebagai satu penipuan besar kepada rakyat di negara ini.

Menurut beliau, apa yang jelas hari ini ialah, kepimpinan pembangkang akan bertindak bagi menyekat sebarang kritikan atau pendedahan berhubung kepincangan mereka dengan pelbagai penafian termasuk bertindak menyaman individu atau organisasi yang mendedahkan perkara tersebut.

"Sebagai contoh kita dapat lihat bagaimana Lim Guan Eng begitu melenting apabila ada cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat dakwaan Red Bean Army yang didakwa ditaja oleh DAP untuk menjatuhkan kerajaan, sehingga meminta PM untuk masuk campur dalam hal ini.

"Inilah wajah sebenar pembangkang. Bagi mereka, apa yang mereka faham mengenai definasi kebebasan bersuara dan demokrasi itu hanyalah untuk dibenarkan untuk mereka saja dan tidak boleh dilakukan oleh pihak lain selain dari pembangkang.

"Hanya mereka saja yang boleh usik pihak lain, tetapi pihak lain tidak boleh mengusik mereka. Laungan kebebasan bersuara dan demokrasi itu hanyalah pembohongan yang ketara kepada rakyat di negara ini," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Malah beliau mendakwa, pakatan  pembangkanglah yang menjadi  pembunuh kepada amalan demokrasi yang telah diamalkan lebih 55 tahun di negara ini.

"Bagi saya, pembangkang adalah pembunuh bagi sistem demokrasi yang telah wujud di negara ini sejak kita mula merdeka. Demokrasi, keterbukaan dan kebebasan bersuara hanyalah retorik di bibir kepimpinan pakatan pembangkang dan perkara ini tidakpun diamalkan oleh pembangkang.

"Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir DAP kononnya mengamalkan sikap cekap, akaubtabiliti dan ketelusan baru-baru ini telah  wartawan Utusan Malaysia daripada menghadiri sidang DUN di Pulau Pinang. Di mana Lim Guan Eng mencampakkan demokrasi dan kebebasan bersuara dalam hal ini?" soal beliau.

Begitu juga sikap diskriminasi kepimpinan pembangkang terhadap wartawan-wartawan arus media perdana ketika menjawab sebarang soalan  yang pada anggapan mereka ini menjadi agen kepada BN dan kerajaan, jelasnya lagi.

"Jelas bahawa perkataan demokrasi, ketelusan dan kebebasan bersuara hanyalah satu slogan yang dimanipulasikan oleh pembangkang untuk memperdayakan rakyat, sedangkan hakikatnya mereka tidak begitu," akhirinya.

Kerajaan Tarik Balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 2013

Posted: 05 Jul 2013 04:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai –  Jemaah Menteri pada Jumaat bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin berkata isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Kabinet bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang itu adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Kabinet, Jumaat.

Muhyiddin berkata keputusan untuk menarik balik Rang Undang-Undang itu juga dibuat bagi memberi masa kepada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang tersebut secara holistik.

“Rang undang-undang ini hanya akan dibentangkan semula setelah mendapat persetujuan semua pihak,” katanya.

Semua pindaan yang berbangkit daripada penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 juga akan ditarik balik, katanya.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia, maka isu pertikaian status agama anak perlu diselesaikan secara adil berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh “his parent or guardian” (ibu bapa atau penjaga).

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam melawan Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan ‘parent’ sebagai mufrad.

Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashini.

Hormat Keputusan Pilihanraya Mesir.. Anwar Terlupa Hina Diri Sendiri

Posted: 05 Jul 2013 04:05 AM PDT

Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim sejurus selepas Mesir menyaksikan kejatuhan Presiden Morsi:

"Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.  Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar."

Anwar nampaknya tidak dapat menerima rampasan kuasa oleh tentera Mesir kerana menyifatkannya sebagai tidak menghormati keputusan pilihanraya yang meletakkan Presiden Morsi di puncak kuasa.

Anwar juga menganggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar kerana menyalahi demokrasi.

Tetapi, berikut pula adalah laporan oleh Free Malaysia Today serta dipetik oleh AltThaiNews ( http://altthainews.blogspot.com/2013/05/us-prepares-to-overthrow-malaysian.html ) pada 15 Mei 2013, bertajuk "BN Akan diTumbangkan Tahun Ini":

Pakatan Rakyat berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui jalanraya.  Jurucakap di dalam forum yang berlangsung semalam sebulat suara bersetuju bahawa menunggu 5 tahun lagi untuk pilihanraya adalah terlalu lama dan berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui kekerasan.

Tambah laporan itu lagi:

Hishamuddin Rais menyatakan bahawa tiada gunanya membawa ketidakpuasan hati mereka ke mahkamah kerana sistem perundangan dikawal oleh kerajaan.

"Kerana itulah kita mesti membawanya ke jalanraya.  Kita mesti keluar.  Apa yang Najib suka adalah salah dan apa yang dia tidak suka, itulah yang kita mesti lakukan.  Kita akan gerakkan kumpulan yang besar ke jalanraya.  Ini bukan ugutan, ini adalah janji!"

Dan ini pula laporan dan wawancara Anwar dengan Interpress Service News Agency http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/ pada 24 Februari 2012:

BANGKOK, Feb 24 2012 (IPS) – Pemimpin pembangkang Malaysia yang berkarisma, Anwar Ibrahim, menyentuh semangat 'Arab Spring' bagi menamatkan 55 tahun pemerintahan UMNO dan parti komponennya di negara Asia Tenggara itu.  

"Malaysia tidak boleh tersisih dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya dunia Islam," kata ketua Parti Keadilan Rakyat yang berumur 64 tahun itu. 

"Bagi kami di Malaysia, ini adalah tanda yang meyakinkan:  trend ke arah demokrasi, kebebasan dan lebih ketelusan di dunia Arab."

dan: "Arab Spring, adalah berguna bagi kami di dunia Islam dalam hal ini.  Ia mempunya impak bagi erti demokrasi."

Nampaknya ketika mengutuk rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, Anwar telah dengan tidak sengaja mengutuk diri sendiri.

Nampaknya ketika mengutuk rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, Anwar telah dengan tidak sengaja mengutuk diri sendiri.

Mungkinkah Anwar lupa bahawa beliaulah yang ke hulu ke hilir meragam tidak mahu menerima keputusan pilihanraya dan beliau jugalah yang menggerakkan 'lembu dan kambingnya' ke jalanraya kerana ingin melakukan rampasan kuasa.

Walaupun sering menafikan yang beliau ingin merampas kuasa melalui keganasan, tetapi perkataan Arab Spring yang dipilih oleh Anwar itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan yang beliau ingin mencetuskan anarki.

Arab Spring sehingga kini telah menyaksikan hampir 130,000 kematian di semua negara yang terlibat.  Paling ramai adalah di Syria iaitu hampir 100,000, tetapi dikhuatiri lebih ramai lagi yang belum dilaporkan.  Diikuti Libya 30,000 dan beberapa ratus atau ribu lagi di Mesir, Tunisia, Algeria, Yemen dan lain-lain.

Justeru, bagaimana Anwar boleh menjadikan Arab Spring sebagai sumber inspirasi tetapi di masa yang sama menafikan ingin mencetuskan anarki?

Bagaimana Anwar mengutuk rampasan kuasa melalui kekerasan tetapi di masa yang sama turut ingin melakukannya?  Bagaimana Anwar meminta orang lain menerima keputusan pilihanraya sedangkan beliau sendiri tidak mahu menerimanya?

Kesimpulannya, benarlah kata orang-orang di keliling Anwar, bahawa Anwar sudah gila.

Mr Beruang Biru

Siapa Bohong : Anwar, Merdeka Online Atau Jusuf Kalla?

Posted: 05 Jul 2013 03:58 AM PDT

Wawancara bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dengan Merdeka Online meletakkan Anwar dalam keadaan gelisah.  Ini kerana wawancara tersebut secara tidak langsung telah mendedahkan beberapa perkara mengenai Anwar antaranya, Anwar adalah alat kepada pihak asing,  Anwar terdesak sehingga mencadangkan perjanjian dengan Dato' Seri Najib, Anwar seorang penipu dan juga Anwar sudah gila.

Bagi membela diri, Anwar membuat kenyataan di dalam Nanyang Siang Pau bahawa semua itu tidak benar iaitu bahawa Jusuf Kalla tidak pernah membuat kenyataan buruk mengenai Anwar serta tidak pernah diwawancara oleh Merdeka Online.  Katanya, beliau sendiri telah mengesahkannyan dengan bekas Naib Presiden Indonesia itu.

Anwar seharusnya lebih tahu bahawa penafian seharusnya datang dari pihak Jusuf Kalla, bukan Anwar.

Ini kerana Merdeka Online melaporkan kata-kata Jusuf Kalla bukan Anwar.  Oleh itu, benar atau tidak laporan tersebut, hanya Jusuf Kalla saja yang mampu mengesahkannya.  Malah, Jusuf Kalla juga boleh menyaman Merdeka Online jika terbukti laman tersebut berbohong.

Kita tahu, tentu pedih sekali untuk Anwar menerima kenyataan bahawa orang yang dipercayainya, yang dirujuk dan digunakan sebagai perantara, rupanya mempunyai pendapat yang begitu buruk terhadap dirinya.   Lebih memeritkan lagi sekiranya Jusuf Kalla sememangnya bersetuju agar pendapatnya mengenai Anwar itu disiarkan di laman web untuk dibaca oleh semua orang.

Apa yang pasti, sebagai pemerhati, wawancara yang disiarkan oleh Merdeka Online tampak asli berdasarkan susun atur ayat yang tidak terancang.   Selain itu pendedahan pembabitan Filipina dan Turki secara dekat dengan Anwar merupakan satu maklumat baru yang tidak mengejutkan.

Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin kedua negara itu bukanlah rahsia tetapi selama ini jarang sekali yang mengaitkan kedua negara itu secara langsung dalam aktiviti Anwar di dalam negara.   Yang sering dikaitkan dengan Anwar hanyalah pihak Amerika dan Zionis.  Oleh itu, kita berpendapat maklumat seperti ini bukan boleh direka-reka tetapi harus datang dari sumber yang benar-benar mengetahuinya seperti Jusuf Kalla.

Perbincangan mengenai masa depan Nurul Izzah pula menunjukkan yang ia merupakan satu perbualan yang jujur antara dua orang sahabat lama dan sebagai wartawan, Merdeka Online tidak akan mampu mengada-adakan perkara sebegitu.

Apapun, ini hanya pendapat dan pandangan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian.   Seperti yang dikatakan tadi, kebenaran hanya boleh disahkan oleh Jusuf Kalla sendiri.

Penafian Anwar adalah tidak bernilai sama sekali kerana Anwar mampu menafikan apa saja walaupun terdapat video jelas yang mengesahkan setiap inci batang tubuhnya.

isuhot.com

Menyusuri “Peristiwa Alam Israk Mikraj Buatan” Anwar

Posted: 05 Jul 2013 03:40 AM PDT

Anwar menang dalam peperangan persepsi dengan UMNO/BN dan PM sendiri. Tetapi sayangnya, kemenangan persepsi yang diperolehi ini gagal dimenafaatkan sebaiknya oleh Anwar.

Persepsi para penyokong terhadap beliau telah menjadi “melampau-lampau” sama seperti imaginasi melampau Anwar yang membayangkan beliaulah PM Malaysia yang sebenar jika BN tidak rampas kemenangan PR pada PRU13 yang lalu.

15 tahun Anwar telah membawa para pengikutnya hidup di suatu alam yang dinamakan “alam andaian dan imaginasi”, iaitu suatu alam yang tidak berpaksikan kepada sesuatu yang nyata atau zahir.

Alam ini tiada bumi dan tiada langitnya. Mahu dikatakan dunia bukan, akhirat pun bukan. Alam nyata bukan, alam ghaib pun entah. Alam bunian bukan, alam malakut pun tidak.

Anwar cuba menyaingi kisah “lipur-lara dan imaginasinya” dengan kisah Israk Nabi saw dari Masjidil Haram hingga ke Masjidil Aqsa.

Para sahabat, pengikut sahabat dan yang mengikuti jalanNya hingga hari kiamat, wajib percaya apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw, kisah yang dilaluinya sepanjang malam tersebut hanya bersandarkan kepada keimanan dan keyakinan kepada Allah dan rasul kekasihNya.

Tiada bukti dan tiada saksi yang dikemukakan oleh Rasulullah saw untuk menyokong dan meyakinkan para sahabat baginda mengenai peristiwa Israk & mikraj ini.

Jika ada pun hanyalah “batu terapung” di Masjidil Aqsa yang cuba mengikut Nabi saw bermikraj ke langit. Satu lagi rombongan perdagangan dari Syam yang ditemui oleh Nabi saw di malam tersebut yang dijangka sampai ke Madinah selepas asar besoknya.

DAN, Jika Allah swt tidak turut membantu dengan melambatkan pusingan matahari pada hari tersebut, nescaya rombongan perdagangan tersebut tidak akan sampai ke destinasi seperti yang dijangka oleh Rasulullah saw. Sudah pasti para sahabat, apatah lagi kaum kafir Quraisy akan hilang percaya dengan “plot cerita”  yang disebut oleh Nabi saw.

Kehebatan dan anugerah Allah kepada KekasihNya Muhammad saw inilah yang cuba dilakukan oleh Anu-war ibnu Ibrahim Al Liwati.

Anu-war Ibnu Ibrahim Al Liwati mahu seluruh rakyat di negara ini percaya, mengakui, meyakini dan mengimani apa saja ilusi, imaginasi dan plot kisah yang digambarkan oleh beliau, sepertimana umat Islam wajib meyakini peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad saw.

Jika “Alam Israk Mikraj Nabi saw” menceritakan kisah-kisah benar yang bakal berlaku terhadap umat Muhammad di dunia, di alam barzah dan di alam masyar,

“Alam Israk Mikraj Anu-war Al Liwati” pula menceritakan “kisah plot penafian sebarang kisah benar” yang dilakukan oleh Anwar dan “plot kisah buruk yang direkacipta” untuk menggambarkan peri-buruk kelakuan DS Najib, para pemimpin UMNO, SPR, PDRM, hakim dan lain-lain musuh politik Anwar.

Anwar meminta seluruh rakyat percaya dan beriman bulat-bulat dengan segala imaginasi bohong terlampaunya.

Tapi, hari demi hari semakin ramai rakyat, malah pengikut dan rakan setianya sendiri sudah mula menolak dan mengkufuri serta enggan beriman dengan “peristiwa alam israk mikraj buatan” Anwar.

Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)

Sudah Tiba Masanya DAP Berhenti Main Wayang Demokrasi

Posted: 05 Jul 2013 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 5  Julai – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin menyeru pemimpin DAP agar berhenti bercakap soal demokrasi sekiranya mereka tidak mampu untuk melaksanakannya.

Menurut beliau peristiwa malang yang berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu baru-baru ini menunjukkan kepada umum bahawa apa yang dilaung-laungkan oleh DAP hanyalah sekadar retorik semata-mata.

"Justeru hentilah bercakap soal demokrasi….berhimpun dan sebagainya kononnya atas landasan dan dasar demokrasi kerana mereka sendiri menunjukkan sebaliknya kepada masyarakat umum.

"Semua itu dah jadi bahan permainan dan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus’ (CAT) ) yang diwar-warkan oleh kerajaan Pulau Pinang nampaknya tinggal nama dan sekadar slogan semata-mata," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau lagi mereka sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana merekalah kononnya sebelum ini cukup lantang dan memperjuangkan soal demokrasi.

"Apakah itu dinamakan demokrasi……Demokrasi dah mati di negeri yang diperintah oleh mereka yang kononnya melaungkan demokrasi. Atas alasan apa sekalipun sewajarnya ruang sepatutnya perlu diberikan dan bukannya diberikan dengan alasan.

"Inilah rupa dan wajah sebenar mereka…..Rakyat kini boleh lihat setelah terbentang luas di depan mata perangai sebenar golongan tersebut. Bagi saya mereka perlu cermin diri sedalam-dalamnya," kata beliau.

Persidangan hari pertama DUN semalam kecoh apabila Speaker DUN Law Choo Kiang tidak memberi laluan kepada sesi soal jawab sebaliknya meneruskan persidangan dengan sesi perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. -MediaUMNO

Pertembungan Nilai Punca Konflik Di Mesir – Rais

Posted: 05 Jul 2013 03:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai –  Pergolakan di Mesir dilihat sebagai satu pertembungan nilai dan bukannya pertembungan politik semata-mata, kata Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim.

Justeru, katanya penting bagi umat Islam menilai perkembangan itu supaya kejaguhan politik dan perjuangan ummah sentiasa terpelihara.

“Jika tidak, apapun yang disebut menerusi sunnah dan ajaran Al-Quran diketepikan, tetapi apa yang kasar, berbentuk peperangan dan kerakusan akan keluar. Ini mesti kita atasi bersama,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.

Rais, yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, berkata rakyat Malaysia juga harus berwaspada kerana pertembungan sesama sendiri boleh berlaku jika gagal menghadapi dan mengatasi permasalahan nilai.

“Soalnya ialah di mana di dunia ini orang Kristian bertembung sesama mereka? Jarang sekali. Di mana Buddhisme bertembung sesama sendiri? Jarang sekali. Tetapi di kalangan masyarakat Islam pertembungan sesama sendiri ini sudah seperti makan nasi dengan kuah. Hari-hari berlaku,” katanya.

Beliau mencadangkan agar pihak kerajaan dan institusi pengajian tinggi membentuk nilai-nilai bersifat universal yang boleh dihormati oleh semua pihak.

Rais dalam pada itu menolak kebarangkalian konflik yang sama boleh berlaku di negara ini kerana Malaysia mempunyai tunggak demokrasi yang jelas selain elemen tanggungjawab yang telah dipagari dengan Perlembagaan yang kukuh.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu semua pihak menjadikan rampasan kuasa dan penahanan Presiden Mohammed Mursi ini sebagai satu iktibar bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati semua pihak.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata sebarang tindakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.

“Tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan sahaja meragut nyawa tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara penyokong dan penentang kerajaan di sana,” katanya dalam kenyataan.

Katanya beliau berharap Kementerian Luar akan terus memantau pergolakan di Mesir dan membuat persediaan awal sekiranya kerajaan terpaksa memindahkan rakyat Malaysia bagi mengelak insiden yang tidak dingini.

Khairy turut menasihati rakyat Malaysia agar tidak menghampiri kawasan yang berisiko tinggi di negara itu.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abd Rahim berkata rakyat Malaysia perlu bermuhasabah diri dan menjadikan pergolakan di Mesir sebagai iktibar untuk menghargai keamanan sedia ada.

Beliau berkata kerajaan hari ini lebih berpengalaman untuk mengurus tadbir negara dan rakyat seharusnya bersyukur dapat hidup dalam negara yang stabil.

Abdul Azeez yang pernah terlibat dalam proses pemindahan 7,800 pelajar Malaysia di Mesir semasa kejatuhan Hosni Mubarak berkata, KP1M kini menunggu arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya bantuan yang sama diperlukan.

Pandangan yang sama turut dikongsi Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan supaya rakyat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku di Mesir.

“Jangan terikut rentak asing dan pembangkang yang akhirnya menyebabkan negara hancur lebur,” katanya.

Undi Popular: Pembangkang Merendahkan Intelektual Mereka Sendiri

Posted: 05 Jul 2013 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Julai – Ahli Majli Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim melihat pemimpin pembangkang yang masih dibuai dan berterusan bercakap mengenai undi popular adalah kalangan mereka yang merendahkan intelektual mereka sendiri.

Menurut beliau beliau senario itu juga menyerlahkan mereka mempunyai agenda tersendiri khususnya mengelirukan rakyat berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam usaha menutup kegagalan menawan Putrajaya.

"Bagi saya, ini saya kategorikan kepada dua. Satunya dia merendahkan intelektual diri sendiri dan keduanya dia ada agenda untuk kelirukan rakyat dengan tujuan untuk menunjukkan kononnya mereka menang.

"Padahal sistem yang kita telah terima pakai ini adalah sekian lama. Kita kena berlaku adil. Kenapa dibangkitkan soal tersebut selepas mereka kalah dan selepas pilihan raya. Kenapa tidak dibangkitkan sebelum pilihan raya. Lagi pun sepertimana yang telah diperkatakan sistem yang kita gunapakai adalah yang sedia ada," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau sekali lagi mengambil contoh dengan membuat analogi permainan badminton.

"Semua tahu sistem kiraan mata badminton iaitu pemenang akan dikira berdasarkan kepada jumlah set yang dimenangi. Namun ada juga perlawan yang boleh diubah sistem kiraaan itu tetapi ianya dibuat sebelum perlawanan bermula.

"Contohnya berdasarkan kepada jumlah kiraan mata dan bukannya kepada set permainan. Boleh tetapi ianya dibincang dan dipersetujui sebelum perlawanan dimulakan. Ini baru betul, "katanya.

Kata beliau lagi pemimpin pembangkang sebenarnya tahu dan arif berkenaan di negara sistem yang digunapakai dalam pilihan raya di negara ini.

"Mereka dah tahu cuma buat-buat tak tahu sebab nak menang. Pengadil yang sama dan sistem yang sama….menang di Pulau Pinang, di Selangor, Kelantan tidak jadi soal. Yang jadi soal sebab tidak dapat jadi PM dan tidak dapat bentuk kerajaan pusat.

"Akan salahkan orang yang lawan dengan dia…tidak cukup dengan itu salahkan pengadil iaitu SPR. Cuma satu yang dia kurang iaitu tidak pernah melihat kepada diri sendiri dan tidak pernah melihat kelemahan yang ada pada mereka. Saya percaya jika ditambah sedikit dengan melihat kepada diri sendiri benda itu akan selesai," katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT