SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, July 22, 2013

UMNO Online - “Pengundi Jangan Tertipu – Zahid Hamidi” plus 9 more

UMNO Online - “Pengundi Jangan Tertipu – Zahid Hamidi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pengundi Jangan Tertipu – Zahid Hamidi

Posted: 21 Jul 2013 07:04 AM PDT

KUALA BESUT, 21 Julai – Pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diingatkan supaya tidak mudah tertipu dengan kempen pembangkang termasuk kononnya tidak mendambakan jawatan Menteri Besar jika memperoleh kemenangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan kononnya apa yang diumumkan kerajaan di Kuala Besut adalah atas desakan pembangkang hanyalah satu kempen mudah bagi meraih perhatian walhal kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti cukup perihatin dalam membela rakyat.

“Agaknya pada mereka BN ini tidak ada perancangan, hanya mereka yang lebih pintar kononnya. Sedangkan BN mempunyai keperihatinan tinggi terhadap rakyat tanpa mengira siapa suarakan asalkan untuk kebaikan rakyat.

“Jadi, saya harap pengundi di Kuala Besut tidak tertipu sekali lagi dengan kempen mudah sebegini, termasuk slogan 16:16 kononnya tidak membawa apa-apa makna kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat keselamatan di Markas Taktikal Polis (Martek) di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang bahawa semua projek yang diturunkan kerajaan di Kuala Besut sepanjang kempen pilihan raya ini kononnya terjadi setelah dibangkitkan mereka.

Naib Presiden Umno itu turut menarik perhatian bahawa jika berjaya, teori 16:16 akan mewujudkan kerajaan tergantung di Terengganu yang akan mengudang ketidakstabilan politik dan pentadbiran di negeri itu.

Justeru, katanya pengundi Kuala Besut mempunyai peranan cukup penting dalam menentukan masa depan negeri itu kerana jika kerajaan tergantung akan berlaku kekecohan dalam menentukan siapa yang bakal membentuk kerajaan akibat jumlah kerusi yang seimbang itu.

Ahmad Zahid juga menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar sekiranya menang pada Rabu ini sebagai satu lagi perangkap yang akan memerangkap rakyat dan keadaan politik di Terengganu.

Pilihan raya kecil pada Rabu ini menyaksikan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman ditentang Endot@Azlan Yusof dari PAS.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

Semalam, seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafiee Apdal turut menyatakan hasrat mempertahankan jawatannya.

Jangan Waswas Dengan Dakwat Kekal – Shahrizat

Posted: 21 Jul 2013 07:01 AM PDT

KUALA BESUT, 21 Julai – Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menasihatkan pengundi wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu bahawa dakwat kekal tidak sah dibawa bersolat.

Katanya maklum balas itu diperoleh beliau ketika bertemu pengundi wanita di kawasan berkenaan yang menyatakan mereka waswas dengan kesucian dakwat kekal yang bakal diguna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian Rabu ini.

“Pada pilihan raya umum ke-13 lalu ada segelintir daripada mereka tidak keluar mengundi kerana termakan dengan cerita yang disebarkan itu.

“Mereka maklumkan mereka takut untuk keluar mengundi berhubung dakwat berkenaan dan kita bimbang perkara ini akan berulang,” katanya.

Shahrizat yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan gulai kawah di Kampung Seru Kemunting di sini hari ini, berkata jentera Wanita Umno telah mengambil inisiatif menjelaskan dakwat itu suci dan sah dibawa bersolat.

Beliau turut menyarankan SPR mengulangi kenyataan berhubung kesucian dakwat kekal itu bagi mengembalikan keyakinan pengundi terutama kaum wanita di kawasan tersebut.

Dalam pada itu katanya, jentera Wanita Umno akan terus mendampingi pengundi dalam usaha menangkis pelbagai dakwaan yang disebar pihak pembangkang.

“Sokongan wanita di sini amat kuat dan jentera kami sentiasa memainkan peranan dan jumlah jentera kini meningkat kepada 1,000 orang bagi membantu Wanita (Umno) di Kuala Besut,”katanya.

PRK Kuala Besut Tenang, Hanya Empat Kes Dilaporkan Setakat Ini

Posted: 21 Jul 2013 06:59 AM PDT

KUALA BESUT, 21 Julai – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sehingga kini tercatat sebagai pilihan raya kecil paling tenang dengan hanya empat kes dilaporkan setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada laporan itu, satu daripadanya dianggap ‘laporan yang pelik’ iaitu melibatkan kejadian membakar bendera kedua-dua parti bertanding.

“Ertinya ia bukan disebabkan pihak lawan tetapi mungkin ada pihak lain yang sengaja mahu membuat provokasi.

“Jadi saya harap trend tenteram ini akan berlanjutan sehingga selepas hari mengundi di mana polis akan sentiasa memantau dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua,” katanya selepas mendengar taklimat keselamatan di Markas Taktikal Polis (Martek) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata selain kerjasama parti-parti bertanding, keadaan tenang itu terhasil menerusi kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan penugasan 2,789 pegawai dan anggota dari seluruh negara sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu.

Katanya sebanyak RM10.4 juta diperuntukkan PDRM bagi memastikan ketenteraman sepanjang pilihan raya kecil itu.

Ditanya apakah kos itu boleh dianggap tinggi bagi sebuah pilihan raya kecil, Ahmad Zahid berkata ia adalah kos yang sederhana sepertimana yang diperuntukkan pada mana-mana pilihan raya kecil.

Pilihan raya kecil pada 24 Julai itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan Endot@Azlan Yusof dari PAS.

Anggota Umno Dinasihat Muzakarah, Elak Rebut Jawatan – Tengku Adnan

Posted: 21 Jul 2013 06:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Anggota Umno dinasihat bermuzakarah sesama sendiri bagi mengelak perebutan jawatan sepanjang pemilihan di peringkat cawangan yang sedang berlangsung sejak Isnin lepas hingga 30 Ogos ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mereka perlu berpegang kepada Fasal 3 perlembagaan parti, yang antara lain menegaskan bahawa Umno merupakan sebuah parti politik yang menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam.

“Jadi dalam Islam duduk muzakarah dan berbincanglah siapa nak jadi ketua dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di surau As-Sodiqin, Taman Kobena, di sini hari ini.

Katanya dasar perjuangan parti itu adalah berteraskan al-Quran dan Sunnah, justeru mana-mana anggota yang ingin memegang jawatan dalam parti perlu mempunyai niat yang telus dan mengutamakan tanggungjawab kepada rakyat.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, yakin masyarakat Cina di kawasan Parlimen Cheras mampu kembali kepada Barisan Nasional (BN) jika golongan itu diberi penjelasan dan diyakinkan semula mengenai usaha kerajaan BN memperjuangkan nasib semua pihak.

“Walaupun Cheras tak pernah sumbang kerusi (kepada BN), tetapi kerajaan sentiasa melihat dan perhati rakyat di sini,” katanya.

Don’t Fall Into Pas’ 16:16 Trap – Zahid Hamidi

Posted: 21 Jul 2013 06:54 AM PDT

KUALA BESUT, July 21 – Voters have been urged not to be hoodwinked by PAS’ ploy that it would not fight for the menteri besar’s post if it managed to wrest Kuala Besut from the Barisan Nasional (BN) and force a hung state assembly in a by-election on Wednesday.

“I hope the voters are not easily fooled by the 16:16 slogan touted by PAS as it is just another trap to ensnare them into voting them,” Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi told reporters after attending a security briefing at the Police Tactical Headquarters here today.

He was commenting on PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s statement that the party just wanted to be the balancing power in the 32-seat state assembly.

The BN can have the menteri besar’s post and PAS just wants the mandate in Kuala Besut so that “the BN will not be free to do as they like,” he was quoted as saying on Friday.

Ahmad Zahid, who is also Umno vice-president, said a hung state assembly would cause political instability and administrative limbo in Terengganu.

“Kuala Besut voters have an important role to play in determining the state’s future as a hung state assembly will put the state in a mess in ascertaining who should form the state government as both parties have equal number of seats,” he added.

Brushing aside PAS’ claim that the BN was prompted to develop Kuala Besut due to pressure from the opposition, he said it was a simplistic view as the BN’s track record in championing the people’s well-being was beyond question.

BN’s Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, a civil engineer with the Drainage and Irrigation Department who hails from Kuala Besut, is pitted against PAS’ Endot alias Azlan Yusof, 48, a contractor, in the by-election.

Pengetahuan Tengku Zaihan Terbukti Dalam Kejadian Banjir Besar Kota Tinggi

Posted: 21 Jul 2013 06:52 AM PDT

KUALA BESUT, 21 Julai – Kewibawaan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terbukti dalam kejadian banjir besar di Kota Tinggi, Johor tujuh tahun lalu.

Perkara itu dikongsi Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique yang juga Anggota Parlimen Tenggara yang terletak bersebelahan Kota Tinggi, Johor.

“Saya mula mengenali Tengku Zaihan semasa beliau menjadi jurutera JPS dan semasa banjir besar di Kota Tinggi antara 19 Disember 2006 hingga awal Januari 2007, beliau adalah orang yang banyak membantu kami.

“Kami sentiasa mendapatkan pandangan beliau apakah tindakan yang perlu dilakukan, sama ada perlu kami memindahkan penduduk ke tempat selamat, adakah amaran awal perlu dikeluarkan dan lain-lain tindakan yang perlu dilakukan untuk keselamatan penduduk” katanya semasa berucap pada Program Kesedaran Awam Bersama Komuniti di Dataran Pasar Tani di sini, hari ini.

Banjir di Kota Tinggi dianggap paling besar dalam sejarahnya dan berlaku dalam dua peringkat, iaitu gelombang pertama pada 19 Dis 2006 diikuti gelombang kedua pada 11 Jani 2007 dan menenggelamkan hampir semua bandar Kota Tinggi.

Banjir itu terjadi ekoran angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya dan semasa itu, hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Justeru itu, Halimah mengingatkan penduduk Kuala Besut untuk membuat pilihan tepat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan memilih calon yang berpengetahuan luas, boleh meneruskan pembangunan dan membawa agenda untuk meningkatkan ekonomi penduduk.

Pada pilihan raya kecil itu, Tengku Zaihan atau lebih dikenali sebagai ‘Abe Ku’ di kalangan penduduk Kuala Besut dicabar calon PAS Endot@Azlan Yusof, seorang ahli perniagaan.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Model Baharu Untuk Perkasa JKKK Dilaksana Tahun Depan – Najib

Posted: 21 Jul 2013 06:49 AM PDT

ALOR SETAR, 21 Julai – Kerajaan akan melaksanakan model baharu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mulai tahun depan untuk memperkasakan kepimpinan akar umbi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata model baharu itu antara lain menyediakan latihan untuk menambah ilmu dan keberkesanan kepimpinan JKKK dan meletakkan had maksimum umur pengerusi JKKK kepada 65 tahun yang dirasakan lebih munasabah.

“Kalau dah 70 tahun mungkin sukar nak buat kerja. Kalau guna had umur penjawat awam 60 tahun ada yang kata mereka masih bertenaga,” katanya pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri Bersama JKKK Negeri Kedah di Dewan Wawasan Kubang Pasu, Jitra dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Kita serah kepada Shafie untuk umum di peringkat nasional,” katanya.

Perdana Menteri berkata sebelum model baharu itu diperkenalkan, kerajaan memutuskan tempoh khidmat kesemua JKKK yang sepatutnya berakhir Jun tahun ini dilanjutkan ke akhir tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menghargai peranan JKKK dan telah menaik elaun semua pengerusi JKKK dan setiausahanya di samping elaun mesyuarat.

“Kalau ada kemampuan kerajaan boleh kaji dari semasa ke semasa,” katanya.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa puas hati dengan pencapaian Barisan Nasional (BN) dan Umno Kedah yang berjaya merampas kembali Kedah daripada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 lepas.

“Saya senang hati pencapaian terbaik jika dihitung dari bilangan kerusi yang berubah ke tangan Umno dan BN. Meningkat daripada empat kerusi Parlimen kepada 10 kerusi dan tambah 14 kerusi Dewan Undangan Negeri kepada 21,” katanya.

Beliau berkata pencapaian Kedah pada pilihan raya umum ke-13 antara lain hasil sokongan JKKK dan ia juga menunjukkan semangat kerjasama, berpasukan dan setiakawan yang sangat membanggakan.

“Kalau tak ada semangat setiakawan tak mungkin kita (BN) capai kemenangan pada pilihan raya umum yang lepas. Kalau Umno dan BN Kedah tak bertindak atas satu pasukan maka tak mungkin juga kita akan capai kejayaan,” katanya.

Beliau berharap akan ada perubahan dan kelainan dalam masa terdekat dan lima tahun akan datang demi kehendak dan kepentingan rakyat.

“Mereka beri mandat (kepada BN) kerana mereka menguji kerajaan PAS selama lima tahun. Sebahagian besar pengundi Kedah dulu sokong pakatan pembangkang beralih menyokong BN dan Umno kerana kegagalan dan kekecewaan (terhadap pembangkang) menunaikan janji pada pilihan raya umum 2008,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim daripada dua buah sekolah agama di Kedah.

Bank Kitar Semula Kuala Besut Mula Operasi Hari Ini

Posted: 21 Jul 2013 06:45 AM PDT

KUALA BESUT, 21 Julai – Penduduk Kuala Besut kini menikmati bank kitar semula yang memulakan operasinya di Dataran Pasar Tani di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata bank kitar semula itu dibuka setiap Ahad dan boleh membantu menjana pendapatan tambahan kepada peduduk.

“Penduduk boleh membawa barang kitar semula seperti kertas surat khabar, botol atau tin minuman untuk dijual semula mengikut harga pasaran di bank kitar semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program kesedaran Awam Bersama Komuniti di dataran tersebut.

Program itu dianjurkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Terengganu.

Kaunter Maybank Akan Dibuka Di Kuala Besut – Ahmad Maslan

Posted: 21 Jul 2013 06:42 AM PDT

KUALA BESUT, 21 Julai – Sebuah kaunter Maybank akan beroperasi di Pejabat Pos Kuala Besut di sini tidak lama lagi bagi memudahkan penduduk setempat melakukan urusan perbankan tanpa perlu ke pekan Jerteh.

Mengumumkan perkara itu ketika melawat Pejabat Pos Kuala Besut hari ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pembukaan kaunter bank komersil itu telah mendapat kelulusan Bank Negara, Maybank dan Pos Malaysia.

“Kaunter ini dijangka siap paling lewat dua bulan dari sekarang kerana saya lihat perkhidmatan kewangan amat diperlukan dalam kawasan ini.

“Diharapkan selepas ini segala kemudahan untuk simpanan, pengeluaran serta urusan lain akan dapat memudahkan penduduk sini daripada mereka perlu pergi ke Jerteh untuk urusan perbankan,” katanya.

Beliau berkata sebuah mesin ATM akan turut ditempatkan di premis pejabat pos itu.

“Saya rasa Kuala Besut tidak lama lagi akan mempunyai bank komersil. Kita akan mulakan di dalam pejabat pos ini dulu kerana kawasan ini mempunyai potensi dan tumpuan pelancong,” katanya.

Ketika ini hanya terdapat dua bank di pekan Kuala Besut iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agro Bank.

Jarak antara Pekan Kuala Besut dan Bandar Jerteh dianggarkan 20 kilometer.

Ahmad kemudian meneruskan lawatannya ke BSN cawangan Kuala Besut dan mengunjungi bazar Ramadan di Tapak Pasar Tani Kuala Besut.

BN Tumpu Bawa Pengundi Luar Kawasan Pulang Mengundi – Idris Jusoh

Posted: 21 Jul 2013 12:23 AM PDT

KUALA BESUT, 21 Julai – Barisan Nasional (BN) kini memasuki pusingan akhir kempen dengan tumpuan diberikan kepada persiapan bagi membawa pengundi dari luar kawasan balik mengundi, kata Timbalan Pengarah pilihan raya kecil BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya BN juga sedang mempersiapkan jentera untuk menyediakan kenderaan khusus bagi digunakan untuk mengangkut pengundi keluar mengundi pada 24 Julai nanti.

“Kempen kita sudah berjalan dengan baik dan tidak banyak usaha tambahan perlu dilakukan kecuali persiapan membawa pengundi luar balik mengundi Rabu ini,” katanya ketika ditanya tentang ‘usaha tambahan’ dilakukan BN sebelum tempoh kempen berakhir empat hari lagi, di sini hari ini.

Ketua Umno Bahagian Besut itu berkata jentera kempen bergerak dengan cukup tersusun, malah calon juga telah memasuki semua kawasan mengundi dan menemui hampir setiap pengundi dalam kawasan itu.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi iaitu sebanyak 93.33 peratus adalah pengundi biasa, 6.67 peratus melibatkan pengundi tentera, polis dan pasangan masing-masing dan seorang pengundi luar negara.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berkata pemerhatian terhadap penerimaan masyarakat terhadap calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman atau lebih mesra dengan panggilan ‘Abe Ku’ juga semakin baik.

“Dulu ada tuduhan mengatakan beliau orang luar tetapi setelah terbukti Abe Ku adalah anak tempatan dan anak seorang ustaz, tahap penerimaan masyarakat terhadap beliau terus memuncak, malah ramai yang mula bersalam dan mengerumuninya, sekali gus menyerlahkan auranya sebagai seorang calon,” katanya.

Idris juga menzahirkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bekerja keras di Kuala Besut bagi mengekalkan kemenangan BN dengan memastikan semua wakil rakyat terlibat dalam kempen yang sedang berlangsung.

Pilihan kecil raya itu menyaksikan Tengku Zaihan ditentang calon PAS Endot@Azlan Yusof diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lepas.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT