SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, July 17, 2013

UMNO Online - “Malaysia Mampu Laksanakan Perubahan Yang Diharapkan – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Malaysia Mampu Laksanakan Perubahan Yang Diharapkan – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Malaysia Mampu Laksanakan Perubahan Yang Diharapkan – Najib

Posted: 16 Jul 2013 08:16 AM PDT

PUTRAJAYA, 16 Julai – Selain berjaya menjamin persekitaran negara yang harmoni, aman dan stabil, Malaysia negara bertuah kerana ia juga mampu memacu perubahan ke arah kebaikan, selaras dengan kehendak generasi masa kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata banyak peristiwa di luar negara ketika ini menyaksikan contoh kegagalan sesebuah negara melaksanakan perubahan yang diharapkan, sekalipun ketika ia berada dalam suasana yang aman dan stabil.

Beliau seterusnya mengambil contoh suasana tidak menentu di beberapa Negara di Timur Tengah umpamanya, yang jelas memperlihat ketidakmampuan Negara berkenaan melakukan perubahan sebagaimana yang diharapkan rakyat, yang akhirnya berkesudahan dengan kekecewaan.

Katanya antara iktibar yang perlu diambil daripada kejadian-kejadian ini ialah rakyat perlu menghayati serta bersyukur dengan apa yang sudah ada dalam genggaman, kerana ia adalah lebih baik daripada sesuatu yang tidak menentu, walaupun sesuatu yang baharu itu disusuli dengan janji-janji teramat manis yang melangit tingginya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas majlis berbuka puasa bersama pemimpin-pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) dan IPTS serta warga universiti, di perkarangan Sri Perdana di sini, yang dihadiri lebih 2,000 mahasiswa.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib berkata sebagai umat Islam, dalam usaha melakukan transformasi, berpuasa merupakan ibadah yang cukup berkesan secara holistik bagi menjayakan usaha itu, di mana ia bukan sahaja perlu dihayati dari sudut ketertibannya, tetapi juga dari segi falsafah dan pengajaran yang dibawanya.

“Kita boleh jadikan ibadah berpuasa sebagai satu asas untuk melakukan transformasi kepada diri untuk menjadi seorang indiviudu yang dapat memperlihatkan contoh dan teladan yang sangat baik berasaskan kepada keimanan dan ketakwaan di samping memupuk nilai-nilai seperti kesabaran dan disiplin,” katanya.

“Semua ini kita boleh rumuskan sebagai latihan cukup lengkap yang diberikan kepada kita, sebagai satu peluang untuk melakukan penambahbaikan kepada kita,” katanya.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.

KDN Cadang Rela Dijadikan Sebuah Jabatan – Ahmad Zahid

Posted: 16 Jul 2013 07:01 AM PDT

PUTRAJAYA, 16 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan bagi meletakkan Rela sebagai sebuah jabatan.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia akan dikemukakan dalam tempoh dua minggu lagi bertujuan memperkukuhkan lagi peranan agensi itu.

“Ia akan dilaksanakan tanpa sebarang peruntukan tambahan dan penambahan jawatan. Jadi agensi itu akan berfungsi lebih berkesan sebagai sebuah organisasi kesukarelawan yang dapat membantu pihak polis dan lain-lain agensi keselamatan menjaga ketenteraman awam.

“Rela juga akan diberi bekalan dan peralatan sesuai dengan tugasan mereka selain pakaian seragam ditukar kepada jenis celoreng digital,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota Rela di sini hari ini.

Beliau berkata langkah itu juga dapat memberikan peluang kenaikan pangkat serta menggalakkan lagi penglibatan anggota Rela yang separa aktif dan tidak aktif terutamanya lepasan universiti.

“Rela juga diminta untuk mengklasifikasi tiga kategori bagi anggotanya iaitu aktif, separa aktif dan tidak aktif bagi membolehkan latihan tambahan diberikan kepada mereka yang separa dan tidak aktif,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, KDN juga akan menentukan setiap ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mendapat peruntukan, memberi bantuan sebanyak RM20,000 untuk menyediakan pakaian anggota Rela di kawasan Parlimen masing-masing.

Selain itu katanya, KDN memutuskan untuk melantik ahli-ahli Parlimen berkenaan dilantik sebagai ahli kehormat Rela.

Beliau berkata, kabinet juga telah memutuskan bahawa status pangkat Rela akan dibezakan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Nama-nama pangkat itu akan diumumkan kelak dan akan digazetkan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid bersependapat dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang menolak penahanan tanpa bicara (preventive detention) dalam sebarang undang-undang baru yang menggantikan Ordinan Darurat (EO).

Beliau berkata akhir-akhir ini, jenayah berat dan ‘organized crime’ seperti kes serangan senjata api telah meningkat berikutan bekas-bekas tahanan EO yang sepatutnya dipenjarakan telah dibebaskan sejak pemansuhan ordinan itu.

"Undang-undang yang menyerupai EO dengan hukuman yang sama berat tetapi ia mesti dibicarakan.

"Saya sependapat dengan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Ahmad Zahid berkata bekas-bekas tahanan EO yang kini berada di luar telah menggugat ketenteraman awam apabila merebut kawasan kawalan masing-masing dan menyebabkan berlakunya pertempuran.

Najib Witnesses RM750 Mil Worth Of Mous Signed For ECER

Posted: 16 Jul 2013 06:58 AM PDT

PUTRAJAYA, July 16 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today witnessed the signing of memorandums of understanding (MoUs) between the East Coast Economic Region Development Council and 10 investors in the East Coast Economic Region (ECER) involving total investments of nearly RM750 million.

The investors are Felda and MMC Hassed Co Ltd which are investing RM120 million in the agriculture sector, Tropical Consolidated Corporation Sdn Bhd (RM50 milion) and FPM Sdn Bhd (RM111 million), both in manufacturing, Educrest Sdn Bhd (RM108 million) in education and Pahang Technology Resources Sdn Bhd (RM250 million) in halal manufacturing.

Another five investment commitments by five investors who are recipients of the Teraju ECER-Facilitation Fund, namely Komitment Mantap Sdn Bhd (RM50 million), RD Paper Sdn Bhd (RM26 million) and Tok Bali Dockyard and Engineering Sdn Bhd (RM5 milion) all three in manufacturing, Ganu DotCom Sdn Bhd (RM17 million) in tourism and Heritage Farm (M) Sdn Bhd (RM7 million) in arigculture.

Also present were Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Johor Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin, Kelantan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar and ECER Development Council Chief Executive Officer Datuk Jebasingam Isaace John.

The RM120 million joint venture between Felda Investment Corporation and MMC Hassed Co Ltd of South Korea will see the development of sturgeon fish farm in Pahang which will create a huge economic impact for 1,300 Felda settlers and their families.

The project is expected to generate a monthly income around RM10,000 for the participating Felda settlers with a payback period of seven years.

Jerantut and Jengka have been identified as among the potential locations for the project which at full production capacity, the farm can produce up to 30 metric tonnes of caviar per year with a potential revenue of nearly RM100 million.

The 20-acre sturgeon farming complex will also house an exhibition area, aquariums and a research and development centre which is poised to be a tourism attraction in ECER.

Construction of the sturgeon farming complex will commence next year and is expected to be ready between 18 and 24 months.

Meanwhile, Tropical Consolidated Corporation is investing RM50 million to establish a canned and frozen foodstuff factory at the Tok Bali Integrated Fisheries Park in Kelantan, which is being developed by the ECER Development Council.

The Tok Bali Integrated Fisheries Park is expected to emerge as a main fisheries hub for Southeast Asia.

Educrest Sdn Bhd is investing RM108 million to build an international school in Kuantan to replace their existing building.

The project will provide quality international education in the state and will further enhance ECER’s attractiveness among international investors and expatriates working in Kuantan.

Pahang Technology Resources Sdn Bhd is investing RM250 million to produce halal dengue vaccine at Gambang Halal Park which is another key project being developed by ECER Development Council in Pahang.

FPM Sdn Bhd, a subsidiary of Felda Global Ventures Sdn Bhd, is investing RM111 million to expand their manufacturing plant in Kuantan, which will produce granulated compound fertilizers, which will be used in oil palm plantations owned by Felda nationwide.

A portion of the fertilizers will be provided to small-scale farmers in ECER.

Komitment Mantap is investing RM50 million to build a four (rpt four) megawatt solar plant in Pasir Mas, which will be the first solar farm in Kelantan.

This project will promote the usage of green energy in the state, while providing knowledge transfer opportunity to the locals.

RD Paper Sdn Bhd is investing RM26 million to develop a one-stop recycling centre in Kuala Terengganu, which will be the first and most sophisticated green technology centre in ECER.

Ganu Dotcom Sdn Bhd, based in Kemaman, is investing RM17 million to develop a virtual fashion boutique, which emphasises on e-commerce and retail tourism.

Heritage Farm (M) Sdn Bhd is investing RM7 million to develop an integrated aquaculture farm for freshwater prawns and marine fish in Kuala Terengganu.

Tok Bali Dockyard & Engineering Sdn Bhd is investing RM5 million to build a ship hangar at the Tok Bali Integrated Fisheries Park developed by the ECER Development Council.

The ECER Development Council said ECER has attracted RM49 billion worth of investments since 2007 to date, which have created close to 40,000 jobs for the people.

In the first half of this year alone, ECER has already attracted RM23.64 billion worth of investments, surpassing ECER Development Council’s 2013 investment target of RM15 billion.

Pahang attracted the largest investment to date with RM23.31 billion in investments recorded from 2007 until last June, creating some 24,000 jobs followed by Terengganu with RM18.62 billion in investment (10,850 jobs), Kelantan with RM5.79 billion (4,850 jobs) and Mersing District in Johor with RM1.61 billion (208 jobs).

Between 2010 and 2013, the Federal Government has also allocated nearly RM200 million to implement 448 projects in the former areas of Pahang Tenggara Development Authority (DARA) and Jengka Regional Development Authority under the Special Fund initiative which have benefited some 494,000 local residents.

The projects include infrastructure and socio-economic projects such as maintenance and construction of roads, drainage systems, community halls, prayer halls, playground and other facilities.

Pertahankan Keamanan Dan Kestabilan Negara – Muhyiddin

Posted: 16 Jul 2013 06:48 AM PDT

KUALA BESUT, 16 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setiap anggota masyarakat bertanggungjawab mempertahankan keamanan dan kestabilan pentadbiran negara serta tidak menafikan peranan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri berkata berbanding negara lain yang mana rakyatnya hidup dalam kebimbangan seperti yang berlaku di Mesir dan Syria ketika ini, penduduk di negara ini pula mampu menjalankan tugas seharian termasuk melaksanakan kewajipan berpuasa dalam keadaan tenang dan selesa.

“Di sini kita bertuah dan perlu bersyukur kerana apa yang berlaku seperti di Mesir dan Syria tidak berlaku di sini, jadi menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama pertahankan keadaan itu,” katanya dalam ucapan ringkas sempena majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari kawasan sekitar di Masjid Teluk Bayu di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Muhyiddin, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, berkata suasana aman dalam negara tidak terjadi begitu sahaja sebaliknya terhasil melalui sistem pentadbiran negara yang tersusun di bawah pentadbiran kerajaan BN.

“Kita juga tidak boleh nafikan apa yang kerajaan BN buat dalam meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani dan menjadi contoh negara besar yang lain,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian bahawa pembangunan di kawasan Kuala Besut akan terus diberi perhatian oleh kerajaan dan sekiranya Tengku Zaihan diberikan mandat pada 24 Julai ini, ia akan meneruskan lagi kesinambungan pembangunan yang telah dan akan dirancang.

“Sepanjang lawatan saya hari ini, saya nampak penduduk sudah tidak sabar untuk menanti hari pengundian 24 Julai ini untuk memberi sokongan kepada Tengku Zaihan,” katanya.

Pada pilihan raya kecil 24 Julai, Tengku Zaihan akan ditentang Endot@Azlan Yusof dari PAS.

Pada majlis itu Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM140,000 bagi pembelian permaidani dan pendingin hawa untuk kegunaan Masjid Teluk Bayu serta sumbangan kepada 70 anak yatim dan fakir miskin.

Petang tadi, Muhyiddin menyertai jemaah Alor Teratai menunaikan solat Asar di Masjid An-Naim, Alor Teratai.

Duta Vatican City Minta Maaf Berhubung Isu Allah

Posted: 16 Jul 2013 06:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino hari ini meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata duta itu menjelaskan tidak berniat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

Marino dipanggil ke Wisma Putra pada 12 tengah hari tadi, kata Anifah dalam kenyataan di sini.

Duta itu dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai rujukan kepada ‘God’ dalam kalangan penganut Kristian.

Sokongan terbuka Marino itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pertubuhan Islam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak sensitive serta menyinggung perasaan umat Islam dan rakyat Malaysia.

Pada pertemuan itu, Anifah menjelaskan kepada duta berkenaan bahawa kenyataannya telah menimbulkan kontroversi dan mencetuskan bantahan keras daripada orang ramai.

“Biskop Marino dinasihati supaya peka dengan sensitiviti agama di negara tuan rumah dan isu yang diulasnya itu masih pada peringkat Mahkamah Rayuan.

"Dalam hal ini Biskop Marino diminta berpegang kepada prinsip asas amalan diplomatik dan tidak campur tangan hal ehwal dalaman negara tuan rumah,” katanya.

Susulan pertemuan itu kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama lebih rapat bagi memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Holy See selain menggalakkan hubungan lebih akrab dalam kalangan semua agama, kata kenyataan tersebut.

Kuala Sungai Besut Akan Didalamkan Semula Untuk Kemudahan Nelayan Dan Pelancong

Posted: 16 Jul 2013 06:42 AM PDT

KUALA BESUT, 16 Julai – Kerajaan Persekutuan bersetuju memperuntukkan RM250 juta untuk projek mendalamkan kuala Sungai Besut yang semakin tohor bagi memudahkan aliran keluar masuk nelayan dan kapal pelancong.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telahpun meluluskan peruntukan untuk projek berkenaan yang dijangka dapat dilaksanakan awal tahun depan.

“Perdana Menteri semalam telah setuju projek mendalamkan Kuala Sungai Besut yang telah dikemukakan sekian lama dengan kos RM250 juta untuk memudahkan nelayan dan pelancong,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah cadangan pembinaan projek Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Alor Peroi di sini hari ini.

Katanya peruntukan itu adalah untuk inisiatif jangka panjang dan sebagai permulaan RM50,000 akan diperuntukkan untuk melantik perunding buat kajian mendalam terlebih dahulu sebelum ia dapat dilaksana dalam masa enam bulan dari sekarang.

Menurutnya projek mendalamkan sungai Kuala Besut perlu dilakukan kerana muara sungai itu, yang merupakan tempat pendaratan ikan dan pintu masuk bagi pelancong untuk ke Pulau Perhentian, sudah kembali tohor akibat aliran air dan arus.

Sementara itu bercakap tentang kempen pilihan raya kecil (PRK) kerusi DUN Kuala Besut, Muhyiddin berkata pembangkang yang ketandusan isu kini terpaksa menyerang peribadi calon untuk meraih sokongan pengundi.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan melayan sebarang strategi pembangkang untuk menyerang watak peribadi calon kerana pengundi di Kuala Besut lebih mengetahui dan tidak akan terpengaruh dengan fitnah pembangkang.

“Walaupun ada pihak yang kata dia bukan calon tempatan, saya hairan kenyataan seperti itu boleh keluar sedangkan terbukti beliau anak tempatan, ibu bapa (calon) masih di sini jadi…sewajarnya waktu bulan Ramadan kita elakkan buat kenyataan tidak betul apa lagi berbohong, buat tohmah dan fitnah,” katanya.

Katanya daripada melayan fitnah pembangkang, adalah lebih baik calon dan jentera BN memberi tumpuan menyelesaikan isu dan masalah penduduk setempat.

Menurutnya calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman setakat ini mendapat sokongan padu daripada pengundi Kuala Besut selepas difahamkan melawat ke seluruh kawasan Kuala Besut.

Dalam pada itu, beliau berkata untuk memudahkan anak-anak penduduk di Kampung Alor Peroi mendapat pendidikan yang lebih baik berdekatan kampong mereka, kerajaan merancang untuk membina SMK Alor Peroi yang mempunyai 30 kelas dengan kos RM28 juta.

Muhyiddin berkata projek pembinaan sekolah itu dijangka bermula Ogos ini.

Belanjawan Tambahan Hanya Lapan Kali Dilaksanakan Sejak Najib Terajui Kementerian Kewangan

Posted: 16 Jul 2013 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mendedahkan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui Kementerian Kewangan pada 2009, hanya lapan kali belanjawan tambahan dilaksanakan.

Sebaliknya, beliau mendedahkan rekod Kementerian Kewangan menunjukkan belanjawan tambahan dilaksanakan 29 kali sepanjang tempoh lapan tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kementerian itu bermula 1991.

Kenyataan ini sekali gus membidas kenyataan anggota Parlimen pembangkang yang menganggap tindakan pelaksanaan belanjawan tambahan sesuatu yang boleh menggugat perkembangan ekonomi negara dan meningkatkan kadar hutang.

“Ia sesuatu yang memeranjatkan, malah saya juga terperanjat dan harap ia diambil ingatan dan tidak berulang lagi,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ahmad berkata belanjawan tambahan hanya dilaksanakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sekarang sebanyak dua kali setiap tahun hingga tahun ini.

“Tata kelola Kementerian Kewangan ketika zaman (anggota Parlimen) Permatang Pauh adalah seperti berikut, pada 1991 hingga 1995 masing-masing sebanyak empat kali, tiga kali pada 1996, kembali empat kali pada 1997 dan seterusnya dua kali pada 1998 sebelum beliau (Anwar) dipecat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata peratus purata hutang negara adalah 40.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang 1999 hingga 2008 iaitu selepas Anwar dipecat.

Katanya, ketika Anwar menerajui kementerian itu dalam tempoh 1990 hingga 1997, kadar itu mencecah 53.6 peratus.

“Ini angka yang tidak boleh menipu dan jelas antara 2009 hingga sekarang kadar hutang negara daripada KDNK menurun kepada 51.5 peratus,” katanya.

Ahmad berkata kedudukan negara kini berada pada tahap yang lebih baik berbanding negara lain dari segi kadar hutang termasuk Amerika Syarikat (72.5 peratus), Ireland (116.8 peratus), Singapura (103.8 peratus) dan United Kingdom (90.0 peratus).

Persidangan dewan bersambung esok.

Pilih Wakil Rakyat Yang Utamakan Rakyat Bukan Minat Berniaga – Muhyiddin

Posted: 16 Jul 2013 06:32 AM PDT

KUALA BESUT, 16 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi Kuala Besut membuat pilihan tepat pada pilihan raya kecil 24 Julai ini untuk mengangkat wakil rakyat yang memberi keutamaan berkhidmat untuk rakyat.

Beliau berkata selepas meneliti video di internet jelas calon PAS Endot@Azlan Yusof lebih berminat untuk menjadi seorang ahli perniagaan berbanding menjadi wakil rakyat.

Berdasarkan video itu, katanya, jelas calon lebih fokus kepada bidang perniagaan kerana sanggup mengupah pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Beliau (calon PAS) disuruh jadi calon tapi berminat untuk berniaga, kita tidak boleh halang, tapi yang jadi keutamaan adalah pengundi dan rakyat di kawasan,” katanya.

“Mungkin sebab kesilapan itu dia tidak dibenar beri kenyataan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai calon PAS yang dilaporkan dibataskan daripada mengeluarkan kenyataan kepada media.

Pada 24 Julai ini, Azlan, seorang ahli perniagaan akan berhadapan bekas jurutera anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Muhyiddin berkata pengumuman projek di Kuala Besut bukan atas sebab PRK Kuala Besut namun ia adalah perkara yang telah lama dirancang dan hanya perlu menunggu peruntukan diluluskan.

Menurutnya perkara itu bukan baru kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu kerajaan maklumkan kepada rakyat.

Dalam pada itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika ditanya pada sidang media yang sama berhubung pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan berkata perkara itu tidak berasas.

Beliau berkata ketika PAS memerintah tahun 1999-2004 banyak tanah kerajaan diserahkan kepada rakyat tanpa melalui kelulusan Jabatan Tanah.

“PAS semasa memerintah banyak memberi tanah kepada penduduk tanpa melalui pejabat tanah sebab itu kerajaan ada peraturan setiap pemohonan tanah mesti melalui beberapa proses di pejabat tanah…parti tidak ada hak beri tanah,” katanya.

Baru-baru ini PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu merampas dan meroboh beberapa rumah yang dibina di Kampung Lay Out, Tok Saboh, bagi kerja pembinaan pangsapuri 72 unit yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Sabtu lalu.

Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa tanah lot perumahan di situ diberikan kerajaan Terengganu yang ditadbir PAS pada 1999 hingga 2004.

Malaysia Belum Buat Keputusan Muktamad Berhubung TPPA

Posted: 16 Jul 2013 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung dengan Perjanjian Pengkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang mesyuaratnya kini berlangsung di Kota Kinabalu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

“Ia masih dalam perbincangan. Tiada satu yang muktamad lagi,” tegas beliau ketika ditemui di Lobi Parlimen, di sini.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan akan memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terjamin sebelum membuat sebarang keputusan berhubung TPPA.

Katanya, pandangan umum juga diambil kira oleh kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan.

“Saya mahu tegaskan sekali lagi di sini, yang kita akan pertahankan kepentingan negara kita. Kalau perkara itu menjejaskan kepentingan kita, sudah tentu kita tidak akan tandatangan.

“Perkara itu penting sekali, kedaulatan negara, Perlembagaan negara, undang-undang negara, kuasa persekutuan (akan dipertahan),” katanya.

Mustapa berkata kerajaan juga mengambil baik pandangan pelbagai pihak termasuk yang membantah dan bimbang kesan negatif perjanjian itu terhadap Malaysia jika ia ditandatangani.

Ini berikutan perjanjian itu dilihat seolah-olah akan memberi kelebihan kepada syarikat besar asing termasuk menyaman kerajaan jika terdapat perundangan negara yang tidak memihak mereka pada masa akan datang, selain menyekat perkembangan syarikat-syarikat tempatan.

Mesyuarat TPPA yang akan berlangsung hingga 25 Julai melibatkan perbincangan 12 negara diketuai Amerika Syarikat.

Selain Malaysia dan Amerika Syarikat, negara lain terlibat ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Jepun, Vietnam, Peru dan Singapura.

TPPA dijangka akan dimuktamadkan Oktober tahun ini.

Kabinet Bincang Cara Bantu Pelajar Gagal Dapat Tempat Di Universiti – Najib

Posted: 16 Jul 2013 12:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Kabinet akan membincangkan isu berhubung pelajar yang gagal mendapat tempat di universiti awam minggu ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tahu sesetengahnya kecewa kerana tidak mendapat tempat di university tetapi jangan putus asa.(Perkara itu) akan dibincangkan di Kabinet minggu ini mengenai cara terbaik membantu pelajar berkenaan,” katanya dalam tweetnya hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamalanathan berkata 18,000 pelajar gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) walaupun mereka memenuhi syarat dan meminta mereka membuat rayuan.

Seramai 68,702 memohon untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014 tetapi hanya 41,573 mendapat tawaran di IPTA, demikian diumumkan Jabatan Pengajian Tinggi Khamis lepas.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT