SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, July 12, 2013

UMNO Online - “Lebih 41,000 Calon Dapat Tawaran Ke IPTA Sesi 2013/2014” plus 9 more

UMNO Online - “Lebih 41,000 Calon Dapat Tawaran Ke IPTA Sesi 2013/2014” plus 9 more

Link to UMNO Online

Lebih 41,000 Calon Dapat Tawaran Ke IPTA Sesi 2013/2014

Posted: 11 Jul 2013 12:58 AM PDT

PUTRAJAYA, 11 Julai –  Seramai 41,573 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Morshidi Sirat berkata, mereka dipilih daripada 68,702 permohonan.

“Seramai 24,489 atau 58.9 peratus adalah daripada aliran sains dan 17,084 (41.1) peratus lagi aliran sastera.

“Daripada jumlah ini seramai 28,280 calon wanita berjaya mendapat tempat di IPTA dan selebihnya lelaki,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu 49 calon Orang Asli turut menerima tawaran ke IPTA, 68 calon orang kelainan upaya, dan 1,515 atlet kebangsaan dan antarabangsa, katanya.

Morshidi berkata, pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepadacalon yang berjaya mulai Jumaat.

Prestasi calon yang berjaya mengikut kaum adalah 30,903 (74.3 peratus) Bumiputera, 7,913 (19 peratus) Cina, 1,824 (4.4 peratus) India dan 933 (2.3 peratus) kaum-kaum lain, katanya.

Morshidi berkata, seramai 5,765 calon ditawar mengikuti program pengajian kompetitif iaitu perubatan (699), pergigian (119), farmasi (260), undang-undang (385), kejuruteraan kimia (953), kejuruteraan mekanikal (1,304), kejuruteraan elektrik dan elektronik (1,122) dan perakaunan (923).

Beliau berkata, kejayaan calon untuk memperoleh tempat di IPTA bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon.

“Jika merit calon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka,” katanya.

Morshidi berkata selain itu, jika calon hanya memohon di IPTA yang popular, mereka akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata semakan keputusan permohonan ke IPTA bolehdibuat melalui laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my bermula Khamis, atau menghubungi talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

“Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 21 Julai. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA,” katanya.

Mereka juga boleh datang ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, JabatanPengajian Tinggi di Presint 5 untuk membuat semakan mulai hari ini sehingga 21 Julai.

Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari melalui e-Rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my mulai Khamis dan berakhir 21 Julai 12 tengah malam.

Katanya, keputusan pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat danrayuan dianggap gagal jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30September depan.

Morshidi berkata, tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1sehingga 2 September.

Selangor Gov’t Never Gave Allocation For Capex, Says SYABAS

Posted: 11 Jul 2013 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 11 – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) today clarified that the Selangor state government never gave any allocation to the company for capital expenditures (capex) since it began its concession agreement in January 2005.

SYABAS’s capex has instead been sourced from internally generated funds, bank loans, and loans and grants from the Federal government with no contribution at all from the state government, the water concessionaire said in a statement today.

“With the implementation of the non-revenue water (NRW) programme, SYABAS has succeeded in reducing the NRW rate from 42.78 per cent when the water distribution system was fully managed by the Selangor state government to 31.18 per cent in September 2008 when SYABAS took over the management on Jan 1, 2008,” it said.

However, it said, its work programmes and subsequent efforts to reduce the NRW rate were hampered on the instruction of the Selangor state government which froze approvals for SYABAS’ capex programmes in 2008 except for very small and critical programmes, with the result that the NRW rate could not be further reduced and SYABAS could only bring it down to around 33 per cent, a rate which remains until now.

The company was responding to Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim’s statement at the recent State Legislative Assembly sitting that the state government had allocated RM784 million to SYABAS to reduce the NRW rate.

SYABAS said since its concession agreement began in January 2005 until April 30, 2013, it had invested over RM2.578 billion in various capex programmes to repair and upgrade the water distribution network in Selangor, the Federal Territory of Kuala Lumpur and Putrajaya aimed at enhancing the quality of services to consumers.

SME Firms To Increase With New Definition, Says Najib

Posted: 11 Jul 2013 12:42 AM PDT

PUTRAJAYA, July 11  - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today announced a new definition of small medium enterprises (SMEs),which is expected to see an increase in the number of such firms, and which will facilitate the country’s transformation into a high income nation.

Najib, who is also the Finance Minister, said the new definition is effective Jan 1, 2014.

He said the National SME Development Council at its meeting today had approved the proposal to enhance the qualifying threshold for annual turnover and number of workers, for all SME sectors.

For the manufacturing sector, he said SMEs are classified as companies with an annual turnover not exceeding RM50 million (less than RM25 million at present) or having workers not exceeding 200 (less than the 150 now).

For the services sector, he said the value threshold was also raised, with SMEs defined as firms with annual sales not exceeding RM20 million (less than  RM5 million at present) or not more than 75 workers (less than 50 currently).

Under the new definitions, Najib said micro enterprises are firms with annual sales of less than RM300,000 or fewer than five workers.

“The review is right for the present, noting the changing economy, and the new definition means the number of firms classified as SMEs will increase after this.

“The number of SMEs is expected to increase from 97.3 per cent at present to 98.5 per cent,” he told a media conference here.

Najib had earlier chaired the meeting of the 14th National SME Development Council, with the members comprising 16 ministries and agencies, including those from Sabah and Sarawak, at Bangunan Perdana Putra.

Also present was the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Bank Negara Malaysia Governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, and the Chief Executive of SME Corp, Datuk Hafsah Hashim.

Meanwhile, Najib said the Council also discussed the “breakout strategy” for micro enterprises which will be streamlined further, to provide incentives and encouragement to improve productivity in the sector.

He said the Council had also discussed a working paper by Kuala Lumpur City Hall to develop six hawker centres, to be given a new lease of life.

The hawker centres are at the Bandar Tun Razak Commercial Community Centre, Razak, the Jalan Usahawan Hawker Centre, the Taman Maluri Food Court, the Taman Setiawangsa Food Court, the Selera Damai Food Court and the Mega Food Court.

“We have decided on a new approach, to project a model which is better and based on the development concept, such as that for the mini Urban Transformation Centre(UTC) with the presence of Kedai Rakyat 1Malaysia.

“We also decided on a strategic alliance with the private sector so that the appearance of the hawker centre, the level of cleanliness and other characteristics can be incorporated into the facility.

“With this, the hawker centres will have a better attraction compared to previously,” Najib said.

Penerokaan Haram Di Cameron Highlands Jejaskan Pelancongan – Palanivel

Posted: 11 Jul 2013 12:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Julai  - Kegiatan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands turut menjejaskan industri pelancongan di kawasan tanah tinggi itu selain memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata kemerosotan kehadiran pelancong melibatkan pelawat tempatan dan juga dari Negara luar seperti Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.

“Penerokaan tanah secara haram ini menjadi masalah besar kepada penduduk Cameron Highlands… oleh sebab itu saya mahu mewujudkan peranan NGO (badan bukan kerajaan) untuk bantu mengawal keadaan di kawasan itu.

“Oleh kerana hasil pertanian Cameron Highlands menyumbang lebih RM2 bilion kepada eksport negara, saya akan berbincang bersama rakan alam sekitar dan petani bagaimana masalah itu dapat diatasi kerana jika keuntungan terjejas, negara juga yang akan menghadapi masalah,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menurut Palanivel, setiap petani yang meneroka tanah secara haram “merampas” tanah kerajaan negeri membabitkan keluasan antara 0.8 dan 1.6 hektar walaupun kerajaan Pahang sudah meluluskan 5,705.17 hektar tanah dengan status lessen menduduki sementara (TOL) untuk aktiviti berkenaan.

Menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mengenai suhu tinggi di Cameron Highlands, Palanivel berkata perkara itu turut disumbangkan oleh fenomena global selain aktiviti penerokaan hutan secara haram.

Katanya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mempunyai perancangan untuk menanam semula pokok bagi memulihkan suhu di kawasan itu.

Selain itu, Palanivel berkata kementeriannya mengenal pasti empat isu utama berkaitan alam sekitar di situ, iaitu hakisan tanah akibat aktiviti penerokaan untuk pertanian yang dikesan berleluasa, masalah kelodak dan pemendapan sungai, pencemaran kualiti air sungai disebabkan sisa aktiviti pertanian serta banjir kilat dan banjir lumpur.

Beliau berkata beberapa jabatan di bawah kementeriannya termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sedang dan akan menjalankan usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Cameron Higlands.

Katanya dalam usaha melebarkan sungai untuk meningkatkan kapasiti air sungai serta menampung air ketika hujan, JPS akan melaksanakan lapan projek kecil bernilai RM1.3 juta tahun ini dan tiga projek kecil bernilai RM1.2 juta tahun depan untuk menangani banjir kilat.

PM Umum Penubuhan Panel Penasihat Perniagaan PKS

Posted: 10 Jul 2013 11:24 PM PDT

PUTRAJAYA, 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan penubuhan Panel Penasihat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memberi input berkaitan sektor itu dan strategi keusahawanan dalam mewujudkan syarikat bertaraf dunia.

Perdana Menteri berkata, pengumuman penubuhan Panel itu adalah sejajar denganaspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.

“Panel ini akan terdiri daripada usahawan yang terbukti kejayaannya dan tidak semestinya mereka yang terkenal tetapi mempunyai rekod prestasi yang baik serta berkebolehan dan mempunyai masa untuk menyumbang kepada perjalanan panel penasihat ini,” katanya.

Ahli Panel itu akan dibentuk juga daripada kalangan mereka dari luar negara, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan di sini Khamis.

“Panel ini akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan saya juga telah menyatakan kesanggupan untuk menerima dan mendengar laporan mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, penubuhan Panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.

Sebanyak 155 program telah dirancang dengan komitmen kewangan berjumlah RM18.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada 467,838 PKS.

Perdana Menteri berkata, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang pertama dalam memberi akses kepada pembiayaan, sektor PKS juga telah mendapat kelulusan keseluruhan kekal tinggi pada 88 peratus.

“Lebih daripada 56,000 permohonan berjumlah RM23.2 bilion telah diluluskan di bawah dana PKS Bank Negara Malaysia.

“Sehingga akhir bulan Mei 2013, sejumlah RM2.2 bilion masih belum diguna pakai oleh PKS,” katanya. -

KWSP Kini Labur 18 Peratus Aset Di Pasaran Antarabangsa

Posted: 10 Jul 2013 10:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini melaburkan 18 peratus daripada aset pelaburannya di pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Dana KWSP ada lebih kurang RM500 bilion. Peratusan tertinggi yang dibenarkan adalah 23 peratus dan sekarang ini baru 18 peratus.”

“KWSP akan terus tingkatkan penglibatan mereka dalam pasaran saham, terutama syarikat sederhana,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Hamzah meminta penjelasan mengenai kesan terhadap pasaran modal Negara susulan langkah-langkah yang diambil KWSP.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri itu berkata, selaras dengan Pelan Induk Pasaran Modal Kedua (CMP2) untuk 10 tahun akan datang, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memperluaskan kelas aset pasaran modal bagi meningkatkan penyertaan pelabur runcit tempatan.

Katanya, sasaran Malaysia untuk menjadi satu pasaran modal yang maju seperti terkandung dalam CMP2 merangkumi ciri-ciri tertentu pasaran modal, termasuk mempelbagaikan produk dan perkhidmatan, pasaran yang lebih meluas serta berinovasi tinggi.

“Dengan kerancakan pembangunan ekonomi yang diterajui sektor swasta di bawah Program Transformasi Ekonomi, Bursa Malaysia akan terus menjadi destinasi IPO (penawaran awam permulaan) bagi penjanaan dana.

“Di samping itu, pasaran akan terus dikukuhkan dengan peningkatan infrastruktur serta kepelbagaian instrumen,” katanya.

Beliau berkata, antara usaha yang dilaksanakan untuk merancakkan pasaran tempatan termasuk Bursa Malaysia melancarkan Dagangan Bon Runcit dan Sukuk Runcit (ETBS) di mana semua pelabur boleh mempunyai akses kepada bon/sukuk dengan mudah melalui pasaran saham.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga mengumumkan pelan penubuhan sebuah platform pelaburan alternatif dinamakan MyULM (Malaysia Unlimited Market) untuk membolehkan pendanaan industri kecil dan sederhana serta perniagaan permulaan  dilakukan secara online.

Kekuatan Latar Belakang Calon BN Pikat Pengundi – Idris Jusoh

Posted: 10 Jul 2013 10:34 PM PDT

KUALA BESUT, 11 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memiliki kekuatan latar belakang yang menjadi pilihan pengundi Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Timbalan Pengarah BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berkata Tengku Zaihan bukan sahaja masih muda malah datang daripada keluarga berlatar belakangkan agama serta merupakan seorang profesional.

Ketua UMNO Besut itu berkeyakinan Tengku Zaihan yang merupakan bekas jurutera Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) daerah Besut dan di Putrajaya akan menjadi pemimpin yang mampu berkhidmat dan menyumbang idea berkesan ke arah pembangunan.

“Zaihan adalah tokoh yang berpotensi sebagai seorang pemimpin masa depan yang diperlukan UMNO. Beliau memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu kreatif, innovatif dan mempunyai pemikiraan maju ke hadapan bagi membangunkan Kuala Besut,” katanya ketika bertemu rakan bloggers di sini malam tadi.

Bagi membantu kempen calon itu nanti, Idris berkata BN akan berkempen secara berhemah bagi memperkenalkan calon kepada pengundi.

Idris berkata Tengku Zaihan, yang berkahwin dengan seorang guru Siti Salbiah Othman, 34, dan dikurniakan empat cahaya mata, itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana beliau dilihat mudah bergaul dan disenangi semua golongan, baik golongan tua mahupun para remaja di Kuala Besut.

Malah Idris menyifatkan dalam bidang kerjayanya, Tengku Zaihan merupakan kakitangan kerajaan yang cemerlang apabila beliau pernah menerima beberapa penghargaan antaranya Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan pada 2006 dan 2011 dan Anugerah Pencetus Idea (2010).

Tengku Zaihan yang memegang jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Bahagian Korporat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merupakan anak kepada seorang guru agama yang disegani, Ustaz Che Ku Abd Rahman.

Lebih 200,000 Rakyat Tempatan Ditempatkan Di Pasaran Pekerjaan Pada 2012

Posted: 10 Jul 2013 10:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Seramai 218,588 rakyat tempatan berjaya ditempatkan di pasaran pekerjaan tahun lalu melalui Program Penempatan Pekerjaan (3P), kata Timbalan Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Sehingga Jun tahun ini pula, 73,769 pekerja ditempatkan di pelbagai sector melalui program sama.

“Ini merupakan antara langkah yang dilakukan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pekerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing,” katanya menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dr Tan bertanya mengenai bilangan pendatang asing dan pendatang tanpa izin serta bilangan pekerja warganegara dan dasar kementerian mengenai pendatang.

Memetik data Jabatan Perangkaan Malaysia, Ismail berkata setakat ini penduduk warga Malaysia yang bekerja di sektor swasta ialah 6.5 juta orang.

“Menurut statistik Jabatan Imigresen, sehingga Mac lalu terdapat 1.5 juta pendatang asing yang memegang pas lawatan kerja sementara,” kata timbalan menteri itu.

Memetik statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN), beliau berkata sehingga Ogos tahun lalu, 1.3 juta pekerja pendatang tanpa izin berada di Negara ini.

Mengenai usaha kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing terutama di pasaran kerja kategori 3D (dirty, dangerous and demeaning), Ismail berkata kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing bagi sektor-sektor yang mempunyai pekerja tempatan mencukupi.

“Selain itu, kita (kerajaan) memastikan pengambilan pekerja asing mengikut prosedur ditetapkan iaitu memastikan tawaran pekerjaan dibuat terlebih dulu kepada pekerja tempatan sebelum merujuk kepada KDN untuk pengambilan pekerja asing jika diperlukan,” jelasnya.

Ismail berkata penetapan gaji minimum yang dikenakan terhadap pekerja asing dijangka membantu menggalakkan majikan mengutamakan pekerja tempatan.

Tambahnya, kaedah automasi iaitu penggunaan lebih banyak mesin dan kaedah terkini dalam sektor perladangan, pelaksanaan pembinaan bangunan menggunakan sistem IBS (Industrial Building System) dan konsep layan diri di sektor perkhidmatan juga sedikit sebanyak membantu negara mengurangkan bilangan pekerja asing.

Standard Piawaian Negara, Antarabangsa Diguna Bagi Projek RAPID Pengerang

Posted: 10 Jul 2013 10:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Julai  - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menggunakan standard piawaian negara dan antarabangsa sebagai garis panduan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi pembinaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr James Dawos Mamit berkata penilaian melalui kedua-dua jenis piawaian itu dapat menunjukkan sejauh mana status pencemaran yang dihasilkan projek itu secara lebih spesifik.

“Setelah dinilai mengikut standard piawaian negara, kita akan rujuk pula dengan piawaian antarabangsa agar sebarang maklumat tentang pencemaran yang terhasil dapat dikumpul untuk langkah kawalan seterusnya,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Azalina ingin tahun status EIA terhadap Kuo Kuang Petrochemical Malaysia Sdn Bhd yang bercadang melabur dalam projek RAPID Pengerang dan adakah pelantikan syarikat Daya Eco Techno sebagai perunding alam sekitar diketahui Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dawos berkata penyediaan laporan EIA dihasilkan termasuk juga penilaian daripada lapangan projek oleh sekumpulan pakar runding yang mahir dengan status terkini alam sekitar dan segala analisis mereka diteliti panel penilaian.

Katanya, panel penilaian itu terdiri daripada pakar alam sekitar tempatan dan antarabangsa, wakil-wakil badan bukan kerajaan dan pakar daripada agensi yang berkaitan yang seterusnya akan bermesyuarat untuk menentukan tahap pencemaran mengikut laporan itu.

“Projek ini memang memberikan banyak manfaat dalam menjana ekonomi Negara di samping membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada anak tempatan dan sebab itulah kita sangat teliti mengenai status pencemaran daripada pembinaan projek ini terhadap masyarakat pada masa depan,” katanya.

Beliau juga berkata pihaknya juga telah memuat naik laporan penilaian itu menerusi laman web JAS dan turut mempamerkan di tempat-tempat awam terpilih di kawasan itu sebagai makluman kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 28 Jun lepas.

Veteran UMNO Mahu Pastikan 2,000 Pengundi Warga Emas Besut Undi BN

Posted: 10 Jul 2013 09:35 PM PDT

MELAKA, 11 Julai  - Kelab Veteran UMNO kini fokus untuk memastikan 2,385 pengundi warga emas berusia lebih 60 tahun mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata Veteran UMNO juga akan pilihan raya yang melibatkan 17,683 pengundi berdaftar itu.

“Ini selaras dengan kempen ‘Keluargaku Pengundi BN’ yang dijalankan Veteran UMNO. Veteran UMNO di Besut akan turun padang habis-habisan bagi memastikan kemenangan calon BN.

“Sebanyak 10,000 pelekat ‘Keluargaku Pengundi BN’ akan diedarkan kepada anggota Veteran UMNO bagi menarik perhatian pengundi DUN Kuala Besut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lepas.

Penamaan calon akan diadakan esok manakala pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa pada 24 Julai.

BN menamakan anak tempatan seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, manakala Pas menamakan kontraktor Endot@Azlan Yusof, 48, sebagai calon parti masing-masing.

Mustapha berkata Veteran UMNO juga akan mengadakan program yang bersesuaian dengan bulan Ramadan seperti majlis tahlil, bacaan Yasin, tazkirah Ramadan dan majlis berbuka puasa secara berkelompok menjelang pilihan raya kecil ini.

“Lawatan rumah ke rumah bagi mengeratkan silaturahim di samping menjawab isu-isu semasa, gotong-royong membersih surau dan masjid serta tanah perkuburan akan dijalankan veteran di DUN itu,” katanya.

Beliau berkata tenaga penceramah luar bagi pilihan raya kecil ini hendaklah terdiri daripada penceramah agama bukannya penceramah politik semata-mata dan sistem bapa angkat dari luar hendaklah dilaksanakan dengan berkesan bagi menarik pengundi memilih calon BN.

“Isu tempatan antaranya isu nelayan di kawasan itu perlu diselesaikan pihak yang terlibat seperti Jabatan Perikanan. Isu lain seperti kenaikan harga barang perlu dibendung bagi memastikan ia tidak dijadikan modal politik pembangkang,” katanya.

Mustapha berkata semua pihak perlu menjaga tataetika berkempen khususnya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT