SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, July 5, 2013

UMNO Online - “Kerajaan Selangor Dipertikai Pohon Perbelanjaan Tambahan Begitu Besar” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Selangor Dipertikai Pohon Perbelanjaan Tambahan Begitu Besar” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Selangor Dipertikai Pohon Perbelanjaan Tambahan Begitu Besar

Posted: 04 Jul 2013 06:09 AM PDT

SHAH ALAM, 4 Julai  – Seorang wakil rakyat Barisan Nasional hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan Selangor yang memohon perbelanjaan tambahan setiap tahun sejak 2009.

Sulaiman Razak (BN-Permatang) berkata walaupun kerajaan negeri membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2009, 2010, 2011, 2012 tetapi lazimnya pada persidangan dewan tahun berkenaan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon perbelanjaan tambahan bagi menampung kos operasi yang meningkat.

Beliau berkata permohonan perbelanjaan tambahan pada kali ini begitu besar jumlahnya iaitu RM761.44 juta atau defisit sebanyak 47 peratus daripada Belanjawan Berimbang 2013 berjumlah RM1.63 bilion yang dibentangkan pada November tahun lepas.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 yang memohon peruntukan tambahan sebanyak RM761.44 juta yang dibentangkan oleh Abdul Khalid pada sidang dewan undangan negeri di sini.

Sulaiman berkata pada tahun 2009 belanjawan negeri mengalami deficit sebanyak RM120 juta, RM194 juta defisit pada 2010, RM210 juta defisit pada 2011 dan RM167.12 juta defisit pada tahun lepas.

“Baru lima bulan dan enam bulan kerajaan dah habis belanja RM1.63 bilion,” katanya.

Beliau juga mempertikaikan mengapa perlu diberi pinjaman daripada perbendaharaan negeri sebanyak RM80 juta kepada anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bagi tujuan pengambilalihan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk pembangunan Projek Datum In-City.

Begitu juga dengan pinjaman daripada perbendaharaan berjumlah RM413.2 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Bhd untuk mengambilalih Kumpulan Hartanah Selangor Bhd, katanya.

Beliau berkata sepatutnya anak-anak syarikat kerajaan negeri itu boleh berdikari dan tidak perlu mendapatkan pinjaman daripada kerajaan negeri.

Sulaiman juga mempersoalkan mengapa hampir setiap tahun kerajaan negeri perlu memohon perbekalan tambahan untuk menampung subsidi percuma 20 meter padu pertama air kepada rakyat Selangor.

Mengapa kerajaan negeri tidak membuat unjuran kos subsidi air yang mencukupi untuk sepanjang tahun, soal beliau.

Pada persidangan kali ini, Abdul Khalid memohon peruntukan bagi menampung kos subsidi air percuma berjumlah RM83 juta untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Beliau juga memohon peruntukan tambahan sebanyak RM22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan untuk membayar subsidi air percuma pada bulan Mei hingga Jun.

Persidangan dewan bersambung esok.

Bacul!!… Dengan Wanita Pun Kerajaan DAP Pulau Pinang Kecut Perut

Posted: 04 Jul 2013 05:57 AM PDT

Memang tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tidak mempunyai sesi soal jawab secara lisan memandangkan ia adalah sesi yang sangat penting bagi setiap kali bersidang.

Namun kali ini, sidang DUN Pulau Pinang dilihat bagaikan membunuh suara demokrasi apabila Speaker Dewan memutuskan untuk tidak mengadakan sesi soal jawab lisan itu dengan alasan "kekangan masa".

Sidang DUN sepatutnya menjadi medan bagi para ADUN di setiap negeri membahaskan dasar dan pencapaian setiap kerajaan negeri. Peliknya, sesi soal jawab itu sengaja "dighaibkan" oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang?

Sungguh memalukan!

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid sempat menempelak tindakan Speaker Dewan, Law Choo Kiang yang tidak membenarkan sesi soal jawab diadakan. Dalam ucapannya, dia turut membangkitkan beberapa perkara kontroversi yang diamalkan oleh kerajaan Guan Eng.

Antaranya ialah tentang Akaun Perumahan Bumiputera, sistem penyampaian maklumat, projek mega dan pelancongan. Paling kritikal, beliau mendedahkan di dalam dewan bahawa harga rumah di Pulau Pinang melonjak sebanyak 137% di sepanjang pemerintahan DAP.

Mengejutkan lagi, unit kormesil milik Bumiputera pula hanya ditahap 2% sahaja. Itu pun kerana wujudnya MARA dan UDA. Katanya, kalau tidak ada MARA dan UDA, bumiputera langsung tidak punya premis perniagaan sendiri…

Namun kerana sesi soal jawab tiada, maka tidak ada sebarang pertanyaan yang sempat diajukan oleh ADUN-ADUN BN kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dan mereka dijangka hanya akan memperoleh jawapan secara bertulis sahaja berdasarkan soalan-soalan yang dihantar pada dewan tersebut sebelum sidang bermula sebelum ini.

Kali ini DAP berdepan dengan seorang wanita yang menjadi Ketua Pembangkang di sidang DUN Pulau Pinang. Berdepan dengan wanita pun Guan Eng dan DAP takut? Awal-awal lagi sudah tutup mulut dan enggan jawab secara "gentlemen"?

Dengan wanita pun boleh kalah? Kononnya anak Karpal, Jagdeep ada di dalam sidang DUN. Dia pun "kecut" juga?

Saya tertanya-tanya, apakah yang cuba disembunyikan oleh Guan Eng dan ADUN-ADUN DAP Pulau Pinang? Kenapa mereka takut untuk menjawab soalan secara lisan dan berdepan dengan perdebatan hangat? Mereka ada lakukan apa-apa penyelewengan, kah?

Bagaimanapun, Guan Eng sempat "main wayang opera" apabila "berlakon", kononnya dia hairan dengan sidang DUN di negeri pimpinannya itu tidak membenarkan sesi soal jawab berlangsung seperti biasa.

DAP selalu cakap soal demokrasi dan lantang memperjuangkan kebebasan bersuara. Tapi bila di dalam sidang DUN, mereka matikan demokrasi dan mereka "tutup mulut" ADUN-ADUN BN yang membawa suara rakyat?

Demokrasi jenis apakah ini? Demokrasi terpimpin dan terancang? Sekali lagi saya ulang, Kerajaan DAP mulakan sidang DUN penggal ini dengan sikap yang sungguh memalukan. Bacul!

mykmu.net

Luahan PM Kepada Kaum Cina Tak Boleh Ditafsir Sebagai Perkauman

Posted: 04 Jul 2013 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Julai – Luahan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengundi kaum Cina berikutan sokongan yang begitu rendah diterima Barisan Nasional daripada kaum berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu mempunyai asas.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk  Zahidi Zainul Abidin berkata, beliau memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung luahan Perdana Menteri itu adalah untuk memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku bukannya bersifat perkauman seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kenyataan Datuk Najib itu merujuk kepada beberapa kumpulan Cina yang bertemua dengannya untuk mendapatkan peruntukan tentang pembelaan untuk kaum Cina antaranya kampung baru, sekolah-sekolah Cina dan membela beberapa masalah yang dihadapi kaum Cina," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Zahidi berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan perbahasannya di Dewan Rakyat yang menyentuh luahan Perdana Menteri terhadap kaum Cina berikutan kurangnya sokongan daripada pengundi kaum berkenaan pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, Perdana Menteri telah memberi respon yang baik terhadap apa yang dikemukakan oleh kumpulan berkenaan, namun apa yang berlaku  pada pilihan raya lalu sungguh mengecewakan, ini terbukti apabila ramai  calon BN daripada kaum berkenaan tewas.

Malah Zahidi turut menyatakan kesan kurangnya sokongan daripada kaum berkenaan turut dirasai oleh calon BN daripada kaum lain termasuk UMNO.

Ikuti laporan lanjut kenyataan Ahli Parlimen Padang Besar di UMNO-online youtube.

Rang Undang-Undang Baharu Dirangka Ganti Ordinan Darurat 1969 – Zahid

Posted: 04 Jul 2013 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai  - Satu rang undang-undang baharu telah dirangka untuk menggantikan Ordinan Darurat 1969 yang dimansuh pada 2011, dalam usaha mengatasi masalah jenayah khususnya dadah yang semakin berleluasa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sedang berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung draf rang undang-undang baharu itu.

“Kami akan umumkannya selepas AG (Peguam Negara) menelitinya dan kami juga akan membuat perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta anggota parlimen,” katanya selepas melawat pusat khidmat Cure and Care di Chow Kit, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata beberapa tindakan penguatkuasaan undang-undang baharu itu adalah lebih baik daripada undang-undang sedia ada.

Beliau berkata berikutan pemansuhan Ordinan Darurat 1969, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan mereka kembali melakukan aktiviti jenayah.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata rahsia pencerobohan Lahad Datu, Sabah hanya akan diketahui selepas proses tangkapan dan pendakwaan oleh polis selesai.

“Polis akan melakukan penangkapan dan pendakwaan…Ketika itu mereka akan ketahui dan akan terkejut dengan tokoh-tokoh yang terlibat dalam membantu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kajian untuk mewujudkan undang-undang baharu seumpama Ordinan Darurat seharusnya dapat membanteras kegiatan jenayah kejam.

“Dengan wujudnya undang-undang seumpama itu, saya pasti kegiatan jenayah kejam akan dapat kami tangani…insyaAllah,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan 10 unit kereta peronda Mitsubishi Lancer GT 2.0 oleh PLUS Malaysia Berhad kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan Pengerusi PLUS Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Khalid berkata sehingga kini PLUS telah menyumbang sebanyak 37 unit kenderaan EMPV (Expressway Mobile Patrol Vehicle) bagi kegunaan cawangan trafik PDRM.

Malaysia Hopes Conflict In Egypt Resolved Immediately – Anifah

Posted: 04 Jul 2013 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 4 – Malaysia today expressed concern about the latest political conflict in Egypt which saw President Mohamed Morsi being ousted.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said Kuala Lumpur hoped Cairo could resolve the political instability there peacefully, thus enabling the process of democracy to be revived.

“Malaysia hopes that all the parties involved in the conflict in Egypt can respect the law and act in a responsible manner while avoiding any form of violence,” he said in a statement, here today.

Anifah said Wisma Putra together with the Malaysian Embassy in Cairo were monitoring closely the developments in Egypt to ensure that Malaysian nationals there were safe.

So far, all Malaysians in Egypt were reported to be safe and they were advised to stay away from the areas involved in the conflict such as the Tahrir Square, Rabaa Square in Nasr City and the Al-Nahda Square opposite the University of Cairo, he said.

In addition, he advised Malaysian nationals in Egypt to comply with the security guidelines issued by the local authorities and to limit their movements.

They were also reminded to continue to maintain close contact with the Malaysian Embassy in Cairo through the telephone numbers (202) 37610013/19/68/73 of the Operations Room of the Malaysian Embassy which was opened since June 28 at the telephone numbers 00-2-02-37610270 or 02-37610013/02-37610068 extension 141.

Meritokrasi Diguna Semasa Memilih Pelajar Ikuti Program Matrikulasi – Muhyiddin

Posted: 04 Jul 2013 04:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Sistem meritokrasi berdasarkan kaedah pengiraan markah merit digunakan untuk memilih pelajar memgikuti program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata pengiraan merit adalah berdasarkan komponen markah akademik sebanyak 90 peratus pemilihan pelajar dilakukan melalui saringan komputer berdasarkan maklumat betul dan lengkap, yang diterima daripada pelajar semasa memohon.

“Ini bermakna pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik, tetapi perlu juga cemerlang dalam kokurikulum,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sim bertanya mengenai garis panduan kementerian untuk memilih pelajar-pelajar memasuki program matrikulasi.

Muhyiddin menegaskan program matrikulasi ini bukan lagi esklusif untuk pelajar bumiputera, sebaliknya turut dibuka kepada pelajar bukan bumiputera dengan memperuntukkan kuota sebanyak 10 peratus, sejak 2003.

Mengenai jumlah rayuan yang diterima pada tahun ini, Muhyiddin berkata seramai 36,021 permohonan rayuan telah diterima untuk memasuki program matrikulasi bagi sesi 2013/2014.

Akta Kebankrapan 1967 Dalam Proses Pindaan – Nancy Shukri

Posted: 04 Jul 2013 03:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai -  Jabatan Insolvensi Malaysia kini dalam proses meminda Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bagi memudahkan individu yang diisytihar bankrap mendapat pelepasan kebankrapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, dengan pindaan itu, beberapa peruntukan alternatif akan diperkenal kepada pemuitang untuk mendapatkan semula hutang berasaskan kepada kerangka perundangan insolvensi seperti perkiraan sukarela individu dan skim pembayaran semula hutang.

Beliau berkata, draf rang undang-undang kebankrapan itu telah dibawa kepadaperhatian pihak Jabatan Peguam Negara.

“Bagi peruntukan pelepasan, antara peruntukan yang dicadangkan adalah pelepasan secara automatik selepas kes ditadbir dalam suatu tempoh masa tertentu,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Nancy berkata demikian ketika menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) berhubung cadangan kerajaan untuk meminda undang-undang bagi memudahkan seseorang yang muflis keluar daripada kemuflisan.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi, seramai 246,357 individu telah diisytihar bankrap secara automatik dan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen serta dilarang ke luar negara.

Subseksyen 38(1)(c) Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) melarang individu yang diisytihar bankrap untuk keluar negara kecuali dibenarkan oleh Ketua PengarahInsolvensi Malaysia, katanya.

Nancy berkata, berdasarkan akta sedia ada, terdapat tiga cara bagi seseorang muflis untuk keluar daripada status bankrap iaitu pelepasan melalui perintah mahkamah, sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah dan pembatalan melalui perintah mahkamah.

“Bagi pelepasan bankrap, pemohon boleh memfailkan permohonan di mahkamah bila-bila masa selepas dijatuhkan perintah penerimaan dan perintah penghukuman.

“Satu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar dan memutuskan permohonan itu.

“Bagi pelepasan melalui sijil pelepasan, ia merupakan kuasa budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi. Bagi melayakkan dilepaskan, kes kebankrapan mestilah ditadbir melebihi lima tahun selain kriteria lain. Namun ia juga tertakluk kepada bantahan pihak pemiutang,” katanya.

Beliau berkata bagi pembatalan bankrap melalui perintah mahkamah pula, permohonan boleh dibuat sama ada apabila tuntutan telah dibayar sepenuhnya atau apabila fakta kes menunjukkan bahawa bankrap tidak sepatutnya dijatuhkan perintah penerimaan dan perintah penghukuman.

DAP Patut Tukar Nama “Rhetoric Action Party”

Posted: 04 Jul 2013 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR,  4  Julai – Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan menyifatkan DAP adalah contoh parti “double standard” terbaik kerana apa sahaja tindakan dan keputusan yang dilakukan bersifat berpilih-pilih.

Malah katanya lebih menyedihkan kebanyakan keputusan yang diambil DAP berbau perkauman terutama dalam isu-isu tertentu termasuk terbaru mencadangkan agar bazar Ramadhan ditutup atas alasan menganggu lalu lintas.

“Jika orang Melayu nak berniaga, dia kata menganggu namun sebaliknya jika kita melihat di kawasan-kawasan bandar, banyak peniaga-peniaga kaum Cina yang menganggu jalan, tidak pula diambil tindakan.

“Jelas  mereka ini sebuah politik yang banyak beretorik. Cakap tak serupa bikin, malah mereka sahaja yang kononnya berjuang untuk keadilan dan kesaksamaaan kepada rakyat, sebaliknya mereka hanya beretorik semata-mata untuk mendapat undi dan sokongan dari rakyat,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Justeru, beliau mencadangkan agar DAP menukarkan namanya dari Democratic Action Party kepada Rhetoric Action Party (RAP) kerana sikap retorik mereka selama ini.

“Begitu juga dengan perjuangan ketelusan SPR dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini. Mereka gah di pentas demonstrasi mendesak agar SPR lebih telus dalam melaksanaan sistem pilihanraya di Malaysia, sebaliknya di mana ketelusan dan keadilan kepada ahlinya sendiri dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP tahun lalu?.

“Ini kerana mereka hanya lantang bercakap dan berprinsip sebaliknya ia hanya sekadar cakap-cakap kosong. Oleh itu, saya berharap agar rakyat Malaysia sedar dengan permainan dan wayang yang dimainkan DAP ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru. -MediaUMNO

Malay-Muslim NGO Urges Government To Set Up RCI On Red Bean Army Fast

Posted: 04 Jul 2013 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 4  - The Federation of Malay-Muslim  Non-Governmental Organisations (NGOs) has urged the government to expedite the  establishment of a Royal Commission of Inquiry (RCI) on the Red Bean Army to identify those responsible for efforts to overthrow the government.

Secretariat publicity chief Dzulkarnian Taib said the DAP adviser Lim Kit Siang’s objection to the establishment of the RCI only reinforced the public perception that the opposition indeed had links to the cyber army.

The NGOs saw the anti-national movement conducted by the Red Bean Army years before the 13th general election (GE13), posing a threat to national security and political stability.

“Has the proposed investigation into the link between the DAP and the Red Bean Army touched raw nerves until the party requested that the prime minister intervene to stop our proposal from being accepted by the government.”

Dzulkarnian said the DAP should support efforts by the NGOs who want to see that the peace, unity and prosperity of the country is safeguarded and strengthened.

The Red Bean Army is a group of cybertroopers who manipulated facts and spread lies about the government.

Kuala Besut : Ministry To Discuss With EC To Allow RTM Cameras In Vote Counting Room

Posted: 04 Jul 2013 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 4 – The Communication and Multimedia Ministry will discuss with the Election Commission (EC) soon to allow RTM to give ample coverage of the Kuala Besut by-election including placing its cameras in the vote counting room.

“Before that, I will discuss with the technical side on its present capacity. People know that the counting of ballot papers starts at 5pm. Even if there is a ‘blackout’, they will be able to view it live,” said its minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek after opening a media seminar on the 13th General Election, here, today.

The Kuala Besut state seat in Terengganu is now vacant following the death of its incumbent assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar from lung cancer on June 26.

The polling date is expected to be announced tomorrow after the EC holds a special meeting on the matter at its headquarters in Putrajaya.

Asked whether the other media would be allowed to do the same, Ahmad Shabery said it might not be practical and would disturb EC’s work there on that day.

Meanwhile, Ahmad Shabery who is also Kemaman member of parliament, was confident that Barisan Nasional would retain the Kuala Besut state seat.

“Our election machinery is ready and the people are in good mood. So, I feel there is no reason for the people not to be on the government’s side,” he said.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT