SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, July 4, 2013

UMNO Online - “Ahli Parlimen Simpang Renggam Enggan Tarik Balik Dakwaan Anwar Miliki 20 Akaun Bank” plus 9 more

UMNO Online - “Ahli Parlimen Simpang Renggam Enggan Tarik Balik Dakwaan Anwar Miliki 20 Akaun Bank” plus 9 more

Link to UMNO Online

Ahli Parlimen Simpang Renggam Enggan Tarik Balik Dakwaan Anwar Miliki 20 Akaun Bank

Posted: 03 Jul 2013 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai  - Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng hari ini menegaskan tidak akan menarik balik atau memohon maaf berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat semalam mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara, termasuk Israel.

Beliau juga menyifatkan cadangan beberapa anggota Parlimen pembangkang untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah bertujuan mengalih perhatian dan menghalang kerajaan menjalankan sisasatan terhadap isu berkenaan.

Menafikan kenyataannya semalam bersifat tuduhan, Liang berkata hujah yang dikemukakan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan selain mahu siasatan terperinci dijalankan terhadap maklumat yang diperoleh dari laman web Wikileaks itu.

“Kalau meneliti hujah saya, tujuannya untuk menggesa kerajaan menjalankan siasatan apakah ada campur tangan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan kerana ia membahayakan negara.

“Saya hanya minta siasat, kalau tidak ada (dakwaan tidak betul), kenapa mahu merujuk saya ke jawatankuasa khas Parlimen. Usaha merujuk saya ke jawatankuasa khas jelas mahu menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan sewajarnya,” katanya yang ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat.

Liang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam mendedahkan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta dengan memetik maklumat daripada WikiLeaks.

Liang dalam pada itu berkata sekiranya pembangkang mahu beliau membuat permohonan maaf, mereka boleh berbuat demikian setelah siasatan terperinci mengenai maklumat itu dijalankan oleh kerajaan mendapati ia tidak benar.

Reaksi Liang itu susulan gesaan Anwar dan beberapa anggota Parlimen pembangkang hari ini yang menuntut beliau menarik balik dakwaan itu atau berdepan tindakan dihadap kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Anwar yang menyentuh isu itu awal hari ini menafikan terdapat sebarang maklumat yang mengaitkan dirinya mempunyai akaun bank Israel, disiarkan oleh laman web Wikileaks.

“(Dakwaan) yang melibatkan akaun Israel yang dikaitkan dengan saya itu tidak disebut dalam WikiLeaks. Saya sudah semak, tiada langsung laporan itu dalam WikiLeaks.

“Kalau ada pun (maklumat itu disiarkan) dalam Wikileaks, itu bukan keputusan muktamat, itu pandangan Wikileaks berdasarkan maklumat yang dikutip,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, Anwar seterusnya menuding jari terhadap blogger Umno berhubung dakwaan itu.

“Ia (dakwaan) tidak berasas. Dia kata daripada WikiLeaks, bila diperiksa ia daripada blogger Umno…. pasport pun lain, nombor pun lain dan semua lain,” katanya.

Sebelum itu isu sama dibangkitkan Tian Chua (DAP-Batu) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (9) untuk merujuk Liang ke jawatankuasa berkenaan kerana disifat telah menyalahguna keistimewaan sebagai anggota Parlimen kerana menyentuh peribadi Anwar yang tidak bersabit dengan tugasnya sebagai anggota Parlimen.

“Kalau betul pun ada sesiapa yang mempunyai akaun bank, itu tidak ada urusan dengan beliau sebagai anggota Parlimen, jadi apa yang dibawa (oleh Simpang Renggam) adalah ‘abuse of privilage’,” katanya.

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan mendapatkan penjelasan Liang mengenai dakwaan tersebut dan sekiranya anggota Parlimen Simpang Renggam itu berhasrat meneruskan dakwaan itu, usul boleh dikemukakan untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran kepada Yang Berhormat semua bahawa kalau sudah terlajak kata…sebab itu saya selalu mengingatkan,” katanya.

Build More Homes For Middle Income Group In The City – Johari

Posted: 03 Jul 2013 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 3 – The government has been urged to look at ways of acquiring strategic land in the city to build ample affordable homes for the middle income group.

Titiwangsa Member of Parliament Datuk Johari Abdul Ghani said about 60 per cent of the city dwellers nowadays were from the middle income bracket and they were mostly unable to purchase any house due to the high cost.

He said what was needed most now were affordable homes within the price range of RM80,000 to RM250,000, but unfortunately those available were in a much higher bracket.

“Not all the 1.6 million Kuala Lumpur dwellers can afford to buy houses costing between RM500,000 and more than RM1 million. The government must also plan on developing land in Kuala Lumpur for the construction of affordable homes because we don’t want the city to be the place for the rich only,” he told reporters when met at Parliament House here, today.

Johari said the high price for property development had become a trend set by the developers in the city currently, hence there was an urgent need for the government to intervene.

Speaker DUN Pulau Pinang Tidak Faham Apa Itu Makna Demokrasi – Ali Rustam

Posted: 03 Jul 2013 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam membidas tindakan speaker Dewan Rakyat Pulau Pinang, Law Choo Kiang yang bertindak menggantungkan sesi  perbahasan lisan yang disifatkan beliau sebagai tidak menghormati prinsip dan amalan demokrasi yang diguna pakai di negara ini.

Menurut beliau,  biarpun speaker mempunyai hak untuk berbuat demikian namun mengikut amalan demokrasi di negara ini, wakil rakyat sepatutnya diberikan peluang untuk dalam sesi perbahasan lisan bagi membentangkan sebarang perbahasan mahupun cadangan demi kebaikan rakyat di negeri itu.

"Saya kira speaker DUN ini tidak tahu apa itu demokrasi. Jika tidak mana mungkin beliau bersikap seperti itu yang jelas melanggar hak dan prinsip amalan demokrasi di negara kita.

"Beliau sepatutnya memberikan peluang kepada wakil rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dalam membahaskan usul. Jika ramai, buatlah bergilir-gilir," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Berhubung insiden tersebut, menurut beliau, ini juga merupakan satu lagi bukti yang jelas di mana parti DAP yang menguasai pentadbiran negeri Pulau Pinang,  tidaklah begitu demokratik sepertimana yang selalu mereka katakan.

"Bagi saya, ini adalah bibit-bibit yang bakal memperlihatkan munculnya sistem pentadbiran yang berdasarkan kuku besi dan autokrasi yang akan diamalkan oleh kepimpinan DAP di peringkat negeri.

"Jika sebelum ini, amalan kuku besi hanya berlegar di dalam parti tersebut saja, tetapi hari ini kepimpinan DAP cuba mengamalkan kepimpinan kuku besi di peringkat kerajaan negeri pula," ujarnya.

Tambahnya lagi, peristiwa tersebut juga merupakan satu sikap  kepimpinan DAP yang boleh di nilai oleh rakyat di negara ini, khususnya rakyat di  Pulau Pinang, apakah DAP merupakan sebuah parti yang mengamalkan dan menghormati sepenuhnya amalan demokrasi di negara ini.

"Saya cadangkan pada kerajaan DAP agar melantik speaker baru bagi menggantikan speaker yang sedia ada, kerana Law mungkin tidak tahu apa itu maksudnya sistem amalan demokrasi yang diamalkan negara.

"Saya kira jika kerajaan DAP mahu tukar speaker yang baru, individu itu perlulah mereka yang berpengalaman, faham perjalanan persidangan dewan dan yang paling penting ialah menghormati prinsip dan amalan demokrasi di negara ini," akhiri beliau. -MediaUMNO

Puteri UMNO Yakin Pertahan Kuala Besut Walaupun Pembangkang Terlebih Ghairah

Posted: 03 Jul 2013 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR  3 Julai – Puteri UMNO Besut laungkan keyakinan mampu menangkis apa jua taktik dan propaganda pembangkang yang dilihat terlebih ghairah untuk menawan DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr A Rahman Mokhtar kerana mengidap kanser paru-paru, pada Rabu minggu lalu.

Justeru Ketua Puteri UMNO Besut, Che Senah Che Sulaiman berkata pihaknya sudah bersedia dengan pelbagai persiapan termasuk strategi menyerang balas terhadap apa jua  isu-isu yang direka cipta pembangkang  seperti mana yang mereka sentiasa lakukan dalam setiap pilihanraya.

Pada masa yang sama beliau juga berkata Barisan Nasional (BN)  tidak gentar dengan propaganda awal pembangkang kononnya akan meletakkan calon yang cukup dikenali dan ramai peminat kerana pengundi di DUN Kuala Besut ini mempunyai penilaian tertentu bukan sekadar populariti semata-mata yang menjadi ukuran.

"Puteri UMNO sudah pun membuat persiapan dan mengadakan mesyuarat untuk pilihan raya ini, walaupun dikatakan pembangkang akan meletakkan calon dikenali dan mempunyai ramai peminat, namun itu tidak menjadi penghalang untuk BN terus mempertahankan DUN Kuala Besut.

"Pelbagai program telah dirancang sepanjang tempoh pilihan raya nanti untuk bertemu dengan seramai mana pengundi di Kuala Besut, walaupun kita baru selesai dengan pilihan raya umum, namun tanggungjawab untuk bertemu dan memberi penerangan kepada pengundi akan tetap dilakukan.

"Suasana pilihan raya kecil adalah berbeza dengan pilihan raya umum, sudah pasti Kuala Besut akan menjadi tumpuan semua pihak terutama pembangkang yang ingin menang bagi menidakkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui BN.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mulai 26 Jun lalu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13, Allahyarham berjaya mengalahkan calon Pas, Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Pada PRU 13, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan dengan kelebihan dua kerusi (17- 15) daripada pembangkang, berikutan kekosongan DUN Kuala Besut, jumlah kerusi yang dimiliki oleh BN adalah 16 berbanding pembangkang 15 kerusi., berikutan itu pilihan raya kecil Kuala Besut menjadi tumpuan kepada kedua-dua pihak.

Che Senah, berkata walaupun pilihan raya kecil ini berkemungkinan diadakan pada bulan Ramadan, namun ia tidak menjadi masalah kepada BN terutamanya Puteri UMNO kerana ia bukanlah pertama kali pilihan raya kecil diadakan pada bulan Ramadan.

"Pelbagai program sudah dirancang dan disesuaikan berikutan mungkin pilihan raya akan diadakan pada bulan puasa, sudah ia agak berbeza dengan hari biasa, Puteri UMNO akan menyesuaikan dengan suasana berkenaan supaya tidak menganggu kesucian bulan Ramadan," katanya. -MediaUMNO

Cadangan Penubuhan RCI ‘Red Bean Army’ Daripada NGO – Shahidan Kassim

Posted: 03 Jul 2013 04:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai  - Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat tentera siber propembangkang ‘Red Bean Army, satu kumpulan yang memanipulasi fakta sarat dengan fitnah terhadap kerajaan, dibuat 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam seluruh negara, dan bukannya cadangan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ramai badan bukan kerajaan menghantar memo kepadanya meminta kerajaan menyiasat sejauh mana tentera siber ini mendatangkan kesan buruk kepada kerajaan dan negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Shahidan, yang menerima memorandum daripada 130 NGO Melayu Islam semalam, dilaporkan berkata cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat kumpulan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Menurutnya NGO berkenaan berpandangan RCI perlu ditubuhkan berdasarkan rasional hasutan-hasutan melalui portal maya yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik di negara ini.

Dalam pada itu, Shahidan berkata mana-mana pihak termasuk pembangkang boleh menghantar memorandum kepada beliau, agar semua rakyat mendapat keadilan di bawah kerajaan Barisan Nasional yang menepati janji.

“Apa jua memorandum yang dihantar, kita siasat dan mengambil tindakan yang sesuai,” katanya.

UDA Urged To Provide More Business Premises To Bumiputeras In Klang Valley

Posted: 03 Jul 2013 04:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 3 – UDA Holdings Bhd has been urged to play a role in providing more business premises to Bumiputeras in the Klang Valley.

Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan said to date business premises owned by Bumiputeras in the Klang Valley constituted only 15 per cent.

“Business premises owned by Bumiputeras are only 15 per cent. This figure is not healthy and we hope that UDA will be able to assist in providing business spaces to them particularly in the Klang Valley,” he said at a press conference after attending an Executive Briefing session at UDA office here today.

He said the government was hopeful that UDA would be able to increase the onwership rate of business premises by Bumiputeras in the Klang Valley from 15 per cent to 30 per cent in the next five years.

Ahmad also urged UDA to be concerned about the ownership issue by Bumiputeras and help them to rise and succeed in business.

Ahmad said UDA could also provide more business premises to Bumiputeras such as developing the company’s remaining land throughout the Klang Valley or look for new landbank for development in order to assist the Bumiputeras.

“I also urged UDA to cooperate with organisations that have a lot of funds such as the Employees Provident Fund to ensure that the 30 per cent ownership of business premises by Bumiputeras can be realised,” he said.

Pembangkang Digesa Henti Peralat Emosi Rakyat – Razali

Posted: 03 Jul 2013 04:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Razali Ibrahim mengingatkan pembangkang agar tidak terus-menerus memperalat emosi rakyat dalam permainan politik mereka kerana dikhuatiri boleh mencetuskan perkara yang tidak baik untuk negara.

Menurut beliau tindak-tanduk seumpama itu adalah sesuatu yang amat merbahaya dan jangan sesekali berterusan memperalatkan apa yang berlaku demi kepentingan mana-mana pihak.

"Banyak contoh dalam dunia, konflik pergaduhan berlaku atas perkara seumpama ini.Ada tiga sebab ….pertamanya berebut wilayah, keduanya suku kaum dan ketiganya perbezaan agama. Di banyak tempat berlaku kerana ketiga-tiga sebab di atas dan ketiga-tiga di atas ada di Malaysia.

"Kita boleh hidup aman, sejahtera dan membangunkan negara sebabnya kita jaga ketiga-tiga perkara berkenaan. Malangnya hari ini perkara itu telah dipolitikkan dan ianya berbahaya kepada kedudukan negara kita sebab ketiga-tiga punca yang biasa berlaku mana-mana tempat di dunia ada di negara kita hari ini.

"Kita ada pelbagai kaum etnik dan kita ada juga pelbagai agama. Jadi apa yang dibuat oleh pembangkang untuk menyelesaikan isu yang berbangkit di Melaka (Jonker Walk) contohnya adalah tidak betul," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata tindak tanduk sedemikian perlu dihentikan demi pembinaan sebuah negara bangsa yang cemerlang dan berjaya.

"Kita dah cakap banyak kali dah. Kes kematian Teo Beng Hock contohnya masih dibangkitkan lagi pada pilihan raya umum yang lalu di kawasan saya. Rakyat masih diberikan maklumat yang tidak tepat sehingga menimbulkan kemarahan seolah-olah tidak wujud keadilan sedangkan kerajaan telah mengambil segala yang perlu.

"Perkara itu tidak seharusnya berlaku. Jangan menghukum dan menggunakan rakyat. Perasaan marah seumpama itu amat merbahaya," katanya.

Maklumat Mengenai Lynas Perlu Didedah Kepada Umum Elak Manipulasi Pihak Tertentu

Posted: 03 Jul 2013 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Anggota Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mencadangkan semua maklumat terkini termasuk daripada pihak kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) diumumkan dari semasa ke semasa supaya ia tidak dimanipulasi pihak tertentu hingga menimbulkan kebimbangan rakyat.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata ia perlu dilaksanakan bagi membuktikan tahap ketelusan dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap projek berkenaan yang didakwa sesetengah pihak kononnya mengancam keselamatan rakyat.

“Walaupun kilang pemprosesan Lamp telah melalui proses penilaian yang ketat, misalnya ia telah dikaji oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), dikawal dan dipantau oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia, dan diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) mengenai LAMP, namun keraguan masih wujud di kalangan rakyat.

“Mereka tidak yakin mengenai keselamatan dan manfaat ekonomi daripada kilang Lynas ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liow berkata atas alasan tersebut maka pembangkang dapat mengeksploitasi isu tersebut dan mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat, khasnya di negeri Pahang.

Justeru itu, katanya, kerajaan perlu memastikan Lynas memberi maklumat kepada kerajaan untuk diumum kepada rakyat.

Katanya antara maklumat yang perlu didedahkan ialah status pelaksanaan kesemua 31 syor yang dikemukakan PSC dan tahap kepatuhan syarikat tersebut dalam melaksanakan semua syor-syor yang berkaitan.

Turut perlu didedahkan ialah maklum balas daripada pihak perunding bebas yang dilantik AELB mengenai penilaian tahap kepatuhan Lynas terhadap peraturan dan standard yang ditetapkan seperti kenyataan pihak AELB sebelum ini sewaktu memberikan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada syarikat berkenaan, katanya.

“Syarikat Lynas telah mula memproses nadir bumi dengan bahan mentah yang diimport daripada Australia, apakah penilaian pihak AELB terhadap pengilangan? Adakah Lynas mematuhi syarat-syarat dalam menangani sisa nadir bumi dan apakah pendapat atau laporan AELB dalam soal ini?” katanya.

Pandangan Tiong Lai mengundang tindak balas Liong Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang mencadangkan data-data mengenai bacaan tahap radioaktif diumum setiap hari oleh AELB bagi manfaat orang ramai.

“Bacaan ini perlu dikemas kini setiap hari bukan hanya bacaan di dalam kawasan kilang, malahan juga status bacaan kesan tersebut kepada penduduk setempat,” katanya.

Liow kemudian menyatakan persetujuannya dengan cadangan berkenaan dan memuji tindakan pihak AELB yang melaporkan data pemantauan sinar radio aktif di Gebeng dan Kuantan dalam laman web rasminya namun mencadangkan agar data tersebut dianalisis dan dihuraikan dalam bentuk rumusan supaya dapat difahami dengan lebih lanjut oleh mereka yang kurang mahir membaca graf.

Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang juga bangun mencelah mendesak kerajaan agar menutup kilang Lynas kerana syarat untuk menyediakan kemudahan pelupusan kekal (PDF) seperti disyaratkan AELB kepada syarikat tersebut dalam tempoh 10 bulan tidak dipenuhi.

“Jika syarat penting ini pun tidak dapat dipenuhi, maka saya minta kerajaan menutup dan tidak meluluskan lesen penuh kepada kilang ini,”katanya.

Bagi isu berkenaan Liow berkata kabinet perlu sentiasa memastikan pemantauan pemprosesan dan pengurusan sisa ini sentiasa telus.

Katanya Lynas perlu membuang sisa itu di luar Malaysia seperti disyaratkan dan harus memaklumkan secara rasmi bentuk produk sampingan daripada pemprosesan sisa dan siapa pembelinya dan tujuannya.

“Kesemua maklumat dan laporan berkenaan perlu dipantau oleh agensi kerajaan yang berkaitan dan diaudit oleh jawatan kuasa pemantau LAMP sebelum lessen operasi sepenuhnya diberikan,” katanya.

Beliau seterusnya mencadangkan jawatankuasa pemantau yang diwujudkan Kementerian Teknologi, Sains dan Inovasi seharusnya dianggotai ahli-ahli bebas yang disanjung tinggi oleh masyarakat dan dipastikan menjalankan tanggungjawab mereka dengan bebas.

“Pihak seperti AELB, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu melaporkan semua aspek berkaitan operasi kepada jawatan kuasa ini,” katanya.

316 Lokap, 50 Bilik Soal Siasat Dilengkapi CCTV – Ahmad Zahid

Posted: 03 Jul 2013 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Sebanyak 316 lokap polis dan 50 Bilik Soal Siasat (BSS) telah dilengkapi Kamera Litar Tertutup (CCTV), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Pemasangan CCTV bagi lokap polis telah bermula sejak tahun 2002 manakala CCTV di BSS dipasang sejak 2011,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai jumlah lokap dan BSS yang telah dilengkapi pemasangan CCTV, jenama dan tahun pemasangan serta peruntukan belanja yang diguna untuk setiap pemasangan itu.

Mengenai jumlah kos pemasangan Ahmad Zahid menjelaskan ia bergantung kepada tender dan sebut harga yang dilaksanakan oleh kontinjen masing-masing mengikut kuantiti yang diperlukan.

Ia juga berdasarkan kepada jumlah sel dalam lokap berkenaan dan kelengkapan CCTV yang dipasang, katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pula dalam jawapan bertulis kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) berkata kerajaan sedia meminda seksyen 2A Akta Rahsia Rasmi (Pindaan 1986) sekiranya wujud keperluan.

Beliau berkata Sekyen 2A akta itu menyebut menteri boleh dari masa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, memotong atau meminda mana-mana peruntukan Jadual kepada akta tersebut.

Focus On Property Ownership Among Bumiputeras – Jahara

Posted: 03 Jul 2013 02:59 AM PDT

GEORGE TOWN, July 3  - The Penang state government has been urged to focus on the low property ownership and household income among bumiputeras, the state assembly heard today.

State opposition leader Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) said it is the responsibility of the state government to reduce the gap so that bumipteras are on par with other races.

“Bumiputeras own only two percent of property in the state whereas they form  51 percent of the population.

“The gap is also evident in household income from 1999 to 2012 with the Chinese earning RM6, 300, Indians earning RM5,230 and the bumiputeras earning only RM4,457,” she said when debating the motion on the opening address by Yang Dipertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas here today.

The state government which was given another mandate to rule should be more  responsible to ensure that Penangites could enjoy the peace and harmony.

It was also urged to focus on building more low-cost homes as it was not at satisfactory level.

“The low-cost houses to be constructed must mmet the needs of the people who are not keen on flats more than five storey.”

Jahara reminded the state government not to be arrogant and power crazy but should use the second mandate to improve weaknesses.

“Don’t use the absolute power to manipulate the people by spreading lies,” she added.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT