SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, July 3, 2013

UMNO Online - “Isu Undi Popular, Pembangkang Kelirukan Rakyat -Noh Omar” plus 9 more

UMNO Online - “Isu Undi Popular, Pembangkang Kelirukan Rakyat -Noh Omar” plus 9 more

Link to UMNO Online

Isu Undi Popular, Pembangkang Kelirukan Rakyat -Noh Omar

Posted: 02 Jul 2013 06:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Anggota Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar hari ini “menyerang” pakatan pembangkang yang didakwa sengaja mengelirukan rakyat apabila berterusan mengungkit isu undi popular, yang bukan amalan dalam proses pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata dengan memainkan isu itu, pembangkang dilihat cuba menukar sistem elektoral yang menjadi amalan dalam pilihan raya di negara ini dengan sistem undi popular untuk kepentingan sendiri.

Bersemangat berhujah selepas 15 tahun terpaksa mendiamkan diri kerana berada dalam barisan Kabinet kerajaan, Noh memberikan beberapa contoh mengenai undi elektoral dan undi popular selain menggunakan analogi sistem kehakiman bagi memperjelaskan isu itu.

Menyanggah pendapat Azmin Ali (PKR-Gombak) yang mencadangkan Malaysia mencontohi Britain dalam pelaksanaan pilihan raya, beliau menegaskan negara ini tidak perlu mengikut amalan negara lain kerana mempunyai undang-undang berdasar kepada acuan sendiri.

“Kalau mengakui (sistem) di Britain itu betul, kenapa tidak boleh lakukan seperti mereka, iaitu terima dan patuh keputusan pilihan raya yang mengikut sistem elektoral, bukannya sistem undi popular,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurut Noh dalam pilihan raya Britain 2010, Parti Konservatif tidak dapat membentuk kerajaan setelah hanya memperoleh 305 atau 47 peratus daripada 650 kerusi di Parlimen, berbanding 326 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan berdasarkan majoriti mudah.

Walaupun memperoleh 36 peratus undi popular, parti itu terpaksa bergabung dengan Parti Liberal Democrats untuk membolehkan kerajaan campuran  dibentuk.

“Kalau berdasarkan undi popular, tak perlulah Parti Konservatif itu membentuk pakatan dengan Liberal, tetapi sebab dia patuh dengan undang-undang negara itu, maka dibentuk kerajaan yang bukan berdasar kepada undi popular, tetapi berdasar kepada bilangan kerusi,” katanya.

Beliau turut merujuk isu undi popular dengan keputusan PRU13 di DUN Selangor di mana walaupun BN memperoleh 39 peratus undi popular, ia sepatutnya mewakili 20 wakil rakyat daripada 56 kerusi yang dipertandingkan namun BN hanya mendapat 12 kerusi berdasarkan sistem elektoral yang diamalkan.

“Kita (BN) akur dan menerima keputusan pilihan raya itu,” katanya.

Noh turut menggunakan sistem kehakiman negara dan kes liwat yang membabitkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai analogi untuk menjelaskan mengenai kebiasaan amalan undang-undang di negara ini.

"Dalam kes itu, dari tujuh hakim yang mendengar kes, lima kata Anwar bersalah, dua kata tak salah. Tetapi kerana amalan sistem undang-undang kita Anwar didapati tidak bersalah…tetapi kalau kita guna sistem majoriti hakim, tentu dia tak akan lepas daripada penjara.

“Berbanding negara luar yang menggunakan sistem majoriti hakim, Malaysia mengamalkan sistem di mana mahkamah lebih tinggi boleh mengenepikan keputusan mahkamah yang lebih rendah.

“Jadi yang kelirukan rakyat bukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi pembangkang yang memperdaya rakyat hingga menarik mereka untuk membuat pelbagai program termasuk (perhimpunan) Blackout 505 untuk menipu rakyat,” katanya.

Sementara itu, ketika membahaskan usul sama Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh  (BN-Putatan) berkata hasutan pembangkang melalui media sosial berjaya memperdaya rakyat terutama generasi muda, sehingga mendorong melakukan demonstrasi membantah keputusan PRU13.

Beliau berkata sikap tidak bertanggungjawab pihak pembangkang ini adalah bertujuan untuk menggoncang keamanan dan keharmonian negara yang dinikmati oleh rakyat dengan selesa.

Katanya sekiranya pembangkang masih tidak berpuas hati, mereka diberi ruang membantah dan memfailkan petisyen di mana-mana Mahkamah Tinggi, dan bukannya mempersoalkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Oleh itu, kerajaan wajar mengkaji sebarang cadangan mewujudkan undang-undang baharu untuk pantau pergerakan dan aktiviti blogger dan golongan muda agar tindakan dapat diambil,” katanya.

Merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Marcus berkata Malaysia tidak perlu mengharamkan facebook seperti Vietnam, Iraq dan Thailand, sebaliknya mewujudkan satu akta khas untuk pantau aktiviti di media sosial.

Kepada kenyataan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mengenai dua badan yang diiktiraf sebagai pemantau oleh SPR, beliau berkata: “Badan pemantau ini bukanlah seratus peratus telus dan ‘perfect’ kerana banyak juga berlaku kesilapan manusia.

“Tetapi, akhirnya keputusan PRU diterima kerana itulah keputusan rakyat. Apa yang penting ialah undi rakyat sudah ketara. Rakyat memilih Barisan Nasional diberi kuasa untuk memerintah negara,” katanya.

Ome Lahad Datu Intrusion Matters Still Classified – IGP

Posted: 02 Jul 2013 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 2 – Some aspects of the Sulu terrorist intrusion into Lahad Datu, Sabah have been kept confidential so as not to jeopardise the ongoing court prosecution proceeding.

Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said there were some more untold stories that had not been disclosed publicly.

“We are waiting for the right time to reveal them as it is somewhat difficult to accept the fact that 200 armed people in jungle fatigues could emerge suddenly.

“The trial is going on, so we shouldn’t disturb the proceeding. When the time comes, if need be, we will declassify the classified,” he said.

He was speaking to reporters after a talk on ‘Cooperation Between Malaysian Armed Forces (MAF) and Royal Malaysia Police (RMP) During Ops Daulat: A National Blue Ocean Strategy Effort’ organised by the Malaysian Institute of Defence and Security here today.

Also present at the talk was Malaysian Armed Forces (ATM) chief General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain which discussed cooperation between (ATM) and the police force to tackle the Sulu terrorist intrusion during ‘Ops Daulat’ in Sabah.

Meanwhile, Zulkifeli said security forces would take a cautious stance on all groups to safeguard the country’s sovereignty and security.

He felt the Sulu terrorists who arrived in Kampung Tanduo on Feb 12, this year were targeting to attack when the Malaysian Parliament was dissolved, by creating chaos against the interim government.

“They came when there were talks that the 13th General Election would be held after the Chinese New Year, and they needed to regroup their strength before launching an assault to claim Sabah.

“I did not know who gave them strategic information but we are grateful we could detect them early before Parliament was dissolved and took action to stop them,” he added.

The intrusion by terorists from southern Philipines shocked the nation after they occupied a village area in Lahad Datu on Feb 12. The government launched ‘Ops Daulat’ on March 5 to defend the country’s sovereignty.

Eight policemen and two soldiers were killed in ‘Ops Daulat’ while 68 terrorists were gunned down in the operation.

Isu Perkauman Sememangnya Nadi Politik Bagi Survival DAP

Posted: 02 Jul 2013 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Julai –  DAP sememang daripada dulu lagi suka memainkan sentimen politik  yang boleh mencetuskan semangat perkauman antara kaum, demikian kata Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharum berhubung isu menutup bazar Ramadan berdasarkan kenyataan salah seorang kepimpinan DAP baru-baru ini.

Menurut beliau, DAP memang tidak pernah serik untuk memainkan isu-isu perkauman sebegini kerana terlampau mengikut nafsu kiasu politik mereka tanpa mempedulikan akibatnya pada hari yang mendatang.

"Sebagai contoh hari ini kita lihat isu Jonker Walk yang cuba dijadikan isu perkauman oleh pihak pembangkang, khususnya DAP,  di mana isu Jonker Walk itu sebenarnya tidak ada kena mengena pun dengan agama, bangsa  dan sebagainya.

"Bagi saya, kerajaan Melaka mungkin ada alasan dan asasnya dalam isu Jonker Walk ini. Hari ini, kita tahu bahawa Melaka mempunyai ketua Menteri yang baru. Mungkin ada pembaharuan dari pelbagai sudut atau dasar kerajaan negeri dan mungkin juga ada perancangan kerajaan Melaka mengenai kawasan tersebut." tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, keputusan kerajaan negeri itu sepatutnya dihormati kerana apa jua keputusan kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat di negeri itu. Jika ada pihak yang tidak puas hati, mereka boleh berjumpa dengan kerajaan negeri untuk meminta penjelasan.

"Malah, wakil DAP sendiri boleh pergi berjumpa dengan wakil kerajaan negeri tanpa ada halangan. Jadi mengapa pembangkang dan DAP mahu mempolitikkan isu ini sehingga menjadi isu perkauman yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak selesa di kalangan rakyat di negara ini.

"Tambahan pula, isu ini berlarut sehingga mengheret umat Islam apabila salah seorang kepimpinan DAP membuat cadangan untuk menutup pasar Ramadhan kerana menimbulkan kesesakan, yang dianggap sebagai tindak balas terhadap isu penutupan Jonker Walk itu.

"Kenyataan seperti ini saya rasa boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam apatah lagi kini umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi," ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan DAP menjadi lebih matang dalam melihat dan menilai sesuatu isu yang berlaku dan jangan mempolitikkan isu untuk dijadikan alasan untuk menimbulkan sentimen perkauman.

"Jadi saya kira hari ini DAP perlu berhenti mempolitikkan isu ini dan juga lain-lain isu yang akan datang dengan  memutar belitkan kenyataan sehingga ia menjadi satu polemik  isu perkauman di antara kaum.

"DAP juga perlu berhenti membuat kenyataan yang menyentuh isu-isu sensitif seperti agama dan sebagainya kerana akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa di kalangan rakyat dan ia tidak baik untuk pertumbuhan dan perkembangan negara," akhiri beliau. -MediaUMNO

Cadangan Tukar Agama Kanak-Kanak Berdasar Pandangan Pelbagai Pihak Dan Keputusan Mahkamah – Jamil Khir

Posted: 02 Jul 2013 03:23 AM PDT

KUCHING, 2 Julai  - Cadangan untuk membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak di bawah umur kepada Islam dibuat selepas meneliti pandangan daripada pelbagai sudut hasil maklum balas pelbagai pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata selain itu cadangan dibuat berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan Perlembagaan.

“Kita sedang meneliti semua pandangan dari pelbagai sudut, dari pelbagai pihak sebelum cadangan dibuat.

"Selain itu pandangan turut diambil dari kes-kes mahkamah, termasuk dalam satu kes mahkamah persekutuan di mana kes melibatkan Subashini Rajasingam, dalam kes itu penakrifan perkataan ‘parent’, adalah cukup bermaksud dengan salah seorang iaitu ibu atau bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan pindaan ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-11 Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), di sini, hari ini.

Majlis Konvokesyen melibatkan 97 orang pelajar menerima Diploma Pengajian Islam dan Dakwah serta 20 orang pelajar menerima Sijil Program Persijilan Asas Pengajian Islam (PERAPI) disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Mengikut cadangan pindaan Seksyen l07 (b) yang dibacakan pertama kali di Dewan Rakyat, persetujuan salah seorang daripada ibu atau bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.

Call For Probe Against Red Bean Army

Posted: 02 Jul 2013 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 2  - The Malay Consultative Council (MPM) has called on the government to investigate and take stern action against a group of individuals, who called themselves the Red Bean Army, for its libelous postings on the social websites.

MPM political and governance bureau chairman, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, said the government should also check if the group was funded by outside quarters.

“If they are funded by a foreign country, the government should check the channel used to transfer the funds,” he told the media today.

Also present were the council’s international relations bureau chief Tan Sri Mohd Yusof and MPM committee member, Tan Sri Zaman Khan, a former director of the Bukit Aman Criminal Investigation Department.

Mohd Hilmi said action should also be taken by the relevant agencies to stop  the group from promoting negative culture on Facebook, twitter and blogs.

“The presence of this group is worrying because they can influence the people, especially youths, to hate the government,” he added.

UMNO Akan Timbang Adakan Sesi Perkenalkan Calon Pemilihan Tahun Ini

Posted: 02 Jul 2013 02:27 AM PDT

GENTING HIGHLANDS, 2 Julai  - UMNO akan mempertimbang untuk mengadakan sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan parti itu tahun ini, kata Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tempoh berkempen tidak ada, kalau fikir sesuai, mungkin kita akan minta badan perhubungan Umno di negeri-negeri untuk menganjurkan majlis memperkenalkan calon,” katanya selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini hari ini.

Mengenai siri jelajah taklimat pemilihan UMNO berhubung kaedah pelaksanaan dan tatacara pemilihan UMNO yang berakhir baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menerima laporan tidak rasmi mengatakan bahawa anggota UMNO di semua peringkat faham mengenai kaedah baharu itu.

“Saya diberitahu mereka sudah faham, cuma perkara ini baru, tetapi ada juga yang tidak tahu inilah kesan kepada pindaan perlembagaan UMNO, dahulu keputusan pemilihan tertinggi dibuat oleh wakil di perhimpunan agung UMNO, jumlahnya 2,000 lebih tetapi sekarang lebih 145,000 perwakilan yang ada di peringkat bahagian (yang akan memilih),” katanya.

Beliau berkata menerusi kaedah baharu itu, daftar pemilih yang menjadi anggota di kawasan tersebut perlu disahkan dengan betul selain mesyuarat yang akan diadakan perlu cukup korum atau ia akan memberi kesan kepada keputusan di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi (MT).

“Yang penting kita hendak halusi cara-cara proses itu berjalan dan dimulakan, masih ada masa, saya harap tidak ada perkara berbangkit, kita hendak tentukan tidak ada masalah teknikal yang boleh timbul dalam pelaksanaan system itu,” katanya.

Tarikh pemilihan peringkat cawangan diputuskan iaitu dari 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pimpinan tertinggi parti belum ditentukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali baru-baru ini berkata pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem ‘Electoral College’ yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperoleh jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.

Appointment Of School Heads To Be Based On Assessment From Next Year

Posted: 02 Jul 2013 02:11 AM PDT

GENTING HIGHLANDS, July 2 – Effective next year, the appointment of school principals and headmasters will be further enhanced by ensuring only those with high performance are given the post, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the appointment would be based on training and assessment for potential school principals and heads through the National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) conducted by Aminuddin Baki Institute (IAB).

Muhyiddin, who is also Education Minister, said the assessment of the candidates for the post of school principals and heads would also be based on their capability to carry out the job, their creativity and innovation, as well as their track record as a teacher.

“Next year, the appointment of school principals and heads will be based on assessment, where there is a vacancy, the post will be filled by the best teacher.

“We will take into account achievements of the teacher concerned based on courses they have attended.

“Our aim is to have the best among the best teacher for the post, meaning they have to go through the evaluation process, in terms of their leadership and other matters concerning their ability to carry out the responsibilities entrusted upon them,” he told reporters after opening a seminar on education management and leadership at IAB here today.

Muhyiddin said in this way, it could improve the quality of education in the country, in tandem with the objective of the Malaysian Education Development Plan.

“If the school succeeds, among the main factor is in the school leadership, which is the principal or the headmaster.

“Training has started, but the assessment process will be made based on the course they attend and other achievements,” he added.

He said NPQEL was opened throughout the year and IAM planned to train 1,000 teachers next year and they would be selected from among the best teachers.

Earlier in his speech, Muhyiddin said the programme had succeeded in producing graduates who were credible leaders and capable of improving their school performance.

The school institution, he said, required a different kind of leadership that it used to have to be able to face challenges effectively.

“The time has come to cease with the practice of automatic promotion for the post of school principal or head, but it has to go through a through screening process and comprehensive training and counselling programmes,” he added.

Meanwhile, when asked to comment on transfer request by married teachers, Muhyiddin said the ministry would consider if they met the requirements for the vacancies.

“We cannot simply transfer teachers, unless there is a vacancy at the location requested. It must be based on option. If an English Language teacher wants to transfer to a school which already has many teachers teaching the language, the teacher will not teach English anymore, but other subjects. This will affect learning and teaching.

“Some of the requests are reasonable because there are basis, like husband and children elsewhere, we will study the application. If there is a need and vacancy, it can be accepted,” he added.

He said there were always applications from teachers for transfer and last year alone, here were almost 20,000 applications.

Yesterday, Deputy Education Minister Datuk Mary Yap Kain Ching told the Dewan Rakyat that it was not appropriate for married couples, especially newly weds, to be separated because of their jobs.

Melaka Always Open To Partner Aerospace Industry Players – CM

Posted: 02 Jul 2013 02:02 AM PDT

MELAKA, July 2 – To develop the space science and technology sector in the country, the Melaka Government is always open to partnership deals with aerospace industry players, said Chief Minister Datuk Idris Haron.

He said developing high technology sectors such as the aerospace industry was vital in developing the nation’s vision towards a developed country by the year 2020.

“However, we’re relatively new in the space arena and hence, limited in capabilities due to limitation of resources.

“Therefore, we have to actively seek more international co-operation in all aspects of space activities, while at the same time, vigorously nurturing our own capability,” he added.

Idris said this in his opening remarks at the International Conference on Space Science and Communication here today.

His speech text was read by Education, Higher Education, Science and Technology, Green Technology and Innovation Exco Datuk Md Yunos Husin.

The three-day conference which began yesterday, was attended by more than 100 local and international participants.

Themed, ‘Facing The Challenges of Solar Maximum’, the conference was held by the Institute of Aerospace, Universiti Kebangsaan Malaysia and Malaysia Section of Institute of Electrical and Electronics Engineers.

Idris said the state government had made a tremendous effort in promoting tourism and space science education with the establishment of Al-Khawarizmi Astronomy complex in 2002, located in Tanjung Bidara here.

“Open to public since 2006, the complex is not only used for research and education in the field of Islamic astronomy but also attracts tourists from near and far,” he said.

BN Akan Kemuka Tiga Nama Untuk PRK Kuala Besut

Posted: 02 Jul 2013 01:50 AM PDT

GENTING HIGHLANDS, 2 Julai –  Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan tiga nama untuk dipilih sebagai calon bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketiga-tiga mereka merupakan orang tempatan dan mempunyai latar belakang berkelayakan tinggi sertaberhemah.

“Kita ada ramai tokoh, tetapi saya dikemukakan dengan tiga nama, walaupunPengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berada di luar negara, kita akan kemukakan nama-nama ini kepada beliau dan akan putuskan seberapa cepat yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian  selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini, Selasa.

Muhyiddin yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Kuala Besut berkata, BN telah membuat persiapan rapi dan berharap menerusi kempen yang akan diadakan nanti, keputusannya akan lebih baik dan majoriti undi meningkat daripada diperoleh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

“Kita baru mesyuarat tadi di mana wakil bahagian dan setiausaha bahagian bagi taklimat, Menteri Besar (Terengganu Datuk Seri Ahmad Said) pun hadir untuk memberi input tentang apa yang boleh kita lakukan.

“Begitu juga dengan pembahagian tugas-tugas, bahagian pun usulkan kalau negeri-negeri lain hendak membantu, bahagian akan tetapkan setiap peti undi ada dua buah negeri, tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pilihan raya kecil diadakan pada bulan Ramadan, mungkin gerakan kempen akan diadakan dengan pendekatan berbeza daripada biasa.

“Strategi kita adalah untuk menang kawasan itu yang juga merupakan kubu kuat BN, tidak ada soal wujudnya kerajaan campuran, tidak payah andaikan (akan berlaku),” katanya.

Mengenai kenyataan DAP berkaitan tindakan memboikot pilihan raya kecil tersebut berikutan isu dakwat kekal, Muhyiddin berkata,: “Saya andaikan bagus juga kalau dia boikot, kita hadapi itu sebagai kenyataan, tidak ada masalah kerana sistem demokrasi negara kita mengizinkan, kalau ada pencabar, kita akan tentang.”

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada majlis di Kulaijaya, Johor baru-baru ini mencadangkan agar Pas memboikot pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, bagaimanapun Pas Terengganu sudah membuat keputusan muktamad untuk bertanding dan tidak akan memberi kemenangan mudah kepada BN.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mulai 26 Jun lalu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada Rabu lepas.

Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi itu.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi berdaftar.

Berhenti Mempersoal Dan Pertikai Kuasa Pelantikan Sultan Johor

Posted: 02 Jul 2013 01:02 AM PDT

JOHOR BAHARU, 2 Julai – Jumaah Majlis Diraja Johor menasihati mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan menyoal atau mempertikaikan kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam hal berkaitan pelantikan Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Yang Dipertuanya Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh beberapa pihak tertentu sebelum ini berhubung isu pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang itu, bukan sahaja boleh mengelirukan rakyat, malah telah diperbesar-besarkan dengan tujuan tertentu oleh pihak berkenaan.

“Sultan Johor mempunyai kuasa melantik di bawah Fasal 4, Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 untuk melantik sebuah majlis mesyuarat kerajaan serta melantik tidak lebih daripada 10 antara Adun ke dalam Exco tersebut.

“Tuanku telah melantik seorang ahli daripada kaum Cina untuk memegang jawatan Exco bagi menentukan keadilan dan keseimbangan.

“Malah sejarah juga menunjukkan perwakilan kaum Cina ke dalam mesyuarat kerajaan pernah dibuat semasa Almarhum Maharaja Abu Bakar pada tahun 1873 bagi tujuan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya Jumaah berdiri teguh bersama rakyat Johor menyokong atas titah perkenan Sultan Johor yang bertujuan menegakkan keadilan dengan pelantikan Tee sebagai Exco.

MCA bertindak menggantung keanggotaan Tee selama tiga tahun pada 20 Jun lalu kerana menerima jawatan Exco.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT