SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, July 18, 2013

UMNO Online - “Pemuda BN Bantu Kempen Raih Undi Pengundi Muda Kuala Besut” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda BN Bantu Kempen Raih Undi Pengundi Muda Kuala Besut” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda BN Bantu Kempen Raih Undi Pengundi Muda Kuala Besut

Posted: 17 Jul 2013 08:25 AM PDT

KUALA BESUT, 17 Julai – Keadaan cuaca panas, lebih-lebih lagi berdekatan dengan pesisir pantai, bukan penghalang Pemuda Barisan Nasional (BN) meneruskan kempen termasuk mengadakan tinjauan mesra di kampung-kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bagi meraih sokongan pengundi.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata sokongan generasi muda kepada BN berada di tahap yang tinggi dan menggalakkan terutama dengan pendekatan kempen Pemuda melawat pengundi secara terus dari rumah ke rumah.

“Oleh kerana berkempen dalam bulan puasa, pendekatan menerusi ziarah rumah ke rumah kami dapati adalah paling berkesan sebabnya kita tiada ceramah besar mahupun kempen berskala besar, lebih-lebih lagi pada hari kerja.

“Kami harap melalui pendekatan ini, sasaran kami adalah rumah-rumah pengundi muda walaupun kami jumpa warga emas sebab kami dapati cucu mereka adalah pengundi muda yang wajar didekati di kawasan sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui berkonvoi motosikal bersama hampir 100 Pemuda BN melakukan ziarah rumah-rumah pengundi muda di Kampung Seberang Barat di sini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata jentera Pemuda akan terus melakukan gerak gempur bagi mendekati pengundi muda tanpa mengira fahaman politik dan kaum termasuk melalui aktiviti sukan dan berbuka puasa.

Mengulas sambutan dan penerimaan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman oleh pengundi muda, Khairy berkata beliau yakin BN mampu memperoleh majoriti besar berdasarkan rata-rata yang ditemui cukup senang dengan calon BN itu.

“Alhamdulillah mereka (pengundi) kata cukup senang dengan calon itu yang profesional bawa diri dengan cara yang rendah diri dan ada kesungguhan untuk membantu orang kampung di sini,” katanya.

Namun beliau meminta Pemuda BN supaya usah terlalu yakin dengan menganggap kawasan itu mudah menang dan mengambil sikap sambil lewa dalam kempen semata-mata kerana kawasan itu merupakan kubu kuat BN sebelum ini.

Berdasarkan senario terkini kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut yang dianggap sedikit hambar berbanding pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini, anggota Parlimen Rembau itu menjangkakan kempen akan berubah dan dipertingkat menjelang Jumaat ini kerana pastinya ramai anggota kabinet akan turun selepas tamat sidang Parlimen esok.

PRK DUN Kuala Besut akan diadakan pada Rabu (24 Julai) menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tengku Zaihan, 37, dan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, dari BN pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Bekas Pembantu Peguam Bela Dakwa Anwar Serah Dokumen Cuti Sakit Palsu

Posted: 17 Jul 2013 08:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay pada Rabu membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0.

Yuktes tiba bersama-sama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, di sini pada kira-kira 10.40 pagi untuk membuat laporan polis itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa Anwar menyerahkan dokumen cuti sakit palsu itu pada September tahun lepas kepada mahkamah.

Beliau turut menyerahkan bukti dokumen cuti sakit palsu itu kepada polis.

“Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S. Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar.

Yuktes menjelaskan beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbangkan keselamatannya setelah beliau banyak menerima kecaman dan ugutan setelah surat-surat terbukanya kepada Anwar disiarkan di laman-laman portal.

Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Jual Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat

Posted: 17 Jul 2013 08:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai –  Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata harga murah itu hasil pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.

“Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Ahmad berkata kerajaan telah memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel dan 90 sen untuk setiap liter petrol RON95.

Katanya, untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter bukan RM2.74 manakala untuk petrol RON95 pula rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter.

“Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON 95 sepatutnya RM2.80 seliter,” katanya.

Menurut beliau, gas memasak juga tidak terkecuali menerima subsidi yang besar di mana bagi tong gas memasak seberat 14 kilogram, rakyat membeli pada harga RM26.60 setong berbanding harga yang sepatutnya dijual adalah RM47.46 setong.

“Ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20.80 setong,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan berlakunya penyeludupan minyak ke negara jiran adalah disebabkan harga minyak yang murah di Malaysia.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menangani masalah penyeludupan minyak.

Kerajaan Sedia Pertimbang Cadang Hapus Guna Dakwat Kekal

Posted: 17 Jul 2013 08:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menghapuskan penggunaan dakwat kekal dan menukar kepada sistem biometric semasa pilihan raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata cadangan untuk menggunakan dakwat kekal adalah daripada pembangkang dan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang kemudian pelaksanaannya mendapat pertikaian pihak pembangkang sendiri.

“Yang cadang guna dakwat kekal Yang Berhormat Anggota Parlimen Gombak (Mohamed Azmin Ali) dalam jawatankuasa (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya), yang cadang dakwat ini mereka, kita ni ikut, padahal SPR mencadangkan biometrik supaya (guna) cap jari (supaya) tak boleh lari.

“Itu (biometrik) cadangan yang terbaik, kita akan pastikan supaya perkara ini dibincang,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) ketika mencadangkan penghapusan penggunaan dakwat kekal berkata isu dan polemik dakwat kekal itu berpanjangan berikutan pihak yang tidak menang dalam pilihan raya terpaksa mencari sesuatu alasan tentang kekalahan mereka.

Mengenai sistem biometrik, Annuar berkata Malaysia mempunyai system pendaftaran komprehensif berasaskan kad pengenalan yang mempunyai kawalan begitu ketat dan kemas.

“Kita sudah ada sistem yang cukup bagus tetapi kita melayani dengan soal dakwat, bila kita buat dakwat kekal, ada orang timbulkan pula termasuk berasa was-was air sembahyang sah atau tidak.

“Jika sistem biometrik itu sebagai satu alternatif, adakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan sama sekali sistem menggunakan dakwat kekal berikutan banyak negara tidak menggunakan sistem calit di jari pada masa ini,” katanya.

Shahidan juga berkata jumlah pengundi berdaftar di negara ini ialah 13,268,147 orang dan jumlah yang mengadu berhubung PRU13 hanyalah 1,469 orang atau 0.0013 peratus.

Najib Announces “Duit Raya” Of Over RM32 Mln For Felda Settlers

Posted: 17 Jul 2013 07:50 AM PDT

SUNGKAI, July 17 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today announced “duit raya” of RM32,313,300 for 112,635 Felda settlers throughout the country.

A mock cheque for the raya contribution was handed out to each settlers’ leader from the Felda land schemes, here, today.

Najib said settlers who were directly under Felda would each receive RM300 and those not, RM150 each.

“Previously, the settlers depended only on their farm produce for income but today, their income is derived from various sources.

“On my trip here, I was mentally counting the other sources of income that each settler have including the annual bonus, duit raya and windfall, which was paid out three times,” he said before some 7,000 settlers at the national-level Ihya’ Rahmat Ramadan Warga Felda programme at Felda Gunung Besout 2, here, tonight.

Najib also announced the building of 420 units of houses under the Felda New Generation Housing (PGBF) scheme on a 19.14ha site for the Besout cluster, besides a RM900,000 multipurpose hall in Felda Besout 2.

He said the benefits and change that Felda settlers enjoyed today were the result of the struggles of the Barisan Nasional-led government.

Najib said during the Global Smart Partnership Dialogue in Tanzania recently, most of the countries which attended the dialogue received their independence about the same Malaysia that did, but they were still discussing about developing agriculture in their rural areas and about basic facilities.

“In our country, these have largely become history. We have been able to successfully carry out our rural development agenda. This is no fantasy as we can see it with our own eyes.”

Najib also rejected the opposition’s claim two years ago that Felda was bankrupt, stating that the agency’s position was instead increasingly strong and solid.

“Felda is not bankrupt. The value of Felda Group’s accumulated shares including its listed company’s is more than RM8 billion,” he said.

Najib said Felda’s success was also proven by its owning a factory in Canada, a restaurant in Mecca, hotels in the Malaysian peninsula and Sabah, and land in Kalimantan, Indonesia.

“We have other plans for the future. We hope that one day, Felda will be bigger and stronger at the international level,” he said.

Also present at the event were Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir and Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

BN Youth Woo Young Voters In Kuala Besut By-Election Campaign

Posted: 17 Jul 2013 07:46 AM PDT

KUALA BESUT, July 17 – The sweltering weather had not deterred the Barisan Nasional (BN) Youth to play their part in wooing particularly young voters to support the BN candidate in the Kuala Besut by-election on July 24.

Its Chief, Khairy Jamaluddin said support for the BN from young voters was very encouraging.

“As it is the fasting month, we don’t carry out major campaigns but just go house-to-house. We find this to be very effective and we hope to reach the young voters who are our target, through this approach,” he told reporters while participating in a motorcycle convoy with 100 other BN Youth members at Kampung Seberang Barat here.

Khairy who is also Youth and Sports minister also expressed confidence that the voters’ positive response towards Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman as the BN candidate would translate into a big majority for the party.

“Thank God they are very happy with the choice of a professional and humble person who is prepared to serve the people here,” he said.

Nevertheless, he cautioned the wing against overconfidence despite the area’s status as a BN stronghold.

Meanwhile, the Rembau MP said he expected the campaign pace which was low key compared to the period during the 13th general election, to pick up come Friday with more cabinet members joining in when the latest parliament session ends tomorrow.

The Kuala Besut by-election following the death of former assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar on June 26 will see a straight fight between Tengku Zaihan, 37, and PAS candidate Endot@Azlan Yusof, 48.

Pengundi Kuala Besut Tolak Dakyah Pembangkang, Pilih Yang Boleh Berkhidmat

Posted: 17 Jul 2013 07:39 AM PDT

KUALA BESUT, 17 Julai – Pengundi dan penduduk di Kuala Besut diingatkan agar tidak terperangkap dengan segala dakyah dan pelbagai perkara yang dilontarkan oleh pembangkang kerana tujuan mereka hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu Saifulbahri Mamat berkata agenda mereka hanyalah untuk melemahkan pengundi dan sebahagian daripada jentera parti dalam usaha memastikan gerakan BN tidak membuahkan hasil.

Menurut beliau pengundi dan jentera parti serta penduduk di Kuala Besut cukup bijak dan perkara itu bukanlah satu halangan kepada mereka dalam usaha memastikan sebuah pentadbiran yang baik dan berkesan untuk rakyat kelak.

"Saya percaya pengundi dan jentera parti tidak akan terperangkap dengan segala dakyah berkenaan kerana penduduk di sini tahu kelebihan dan manfaat yang akan diperolehi nanti. Kenapa mahu melakukan perubahan.

"Atas dasar itu saya tidak nampak perkara itu berlaku dan saya juga melihat pengundi serta penduduk di Kuala Besut tidak melihat kepada nisbah dan sebagainya kerana yang penting adalah kesinambungan berterusan," katanya.

Menurut beliau lagi apa pun pihaknya tetap berwaspada dan tidak berpeluk tubuh sebaliknya akan terus berusaha membantu jentera BN di Kuala Besut untuk memastikan kemenangan BN. – MediaUMNO

Program Kebajikan Dekatkan BN Dengan Masyarakat

Posted: 17 Jul 2013 07:34 AM PDT

KUALA BESUT, 17 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Kampung Seri Kemunting, Kuala Besut hari ini mengadakan program gotong-royong membersihkan Surau Pak Long Omar sebagai salah satu program mendekatkan Puteri UMNO dengan masyarakat sekitar.

Ketuanya, Wan Haslina Wan Ahmad berkata, selain peluang mendekatkan ahli-ahli dengan masyarakat setempat, ia juga merupakan peluang untuk beramah mesra dengan masyarakat, selain membantu kempen bagi memperkenalkan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman untuk memenangi hati pengundi di kawasan ini.

“Kami menyandarkan harapan yang cukup tinggi kepada calon BN, Tengku Zaihan. Kami yakin, dengan pengalaman dan kebolehannya, beliau mampu berkhidmat dengan baik kepada semua pengundi di kawasan Kuala Besut ini.

“Dia orang muda, jadi dengan tenaga muda ditambah ilmu pengetahuannya itu, kami mengharapkan agar lebih banyak pembangunan dilakukan di sini khususnya dalam memberikan nilai tambah atas kemajuan yang dibuat oleh ADUN yang terdahulu,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Gotong-Royong Surau Pak Long Omar di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, aktivitis masyarakat Kampung Seri Kemunting, Che Tom Ahmad, 50 tahun sependapat bahawa pemilihan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut ini merupakan satu rahmat yang harus disokong oleh rakyat khususnya pengundi di kawasan Kuala Besut ini.

“Tengku Zaihan ini saya suka sebab dia orang muda, berkelulusan tinggi, malah dia datang dari latar belakang agama yang baik. Keluarganya iaitu moyang dia juga merupakan pengasas yang membuka Kuala Besut inilah.

“Sepanjang lima hari ini, kita nampak sokongan yang amat baik buat calon BN, tidak kira muda ataupun tua, memang suka dan kita yakin dengan ketokohannya, BN mampu mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut ini,” ujarnya ketika ditemui selepas program Jalinan Rakyat Wanita UMNO cawangan di sini, pagi tadi. – MediaUMNO

Kempen 16:16 Pembangkang Tidak Masuk Akal – Hishammuddin

Posted: 17 Jul 2013 07:23 AM PDT

KUALA BESUT, 17 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas slogan 16:16 yang menjadi modal kempen pembangkang dengan menyifatkan ianya sebagai kempen yang tidak masuk akal yang jelas memperjudikan masa depan rakyat di Terengganu, khususnya di Kuala Besut.

Beliau berkata, pembangkang yang membawa kempen 16:16 hanya lebih mementingkan agenda dan kepentingan politik mereka dan tidak memikirkan masa depan rakyat untuk hidup di sebuah negeri yang mempunyai kerajaan yang kukuh.

"Ada pihak yang mahukan rakyat hidup dalam pemerintahan negeri yang tidak menentu dan tidak stabil. Bagi mereka yang berfikiran rasional, sudah tentu kempen 16:16 ini tidak masuk akal kerana mengajak rakyat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang tidak stabil dan tergantung.

"Kalau sekiranya tergantung kerajaan dalam keadaan seperti itu, sudah tentu ia akan menyulitkan rakyat ekoran kerajaan negeri yang tidak stabil. Ini sudah tentu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat di Terengganu, khususnya di Kuala Besut hari ini," ujarnya di hadapan pemberita selepas upacara penyerahan kunci rumah kepada veteran ATM, Muhammad Mat Diah di Kampung Beris Pak Abu, Gong Kedak, Jerteh.

Menurut beliau lagi, ia suatu perkara yang amat menyedihkan apabila pihak pembangkang membuat segala pertimbangan hanya semata-mata berdasarkan kepentingan politik tanpa memikirkan nasib rakyat di negara ini.

"Dan lebih menyedihkan apabila di dalam pertimbangan politik itu termasuklah menuding jari kepada orang lain, menabur fitnah, menyerang peribadi pemimpin, memecah belahkan masyarakat, menanam kebencian sesama Islam dan mendoakan ketidaktentuan dengan kempen 16:16 yang dibawa oleh pembangkang di sini.

"Saya yakin, insya-Allah, rakyat dan pengundi di DUN Kuala Besut ini matang dan bijak menilai dan tidak akan terpengaruh dengan kempen pembangkang yang tidak masuk akal seperti ini," jelas beliau.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan perbuatan pasangan yang menghina Islam, Alvin dan Vivian di laman sosial sebagai satu perbuatan yang melampau dan ianya perlu diambil tindakan tegas sebelum ia mengundang kejadian yang lebih buruk berlaku.

"Perbuatan seperti itu bagi saya melampau dan saya amat gembira apabila pihak pembangkang turut berkongsi pendapat yang sama dan menyatakan rasa tidak setuju mereka di atas perbuatan pasangan tersebut.

"Sebab itu saya katakan, kita perlu ada had dan batasan dalam berpolitik mahupun dalam tingkah laku kerana perbuatan yang melampau-lampau hanya akan memberikan kesan yang tidak baik kepada perpaduan dan keharmonian negara," tegas beliau.

Sebelum itu, Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak bersempena program lawatan kerja beliau ke unit-unit tentera di seluruh Malaysia.

Turut mengiringi beliau dalam program lawatan kerja itu ialah Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato Sri Rodzali Daud, Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato Sri Ackbal Abdul Samad dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato Zulkiflee Mazlan. – MediaUMNO

TPM Beri Amaran Jangan Cabar Kesucian Islam

Posted: 17 Jul 2013 07:10 AM PDT

PAGOH, 17 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mencabar dan mempersendakan kesucian Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Muhyiddin berkata perbuatan mempersendakan Islam seperti yang dilakukan pasangan Alvin Tan dan Vivin Lee baru-baru ini, semakin timbul kebelakangan ini yang dikhuatiri mencetuskan kemarahan umat Islam sekali gus menjejaskan hubungan kaum di negara ini.

“Kedudukan Islam tidak boleh dipersoal kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan negara. Saya bimbang kalau hal ini (persenda) berlaku sepanjang masa dan menjadi trend sehingga orang Islam tidak boleh bersabar lagi,” katanya.

Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata demikian berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau parlimen berkenaan, di Masjid Jamek Paya Redan, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Puan Sri Norainee Abd Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Adun Bukit Serampang Ismail Mohamed.

Beliau berkata perbuatan kedua-dua pasangan itu tidak boleh dimaafkan dan tindakan segera untuk mendakwa mereka perlu dilakukan memandangkan sudah ada bukti yang mencukupi.

Menurut Muhyiddin beliau amat menyokong tindakan segera terhadap mereka atau sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan seumpama itu kerana ia tidak boleh dibiarkan.

“Kita mesti tunjuk prinsip kita dalam mempertahankan kesucian agama. Kita mahu pastikan Islam tidak boleh dinodai oleh sesiapa,” tegasnya.

Timbalan perdana menteri berkata agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri juga perlu mendidik orang ramai bagi membendung perbuatan sama daripada berulang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata orang ramai tidak boleh menyalahkan sistem pendidikan negara memandangkan ada pihak menuduh system pendidikan negara sebagai punca tercetusnya perbuatan kedua-dua pasangan terbabit.

Kedua-dua pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)… wangi, enak dan menyelerakan’ di laman Facebook mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT