SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, July 16, 2013

UMNO Online - “Rumah Urut Diutamakan Di Selangor Berbanding Rumah Kos Rendah” plus 9 more

UMNO Online - “Rumah Urut Diutamakan Di Selangor Berbanding Rumah Kos Rendah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Rumah Urut Diutamakan Di Selangor Berbanding Rumah Kos Rendah

Posted: 15 Jul 2013 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Sepanjang lima tahun pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim dan pakatan pembangkang di Selangor, antara perkara yang patut mereka banggakan adalah kepesatan pertambahan  pusat rumah urut dan juga pusat judi yang berselindung di sebalik kafe siber.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata kepesatan rumah-rumah urut dan judi sebenarnya amat menakutkan dan perlu tindakan segera memandangkan perkara itu semakin menjalar di kawasan luar bandar.

“Contohnya apa yang berlaku di kawasan Selangor utara dari Kuala Selangor ke Sungai Air Tawar Sabak Bernam, saya lihat pertambahan rumah urut dan judi ini benar-benar memeranjatkan terutama mereka yang berada di kampung," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tegas beliau lagi apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kesannya kepada masyarakat setempat.

"Kita khuatir banyak pendapatan petani dan orang-orang kampung akan dihabiskan di tempat-tempat ini terbabit selain mengundang kepada budaya negatif,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan kerajaan negeri tentang polisi rumah kos rendah dan semenjak lima tahun mereka memerintah iaitu sejak 2008 kerana data-data yang mereka berikan amat memeranjatkan.

“Kalau kita lihat, ia diakui sendiri oleh EXCO mereka kerana di kawasan seperti Sabak Bernam dan Hulu Selangor, tidak ada satu pun rumah kos rendah yang dibina.

"Adakah ini maknanya mereka ini (kerajaan negeri) terus meminggirkan golongan yang berpendapatan rendah?,” tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar. - MediaUMNO

SPR Tidak Tertekan Dengan Petisyen PRU-13 : Wan Ahmad

Posted: 15 Jul 2013 01:24 AM PDT

KUANTAN, 15 Julai –  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merasa tertekan dengan petisyen berhubung beberapa keputusan pilihan raya umum lepas, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada Isnin.

Beliau berkata, sekiranya diminta SPR akan mempamerkan bukti-bukti menjalankan kerja mengikut undang-undang dan peraturan.

“Kita tak tertekan (dengan petisyen) sebab yakin kita buat kerja mengikut undang-undang.

“Berbeza dengan segelintir pihak yang tidak baca semua undang-undang dan tahu nak menang (pilihan raya) sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat post-mortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi negeri Pahang di sini.

Beliau berkata, sebarang keputusan yang dianggap bermasalah dalam PRU-13 perlu dibuktikan di mahkamah.

Katanya, Jabatan Peguam Negara telah meletakkan barisan peguam untuk mewakili (SPR) di mana-mana kawasan yang terlibat dalam petisyen PRU di seluruh negara.

“Peguam-peguam dari Jabatan Peguam Negara telah pun berjumpa dengan Pengarah-Pengarah SPR negeri dan Pegawai-Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang terlibat dengan permohonan petisyen,” katanya.

Bakti Contributes 49,300 Boxes Of Hari Raya Goodies For Security Forces

Posted: 15 Jul 2013 01:23 AM PDT

PUTRAJAYA, July 15 – The Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti) today contributed 49,300 boxes of Hari Raya goodies, worth nearly RM500,000, for the country’s security forces.

The Prime Minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor , who is Bakti president, said 20,000 boxes would be distributed to members of the Malaysian Armed Forces (ATM) on duty at the borders, 25,000 boxes to the Royal Malaysia Police (PDRM) and the remaining for the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA).

Each box contained beef rendang, anchovy sambal, nasi impit and kuah kacang, she said at the presentation of the Hari Raya goodies to the security forces at Seri Perdana Complex today.

ATM was represented by its chief Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, the police by Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar and MMEA by its director-general, Datuk Mohd Amdan Kurish.

In her speech, Rosmah praised members of the security forces for their sacrifices in defending the country’s sovereignty.

She said their sacrifices were not confined to defending the country against the enemies, but also during time of peace where their role was to ensure a safe and peaceful life for the people.

“My hope is that these Hari Raya goodies provide them with the assurance that their sacrifices are always appreciated by the people,” she added.

At the function, Rosmah also handed contributions of RM5,000 each to 10 policemen who were injured during the intrusion by terrorists in Lahad Datu and Semporna, Sabah.

Mapim Calls For Action Against Hotels Offering Break-fast Without Halal Logo

Posted: 15 Jul 2013 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai – The Malaysian Consultative Council for Islamic Organisation (Mapim) is urging the government to take stern action against hotels offering break-fast buffets without valid ‘halal’ logos.

Its president, Mohd Azmi Abdul Hamid said a check by Mapim revealed that many hotels were offering such buffets and only a handful had the halal certificates, thus showing that awareness among Muslims on the matter was still low.

He drew attention to the Jakim (Isamic Development Department) website that listed only 292 hotels and resorts that had the halal certificate compared with 2,445 hotels registered with the Tourism and Culture Ministry.

“We regret that there are hotel operators who exploit the Muslims breaking fast during the Ramadan month at hotels which do not comply with the halal regulation in terms of the food,” he said at a media conference, here today.

Pasangan Persenda Umat Islam Dan Ramadan Boleh Didakwa

Posted: 15 Jul 2013 01:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai  - Pasangan yang mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook boleh didakwa kerana memaparkan gambar dan kata-kata jelik, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari hari ini.

Beliau berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pasangan itu hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini hari ini bagi memberi keterangan, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.

Pasangan itu tiba di pejabat penguatkuasaan SKMM di sini pada pukul 10.45 pagi.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Industri SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin memberitahu pemberita di pejabatnya bahawa siasatan akan dijalankan untuk beberapa hari sebelum laporan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan akan dilakukan dalam sehari dua,” katanya.

Beliau berkata selain SKMM, pihak polis juga akan turut menyiasat perkara itu mengikut perundangan yang ada.

Dalam pada itu National University of Singapore dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Vivian Lee, pasangan wanita kontroversi itu, tidak pernah menuntut di universiti berkenaan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Usul Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan Penyusunan Semula Tiga Kementerian Dibentang

Posted: 15 Jul 2013 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai  - Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini membentangkan usul penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan berikutan penyusunan semula tiga kementerian di Dewan Rakyat.

Usul itu dikemukakan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Usul itu dibentangkan berikutan penyusunan semula tiga kementerian yang berkuatkuasa 16 Mei lepas membabitkan fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan dengan Kementerian Pelajaran yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan.

Selain itu, fungsi dan agensi berkaitan kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Pelancongan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Usul itu juga bagi fungsi dan agensi kesejahteraan bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang kini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ahmad berkata perbelanjaan pengurusan bagi maksud yang melibatkan kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2013.

Hina Islam : Pemuda Desak Ambil Tindakan Walaupun Sudah Mohon Maaf

Posted: 15 Jul 2013 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pemuda UMNO hari ini mendesak agar pihak kerajaan mengenakan tindakan tegas dan cepat terhadap pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee meskipun pasangan itu sudah memberi keterangan dan memohon maaf terhadap perbuatan yang dilakukan.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata tindakan tegas ini perlu dikenakan kerana perbuatan pasangan terbabit cukup melampau dan telah mengguris perasaan seluruh umat Islam.

"Kita berharap dalam perkara ini satu tindakan tegas diambil dengan cepat.  Dulu alasan diberikan kerana tidak ada nama, identiti siapa yang memuat naik sesuatu artikel tapi kali ini jelas kerana ada nama, ada gambar.

"Saya tak paham kalau ada kes yang jelas, terang dan nyata dalam perkara ini pun kita tidak boleh ambil apa-apa tindakan.  Bukan kita minta ambil tindakan bawah Akta Hasutan sebab dalam akta Komunikasi dan multimedia itu sendiri pun sudah ada beberapa peruntukan yang membolehkan dan membenarkan kerajaan untuk ambil tindakan dalam kes-kes tersebut yang menghina mana-mana pihak", katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi tindakan mesti dikenakan walaupun difahamkan pasangan terbabit sudah memuat naik video permohonan maaf berhubung perkara itu.

"Walaupun mereka telah mohon maaf, kita kena ambil tindakan juga kalau tidak kita boleh cakap apa saja yang boleh mengguris hati orang ramai, lepas tu kita minta maaf dan kira perkara itu selesai…saya rasa tak boleh kerana dalam kes ini saya rasa amat serius, satu perbuatan yang cukup menimbulkan kemarahan umat Islam

"Pada masa yang sama kita nak ingatkan bukan saja dalam kes ini tetapi siapa saja yang mengguris sensetiviti agama bukan hanya agama Islam tapi mana-mana agama perlu ada tindakan yang sama", ujarnya.

Pada Khamis lalu pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)… wangi, enak dan menyelerakan’ di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Mengenai isu Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Wisma Putra diminta menyerahkan satu nota bantahan kepada kerajaan Vatican City.

"Bagi Pemuda UMNO, BN kita perkara ini satu perkara yang amat sensetif.  Ini soal campur tangan.  Sama ada perkara ini dipersetujui atau tidak itu adalah satu perkara yang ada dalam proses mahkamah kita.

"Tapi itu hal ehwal kita jangan dia pula masuk campur tangan.  Jadi saya harap satu nota bantahan dapat diberikan Wisma Putra agar duta berkenaan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh merumitkan lagi keadaan di sini", ujarnya. -MediaUMNO

Melaka UMNO Branch Meetings Involve More Than 136,000 Members

Posted: 15 Jul 2013 12:07 AM PDT

MELAKA, July 15  - The 411 UMNO branches in Melaka will hold their respective meetings involving 136,000 members throughout the month of Ramadan until Aug 31.

Melaka UMNO liaison executive secretary Datuk Akbar Ali said the six Melaka UMNO divisions would hold their respective meetings from Sept 1 to 30.

Thus, he advised UMNO members to comply with the party regulations and ethics in electing committee members at their respective levels.

On the new mechanism in electing top party leaders, Akbar said it would ensure a more transparent election without favouring any individual.

It also ensured that the leaders who were elected were the choice of the majority of the members and not merely the choice of delegates representing every UMNO division, he said when contacted by Bernama.

Penganjuran Kali Ketiga Karnival Kerjaya Tawar Lebih 30,000 Peluang Kerja

Posted: 15 Jul 2013 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional 2013 sekali lagi akan dianjurkan pada 27 hingga 29 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan membabitkan lebih 300 syarikat dan 120 syarikat perniagaan "online".

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata karnival kerjaya buat kali ketiga ini merupakan satu karnival kerjaya terbesar yang pernah diadakan di negara ini dengan tumpuan diberikan kepada golongan siswazah, graduan muda dan juga orang-orang muda yang mempunyai sedikit atau langsung tiada pengalaman kerja untuk mencari peluang pekerjaan.

Jelas beliau lagi pada karnival kerjaya kali ini juga buat kali pertama pihaknya akan mengiklankan setiap jawatan atau peluang pekerjaan yang ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih dan media social seperti facebook.com/bnyouthjobfair.

"Sesiapa yang nak datang ke karnival ini boleh merujuk atau semak apakah kekosongan yang ada.  Mereka boleh check syarikat mana yang ada, jawatan yang ditawarkan dan kelayakan yang diperlukan untuk jawatan-jawatan berkenaan.

"Cuma buat masa ini kita tak benarkan mereka menghantar CV (butir peribadi) mereka menerusi aplikasi atau facebook sebab kita nak mereka datang ke karnival ini.  Ini bertujuan untuk mereka berjumpa secara langsung dengan bakal majikan mereka agar mereka memahami dengan lebih lanjut.  Majikan mereka juga boleh menilai secara langsung kualiti pemohon untuk jawatan berkenaan", katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan seterusnya berkata Karnival Kerjaya Pemuda BN merupakan progam Pemuda BN yang paling mendapat sambutan dan akan menjadi acara tahunan kerana ia sudah menjadi "trade mark" kepada Pemuda BN.

"Malah karnival ini adalah karnival kerjaya paling besar yang pernah diadakan oleh mana-mana pihak di negara ini", ujarnya.

Mengenai jumlah mereka yang sudah memperolehi pekerjaan menerusi karnival ini, beliau memberitahu seramai 160,000 sudah memperolehi pekerjaan  sejak dianjurkan dua tahun lalu. -MediaUMNO

Pembangkang Dibidas Politikkan Ketiadaan Ketua Wanita UMNO

Posted: 14 Jul 2013 11:06 PM PDT

KUALA BESUT, 15 Julai – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Besut, Engku Naimah Engku Taib membidas segelintir pihak yang mempolitikkan ketiadaan Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam pilihan raya kecil di sini termasuk semasa pengumuman calon Rabu lalu.

Jelas beliau, Shahrizat bersama-sama ketua Wanita UMNO Negeri Terengganu mengerjakan umrah dan akan kembali ke tanah air pada 20 Julai ini.

"Ini bukanlah suatu masalah kerana kekuatan wanita di sini bertumpu kepada bahagian dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan usaha ke arah menggembling tenaga bagi mencapai target majoriti undi kepada 4,000," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, biarpun Shahrizat tidak bersama tetapi beliau telah berkesempatan membincangkan berkaitan PRK Kuala Besut sebelum bertolak mengerjakan umrah.

"Sebelum berangkat, saya sendiri telah bercakap dengan Datuk Seri Shahrizat dan beliau meminta kita bekerja kuat untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat."

Beliau turut memaklumkan bahawa tumpuan Wanita UMNO dalam berkempen adalah di kawasan-kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk gerak mesra selain pengisian dengan mengambil keberkatan Ramadan seperti bertadarus dan tazkirah, majlis berbuka puasa dan juga kunjungan dari rumah ke rumah. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT