SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, July 10, 2013

UMNO Online - “Slogan CAT Yang Didendangkan Akhirnya Malukan DAP Sendiri” plus 9 more

UMNO Online - “Slogan CAT Yang Didendangkan Akhirnya Malukan DAP Sendiri” plus 9 more

Link to UMNO Online

Slogan CAT Yang Didendangkan Akhirnya Malukan DAP Sendiri

Posted: 09 Jul 2013 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai  – Slogan Ketelusan, Akauntabiliti dan Kecekapan (CAT) yang didendangkan oleh kepimpinan DAP  terbukti satu slogan untuk mengaburi mata rakyat tentang penyelewengan, ketidakcekapan dan tiada ketelusan yang berlaku di dalam parti yang menguasai negeri Pulau Pinang itu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir,  kini satu demi satu tembelang kelemahan kepimpinan parti tersebut mula terbongkar bukan saja insiden berunsur penyelewengan dan rasuah di dalam parti, bahkan ketidakcekapan dan pemerintahan ala-ala kuku besi di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Macam mana DAP kata mereka telus bila perbahasan dalam Dewan Rakyat pun mereka gantung, tak mahu berbahas. Inikah yang dikatakan ketelusan? Telus macam mana? Nak berbahas pun takut?

"Ketua Menteri pula boleh menyalahkan orang lain atas insiden itu dan kemudiannya meminta maaf. Biarpun dia sudah minta maaf, tapi bagi saya insiden itu bukti terbesar bahawa tidak ada ketelusan, akauntabiliti dan ketidakcekapan dalam pentadbiran DAP," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, contoh yang lain ialah isu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang turut menimbulkan tandatanya di kalangan rakyat.

"Sehingga kini kita tidak tahu ke mana duit hasil kutipan anak syarikat negeri itu dilaburkan dan juga berapa jumlah kutipannya? Kerajaan negeri kena bentangkan supaya rakyat tahu ke mana hasil PBAPP dibelanjakan oleh kerajaan negeri," ujarnya.

Begitu juga dengan beberapa isu remeh yang dijawab oleh Ketua Menteri seolah-olah ingin membodohkan rakyat seperti tersalah taip jumlah kos terowong sehingga berbilion ringgit, dan beberapa isu lain lagi.

"Say yakin kita juga belum lupa dengan kenyataan Ketua Menteri yang beliau  tak tahu tentang pelaburan kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM 3 biliion di China. Inilah bukti ketidakcekapan Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri.

"Sudahlah bagi alasan remeh memperbodohkan rakyat, beliau boleh tak tahu pula kerajaan negeri ada buat pelaburan sejumlah RM3 bilion di luar negara? Macam mana beliau sebagai seorang ketua menteri tak tahu tentang perkara ini?"soalnya tegas.

Justeru itu, beliau menyifatkan slogan CAT yang diumukan oleh Lim Guan Eng sebagai slogan kerajaan negeri hanyalah satu slogan retorik politik semata-mata untuk menipu rakyat.

"Saya minta rakyat buka mata. DAP hanya pandai berslogan tetapi hakikat sebenar, slogan itu hanya tinggal slogan untuk memperdayakan rakyat, demi untuk meneruskan survival politik dan agenda peribadi mereka,"akhirinya. -MediaUMNO

Kemenangan Di Kuala Besut Cukup Signifikan Perkukuh BN Di Terengganu

Posted: 09 Jul 2013 04:08 AM PDT

BESUT, 9 Julai  - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Tengku Zahrin Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera awam, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri berkata Tengku Zahrin, 37, merupakan calon terbaik kerana selain anak jati Kuala Besut, pemilihan beliau mendapat sokongan anggota parti di semua peringkat.

“Bagi kita calon muda ini diterima ahli parti dan tidak ada masalah sebagai “orang pantai” kerana beliau dekat dihati rakyat,” katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN dan pengumuman calon di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.

Kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata kemenangan pada pilihan raya kecil ini cukup signifikan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan BN di Terengganu.

Beliau yang juga Pengarah PRK Kuala Besut berkata oleh itu pengundi di Kuala Besut yang bakal menjadi penentu kepada nasib BN di Terengganu perlu memastikan agenda transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut dinikmati rakyat di negeri ini.

“Kemenangan di Kuala Besut jadi penentu untuk memastikan Terengganu kekal dapat bergerak seiring dengan kerajaan di peringkat pusat dan sebab itu kedudukan BN perlu dikukuhkan lagi dan kemenangan ini cukup signifikan,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, BN Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala pembangkang meraih 15 kerusi DUN untuk BN membentuk kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata selain untuk mencatat kemenangan, jentera pilihan raya BN perlu memastikan jumlah majoriti meningkat berbanding majoriti 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Menurutnya kempen pada bulan Ramadan tidak akan menjadi penghalang jentera BN untuk mendekati rakyat selain menggunakan peluang tersebut untuk berkhidmat mengikut tuntutan agama Islam.

“Kita ambil ini sebagai cabaran sebab jatuh pada bulan puasa dan kita akur kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh PRK,” katanya.

Antara “Arab Spring”, Demokrasi Dan Pemimpin Lidah Bercabang

Posted: 09 Jul 2013 04:03 AM PDT

Anwar Ibrahim berada dalam keadaan dilema untuk menyatakan pendirian yang telus dan ikhlas dalam insiden kudeta di Mesir oleh tentera terhadap Presiden Mohammed Morsi.

Ketika kumpulan Islamik, Ikhwan Muslimin, berjaya menumbangkan rejim Presiden Mubarak lebih setahun yang lalu, Anwar menganggapnya sebagai satu kejayaan besar siri revolusi 'Arab Spring' yang didokong kuat oleh kuasa rakyat.

Sebelum Mesir, 'Arab Spring' juga berjaya menurunkan rejim-rejim Arab yang dianggap bersifat diktator di Tunisia dan juga Libya.

Kejayaan ini telah mencetuskan ilham di dalam minda Anwar untuk membawa bukan sahaja semangat 'Arab Spring' tetapi juga kaedah yang sama untuk diaplikasi di Malaysia.

Malah dalam temuramah dengan media asing dan pada siri ceramah semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Ketua Pembangkang itu menekankan berkali-kali tentang pentingnya rakyat bersama-sama pakatan pembangkang untuk menggerakkan 'Malaysian Spring' bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Rasional yang digunakan oleh Anwar untuk menyeru rakyat menjatuhkan kerajaan BN adalah atas alasan korupsi dan penyelewengan kuasa yang berleluasa.

Malangnya Anwar tidak pula menyebut mengenai pelbagai dakwaan rasuah serta salahguna kuasa semasa beliau berada di dalam kerajaan selama 16 tahun.

Tidak pula dijelaskan bagaimanakah ahli keluarga terdekat, saudara mara da sahabat handai yang rapat denga Anwar menjadi begitu kaya raya dan kemewahan melimpah ruah sepanjang beliau berkhidmat di bawah kerajaan BN.

Malah terkini apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam dari BN, Liang Teck Meng membangkitkan isu 20 akaun luar negara berjumlah USD66 juta yang didakwa kepunyaan Anwar, beliau diancam dengan tindakan saman.

Rakyat melihat dua sikap berbeza yang diamalkan oleh Anwar – satu yang memberi kepentingan kepada agenda politiknya untuk menjadi Perdana Menteri dan satu lagi sikap agresif yang ditonjolkan apabila tembelang dan temberangnya didedahkan.

Begitu juga dalam isu rampasan kuasa di Mesir di mana pada satu pihak Anwar begitu kuat menyokong rakyat Mesir yang meletakkan Morsi di atas tampuk kuasa malah teruja untuk mengimport ide 'Arab Spring' ke Malaysia.

Begitu juga dalam isu rampasan kuasa di Mesir di mana pada satu pihak Anwar begitu kuat menyokong rakyat Mesir yang meletakkan Morsi di atas tampuk kuasa malah teruja untuk mengimport ide 'Arab Spring' ke Malaysia.

Pada masa yang sama Anwar juga mengkritik keras rakyat Mesir yang sama yang kini menurunkan pula Morsi dari kerusi presiden di atas kegagalan beliau untuk mengurus 1001 macam masalah kritikal yang mendepani negara Arab di utara benua Afrika itu.

Paling ketara ialah masalah ekonomi yang meruncing di tambah pula dengan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan golongan muda dan belia.

Masalah Morsi dikompaunkan lagi dengan sikap golongan Ikhwan Muslimin yang tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang dilandaskan kepada permuafatan nasional yang melibatkan semua 'stakeholders' termasuk golongan yang pernah mendokong rejim Mubarak.

Dengan menjadikan pentadbiran Morsi eksklusif kepada golongan Ikhwan Muslimin ia meminggirkan sebahagian besar golongan penting lain yang juga mahu memainkan peranan yang bermakna di bawah pentadbiran baru.

Dalam kenyataannya sejurus berita Morsi digulingkan, Anwar berkata, "Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.  Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar."

Dalam hal ini Anwar menampakkan sifat hipokritnya yang amat jelas mempertahankan pentadbiran Morsi yang dipilih secara demokratik.

Bagaimana standard penilaian yang sama tidak diapplikasikan kepada negara sendiri apabila mengeluarkan kenyataan untuk menghasut rakyat menumbangkang kerajaan BN yang telah sah dipilih rakyat.

Melalui amalan demokrasilah BN telah dipilih semula untuk menerajui kerajaan pada PRU13 lalu tetapi Anwar tidak dapat menerima kekalahan pihak pembangkang.

Anwar mungkin berfikir bahawa beliau adalah calon paling layak untuk menjadi Perdana Menteri tetapi rakyat pula mempunyai pandangan lain yang harus dihormati.

Sebenarnya bukan Anwar menentang BN tetapi hakikatnya beliau melawan kuasa rakyat yang telah meletakkan BN kembali ke tampuk kekuasaan.

Sebenarnya bukan Anwar menentang BN tetapi hakikatnya beliau melawan kuasa rakyat yang telah meletakkan BN kembali ke tampuk kekuasaan.

Anwar menganjurkan siri perhimpunan haram Blackout 505 dalam percubaannya mempergunakan rakyat sekali lagi untuk memenuhi impian peribadinya.

Akhirnya beliau kecundang dek perbuatan penyokong pembangkang sendiri yang menyedari mereka telah ditipu oleh Sang Pembohong Agung.

Anwar menipu pemimpin-pemimpin pembangkang, penyokong pembangkang, rakyat Malaysia, Jusuf Kalla, pembiaya-pembiaya asing, pelabur-pelabur antarabangsa malah keluarganya sendiri.

Kini beliau tersepit dan terperangkap dalam permainan politik yang natijahnya tidak membawa apa-apa hasil bagi dirinya tetapi hanya berjaya membawa negara ke jurang kemusnahan.

Dr Muslim Umar

PAS Sedang Sediakan Alasan Jika Kalah

Posted: 09 Jul 2013 03:56 AM PDT

Selepas SPR mengumumkan tarikh undi untuk PRK di DUN Kuala Besut akan dilakukan pada 24 Julai depan, parti PAS sudah pun bersedia menuding jari kepada badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya.

Awal-awal lagi PAS sudah melemparkan tuduhan di mana SPR tidak peka dan sensitif berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi PRK kali ini.

Kononnya, SPR seolah-olah tidak ambil kira persekitaran di negeri itu apabila hari penamaan calon dan pengundian, masing-masing jatuh pada Jumaat dan Rabu.

Dan PAS juga mempersoalkan pemilihan tarikh tersebut seperti telah mengganggu urusan kerja mereka iaitu mengadakan kuliah agama pada hari Jumaat, begitu juga Rabu yang dilihat menyukarkan pengundi luar pulang mengundi.

Kebenarannya, ia langsung tidak menghalang bagi pengundi-pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka memilih calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan itu selepas penyandangnya dari parti BN meninggal dunia.

Kalau PAS menuduh hari penamaan calon tidak pernah berlaku pada hari Jumaat di Terengganu, itu adalah pembohongan semata-mata! Hari Jumaat di Terengganu adalah hari cuti, jadi, mustahil kalau ia mampu mengganggu kehidupan seharian dan pekerjaan rakyat Terengganu.

Kononnya juga ia seperti melemah semangat pengundi-pengundi luar Kuala Besut untuk pulang mengundi. Nampaknya, ia hanyalah usaha sekali lagi dari pihak pembangkang untuk mempertikaikan kewibawaan SPR.

PAS seperti mahu mewujudkan kembali pertelingkahan dan perpecahan politik yang dibuat oleh PKR dan DAP dalam PRU13 lalu. Yang seterusnya mampu pula menimbulkan situasi seperti demonstrasi jalanan oleh rakyat sebelum-sebelum ini.

Seharusnya, PAS yang sering memperjuangkan matlamat mereka sebagai parti Islam yang mempertahankan agama di Malaysia mengambil peluang mencari barakah Ramadhan seiring untuk membawa jalan damai di antara umah.

Tidak perlu terus-terusan mewujudkan satu situasi iaitu dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu supaya pertelingkahan dan perpecahan umah terus berlaku.

Dan PAS yang sudah terlihat jelas sebagai parti minoriti sahaja dalam PR tidak perlu juga menyemarakkan gendang perang politik ada pemimpin pembangkang dengan kerajaan.

Ironinya, walaupun sering kali berlandaskan agama untuk memperjuangkan ideologi politik mereka, sikap tuduh-menuduh seperti sudah menjadi sebati dalam diri setiap pemimpin dan ahli-ahli PAS, sama seperti yang dilaksanakan oleh PKR dan DAP.

Dan bukanlah ketetapan iktiqad dan iradah untuk mencari jalan damai serta berdasarkan kepada keikhlasan yang pimpinan PAS bawa bersama untuk perjuangan politik mereka.

mykmu.net

Opposition Also Responsible To Preserve Peace – Adnan

Posted: 09 Jul 2013 03:29 AM PDT

KUANTAN, July 9  - Pahang Menteri Datuk Seri Adnan Yaakob today urged the opposition to cease street demonstrations to protest the results of the 13th General Election.

He said the opposition was also responsible to preserve peace and harmony in the country failing which there could be anarchy like what happened in certain countries in the Middle East.

“We must not follow the Arab Spring as this might lead to bloodshed because of partisanship,” he said when winding up debate on the Royal address in the state assembly here today.

He said the opposition should accept the GE13 results and not resort to street demonstrations on the grounds that they won the popular vote as Malaysia practised the “first past the post” system.

He also reminded the opposition not to play up sensitive issues like Malay rights, Islam and the institution of the Malay rulers.

Meanwhile, to a question from Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) on the issue of deforestation in the state, Adnan said the state government viewed this seriously, particularly in sensitive areas like the Cameron Highlands.

He said action was taken from time to time against those found to be clearing forests illegally under the National Forestry Act 1984 and Land Rehabilitation Act 1960 but a lack of manpower and hostile terrian hampered effective enforcement.

To another question from Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP-Mentakab), Adnan said currently there were more than 130,000 registered foreign workers in the state mainly in the plantation, construction and domestic help sectors.

Meanwhile, state Tourism and Culture Committee chairman Datuk Mohd Sharkar Shamsudin in his winding up speech said the state government planned to come up with more tourism products to attract visitors to Pahang.

He said among them were harnessing the tourism potential of Merapoh which had more than 500 caves besides being an entry point to Taman Negara.

Another was Gunong Benom, which he said could be developed into another Cameron Highlands, the highly popular mountain resort in the state bordering Perak and Kelantan.

Pas Dibidas Seperti Hilang “Nafsu” Tangani Isu Rumah Urut Di Selangor

Posted: 09 Jul 2013 03:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Kebanjiran rumah di Selangor bukan lagi satu rahsia malah isu ini telah ditimbulkan sejak lima tahun yang lalu namun sehingga kini isu rumah urut ini seperti tiada penyelesaian malah makin merebak di kawasan luar bandar.

Jika sebelum pakatan pembangkang memerintah negeri Selangor Pas dilihat sebagai jaguh dalam membanteras gejala maksiat tetapi sejak bersama DAP dan PKR memerintah Selangor, Pas seperti hilang nafsu untuk berperang dalam isu rumah urut ini.

Justeru Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo mencabar Pas untuk menunjukkan 'taring' dan membalas kepercayaan rakyat terhadap parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu untuk berperang habis-habisan menangani isu tersebut.

Jelasnya, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan memenangi 15 kerusi pada PRU lalu di negeri Selangor, seharusnya boleh bersuara dengan lantang bagi membendung masalah kewujudan rumah urut yang sudah pastinya mengundang maksiat.

"Jika Pas benar-benar memperjuangkan Islam, tunjukkan taringnya. Minta rakan sekutu politiknya untuk menghormati pendirian agar masalah rumah urut diatasi segera. Kewujudan rumah urut yang semakin bertambah ini bakal menjadikan anak-anak muda Selangor rosak akhlaknya.

"Tidak kira apa bangsa, Melayu, Cina mahupun India sudah pasti tidak suka maksiat berleluasa. Maruah kaum wanita pula semakin tercela apabila dijadikan pelaris kepada rumah-rumah urut ini walaupun yang digunakan adalah wanita warga asing.

"Jadi, di manakah peranan Pas di dalam isu ini…  adakah Pas sekadar bertindak melepaskan batuk ditangga.  Jangan lupa, rakyat Selangor  telah memberikan kepercayaan kepada Pas dalam PRU lalu dengan harapan Pas akan dapat melakukan perubahan.

"Sudahlah jawatan Menteri Besar dilepaskan, takkan tanggungjawab memerangi isu ini diambil secara sambil lewa sahaja," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, sebelum ini Pas turut berdiam diri berkenaan isu arak dan murtad sehinggakan Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali menjadi korban kerana bercakap benar. Pas tidak patut terus menundukkan kepala hanya kerana takut ditempelak DAP dan PKR.

"Oleh itu, saya mencabar pemimpin Pas agar melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah rumah urut ini," ujarnya lagi. – MediaUMNO

No Element Of Corruption In Post – GE 13 Reports Lodged By Opposition Candidates

Posted: 09 Jul 2013 02:57 AM PDT

GEORGE TOWN, July 9  - The Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) investigation has found no elements of corruption in the reports on money politics lodged after the 13th general election in Penang, State MACC director Datuk Samarajoo Manikam said.

“We have called and recorded the statements from the witnesses…they also don’t know who gave them (the vouchers). So, if they cannot prove any offence under the (MACC) Act, it will be difficult.”

He told this to reporters after attending a briefing and dialogue with head of government departments and political parties here today.

He said this in response to the seven reports concerning money politics lodged by seven opposition candidates who lost in the May 5 polls.

Five PKR candidates, namely Datuk Abdul Halim Hussain (Teluk Bahang), Mohd Tuah Ismail (Pulau Betong), Norhayati Jaafar (Teluk Air Tawar), Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Pinang Tunggal) and Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), together with two PAS candidates Asnah Hashim (Bayan Lepas) and Rosidi Hussain (Penaga), lodged the reports at Penang MACC office on May 14.

Prior to this, a group of civilians were reported to have cashed the voucher they were given before the polling day in Sungai Dua, Pulau Betong and Tanjung Bungah.

They were said to be eligible to cash the vouchers should certain candidates win the election in the constituencies.

Samarajoo said the investigation results had been referred to the Attorney-General and the investigation had stopped since.

Meanwhile, he said between January and July 8 this year, Penang MACC had received 239 corruption-related information, 120 of which were being investigated under MACC Act, while the remaining were referred to other agencies.

During the period, 16 arrests, involving nine civil servants and seven members of the public, as well as 11 charges, were made.

Siasatan Laporan Calon Pakatan Rakyat Mengenai PRU-13 Dapati Tiada Unsur Rasuah

Posted: 09 Jul 2013 02:53 AM PDT

GEORGE TOWN, 9 Julai –  Hasil siasatan terhadap tujuh laporan berhubung dakwaan berlaku politik wang semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Pulau Pinang, mendapati tiada unsur rasuah terlibat.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Samarajoo Manikam berkata hasil siasatan tidak mengesan sebarang kesalahan di bawah akta SPRM berdasarkan keterangan beberapa saksi.

“Kita dah memanggil dan merakamkan percakapan daripada saksi…mereka pun tak tahu siapa yang beri. Jadi, kalau mereka tidak boleh membuktikan apa-apa kesalahan di bawah akta kita, ia agak sukar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi penerangan dan dialog bertajuk ‘SPRM Bebas dan Telus’ bersama ketua-ketua jabatan kerajaan dan parti politik di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai tujuh laporan berhubung politik wang semasa PRU13 yang dibuat oleh tujuh calon Pakatan Rakyat yang tewas.

Pada 14 Mei lepas, lima calon PKR Datuk Abdul Halim Hussain (Teluk Bahang), Mohd Tuah Ismail (Pulau Betong), Norhayati Jaafar (Teluk Air Tawar), Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Pinang Tunggal), dan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau) serta dua calon PAS Asnah Hashim (Bayan Lepas) dan Rosidi Hussain (Penaga) membuat laporan di ibu pejabat SPRM negeri atas dakwaan berlaku pembelian undi.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat sekumpulan orang awam telah menebus baucar yang didakwa diberikan sebelum hari mengundi di tiga lokasi di Sungai Dua, Pulau Betong dan Tanjung Bungah.

Mereka layak untuk menukar baucar berkenaan dalam bentuk tunai jika calon tertentu di kawasan terbabit memenangi pilihan raya itu.

Samarajoo berkata hasil siasatan itu telah dirujuk kepada Peguam Negara dan siasatan terhadap laporan berkenaan telah dihentikan.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga 8 Julai 2013, SPRM Pulau Pinang menerima 239 maklumat berkaitan rasuah di mana 120 maklumat disiasat di bawah akta SPRM manakala bakinya dirujuk ke bahagian lain.

Katanya, sebanyak 16 tangkapan telah dibuat melibatkan sembilan penjawat awam dan tujuh orang awam, dan dalam tempoh itu sebanyak 11 pertuduhan telah dikenakan.

Mukhriz Umum Kuin Sebagai Badan Berkanun Negeri

Posted: 09 Jul 2013 02:51 AM PDT

ALOR SETAR, 9 Julai –  Seluruh kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menerima berita gembira apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan kerajaan negeri dan Lembaga Pengarah Kuin bersetuju menjadikan kolej universiti itu sebagai sebuah Badan Berkanun negeri.

Pengarah Jabatan Perhubungan Awamnya, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata Mukhriz mengumumkan perkara itu pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kuin di sini petang Isnin.

“Ini secara tidak langsung menjawab semua tohmahan dan menamatkan khabar-khabar angin yang mendakwa kononnya Kuin bakal diswastakan dan kakitangan Kuin tidak dibayar gaji,” katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Selain itu 550 orang kakitangan Kuin turut menerima ‘durian runtuh’ apabila Mukhriz mengumumkan kenaikan gaji mereka seperti kakitangan awam yang lain.

Beliau berkata ia juga sekaligus menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN)negeri yang berjanji akan mengembalikan hak dan kebajikan kakitangan Kuin setelah sekian lama diabaikan, sekiranya menang pada pilihan raya umum Mei lalu.

“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin kerana menunaikan janji mengembalikan hak dan kebajikan kakitangan Kuin yang selama ini terabai.

“Pihak kerajaan negeri dan ahli lembaga pengarah Kuin telah bersetuju untuk menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 untuk tujuan kenaikan gaji kepada kakitangan Kuin di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau lebih dikenali dengan kenaikan gaji 13 peratus,” kata Muhammad Azki.

Katanya, selain itu pihak terbabit juga bersetuju menerima pakai pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 2012 untuk tujuan kenaikan kadar bantuan sara hidup sebanyak RM50 dan menerima pakai pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 untuk tujuan pemberian pemindahan gaji kepada kakitangan Kuin mengikut Sistem Saraan Baru atau lebih dikenali kenaikan satu tangga gaji.

Beliau berkata turut dilaksanakan ialah pekeliling perkhidmatan bilangan 2 tahun 2013 untuk tujuan penambahbaikan jadual gaji minimum-maksimum kepada kakitangan Kuin mengikut SSM.

Katanya, Mukhriz turut mengumumkan bahawa Pihak Lembaga Pengarah Kuin juga bersetuju menerima pakai pekeliling-pekeliling kerajaan yang lain sekiranya kerajaan mengumumkan sebarang imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi atau lebih dikenali sebagai bonus tahunan kepada semua kakitangan Kuin.

Najib Wishes Muslims Well For Fasting Month

Posted: 09 Jul 2013 02:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 9  – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today conveyed his well wishes to Muslims throughout the country who will begin the Ramadan fasting month tomorrow.

“I wish to take this opportunity to wish ‘selamat berpuasa’ to all Muslims throughout Malaysia.

“Hopefully, we can discharge our religious obligation this year in a better manner than in the past, insya-Allah,” Najib said in his latest entry in the Facebook and Twitter today.

Yesterday, the Keeper of the Rulers’ Seal, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad announced that the fasting month for all states in Malaysia would begin on Wednesday, July 10, 2013.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT