SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, July 11, 2013

UMNO Online - “GST Lebih Efisien Berbanding Cukai Jualan, Kata Pakar Ekonomi MARC” plus 9 more

UMNO Online - “GST Lebih Efisien Berbanding Cukai Jualan, Kata Pakar Ekonomi MARC” plus 9 more

Link to UMNO Online

GST Lebih Efisien Berbanding Cukai Jualan, Kata Pakar Ekonomi MARC

Posted: 10 Jul 2013 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) lebih efisien dan menyebabkan kurang herotan ekonomi berbanding cukai jualan yang ia akan gantikan, kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) Nor Zahidi Alias berkata struktur GST akan menyediakan insentif kukuh bagi perniagaan untuk berdaftar dengan pihak berkuasa cukai, dan seterusnya menambah baik kecekapan kutipan.

“Salah satu cara ia akan memberi manfaat kepada ekonomi ialah GST adalah neutral berkaitan dengan kuasa pasaran dan perniagaan, tidak seperti cukai jualan,” katanya kepada Bernama.

Nor Zahidi berkata cadangan kadar tujuh peratus akan memberi kesan minimum kepada harga dalam tempoh jangka sederhana dan panjang berbanding cukai jualan sekarang antara lima peratus dan 10 peratus.

Beliau berkata terdapat kemungkinan inflasi tinggi dalam fasa-fasa awal, terutamanya sekiranya aktiviti pencatutan tidak dibendung dengan baik.

Sementara itu RHB Research berkata pengenalan GST dijangka membawa kepada kenaikan sekali inflasi, bergantung kepada paras barangan dan perkhidmatan dalam kumpulan indeks harga pengguna (IHP) yang akan terlibat.

Pelaksanaan GST dijangka menambah antara 0.8 dan dua mata peratusan kepada IHP, mengandaikan kira-kira 20 peratus dan 50 peratus barangan dan perkhidmatan dalam kumpulan IHP akan tertakluk kepada empat peratus GST, kata firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikannya.

Dalam Bajet 2013, kerajaan menyatakan adalah penting untuk melaksanakan rejim cukai baharu bagi memastikan kewangannya kekal kukuh, kata firma itu.

Ketua Ekonomi Nomura International bagi Asia kecuali Jepun, Rob Subbaraman berkata cukai penggunaan akan meningkatkan hasil kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal yang seterusnya juga boleh meningkatkan lebihan akaun semasa.

“Cukai penggunaan boleh berfungsi meningkatkan lebihan akaun semasa kerana ia boleh mengurangkan penggunaan isi rumah berbanding pendapatan, yang seterusnya meningkatkan tabungan peribadi,” katanya.

Nomura, dalam laporan ‘Asia’s Rising Risk Premium’ berkata lebihan akaun semasa Malaysia semakin mengecil dalam tempoh dua tahun lepas, mencecah paras rendah dalam tempoh 10 tahun pada 3.7 peratus daripada keluaran dalam Negara kasar (KDNK) dalam suku pertama 2013 berbanding 10 peratus daripada KDNK pada 2011.

“Pengurangan lebihan akaun semasa itu adalah disebabkan kombinasi daripada eksport lemah, permintaan domestik kukuh dan harga komoditi rendah,” kata firma tersebut.

Mahkamah Pilihan Raya Tolak Petisyen PAS Batalkan Keputusan DUN Selinsing

Posted: 10 Jul 2013 12:52 AM PDT

KOTA BAHARU, 10 Julai –  Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Rabu menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.

“Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos,” katanya ketika membacakan keputusan itu.

Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.

Pada PRU13 lalu, DUN Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang mengalahkan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.

Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Selising, Semsudin Muhammad.

Pada prosiding hari Rabu, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada PAS bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN.

Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.

Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 Sept untuk tarikh perbicaraan petisyen DUN Gaal.

Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 Sept sebagai tarikh perbicaraan.

Calon BN bagi kawasan Parlimen Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas kepada calon PAS Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi manakala bagi kerusi DU NJelawat, calon BN Datuk Ilias Husain kalah kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102 undi.

Bagi kawasan Parlimen Machang pula, calon PKR Wan Zawawi Wan Ismail kalah kepada calon BN Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dengan majoriti 805 undi dan di DU NGaal, calon BN Redzuan Stapha kalah kepada calon PAS Tuan Mazlan Tuan Mat dengan majoriti 302 undi.

Terdahulu, ketua barisan peguam mewakili BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun membantah kehadiran tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi kawasan Parlimen Machang.

Menurut Mohd Hafarizam, ketiga-tiga peguam itu iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguam bela yang dilantik oleh pempetisyen di bawah Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Zamani kemudiannya membenarkan bantahan Mohd Hafarizam.

Undi Popular: Pembangkang Bukan Tak Faham Tapi Sengaja Kelirukan Rakyat

Posted: 10 Jul 2013 12:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Julai – Pembangkang sengaja mengelirukan rakyat bagi menutup kegagalan dalam pilihan raya lalu dan sengaja membangkit isu undi popular, sedangkan mereka amat memahami proses pilihan raya di negara ini yang telah dilaksanakan sejak merdeka.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata tindakan pembangkang yang sengaja membangkitkan isu undi popular kerana mereka sudah ketandusan idea selepas usaha mereka untuk memperlekehkan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mendapat sambutan.

"Sejak lepas pilihan raya lalu, pelbagai usaha dilakukan oleh pembangkang untuk memburuk-burukan kerajaan, mereka membuat pelbagai tuduhan termasuk menuduh pilihan raya lalu sebagai tidak bersih, penuh dengan penipuan.

"Pembangkang sehingga kini masih tidak dapat menunjukkan bukti seperti apa yang diperkatakan, pembangkang hanya pandai bercakap untuk menarik perhatian rakyat tanpa sebarang bukti seperti apa yang sering dilakukan untuk mengaburi mata rakyat.

"Kini mereka menggunakan isu undi popular untuk mengelirukan rakyat, mereka bukannya tidak faham mengenai sistem pilihan raya di negara ini tetapi sengaja membangkitkan isu berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang tidak henti-henti membangkitkan isu undi popular ketika Persidangan Dewan Rakyat.

Abdul Rahman menyifatkan pembangkang tidak akan berhenti untuk membangkitkan apa jua isu yang difikirkan boleh menjadikan mereka popular sama ada di dalam atau luar Dewan Rakyat tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat dan negara.

"Sudah menjadi sifat pembangkang, mereka akan membawa apa sahaja isu untuk dapat perhatian, walaupun perkara itu tidak benar mereka akan cuba memperdayakan rakyat kononnya apa yang dibangkitkan itu betul walaupun mereka mengetahui cerita sebenarnya.

"Bukanlah suatu yang pelik kepada pembangkang yang sengaja mencari silap kepada kerajaan tetapi jika sebaliknya mereka akan cuba menyembunyikan perkara berkenaan.

"Jika benar pilihan raya lalu sebagai tidak telus, mereka sepatutnya tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan seperti yang diwar-warkan, mereka juga tidak akan menerima kemenangan di negeri yang mereka menang, tetapi apa yang berlaku adalah berbeza dengan apa yang mereka katakan," katanya. -MediaUMNO

Jangan Benarkan Pihak Cuba Rosak Keharmonian Antara Kaum, Agama

Posted: 10 Jul 2013 12:20 AM PDT

LAHAD DATU 10  Julai  - Keharmonian antara kaum dan agama  di negara ini perlu terus dipelihara supaya rakyat kekal menikmati kemajuan yang direncana kerajaan dari semasa ke semasa di samping bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan terus dinikmati semua golongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu,  Datuk Mohd.Yusof Apdal  berkata keharmoninan, kemakmuran dan kesejahteraan adalah kunci kepada kejayaan untuk mengurus sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia.

”Walaupun  rakyat khususnya di Sabah terdiri dari pelbagai kaum,agama dan budaya , rakyatnya terus menikmati kebebasan menjalani kehidupan seharian tanpa berasa bimbang dan takut seperti di sesetengah negara.

"Bagi mengekalkannya, rakyat tidak harus mudah terpedaya dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan keharmonian, rakyat tidak harus percaya oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi dan politik masing-masing tanpa memikirkan kesan kepada rakyat," katanya.

Tambah beliau lagi, rakyat terus bersatu hati dan memelihara perpaduan yang sedia terjalin dan hubungan pelbagai kaum di negara ini perlu dikekalkan tanpa mengira kaum serta agama yang dianuti oleh mana-mana pihak.

"Dalam mewujudkan masyarakat bersatu padu, setiap kita perlu bertolak ansur dan menghormati pegangan agama dan adat resam orang lain kerana ia merupakan inti pati merintis ke arah perpaduan kaum.

"Pemimpin masyarakat  di akar umbi perlu  sentiasa berpandangan jauh serta merangka program yang dapat menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama bagi menyuburkan dengan perpaduan dan sikap toleransi," katanya.

Menurutnya, semua apa yang dinikmati oleh rakyat akan musnah begitu sahaja jika masih ada pihak yang  masih memikirkan keuntungan peribadi dan politik mereka sehingga sanggup mengelirukan rakyat dengan pelbagai isu berikutan kegagalan merealisasikan cita-citanya. -MediaUMNO

Tabung Haji Confident Subsidy For Haj Pilgrims Will Remain

Posted: 10 Jul 2013 12:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 10 – Tabung Haji is confident that the subsidy for haj pilgrims will be continued in future but the quantum depends on the profits earned from its investments.

Its chief executive officer Datuk Ismee Ismail said that for this year, Tabung Haji was giving a subsidy of RM5,575 to each pilgrim to ensure that the cost of performing the haj remained at RM9,980.

He said investment revenue depended on effective and systematic planning by Tabung Haji which must be in tandem with economic stability to encourage more business and investment.

“Tabung Haji has to succeed so that it can afford to bear the subsidy.

“Success is derived from an economic environment that encourages business, and most of the Tabung Haji investment is made in Malaysia,” he told Bernama, here today.

Tidak Adil Anggap Polis Banyak Terima Rasuah – Tengku Adnan

Posted: 09 Jul 2013 11:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai  - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata adalah tidak adil untuk terus membuat tanggapan bahawa anggota polis merupakan golongan yang banyak menerima rasuah.

Ini kerana, katanya banyak lagi institusi yang juga merupakan agensi penguatkuasaan.

“Ia boleh jadi pegawai dewan (DBKL) atau pegawai pegawai penguatkuasa  majlis daerah. Ini kerana pegawai penguatkuasa melibatkan ramai orang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Tengku Adnan berkata rasuah hanya boleh dibendung seandainya pemberi rasuah menghentikan tindakan tersebut menjadikan tiada lagi penerima rasuah.

Beliau diminta mengulas mengenai kejatuhan peratusan keberkesanan langkah kerajaan dalam menangani rasuah berikutan laporan keputusan Barometer Rasuah Global (GCB) Transparency International 2013 yang dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI-M) semalam.

Laporan tersebut menunjukkan dari tinjauan terhadap 1,000 responden pada September 2012 hingga Mac tahun ini, hanya 31 peratus bersetuju dengan ketelusan kerajaan membendung rasuah berbanding rekod 49 peratus pada 2011.

Tengku Adnan berkata beliau sentiasa menasihati pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak menjadi penyumbang kepada gejala tersebut.

Katanya semua pegawai penguatkuasa perlu diberi panduan dan dididik agar mereka dapat terus mendisiplinkan diri daripada terjebak dalam sebarang gejala rasuah.

EC Enhances Indelible Ink Procedure For By – Election

Posted: 09 Jul 2013 11:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 10 – The Election Commission (EC) is to make sure that the stain of the indelible ink used to mark voters remains longer on the finger of voters in the Kuala Besut state by-election.

It announced today that voters will have to dip their left index finger into the ink instead of having it brushed onto the finger as in the last general election.

EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said in a statement that the indelible ink would be used for advance voting on July 20 and polling on July 24.

Friday is the nomination day for the by-election, which has been necessitated by the death of assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar of the BN of lung cancer on June 26.

Abdul Aziz advised Kuala Besut voters to check and verify their polling stations and streams, saying that voters whose names did not appear on the electoral roll would not be allowed to vote.

He said the EC had selected the Rakan Muda Complex in Kampung Raja Besut, Kuala Besut, as the nomination centre. Nominations will be accepted between 9 am and 10 am on Friday.

The Barisan Nasional has announced Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, a civil engineer with the Drainage and Irrigation Department who hails from Kuala Besut, as its candidate while PAS has named Endot alias Azlan Yusof, 48, a contractor, as its candidate.

Abdul Aziz advised supporters of political parties to avoid resorting to untoward incidents which could mar the nomination process.

He reminded them that the Election Offences Act prohibited supporters who accompanied the candidates to the nomination centre from bringing along musical instruments and loud hailers and engaging in political ‘ceramah’ (talk).

Only the proposer of the candidate and the seconder would be allowed to enter the nomination centre, he said.

He also said that the campaign period for the by-election would only begin after the returning officer had declared a contest and it would end at midnight on July 23.

Abdul Aziz said an enforcement team would be set up to monitor the campaign.

In the last general election, on May 5, Dr Rahman had won the seat with a 2,434 majority by beating Napisah Ismail of PAS.

Kuala Besut has 17,683 voters.

Lynas Withdraws Libel Suit Against SMSL

Posted: 09 Jul 2013 10:51 PM PDT

KUANTAN, July 10 – Lynas Corporations Limited and Lynas Malaysia Sdn Bhd today withdrew the libel suit filed against the Anti-Lynas group ‘Save Malaysia, Stop Lynas’ (SMSL) at the Kuantan High Court, here.

The decision was made before Justice Datuk Seri Mariana Yahya in her chambers.

Counsel Datuk Bastian Vendargon, representing SMSL, when met by reporters said the lawyer for the plaintiff, Rishwant Singh, had told the judge that both companies had made the decision to withdraw the suit filed by them last year, before the proceedings commenced.

On April 19 last year, Lynas Corporation of Sydney, Australia and Lynas Malaysia sued SMSL Sdn Bhd, two of its directors, Tan Bun Teet and Lim Sow Teow as well as three volunteers namely Hang Chong Leung, Lee Chow Fong and Ismail Abu Bakar, regarding a libellous article carried in their blog on March 22, last year at the Kuala Lumpur High Court registrar’s office.

Lynas had sought for an injunction ordering SMSL and five others to remove the article entitled ‘Civil Society Organisations Joint Statement on Lynas Issue: SMSL Malaysian NGO Statement Against Lynas’ from their blog until the disposal of the suit.

On July 26 2012, Kuala Lumpur High Court Judge Datuk John Louis O’Hara had dismissed the application by Lynas to get the injunction order and decided that at that stage, the court could not conclude whether the article was libellous or otherwise, until hearing the testimony during the whole proceedings of the case.

On Sept 26 last year, O’Hara allowed the application by SMSL to transfer the suit to the Kuantan High Court for hearing.

Verdagon, however, said that Lynas did not state any reason or ground for withdrawing the libel suit.

“Today should have been the day for hearing the application by us to obtain the document regarding the case before we were told that Lynas had withdrawn the suit,” he said.

He said that Mariana had informed that the amount of damages to be paid by Lynas to SMSL would be determined by the registrar.

Parlimen Belia Ditangguh Hingga Tahun Depan – Khairy

Posted: 09 Jul 2013 10:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Pelaksanaan Parlimen Belia terpaksa ditangguh sehingga awal tahun depan bagi memastikan anggota perwakilan yang dipilih menggambarkan representasi sebenar kumpulan itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata setakat ini jumlah pendaftaran pemilih bagi kesemua 222 kawasan Parlimen hanya 15,516 orang.

“Di sesetengah kawasan, bilangan pengundi yang berdaftar hanya tujuh orang, jadi kita terpaksa tangguhkan sebab saya rasa ia tidak menggambarkan representasi sebenarnya (belia) jika tujuh orang sahaja yang mengundi anggota Parlimen, maknanya dia tidak mendapat perwakilan sebenar,” katanya.

Khairy menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) yang meminta penjelasan mengenai pewujudan Parlimen Belia yang dicadangkan sejak 2011 oleh Makmal Transformasi Belia Negara.

Ia merupakan usaha untuk mengenali serta memahami keperluan sebenar apa yang disebut sebagai Generasi Y di negara ini.

Tujuan utama pelaksanaan Parlimen Belia adalah melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara pada masa ini dan akan datang.

Pendaftaran pemilih Parlimen Belia dibuka kepada warga Malaysia berusia 15 tahun hingga 40 tahun pada tahun semasa.

Menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) sama ada kementerian berhasrat membawa Festival Belia ke seluruh negara, Khairy berkata ia sememangnya penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Ini satu pembaharuan yang akan kita lakukan kepada Festival Belia untuk memastikan ia dapat dirasai di peringkat akar umbi. Kita tidak mahu penganjurannya hanya tertumpu di Putrajaya.

“Kita bercadang untuk menganjurkan festival ini dari peringkat daerah dan negeri sebelum dibawa ke Putrajaya…kita hendak perbanyakkan program bersifat ‘Road to Putrajaya’ supaya semangatnya turut dirasai di seluruh pelosok negara,” jelasnya.

Dakwat Kekal Akan Dicelup Bukan Dicalit Pada PRK DUN Kuala Besut

Posted: 09 Jul 2013 10:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa PRK Kuala Besut pada 24 Julai

Selain itu, Abdul Aziz turut menasihati pengundi supaya menyemak senarai pengundi dan memastikan saluran serta tempat mengundi yang betul kerana jika nama pengundi tidak terdapat dalam senarai pengundi di tempat dan saluran yang ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan mengundi.

Abdul Aziz berkata SPR menetapkan Kompleks Rakan Muda Kg Raja Besut, Kuala Besut sebagai tempat penamaan calon, dan proses penamaan calon bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada 12 Julai.

Beliau menasihatkan para penyokong parti supaya tidak melakukan perkara yang tidak diingini dan melanggar undang-undang untuk memastikan proses penamaan berjalan lancar.

Abdul Aziz turut mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang tidak membenarkan para penyokong atau sesiapa yang mengiringi calon membawa alat-alat muzik, pembesar suara dan membuat ceramah politik pada hari berkenaan.

Ketika proses penamaan calon itu juga hanya calon, pencadang dan penyokong yang dibenarkan masuk ke dalam dewan, katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa ada pertandingan yang akan dijalankan dan kempen akan berakhir pada tengah malam 23 Julai.

Sebuah pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya akan ditubuhkan bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen selaras dengan peruntukan akta berkenaan.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT