SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, July 8, 2013

UMNO Online - “Ahmad Zahid Ulangi Pendirian Kekalkan Akta Hasutan” plus 4 more

UMNO Online - “Ahmad Zahid Ulangi Pendirian Kekalkan Akta Hasutan” plus 4 more

Link to UMNO Online

Ahmad Zahid Ulangi Pendirian Kekalkan Akta Hasutan

Posted: 07 Jul 2013 10:22 AM PDT

PUTRAJAYA, 7 Julai – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan.

Beliau berkata jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

“Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Anti Dadah Antarabangsa di sini hari ini.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.
“Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya … tapi meminda,” kata beliau.

Semalam Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu.

“Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama.

“Sekarang ini masih dalam peringkat perbincangan,” kata Ahmad Zahid.

Johor Will Be The First To Map Out Village Rods Digitally

Posted: 07 Jul 2013 10:16 AM PDT

JOHOR BAHARU, July 7 – Johor will map out 5,000 kilometres of village roads throughout the state to improve their management and update its network digitally, the first of such effort in Malaysia.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said in this respect, the state government via Infra Desa Johor Sdn Bhd (IDJSB) would cooperate with Universiti Teknologi Malaysia (UTM) to come up with the application based on the geoinformation technology.

“The process to update the road network is being done digitally which will facilitate upgrading works and monitoring road maintenance in the villages concerned compared with the manual method used previously,” he said.

He disclosed this at a media conference after witnessing the launch of the 5,000-Kilometre Village Road Network Map and the Signing of the Memorandum of Understanding (MoU) between IDJSB and UTM, here today.

Also present were the State Exco for Public Works, Rural and Regional Development Datuk Ir Hasni Mohammad and Acting Vice-Chancellor of UTM Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim.

Mohamed Khaled said the process of searching and reviewing village roads in the conventional manner took a long time which hindered efforts to update information.

Langkah Baharu BNM Tidak Jejas Pertumbuhan Ekonomi Negara – Husni

Posted: 07 Jul 2013 04:25 AM PDT

IPOH, 7 Julai – Pertumbuhan ekonomi domestik tidak akan terjejas walau pun Bank Negara Malaysia (BNM) mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi dan pembiayaan pembelian hartanah kediaman kerana pertumbuhan dalam negara mempunyai asas utama yang disokong oleh pelbagai sektor.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pertumbuhan ekonomi negara turut bergantung kepada perbelanjaan dan pelaburan swasta di samping perbelanjaan kerajaan.

“Asas utama pertumbuhan dalam negara sudah ada. Kita mahu sektor perbankan yang berkualiti tinggi, yang bermakna kecairan sektor perbankan tidak akan terjejas.”

“Pelabur, sektor korporat dan usahawan akan lebih mudah mendapat pinjaman. Apabila kita tingkatkan kualiti perbelanjaan rakyat dan sektor perbankan, ia juga menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan program Mengimarahkan Perpustakaan di Perpustakaan 1Malaysia, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi di sini.

Katanya dengan langkah baharu BNM itu, pengeluaran pinjaman dijangka berkurangan, namun ia tidak akan menjejaskan keseluruhan perbelanjaan dan pelaburan swasta serta belanjawan kerajaan yang mempunyai asas kepada keseluruhannya.

“Dalam sektor perbankan, dasar pinjaman pada masa sekarang tinggi. Kita lihat dalam konteks pembayaran, Sistem Bayaran Minimum (MPS) begitu rendah serta mahu menuju ke arah penggunaan isu rumah yang mesti ada daya mampu yang tinggi,” katanya.

Jika mempunyai daya mampu yang rendah, Ahmad Husni berkata ada yang akan meminjam dari institusi yang berada di luar kewangan formal dan ia bukan satu amalan yang baik di samping berdepan kesukaran kerana kerajaan mahu mengukuhkan sistem ekonomi formal pada masa kini.

Katanya langkah BNM yang berkuat kuasa serta merta itu juga mampu mengubah budaya berbelanja yang lebih positif.

Adalah menjadi kebimbangan apabila kajian BNM mendapati rakyat Malaysia yang meminjam akhir membawa pulang gaji bersih yang sedikit akibat begitu mudah mendapat pinjaman peribadi dan tempoh pembayaran yang begitu panjang, katanya.

“BNM berharap bahawa pinjaman peribadi itu mestilah ke arah yang produktif kerana terdapat ramai individu yang meminjam untuk perkara yang tidak penting. Jadi perbelanjaan luar kawalan itu yang kita mahu elakkan,” katanya.

Selain kualiti pinjaman yang tinggi, langkah BNM itu juga dapat mewujudkan rakyat berpendapatan pendapatan tinggi untuk kehidupan mereka, katanya.

“Bagi jangka panjang, kita melihat aspek tahap gaji rakyat dan di sinilah pentingnya kita pastikan pertumbuhan ekonomi yang disasarkan dapat dicapai.”

“Ini bermakna apabila pertumbuhan yang disasarkan menuju kepada negara berpendapatan tinggi dengan pertumbuhan Pendapatan Negara Kasar (GNI) tinggi, ini akan membolehkan agihan pendapatan kepada pekerja sektor swasta dan awam untuk meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya.

Ahmad Husni berkata dasar mengenai perkara itu telah ada melalui program Transformasi Ekonomi dan ia sedang menuju kepada prestasi yang boleh dicapai oleh negara walau pun mulai tahun ini hingga 2020 adalah satu keadaan yang begitu mencabar kerana pertumbuhan ekonomi dunia mencatatkan penurunan.

Ketika ditanya sama ada kerajaan mempunyai sebarang cadangan baharu yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 ekoran langkah yang diumumkan oleh BNM itu, beliau berkata apa yang BNM lakukan telah memadai namun ada beberapa aku janji yang perlu kerajaan laksanakan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kita tidak nampak sebarang masalah untuk meningkatkan kadar BR1M. Ia menjadi asas untuk kerajaan melihat semula dasar rasionalisasi subsidi kerana subsidi kerajaan sangat besar dan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira peringkat jumlah pendapatan.”

“Kita sedang meneliti bagaimana mahu merasionalisasikan subsidi dan bagaimana untuk memindahkan rasionalisasi itu kepada kumpulan sasaran melalui BR1M ini,” katanya.

Kerajaan Kedah Kaji Semula Keberkesanan Insaniah Holding

Posted: 07 Jul 2013 04:19 AM PDT

ALOR SETAR, 7 Julai – Kerajaan Kedah sedang menilai semula kewajaran Insaniah Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata menerusi penilaian semula itu kerajaan negeri antara lain mempertimbang langkah untuk memperkemaskan pengurusan anak syarikat Kuin berkenaan.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati memang wujud kepincangan dalam pengurusan Kuin dan bagi menyelesaikan masalah ini tindakan daripada kerajaan negeri diperlukan.

“Kita juga dapati terdapat beberapa entiti yang terpaksa menanggung kerugian dan terpaksa bergantung kepada sumber dana Kuin yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan suntikan bantuan ini telahpun mencecah jutaan ringgit yang seharusnya boleh digunakan untuk kegunaan rakyat,” kata Mukhriz.

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar di sini hari ini, berkata sebelum pilihan raya umum ke-13, Barisan Nasional (BN) banyak menerima aduan mengenai masalah di Kuin.

“BN memandang serius semua aduan itu dan setelah diberi mandat mentadbir negeri, tindakan pertama diambil adalah untuk menyiasat dengan mendalam perkara-perkara yang dibangkitkan melalui pertemuan, siri demonstrasi mahupun dari audit forensik yang telah dijalankan,” katanya.

Menurut Mukhriz, kerajaan negeri juga menyusun semula struktur akademik Kuin terutama membabitkan kursus yang ditawarkan menerusi Insaniah Holdings yang didapati menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.

Antaranya ialah kursus perubatan yang dibimbangi tidak diiktiraf badan profesional, kata beliau.

“Kita bimbang kerana Insaniah Holding ada kelemahan yang akan menjurus kepada ijazah yang tidak boleh dipakai oleh graduan Kuin sehingga menyebabkan mereka sukar mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan selepas mendapat ijazah.

“Tapi kita mohon pelajar bersabar dan tidak perlu risau kerana pendekatan yang terbaik akan dibuat dan walau apapun keputusan yang bakal diputuskan, kebajikan, kepentingan dan masa depan mereka akan sentiasa dibela dan diutamakan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memberi sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin agar kolej universiti itu menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka selaras dengan Aku Janji BN untuk melonjakkan Kuin ke peringkat antarabangsa.

Pembangunan Belia Perlu Berubah Seiring Peredaran Masa – Khairy

Posted: 06 Jul 2013 11:39 PM PDT

MELAKA, 7 Julai – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata program pembangunan belia di negara ini perlu berubah seiring peredaran masa dengan kemunculan generasi baru yang mempunyai pandangan berbeza daripada pelbagai aspek termasuk politik.

Justeru, beliau berkata pelbagai pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan terutamanya melibatkan golongan belia perlu memastikan pembangunan itu bersesuaian dengan cita rasa generasi berkenaan.

“Kerajaan hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran dibawa kemunculan generasi baru yang mempunyai cita rasa berbeza daripada terdahulu.

“Golongan ini dikhuatiri akan membawa satu peralihan generasi dan arena politik negara sekiranya kerajaan tidak memberi perhatian sewajarnya kepada mereka,” katanya pada majlis perasmian Festival Belia dan Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Melaka di sini, malam tadi.

Festival tiga hari bertemakan ‘Belia Aspirasi Negara’ bermula Jummat lepas itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron. Majlis itu juga menyaksikan Khairy menerima anugerah Bintang Khidmat Cemerlang Majlis Gabungan Belia Melaka 2013.
\
Anugerah Johan Belia kategori lelaki dan wanita masing-masing dimenangi Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Melaka, E Mathiyalagan dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin. Johan Belia kategori pertubuhan belia pula dimenangi Persatuan Belia Simpang Bekoh.

Khairy berkata kementeriannya akan terus memberi tumpuan yang seimbang terhadap sukan dan belia bagi memastikan keseimbangan terhadap dua bidang itu dapat dicapai.

“Aspek sukan dilihat lebih menonjol daripada belia terutama di dada akhbar dan medium media yang lain.

“Kita akan cuba angkat profil belia, pembangunan belia supaya setara dan setanding dengan pembangunan sukan supaya tumpuan kita bukan hanya kepada sukan sahaja tetapi kepada aspek penting iaitu belia,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu juga selaras dengan usaha kerajaan melahirkan golongan belia yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik atau sukan malah mampu menjadi belia contoh dalam pelbagai aspek.

“Belia di negara ini perlu memahami aspirasi kerajaan bagi melahirkan golongan belia yang serba boleh. Golongan belia tidak seharusnya berada di takuk lama atau hanya selesa dalam satu bidang sahaja, mereka perlu terokai pelbagai bidang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT