SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, July 14, 2013

UMNO Online - “Selesaikan Isu Rakyat Fokus Utama – Tengku Zaihan” plus 9 more

UMNO Online - “Selesaikan Isu Rakyat Fokus Utama – Tengku Zaihan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Selesaikan Isu Rakyat Fokus Utama – Tengku Zaihan

Posted: 13 Jul 2013 07:22 AM PDT

KUALA BESUT, 13 Julai – Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berjanji akan membantu menyelesaikan segala permasalahan rakyat di sekitar Kuala Besut khususnya masalah yang dihadapi oleh para nelayan di sekitar kawasan ini.

Menurut beliau, setakat ini beliau telah mengenal pasti beberapa permasalahan utama penduduk kampung dan sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat, usaha beliau akan tertumpu untuk menyelesaikan masalah penduduk di kawasan tersebut.

"Contohnya seperti muara yang cetek yang menjadi masalah kepada para nelayan. Begitu juga dengan isu-isu rumah, tanah, lampu jalan dan sebagainya. Insya-Allah, sekiranya menang, masalah rakyat ini akan menjadi fokus utama saya untuk diselesaikan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dalam siri rangka kempen bertemu penduduk kampung di sekitar Kampung Taman Tasik dan Kampung Nail di Kuala Besut hari ini.

Ketika ditanya bagaimana peluang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut kali ini, Tengku Zaihan menaruh keyakinan bahawa peluang BN untuk menang adalah lebih cerah.

"Insya-Allah, peluang untuk BN menang pada pilihan kali ini cerah. Saya harap penduduk akan terus memberikan sokongan kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan sebagai penerus legasi kepada mantan ADUN di sini Allahyarham Dr. Rahman,” ujarnya. – MediaUMNO

Muhyiddin Visits Family Of The Late Dr Rahman Mokhtar

Posted: 13 Jul 2013 06:55 AM PDT

KUALA BESUT, July 13 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today visited the family of the late Dr A. Rahman Mokhtar (former Kuala Besut state assemblyman) who died of cancer, at their house in Jalan Semerak, here.

Muhyiddin who was accompanied by Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said and his wife Toh Puan Seri Nurliza Mahmud, spent about 15 minutes with the family and offered his condolence to the late Dr Rahman’s wife Azizah N. Omar, 53, and children.

“The Deputy Prime Minister asked me to remain strong to face the challenges ahead and look after my four children. He also told me that my husband had made tremendous contributions for the people of Kuala Besut during his term in office,” she told reporters at her residence.

In the 13th General Election on May 5, Dr Rahman polled 8,809 votes to beat PAS candidate Napisah Ismail by a 2,434-vote majority and retain the seat which he had won in 2008.

The Kuala Besut state seat fell vacant following the death of Umno’s Datuk Dr A. Rahman Mokhtar on June 26, due to lung cancer.

Also present was Barisan Nasional candidate for Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Syukuri Nikmat Keamanan Dan Kestabilan Politik – Najib

Posted: 13 Jul 2013 06:50 AM PDT

PEKAN, 13 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keamanan dan kestabilan politik yang dinikmati Malaysia sejak dahulu hingga kini perlu disyukuri setiap umat Islam kerana membolehkan mereka melakukan pelbagai amal ibadat terutama pada bulan Ramadan.

Perdana menteri berkata kedatangan Ramadan setiap tahun amat dinantikan umat Islam dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran dalam mengejar sebanyak mungkin ganjaran daripada Allah S.W.T.

“Setiap umat Islam di negara ini menerima kedatangan Ramadan dengan penuh kegembiraan sebab ia penuh dengan keberkatan.

“Kita perlu bersyukur dan bertuah kerana dapat menyambut Ramadan dengan penuh keamanan dan menjalani ibadah puasa dalam ketenangan dan dapat melakukan pelbagai amalan sunat mengikut kemampuan,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Chini 2 di sini hari ini.

Najib berkata keamanan dan kestabilan yang dimiliki Malaysia tidak akan ditemui di kebanyakan negara Islam lain termasuk negara-negara Timur Tengah.

Beliau berkata di Mesir dan Syria contohnya, pergolakan politik yang melanda negara-negara itu semestinya akan menyebabkan umat Islam menjalani ibadah puasa dan ibadah lain dengan penuh cabaran.

“Di Syria, berjuta-juta umat Islam menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di dalam khemah dan masa depan mereka tidak menentu.

“Di Iraq, Afghanistan dan Palestin pula rakyatnya berada dalam keadaan tidak begitu tenteram dan keselamatan tidak terjamin, sedangkan di Malaysia kita bebas mencari rezeki dan dapat melihat masa depan dengan penuh keyakinan,” katanya.

Najib yang baru pulang dari melakukan lawatan kerja di Tanzania baru-baru ini turut berkongsi keadaan ekonomi di negara Afrika itu dan jelasnya terlalu banyak jurang perbezaan pendapatan ekonominya berbanding Malaysia.

“Di sana terdapat ramai umat Islam, namun pencapaian dan pendapatan mereka tidak sama dengan di sini, di sana pendapatan per kapita hanyalah AS$1,500 sedangkan kita AS$10,000 per kapita.

“Kenapa tahap kejayaan mereka tidak sama dan jauh ketinggalan berbanding Malaysia sedangkan mereka kaya dengan minyak dan tanah yang subur…ini adalah kerana kepimpinan politik mereka yang tidak sama seperti yang kita miliki di sini,” katanya.

Pada majlis itu Najib turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 126 warga emas sekitar Felda Chini sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Duta Vatican City Tak Wajar Keluar Kenyataan Timbulkan Kegelisahan – Jamil Khir

Posted: 13 Jul 2013 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna oleh mana-mana pihak.

“Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak,” katanya.

Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini.

Projek Pangsapuri Untuk Mangsa Air Pasang Besar Bukti Kerajaan Tidak Pinggirkan Rakyat

Posted: 13 Jul 2013 02:44 AM PDT

KUALA BESUT, 13 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan peletakan batu asas projek pembinaan 72 unit pangsapuri empat tingkat bagi penempatan semula mangsa air pasang besar di Kampung Pengkalan Atap di sini.

Projek pembinaan pangsapuri tiga bilik melibatkan kos lebih RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 720 kaki persegi di atas tanah milik kerajaan di Kampung Lay Out Tok Saboh di sini.

Berucap pada majlis perasmian itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pembinaan rumah tersebut membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno tidak pernah meminggirkan golongan kurang bernasib baik sebagaimana yang didakwa parti politik tertentu.

Beliau berkata apa yang dilaksanakan itu merupakan dasar yang diterapkan kerajaan BN sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, selaras dengan syiar Islam iaitu menangani soal kediaman dan membantu umat Islam memiliki kehidupan lebih baik.

“Projek ini memberi pengertian cukup besar kepada masyarakat dan bagi kerajaan ia merupakan satu tanggungjawab dan pilihan yang akan diteruskan tanpa mengehadkan peluang kepada golongan tertentu sahaja.

“Pilihan ini tidak boleh diabaikan kerana setiap rakyat mahu merasa lebih selamat dan selesa, jadi tugas kerajaan ialah terus penuhi tuntutan itu,” katanya.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Muhyiddin, yang juga pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, berkata projek itu merupakan inisiatif yang amat dialu-alukan penduduk setempat kerana mereka dapat melihat kerajaan BN tidak membezakan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan parti politik tertentu yang sewenang-wenangnya mendakwa dasar kerajaan BN tidak selaras dengan tuntutan Islam dan mencabar mereka mengatakan bahawa usaha seperti menyediakan rumah kepada rakyat sebagai tidak selari dengan tuntutan agama.

Timbalan perdana menteri berkata pembinaan institusi tertentu sehingga tertegaknya syiar Islam di Malaysia dan pembangunan sosial serta pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pembangunan dan bantuan yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

Malah apa yang dilakukan kerajaan itu tidak pernah ditakrif oleh para mufti, tokoh agama dan majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram atau tidak harus dilaksanakan, katanya.

“Saya bukan nak kempen pilihan raya tetapi saya ada mendengar pemimpin politik parti tertentu mencabar dan kata apa yang dibawa oleh Umno tidak Islam dan bercanggah dengan agama, Umno tidak berjuang berlandaskan Islam.

“Kenapa mereka kata begitu, kerana dari segi akidah ia perkara berat, menuduh seorang Islam berbuat sesuatu yang dikatakan bertentangan dengan agama walaupun ia adalah suatu ibadah. Saya tidak boleh nak sebut apa hukumnya, terserah pada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan tuduhan sebegitu hanya kerana seseorang itu ‘memakai baju biru’ dan tidak berjubah.

“Pimpinan dalam BN sebahagian besarnya faham, mereka juga dipandu oleh hukum, rukun dan tuntutan agama.

“Jadi, apabila tibanya pilihan raya, sokonglah BN, tidak salah,” katanya.

Muhyiddin kemudian menunaikan solat Asar di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Beris Lampu di sini.

Ketika bertemu kariah masjid dan penduduk sekitar selepas solat, timbalan perdana menteri sempat menjelaskan mengenai pelbagai program pembangunan dan kemajuan yang dirancang kerajaan demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Penduduk juga mengambil kesempatan mengetengahkan masalah mereka dan Muhyiddin berjanji bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedia membantu dan menunaikan janji manifesto pilihan raya BN.

Rahmat Buat Nelayan Kuala Besut, Pasar Nelayan Mampu Tingkatkan Pendapatan

Posted: 13 Jul 2013 02:29 AM PDT

BESUT, 13 Julai – Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani hari ini mengumumkan kelulusan pembinaan pasar nelayan di Kuala Besut bernilai RM200 ribu bagi membolehkan para nelayan ini dapat menjual sendiri produk tangkapan mereka kepada pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pembinaan pasar nelayan ini bukanlah hadiah atau gula-gula kepada pengundi di Kuala Besut kerana ia kementerian terbabit sudah merancang pembinaan 100 buah pasar nelayan di seluruh negara.

“Konsep pasar nelayan ini akan dibina di kawasan pendaratan ikan kerana kita tidak mahu ada orang tengah, kita tidak mahu ikan-ikan yang ditangkap oleh para nelayan ini diambil oleh orang lain. Kita tidak mahu orang lain yang mengaut keuntungan hasil tangkapan para nelayan ini.

“Kita yakin kalau hasil tangkapan ikan ini dapat dijual terus di tempat pendaratan ikan, harga ikan ini jauh lebih murah. Malah para nelayan ini akan dapat pendapatan tambahan, dan pengguna sendiri yang akan dapat kebaikannnya,” ujarnya selepas merasmikan Program Mesra Nelayan di Kampung Seberang Barat, Kuala Besut sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan para pengundi di Kuala Besut agar tidak memandang remeh Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, 24 Julai ini kerana  peranan dan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut penting untuk kestabilan pentadbiran dan pembangunan Terengganu.

“Jika sebuah kerajaan tidak seimbang, yang akhirnya akan rugi adalah rakyat sendiri. Jika kita semua tahu di peringkat pusat, di peringkat negeri ditadbir oleh kerajaan BN, maka rakyat dan pengundi harus memilih calon dari BN pada 24 Julai ini untuk mewakili pengundi Kuala Besut kelak,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

UMNO Putrajaya Cadang Mesyuarat Cawangannya Selepas Aidilfitri

Posted: 13 Jul 2013 02:18 AM PDT

PUTRAJAYA, 13 Julai – Timbalan Ketua Umno Putrajaya Datuk Khairudin Samad mencadangkan semua 44 cawangan Umno di bawah bahagian itu mengadakan mesyuarat mereka selepas sambutan Aidilfitri.

Katanya beliau khuatir pelaksanaan mesyuarat pada bulan Ramadan iaitu bermula Isnin ini akan menimbulkan beberapa masalah terutamanya dari segi kehadiran.

“Dalam bulan puasa ini kalau buat siang hari, orang kerja. Kalau buat hujung minggu mungkin ramai yang nak balik kampung berbuka dengan ibu bapa. Jika buat malam pula ada banyak majlis buka puasa dan kemudiannya solat tarawih.

“Ini kerana kita mahukan penyertaaan ramai, bukan ketua cawangan sahaja yang datang. Jadi lebih baiklah dibuat selepas hari raya,” katanya di sini hari ini.

Beliau juga yakin semua cawangan akan selesai mengadakan mesyuarat sebelum tempoh berakhir pada 30 Ogos ini dengan anggaran empat cawangan bermesyuarat dalam sehari.

“Kalau nak adakan mesyuarat pada bulan Ramadan tiada masalah, asalkan mereka maklumkan kepada kita (bahagian) untuk kita hantar pemerhati,” katanya.

Calon BN Penuhi Citarasa Pengundi Kuala Besut

Posted: 13 Jul 2013 02:11 AM PDT

BESUT, 13 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin menyifatkan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memenuhi citarasa pengundi di kawasan pilihan raya Kuala Besut kerana beliau merupakan wakil orang muda, mewakili mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan agama dan datang dari keluarga yang dihormati di kawasan ini.

“Saya kira percaturan BN meletakkan Tengku Zaihan merupakan satu keputusan terbaik sebagai harapan yang cukup tinggi kepada beliau selaku wakil generasi muda.

“Beliau juga merupakan calon yang boleh diterima dan popular di kalangan pengundi di Kuala Besut, selain dapat mengekalkan kerusi BN di kawasan ini,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penamaan Calon Bagi Kawasan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut di sini, pagi tadi.

Tambahnya, tanggungjawab Tengku Zaihan cukup besar untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.

“Kami bagi pihak Jentera Pergerakan Puteri UMNO akan melakukan yang terbaik untuk membantu jentera BN di Kuala Besut ini bagi mengekalkan kerusi DUN 01 Kuala Besut ini untuk kekal bersama BN,” tambahnya lagi.

Dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Dewan Undangan negeri Kuala Besut, Barisan Nasional (BN) menamakan bekas jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, akan menghadapi tentangan satu lawan satu dengan calon Pas, Endut @ Azlan Jusoh. – MediaUMNO

PPR Baharu Guna Teknologi Sistem Binaan Berindustri – Abdul Rahman

Posted: 13 Jul 2013 01:58 AM PDT

KUALA BESUT, 13 Julai – Semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu di seluruh negara pada masa depan akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang lebih menjimatkan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata teknologi IBS iaitu IRIS KOTO dari Jepun itu bukan sahaja jimat dari segi masa dan kos, malah lebih berkualiti.

Beliau berkata, pembinaan seunit rumah PPR melalui teknologi IBS berharga antara RM100,000 hingga RM120,000 berbanding tanpa IBS iaitu sekitar RM150,000 hingga RM160,000, bergantung pada lokasi.

“Pembinaan rumah PPR kini menjangkau 80,000 unit. Selepas ini, kita akan mengguna pakai kaedah ini bagi memenuhi sasaran pembinaan 200,000 unit rumah setahun, sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN),” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk sebuah keluarga mangsa kebakaran yang akan dibina Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu menggunakan teknologi IBS, di Kampung Pok Kolok, Kampung Nail di sini hari ini.

IBS, yang juga dikenali sebagai ‘pembinaan pemasangan menyeluruh’ berikutan komponen binaan dibuat di kilang atau di tapak projek, sebelum diangkut dan dipasang menjadi struktur bangunan yang lebih sistematik.

Abdul Rahman berkata teknologi ini, mendatangkan banyak faedah antara pengurangan pekerja, kurang pembaziran bahan binaan, alam sekitar dan tapak binaan lebih bersih serta tapak pembinaan lebih teratur.

“Apabila kos dikurangkan, peruntukan kementerian dapat digunakan untuk membina lebih banyak unit rumah untuk rakyat,” katanya.

New PPR Projects To Use IBS Technology

Posted: 13 Jul 2013 01:46 AM PDT

KUALA BESUT, July 13 – The Industrialised Building System (IBS) technology will be used in the construction of all new People’s Housing projects (PPR) nationwide as it is cost efficient and of high quality, Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahalan today.

He said by using the technology from Japan, a PPR unit could be sold for between RM100,000 and RM120,000, compared with RM150,000 to RM160,000 currently.

“There are now 80,000 units of PPR houses and we expect to build 200,000 units a year using the IBS technology,” he told reporters after visiting a site for the construction of a house under the housing programme for the hardcore poor (PPRT) at Kampung Pok Kolok, Kampung Nail here today.

The house would be built using the IBS technology by the Terengganu Fire and Rescue Department for a family whose house was destroyed in a fire.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT