SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, July 21, 2013

UMNO Online - “Terengganu Residents Are Losers In ‘Hung’ State Assembly – Professor” plus 9 more

UMNO Online - “Terengganu Residents Are Losers In ‘Hung’ State Assembly – Professor” plus 9 more

Link to UMNO Online

Terengganu Residents Are Losers In ‘Hung’ State Assembly – Professor

Posted: 20 Jul 2013 07:26 AM PDT

KUALA TERENGGANU, July 20 – The result of a ‘hung’ state legislative assembly involving the opposition and Barisan Nasional (BN), following the Kuala Besut by-election would be to the detriment of the people with prolonged politicking for power, said Professor Datuk Dr Aziz Deraman.

The Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Computer Science senior lecturer said the situation of a 16-16 seat balance between the two sides would see the government unable to proceed with development programmes due disagreement by the opposition.

“We are not against the opposition but if it wins in Kuala Besut, both the government and the opposition will have 16 seats each, resulting in a hung assembly, and neither could form the government,” he said when contacted by Bernama here today.

Therefore, he reminded voters in Kuala Besut not to be influenced by the ’16-16 New Terengganu’ campaign as promoted by the opposition as it would bring negative impact to the political stability of the state.

Aziz, who is also UMT vice-chancellor special assistant, said the people should take the opportunity to maintain BN for continuity in government administration.

The Kuala Besut by-election on July 24 will see a contest between BN candidate Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, and PAS candidate Endot@Azlan Yusof, 48.

Penduduk DUN Kuala Besut Anggap Peruntukan RM250 Juta Satu Rahmat

Posted: 20 Jul 2013 07:21 AM PDT

KUALA BESUT, 20 Julai – Penduduk di Kuala Besut, khususnya para nelayan menyambut pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peruntukan sebanyak RM250 juta bagi memperdalamkan muara sungai Kuala Besut dengan perasaan gembira dan berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan mereka selama ini.

Menurut seorang penduduk tempatan, Md Nor Ismail, 50, beliau meluahkan perasaan gembira apabila kerajaan pusat memberikan peruntukan yang begitu besar dan menyifatkan ianya sebagai satu berita gembira buat penduduk di sini khususnya para nelayan.

"Saya berharap agar pembangunan yang bakal dilaksanakan di Kuala Besut ini dengan peruntukan yang begitu besar dapat memberikan impak dari sudut peningkatan ekonomi para nelayan dan sekaligus membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi penduduk di sini," ujarnya.

Manakala menurut Wan Manan Embong, 72, pengumuman bagi memperdalam muara Kuala Besut ini bakal mempermudahkan para nelayan untuk ke laut tanpa menghadapi sebarang masalah seperti mana sebelum ini.

"Kalau sebelum ini para nelayan memang menghadapi sedikit masalah kerana muara sungai yang cetek yang menyukarkan para nelayan untuk ke laut terutamanya apabila tiba musim tengkujuh. Tapi dengan peruntukan yang diberikan, saya rasa masalah yang dihadapi oleh para nelayan selama ini akan selesai," jelasnya.

Menurut Zainab Ismail, 66, pengumuman TPM tersebut disambut dengan perasaan gembira dan harapan yang tinggi agar yang mengharapkan pendapatan penduduk tersebut dapat dipertingkatkan lagi selepas ini.

"Kita memang gembiralah dengan pengumuman TPM itu. Kita harap, dengan peruntukan sebanyak itu, muara Kuala Besut akan berubah sekaligus dapat mengubah nasib dan hasil pendapatan penduduk di sini. Saya berharap agar BN terus kekal menang di DUN Kuala Besut ini dan saya yakin, hanya BN yang mampu berkhidmat bagi membantu masyarakat di sini khususnya,"katanya.

Begitu juga Mohd Zanizam Muda, 44, yang menganggap bahawa peruntukan tersebut memang kena pada masanya dan boleh merubah suasana ekonomi di Kuala Besut yang akan turut memberikan kesan kepada peningkatan ekonomi penduduk di sini khususnya para nelayan.

"Macam orang yang ke laut seperti saya, pengumuman tersebut merupakan satu rahmat kerana ia akan mempermudahkan kita untuk turun ke laut tidak kira pada bila-bila masa. Jika dulu, sekiranya musim tengkujuh maka nelayan seperti saya tidak dapat untuk ke laut mencari rezeki.

"Dan jika benteng menampan ombak ini siap dibina maka para nelayan di sini dapat turun ke laut tanpa mengira musim tengkujuh atau tidak. Saya memang gembira benar dengan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dan saya berharap agar BN terus kekal menang di DUN Kuala Besut pada pilihanraya kecil ini," tegasnya. – MediaUMNO

K’jaan Beri Amaran Keras Kepada Pengganas Sulu Supaya Jangan Cuba Ugut Untuk Masuk Sabah

Posted: 20 Jul 2013 07:09 AM PDT

BAGAN DATOH, 20 Julai – Kerajaan memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas insiden pencerobohan Februari lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan itu.

"Jangan cuba mengugut kami. Jangan cuba untuk melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

Menurut laporan itu, surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh ‘Komando Militan’ bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan member amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu, menjelang Ogos ini.

Ahmad Zahid berkata pelbagai khabar angin termasuk kononnya bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah.

“Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk…beritahu (kita) lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk dalam bulan Ogos, bulan Julai kita sudah tunggu,” katanya.

Beliau mengingatkan seluruh rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman daripada luar kerana pengganas Sulu sememangnya terkenal dengan budaya membalas dendam.

“Kita jangan leka. Kalau kita leka memang mereka akan menceroboh masuk,” katanya.

Zahid Warns Terrorists From Sulu Against Threatening To Re-Enter Sabah

Posted: 20 Jul 2013 07:04 AM PDT

BAGAN DATOH, July 20 – Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has warned terrorists from Sulu against threatening to re-enter Sabah, with the aim of seeking revenge.

He said the Royal Malaysian Police (PDRM) and the Malaysian Armed Forces (ATM) on duty in the East Sabah Security Command (Esscom) were always in a state of readiness to face any threat from the Sulu terorists.

“Don’t try to threaten us. Don’t try to do anything because it is not just the police and army, but also the people of Malaysia who will rise to oppose the threat from the terrorists from Sulu,” he said.

He was speaking to reporters after handing over contributions for Ramadan to 455 poor and handicapped in the Rungkup state constituency here today.

Ahmad Zahid was commenting on an investigation by the Sabah police over a letter which was allegedly written by Sulu terrorists who threatened to return to Tambunan, Sabah to seek vengeance.

Sabah Police Commissioner Datuk Hamza Taib was reported to have said the police had detected the source of the letter although it was suspected that it was not connected to the intrusion by terrorists from Sulu in Lahad Datu early this year.

According to the report, the letter dated July 3 and signed, ‘Militant Commando’ on behalf of the so-called Sulu Sultanate, was sent to the Tambunan district officer, police and the community in Tambunan, warning they (the terrorists) wanted to start a war in the Tambunan district in August.

Ahmad Zahid said there were numerous rumours, including the planned entry of Moro National Liberation Front (MILF) chairman Nur Misuari into Sabah.

“Don’t listen to rumours. They will not tell us earlier, if they want to intrude into the country. If it is true they want to enter in August, we will start waiting from July,” he said.

Nevertheless, the minister reminded the people of Sabah not to treat the ‘outside threat’ lightly because the terrorists from Sulu were notorious for their culture of seeking revenge.

Haram Syiah: Tak Perlu Bangkit Pelanggaran Hak Asasi Manusia – Jamil Khir

Posted: 20 Jul 2013 07:01 AM PDT

SUNGAI PETANI, 20 Julai – Soal pelanggaran hak asasi manusia tidak harus dibangkitkan mana-mana pihak berikutan keputusan kerajaan mengharamkan ajaran Syiah di negara ini, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata soal ‘hak asasi manusia’ sebenarnya mempunyai batas dan dalam konteks pengharaman ajaran Syiah, bukan hak asasi yang menjadi penekanan.

“Hak asasi ada batas, tidak semua sekali hendak guna nama hak asasi manusia sebab kalau bicara secara hak asasi manusia, bebas berbuat apa sahaja termasuklah membunuh, itu bukan hak asasi. Jadi dalam konteks kita hari ini, bukan hak asasi yang jadi penekanan.

“Dalam pentadbiran negara, kita ada hukum-hukum, termasuk mahkamah syariah, yang menentukan batas-batas untuk kita laksanakan hal-hal dan aktiviti masing-masing termasuk dalam hal mengatur keagamaan kita,” katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ihya’ Ramadan dan penyerahan sumbangan amal jariah sempena sambutan ulang tahun ke-29 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikai pengharaman ajaran Syiah di negara ini, dan menyifatkannya sebagai melanggar hak asasi manusia.

“Secara logik dan mudah, kalau agama diperlakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada penghinaan atau mencerca agama lain, atau juga menyebarkan ajaran agama kepada orang yang sudah beragama, secara semulajadi ia akan menyebabkan kekalutan, apatah lagi dalam konteks negara Malaysia.

“Kita ada peraturan, kita amalkan ajaran ahli sunnah wal jamaah dan mazhab Shafie, jadi kita tidak membenarkan pengembangan agama dibuat kepada orang yang sudah beragama, khususnya agama Islam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata keputusan pengharaman shisha dalam muzakarah fatwa semalam, bukan dibuat dengan sewenangnya sebaliknya ia hasil pandangan pelbagai pihak.

“Ada kertas kerja yang dibentangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan, perubatan, kedoktoran, pandangan itu dirumuskan pada muzakarah… Ini bukan dibuat sewenang-wenangnya tetapi dengan penuh teliti, ketekunan dan ketaakulan yang tinggi,” katanya.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan berjumlah RM136,500 kepada beberapa kelompok termasuk 290 anak yatim dan miskin serta 47 masjid dan 148 surau dari daerah Yan dan Kuala Muda.

Isteri TPM Ziarah Balu Bekas Adun Kuala Besut

Posted: 20 Jul 2013 06:56 AM PDT

KUALA BESUT, 20 Julai – Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hari ini menziarah keluarga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar di sini.

Noorainee yang diiringi isteri Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Kedua, Datin Seri Che Kamariah Zakaria tiba di kediaman keluarga Allahyarham di Jalan Semerak pada 4.20 petang.

Selepas bertanya khabar dengan isteri Allahyarham Azizah N. Omar, 53, Noorainee menyertai bacaan surah Yassin oleh 50 anggota Wanita Umno dari Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Sementara itu, Azizah memberitahu beliau terharu dengan kesudian Noorainee berziarah ke rumahnya untuk menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

“Puan Sri (Noorainee) juga meminta saya untuk terus tabah meneruskan kehidupan selepas pemergian Allahyarham,” kata suri rumah itu kepada pemberita.

Azizah juga meminta semua penduduk Kuala Besut untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang dicabar calon PAS Endot@Azlan Yusof pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, pada 24 Julai.

“Arwah suami banyak melakukan pembangunan di sini dan ada di antaranya masih belum selesai. Harap penduduk sokong calon yang dipilih pucuk kepimpinan supaya usaha beliau dapat diteruskan pada masa depan,” katanya.

Pada pilhan raya umum ke-13, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Allahyarham yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri mempunyai empat orang anak iaitu Mohd Zaihan, 30, Mohd Razhan, 28, Mohd Zafuan, 27, dan Nurul Najihah, 21.

Muhyiddin: Pulau Perhentian Akan Terus Nikmati Pembangunan

Posted: 20 Jul 2013 06:53 AM PDT

KUALA BESUT, 20 Julai – Pulau Perhentian akan terus menikmati pembangunan dengan kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan penduduknya terhadap Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menegaskan bahawa kesetiaan masyarakat pulau itu tidak pernah diragui, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin penduduk dapat melihat sendiri dan menikmati pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh BN.

“Saya beri jaminan bahawa pembangunan dan pembaharuan akan terus dilakukan di masa depan dan sebagai pulau pelancongan ke-13 tercantik di dunia saya ingin lihat lebih banyak hotel dan kemudahan dibina,” katanya sebelum berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Pulau Perhentian di sini.

Majlis anjuran Jawatankuasa Masjid Pulau Perhentian dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Besut itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Hadir sama isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abd Rahman.

Muhyiddin juga memohon kerjasama penduduk yang akan keluar mengundi Rabu ini supaya memberikan sokongan kepada calon BN bagi memastikan pembangunan yang dirancang kerajaan dapat diteruskan dengan lancar.

“Calon kita ini tidak hanya akan datang ke sini hari ini sahaja tetapi saya janji beliau akan terus datang lagi apabila diumumkan sebagai pemenang bagi melihat dengan lebih dekat bentuk keperluan yang diperlukan penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Zainudin Mohamad ketika mengalu-alukan kedatangan Muhyiddin turut berikrar untuk meneruskan tradisi sokongan kepada BN dengan memberikan kemenangan dengan majoriri lebih besar pada hari pengundian nanti.

Katanya ikrar itu sebagai tanda terima kasih penduduk atas kesudian Timbalan Perdana Menteri dan isteri yang sanggup meredah Laut China Selatan ke perkampungan mereka.

Muhyiddin dan rombongan kemudiannya berbuka puasa dengan hidangan tradisi seperti daging masak singgang dan salok lada sebelum sembahyang Maghrib.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya menyertai tahlil diikuti solat Isyak dan bertarawih bersama penduduk.

RM35 Juta Tambahbaik Empangan Dan Tali Air Di Pengkalan Nangka – Muhyiddin

Posted: 20 Jul 2013 06:50 AM PDT

KUALA BESUT, 20 Julai – Selepas mengumumkan kelulusan RM250 juta untuk pembaikan muara Sungai Besut demi membela golongan nelayan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pula peruntukan RM35 juta untuk menambahbaik kemudahan empangan dan tali air di Pengkalan Nangka untuk golongan petani.

Projek di Pengkalan Nangka, yang merupakan sumber air utama kepada 900 hektar kawasan padi itu, dijangka berkeupayaan meningkatkan pengeluaran padi daripada 4 metrik tan kepada 5.5 metrik tan melalui penanaman padi dua kali setahun.

Muhyiddin ketika berucap pada program himpunan warga nelayan dan peladang di Dataran Kuala Besut di sini hari ini berkata pembelaan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu adalah satu ibadah.

“Segala yang dilakukan ini adalah digalakkan untuk kita dan ia tidak bercanggah dengan agama kita,” katanya.

Beliau berkata ia adalah kenyataan yang tidak tepat dan lari daripada niat sebenar kerajaan BN sekiranya terdapat pihak yang menyanggah usaha kerajaan BN itu sebagai tidak bermanfaat dan hanya untuk meraih undi menjelang pilihan raya.

“Bantuan ini satu ibadah dengan niat yang ikhlas agar rakyat dibantu dengan adil dan saksama, kita tidak pernah bertanya saudara menyokong siapa, walaupun sebahagian sokong BN,” katanya.

Mengenai projek pembaikan muara Sungai Besut bernilai RM250 juta itu, ia adalah bukti kesungguhan kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya projek itu bukan sahaja akan memberi manfaat kepada golongan nelayan dan pengusaha industri pelancongan di Kuala Besut malah mampu menjadikan pecan nelayan itu kawasan pertumbuhan baharu ekonomi di Pantai Timur khasnya dalam industri berkaitan maritim.

“BN akan meneruskan agenda supaya saudara-saudari diberikan perhatian, pembelaan, bantuan dan pertolongan kerana ini bukan sahaja satu tanggungjawab kita, tapi satu ibadah yang dituntut dalam agama kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini,” katanya.

Projek pembaikan muara Sungai Besut yang turut melibatkan pembinaan benteng pemecah ombak masing-masing sepanjang satu kilometer di kiri dan kanan muara Sungai Besut itu dijangka bermula awal tahun depan.

Menurut Muhyiddin, sekiranya rakyat Kuala Besut memilih calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu 24 Julai ini, beliau akan dilantik sebagai pemantau kedua-dua projek itu berdasarkan kepada kelayakan dan pengalaman luasnya dalam bidang pengairan dan saliran sebelum ini.

Muhyiddin berada di Kuala Besut untuk membantu kempen BN sempena pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan bersama-sama penduduk di Pulau Perhentian Kecil pada majlis berbuka puasa hari ini disusuli solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih.

PRK Kuala Besut: Hampir 80 Peratus Keluar Mengundi Awal

Posted: 20 Jul 2013 06:47 AM PDT

KUALA BESUT, 20 Julai – Peratusan keluar mengundi pada pengundian awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang berlangsung di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini adalah 79.36 peratus.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata selepas tempoh pengundian awal tamat tepat 5 petang ini, hanya 911 daripada keseluruhan 1,148 anggota tentera dan pasangan serta polis yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab.

Pusat pengundian awal di TUDM Gong Kedak membabitkan dua peti undi yang akan disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini sehingga hari penjumlahan rasmi undi Rabu ini (24 Julai).

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

SPR menetapkan 24 Julai ini sebagai hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa.

Najib Umum 40 Hingga 50 Klinik 1malaysia Dibuka Tahun Depan

Posted: 20 Jul 2013 03:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 40 hingga 50 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) akan dibuka di seluruh negara mulai tahun depan.

“Insya-Allah, lebih ramai bakal memperolehi perkhidmatan kesihatan yang murah dan bermutu,” katanya di dalam tweet terbaharu beliau.

K1M adalah sebahagian daripada pengisian Gagasan 1Malaysia, ilham Najib yang memberi fokus khas terhadap perhubungan harmoni antara kaum, penyatuan nasional dan pentadbiran efisien.

Sehingga kini, terdapat lebih 200 K1M di seluruh negara yang member perkhidmatan kepada kira-kira 1.5 juta rakyat dengan hanya mengenakan bayaran RM1 bagi warganegara dan RM15 bagi bukan warganegara.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT