SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, July 19, 2013

UMNO Online - “Kedah Bakal Warta Fatwa Anti Syiah – Mukhriz” plus 9 more

UMNO Online - “Kedah Bakal Warta Fatwa Anti Syiah – Mukhriz” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kedah Bakal Warta Fatwa Anti Syiah – Mukhriz

Posted: 18 Jul 2013 07:46 AM PDT

ALOR SETAR, 18 Julai – Kerajaan negeri Kedah akan turut menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata fatwa itu telah pun digazet di peringkat kebangsaan.

“Namun saya akan berbincang dengan Mufti terlebih dahulu sebelum melaksanakan fatwa ini di Kedah.

“Walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti Kedah bebas daripada fahaman tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

“Kita terima aduan daripada ahli-ahli agama yang menyuarakan kebimbangan tentang penularan fahaman Syiah. Oleh itu kita akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menggazetkan fatwanya di Kedah secepat mungkin,” tambah Mukhriz.

Beliau berkata akibat fahaman itu, turut timbul kesukaran untuk menguruskan hal berkaitan jenazah misalnya.

Sementara itu beliau berkata soal pemberian cuti umum di Kedah bagi sambutan Thaipusam masih dalam perbincangan.

“Kita masih mencari kaedah yang terbaik bagi mendapatkan cuti Thaipusam kepada kaum India dengan melihat kuota cuti am dan produktiviti pekerja.

“Setakat ini kuota cuti am di Kedah sudah penuh, jadi kita akan cari jalan penyelesaiannya bagi menunaikan janji yang telah dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu,” katanya.

Courteous Taxi Drivers Will Lure More Tourists To Visit Malaysia – Najib

Posted: 18 Jul 2013 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 18 – Taxi drivers who are courteous and disciplined can become significant contributors to the tourism industry and will lure more foreign tourists to visit Malaysia.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said this is in line with the government objective to ensure that the public and tourists enjoy a world class taxi service.

“Excellent taxi service is not only because of the ‘beautiful’ vehicles. The drivers also need to be ‘beautiful’ in terms of behaviour and character.

“When carrying passengers, smile and become courteous taxi drivers. Say thank you after getting paid. These are the ingredients of good taxi drivers,” he said in his speech at ‘Majlis Janji Ditepati – Pemberian Lesen Teksi Individu’ here, today.

Also present is the chairman of the Land Public Transport Commission (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Najib said the distribution of 500 individual taxi licences marks the fulfillment of another pledge made by the Barisan Nasional (BN) government.

It is another government effort to recognise the role of taxi drivers and improve the quality of public transport services nationwide.

Recollecting the function held in Putrajaya in March, he said: “I remember announcing a plan to give individual taxi licences to 1,000 taxi drivers. I gave out 200 licences and SPAD gave another 300 licences in April.

“This is a starting point in government efforts to jump start the taxi industry by focusing on individual taxi licences and determine the appropriate standards.”

The prime minister said each driver who received individual licence are required to purchase and use the Proton Exora as a taxi.

The 1Malaysia People’s Foundation (YR1M) gave individual licensees grants of RM5,000 each to purchase the Proton Exora.

“This is another government commitment to ensure taxi drivers provide suitable vehicles for the convenience and comfort of passengers especially foreign tourists.”

Taxi drivers will also enjoy vehicle price exempted from sales tax and customs duties, no deposit, rate of two per cent loan from Bank Simpanan Nasional, maintenance package at market price and comprehensive motor insurance scheme for the first year.

In line with the government agenda, SPAD had introduced the Taxi 1Malaysia programme (TEKS1M) to give a new image to the taxi industry and make TEKS1M as a benchmark for the industry in future.

TEKS1M is an initiative implemented through collaboration between SPAD and Proton under the 1Malaysia People’s Taxis (TR1MA).

Najib hopes Malaysia will become popular because of the Exora Taxi that provide the best taxi service like those in big cities such as London and New York.

“SPAD will require all taxi drivers to undergo an accreditation programme to ensure the quality of taxi service provided to the public in accordance with set standards.”

He called on taxi drivers nationwide to provide the best service in order to improve the image of the country in conjunction with Visit Malaysia Year 2014.

At the event, Najib presented replica keys for Proton Exora TEKS1M to five taxi drivers and opened the SPAD new headquarters in Bangunan Platinum Sentral, KL Sentral.

Jadikan Kes Alvin Tan, Vivian Sebagai Pengajaran – Zahid Hamidi

Posted: 18 Jul 2013 07:25 AM PDT

BANGI, 18 Julai – Keputusan mahkamah untuk tidak membenarkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin harus dijadikan pengajaran kepada semua untuk tidak sesekali mempermainkan isu agama.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara tersebut seharusnya menjadi pedoman khsususya golongan muda agar tidak sewenang-wenangnya mempersendakan apa jua agama.

“Sebarang bentuk penghinaan walaupun pada mulanya untuk jenaka tapi dalam soal sensitif, termasuk hal agama tidak boleh dijadikan bahan jenaka dan tidak boleh dikompromi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Beliau berkata, keharmonian negara seharusnya dipertahankan oleh semua golongan dan usah sesekali cuba menyentuh perkara terkandung dalam Perlembagaan seperti agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tidak membenarkan pasangan itu diikat jamin sementara menunggu perbicaraan terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar lucah dalam blog mereka.

Ahmad Zahid juga meminta supaya apa sahaja keputusan mahkamah berhubung kes itu diterima umum kerana isu agama tidak boleh dilanggar atau dipolemikkan sehingga menjurus kepada kontroversi.

Beliau juga menyokong Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

“Dilihat isi kandungan dalam akta baharu yang akan dibentangkan di Parlimen September ini masih mengekalkan seperti dalam kandungan Akta Hasutan supaya keharmonian negara dapat dipertahankan,” katanya.

Terdahulu Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada sembilan pegawai dan anggota veteran JPAM serta 20 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit.

Banyak Cawangan UMNO Perak Bermesyuarat Selepas Aidilfitri – Zambry

Posted: 18 Jul 2013 07:21 AM PDT

IPOH, 18 Julai – Kebanyakan cawangan Umno di Perak memilih untuk mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing selepas sambutan Aidilfitri, kata Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry yang juga menteri besar berkata cawangan boleh memilih mana-mana tarikh antara 15 Julai sehingga 30 Ogos bagi mengadakan mesyuarat mereka.

“Ia bergantung kepada kesediaan mereka. Semua cawangan Umno di Perak layak untuk mengadakan mesyuarat masing-masing dan tiada sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Umno mempunyai sebanyak 1,720 cawangan di Perak dan mesyuarat kali ini akan menyaksikan pemilihan anggota jawatankuasa peringkat cawangan masing-masing.

Mesyuarat kali ini akan berlangsung dengan beberapa penambahbaikan termasuk pelantikan pengerusi jawatankuasa pemilihan daripada cawangan lain.

Selain itu, Umno turut menggalakkan pemberitahuan mesyuarat menerusi media sosial termasuk khidmat pesanan ringkas, Twiter, Facebook dan laman sesawang serta kain rentang.

Kerajaan Pastikan Defisit Fiskal Kdnk Negara Terus Menurun Tahun Ini

Posted: 18 Jul 2013 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Kerajaan akan memastikan tahap defisit fiskal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terus menurun kepada kadar empat peratus tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan juga akan terus berusaha untuk mencapai tahap defisit KDNK sebanyak tiga peratus pada 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa sederhana.

“Tahap defisit KDNK berjaya dikurangkan daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 4.5 peratus tahun lepas.

“Bagi jangka masa panjang, kerajaan akan terus komited untuk mencapai sasaran bajet berimbang menjelang 2020,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Lim meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah secara teliti dan sasaran dalam usaha kerajaan mengurangkan defisit bajet, mengurangkan hutang negara dan mencapai pertumbuhan ekonomi mapan.

Najib berkata pembentukan Jawatankuasa Dasar Fiskal semasa Majlis Konsultasi Bajet 2014 pada 18 Jun lepas, bertujuan menguruskan fiskal negara serta meluluskan strategi fiskal jangka masa sederhana dan panjang.

Katanya ia bagi mencapai sasaran fiskal seperti tahap defisit dan hutang kerajaan yang lebih rendah tahun ke tahun dan seterusnya mencapai sasaran bajet berimbang pada 2020.

Beliau berkata bagi tempoh suku pertama tahun ini, KDNK negara Berjaya mencapai tahap 4.1 peratus.

“Pertumbuhan itu disokong oleh permintaan domestik, khususnya peningkatan perbelanjaan penggunaan sebanyak 6.1 peratus dan aktiviti pelaburan yang lebih kukuh sebanyak 13.2 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata berdasarkan petunjuk ekonomi terkini, kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi akan terus kekal kukuh dan mencapai sasaran antara lima hingga enam peratus tahun ini.

Dewan Rakyat Tolak Usul Rujuk Anggota Parlimen Simpang Renggam Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Posted: 18 Jul 2013 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Dewan Rakyat hari ini menolak usul untuk merujuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akuan mencecah RM332 juta di luar negara termasuk di Israel, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Melalui undian belah bahagian, 107 anggota parlimen tidak menyokong usul itu manakala 60 menyokong.

Usul itu dibawa oleh Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) apabila Liang membuat dakwaan tersebut semasa sesi pebahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Liang menegaskan hujahnya itu berkaitan dengan soal keselamatan negara memandangkan adanya petanda kuasa dari luar mahu campur tangan dalam sistem politik Malaysia.

Sementara itu, sebelum menangguhkan mesyuarat pertama penggal pertama parlimen ke-13 pada 4.35 petang ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melahirkan rasa puas hati terhadap penglibatan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang yang menampakkan kebijaksaan dan kematangan ketika membahaskan isu-isu berbangkit.

“Sesungguhnya, mesyuarat penggal ini sedikit sebanyak telah mula menyaksikan bibit-bibit perubahan.

“Semoga transformasi ini akan terus dikekalkan pada sesi mesyuarat-mesyuarat akan datang untuk sama-sama kita memartabatkan Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi yang dibanggakan,” katanya.

Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 berlangsung selama 16 hari bermula 25 Jun lepas.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan ke tarikh yang tidak ditetapkan.

Penubuhan Jawatankuasa Pemilih Bagi Tempoh Parlimen Ke 13 Dilulus

Posted: 18 Jul 2013 01:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan penubuhan satu Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-13.

Jawatankuasa itu diketuai Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku pengerusi dan dianggotai enam anggota jawatankuasa.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Anggota lain yang dilantik ialah Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.

Pembentukan jawatankuasa itu dibuat mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 76.

Pada persidangan sama, Dewan Rakyat juga meluluskan pemilihan Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Pelantikan Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw sebagai Timbalan Pengerusi PAC turut dipersetujui Dewan Rakyat.

Cadangan bagi kedua-dua usul itu telah dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Cakap Tak Serupa Bikin, Kempen Pas Serang Peribadi Calon BN

Posted: 18 Jul 2013 01:30 AM PDT

KUALA BESUT, 18 Julai – Sebelum kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Pas pernah menyatakan untuk tidak akan menyerang peribadi calon namun malangnya ia tidak direalitikan kerana calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menjadi mangsa politik kotor mereka.

Exco Pergerakan Puteri UMNO, Fahariyah Nordin mengangap sememangnya sudah menjadi kebaiasaan kepada Pas untuk tidak menunaikan janjinya.

“Inilah Pas. Cakap tak serupa bikin, satu-satunya parti yang tidak berpegang kepada apa yang telah dijanjikan,” katanya kepada UMNO-Online.

Tindakan pemimpin Pas yang menyerang peribadi calon BN termasuk tuduhan kononnya Tengku Zaihan bukan anak tempatan terang-terangan sengaja diwujudkan.

“Tuduhan ini sengaja diwujudkan untuk memburukkan calon BN sedangkan calon termasuklah ibunya sendiri telah menafikan tuduhan tersebut.”

Ujar beliau, tindakan Pas yang mengetengahkan Azlan @ Endut Yusuf sebagai calon juga sememangnya tidak mencapai kriteria yang selalunya diletakkan dalam parti terbabit.

“Pas meletakkan calon tangkap muat yang dipertaruhkan di sini dengan tidak memikirkan apa yang akan berlaku selepas pilihan raya dan sekiranya mendapat mandat.”

Jelas beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Ledang, Pas tidak memikirkan soal pembangunan dan tanggungjawab terhadap rakyat yang akan diwakilinya.

“Pas sudah berubah apabila memilih calon kepada mereka yang bergantung kepada populariti semata-mata dan bukan kepada tanggungjawab untuk melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat.

“Ini berbeza dengan calon BN yang menepati citarasa rakyat untuk menjadi wakil rakyat tempatan, dipilih dari golongan profesional dan orang muda yang mempunyai latar belakang yang baik.”

Selaras dengan itu beliau menasihati para pengundi tempatan agar memikirkan masa hadapan dengan memilih calon yang benar-benar mampu berkhidmat kepada rakyat. - MediaUMNO

Persenda Umat Islam Dan Gambar Bogel : Alvin, Vivian Didakwa Tiga Pertuduhan

Posted: 18 Jul 2013 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai –  Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yangbertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo Halal.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Kempen Serang Peribadi Tindakan Terdesak, Cukup Sekadar `Jual’ Calon Parti – Sohaimi

Posted: 18 Jul 2013 12:59 AM PDT

KUALA BESUT, 18 Julai – Tindakan membuat serangan peribadi kepada calon lawan pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut ini, lebih-lebih lagi di waktu umat Islam sedang melalui bulan Ramadhan yang muia ini adalah satu tindakan yang keterlaluan dan tidak matang, demikian tegas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan.

Sebaliknya jelas beliau sebagai orang muda yang terlibat dalam jentera BN pada PRK ini, Pemuda UMNO hanya akan berkempen untuk memperkenalkan calon parti, serta mengenengahkan visi dan misi parti BN khususnya buat pengundi di kawasan Kuala Besut.

“Kita juga harus berikan maklumat yang tepat pada rakyat bagi membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat pada hari pengundian, 24 Julai nanti. Tapi nampaknya ada sikit kekesalan, melalui maklumat yang diterima ada penceramah-penceramah dari parti lawan (Pas), cuba untuk membuat kempen membunuh karektor calon BN, keduanya menabur fitnah selain menghentam dan mengkritik dalam keadaan yang melampau.

“Dalam bulan Ramadhan ini, kita boleh berkempen dalam keadaan yang harmoni dan cukup untuk kita tentang calon masing-masing, tak perlu rasanya kempen fitnah yang melampau ini, barangkali kerana terlalu agresif dan terdesak untuk menang, kempen melampau ini terpaksa digunakan oleh parti lawan,” ujarnya selepas membuat lawatan rumah ke rumah di Kampung Nangka, Kuala Besut hari ini di sini.

Sohaimi turut menasihatkan pimpinan Pas untuk mengotakan janji mereka, untuk menasihatkan penceramah-penceramah mereka yang berkempen di Kuala Besut ini, untuk berkempen secara sederhana.

“Jangan sampai amalan mulia kita di bulan ramadhan ini tertolak dengan segala fitnah dan sebagainya.

“Saya yakin penduduk dan masyarakat di kawasan ini boleh menilai sendiri, untuk memilih wakil rakyat yang boleh buat kerja, yang mantap dan berkaliber untuk mewakili penduduk di kawasan ini”, katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT