SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, July 7, 2013

UMNO Online - “Najib’s London Visit Takes Malaysia-UK Ties To Greater Heights” plus 3 more

UMNO Online - “Najib’s London Visit Takes Malaysia-UK Ties To Greater Heights” plus 3 more

Link to UMNO Online

Najib’s London Visit Takes Malaysia-UK Ties To Greater Heights

Posted: 06 Jul 2013 01:27 AM PDT

LONDON, July 6 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s four-day visit to the United Kingdom (UK) which ended on Thursday has taken Kuala Lumpur-London relationships to greater heights.

This was manifested by the launch of the iconic Battersea Power Station (BSP) project in London by a Malaysian consortium comprising SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd and the Employees Provident Fund (EPF).

The 15.6 hectare redevelopment project, with gross development value (GDV) of eight billion pounds sterling, will see some 3,500 new homes built as well as offices, shoplots and a park in West London, and is expected to take at least 10 years to complete and create 15,000 jobs.

Tan Sri Liew Kee Sin, chairman of joint venture company BSP Holding Co, said at a press conference here on Wednesday the project marks the move by local companies from being “juara kampung” to international champions.

“Combining the strengths of the three companies together, we can beat every company in the world to become world champions and not just look at being ‘jaguh kampung’,” he said.

On Thursday, London’s Financial Times, one of the world’s leading financial papers, in its article titled “Malaysia moves into London” quoted Najib as saying that Malaysia’s aggressive investment in the UK, especially in the London property market, will turn the former colony of the British Empire into a major player in the London property market.

The FT said last year, Malaysia spent 1.4 billion pounds sterling, almost all of it in London, more than any other Asian state — snapping up City of London offices and the vast redevelopment project at BSP.

Najib, in a question and answer session with the British media at the official launch of the 9th World Islam Economic Forum (WIEF) to be held in London on Oct 29-31 in London, said Malaysian investment in the UK has been on the upswing with companies, including government-linked firms, looking at investing in real estate and purchasing buildings in London.

The Prime Minister said Mara was looking at a few London properties and EPF, flushed with funds, was looking for opportunities to invest here, adding this is good for the British economy.
The upcoming WIEF is expected to deliver tangible investments — at the previous edition in Malaysia, deals worth an estimated RM28 million were struck.

Meanwhile, the WIEF said the Islamic financial sector is currently estimated at 1.2 trillion pounds sterling and is expected to grow to 1.6 trillion pounds sterling by 2015, with Islamic nations accounting for nearly 25 per cent of the world’s population.

“London will seek to extend its role as a western hub for Islamic Finance, building on the 22.3 billion pounds sterling that has been raised to date, via its status as the leading exporter of financial services across the world,” it added.

Themed “Changing World, New Relationship”, the Forum is expected to attract more than 1,500 government leaders, captains of industries, academics, regional experts and corporate managers from 100 countries.

WIEF will also help build closer relations between Malaysia and the UK, while expanding trade and investment between the Islamic world and European countries, particularly the UK.
If Malaysian investment in London is on an upswing, so too are ties between both countries, and Najib has described Malaysia’s relationship with the British government under Prime Minister David Cameron as a partnership of prosperity.

For the BSP project, for example, Cameron and London Mayor Boris Johnson have given positive cooperation in settling all issues related to the redevelopment process within a short time, including the decision on extending the Northern Line Tube to Battersea with a government financial guarantee.

Najib said the traditional relations between Malaysia and the UK have been given a new breath of life for the benefit of both countries.

Kenyataan Media Yb Datuk Seri Idris Jusoh Mengenai Perkembangan Terkini Isu Keselamatan Pelajar Malaysia Di Mesir

Posted: 06 Jul 2013 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Situasi politik semasa negara Mesir tidak stabil tetapi masih terkawal. Para pelajar tidak digalakkan bergerak ke luar wilayah untuk aktiviti melancong dan sebagainya.

Para pelajar juga dinasihatkan untuk berada di premis kediaman masing-masing dan mengikuti hebahan media massa, Education Malaysia Egypt (EME) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dari masa ke semasa sepertimana yang telah ditegaskan sebelum ini.

Majoriti pelajar Malaysia di Mesir telah selesai menghadapi musim peperiksaan dan sedang bercuti panjang (dua bulan) sehingga September tahun ini. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan menasihatkan agar pelajar Malaysia yang tidak terlibat dengan sebarang program akademik seperti latihan praktikal, summer course dan seumpamanya untuk balik bercuti di Malaysia, menyambut kedatangan bulan ramadhan dan berhari raya bersama keluarga di kampung halaman.

Langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan membuka bilik-bilik gerakan KBMK, EME di Dewan Malaysia Abbasiah (DMAK), Rumah MARA Iskandariah dan rumah-rumah negeri yang beroperasi 24 jam untuk memantau dan menjaga keselamatan para pelajar Malaysia di Mesir.

Operasi pemantauan turut digerakkan di terminal 1 dan terminal 3 lapangan terbang Kaherah.

Pihak ibu bapa dan pelajar boleh menghubungi bilik gerakan di KBMK yang masih beroperasi 24 jam melalui talian telefon: +202-37610270/ +202-37610013/ +20237610068 (sambungan 141 di luar waktu pejabat, sambungan 101 pada waktu pejabat). Pelajar Malaysia juga boleh melayari laman facebook educationmalaysiaegypt untuk membuat pendaftaran dan laporan serta mengikuti perkembangan semasa.

SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Muhyiddin Umum Calon BN PRK Kuala Besut Selasa Ini – Ahmad Said

Posted: 06 Jul 2013 01:03 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 6 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 9 Julai ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata BN negeri menyenarai pendek beberapa calon BN yang layak dan terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan.

“Timbalan Perdana Menteri sendiri akan umum calon pada 9 Julai ini, kita (BN) dah ada calon,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat tiga beradik yang menjadi mangsa dera di sini baru-baru ini.

Beliau berkata BN yakin untuk mempertahankan DUN Kuala Besut berdasarkan sokongan rakyat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan jumlah majoriti yang dimenangi pada PRU13 merupakan satu kedudukan yang selamat untuk mempertahankan kerusi itu dan keadaan “DUN tergantung” tidak akan berlaku sekiranya keputusan pilihan raya kecil Kuala Besut tidak menyebelahi BN.

DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri(Adun) Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru, 26 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat semalam menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan 12 Julai sebagai hari penamaan calon PRK Kuala Besut.

Ahmad Zahid Selar Desakan Mansuhkan Akta Hasutan

Posted: 06 Jul 2013 12:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga…saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara,” katanya.

Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas merasmikan perlepasan konvoi kembara bermotosikal sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata: “Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu.”

Ahmad Zahid berkata pemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat telah menjurus kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat.

“Malah, jika ditangkap dengan pertuduhan (pun), mereka (penjenayah) akan mencari aspek-aspek teknikal untuk melepaskan diri dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa biarpun mempunyai bukti kukuh,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan terperinci akan dibuat berhubung undang-undang menggantikan Ordinan Darurat.

“Bagi melaksanakan dasar keterbukaan berhubung perkara ini, Kementerian Dalam Negeri, polis dan Jabatan Peguam Negara akan mengadakan majlis dialog bersama badan-badan bukan kerajaan, individu dan masyarakat umum untuk mengetahui maklum balas, input dan komen-komen,” jelasnya.

Konvoi selama tiga hari disertai 28 motosikal berkuasa tinggi dan empat kenderaan lain itu akan melalui perjalanan sejauh 400 kilometer dari Kuala Lumpur ke Queen Street, Singapura untuk menjejaki sejarah penubuhan Utusan Melayu.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT