SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, July 27, 2013

UMNO Online - “Bonus Kakitangan Awam : Bagaimana BN Lebih Baik Dari Pakatan Pembangkang” plus 9 more

UMNO Online - “Bonus Kakitangan Awam : Bagaimana BN Lebih Baik Dari Pakatan Pembangkang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Bonus Kakitangan Awam : Bagaimana BN Lebih Baik Dari Pakatan Pembangkang

Posted: 26 Jul 2013 08:30 AM PDT

Dalam usaha menyaingi keputusan kerajaan memberi faedah khas RM500 kepada semua kakitangan awam dan RM 250 kepada pesara kerajaan untuk persiapan hari raya yang bakal menjelma, kerajaan Selangor turut mengumumkan pemberian bonus sebanyak 1 bulan gaji kepada kakitangan awamnya.

Pemberian itulah yang ditempik dek balaci yang hilang semangat setelah BN mengekalkan kuasa di DUN Kuala Besut semalam, di sebalik segala cakap besar konon pembangkang boleh menang disitu.

Kononnya pemberian bonus tersebut adalah bukti pembangkang 'lebih' mengambil berat kebajikan kakitangan awam berbanding BN yang hanya umum pemberian khas.

Tapi, betul ke dakwaan itu?

Kalau nak kata pemberian bonus 1 bulan ini bukti mereka lebih baik dari kita, tidak benar sama sekali.  Pertama, pemberian RM 500 dan RM 250 yang diumumkan Perdana Menteri semalam adalah untuk persiapan hari raya sahaja, bukan bonus pun.

Kerajaan Persekutuan masih belum membuat keputusan mengenai pemberian bonus kakitangannya dan pengumuman mengenainya (kalau ada), akan dibuat dalam pembentangan bajet oleh Perdana Menteri dalam beberapa bulan lagi.

Sementara menanti keputusan mengenai pemberian bonus itu, kerajaan persekutuan telah melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 2 kali dalam tahun ini sahaja (KGT2) itu pada bulan Januari dan bulan Julai dengan nilai kenaikan antara RM 80 hingga RM 320 sebulan.

Yang ramai tidak perasan, nilai kenaikan itu sahaja (tanpa pengumuman bonus oleh kerajaan) sudah jauh lebih tinggi dari nilai sebulan bonus yang diumumkan kerajaan Selangor.

Kupasan mudah, pembantu am pejabat (N11) kerajaan persekutuan yang menerima gaji tahunan sebanyak RM 53,398 sebelum KGT2 ini, akan meningkat pendapatannya kepada RM 57,718 – perbezaan sebanyak RM 4,320!!  Kalau diterjermahkan dalam bentuk bonus, berapa bulan punya bonus tu?

Do your own maths, tapi bagi balaci yang malas berfikir, jawabnya lebih 2 bulan gaji!!

Sedangkan kakitangan dalam gred yang sama di Selangor hanya dapat sebulan gaji itu sahajalah yang mana nilainya lebih kurang RM 1,977 sahaja.

Jangan lupa, KGT2 ini turut melibatkan tambahan kepada nilai pencen kakitangan berkenaan.  Dalam kes kakitangan N11 yang penulis contohkan di atas, pencennya (kalau dia bersara tahun ini) BERTAMBAH sebanyak RM 96 sebulan lagi.

Penulis ingatkan sekali lagi, semua ini sebelum kerajaan persekutuan buat keputusan pasal bonus pun.

Jadi mana dia betulnya dakwaan kerajaan pembangkang lebih baik dari BN dengan pembayaran bonus sebulan gaji ini?  Lagipun ini baru Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih tak dengar khabar serupa walaupun kerajaan pembangkang yang sama, Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, Kerajaan BN telah membayar nilai yang jauh  lebih tinggi dari apapun nilai yang dibayar Selangor kepada kakitangan awamnya dengan pemberian bonus itu dan kalau ada pengumuman bonus dalam sesi pembentangan bajet nanti, jumlah sebenar wang yang diterima kakitangan awamnya akan jadi lebih banyak lagi.

Kesimpulannya, dengan hanya bercakap soal KGT2 ini sahaja, kerajaan BN terbukti lebih ke depan dalam soal menjaga kakitangan awamnya, kalau ada pengumuman bonus nanti, lagilah kerajaan BN jauh ke depan dalam soal itu.

mykmu.net

Perkasa Gabung Dengan Dua NGO Tubuh MIRAC

Posted: 26 Jul 2013 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bersama dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menubuhkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) bagi membincangkan isu yang membabitkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Dua NGO itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) dan Persatuan Cina 1Malaysia (Percisama).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan majlis itu bukan kerana disebabkan tekanan pelbagai pihak yang melabel Perkasa sebuah parti rasis.

“Penubuhan Mirac bersama NGO Cina dan India adalah platform menyatupadukan kaum di negara ini.

“Penubuhan Mirac ini juga membuktikan Perkasa bukan hanya memperjuangkan Melayu tetapi juga kaum lain dan kepentingan negara,” katanya dalam siding akhbar selepas penubuhan Mirac di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Percisama, Andy Choy Chee Wau bersama Presiden Perinnbam, U. Thamotaran.

Ibrahim menegaskan, kewujudan majlis itu tidak akan menghapuskan asas perjuangan dan semangat Perkasa untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.

Katanya, majlis itu akan mengadakan perjumpaan sebulan sekali bersama lima pemimpin kanan setiap NGO secara tidak formal, bagi membincangkan isu penting melibatkan kaum dan kepentingan negara.

“Saya juga mengalu-alukan mana-mana NGO yang ingin menyertai Mirac. Mirac akan dilancarkan pada 31 Ogos depan,” katanya.

Dalam majlis itu, ketiga-tiga wakil NGO mempersetujui dan menandatangani piagam Mirac, yang antaranya adalah mempertahankan Perlembagaan Negara, menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara, menghormati hak agama masing-masing dan toleransi antara kaum melalui nilai-nilai murni.

Sementara itu, Choy and Thamotharan menegaskan gabungan ini akan menandakan satu “era baru” untuk perpaduan kaum di negara ini.

Lebih 2,000 Jemputan Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Posted: 26 Jul 2013 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Majlis berbuka puasa bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini  meriah dengan dihadiri oleh lebih dua ribu jemputan dari pelbagai peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Rosmah Mansor, Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh turut hadir dalam majlis berbuka puasa tersebut,

Selain itu, turut kelihatan menghadiri mahlis tersebut  ialah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersama isteri,  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Shirlin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan beberapa kenamaan lain, termasuk kakitangan ibu pejabat UMNO turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis berbuka puasa yang menjadi acara rutin di dalam bulan Ramadan setiap tahun.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan hamper kepada lebih 100 orang anak yatim yang turut dijemput dari beberapa buah asmara anak yatim di sekitar Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi program berbuka puasa tersebut.

Selesai berbuka puasa, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama para hadirin lain turut menunaikan solat berjemaah Marghrib dan Isyak, dan seterusnya menunaikan solat terawih di Surau Ar Rahman bertempat di PWTC. -MediaUMNO

200 Ahli Puteri UMNO Sertai Tadarus Dan Khatam Al-Quran

Posted: 26 Jul 2013 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Seramai 200 ahli pergerakan Puteri UMNO seluruh negara menyertai program tadarus dan khatam al-Quran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Program tahunan sempena bulan Ramadan itu turut dihadiri ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan barisan exco sayap itu.

Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan, kemudian majlis khatam al-Quran yang diketuai Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009 dan 2011 iaitu Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya dan Suraya Abu Hassan.

Rosnah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 40 pelajar tahfiz Yayasan Assofa, Ampang dan 30 orang kelainan upaya (OKU) dari Pusat Pemulihan dalam Komuniti Rawang dan Batu Arang yang turut serta dalam majlis tersebut.

Kesemua peserta program turut berbuka puasa bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Dewan Tun Razak, PWTC.

Najib Umum Senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

Posted: 26 Jul 2013 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru Pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu dalam sidang media selepas menpengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini.

Berikut adalah senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri :

1. Perlis
Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi – Tuan Azlan Man

2. Kedah
Pengerusi – Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah

3. Kelantan
Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed
Timbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek

4. Terengganu
Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Idris Jusoh

5. Pulau Pinang
Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya

6. Perak
Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi Datuk Seri Ahmad Husni

7. Pahang
Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi – Datuk Haji Mohd Shakar Shamsudin

8. Selangor
Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi – Tuan Abdul Shukor Idrus

9. Wilayah Persekutuan
Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik

10. Negeri Sembilan
Pengerusi – Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi – Datuk Shaziman Mansor

11. Melaka
Pengerusi – Datuk Idris Haron
Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah

12. Johor
Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khalid Nordin
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Latif Ahmad

13. Sabah
Pengerusi – Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak

Antara Imej Nasionalis – Islamis Dengan Nasionalis – Professional

Posted: 26 Jul 2013 04:21 AM PDT

Berita mengenai cadangan pembentukan sebuah parti gabungan PAS dari kalangan berfahaman demokrat dengan PKR ini dipetik dari blog tersohor Blog Gelagat Anwar dan AIDC.   Adalah difahamkan bahawa parti gabungan tersebut akan dinamakan Parti Demokrat Rakyat Malaysia (PDRM) dan akan membawa imej 'nationalist-religious' atau nasionalis-Islamis.

Usahlah sesiapa daripada UMNO mencebikkan bibir atau mengetawakan ide yang berkiblatkan Indonesia-Amerika ini, tetapi untuk pertama kalinya, renungkan dan cernakanlah maklumat ini baik-baik sebelum bersuara.  Belajarlah mengupas sesuatu berita secara terbuka dan jangan terlalu pantas membela atau menuduh sesiapa.

Apa yang dapat diperkatakan mengenai berita ini?

Pertamanya, jelas didapati bahawa pihak Anwar/pembangkang telah mengadakan satu post-mortem terhadap PRU-13 yang jitu dan rapi.   Mereka nampaknya mula memahami yang rakyat sudah jelak dengan retorik dan demonstrasi jalanan.   Lalu mereka diam sebentar dan mengkaji apa sebenarnya yang rakyat mahukan.

Apa yang penting untuk difahami mengenai pembangkang ialah, walaupun mereka tidak pandai mentadbir dan terpalit dengan berbagai skandal tetapi mereka cukup bijak memainkan persepsi.

Malah, UMNO sendiri mengakui bahawa parti itu kalah dalam perang persepsi.  Segala kebaikan UMNO tidak lagi dilihat oleh sebahagian rakyat yang terpedaya dengan persepsi yang dibina oleh pembangkang terhadap UMNO.

Apa yang dibimbangkan ialah nampaknya sehingga ke hari ini, UMNO masih lagi kabur dalam menangani perkara ini.

Sebelum ini pembangkang hanya melihat kepentingan menagih undi bukan Islam sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya.  Pedih untuk diakui bahawa UMNO juga, malangnya, turut menggunakan strategi yang sama iaitu mengemis undi bukan Islam.

Namun, sekiranya berita yang dipetik di atas adalah benar maka jelaslah bahawa pembangkang sudah belajar dari kesilapan itu. Kegilaan pembangkang merebut undi bukan Islam telah memakan diri di mana majoriti rakyat yang terdiri dari umat Islam akhirnya menolak mereka.

Dan inilah yang menyelamatkan UMNO dalam PRU-13 kerana dalam keadaan di mana kedua-dua pihak membelakangkan pengundi Islam, umat Islam merasakan ada sedikit harapan di bawah UMNO berbanding pembangkang yang didominasi DAP.

Jadi, Anwar/pembangkang sudah memahami bahawa dalam sebuah demokrasi, undi yang perlu direbut adalah undi majoriti, bukan minoriti.   Dari situ mereka mengkaji kehendak majoriti dan mendapati bahawa majoriti rakyat amat mendambakan kepimpinan nasionalis!

UMNO boleh memperlekeh ide ini sebagai satu lagi retorik pembangkang.  Tidak dinafikan ia  memang hanya satu retorik pembangkang.  Pembangkang atau Anwar Ibrahim tidak pernah meletakkan prinsip nasionalis dalam perjuangan mereka sejak dari mula dan kenapa mereka perlu menukarnya pada hari ini?

Percayalah, mereka tidak akan menukarnya, tetapi sekadar membina imej dan seterusnya persepsi kononnya merekalah parti yang benar-benar prihatin terhadap kehendak majoriti.  Semua ini dilakukan sekadar untuk meraih undi majoriti dan menang pilihanraya sahaja.

Oleh itu, Anwar mungkin akan kembali membawa imej Muslim sejati dan bukan lagi pejuang hak asasi.  Anwar mungkin akan kembali membela Melayu dan semakin garang dengan DAP.  Tentu sekali semua ini lakonan, tetapi jangan terkejut jika ramai yang terpedaya dengan lakonan itu akibat terlalu sangat mendambakan pemimpin nasionalis.

Penulis punya satu cadangan kepada UMNO dalam menangani masalah ini dan menghadapi PRU-14.  Inilah dicadangkan agar UMNO membentuk imej nasionalis-professional.

Tidak perlu membawa imej Islamis kerana ia hanya akan berakhir dengan terperangkapnya kita semua dalam agenda iblis untuk memecahbelah dan menyesatkan umat Islam.

Tidak perlu membawa imej Islamis kerana ia hanya akan berakhir dengan terperangkapnya kita semua dalam agenda iblis untuk memecahbelah dan menyesatkan umat Islam.

Lagipun, imej Islamis tidak pernah berjaya kerana hakikatnya, kebanyakan dari kita, termasuk yang mengaku Ulama sebenarnya masih jahil lagi tentang agama.  Mesir yang ingin membawa pendekatan politik-Islam juga tumpas akhirnya kerana pemimpinnya hanya melihat Islam dalam satu arah iaitu 'agama' semata-mata.

Politik-Islam hanya akan berjaya jika pemimpinnya mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan dalam semua bidang, serta tidak menumpukan seluruh perhatian terhadap hukum-hakam agama semata-mata.

Justeru, penulis percaya imej nasionalis-professional adalah lebih relevan dalam dunia hari ini di mana rakyat semakin kritis dan sinis.  Apatah lagi dengan hakikat bahawa negara ini bersifat majmuk.

Kita tidak boleh memaparkan imej Islamis tanpa membuatkan masyarakat bukan Islam merasa terancam.  Tetapi kita boleh mengajak mereka untuk turut menjadi nasionalis, iaitu satu bangsa.

'Professional' pula merujuk kepada kecekapan dan keterbukaan dalam pentadbiran, namun tegas dan tidak boleh diperkotak-katikkan oleh sesiapa.  Dan sikap sebeginilah yang perlu dibentuk di dalam UMNO.

UMNO perlu hapuskan persepsi yang bersarang di pemikiran rakyat iaitu sebagai parti yang lembab, kampungan dan santai serta korup.  Dan ini hanya boleh dilakukan jika UMNO mengambil sedikit masa untuk menilai diri sendiri dan berubah, bukannya menyerang orang atau membela diri dua puluh empat jam sehari.

Jika langkah mengubah persepsi rakyat ini tidak dilakukan segera maka ia hanya akan mengukuhkan lagi persepsi itu sekali gus membawa bencana kepada UMNO dalam PRU-14 nanti.

PKR dan 'PAS Demokrat', atau PDRM atau apa saja panggilan nama mereka, nampaknya telah mempunyai gambaran yang jelas dan bersedia untuk memperbaiki diri dari segi persepsi.  Biarpun mereka tidak mungkin mampu memerintah dengan baik dan biarpun mereka penuh dengan skandal, korup serta diselaputi najis, namun semua itu tidak relevan dalam era di mana persepsi adalah segala-galanya.

Lagipun, memperbaiki persepsi rakyat terhadap UMNO adalah lebih berkesan daripada memberitahu rakyat bahawa mereka telah diperdayakan oleh permainan persepsi pembangkang.

Ingatlah bahawa UMNO punya banyak kelebihan dalam permainan persepsi ini kerana UMNO telah terbukti mampu mentadbir dengan baik.  Justeru, imej nasionalis-professional yang bakal ditonjolkan nanti bukan sekadar persepsi, tetapi realiti.

Mr Beruang Biru

Pemilihan MT 5 Oktober, Perhimpunan Agung UMNO 2 – 7 Disember

Posted: 26 Jul 2013 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan berlangsung pada 5 Oktober depan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Tahun ini adalah tahun pertama perlembagaan baru UMNO akan dikuatkuasakan, justeru kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti adalah berdasarkan kepada Perlembagaan baru," katanya.

Ujar beliau, pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap akan diadakan pada 7 September (Sabtu) di Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Berikutan dengan itu, persidangan sayap pergerakan dan pemilihan serentak sayap pergerakan akan berlangsung pada 28 September (Sabtu).

"Melalui Perlembagan ini, ia akan jadikan UMNO lebih demokratik dan lebih inklusif kerana jumlah yang memilih pimpinan tertinggi parti lebih besar jumlahnya iaitu dalam lingkungan 150,000 berbanding dengan sebelum ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, hari ini.

Jelas beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia, penglibatan ahli yang lebih besar akan mencerminkan semangat dan hasrat kita untuk jadikan UMNO lebih terbuka.

"Dengan kita membuka ruang yang lebih luas, kemungkinan berlaku muka-muka baru adalah lebih tinggi yang akan terpilih.

"Dengan kedudukan berasaskan Perlembagaan baru, saya yakin ahli-ahli UMNO akan dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan asas lebih kukuh dan dengan kepimpinan mereka itu juga boleh diterima oleh parti dan rakyat. Kita bukan saja mahu pemimpin yang berjaya dalam UMNO tetapi yang penting adalah yang berjaya dalam pilihan raya nanti.

"Kita harap UMNO sebagai parti yang dapat diterima oleh rakyat jadi UMNO mesti mengetengahkan pemimpin yang disenangi oleh rakyat. Proses pemilihan parti diharap dapat melontarkan mereka yang kesudahannya dapat mencerminkan imej yang positif dikalangan rakyat."

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan keputusan MT yang bersetuju dengan cadangan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berhubung pengurusan pentadbiran UMNO Bahagian Sungai Petani dan UMNO Bahagian Padang Serai yang pentadbirannya dikembalikan sepenuhnya kepada pentadbiran UMNO bahagian masing-masing.

Najib turut memaklumkan berkaitan kedudukan keahlian UMNO bermula 1 Januari hingga 22 Julai 2013 yang bertambah sebanyak 113,959 menjadikan jumlahnya keseluruhan ahli UMNO adalah 3,441,946. – MediaUMNO

Salahkan Hari Rabu, Pembangkang Guna Alasan Dangkal Tutup Kecewa

Posted: 26 Jul 2013 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan dakwaan Pembangkang yang mengatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpakat untuk merencana kemenangan Barisan Nasional (BN) apabila meletakkan tarikh pengundian pada hari Rabu yang menyebabkan ramai pengundi luar tidak dapat pulang mengundi, hanyalah sebagai satu alasan untuk menutup kegagalan mereka semata-mata.

Menurut beliau, kenyataan tersebut memperlihatkan kedangkalan pemikiran kepimpinan pembangkang serta sikap mereka yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan secara terbuka.

"Kalau nak dikira pengundi luar, BN juga mempunyai ramai pengundi-pengundi dari luar. Bukan pembangkang saja yang ada pengundi luar. Jadi, dakwaan mereka ini tidak rasional.

"Ia semata-mata satu alasan untuk menafikan hakikat kemenangan BN. Apa pun keputusan tentang pilihanraya, samada tarikh hari mengundi dan sebagainya ditentukan oleh SPR, bukannya UMNO atau BN.

"Sudah tentu ada sebabnya mengapa SPR memilih hari Rabu untuk lepas sebagai hari untuk mengundi dan apa yang pastinya sebab itu bukanlah berdasarkan komplot atau berpakat untuk memenangkan BN di PRK Dun Kuala Besut baru-baru ini," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya, alasan remeh seperti ini juga membuktikan bahawa pembangkang mempunyai satu sikap buruk iaitu tidak dapat menerima kekalahan dengan hati yang terbuka

Tambahnya, inilah sikap pembangkang yang tidak pernah cuba untuk melihat kelemahan dan kegagalan diri sendiri tetapi sebaliknya terus-terusan menyalahkan orang lain di atas kegagalan mereka.

"Pembangkang saya kira perlu lebih rasional dan matang dalam hal seperti ini. Jika gagal, cuba renungi apa kelemahan diri sendiri dan jangan asyik menyalahkan orang lain akibat kegagalan mereka itu.

"Namun setakat yang kita lihat hari ini, pembangkang tidak pernah sedar tentang kelemahan mereka, jauh sekali untuk mengaku kesilapan mereka dan tidak habis-habis menyalahkan UMNO dan BN di atas kelemahan dan kegagalan mereka sendiri," akhiri beliau. -MediaUMNO

Doktor Rasis : Kementerian Kesihatan Masih Tunggu Laporan Ketua Menteri P.Pinang

Posted: 26 Jul 2013 03:47 AM PDT

GEORGE TOWN, 26 Julai –  Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan siasatan Kerajaan Pulau Pinang berhubung dakwaan tiga doktor bersikap rasis dan tidak memberi perkhidmatan baik kepada pesakit di hospital kerajaan di negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihak kementerian masih belum menerima laporan daripada pihak Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu itu.

Katanya Ketua Menteri Lim Guan Eng telah berjanji secara lisan akan menyiasatkan kes berkenaan dan maklumat itu akan disalurkan kepada pihak kementerian tetapi setakat ini, pihaknya hanya terima laporan daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin.

“Kami masih menunggu laporan terperinci daripada Lim,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 di pasar awam Bayan Baru sini, Jumaat.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang awal bulan Julai, Lim membangkitkan isu mengenai pesakit sebuah hospital kerajaan tidak diberi layanan baik oleh tiga doktor yang didakwa bersikap rasis.

Hilmi berkata kelmarin, pihaknya menerima laporan daripada Adun Pinang Tunggal yang mengemukakan maklumat dan orang yang terlibat telah membuat pengakuan.

Selasa lepas, Roslan dilaporkan menampilkan beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang bagi membuktikan kejadian itu memang berlaku.

Sementara itu, Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata kesemua premis makanan haruslah mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi bagi mengelak jangkitan virus.

“Dari semasa ke semasa, kami akan memantau tahap kebersihan di semua premis seluruh negara,” katanya.

Sabah Diesel Shortage Is Temporary, Says Jainab

Posted: 26 Jul 2013 02:12 AM PDT

KOTA KINABALU, July 26 – The recent shortage of diesel in Sabah is temporary and due to disruptions in the supply of subsidised diesel to several petrol stations, says state Community Development and Conmsumer Affairs Minister Datuk Jainab Ahmad Ayid.

She said the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry constantly monitors the supply of the fuel to petrol stations in the state.

“To overcome the shortage, the ministry has and will take the necessary steps including raising the subsidised diesel quota if there is a need and justification,” she told reporters after visiting the wet market here today.

She said the high price differential between subsidised and unsubsidised diesel has contributed to the shortage, with commercial concerns buying subsisidised diesel and smuggling it through coastal areas.

“The rise in number of vehicles using diesel and the difficulty of transporting the fuel to other areas due to geographical features are also contributing factors,” she said, adding the shortage will be resolved before the start of the upcoming festive season.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT