SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 31, 2013

UMNO Online - “Tiada Sebab Pihak Mahu Guling Kerajaan – Ahmad Maslan” plus 9 more

UMNO Online - “Tiada Sebab Pihak Mahu Guling Kerajaan – Ahmad Maslan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tiada Sebab Pihak Mahu Guling Kerajaan – Ahmad Maslan

Posted: 30 Dec 2013 06:16 AM PST

BAGAN DATOH, 30 Dis – Tidak ada sebab pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan berikutan peningkatan kos sara hidup rakyat kerana kepimpinan negara sentiasa berusaha menanganinya dengan formula terbaik.

ahmad-maslan-menteri-kewangan-penerangan-umno-bn-malaysia

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pelbagai program bagi meringankan beban rakyat kerana ia adalah satu amanah.

"Tidak ada sebab pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan sedangkan kerajaan BN berusaha untuk memberi pelbagai bantuan kepada rakyat dengan menyediakan peruntukan dan subsidi bernilai berbilion ringgit," katanya selepas memberi taklimat isu semasa kepada pelbagai pemimpin masyarakat di kawasan Parlimen Bagan Datoh hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercita-cita tinggi untuk membantu meringankan beban rakyat.

Jelanya lagu Najib akan meneruskan 10 pakej bantuan kepada rakyat bagi mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat meskipun pemimpin negara itu menerima pelbagai tohmahan, terutama daripada pihak pembangkang.

Beliau berkata kerajaan memiliki kemampuan kewangan bagi melaksanakan semua program yang memerlukan peruntukan tinggi untuk rakyat sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka.

10 pakej itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, subsidi kesihatan, dana perniagaan kepada usahawan serta bantuan kepada nelayan dan pesawah.

PM Umum 11 Langkah Kurangkan Perbelanjaan Sektor Awam Mulai 1 Jan

Posted: 30 Dec 2013 06:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

najib-razak-pm-kabinet-kerajaan-malaysia-2013-2018

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Perdana menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau ‘event management’ serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya.

Lebih Baik Berhimpun Bersama Keluarga Daripada Sertai Himpunan Guling Kerajaan

Posted: 30 Dec 2013 01:22 AM PST

ALOR GAJAH, 30 Dis – Berhimpun dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga tersayang adalah lebih baik daripada menyertai Himpunan Guling Kerajaan yang nyata sia-sia dan membuang masa, kata Ketua Puteri Umno bahagian Alor Gajah Azniza Ahmad Khuzar.

najib-rosmah-kumpul-keluarga-makan-tahfiz-anak-yatim

Beliau berkata rakyat, terutama golongan muda, perlu memikirkan keluarga dan orang tersayang terlebih dahulu sebelum mereka terjebak serta terpengaruh dengan dakwaan penganjur perhimpunan itu.

“Golongan muda dari Institut Pengajian Tinggi banyak terjebak untuk mengikuti perhimpunan seperti itu namun mereka tidak tahu apa tujuan perhimpunan itu diadakan… mereka perlu faham dengan mendalam kenapa perhimpunan itu dibuat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau bersama-sama wakil 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan berhubung perhimpunan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Antara NGO terbabit ialah Yayasan Angin Ahmar Melaka, Gerakan Belia 4B, Majlis Gabungan Belia Melaka, Majlis Gerakan Belia Daerah Alor Gajah, Pahlawan Maya Melaka dan Persatuan Ibu Tunggal Kawasan Alor Gajah.

Azniza berkata polis perlu mengambil tindakan tegas dengan menangkap sesiapa sahaja yang menghadiri perhimpunan itu bagi menjamin keamanan negara dan rakyat di negara ini.

Pelbagai Pihak Terus Buat Laporan Polis Bantah Himpunan Guling Kerajaan

Posted: 30 Dec 2013 01:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Pelbagai pihak terus membuat laporan polis di seluruh negara bagi membantah perhimpunan haram yang dikatakan untuk menggulingkan kerajaan.

Antara yang membuat laporan hari ini ialah Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kunak dan Pemuda Umno Putrajaya.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden GABUNGAN Datuk Mohd Alias Abdul berkata perhimpunan itu bukan sahaja menjejas imej negara, terutama dalam kalangan pelancong yang akan menyertai sambutan di ambang tahun baharu, tetapi juga perkhidmatan dan pendapatan mereka.

“Himpunan ini akan menyebabkan para pemandu teksi enggan ke tempat terbabit menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Bagi aktivis pengguna PPIM Mohd Mustafa Hamzah, sejarah perhimpunan haram di negara ini jarang berakhir secara aman.

“Setiap kali perhimpuanan ini diadakan, pelbagai kekecohan berlaku dan keselamatan orang awam terjejas selain pendapatan harian peniaga kecil turut terjejas, pemandu teksi juga tidak dapat menjalankan tugas seperti biasa. Kita memandang serius perkara ini” katanya.

Sehubungan itu, kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak polis mengambil tindakan keras terhadap kumpulan terbabit yang didakwa mampu menggugat keamanan dan ekonomi negara.

Di KUNAK, Sabah, Ketua Daerah OKK Hussin Pg Ombit, yang mewakili lebih 50 pemimpin akar umbi, komuniti dan pemimpin di peringkat kampung seluruh daerah itu, berkata pihak keselamatan perlu mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penganjuran perhimpunan haram.

“Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan dan saya sebagai pemimpin mewakili komuniti di daerah ini membantah perhimpunan seperti itu, juga kami membantah segala bentuk perhimpunan yang sama jika berlaku di daerah ini”, katanya dalam satu kenyataan berikutan laporan yang dibuat beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Di PUTRAJAYA, Ketua Pemuda Umno bahagian itu Ahmad Faisal Abd Karim berkata tindakan harus diambil sama ada hari ini atau esok kerana banyak laporan polis telahpun dibuat di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan haram itu.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya perhimpunan haram ini yang berlangsung pada sambutan meraikan tahun baharu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya dalam sidang media sebelum menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Jaringan Kaseh Ixora Putrajaya Zarina Ismail berkata KDN perlu bertindak tegas dengan segera setelah pihak polis baru-baru ini telahpun mengumumkan empat pertubuhan dikenal pasti sebagai penganjur perhimpunan itu.

“Kami mahu KDN mengambil tindakan terhadap ketua pertubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia, Solidariti Anak Muda Malaysia, Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang jelas menyusahkan banyak pihak dalam menganjurkan perhimpunan pada waktu sama dengan sambutan meraikan tahun baharu di Dataran Merdeka,” katanya.

Perhimpunan itu tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya ia member kesan negatif yang boleh menjejaskan pendapatan para peniaga dan sector pelancongan negara akibat keadaan yang tidak aman, katanya.

Di KINABATANGAN, Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian itu turut membuat laporan polis membantah perhimpunan berkenaan.

Laporan masing-masing dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Kinabatangan Aksyah Nasrah dan Ketua Wanita Umno Kinabatangan Aminah Johan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan.

Aksyah berkata laporan dibuat sebagai bantahan sekeras-kerasnya terhadap usaha menggulingkan kerajaan kerana yakin kerajaan sedia ada merupakan pilihan rakyat.

Beliau berkata adalah tidak wajar negara yang aman diporak-perandakan ekoran ketidakpuasan hati dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana cuba mengganggu-gugat keharmonian serta keamanan negara.

“Rakyat seharusnya bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikecapi melalui perpaduan rakyat negara ini.

“Proses pilihan raya untuk memilih kerajaan itu juga sudah berjalan, yang dibuat secara demokrasi dan berlangsung dalam suasana aman,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Laporan sama turut dibuat oleh Ketua Puteri Umno Beluran Julie Sabran di Ibu Pejabat Polis Beluran.

Di KULAIJAYA, Johor, Polis menerima 172 laporan di seluruh negeri berhubung penganjuran Himpunan Guling Kerajaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata kesemua laporan polis berkenaan menggesa pihak polis agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat selain membantah penganjuran perhimpunan itu.

“Polis akan bertindak atas setiap aduan yang diterima dan semua laporan diserah kepada Polis Bukit Aman bagi menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kulaijaya yang baharu, Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Supt Ruslan Khalid bagi menggantikan Supt Zulkefly Yahya, yang berpindah ke Bukit Aman dan mengambil alih jawatan Ruslan.

Hasnan berkata pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang maklumat sama ada perhimpunan sama akan diadakan di negeri ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan.

“Polis sentiasa bersiap siaga untuk bertindak mengikut lunas perundangan negara terhadap mereka yang berdegil kerana perhimpunan berkenaan hanya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat,” katanya.

TMM 2014 Tidak Akan Terjejas Dengan Perhimpunan Haram, Kata Mohamed Nazri

Posted: 29 Dec 2013 11:53 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 tidak akan terjejas dengan perhimpunan haram yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka di sini esok malam.

Beliau berkata ini kerana kebanyakan pelancong asing telah mengenali budaya negara ini dan mempunyai pandangan serta pemikiran positif terhadap Malaysia.

nazri-aziz-tourism-pelancongan-menteri-umno-bn-malaysia

“Saya tidak fikir akan menjejaskan usaha TMM 2014. Lagi pun pelancong asing yang hendak melawat ke Malaysia tahun hadapan sudah buat ‘booking’ (tempahan)lebih awal dan antara kelebihan Malaysia adalah kerana rakyatnya fasih berbahasa Inggeris termasuk di kampung-kampung dan kedua, rakyat Malaysia juga dikenali secara semulajadi bersifat mesra.

“Sifat mesra dan suka membantu, tambahan dengan tarikan produk-produk pelancongan kita lagi yang sekali gus semua faktor ini menyebabkan Malaysia terkenal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Restoran Bar.B.Q Tonight di sini hari ini.

Sempena TMM 2014, Malaysia menyasarkan kehadiran 28 juta pelancong dengan nilai pendapatan sebanyak RM76 bilion.

Mengulas mengenai penganjuran perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan itu, Mohamed Nazri berkata ia boleh dilabelkan seperti sikap ‘kebudak-budakan’ yang cuba untuk menggugat keharmonian negara ini tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Beliau berkata rakyat negara ini sudah bosan dengan tindakan pakatan pembangkang yang dilihat sentiasa mencari kesalahan kerajaan sedia ada sehingga gemar membuat demonstrasi jalanan.

“Benda ini selalu sangat dah, dan orang pun sudah tidak kisah sangat. Ini perangai ‘kebudak-budakan’. Jadi saya rasa rakyat Malaysia pada umum majoritinya sudah bosan dengan perbuatan ‘keanak-anakan’ ini.

“PRU (pilihan raya umum) pun sudah habis, dah kalah tetap kalah. Dunia lihat keadaan macam mana yang berlaku seperti di Mesir, Syria dan juga yang terkini di Thailand. Saya tidak fikir rakyat negara ini mahu keadaan yang sama berlaku di Malaysia,” katanya.

Najib Harap Mangsa Banjir Di Sarawak Tabah

Posted: 29 Dec 2013 11:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua mangsa banjir di Sarawak tabah dalam menghadapi ujian bencana alam itu.

“Saya berdoa agar Allah memudahkan dan meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di Bintulu, Miri serta kawasan-kawasan lain,” katanya dalam laman twitter beliau hari ini.

Semalam dilaporkan keadaan hujan berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir, melibatkan beberapa kawasan di bahagian Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air di antara 0.5 meter dan satu meter.

Hari ini, dilaporkan 261 mangsa banjir membabitkan 60 keluarga di Miri dan Bintulu telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Daripada jumlah itu, 222 orang di Bintulu, manakala 34 orang di Niah dan lima di Marudi, masing-masing daerah kecil di Miri.

Najib Hopes Sarawak Flood Victims Will Persevere

Posted: 29 Dec 2013 11:42 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 30 – Datuk Seri Najib Tun Razak has expressed his hope that Sarawak flood victims would persevere in the face of the calamity.

“I pray that God will ease and relieve flood victims in Bintulu, Miri and other parts of the state of the burden,” the prime minister said in his Twitter post today.

Continuous rain has inundated several divisions in Sarawak, including the Miri, Bintulu, Betong and Sri Aman divisions yesterday.

So far, 261 people from 60 families in the Miri and Bintulu divisions have taken refuge at evacuation centres.

Of them, 222 were from Bintulu, and the Miri sub-districts of Niah (34) and Marudi (five).

M’sia Capable Of Producing 3.4 Mil Tonnes Of Padi Per Year By 2020

Posted: 29 Dec 2013 11:40 PM PST

PUTRAJAYA, Dec 30 – Malaysia is capable of producing 3.4 million tonnes of padi per year by 2020 at an average yield of 10 tonnes per ha, said Deputy Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

He said the projection was based on current production of 1.7 million tons per year at an average yield of 5.4 tonnes per ha.

Although padi land is limited, the production can be optimised through modern technology, and use of high quality seeds and irrigation method, he told reporters after opening the National Water Users Group Conference here today.

He said the country’s padi consumption of 2.6 million tonnes per year is partially compensated by imports.

Meanwhile, ministry’s Division of Irrigation and Agricultural Drainage director Syed Abdul Hamid Syed Shuib said the Water Users Group was set up to smoothen water supply to padi fields to facilitate double cropping.

“The ministry hopes every farmer or padi smallholder will join the Water Users Group, a mini estate or a special purpose vehicle to enable padi to be cultivated in a big way,” he said.

The convention was attended by 150 National Water Users Group committee members and 50 officers from departments and agencies involved in padi cultivation.

Himpunan Jalanan Hanya Buang Masa, Tenaga… Lebih Baik Bantu Mangsa Banjir

Posted: 29 Dec 2013 10:00 PM PST

KEMAMAN, 30 Dis  - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rancangan untuk menghimpun rakyat untuk berarak di jalanan pada malam 31 Dis ini adalah satu perbuatan yang sia-sia serta membuang masa dan tenaga.

Beliau  yang  juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia berkata negara mempunyai sistem iaitu Parlimen untuk menyatakan ketidakpuasan kepada kerajaan selain melalui media massa kerana kerajaan bersedia mendengar dan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.

“Saya rasa yang pergi itu (sertai perhimpunan) akan membuang tenaga…kita ada sistem Parlimen, mereka boleh bersuara dalam Parlimen, dalam media massa dan sebagainya, kerajaan sedia mendengar, kita akan sesuaikan (keperluan orang ramai)…kita jelaskan,” katanya selepas program bantuan sekolah kepada mangsa banjir di Kemaman di sini hari ini.

turun-demonstrasi-turun-bantu-mangsa-banjir

Beliau berkata adalah lebih baik masa dan tenaga itu digunakan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini kerana ia lebih berfaedah daripada membuat bantahan di jalanan.

Menurutnya, kerajaan kasihan kepada sesetengah rakyat yang telah ditipu pembangkang sehingga sanggup berhimpun di jalanan dan kali ini sekali lagi rakyat cuba ditipu semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Himpunan guling kerajaan itu dirancang diadakan pada Selasa malam di Dataran Merdeka di ibu negara oleh badan bukan kerajaan, disebarkan melalui laman social Facebook dan Twitter.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan berusaha untuk memberi setiap keluarga mangsa banjir seunit televisyen dan barangan lain seperti peti sejuk yang kini merupakan antara barang keperluan dan bukan lagi lambang kemewahan.

“Dalam sistem telekomunikasi, televisyen bukan sesuatu yang mewah tetapi keperluan untuk orang dapatkan maklumat dan sebagainya. Dulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) beri komputer 1Malaysia, dalam konteks sekarang kita bagi televisyen,” katanya.

Beliau berkata pihak SKMM akan cuba mengagihkan set televisyen tersebut secepat mungkin dengan anggaran keseluruhan ialah kira-kira 30,000 unit untuk mangsa banjir di Terengganu dan Pahang.

“Satu keluarga satu, cuba dalam masa sebulan, stok yang ada kualiti, munasabah untuk 30,000 keluarga,” katanya.

Pada majlis hari ini, Yayasan Al-Bukhary dan beberapa NGO termasuk Kelab Putera 1Malaysia dan Puteri UMNO menyampaikan bantuan pakaian dan beg sekolah kepada 3,839 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, DUN Kijal dan DUN Chukai manakala esok pula kepada 4,733 penerima di DUN Air Putih.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pemberian insurans kepada penjawat awam yang terjejas banjir boleh membantu meringankan beban mereka yang telah banyak kerugian harta benda.

Niat Guling Kerajaan Ibarat Petualang Negara Jatuhkan Yang DiPertuan Agong

Posted: 29 Dec 2013 08:09 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis. – Niat untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang dirancang oleh segelintir rakyat negara ini boleh dilabel sebagai tindakan negatif yang ingin menjatuhkan kerajaan Yang DiPertuan Agong kerana kuasa eksekutif Persekutuan adalah di bawah Baginda, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

dymm-agong-malaysia-2013-baginda-sultan-tuanku-abdul-halim-muadzam-shah-kedah

Katanya, tindakan tersebut adalah sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan jika berpaksikan kepada Kanun Keseksaan, cubaan untuk melakukan perbuatan tersebut pun telah dianggap salah dan dianggap sebagai petualang pembelot negara.

"Jika sabit kesalahan, mana-mana pihak yang cuba bertindak menggulingkan kerajaan boleh dihukum mati dan kesalahan tersebut termasuklah hasutan-hasutan yang banyak berlegar dalam media sosial sejak kebelakangan ini," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, sistem perundangan di Malaysia amat jelas dan mana-mana pihak yang berniat untuk mengadakan himpunan juga boleh berbuat demikian berdasarkan kepada peruntukan yang ada dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Apa-apa sahaja yang timbul akibat rasa tidak puas hati perlu ditangani dengan cara yang betul kerana matlamat tidak pernah menghalalkan cara dan demonstrasi bukanlah sebahagian dari budaya kita.

"Cara nak jatuhkan kerajaan melalui himpunan jalanan sebagaimana di negara-negara luar bukanlah sebab terbaik untuk lahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan atau sebagai balasan kepada pihak terbabit atas tindakan-tindakan yang tidak selari dengan apa yang diperkatakan atau dengan apa yang pernah dijanjikan sebelum ini."

Jelas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), jika ada rasa tidak puas hati maka sewajarnya rakyat perlu bersikap matang dengan menggunakan sepenuhnya saluran yang ada bagi mewujudkan bantahan dan rasa tidak bersetuju atas sesutu keputusan yang telah dibuat.

"Dalam negara ini ada banyak persatuan-persatuan, badan-badan NGO dan macam-macam lagi yang boleh mereka gunakan sebagai cara untuk melahirkan desakan dan meluahkan rasa tidak puas hati sama ada dengan menghantar memorandum, buat petisyen dan bangkitkan rasa hati sebenar tanpa perlu mengganggu gugat ketenteraman dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

"Setiap bahagian ada wakil rakyat masing-masing, ada ahli-ahli Parlimen maka gunakanlah wakil mereka ini untuk menyampaikan suara hati rakyat golongan bawahan yang kononnya ditindas atau rasa dizalimi dengan menjadikan para wakil rakyat ini sebagai saluran untuk bercakap di Parlimen, berhujah berkaitan kehendak rakyat di Dewan Rakyat, di Dewan Negara dan bukannya di jalanan."

Tegas beliau, saluran yang ada telah tersedia dan wakil rakyat yang mereka pilih pada pilihan raya yang lalu adalah platform terbaik untuk digunakan malah cara tersebut lebih relevan dan lebih sistematik berbanding daripada demonstrasi jalanan.

"Ambillah iktibar keadaan negara-negara Timur Tengah yang tidak berkesudahan bergolak selepas demonstrasi jalanan menumbangkan kerajaan yang ada, malah negara jiran kita juga boleh dijadikan contoh kerana cara terbabit tidak betul dan hanya akan merugikan diri kita sendiri selain membantutkan pertumbuhan dan kemjuan negara."

Himpunan Guling Kerajaan dirancang oleh pihak tertentu akan diadakan pada malam Sambutan Tahun baharu 2014 ini. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT