SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, December 12, 2012

UMNO Online - “Tawaran “Enam Tambah Tiga” Pembangkang Sebenarnya Telah Dan Sedang Dilaksana BN – Adnan” plus 9 more

UMNO Online - “Tawaran “Enam Tambah Tiga” Pembangkang Sebenarnya Telah Dan Sedang Dilaksana BN – Adnan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tawaran “Enam Tambah Tiga” Pembangkang Sebenarnya Telah Dan Sedang Dilaksana BN – Adnan

Posted: 11 Dec 2012 06:05 AM PST

KUANTAN, 11 Dis — Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan tawaran ‘enam tambah tiga’ oleh pembangkang kepada rakyat Pahang sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang bukan sesuatu yang  baharu, malahan kesemua tawaran itu telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata tiga tawaran mega peringkat pusat dan enam peringkat negeri itu adalah satu taktik pembangkang dalam menarik perhatian dan mengelirukan rakyat.

“Antara enam tawaran jika mereka (pakatan pembangkang) dapat memerintah Pahang nanti adalah menyediakan lot-lot rumah untuk rakyat dan menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon.

“Perkara tersebut telahpun dan sedang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sekarang yang sentiasa prihatin tentang kebajikan rakyat,” katanya pada sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tawaran tersebut diumumkan oleh Ketua Pembangkang  Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang di Kerdau, Temerloh, baru-baru ini.

Antara tawaran itu adalah untuk menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga generasi kedua, ketiga Felda, serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

Selain itu menjanjikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya 5 peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak dan memberi perhatian dalam meningkatkan prasarana yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaik taraf jalan yang terbengkalai.

Adnan berkata, beliau berharap rakyat di negeri ini dapat menilai dan jangan mudah terpengaruh dengan tawaran pakatan pembangkang yang hanya pandai menjanjikan bulan dan bintang.

“Semua janji-janji berkenaan telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, jadi apa yang ditawarkan itu bukanlah benda yang baharu,” katanya.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin kemudian menangguhkan persidangan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Pelaburan Januari – November Iskandar Malaysia Bernilai RM20.36 Bilion

Posted: 11 Dec 2012 05:59 AM PST

PUTRAJAYA, 11 Dis – Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan bahawa pelaburan bernilai RM20.36 bilion sudah dijanjikan untuk Iskandar Malaysia antara Januari dan November tahun ini.

Angka ini melepasi sasaran pelaburan sebanyak RM100 bilion, serta pelabura nmenyeluruh yang dijanjikan mencecah RM105.14 bilion dalam pelbagai sektor,dengan 42 peratus menjadi kenyataan sehingga akhir November.

“Saya bangga terhadap prestasi koridor, terutama menyaksikan kenyataan dan operasi projek-projek pemangkin pada 2012,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat anggota berkuasa Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) pada Selasa.

Sektor teras yang merangsang pertumbuhan kukuh sebahagian besarnya bidang hartanah, termasuk komersil, runcit dan industri, pembuatan dan utiliti, dengan 64 peratus daripada jumlah pelaburan yang dijanjikan atau RM67.69 bilion, merupakan pelaburan domestik dan 36 peratus atau RM37.45 bilion membabitkan pelaburan asing.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sektor pelancongan yang membabitkan Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Family Theme Park, kejayaan Educity iaitu Newcastle University, University of Southampton Malaysia Campus dan RafflesUniversity Iskandar, institusi pendidikan lain seperti Marlborough College dan Raffles American School dan yang paling menarik, sektor runcit KSL, Medini Lifestyle Retail Mall dan Galleria @ Kota Raya, menambah kerancakan penggunaan domestik.

“Saya juga bangga kerana menerusi IRDA, Iskandar Malaysia memperoleh kedudukan kukuh dalam pembangunan hijau dan lestari dengan anggota MoA menyokong pelancaran pelan tindakan Masyarakat Rendah Karbon pada pelancaran sesi ke-18 Pihak-pihak (COP18) di Doha pada 30 Nov,” katanya.

Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim berkata kejayaan besar memperoleh pelaburan RM100 bilion itu bukan semata-mata hasil kerja keras IRDA secara bersendirian, malah hasil pemahaman, usaha sama agensi-agensi negeri dan persekutuan serta pelaksanaan pelan induk medan hijau Nusajaya oleh pemaju utama dan pembangunan semula bandar raya JB.

“Pelabur domestik dan sokongan perusahaan kecil dan sederhana serta keyakinan terhadap visi yang sama, yang memacu Iskandar Malaysia berada pada kedudukan untuk mencatat pertumbuhan seterusnya,” katanya.

Daripada RM105.14 bilion jumlah pelaburan terkumpul yang direkodkan oleh Iskandar Malaysia, pelaburan dalam perkilangan menyumbang RM33.9 bilion, hartanah RM35.1 bilion, kerajaan RM7.3 bilion, utiliti RM9.5 bilion, pelancongan RM2.1 bilion, petrokimia dan logistik RM5.7 bilion, pelabuhan dan logistik RM3.7 bilion, kreatif RM0.4 bilion, pendidikan RM1.6 bilion, penjagaan kesihatan RM1.6 bilion dan lain-lain RM4.2 bilion.

Ismail berkata sektor kreatif, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan dan logistik merupakan tarikan pada 2013 hingga 2015.

“Ia merupakan sokongan kepada pembukaan sulung Pinewood Iskandar MalaysiaStudios dan projek penjagaan kesihatan dan kesejahteraan.

“Kami juga sedang mempersiapkan Iskandar Malaysia untuk meningkatkan tarikanpelancong dalam tempoh 2013-2015 menerusi pembukaan Legoland Malaysia, pembangunan Kota Iskandar, Johor Premium Outlets dan Puteri Harbour,” katanya.

Beliau berkata sambutan dan perhatian pelabur semasa dalam kalangan peniagatempatan dan antarabangsa, persatuan dan majlis menyediakan landasan hebat untukIskandar Malaysia.

Ismail juga berterima kasih kepada kerajaan, yang setakat ini menjanjikan RM7.3 bilion di Iskandar Malaysia bagi membangunkan infrastruktur baharu danmenaik taraf kemudahan sedia ada dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan dan10 bagi menarik dan meningkatkan taraf hidup.

Beliau berkata nisbah pelaburan sektor swasta dan awam meningkat daripada 1:1 pada 2006 kepada 13:1 pada 2012.

“Angka ini sendiri merupakan kejayaan ketara dan penting memandangkan iamencerminkan keyakinan terhadap pembangunan Malaysia,” katanya.

Biografi Rosmah Mansor Wadah Betul Untuk Tangkis Tohmahan – Dr Mahathir

Posted: 11 Dec 2012 05:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis –  Buku biografi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal berada di pasaran dalam waktu terdekat, merupakan wadah yang betul untuk isteri perdana menteri menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadapnya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Rosmah berhak untuk membuat pembetulan terhadap semua isu-isu negatif mengenai dirinya yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Beliau (Rosmah) bukannya berprofil tinggi. Hanya orang-orang tertentu menjadikan beliau seorang individu berprofil tinggi dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan beliau berhak untuk menjawab.

“Walaupun beliau adalah isteri perdana menteri, ini tidak bermakna yang beliau perlu berdiam diri terhadap pelbagai tuduhan,” kata Dr Mahathir selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pemerolehan Teknologi dan Aset bernilai RM63 juta antara Proton Holdings Bhd dan Petronas Bhd, di sini Selasa.

Pada Isnin, majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diiringi Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.

Ia akan dilancarkan dan diedar untukjualan bulan depan.

Cuepacs Gesa Agensi Kerajaan Lanjut Kontrak 50,000 Penjawat Awam

Posted: 11 Dec 2012 05:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis –  Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menggesa agensi kerajaan agar melanjutkan kontrak 50,000 penjawat awam yang status perkhidmatan kontrak mereka bakal ditamatkan hujung tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs menerima aduan daripada penjawat awam berstatus kontrak dari pelbagai agensi serta jawatan mengenai penamatan perkhidmatan mereka.

“Kami akan memastikan kebajikan golongan ini terbela kerana rata-rata penjawat ini telah berkhidmat selama lebih 10 tahun.

“Yang paling penting, mereka juga ada keluarga untuk ditanggung maka kitaharap kerajaan menyemak semula keputusan ini,” katanya  selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs di Wisma Cuepacs di sini.

Turut hadir Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng serta 37 anggota kesatuan.

Mengulas mengenai pengurangan pengambilan penjawat awam sebanyak 10 peratusbermula tahun depan, Omar menyuarakan kebimbangan berikutan ramai lepasan institusi pengajian tinggi di negara ini mungkin tidak berpeluang mendapat pekerjaan.

“Jawatan yang kosong perlu diisi dengan tenaga kerja baharu menggantikan mereka yang telah pencen atau meninggal dunia,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tindakan ini mungkin mengakibatkan graduan menganggur kerana terpaksa bersaing untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang amat terhad di sektor awam.

Omar turut menyuarakan nasib kira-kira 3,000 guru tabika yang kemungkinan tidak akan diserapkan sebagai guru tabika tetap di bawah Jabatan PerpaduanNegara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Katanya daripada jumlah itu 1,600 adalah guru tabika manakala bakinya merupakan penolong guru tabika yang 70 peratus daripadanya mempunyai pengalaman selama 15 hingga 20 tahun dalam bidang itu.

“Cuepacs sebelum ini pernah menghantar memorandum kepada JPNIN namun tiadasebarang maklum balas yang kami terima,” katanya sambil menegaskan JPNIN tidak sepatutnya mengutamakan guru tabika yang mempunyai diploma tanpa mengambil kira pengalaman yang dimiliki guru tabika sekarang.

Pada mesyuarat itu juga, Omar berkata isu pengkorporatan Lembaga KemajuanPerindustrian Malaysia (MIDA) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) turut dibangkitkan dan Cuepacs meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan itu buat sementara.

“Kerajaan sepatutnya memberi taklimat secara menyeluruh kepada penjawat awam di agensi itu serta persatuan (Cuepacs) juga perlu terlibat dalam pelaksanaan pengkorporatan itu,” katanya.

Justeru itu, Cuepacs mencadangkan agar penjawat awam di agensi itu diberi pilihan sama ada ingin bersara awal, dipindahkan ke jabatan lain atau menamatkan perkhidmatan mereka.

Pembangkang Amal Politik Samseng Kerana Ghairah Untuk Berkuasa

Posted: 11 Dec 2012 05:52 AM PST

KUALA LUMPUR 11 Dis -  Keghairahan untuk mendapatkan sokongan menyebabkan ada di kalangan pemimpin politik yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan serta akibat daripada tindakan dan perbuatan mereka yang kadangkala menimbulkan perbalahan antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Suasana politik yang semakin panas apabila tempoh pilihan raya yang semakin hampir, tanpa disedari tindakan serta perbuatan yang dilakukan pihak-pihak tertentu boleh menimbulkan ketegangan.

Bagi Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan menyifatkan budaya politik samseng sudah  menular di kalangan rakyat negara ini yang dipelopori parti pembangkang yang cuba mendapatkan sokongan dengan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang.

"Kita lihat apa yang berlaku kepada Himpunan Bersih, pembangkang dengan sengaja melanggar arahan pihak berkuasa supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, mereka tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa  sehingga menimbulkan kekacauan di Kuala Lumpur.

"Apa yang berlaku itu, pembangkang sememang-memannya merancang untuk melakukan himpunan itu, selain cuba membangkitkan perasaan benci segelintir rakyat kepada kerajaan yang kononnya tidak bebas, mereka juga ingin mengambil perhatian negara lain daripada apa yang berlaku untuk menunjukkan tanda tidak puas hati rakyat.

"Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah ramai rakyat yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang kerana lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan," katanya ketika diminta mengulas berhubung tindakan pembangkang yang dilihat cuba membudayakan politik samseng di negara ini.

Jika dahulu budaya politik samseng itu lebih menjurus kepada perhimpunan seperti Himpunan Bersih, namun peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak, baru-baru ini menunjukkan ada segelintir rakyat yang tidak dapat mengawal emosi apabila menyetuh perkara yang membabitkan politik.

Kamalanathan berkata, rakyat negara ini tidak harus terpengaruh dengan apa yang cuba dibawa oleh pembangkang seperti apa yang berlaku di Timur Tengah kerana kejadian itu tidak ada penghujungnya seperti apa yang berlaku sekarang.

"Apakah negara kita ingin menjadi seperti apa yang berlaku di Mesir, jika dahulu mereka memperjuangkan untuk mendapat pemerintahan baru, kini mereka melakukan perkara yang sama kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan baru.

"Nampaknya apa yang berlaku di sana tidak ada kesudahannya, akhirnya rakyat sendiri yang rugi dengan keadaan yang bergolak sehingga berlaku pertumpahan darah dan huru-hara," katanya.

Beliau mengingatkan supaya rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan apa yang cuba dicetuskan oleh pembangkang yang sebenarnya merasa tertekan terhadap sokongan rakyat kepada pemerintahan Barisan Nasional. -MediaUMNO

Hudud : Pas Akan Guna Konsep “Tahaluf Siyasi” Sebagai Kaedah Kelirukan Ahli, Pengundi

Posted: 11 Dec 2012 05:47 AM PST

KUALA LUMPUR 10 Dis – Pendakwah Bebas Ustaz Toharudin Yaakob percaya Pas selama-lamanya akan menggunakan konsep 'Tahaluf Siyasi' sebagai kaedah mempertahankan diri apabila bercakap soal Hudud.

Menurut beliau sampai bila-bila pun mereka akan menggunakan kaedah sedemikian kerana apa yang penting bagi mereka hari ini adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) bersama sekutunya di dalam pakatan pembangkang.

"Cakaplah apa sekalipun…desaklah bagaimana pun dan cabarlah apa sekalipun mereka akan tetap menggunakan kaedah sedemikian kerana banyak kali diperhatikan itulah cara mereka mengelakkan diri.

"Sebab itulah saya boleh buat kesimpulan 'Tahaluf Siyasi' adalah kaedah mereka mempertahankan diri dalam usaha memastikan sokongan akar umbi tidak beralih arah dan tidak mempertikaikan segala apa jua usaha mereka bersama DAP dan PKR," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menegaskan DAP dan PKR tentunya tidak sependapat dengan Pas dalam soal Hudud itu.

"Jika kedua-dua bersetuju tentulah ada di dalam Buku Jingga…Sungguh pun ini isu lama dan banyak telah diperkatakan ramai namun penjelasan sehingga ke hari ini masih lagi terus kabur dan kelam.

"Bukankah 'tahaluf siyasi' bersama DAP dan PKR yang diketengahkan…Percayalah pusing-pusing ikut mana sekalipun yang akan keluar 'tahaluf siyasi'. Namun persoalah yang boleh ditimbulkan sampai bila mereka akan terus dengan sikap sedemikian," katanya.

Wakil UMNO Kelantan, Ustaz  Mohd. Afandi Yusoff pada Persidangan Agung UMNO baru-baru ini mencabar Pas  agar meletakkan hudud sebagai salah satu manifesto pakatan pembangkang selian meletakkan perkara itu dalam Buku Jingga. -MediaUMNO 

Puteri Yakin Kembalikan Parlimen PJ Selatan Kepada BN

Posted: 11 Dec 2012 05:35 AM PST

PETALING JAYA, 11 Dis – "Walaupun kita tewas ke semua kerusi di Parlimen Petaling Jaya Selatan pada PRU 12, saya yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu bertapak kukuh di parlimen ini pada PRU akan datang. Rakyat sudah kembali memberikan sokongan padu kepada BN… Rakyat sukakan cara kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," ujar Jamilah Hanim Othman.

Beliau yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan menambah, Puteri akan terus berusaha keras mendekati masyarakat di Parlimen ini dalam membantu parti untuk bertapak semula di sini.

Menerusi program-program yang dijalankan oleh Puteri ujarnya, dapat dilihat dengan jelas sokongan masyarakat setempat amat baik dan ini memberikan petanda jelas bahawa UMNO dan BN kembali bertakhta di hati rakyat.

"Kita tewas di semua kerusi pada PRU lalu tidak bermakna kita akan terus tewas di PRU akan datang. Kita telah melakukan pelbagai usaha mendekati rakyat dan membetulkan segala kelemahan yang ada. Puteri selaku tulang belakang parti, akan terus berusaha mengukuhkan kedudukan UMNO di sini.

"Saya yakin, kita mampu membuat perubahan malah berdasarkan kajian yang dibuat, peratus sokongan rakyat kepada UMNO khususnya BN telah bertambah. Kini semua cawangan dan bahagian hanya perlu berusaha gigih dan bersatu untuk mendapatkan lebih ramai pengundi. Segala agenda peribadi harus diketepikan… Kita perlu fokus. Begitu juga Puteri… Kita fokus membantu parti," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau yang juga merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO, sekarang adalah masa terbaik untuk mengembalikan semula hati dan kepercayaan rakyat memandangkan keadaan pembangkang yang terus bercelaru.

Malah rakyat juga tegas beliau semakin meluat dengan tindak tanduk pembangkang yang hanya pandai berjanji kosong saja.

“UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan khususnya mesti terus mendampingi rakyat yang jelas sudah hilang kepercayaan kepada pembangkang. Ini dapat di lihat apabila pakatan pembangkang turun padang memberi ceramah, tiada lagi sambutan hangat yang diterima.

"Anwar Ibrahim turun, Wan Azizah turun… Abby Abadi juga telah dua kali datang memberi ceramah tetapi tiada sambutan dari masyarakat sini. Inilah bukti bahawa rakyat dah tak percaya mereka.

"Kepercayaan yang rakyat berikan dahulu kepada pembangkan telah dipersiakan. Kita harus mengambil kesempatan ini untuk menyakinkan rakyat bahawa kita adalah yang terbaik untuk diberi kepercayaan membela nasib rakyat. Tiada yang lain boleh dipercayai selain UMNO dan BN. Ini telah jelas terbukti dengan pelbagai program dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan demi menaiktaraf hidup rakyat," ujarnya lagi.

Oleh itu, beliau amat berharap agar masyarakat di Parlimen Petaling Jaya Selatan akan memberi mandat kepada BN pada PRU akan datang untuk merubah masa hadapan rakyat di kawasan  ini. - MediaUMNO

Kalau Manifesto Bukan Janji, Tawaran Mega Pun Bukan Janji Yang Boleh Dipercayai

Posted: 11 Dec 2012 05:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis – "Tawaran Mega pembangkang kepada rakyat Pahang adalah satu tindakan desperado menjelang pilihan raya. Janji dan terus janji… Janji PRU 12 masih tak tertunai, kini buat janji baru.. manifesto pun dikatakan bukan janji… sekarang buat tawaran mega pula… nanti bila dah menang, tawaran mega ini juga akan dikatakan bukan janji".

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tawaran tersebut semasa program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang baru-baru ini.

Menurut Bung Moktar, apa yang terkandung di dalam tawaran tersebut semuanya telah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) kecuali membawa Felda ke peringkat kelabu.

"BN telah buat semua yang mereka tawarkan. Felda juga telah diletakkan di peringkat yang terbaik. Orang Felda tiada masalah. Apa yang mereka buat ini hanyalah sebab PRU dah dekat. Mereka ini kemaruk kuasa. Bila kemaruk kuasa mula hilang akal dan buat janji kosong. Itulah kepandaian mereka.

"Sama macam Pas.. Bila hilang akal mereka sanggup doakan perkara tidak baik. Pakatan pembangkang sudah hilang hala tuju. Jadi, untuk mempengaruhi rakyat, mereka terus berjanji kosong..  Janji yang manis-manis belaka walaupun mereka sedar bahawa apa yang mereka tawarkan itu mustahil untuk di penuhi.

"Ini amat jelas berbeza dengan kita BN. Apa yang kita janjikan sentiasa ditepati. Janji kita adalah janji dikota… bukan retorik politik semata. Sudah-sudahla menabur janji manis. Rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan cakap mereka lagi," ujarnya kepada UMNO-Online di sini.

Anwar Ibrahim semasa program tersebut telah mengumumkan tiga tawaran mega peringkat pusat dan enam di peringkat negeri. Antara tawaran peringkat negeri adalah menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, bekas anggota polis dan tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

Manakala antara tawaran peringkat pusat pula adalah menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun serta mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ia tidak diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - MediaUMNO

Tolak Pembangkang Bermakna Tolak Fitnah

Posted: 10 Dec 2012 11:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 11  Dis. – Slogan 1Malaysia, Tolak Fitnah yang dicanang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 lalu perlu diserap dan menjadi satu manifestasi kepada anggota parti yang selama ini sememangnya pragmatik dalam menyatakan kebenaran, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbullah Osman.

Katanya, kepimpinan dalam UMNO bersama Barisan Nasional (BN) yang dulunya parti Perikatan sejak dari awal pentadbirannya lagi sentiasa bersikap telus iaitu menyatakan benar pada perkara yang berlaku dan sebaliknya.

"Perkara yang tidak benar akan dinafikan kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab maka tentunya banyak pihak khususnya pembangkang cuba membuat onar dengan melemparkan pelbagai fitnah sama ada dalam bentuk persepsi atau manipulasi namun yang pasti ia adalah lahir dari perkara yang bukan realiti," katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, fitnah bukanlah satu perkara yang baru dalam politik apatah lagi berdepan dengan pakatan pembangkang yang lebih banyak melemparkan perkara-perkara tidak benar dalam kerajaan.

"Kita sendiri dapat lihat bagaimana kepimpinan tertinggi sama ada Perdana Menteri dan keluarganya dituduh dengan pelbagai tingkah negatif termasuklah baru-baru ini Datin Seri Rosmah juga difitnah dengan seorang usahawan tetapi apa yang pasti sikap kita yang sentiasa bercakap benar mengatasi segalanya.

"Fitnah ini lahir hasil daripada perancangan halus yang dibuat untuk melihat kejatuhan UMNO bersama BN lantas bukan saja kepimpinan tertinggi diburukkan tetapi apa saja perancangan dan dasar yang dibuat juga akan ditohmah."

Dalam hal ini beliau turut meyorot kepada badan beruniform khususnya anggota polis yang turut dilabelkan dengan pelbagai kata-kata buruk dan jumlah keanggotaannya juga dipalsukan untuk dijadikan sebagai isu politik.

"Kemajuan dalam masyarakat dan pembangunan sebagaimana inisiatif syarikat memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng juga dilemparkan dengan fitnah walhal ia telah dikaji dengan terperinci dan dapat membekalkan keperluan pekerjaan kepada rakyat tempatan tetapi lantaran mahu memburukkan usaha kerajaan maka ia pun diberitakan negatif oleh pihak lawan," katanya.

Lantaran itu, beliau menggesa anggota parti untuk terus memahami tanggungjawab dengan memberi penjelasan dan menyampaikan agenda kerajaan kepada rakyat di akar umbi.

"Ahli-ahli UMNO bertanggungjawab menyampaikan amanat pucuk pimpinan kepada ahli akar umbi supaya mereka faham serta jelas dengan apa yang dilaksanakan selain sentiasa menyokong perjuangan parti.

"Apa yang penting, ahli UMNO perlu mengajak orang Melayu dan rakyat supaya menolak parti mana-mana pihak yang melemparkan fitnah dan menjadikan ia sebagai satu taktikal dalam politik kotor selama ini," katanya.

Tambahnya, dengan menolak fitnah, kekuatan dan penyatuan UMNO akan dapat dijana bagi membolehkan parti terus kukuh dan utuh dalam mendepani cabaran PRU-13.

"Ahli-ahli UMNO dan pucuk pimpinan sentiasa sepakat dan bersatu padu dalam melaksanakan perancangan bagi membawa kemajuan kepada rakyat dan negara dan dalam masa yang sama melihat persepsi yang diwar-warkan pembangkang melalui persediaan bagi mendapatkan info untuk penerangan berterusan." – MediaUMNO

DRB-Hicom Takeover Has Burnished Proton’s Image, Says Dr Mahathir

Posted: 10 Dec 2012 10:45 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 11 – Proton Holdings Bhd’s image has been significantly burnished since the takeover by DRB-Hicom Bhd, said the advisor to the national car maker, Tun Dr Mahathir Mohamad.

The former Prime Minister said the new management under Chairman Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, was very focused and aggressive, in ensuring the image of the company was on par with other international car makers.

“The previous management had a marketing strategy which portrayed Proton as producing low-cost cars. The people’s perception of low-cost cars is that of lowquality.

“The new management (DRB-Hicom) wants to produce quality Proton cars, which is good if you ask me,” he told reporters here.

He was speaking after witnessing the RM63 million Assets and Technologies Acquisition Agreement signing ceremony between Proton and Petronas Bhd, here today.

Dr Mahathir also stressed that Proton cars in future will not be just thrown into the automotive market without proper quality certification.

“Malaysians will not see new Proton cars with windows that cannot be wound down after some time, anymore” he said.

He said the new Proton cars would also improve significantly interms of handling and driving quality.

Dr Mahathir said the Proton Preve is the best effort to date by Proton to showcase its international automotive standards.

“There is much more to come. I have been briefed almost weekly by the Proton management and sense so far, that it has a clear direction of growth.

“They have identified areas which have to be enhanced, corrected and even scraped. They know what they are doing,” he added.

DRB-Hicom bought a 42.7 per cent stake in Proton from Khazanah Nasional Bhd for RM1.29 billion in January this year.

A turnaround business plan for Proton is also on the cards and slated to be unveiled by March next year.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT