SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, December 28, 2012

UMNO Online - “Sesi Persekolahan Boleh Ditangguh Sehingga Banjir Pulih – Muhyiddin” plus 9 more

UMNO Online - “Sesi Persekolahan Boleh Ditangguh Sehingga Banjir Pulih – Muhyiddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

Sesi Persekolahan Boleh Ditangguh Sehingga Banjir Pulih – Muhyiddin

Posted: 27 Dec 2012 04:52 AM PST

KEMAMAN, 27 Dis –  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sesi persekolahan bagi sekolah yang dijadikan pusat penempatan mangsa banjir yang sepatutnya bermula 1 Jan ini akan ditangguhkan sehingga banjir kembali pulih.

Beliau berkata penangguhan itu hanya melibatkan sekolah yang dilanda banjirdan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata penangguhan sesipersekolahan itu tidak membabitkan sekolah yang terselamat daripada bencana itu.

“Sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan (mangsa banjir) tak perludibuka awal (1 Jan), lewat sehari dua pun tak apa.

“Kalau banjir surut, boleh buka (sekolah) semula, manakala sekolah-sekolahyang tak terlibat dengan banjir akan dibuka seperti biasa,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan sebahagian daripada mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok dekat sini Khamis.

Beliau turut meninjau keadaan banjir di SK Bukit Mentok yang terletak berdekatan serta kawasan sekitar yang dilanda bencana itu.

Kunjungan Muhyiddin ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud serta Menteri Belia dan Sukan merangkap Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir, Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Pusat penempatan banjir di SMK Bukit Mentok di sini menempatkan 5,879 penduduk melibatkan 1,365 keluarga.

Muhyiddin berkata pihaknya juga menyerahkan kepada semua pengarah pelajaran negeri untuk memutuskan sama ada perlu menangguhkan sesi persekolahan murid pada1 Jan.

“Kita dah arah pengarah-pengarah pelajaran negeri buat keputusan sendiri untuk tangguh dulu persekolahan, tengok pada keadaan,” katanya.

45,000 Kakitangan Kerajaan Disambung Kontrak

Posted: 27 Dec 2012 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis –  Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mengumumkan kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kontrak mereka akan diperbaharui mulai1 Januari sehingga hujung bulan Jun nanti.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini, Khamis.

Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baru kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.

Omar juga meminta jasa baik kerajaan untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang mempunyai rekod baik mengambil cuti tanpa rekod selama 10 hari.

Katanya selain itu cuti tanpa rekod juga perlu diberi kepada ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak yang sakit.

“Setahun ada 25 hari, kalau anak kena kuarantin 10 hari, kaum ibu kena ambilcuti 10 hari dan tinggal 15 hari sahaja, kalau tidak cukup cuti, kena ambilcuti tanpa gaji,” katanya.

Beliau juga meminta penjawat awam yang mahu menunaikan umrah dibenar mengeluarkan caruman daripada simpanan gratuiti perkhidmatan antara RM5,000 dan RM10,000.

Wang tersebut boleh diganti semula selepas mereka bersara nanti menggunakan duit pencen mereka, katanya.

“Cara ini lebih sesuai kerana kakitangan kerajaan tidak mempunyai KWSP tetapi mempunyai simpanan gratuiti perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan orang ramai mengeluarkan wang daripada akaun kedua mereka untuk menunaikan umrah.

Cuepacs juga hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkanpelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

“Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang,” katanya.

Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.

Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kesseumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.

“Mulai sekarang, biarlah yang membayar saman ini terdiri daripada pihak jabatan. Pemandu dengan upah RM800 ke RM1,500 sebulan, mana nak mampu bayar saman 2-3 kali sebulan sedangkan mereka dipaksa (memandu) laju kerana mengikut arahan,” katanya.

BN Salur Bantuan Kepada Rakyat Tanpa Sebarang Ikatan, Sokong BN Atau Tidak

Posted: 27 Dec 2012 02:21 AM PST

KUCHING, 27 Dis – Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sarawak tidak pernah membezakan dalam memberikan bantuan antara mereka yang menyokongnya pada pilihan raya dan mereka yang tidak menyokongnya, kata Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh Khamis.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa percaya kepada penilaian dan penghakiman rakyat untuk memutuskan jenis kerajaan untuk memimpin mereka.

“Barisan Nasional ialah kerajaan yang prihatin dan kami melakukan yang terbaik untuk membantu pelbagai organisasi untuk menjalankan aktiviti mereka, sama ada dalam bidang pendidikan, kebajikan, sukan dan malahan hal ehwal agama,” katanya selepas menyampaikan geran projek kecil dan kampung bernilai lebih RM450,000 kepada 54 badan bukan kerajaan di pejabatnya di Petra Jaya, di sini.

Wong berkata demikian ketika ditanya mengenai jumlah besar geran diberikan kepada kawasan-kawasan bandar di negeri ini walaupun pada pilihan raya umum lepas menunjukkan majoriti pengundi di kawasan berkenaan tidak menyokong BN.

Menurutnya, hasrat kerajaan negeri memberikan bantuan itu ialah untuk memastikan penerima dapat menjalankan aktiviti mereka yang akhirnya akan memberimanfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan menggalakkan suasana harmoni.

Wong, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Sarawak berkata kerajaan negeri tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan kecuali rakyat memahami yang ia mahu mengekalkan kestabilan di negeri ini.

Beliau berkata BN telah membuktikan bahawa sejak ia memerintah Sarawak, negeri ini telah menikmati kestabilan politik yang membolehkan rakyat menikmati persekitaran sosial yang kondusif, toleransi beragama dan kebebasan mengamalkan kebudayaan masing-masing.

“Ia (persekitaran kondusif) tidak wujud secara automatik dan saya berharap rakyat tidak meremehkannya. Ia datang dan wujud kerana usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN,” katanya.

Isu Pindah Lokasi Solat Jumaat : Tindakan Segera Pengarah JAWI Disambut Baik Masyarakat

Posted: 27 Dec 2012 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis – UMNO Bahagian Cheras menyambut baik langkah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menangguhkan cadangan perpindahan sementara solat Jumaat dari Masjid Jamek Alam Shah ke dua buah surau berdekatan sehingga akhir Februari depan.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan keputusan tersebut mencerminkan JAWI amat peka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam setempat dengan turut mengambil kira cadangan yang dikemukakan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali yang sanggup turun padang dan cekap membuat keputusan dengan serta-merta berikutan sungutan orang ramai apabila masjid berkenaan dikatakan akan ditutup sementara bermula 28 Disember ini,” ujarnya.

Beliau berkata, tindakan segera Che Mat mendapatkan penjelasan dan maklumat berhubung isu perpindahan  dari masjid ke surau berkenaan turut mendapat pujian daripada penduduk setempat.

Malah Syed Ali menghargai JAWI kerana selang dua hari beliau membuat kenyataan di akhbar tempatan, JAWI terus membuat keputusan menangguhkan cadangan perpindahan tersebut sehingga Februari tahun depan.

Sambil memuji tindakan segera yang diambil oleh Che Mat, beliau melahirkan rasa syukur kerana kerja-kerja pembesaran Surau Abbas Al-Alhabshee dengan peruntukan RM250,000.00 akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Sebelum ini beliau menggesa JAWI menangguhkan serta merta pemindahan solat Jumaat di Masjid Jamek Alam Shah ke dua buah surau berdekatan berikutan penutupan sementara masjid ketiga tertua di Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tun Razak itu.

Menurutnya, penangguhan itu perlu memandangkan Surau Abbas Al-Habshee di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel belum lagi bersedia untuk menampung jumlah bagi jemaah solat Jumaat yang dianggarkan seramai 1,500 orang.

Selain surau berkenaan, Surau At-Taufiqiah di Jalan Menteri turut diumumkan oleh JAWI sebagai surau solat Jumaat.

Berikutan itu, Che Mat dalam reaksi segeranya sepertimana disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia semalam memberi jaminan cadangan perpindahan itu telah ditangguhkan sehingga Februari depan.

Che Mat berkata, penangguhan itu disebabkan pihaknya mendapati beberapa perubahan struktur yang perlu dibuat sebelum masjid itu dirobohkan.

Beliau juga memberitahu, kerja-kerja pengubahsuaian Surau Abbas Al-Alhabshee akan dilakukan tidak lama lagi setelah mendapati proses tender sebelum ini diluluskan tidak mencukupi dan peruntukan tender baru diluluskan sebanyak RM250,000.00.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata sikap bertanggungjawab dan prihatin dengan masalah rakyat membuktikan JAWI sentiasa memandang serius terhadap pandangan dan rungutan yang disuarakan oleh umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.

“Dengan jaminan JAWI itu, saya berharap masyarakat Islam sekitar Cheras dan kawasan berhampiran tidak lagi risau kerana mereka masih boleh menggunakan Masjid Jamek Alam Shah sehingga notis penutupan diberitahu kelak,” uajrnya.

NGOs Raise Awareness On Shortcomings Of Kelantan Pas Government

Posted: 27 Dec 2012 01:49 AM PST

KOTA BAHARU, Dec 27  – Several non-governmental organisations in Kelantan are travelling around the state to disseminate information on the shortcomings of the PAS government in the administration of the state for more than 20 years, according to the Kelantan People’s Action Council (MTRK).

Its president, Azmi Ali, said the awareness programme would continue up to the next general election and was aimed at dispelling the people’s perception of and obsession with the PAS leadership allegedly using the guise of ‘ulama’ (scholars).

He alleged that the shortcomings included the failure to resolve the water issue, housing for the poor, unemployment and the issue of land sold to non-bumiputeras and outsiders.

“So far, we have held 41 peaceful gatherings throughout the state, and we will hold a huge gathering of more than 10,000 people,” he told reporters after addressing a peaceful gathering organised by the MTRK with the collaboration of Perkasa, the Malay right wing group, here today.

Almost 4,000 people attended the gathering at the compound of the State Mara Office.

Several of the participants carried banners calling for a change of government and citing examples of the failure of the PAS government in fulfilling promises.

PDRM To Have 400 More Investigating Officers Next Year – CID Chief

Posted: 27 Dec 2012 01:47 AM PST

KOTA KINABALU, Dec 27 – The Royal Malaysian Police (PDRM) will have 400 more investigating officers from January in an effort to improve the standard of investigation and the prosecution process towards enhancing the image of the police force.

Federal police CID chief, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said they comprised 200 investigating officers with the rank of inspector and 200 assistant investigating officers with the rank of sergeant who had been trained in the field of investigation.

“The heavy workload have caused our investigating officers to be unable to fully focus on their work of handling crime cases, and what we want is for them to build capacity in order to raise the investigation profile and prosecution,” he told a press conference, here, today.

Mohd Bakri hoped the new investigating officers, aged 25 to 40, would have a diploma or degree in investigation from the Police Training Centre (Pulapol) as such a qualification would help them solve cases in a faster and more professional manner.

He said PDRM aimed to lessen the functions of the investigating officers as they were now bogged down by heavy workload at the ratio of one officer to as many as 20 investigations papers, which was to be brought down to one officer to five investigation papers.

“Next year, we want to reduce the workload and improve policing work performance following various successes achieved by the police force currently.”

Mohd Bakri said 300 personnel were now undergoing training at Pulapol, with 200 of them to be posted to the Criminal Investigation Department (CID) and the  rest to other departments to improve police performance in combating crime.

Towards this end, he said police would improve the investigation delivery system with the target of 30 per cent prosecution at the courts compared to 25 per cent set for this year.

Meanwhile, Sabah CID chief, SAC Omar Mammah said the state’s crime index dropped by 9.48 per cent or 609 cases from 6,529 cases recorded during the same period last year.

Omar said 5,910 cases were reported from January this year until yesterday with the rate of solving cases at 47.39 per cent.

He said the drop in crime rates and increase in the number of cases solved had enabled Sabah police to achieve the KPI (Key Performance Indicators) set under the National Key Result Area of reducing crime.

Keluarga Mangsa Banjir Akan Terima RM500 – Muhyiddin

Posted: 27 Dec 2012 01:40 AM PST

RANTAU PANJANG, 27 Dis – Setiap keluarga mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan rasmi akan menerima bantuan sebanyak RM500, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha  meringankan beban keluarga berkenaan akibat bencana alam itu.

“Saya minta Majlis Keselamatan Negara (MKN) uruskan perkara ini dan selesaikan dalam tempoh yang singkat,” katanya selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Rendah Kebangsaan Gual Tinggi di sini, hari ini.

Turut serta isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata pemberian sumbangan itu hanya akan diberikan kepada keluarga yang berpindah dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berkata sumbangan itu bukannya sebagai ganti rugi sebaliknya untuk membantu mereka membaiki rumah atau sebagainya selepas menghadapi musibah itu.

Katanya bagi penduduk yang mengalami kerosakan hasil pertanian termasuk ternakan haiwan, mereka perlu menghubungi Jabatan Pertanian untuk dibanci kerugian yang ditanggung.

“Bancian ini penting bagi mengelakkan berlaku seperti sebelum ini kerana petani mendakwa kerugian besar sedangkan ia hanya membabitkan bilangan yang kecil,” katanya.

Bagi mereka yang mengalami kerosakan harta benda termasuk rumah, Muhyiddin berkata peruntukan untuk membaikinya akan diuruskan Badan Perhubungan UMNO seperti di Kelantan melalui Tabung Wang Ihsan.

Mengenai sekolah yang terlibat banjir termasuk dijadikan pusat pemindahan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata keputusan untuk menangguhkan sesi persekolahan hanya akan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Beliau juga berkata bantuan seperti bekalan makanan dan keperluan diri adalah mencukupi di setiap pusat pemindahan banjir.

“Kita minta perhatian khusus diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak dan menu makanan pula perlulah dipelbagaikan.

“Soal kesihatan dan bekalan air bersih juga sangat memuaskan dan kerajaan sangat komited menjaga keperluan rakyat,” katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan agensi yang terbabit menyelaras mangsa banjir yang telah berperanan dengan baik.

Sehubungan itu, beliau meminta semua jentera Barisan Nasional dan pemimpin tempatan agar turun padang membantu mangsa banjir termasuk membersihkan rumah penduduk.

Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa pihak keselamatan akan memantau rumah-rumah yang ditinggalkan kerana penghuninya berpindah.

“Itu yang saya beri jaminan pasukan keselamatan akan memantau dan menjaga keselamatan termasuk rumah yang ditinggalkan,” katanya.

Katanya dengan jaminan itu, penduduk tidak akan khuatir untuk berpindah seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sebelum itu, Muhyiddin menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada mangsa banjir di pusat berkenaan.

Beliau dan isteri kemudiannya berlepas ke Terengganu untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu.

Orang Muda Felda Tolak Kumpulan Pembawa Fitnah, Pecah Belah Masyarakat

Posted: 27 Dec 2012 01:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Setiap berlaku perkara buruk yang menimpa pakatan pembangkang, tiada lain yang akan disalahkan melainkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Terbaru apabila Kembara Oren Selamatkan Felda yang menjelajah ke setiap negeri telah dihalang memasuki kawasan felda di beberapa buah negeri.

Kejadian terbaru adalah di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh Negeri Sembilan yang menyaksikan berlaku sedikit kekecohan sehingga menyebabkan beberapa orang peserta kembara Oren tercedera. Akibat daripada itu, UMNO telah dipersalahkan kononnya telah mengupah golongan muda untuk bertindak samseng.

Membidas dakwaan tersebut, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abd Manap berkata setiap halangan yang dilakukan oleh generasi ke dua Felda untuk menghalang Kembara Oren daripada menceroboh kawasan Felda sama sekali tidak ada kena mengena dengan UMNO.

Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan adalah atas dasar tidak mahu Kembara Oren terus memecahbelahkan kehidupan masyarakat Felda yang aman damai.

"Buat apa diaorang nak masuk Felda untuk tabur fitnah. Tak payah kacau kami. Kami sebenarnya sibuk dengan pelbagai program lain.. program pembangunan sukan, ekonomi generasi muda, kerja-kerja sosial dan sebagainya.

"Kami tak mahu layan dan tak benarkan pembangkang ni nak buat kecoh dalam kawasan Felda. Tak payahlah nak tuduh UMNO dalang di sebalik apa yang berlaku. Kami bertindak sebab nak pertahankan kawasan kami dari anasir jahat pembangkang. Memang kami bawa bendera UMNO dan BN sebab UMNO yang bela nasib kami dari dulu. Bukan Pas, PKR atau DAP.

"Kalau betul mereka berniat baik dan bergerak atas tiket NGO, tinggalkan bendera Pas. Kenapa mereka boleh bawa bendera parti dan kami tak boleh. Mereka masuk kawasan kami nak buat kacau, nak tabur fitnah, kami tak terima ini semua," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Anuar, generasi kedua Felda tidak akan menghalang sekiranya mereka datang dengan niat baik dan membangkang perkara yang benar. Namun apa yang mereka cuba lakukan dan sebarkan adalah fitnah dan propaganda jahat semata-mata.

"Mereka tuduh Felda jual minyak pad Israel, tuduh Tan Sri Isa Samad nak bankrapkan Felda. Ini semua tak benar.

"Tan Sri Isa Samad sering mendengar pendapat kami. Lihatlah… kami rakyat Felda hidup dengan baik malah terbela. Kalau betul mereka nak tegur, tegurlah dengan betul. Bukan dengan cara macam ni. Masuk tempat orang lepas tu nak buat kacau. Mestilah kami akan halang semua ni," tambah Anuar.

Jelas beliau lagi pembangkang perlu sedar diri bahawa mereka tidak diterima oleh generasi kedua Felda, sebab itulah kedatangan mereka di kebanyakan kawasan Felda dibantah sekeras-kerasnya.

"Bukan kami generasi kedua sahaja yang bantah kedatangan mereka ini malah ibu bapa kami juga sama sekali tidak menerima kehadiran mereka yang cuba buat onar.

"Pergilah buat kerja lain daripada cuba kacau hidup orang Felda. Orang Felda setia di belakang Perdana Menteri. Usaha menabur fitnah kepada kami sama sekali tidak diterima. Lihat sahaja apa yang terjadi… Bila mereka dihalang oleh kami, UMNO pula yang dituduh sebagai pencetus apa yang berlaku. Ini fitnah lagi.. Terang-terang fitnah," selar Anuar. – MediaUMNO

HAMAS Terus Puji, Iktiraf Peranan UMNO Bantu Umat Islam Seluruh Dunia

Posted: 26 Dec 2012 09:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis – HAMAS terus mengiktiraf UMNO sebagai sebuah parti yang didokongi oleh umat Islam yang dilihat begitu aktif dalam membantu umat Islam yang terlibat di dalam konflik di serata dunia terutamanya terhadap umat Islam di Palestin.

Ketua Perhubungan Antarabangsa HAMAS, Usamah Hamdan berkata apa yang dilakukan oleh UMNO hari ini merupakan sebagai satu perlaksanaan tuntutan Islam dalam usaha untuk  membantu umat Islam yang dilanda konflik melalui pelbagai bantuan samada berbentuk fizikal dan spiritual.

"UMNO sebagai tulang belakang kerajaan Malaysia, telah membuktikan komitmen mereka dalam usaha untuk membantu umat Islam di seluruh dunia yang menghadapi konflik di negara masing-masing untuk meringankan beban mereka. Bahkan UMNO telah memperlihatkan komitmennya untuk membantu rakyat Palestin sejak dari awal episod pencerobohan Zionis ke bumi Palestin lagi.

"Bukan sahaja terhadap umat Islam di Palestin, tetapi UMNO juga prihatin dengan nasib umat Islam di negara-negara Islam lain yang sedang berada di dalam situasi konflik baik peperangan, kebuluran dan sebagainya," jelasnya kepada UMNO-Online selepas mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di PWTC pagi ini.

Selain itu, beliau juga menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti Islam yang berjaya membangunkan Malaysia sehingga mencapai tahap kemajuan dalam pelbagai sudut sehingga dihormati oleh negara-negara maju dan menjadi role model kepada negara-negara Islam yang lain.

"Malaysia merupakan sebuah negara contoh bagi keseluruhan negara-negara Islam yang bernaung di bawah OIC terutama dari sudut pembangunan, pentadbiran dan ekonomi. Kejayaan dan kemajuan Malaysia hari ini bagi saya merupakan usaha UMNO sebagai tulang belakang kerajaan Malaysia, dengan perlaksanaan dan perancangan yang tersusun dan dinamik, sehingga negara ini berjaya mencapai tahap kemajuan yang membanggakan," jelas beliau.

Justeru itu, di dalam pertemuan yang berlangsung hampir satu jam bersama Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, beliau mewakili HAMAS menyatakan hasrat untuk terus menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia, khususnya UMNO terutama dalam bidang pentadbiran, pelajaran dan ekonomi.

"Kerjasama ini termasuklah menghantar wakil-wakil kerajaan HAMAS untuk menimba pengalaman di Malaysia, bagaimana cara untuk mengurus tadbir negara, pembiayaan pembelajaran pelajar-pelajar Palestin untuk menyambung pelajaran di Malaysia, dan juga meminta agar visa perlarian politik yang terdiri daripada rakyat Palestin yang berada di negara ini dipanjang tempohnya untuk berada di sini," katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyambut baik penghargaan yang diberikan oleh HAMAS terhadap UMNO dan menyatakan kesediaan UMNO untuk terus bekerjasama dengan pihak HAMAS dalam membantu umat Islam di negara tersebut.

Menurut beliau, UMNO akan terus mengadakan hubungan dua hala yang erat bersama pihak HAMAS dalam usaha untuk membantu umat Islam dan rakyat Palestin dalam menghadapi konflik peperangan di negara tersebut.

"Usaha membantu rakyat Palestin merupakan satu komitmen Malaysia, sebagai sebuah negara Islam dan juga sebagai ahli anggota OIC. Selagi termampu, Malaysia akan terus menghulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk dalam misi-misi bantuan dan keamaman yang dihantar oleh kerajaan bagi membantu umat Islam di sana dalam bentuk perubatan, kewangan dan lain-lain," ujarnya.

Bagi umat Islam di negara ini yang ingin mengetahui informasi terkini situasi konflik di Palestin boleh mengikuti twitter Palestine Culture Organisation Malaysia (PCOM) di alamat twitter.com/pcomalaysia atau pun melalui facebook di alamat facebook.com/palestiniancultural. -MediaUMNO

Pemuda Kelantan Saran Suruhanjaya Diraja Siasat Rasuah Tanah Balak

Posted: 26 Dec 2012 09:24 PM PST

KUALA LUMPUR 27 Dis – Pemuda UMNO Kelantan hari ini menyarankan agar diwujudkan Suruhanjaya Diraja berhubung dakwaan yang melibatkan pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP.

Ketua Pemudanya, Annuar Safian berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan diharap dapat meneliti dakwaan tersebut sama ada benar atau sebaliknya yang sekaligus merungkai persoalan yang bermain difikiran orang ramai hari ini.

"Berdasarkan kepada isu Bazar Tok Guru serta lain-lain hal yang sebelum ini masih lagi belum mendapat maklum balas daripada SPRM, kita sarankan dalam soal ini pula agar diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja.

"Ini penting memandangkan semua pihak meminta penjelasan selain menimbulkan tanda tanya kepada rakyat Kelantan. Bagi kita ini adalah jalan terbaik berhubung dakwaan berkenaan," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Annuar yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian seterusnya merayu agar Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melihat perkara ini kerana ianya melibatkan dakwaan terhadap tanah serta masa depan rakyat  di negeri berkenaan. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT