SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, December 21, 2012

UMNO Online - “Pihak Berwajib Perlu Siasat Amanat Hadi – Shafie Apdal” plus 9 more

UMNO Online - “Pihak Berwajib Perlu Siasat Amanat Hadi – Shafie Apdal” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pihak Berwajib Perlu Siasat Amanat Hadi – Shafie Apdal

Posted: 20 Dec 2012 04:10 AM PST

JITRA, 20 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihak berwajib perlu menyiasat dengan lebih teliti amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang membawa kepada perpecahan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata siasatan tersebut perlu dilakukan dengan segera agar tidak berlaku kekeliruan dan keraguan di kalangan orang Islam itu sendiri.

“Maklumlah bila ada kepentingan politik kadang-kadang agama diperalat oleh pihak tertentu dan kita tak ingin perkara ini berlaku hingga timbul kekeliruan dan perpecahan umat Islam,” katanya hari ini.

Mohd Shafie berkata disebabkan amanat tersebutlah menjadikan orang Pas yang taksub sanggup tidak mahu solat berimamkan orang UMNO, tidak mahu makan masakan yang dimasak oleh UMNO dan ada yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Himpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kedah dan Pelancaran Jom P Karnival Niaga Napoh dekat sini.

Kerajaan BN Komited Bantu Sekolah Agama Rakyat – Muhyiddin

Posted: 20 Dec 2012 04:07 AM PST

YAN, 20 Dis – Kerajaan pusat sentiasa komited dan bersedia membantu meningkatkan mutu pelajaran di Sekolah Agama Rakyat (SAR) melalui pelbagai bentuk bantuan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata tiada yang lebih penting kepada kerajaan pusat selain untuk melihat anak-anak bangsa dalam sistem SAR tidak tercicir daripada sistem pendidikan kebangsaan.

“Kerajaan pusat menawarkan peluang kepada SAR menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Harus ada kerjasama yang erat… bukan tujuan kerajaan pusat untuk mengambil alih SAR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan dengan kepimpinan SAR dan Pondok Tahfiz seluruh Kedah di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Alhalimiah, Padang Lumat di sini hari ini.

Muhyiddin berkata tanggungjawab mendidik anak bangsa merupakan fardu kifayah yang mesti ditunaikan sebaik-baiknya dan penting untuk memastikan pendidikan yang berkualiti disampaikan melalui sistem yang tersusun serta rapi.

Katanya malang bagi negara yang mendukung prinsip Islamiah jika tidak ada pendidikan agama yang betul-betul berkualiti.

“Kalau ada yang cakap kerajaan pusat abaikan prinsip untuk tegakkan syiar Islam, itu adalah fitnah dan penafian hakikat tentang apa yang kita ada,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pengasas SAR yang belum menerima untuk menjadi SABK memikirkan semula tawaran kerajaan itu demi mengekalkan warisan pendidikan berteraskan agama.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada 12 SAR dan RM20,000 bagi tujuh pondok tahfiz di Kedah.

Demi Pilihanraya Pas Fatwakan Amanat Hj Hadi Sebagai Basi

Posted: 20 Dec 2012 03:35 AM PST

Amanat Haji Hadi sekali lagi menjadi topik hangat walaupun ia pertama kali di'fatwakan' pada tahun 1981.

Benar, ia sudah lama berlalu namun tidak benar jika dikatakan bahawa perkara ini sudah basi kerana ia melibatkan hubungan dalam masyarakat, kekeluargaan dan ikatan suami isteri yang terjejas atau terputus yang mana kesannya diwarisi dari generasi ke generasi.

Malah, lebih dahsyat, Amanat itu juga dikhuatiri menjadi punca kehilangan nyawa dalam Tragedi Memali 1985.   Ini bermakna Amanat ini akan terus relevan untuk dibincangkan sehingga ke akhirat dalam konteks syahid atau tidaknya pengikut-pengikut Ibrahim Libya dalam perjuangan menentang kerajaan UMNO.

Kita perlu faham akan besarnya impak atau akibat dari Amanat tersebut, di mana tanpanya, tragedi Memali mungkin tidak berlaku, dan anak-anak pengikut Ibrahim Libya mungkin tidak akan kehilangan bapa dan isteri mereka tidak akan menjadi balu.

Isteri dan anak-anak tersebut juga tidak akan menghadapi trauma, dan hidup mereka juga mungkin tidak sedaif yang mereka lalui selama ini, sekali gus sikap anak-anak mereka mungkin berbeza, lebih ceria dan yakin diri lalu menjadi manusia berjaya.

Benar sekali lagi, bahawa ini semua adalah takdir.  Namun, dalam memahami 'takdir' kita harus merujuk terlebih dahulu kepada qada' dan qadar di mana yang qada' itu pasti, tetapi qadar atau 'kadar' boleh diubah atas usaha, sikap, tindakan dan doa iaitu pilihan yang diambil dalam hidup kita.

Nasib yang menimpa kita berlaku dalam satu rangkaian kejadian sama ada dari diri kita sendiri atau orang dan keadaan sekelilng, dan bukannya secara tiba-tiba.  Faktor qadar tidak boleh diketepikan memandangkan  kiamat juga boleh terus ditunda selagi ada manusia yang berdoa dan menyebut nama Allah SWT.   Justeru, Memali mungkin tidak terjadi tanpa Amanat Hadi.

Dalam mengingati Memali juga, jangan kita lupa akan tragedi yang hampir serupa di Sauk sehingga membawa kepada penahanan di bawah Akta ISA serta kesannya kepada keluarga yang terlibat, sama ada di pihak pengikut Al-Maunah, atau di sebelah pihak berkuasa yang dibunuh kejam oleh mereka.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, bagi Haji Hadi sendiri untuk memperkecilkan amanatnya amatlah menyedihkan dan bagi Pas untuk merujuknya sebagai basi amatlah memelikkan.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, bagi Haji Hadi sendiri untuk memperkecilkan amanatnya amatlah menyedihkan dan bagi Pas untuk merujuknya sebagai basi amatlah memelikkan

Namun, itulah hakikatnya.  Hadi Awang bukan sahaja berkelakuan seolah-olah beliau lupa, tetapi juga cuba berdolak-dalih atau menafikan apa yang dimaksudkan dari fatwanya.

Dalam kata lain, beliau benar-benar lepas tangan, langsung tidak merasa bersalah dan enggan memikul apa-apa tanggungjawab atas penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa sesiapa saja akibat berpegang kepada amanatnya itu.

Harakahdaily juga hanya mempersendakan media-media pro-kerajaan yang mengungkit semula isu Amanat Kafir ini sebagai peluru kitar semula dan sebagai tiupan trompet perang pilihanraya.  Soal akidah dan iman langsung tidak disentuh oleh mereka ketika membicarakan hal ini.

Sepertimana sikap pemimpin solat hajat dalam Muktamar Pas yang baru lalu di mana soal kesejahteraan, penyatuan dan kekuatan ummah langsung tidak disebut tetapi hanya menumpukan penuh khusyuk memohon agar BN K.O dalam pilihanraya, begitulah juga sikap Harakahdaily dengan isu amanat ini.

Yang diulang-ulang dan diulang-ulang serta diaminkan berkali-kali, hanyalah pilihanraya dan pilihanraya semata-mata – dengan sepenuh hati, jiwa dan raga.

Hakikatnya, ada suami isteri yang bercerai-berai, ada masyarakat yang bersengketa sehingga membawa kepada berbagai kisah yang tidak mungkin kita mampu dedahkan semuanya, ada yang meninggal dan ditanam dengan bendera Pas, ada isteri menjadi balu, ada anak kehilangan bapa dan ada manusia yang kehilangan nyawa kerana berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir kerana memisahkan politik dan agama dan bukannya kerana tidak mengucap dua kalimah syahadah, adalah benar dan telah berlaku.

Haji Hadi boleh menidakkan bahawa semua yang berlaku itu sebagai salahnya, dan terus menumpukan kepada pilihanraya.

Tetapi, soalnya jika bukan salah Haji Hadi, salah siapa pula?  Siapakah yang mampu mempengaruhi pengikut-pengikut Pas untuk memusuhi UMNO dan kerajaan sehingga begitu sekali, iaitu mengalahkan permusuhan antara umat Islam dengan syaitan?

Dr Muslim Umar

Pandangan Zam Bukan Pendirian Kerajaan Malaysia Atau Parti Pemerintah – Zahid

Posted: 20 Dec 2012 02:39 AM PST

JAKARTA, 20 Dis – Pandangan bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap dua bekas Presiden Indonesia B.J. Habibie dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur) dalam tulisannya itu, bukan pendirian Kerajaan Malaysia atau pendirian parti pemerintah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya Kerajaan Malaysia dan parti pemerintah juga tidak menyokong pandangan Zainuddin dalam tulisannya itu, yang dimuatkan dalam laman blognya.

“Kenyataan beliau bersifat peribadi. Zainuddin bukan Menteri kabinet Malaysia, Zainuddin bukan juga dalam barisan kepimpinan utama parti, Zainuddin juga bekas Ketua Pengarang sebuah akhbar di Malaysia, yang dilantik sebagai Menteri pada waktu itu.

“Ertinya pandangan Zainuddin adalah 100 peratus pandangan peribadi. Kerajaan tidak menyokong apa yang dilontarkan oleh beliau, parti pemerintah juga tidak menyokong apa yang beliau nyatakan,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) ke-39 di sini, Khamis.

Turut sama pada sidang akhbar itu ialah Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro.

Ahmad Zahid berkata pihaknya memahami perasaan rakyat Indonesia terhadap kritikan Zainuddin dalam tulisannya itu, terutamanya dalam kalangan media dan rakan-rakan Menteri Kabinet di Indonesia serta ahli politik yang lain.

“Saya harap rakyat Indonesia dapat membezakan antara pendapat peribadi dan kami daripada pihak kerajaan dan parti pemerintah tidak bersama dengan beliau,” katanya.

Sejak tersiarnya tulisan Zainuddin dalam laman portal berita Utusan Malaysia Online baru-baru ini yang mengkritik Habibie, dan yang terkini pula terhadap Gus Dur yang dipaparkan dalam laman blognya, media di Indonesia banyak membahaskan mengenai isu pandangan kontroversi oleh Zainuddin itu.

Banyak pihak di Indonesia marah dengan kritikan Zainuddin terhadap Habibie. -

Tuduhan Rasuah Calar Maruah Kakitangan Awam, DAP Terus Tunjuk Belang Rasis

Posted: 20 Dec 2012 02:29 AM PST

LENGGONG, 20 Dis – "Dia perlu sedar perlantikannya dalam CEC hanyalah wayang semata. Diri dia sendiri dipergunakan oleh DAP… Jadi jangan nak mengata monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam punca rasuah. Dia sendiri bangsa Melayu… Jangan jadi musang berbulu ayam…

"Saya nak tanya dia, apa ukuran yang dibuat olehnya dan di mana rujukan yang diambil untuk membuat penilaian sedemikian. Bagi saya, Ariffin hanya mahu mempromosikan dirinya dan mendapat liputan media. Publisiti murahan," ujar Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Senator Dr Ariffin SM Omar kononnya monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam punca rasuah.

Ujar Shamsul Anuar, Ariffin seharunya mengemukakan bukti kukuh sebelum membuat kenyataan sedemikian.

Mengulas mengenai Ariffin yang telah mengeluarkan kenyataan timbalbalik kononnya media telah menyalahtafsir kenyataanya, Shamsul Anuar berkata, itu adalah alasan lapuk DAP.

"Ini alasan biasa mereka. Bila banyak pihak beri komen negatif terhadap kenyataan yang mereka keluarkan maka medialah yang akan jadi kambing hitam. Jangan lupa bahawa rakyat sekarang dah cerdik.

"Rakyat boleh tengok melalui youtube dan sebagainya. Tak perlu nak berdolak dalik. Bagi saya, dia hanya mahu media buat liputan mengenai kenyataan rasis dia. Ini semua untuk naikkan nama dia sendiri. Kononnya memang wujud bangsa Melayu dalam CEC," ujarnya.

Tambah Shamsul, Ariffin sebenarnya tidak layak untuk dilantik sebagai wakil bangsa Melayu kerana kenyataannya itu secara tidak langsung menjatuhkan maruah orang Melayu.

“Kes rasuah bukan hanya melibatkan satu bangsa tetapi sesiapa sahaja yang tidak dapat mengawal diri dan tamak, sudah pasti akan terlibat dengan rasuah tanpa mengira bangsa, agama ataupun pangkat”, tegasnya.

Ariffin yang baru dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bangsa Melayu yang memonopoli perkhidmatan awam telah menyebabkan rasuah berleluasa.

Kenyataannya ini telah mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak terutamanya penjawat awam. - MediaUMNO

BN Youth Music Buskers Fest 2012 – Bakal Himpun Lebih 200 Pemuzik Jalanan

Posted: 20 Dec 2012 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis –Program BN Youth Music Buskers Fest 2012 yang dijangka akan menghimpun lebih 200 pemuzik jalanan di seluruh negara, khususnya di Lembah Klang bakal diadakan di Kuala Lumpur City Center (KLCC) pada 22 Disember ini bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 7 malam.

Program yang bertemakan Our Generation Voice itu yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Pemuda BN dan disokong oleh Persatuan Seniman Malaysia tersebut merupakan satu-satu program seumpama itu yang pernah diadakan di negara ini.

Menurut Pengerusi BN Youth Music, Jamawi Jaafar, selain daripada menghimpun seberapa ramai pemuzik jalanan di negara ini, program ini secara tidak langsung merupakan satu pengiktirafan terhadap pemuzik jalanan di negara ini yang boleh dianggap sebagai duta perlancongan negara.

"Ia juga secara tidak langsung menghargai usaha pemuzik jalanan dalam menghiburkan orang ramai, termasuk pelancong-pelancong luar dan untuk mengubah persepsi masyarakat yang menganggap golongan ini dengan tanggapan negatif seumpamanya peminta sedekah dan lain-lain lagi," ujarnya.

Program tersebut akan turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Tan Sri Hassan dan akan dirasmikan oleh Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Program tersebut juga turut menyelitkan acara-acara menarik bagi pengunjung antaranya permainan pancaragam, pertunjukkan silap mata, deklamasi sajak untuk Palestin, persembahan tarian orang asli dan acara cabutan bertuah bagi para pengunjung.

"Selain itu, kita akan mengadakan persembahan serentak yang melibatkan lebih 200 pemuzik jalanan yang bakal mencatat sejarah sebagai persembahan pertama seumpama itu yang pernah diadakan di Malaysia untuk dicatatkan di dalam Malaysian Book Of Records.

"Saya menyeru agar warga Malaysia dan Lembah Klang, khususnya pada anak-anak muda agar tidak melepaskan peluang untuk hadir ke program ini yang menjanjikan pelbagai acara menarik di sepanjang program tersebut berlansung," jelasnya.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Malaysia Youth Buskers Fest 2012 ini boleh menghubungi talian 012-3434928 (Wady), 012-3954359 atau 019-4360064 (Mashy). -MediaUMNO

Politicians Urged To Stop Politicising Issues Involving Penang Port

Posted: 20 Dec 2012 01:36 AM PST

GEORGE TOWN, Dec 20 – Penang Port Sdn Bhd (PPSB) managing director Datuk Ahmad Ibnihajar has urged the state government, including politicians, not to politicise issues involving PPSB.

He said political leaders should sit down and discuss how to develop PPSB rather than spreading negative things about PPSB.

“The state government is not helping, but we hope they realise that without Penang Port what will happen to Penang. So, you don’t talk negative, but support us. We don’t want to talk about politics here, but about surviving.

“Penang must survive with the port. You help us…what we ask, you give us. Don’t give political reasons…put aside politics. Penang Port must survive.

“Can you imagine how many thousands of people depend on Penang Port? I’m not talking about the staff but about the port users,” he told reporters after presenting PPSB’s excellent service awards and long service awards 2011, here, today.

Ahmad said PPSB would continue to improve its performance despite the pressure it was facing now.

Earlier at the event, Ahmad who handed over RM5,000 for the Palestinian Humanitarian Fund, said the contributions came from the Penang Port Muslim Workers Association.

600 Companies Allowed To Postpone Implementing Minimum Wage

Posted: 20 Dec 2012 01:33 AM PST

PUTRAJAYA, Dec 20 – Only 600 out of 4,200 employers are allowed to postpone implementing the minimum wage which will take effect on Jan 1, 2013.

Human Resources Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam said they were allowed to do so after taking into consideration the companies’ financial situation, while the other companies were bound by the regulation from this coming January.

“The (600) companies informed that they have been experiencing financial losses in the last two or three years and have submmitted their audited financial reports to the National Manpower Advisory Council.

“Hence, the council has agreed to give a postponement of three to six months to the companies involved to enable them to restructure and strengthen their financial position. That is the council’s decision, not the ministry’s,” he told a press conference after chairing the council’s fourth meeting, here, today.

The announcement on minimum wage for workers in the private sector was made by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on April 30 and gazetted on July 16.

The 2012 order on minimum wage will be enforced from Jan 1, 2013 and the rate will be reviewed every two years.

The minimum wage is mandatory and the government has set the rate at RM900 for the peninsula and RM800 for Sabah, Sarawak and Labuan.

On the cost of hiring Indonesian maids which has not been finalised by both countries, Dr Subramaniam said Malaysia had once again asked the Indonesian government to set a reasonable rate.

“The most recent in Bandung (last week), we had a joint task force meeting and there the agencies from both sides (Malaysia and Indonesia) made their representation and submitted the figures to us. To us, it is quite high at  RM11,000 to RM12,000.

“We informed the Indonesian government about it at the bilateral meeting two days ago and we have asked them to resubmit more affordable figures and our secretary-general will meet and discuss (with the Indonesian side) to come to something more reasonable,” he said.

Bermain Politik Di Sebalik Jubah – Pemimpin Pas Patut Cermin Diri Dulu

Posted: 20 Dec 2012 01:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat di dalam laman facebook beliau yang berkata bahawa mufti jangan berselindung di sebalik jubah mufti untuk bermain berpolitik, merujuk kepada kenyataan para Mufti yang meminta agar Pas menarik balik amanat yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, diumpamakan seperti pepatah Melayu menepuk air di dalam dulang, terpercik ke muda sendiri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ilmuan Muda (ILMU), Ustaz Fathul Bari,  beliau berpendapat bahawa Mursyidul Am Pas itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut memandang beliau sendiri berpolitik di sebalik jubah seorang guru agama.

"Saya rasa, tak eloklah dia keluarkan kenyataan seperti itu. Macam mana kalau orang kata balik pada beliau benda yang sama? Jangan berselindung di sebalik jubah guru agama untuk bermain politik? Tentu beliau juga tidak akan merasa seronok jika orang berkata begitu terhadapnya, " jelas beliau ketika berkata kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Selain itu menurutnya, Mursyidul Am Pas itu juga turut mengeluarkan kenyataan membandingkan ilmu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan lulusan Madinah yang dianggapnya setanding dengan taraf pendidikan mufti-mufti lain di dalam negara ini.

"Ya, kita tak nafikan tentang keilmuan yang ada pada diri Presiden Pas, tetapi ingin saya jelaskan di sini bahawa setinggi mana sekalipun ilmu yang ada pada diri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak semestinya beliau itu maksum dan terlepas dari melakukan sebarang kesalahan.

"Setiap dari kita tidak maksum dan tidak terlepas dari melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan kecuali para Nabi. Bahkan imam-imam besar terdahulu pun, sekiranya melakukan kesilapan dan kesalahan, mereka akan memohon maaf Allah dan juga kepada umat Islam," ujarnya lagi.

Jelas beliau, sikap mengakui kesalahan serta kesilapan dan memohon maaf di atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan itu merupakan sikap insan yang mempunyai jiwa dan akhlak yang mulia serta faham bagaimana seseorang insan itu perlu berakhlak bukan saja di dalam hubungannya dengan Allah tetapi  juga dengan manusia.

"Dan inilah yang sepatutnya dilakukan oleh Presiden Pas. Kepimpinan Pas hari ini tidak boleh menafikan, bahawa wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam akibat amanat yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"Perpecahan di kalangan masyarakat bawaha dapat kita lihat berlaku di sekeliling kita. Perpecahan yang berlaku kesan daripada amanat tersebut adalah realiti dan bukannya satu dongengan yang diada-adakan," katanya.

Justeru itu, beliau turut menyangkal kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mengatakan bahawa isu kafir mengkafir ini adalah isu kitar semula dan tidak lagi relevan pada hari ini.

"Isu agama seperti ini akan sentiasa relevan, biarpun pada seratus tahun akan datang. Macam mana kita boleh kata tidak relevan, sedangkan kesan daripada amanat tersebut masih lagi berterusan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

"Analoginya adalah seperti orang yang berhutang. Apakah hutang seseorang itu dianggap lupus jika ia sudah lebih berpuluh atau beratus tahun berlalu? Hutang tersebut tidak akan lupus sekiranya tidak dibayar sehinggalah kita mengadap Allah swt kelak di padang masyar.

"Begitu juga dengan isu ini. Apakah kerana sudah berlalu lebih 31 tahun, ia sudah terlupus dan tidak relevan lagi? Bagi saya, selagi Presiden Pas tidak minta maaf dan secara terbuka mengakui kesilapannya di dalam memberikan amanat tersebut, selagi itulah isu ini terus relevan dan perlu diperbetulkan. Ia penting bagi mengukuhkan kembali perpaduan umat Islam di negara ini, setelah sekian lama berpecah belah kesan dari amanat beliau itu," akhirinya. -MediaUMNO

Kerajaan Nafi Harta Pusaka Tak Diwasiat Bernilai RM45 Bilion

Posted: 20 Dec 2012 01:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kerajaan menafikan jumlah harta pusaka tidak diwasiatkan atau terbeku, sebahagian besarnya milik umat Islam, bernilai kira-kira RM45 bilion.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata ketika ini tiada statistik khusus di Malaysia berkaitan nilai sebenar harta pusaka dan tanggungan pusaka yang masih belum ditadbir.

“Anggaran ini adalah tidak betul, ia hanya diutarakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya menjawab soalan Senator Rohani Abdullah pada persidangan Dewan Negara, di sini Khamis.

Liew berkata kerajaan mengalakkan rakyat menyegerakan permohonan pentadbiran harta pusaka di agensi berkaitan kerana tindakan melengah-lengahkan permohonan hanya akan menimbulkan masalah dan kerumitan termasuklah masalah sosio-ekonomi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi berkata bilangan kes keracunan susu sekolah 1Malaysia yang memberi manfaat kepada 1.5 juta murid pada tahun ini menurun berbanding tahun sebelumnya.

“Tahun ini sebanyak 71 episod keracunan dilaporkan iaitu menurun berbanding 85 episod keracunan sepanjang tahun lepas,” katanya menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang.

Puad berkata bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes keracunan susu, pihaknya juga telah mengeluarkan buku garis panduan berhubung program susu dan taklimat mengenainya kepada semua jabatan negeri, daerah dan sekolah.

Beliau berkata kerosakan susu berlaku semasa proses penghantaran yang mana keadaan sekeliling termasuk keadaan di dalam pengangkutan itu sendiri mempengaruhi tahap kualiti susu.

“Kita akan berbincang dengan pembekal susu untuk menyediakan kemudahan penyimpanan bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai stor simpanan lengkap kerana susu tersebut tidak boleh disimpan lama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT