SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 18, 2012

UMNO Online - “K’jaan Tidak Cadang Tubuh Dana Pusingan Bantu Usahawan Disenarai Hitam” plus 9 more

UMNO Online - “K’jaan Tidak Cadang Tubuh Dana Pusingan Bantu Usahawan Disenarai Hitam” plus 9 more

Link to UMNO Online

K’jaan Tidak Cadang Tubuh Dana Pusingan Bantu Usahawan Disenarai Hitam

Posted: 17 Dec 2012 12:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Kerajaan tidak bercadang mewujudkan dana pusingan bagi membantu belia dan usahawan yang disenarai hitam, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim berkata kerajaan melalui Bank Negara melaksanakan beberapa langkah dan prosedur awal untuk membantu belia dan usahawan mengatasi masalah itu.

Beliau berkata individu yang menghadapi masalah membayar balik pembiayaan disebabkan kesulitan aliran tunai dinasihat berbincang dengan institusi kewangan terbabit bagi menyusun atau menjadual semula pembiayaan mereka.

“Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan Bank Negara pada 2006 untuk menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan kepada pengguna dalam penjadualan semula pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, sewa beli dan kad kredit.

“Selain itu, Skim Penyelesaian Kecil (SDRS) ditubuhkan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi masalah pinjaman tak berbayar (NPL) dengan institusi kewangan,” katanya menjawab soalan Senator S.Bagiam.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata sehingga 30 Nov lepas, 178 projek perumahan swasta terbengkalai di seluruh negara.

Menjawab soalan Senator Baharudin Abu Bakar, katanya daripada jumlah itu, 113 projek (63 peratus) telah siap atau selesai, 56 projek (32 peratus) sedang berada dalam pelbagai peringkat pemulihan dan baki sembilan projek (lima peratus) masih di peringkat perancangan awal pemulihan.

53,034 Miskin Tegar Direkod Dalam Ekasih Setakat 31 Okt

Posted: 17 Dec 2012 12:41 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Seramai 53,034 ketua isi rumah (KIR) masih direkodkan sebagai miskin tegar di dalam sistem eKasih sehingga 31 Okt lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K.Devamany.

Beliau berkata antara langkah yang diambil kerajaan untuk mencapai status miskin tegar sifar menjelang 2020 ialah melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan pada 2010.

“Antara kejayaan besar yang dicapai program GTP ini ialah mengeluarkan lebih 44,000 isi rumah daripada kategori miskin tegar pada 2010,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Sistem eKasih ialah sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata terdapat lima hospital yang menawarkan kemudahan perubatan nuklear yang mampu meningkatkan proses diagnostik dan pengesanan penyakit serta penambahbaikan rawatan penyakit tertentu.

Ia mencakupi Hospital Pulau Pinang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching.

“Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas akan menawarkan sistem perubatan nuklear seawal tahun depan,” kata Rosnah menjawab soalan Senator Datuk Chiw Tiang Chai.

Menurutnya, 16 pakar perubatan nuklear kini berdaftar dengan National Specialist Registry (NSR) dengan lima berkhidmat dengan kementerian, lapan di sektor swasta dan tiga di institusi pengajian tinggi.

Tambahnya, 25 pegawai perubatan kini mengikuti pengajian Sarjana Perubatan Nuklear di Universiti Sains Malaysia.

KDN Sahkan Rakyat M’sia Ditembak Mati Di Davao Ialah Anggota Militan

Posted: 17 Dec 2012 12:37 AM PST

PUTRAJAYA, 17 Dis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang ditembak mati oleh polis di Davao, Filipina, pada 14 April lalu, merupakan anggota sebuah kumpulan militan.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lelaki yang berasal dari Melaka itu dikesan memasuki selatan Filipina pada bulan April lepas, dan dipercayai mempelajari cara membuat bom ketika berada di negara berkenaan.

Katanya anggota keluarga Mohd Noor Fikrie telah meminta bantuan kerajaan Malaysia untuk membawa pulang jenazah, dan beliau sudahpun mengarahkan polis supaya menguruskan penghantaran pulang jenazah Mohd Noor Fikrie dengan segera untuk dikebumikan.

“Ahli keluarga Fikrie dan beberapa pegawai kita akan ke Davos untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia memandang serius terhadap setiap kegiatan subversif dan ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan militan serta penganas kerana ia terbukti mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara.

“Dalam hal ini kita sentiasa bekerjasama erat dengan pihak keselamatan dari negara luar demi memastikan keselamatan negara dan rantau ini, terus terjamin dan terpelihara,” tambahnya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Mohd Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao Jumaat lalu, selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya.

Hasil Kongres Kebangsaan, DAP Perkukuh Nipotisme, Kronisme dan Cauvinis?

Posted: 17 Dec 2012 12:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam melihat keputusan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sebagai isyarat jelas bahawa ahli-ahli DAP sendiri menolak Malaysian Malaysia dan secara terang-terangan menunjukkan sikap cauvinis serta kebencian mereka kepada bangsa Melayu.

"Slogan mereka bahawa DAP anti kronisme dan nepotisme juga ternyata meleset kerana jika DAP benar-benar terbuka dan berjuang untuk semua kaum, masakan Lim Kit Siang mendapat 1,607 undi dalam merebut 20 Kerusi AJK DAP Pusat dan calon-calon Melayu yang bertanding jawatan yang sama mendapat undi yang sangat sedikit.

"Walaupun Lim Guan Eng cuba menunjukkan bahawa DAP tidak membenci bangsa Melayu dengan menggunakan Bahasa Malaysia sepanjang kongres tersebut, tetapi keputusan pemilihan tersebut memberikan gambaran jelas isi hati sebenar ahli-ahli DAP keseluruhannya," katanya.

Ujar beliau, jika bangsa Melayu yang di dalam DAP itu sendiri mereka benci dan tidak percaya, maka tidak salahlah sekiranya ada yang beranggapan bahawa PAS dan PKR hanya kuda tunggangan DAP.

"Keputusan Pemilihan DAP ini juga memberikan isyarat jelas bahawa DAP bukan untuk semua kaum, tetapi untuk keluarga dan kroni.

"Kemenangan Dinasti Lim, iaitu gandingan Kit Siang (bapa) ditempat pertama dan Guan Eng (anak) ditempat kedua serta Karpal (bapa) ditempat ketiga dan Gobin (anak) ditempat kelapan membuktikan bahawa DAP juara nepotisme mengatasi PKR.

"Jika PKR ada Anwar (bapa) sebagai Ketua Umum, Wan Azizah (emak) sebagai Presiden dan Nurul Izzah (anak) sebagai Naib Presiden maka DAP mempunyai dua keluarga yang menguasai parti tersebut," ujarnya mengulas mengenai pemilihan DAP pada Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu di Pulau Pinang.

Tambahnya, dalam usaha mengukuhkan amalan kronisme, DAP juga dilihat tidak mahu ketinggalan sebagaimana Anwar Ibrahim mengangkat Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR, maka Guan Eng pula melantik Setiausaha Politiknya, Zairil Khir Johari sebagai AJK DAP Pusat.

"Lengkaplah sudah segala bukti dan hujah bagi membuktikan pendirian sebenar DAP yang membenci bangsa Melayu dan pengamal nepotisme serta kronisme tegar.

"Kini terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian berdasarkan dan sekiranya apa yang berlaku semasa Kongres DAP ini belum cukup meyakinkan maka ingatlah semula insiden-insiden lain," katanya yang merujuk kepada Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok yang mendesak laungan azan diperlahankan di Bandar Kinrara dan tulisan Jawi dihapuskan pada nama-nama jalan di Kuala Lumpur.

Insiden lain, DAP PPulau Pinang telah menghapuskan tulisan Jawi pada papan tanda di negeri terbabit yang secara jelas menunjukkan bahawa DAP terang-terangan menolak negara ini sebagai negara Islam dan menegaskan Malaysia adalah negara sekular. Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming turut persenda ayat-ayat suci Al-Quran berulang kali dalam sesi ceramahnya.

"DAP mahu Dasar Ekonomi Baru dihapuskan dan dilaksana dasar sama rata semua kaum selain mahu mengurangkan jumlah penjawat awam yang rata-ratanya Melayu,"ujarnya lagi.

Beliau turut mengingatkan bagaimana DAP Selangor juga pernah mengatakan 'beer' bukan arak dan minta penjualannya diteruskan di kawasan Melayu selain DAP di Pulau Pinang telah menghapuskan portfolio agama Islam.

"Anthony Loke selaku Ahli Parlimen Rasah juga pernah mengatakan Islam 'fucking religion' dan mencerca Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, DAP turut mendesak wang Baitulmal Selangor diberi kepada bukan Islam dan Karpal Singh sendiri menderhaka kepada Raja Melayu dengan mahu menyaman Sultan Perak.

"Jika nak disenaraikan kesemua perbuatan DAP maka secara jelas ia menguriskan hati orang Melayu. Apa pun, kita jangan lupa dengan peranan utama DAP dalam mencetuskan tragedi 13 Mei," ujarnya yang juga mantan Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Nasional. – MediaUMNO

Ketepikan Kepentingan Peribadi, Fokus Kemenangan BN Pada PRU Akan Datang

Posted: 17 Dec 2012 12:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru semua pemimpin wanita diperingkat cawangan mahupun bahagian agar mengenepikan segala kepentingan peribadi demi untuk memastikan kesatuan dan perpaduan yang dapat memberikan kekuatan kepada UMNO terutamanya dalam menghadapi PRU yang akan datang.

Jelas beliau, jentera wanita UMNO di seluruh negara perlu menumpukan perhatian terhadap perjuangan teras UMNO untuk membela Islam, bangsa Melayu dan negara ini.

"Wanita UMNO perlu menjadikan perjuangan dalam membela Islam, bangsa dan negara sebagai agenda utama dalam diri mereka, apatah lagi kita akan menghadapi PRU ke-13 yang dianggap sebagai PRU yang paling getir yang pernah dihadapi oleh UMNO dalam sejarah negara.

"Justeru, saya menyeru agar semua kepimpinan wanita UMNO di setiap peringkat di seluruh pelusuk negara agar mengenepikan segala agenda peribadi dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap agenda dan perjuangan parti demi untuk memastikan kemenangan parti dalam PRU yang akan datang ini," tegas beliau kepada UMNO-Online.

Selain itu, beliau juga meminta agar kepimpinan wanita, termasuk ahli agar lebih aktif dalam media baru seperti facebook, twitter dan sebagainya, agar wanita UMNO tidak dilihat ketinggalan dalam arus kemodenan hari ini.

"Wanita UMNO perlu lebih kehadapan untuk berinteraksi dengan masyarakat dan pengundi dengan menggunakan laman-laman media baru dalam usaha kita untuk memperjelaskan dasar-dasar kerajaan termasuk menangkis segala tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh parti-parti lawan," ujarnya.

Di samping itu, beliau turut meminta agar jentera wanita UMNO diperingkat negeri menumpukan perhatian terhadap penambahan pendaftaran pengundi-pengundi baru untuk memastikan mereka memberikan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang.

"Kita mesti dekati mereka dan perjelaskan segala dasar-dasar kerajaan. Wanita UMNO juga mesti mengenal pasti setiap pengundi baru di kawasan masing-masing agar para pengundi tersebut mendapat gambaran yang jelas tentang perjuangan UMNO dan juga segala program dan dasar kerajaan yang telah dirangka untuk kebaikan rakyat, khususnya golongan wanita," jelasnya.

Terdahulu, pada Sabtu lepas, beliau turut menghadiri program Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka yang dihadiri oleh lebih 1200 pemimpin Wanita UMNO di peringkat cawangan dan bahagian di seluruh Melaka.

Program Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam itu turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Melaka,Datuk Rabiyah Ali, Ahlli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu, Setiausaha Kerja UMNO Melaka, Datuk Akbar Ali dan lain-lain. – MediaUMNO

Gagal Sepakat Jawatan PM, Bukti Pembangkang Hanya Retorik

Posted: 17 Dec 2012 12:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis- Gagal mencapai kata sepakat dalam menentukan siapakah yang bakal menjawat jawatan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) jelas menunjukkan sememangnya DAP, PAS, PKR ini tidak sehaluan, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai ketidaksepakatan pakatan pembangkang.

Tambah beliau, walaupun hanya mempunyai tiga parti di dalam gabungan mereka namun keputusan besar untuk siapa yang layak diletakkan sebagai Perdana Menteri tidak mampu mereka lakukan sebulat suara yang mana ini jelas amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 13 parti gabungan.

"BN yang di anggotai oleh 13 parti jelas sepakat dan satu nada iaitu hanya mahukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sedangkan mereka baru dalam kumpulan yang kecil tidak sepakat jadi bagaimana mereka mahu mentadbir negara… Kemudian mereka ini hanyalah kumpulan yang beretorik, kononnya mengamalkan Malaysian Malaysia, sama rata tapi sama rata apa… kesemua calon Melayu gagal untuk terpilih dalam jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

"Ini menunjukkan mereka hanya beretorik tentang demokrasi, beretorik tentang kesaksamaan, beretorik tentang Malaysia ini untuk semua… Mereka hanya beretorik. Sepatutnya mereka laksanakan, bagi arahan untuk menunjukkan mereka adalah parti pelbagai kaum tetapi sekarang jelas bahawa tembelang DAP pecah dengan bauan politik yang cukup-cukup busuk. Hanya bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka katakan.

"Kini mereka minta pula 13 kerusi tambahan yang sekali lagi menunjukkan mereka ingin menguasai pakatan pembangkang sedangkan mereka telah pun menguasai sebenarnya kerana sekarang ini mereka ada 29 kerusi, PAS 23 kerusi dan PKR 23 kerusi," ujarnya.

Menurut beliau, penambahan kerusi yang diminta oleh DAP dalam PRU akan datang membuktikan pula bahawa DAP adalah sebuah parti yang tamak dan tidak percaya sama sekali kepada rakan sekutu mereka.

“Mereka hanya menjadikan PKR dan PAS sebagai batu loncatan untuk mendapat kepercayaan rakyat dari berbilang kaum.

"Mereka menguasai 29 kerusi jadi sudah tentu dalam PRU mereka ingin kuasa seterusnya dengan menguasai kementerian-kementerian penting yang ada. Jadi jangan perjudikan masa hadapan kita dengan kumpulan pembangkang yang akan menjahanamkan agama, bangsa dan negara yang telah kita bela sekian lama," ujarnya lagi.-MediaUMNO

Tuduh UMNO Kafir, Hadi Wajib Tarik Balik Amanat – Harussani

Posted: 17 Dec 2012 12:06 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – "Hadi Awang wajib tarik balik," itulah yang dikatakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria ketika diminta mengulas mengenai amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April 1981 yang telah mengkafirkan UMNO.

"Tidak semudah itu kita nak menuduh orang kafir. Selagi dia mengucap dua kalimah syahadah, macamana kita nak tuduh orang kafir… itu hanya satu pendapat yang melulu dan tidak ada asas. Ini bukan dari segi parti tapi dari segi syarak, saya ketengah bagi menjawab perkara ini," ujarnya kepada UMNO-Online.

Di dalam amanat tersebut, Hadi Awang telah mengatakan bahawa Pas menentang UMNO bukan kerana UMNO, menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana telah lama memerintah tetapi kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyah.

Hadi Awang turut menyebut bahawa perjuangan PAS menentang UMNO dan BN ini adalah jihad dan mati mereka adalah syahid kerana menentang UMNO yang menjadi kafir disebabkan mengamalkan politik suku dan agama suku.

Akibat daripada amanat ini maka terjadi perpecahan ummah di kalangan umat Islam. Penyokong taksub PAS mula mempercayai bahawa UMNO adalah kafir yang akhirnya mengundang peristiwa Memali pada 19 November 1985. Disebabkan amanat ini jugalah tercetus permulaan solat dua imam yang semakin memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Kenyataan daripada Harussani ini turut disokong oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Menurut Wan Zahidi, fatwa Haji Hadi Awang ternyata bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah.

"Wajib tarik balik. Bahayanya bukan kepada UMNO tetapi kepada orang itu sendiri… Mereka sendiri yang boleh jadi kafir… Kita kena kembali semula kepada ajaran sunnah wal jamaah… tuduhan ini boleh menyebabkan semua amalan seseorang itu tidak diterima oleh Allah SWT…," jelas beliau.-MediaUMNO

Najib Congratulates Shinzo Abe For Leading Ldp To Win Japan’s General Election

Posted: 16 Dec 2012 10:03 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 17 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today congratulated Liberal Democratic Party (LDP) president Shinzo Abe on the party’s victory in Japan’s general election on Sunday.

“Congratulations to Shinzo Abe on his election. Japan is a great friend of Malaysia and I know that (this friendship) will continue in the coming years,” said Najib in his Twitter.

Abe, 58, who last led Japan in 2006 and resigned a year later in 2007, is most likely to be chosen premier — Japan's seventh in six years — in a special parliamentary session on Dec 26.

Media Baharu Jadi Pemangkin Raih Sokongan Golongan Muda – Mustapa

Posted: 16 Dec 2012 07:54 PM PST

KOTA BAHARU, 17 Dis – Populariti media baharu seperti Facebook dan Twitter serta ribuan blog berunsur politik yang prokerajaan mampu menjadi pemangkin usaha Barisan Nasional (BN) meraih sokongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata memandangkan golongan muda dilihat lebih mempercayai media baharu berbanding konvensional, medium berkenaan diharap dapat membantu kerajaan menangkis tohmahan yang dilempar pembangkang.

“Saya berharap blogger yang selama ini menyokong kita di alam maya akan terus membuat penerangan mengenai sesuatu isu, sekali gus dapat membantu kerajaan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara buruk yang cuba ditohmah oleh pembangkang.

“Ini penting kerana golongan muda lebih banyak mengikuti perkembangan politik tanah air melalui media baharu,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama lebih 200 blogger di sini, malam tadi.

Pada majlis tersebut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merasmikan ‘Kelab Tok Pa’ di laman sosial Twitter sebagai wadah baharu untuk mendekati dan mendengar masalah rakyat dengan lebih menyeluruh.

Mustapa berkata laman sosial, terutama Facebook banyak membantu beliau menjalankan tugas dengan lebih berkesan kerana dapat “mendengar” aduan secara terus daripada rakyat, sekali gus dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin.

“Kalau tak ada laman sosial ini, saya tak tahu apa yang berlaku. Dengan adanya maklum balas secara terus daripada rakyat kita dapat membuat pembetulan terhadap beberapa masalah dan kekurangan kita.

“Kita yakin laman sosial dan media baharu ini termasuk sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) sebagai satu kaedah kreatif untuk memberi maklumat yang tepat dengan cara yang cepat kepada masyarakat,” katanya.

Mustapa juga berkata pemilihan calon BN sedang disemak oleh pimpinan tertinggi parti untuk menentukan siapa yang layak dan menepati kriteria ‘calon boleh menang’.

Katanya pimpinan tertinggi parti juga tidak lagi melihat kepada anggota yang berjawatan dalam parti, tetapi memilih calon berdasarkan siapa yang disukai rakyat bagi memastikan BN terus meneraju negara dan merampas semula Kelantan.

Pembangkang Takut Guna Janji, Kini Beralih Kepada “Tawaran Mega”

Posted: 16 Dec 2012 07:50 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Pembangkang kini dilihat makin gelisah hingga terpaksa membuat pelbagai janji hingga ke peringkat menamakan janji tersebut sebagai “Tawaran Mega” bahkan tidak mustahil menjelangnya saat-saat akhir untuk berdepan pilihan raya umum nanti akan ada pula janji yang dinamakan 'Super Mega'.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, pembangkang mungkin lupa bahawa rakyat sedar dan tahu apa yang dijanjikan itu bukanlah tawaran yang akan ditunaikan jika melihat kepada pemerintahan yang diterajui oleh parti-parti pembangkang sekarang ini.

Dengan mengambil contoh terdekat negeri Selangor, Megat Zulkarnain yang juga Ketua Pemuda UMNO Gombak menegaskan bahawa janji pada pilihan raya 2008 yang lalu oleh pembangkang sehingga kini masih lagi belum ditunaikan.

"Bukankah ada yang mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri seperti tindakan saman oleh ibu tunggal dan pemberian air percuma.. Itu yang kita nampak di Selangor dan tidak pergi melihat secara lebih jauh seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Apakah yang dijanjikan sebelum ini ditunaikan….Malah jika kita melihat dengan teliti seperti perumahan kos rendah untuk rakyat miskin, siapakah yang mengambil berat jika bukannya kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN.

"Kita percaya rakyat akan melihat segala tawaran mega itu sekadar janji semata-mata. Lagi pun rakyat akan ingat apabila pemimpin pembangkang sendiri pernah menyebut bahawa manifesto bukannya janji," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kata beliau pembangkang sepatutnya malu dan perlu cermin diri terlebih dahulu sebelum membuat pelbagai tawaran mega kepada rakyat.

"Sampai bilakah mereka mahu terus hidup dengan penipuan semata-mata….Saya percaya jika mereka ikhlas dengan segala janji yang ditawarkan itu, mereka boleh tunjukkan bukti di negeri yang diperintah oleh mereka terlebih dahulu.

"Ini tidak…lain pula jadinya apabila kerajaan Persekutuan di bawah teraju BN yang memainkan peranan membantu rakyat seperti perumahan kos rendah dan sebagainya," katanya.

Megat Zulkarnain seterusnya mengingatkan golongan muda agar memperhalusi segala tawaran mega yang dikemukakan oleh parti pembangkang hari ini.

"Saya bercakap dengan ikhlas…untuk masa depan mereka yang lebih baik, renung-renungkanlah segala janji dan tawaran yang dihulurkan itu. Ini semua adalah untuk masa depan bersama," katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT