SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, December 14, 2012

UMNO Online - “Cuepacs Sasar 50,000 Ahlinya Sertai SP1M Menjelang Mac Depan” plus 9 more

UMNO Online - “Cuepacs Sasar 50,000 Ahlinya Sertai SP1M Menjelang Mac Depan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Cuepacs Sasar 50,000 Ahlinya Sertai SP1M Menjelang Mac Depan

Posted: 13 Dec 2012 04:24 AM PST

MELAKA, 13 Dis – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyasarkan 50,000 penjawat awam menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) menjelang Mac depan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata sehingga kini seramai 8,000 penjawat awam dari enam negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Kedah telah menjadi ahli SP1M sejak ia dilancarkan Oktober lepas.

“Kita minta semua penjawat awam dimestikan menjadi ahli SP1M kerana penyertaan penuh sektor awam dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kawalan harga barangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad SP1M kepada 500 ahli Cuepacs di sini hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyempurnakan majlis penyerahan itu di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini.

SP1M ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 22 Mac lepas untuk memainkan peranan sebagai mata dan teliga kerajaan dengan lebih berkesan dalam usaha memantau kenaikan harga barang selain menggalakkan amalan perniagaan yang baik.

Omar berkata selain berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam memantau isu kepenggunaan dan kenaikan harga barang, kad tersebut juga merupakan kad loyalti, kad diskaun dan pengenalan diri skuad pengguna.

Beliau berkata sebanyak 144 syarikat yang menyertai SP1M sebagai rakan dagang di seluruh negara menawarkan diskaun bagi harga barangan dan  perkhidmatan terpilih.

Dalam perkembangan lain, Omar sekali lagi mengulangi gesaan Cuepacs supaya pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan sementara sehingga taklimat menyeluruh berkaitan sistem itu selesai dijalankan di semua agensi dan jabatan kerajaan.

Beliau berkata langkah itu perlu dipertimbangkan sewajarnya ekoran pelaksanaan tersebut terlalu mendadak dan kurangnya pendedahan jelas dalam kalangan penjawat awam terutama melibatkan pemandu.

“Cuepacs bukan membantah atau tidak setuju. Kita sokong pelaksanaan ini kerana ia baik untuk memberi kesedaran kepada pemandu namun pendedahan sistem itu amat kurang,” katanya.

Beliau berkata kajian terperinci dan statistik berkaitan pelaksanaan sistem AES termasuk kesesuaian pemasangan kamera itu di beberapa lokasi juga perlu diambil kira secara menyeluruh sebelum ia dikuatkuasakan.

Disiplin Ketat, Gaji Rendah Punca Kaum Lain Tak Minat Sertai ATM

Posted: 13 Dec 2012 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Bimbang terikat dengan disiplin yang ketat, beranggapan tiada peluang kenaikan pangkat dan gaji yang rendah antara punca kaum lain kurang berminat menyertai bidang ketenteraan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain itu, mereka menganggap diri kurang berdaya tahan untukmengikuti disiplin dan peraturan ketat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Ini semua merupakan persepsi mereka, hakikatnya, soal disiplin tidak hanyaperlu diikuti oleh anggota tentera sahaja. Di mana-mana organisasi pun, pekerjaperlu mengikut disiplin ditetapkan. Cuma dalam ATM atau PDRM (Polis DirajaMalaysia), disiplinnya agak tinggi,” katanya ketika menggulung perbahasan RangUndang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Negara pada Khamis.

Beliau berkata anggapan peluang kenaikan pangkat hanya diberi untuk kaum tertentu juga merupakan persepsi negatif kepada ATM, sedangkan ia diberi berdasarkan prestasi semasa berkhidmat tanpa mengira kaum.

Ahmad Zahid menjelaskan banyak perubahan telah dilakukan kerajaan berhubung gaji anggota tentera, termasuk meningkatkan kelayakan akademik untuk menyertai pasukan itu supaya gaji yang diberi adalah setimpal dengan kelulusan mereka.

“Kita juga mengalakkan pegawai untuk menyambung pengajian bagi peningkatankerjaya dan pendapatan supaya mereka merasakan menjadi anggota tentera jugaboleh menjamin masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini, terdapat 38 pegawai ATM yang berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat (PhD).

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata kementerian akan menjalankan promosibesar-besaran bagi menarik lebih ramai penyertaan kaum lain untuk menjadi wargaATM, termasuk orang Asli dan India Muslim.

Setakat ini, seramai 124 Orang Asli dan 67 India Muslim menyertai ATM, katanya.

Persidangan Dewan bersambung Isnin ini

Wanita Digalak Bersuara Bagi Bentuk Pelan Aspirasi Negara – Shahrizat

Posted: 13 Dec 2012 04:13 AM PST

IPOH, 13 Dis -  Wanita di negara ini, terutama di peringkat akar umbi, digalak mengemuka atau menyuarakan apa sahaja aspirasi mereka agar dapat diketengah melalui Pelan Aspirasi Wanita Malaysia yang bakal dibentuk tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan (MPWK) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata golongan itu boleh mengemukakan apa sahaja sama ada hasrat, cadangan, pendapat, kritikan atau impian yang mereka mahu kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) lakukan untuk kaum hawa.

“Kita akan kumpulkan semua senarai aspirasi dari akar umbi bermula hari ini. Kita akan bentangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta seterusnya menyediakan Pelan Aspirasi Wanita Malaysia untuk masa depan dalam tempoh dua bulan ini,” katanya  selepas melancarkan program Aspirasi Wanita Zon Tengah Khamis.

Beliau berkata semua wanita tanpa mengira kaum serta latar belakang boleh mengemukakan aspirasi kepada pengerusi MPWK di peringkat kawasan Parlimen masing-masing.

“Ini satu cara yang kita buka untuk seluruh wanita di negara ini. Kita mahu dengar suara golongan wanita di peringkat akar umbi terutama golongan wanita yang sakit, miskin dan tiada tempat bergantung, maka mengadulah, suarakanlah kepada MPWK yang ada di peringkat Parlimen,” katanya.

Shahrizat juga berkata usaha ini merupakan merupakan satu pendekatan baharu berlandaskan contoh serta polisi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak yang mengambil berat rintihan rakyat semasa beliau turun mendekati masyarakat akar umbi.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Wanita BN ituberkata makna politik kepada sayap parti itu ialah mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat.

“Wanita Umno dan BN tidak berminat politik fitnah-menfitnah, tohmahan… tidak. Kita punya pendekatan adalah berbakti dan berkhidmat untuk masyarakat. Selama lebih 66 tahun Wanita Umno itulah politik kita, tiada formula ajaib bagi kita,” katanya.

Beliau berkata semangat dan kesedaran Wanita BN dan Umno sentiasa tinggi dantidak pernah pudar kerana berlandaskan keikhlasan dalam perjuangan walaupunberdepan pelbagai cabaran getir dalam senario politik negara.

“Perjuangan kami satu ibadah. Inilah yang turut memberi kekuatan kepada Datuk Seri Najib selaku Presiden parti dan Perdana Menteri. Kita ada 22,000 cawangan Wanita Umno, bila akar umbi kuat, maka pucuk pimpinan juga kuat,” katanya.

Shahrizat juga berkata Wanita BN akan menjadi jentera utama pada PilihanRaya Umum ke-13 dan setiap anggotanya berikrar untuk bekerja keras serta ikhlasbagi memastikan kemenangan parti komponen itu.

Pemuda Tanah Merah Tekad Bantu Kemenangan BN

Posted: 13 Dec 2012 02:43 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Dis – Pemuda UMNO Tanah Merah hari ini menyatakan komitmennya untuk bekerja demi parti dan bukannya mengejar soal calon dan sebagainya kerana apa yang penting adalah untuk membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Ketuanya Almidi Jaafar berkata soal calon bukanlah pertimbangan utama pihaknya untuk bekerja sebaliknya berpegang kepada apa yang diungkapkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib pada perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

"Apa yang penting hari ini kami bekerja dan terus berkhidmat untuk membantu kemenangan BN. Bak kata Datuk Seri Najib baru-baru ini soal parti perlu diutamakan dan itulah prinsip Pemuda UMNO Tanah Merah.

"Bagi saya, khidmat dan kerja yang digerakkan adalah untuk membantu rakyat khususnya untuk bersama-sama dengan orang muda dan membela kepentingan serta kebajikan mereka," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah pelbagai program telah ditingkatkan dari semasa ke semasa dan Pemuda UMNO Tanah Merah hari ini hanya menunggu saat dan waktu pilihan raya sahaja.

Sambil menyatakan bukanlah bersikap angkuh, beliau memberitahu apa yang dilaksanakan adalah berteraskan politik khidmat bakti.

"Kita gerakkan usaha ini..Kita jumpa golongan muda..kita kenalpasti apa kehendak dan kemahuan mereka…kita tengok apa masalah mereka dan itulah ramuan yang kita laksanakan di Tanah Merah hari ini.

"Insyaallah….berkat segala usaha dan doa daripada semua pihak BN akan mencapai kemenangan dan mendapat kepercayaan rakyat pada pilihan raya umum kelak," katanya. -MediaUMNO

Ikatan Buku Jingga Buat Pas Makin Terjerat Dalam Putar Belit Hukum Hudud, Negara Islam

Posted: 13 Dec 2012 02:39 AM PST

KUALA TERENGGANU, 13 Dis – Pas dilihat terus cuba mempengaruhi ahli-ahli dan pengikutnya dengan menegaskan bahawa hudud tetap akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai Putrajaya, sedangkan hakikatnya kepimpinan tertinggi  Pas telah pun menandatangani perjanjian bersama pimpinan Pakatan Pembangkang bahawa agenda hudud dan negara Islam tidak akan dilaksanakan sekiranya Pakatan memenangi PRU ke 13 ini.

Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Khazan Che Mat, kepimpinan Pas hari ini menjadikan hudud dan negara Islam sebagai modal untuk terus menutupi kesilapan dan cerita sebenar dengan tujuan mempengaruhi ahli, penyokong dan rakyat agar terus menyokong parti tersebut.

"Mereka (kepimpinan Pas) tidak ada pilihan lain, selain terpaksa mengulang-ulang isu hudud di hadapan pengikut dan penyokong, bahawa dua agenda itu tetap akan dilaksana. Padahal, ulama-ulama dalam Pas sendiri pun sedar, sekiranya mereka berjaya kuasai Putrajaya, mereka tak boleh nak laksanakan hudud.

"Sedangkan, mereka pun tahu, dalam situasi negara hari ini, hudud memang tidak boleh dilaksanakan lagi. Mereka semua tahu tentang itu, tapi mereka sorok, mereka diamkan. Sebab itu, isu hudud ni bagi saya hanya digunakan sebagai modal politik Pas untuk tarik minat umat Islam di negara ini. Untuk kepentingan politik Pas,  mereka tuding jari kata kerajaan pusat yang dikuasai UMNO yang tak mahu laksanakan hudud" tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sebagai contoh katanya lagi yang juga merupakan ADUN Batu Rakit, lihat saja isu undang-undang pekerja salon yang cuba dilaksanakan oleh Pas, namun akhirnya mereka terpaksa akur dengan kehendak DAP yang membantah perlaksanaan undang-undang tersebut.

"Mereka dulu beria-ria benar untuk laksanakan undang-undang itu. Apa bantahan sekalipun, mereka akan tetap nak laksanakan. Tapi tengok apa kenyataan mereka hari ini? Sudah mula kendur dan beralah. Mula nak kaji semula dan sebagainya sebab bantahan DAP. Di sini jelas, mereka tak mampu. Mereka akhirnya akur dengan kehendak DAP," ujarnya.

Sebab itu jelasnya lagi, kepimpinan Pas mungkin boleh terus berbohong di hadapan pengikut-pengikut di luar bandar yang tidak peka dan mengikuti perkembangan melalui internet dan sebagainya, namun tidak kepada golongan profesional di dalam Pas.

"Sebab itu kita lihat sekarang, ada beberapa ahli-ahli Pas yang terdiri daripada golongan profesional mula menarik diri dan keluar dari parti tersebut. Contohnya macam Datuk Hassan Ali dan beberapa orang lagi. Malah ramai juga ahli Pas profesional yang tahu tentang perkara ini, namun mereka tetap bersama dengan Pas kerana sebab-sebab tertentu.

"Seperti mana di dalam sidang DUN Terengganu yang baru selesai, pemimpin Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pas yang lain tidak dapat menjawab soalan dan cabaran kami agar Pas memasukkan agenda hudud dan negara Islam di dalam buku Jingga, yang menjadi pegangan Pakatan Pembangkang. Mereka tak boleh jawab sebab mereka tahu, hudud dan negara Islam takkan terlaksana selagi mana mereka masih bersama Pakatan Pembangkang," katanya. -MediaUMNO

Serang Desak Kerajaan Selangor Tunjukkan Lokasi Rumah, Bukan Beri Fakta Kabur

Posted: 13 Dec 2012 02:29 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Dis – Kerajaan Selangor sehingga kini masih belum dapat memberi jawapan sebenar berhubung jumlah rumah rakyat serta lokasi pembinaannya bagi membuktikan apa yang dikatakan bahawa mereka sudah melaksanakan program berkenaan seperti yang diwar-warkan.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi berkata kegagalan kerajaan Selangor itu membuktikan mereka gagal melaksanakan tanggungjawab pentadbir yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat, di samping kegagalan itu membuktikan mereka ini hanya pandai berjanji untuk mendapatkan sokongan sedangkan mereka tidak berkeupayaan.

"Yang menjadi persoalannya, mengapa kerajaan Selangor berdolak-dalik berhubung isu rumah ini, jumlah yang diberikan ketika sidang DUN Selangor hanya sekadar untuk mengaburi mata rakyat sedangkan realitinya adalah jauh tersasar daripada apa yang dinyatakan.

"Statistik jawapan yang diberikan ketika sidang DUN dengan iklan yang yang dikeluarkan tidak konsisten dan sangat berbeza, ini yang kita persoalkan saama ada apa yang dibentangkan itu adalah sekadar rekaan sahaja untuk menutup kegagalan mereka," katanya ketika diminta mengulas berhubung sikap kerajaan Selangor yang berdolak-dalik apabila bercakap mengenai isu rumah rakyat.

Menurutnya, apa yang berlaku itu kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim cuba mengaburi rakyat dengan memberi statistik yang tidak tepat seperti apa yang diiklankan, sedangkan iklan berkenaan disediakan oleh pihak kerajaan negeri.

"Apa yang berlaku itu, jelaslah kerajaan Selangor gagal dalam tugas dan tanggungajwabnya, untuk menutup kegagalan itu mereka menuding pihak lain termasuk kerajaan pusat yang dikatakan tidak bekerjasama untuk membantu menangani masalah isu rumah rakyat," katanya.

Budiman berkata, kerajaan Selangor tidak perlu berdolak-dalik atau memberi pelbagai jawapan sebaliknya jika mereka ikhlas dan sudah melaksanakan seperti yang dinyatakan, kerajaan negeri hanya perlu menyatakan kawasan yang dibina secara tepat beserta jumlahnya bukan menyatakan secara umum di mana lokasi pembinaannya.

"Tunjukkan lokasi di mana rumah berkenaan di mana, tidak perlu bercakap secara umum, apa yang dilakukan sebelum ini seperti ingin mengaburi  mata rakyat sahaja." katanya. -MediaUMNO

RM66.6 Juta Untuk Bina Kediaman Orang Asli Pada 2012 – Shafie Apdal

Posted: 13 Dec 2012 01:48 AM PST

KUALA LIPIS, 13 Dis – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntuk sejumlah RM66.6 juta bagi membina kediaman serta penempatan semula perkampungan Orang Asli di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peruntukan itu membabitkan pembinaan 190 rumah baharu dan membaik pulih 82 rumah sedia ada termasuk kemudahan seperti jalan raya, bekalan air paip dan elektrik selain telekomunikasi.

“Peruntukan itu termasuk melaksanakan program di bawah program strategi Lautan Biru dengan membina 479 unit rumah baharu, dan 87 unit daripadanya sudah siap dibina iaitu 52 unit dibina oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia,” katanya selepas merasmikan projek Pemajuan Kawasan Kampung Orang Asli Pantos hari ini.

Beliau berkata pembinaan perkampungan Orang Asli Kampung Pantos terdiri daripada 173 unit rumah yang dilengkapi kemudahan fizikal, termasuk bekalan air dan elektrik, adalah bukti komitmen kerajaan untuk memajukan kehidupan masyarakat Orang Asli.

Mohd Shafie berkata kerajaan membelanjakan RM15 juta bagi melaksanakan projek itu, termasuk menyediakan surau dan padang futsal serta kemudahan asas lain.

Dalam pada itu, beliau berkata masyarakat Orang Asli perlu menguasai bidang pendidikan untuk mengubah nasib dan masa depan mereka.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata segala tohmahan pembangkang kononnya kerajaan mengabaikan pembangunan masyarakat Orang Asli adalah tidak benar sama sekali.

“Taraf kehidupan Orang Asli kini jauh lebih baik jika dibandingkan pada masa lalu, yang bergantung hidup dengan hasil hutan, jadi tidak benarlah kita mengabaikan mereka seperti yang selalu didakwa pembangkang,” katanya.

87 Tangkapan Berkaitan Ajaran Sesat Sejak 2007 – Jamil Khir

Posted: 13 Dec 2012 01:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Pihak berkuasa membuat 87 tangkapan berkaitan ajaran sesat sejak lima tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 19 tangkapan dibuat pada 2007, 2008 (11), 2009 (40), 2010 (14) dan tiga tangkapan pada tahun lepas.

“Tangkapan itu dibuat berikutan kesalahan-kesalahan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri.

“Kesalahan yang dilakukan ialah pemujaan salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama, perbuatan atau perkataan murtad, subahat kepada percubaan murtad dan dakwaan palsu,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Negara, hari ini.

Jamil Khir berkata kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau dan mengambil perhatian serius terhadap kewujudan ajaran sesat di negara ini menerusi kerjasama rapat dengan Jabatan Agama Islam Negeri bagi menangani masalah itu.

Penguatkuasaan undang-undang terhadap perkara itu dilihat berkesan dengan ajaran sesat yang aktif menurun daripada 10 pada 2010 kepada lapan pada tahun lepas.

Kerajaan Kaji Laksana Modul Pencegahan Dan Anti Rasuah Di Sekolah

Posted: 13 Dec 2012 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Modul integriti dan pencegahan rasuah mungkin dimasukkan dalam tiga mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya kementerian itu sedang mengkaji cadangan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut untuk dimasukkan dalam subjek Pendidikan Islam, Sivik dan Kemanusiaan, serta Pendidikan Moral.

“Kita telah menerima cadangan SPRM dan dalam proses mengkaji. Bagaimanapun kita sentiasa bekerjasama dengan SPRM pada aspek kokurikulum melalui pameran dan ceramah di sekolah serta membawa murid-murid melawat SPRM,” katanya menjawab soalan Senator Roslin Abdul Rahman di Dewan Negara, di sini Khamis.

Media sebelum ini melaporkan modul terbabit dihantar kepada Kementerian Pelajaran pada Jun lepas.

Mohd Puad berkata pendekatan aspek integriti dari bangku sekolah dapat membantu individu daripada terlibat dengan perbuatan korup apabila memasuki alam pekerjaan.

Katanya kementerian juga sedang berbincang dengan SPRM untuk mewujudkan pusat pencegahan rasuah di Institut Pendidikan Guru bagi melatih bakal guru tentang nilai-nilai murni yang boleh diaplikasi apabila mengajar kelak.

Sementara itu, menjawab soalan Senator Lihan Jok, Mohd Puad berkata sebanyak RM1.92 juta telah diagihkan kepada pejabat pendidikan daerah di Sarawak untuk mengatasi masalah pengangkutan murid etnik Penan ke sekolah.

Katanya jumlah itu meliputi kos pengangkutan, aktiviti di asrama dan perjalanan pergi-balik pada hujung minggu serta cuti penggal.

Gangguan Siaran Astro Tidak Dapat Diatasi Sepenuhnya

Posted: 13 Dec 2012 12:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Gangguan siaran stesen tv berbayar Astro ketika hujan tidak dapat diatasi sepenuhnya kerana signal Ku-band yang digunakan terdedah kepada gangguan cuaca terutama di negara tropika termasuk Malaysia.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata bagaimanapun beberapa pendekatan telah diambil bagi mengurangkan masalah itu termasuk mewujudkan pusat penyiaran kedua di Cyberjaya.

Katanya pusat penyiaran itu bertindak sebagai sokongan kepada pusat penyiaran utama Astro di Bukit Jalil yang akan membantu menghantar isyarat ke satelit jika berlaku kegagalan transmisi.

“Usaha ini telah dapat mengatasi sebahagian daripada faktor gangguan hujan tetapi gangguan di premis pelanggan sukar diatasi sepenuhnya walaupun pepiring satelit dan dekoder B.yond telah meningkatkan kualiti transmisi dan penerimaan siaran sebanyak 30 peratus berbanding dekoder lama,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk S.Nallakaruppan sama ada kerajaan memantau serius gangguan siaran berbayar Astro semasa waktu hujan, di Dewan Negara hari ini

Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) serta Astro menjalankan program kesedaran dan pembelajaran berterusan untuk mendidik pengguna mengenai isu telekomunikasi termasuk ‘rain-fade’.

Selain itu, SKMM turut membuat pemantauan dan penguatkuasaan melalui Standard Mandatori untuk mutu perkhidmatan oleh penyedia aplikasi kandungan termasuk Astro.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT