SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 10, 2012

UMNO Online - “Malaysia A Progressive Islamic Country, Says Awang Adek” plus 2 more

UMNO Online - “Malaysia A Progressive Islamic Country, Says Awang Adek” plus 2 more

Link to UMNO Online

Malaysia A Progressive Islamic Country, Says Awang Adek

Posted: 09 Dec 2012 04:07 AM PST

BACHOK, Dec 9 –  The government is planning on modeling Malaysia as a progressive and advanced Islamic country in the long run along with having the largest Islamic financial system in the world.

Deputy Finance Minister, Datuk Dr Awang Adek Hussin said such an aspiration was not impossible considering the achievement of Islamic finance accounting for 24 per cent of the country’s total financial system.

“The rise has been steep compared with five per cent at the initial period,” he told reporters when receiving a delegation from Universiti Malaysia Kelantan (UMK) at his residence in Kampung Perupuk here, today.

Awang Adek who is also Deputy Chairman of Umno Kelantan Communications, said the government did not want Malaysia to be known as an Islamic country that practiced outdated and regressive systems.

“No other Islamic country has been successful in establishing the system and we are taking the efforts to make Malaysia a pioneer in the world for Islamic banking.”

Awang Adek, who is also Umno Bachok Chief, said Malaysia’s achievement based on its own model, had received the acknowledgement of the world including the World Bank which had made a visit to the country recently.

Based on the development, he said the bank has projected the country’s economic growth to surpass five per cent next year despite the uncertain global economy.

He said this was in line with the government’s forecast of a 4.5 to 5.5 per cent growth supported by domestic investment.

“We have several clear long term and short term plans such as the Economic Transformation Plan introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak which has convinced the world.”

 

Buang Sikap Tidak Puas Hati Terhadap Calon Pilihan Parti – Dr Mahathir

Posted: 09 Dec 2012 04:01 AM PST

SIK, 9 Dis – Anggota UMNO perlu kikis sikap tidak puas hati terhadap calon pilihan parti jika mahu melihat parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan membentuk sebuah kerajaan yang kuat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap anggota  perlu  memberi sokongan kepada calon yang bertanding atas nama UMNO dan tiket BN supaya kemenangan besar untuk membentuk kerajaan yang kuat boleh dicapai.

“Jangan terlalu cepat menolak mana-mana calon yang diputuskan bertanding,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat Daerah Sik, yang disertai lebih 2,000 orang, di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Hanipah, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Dr Mahathir berkata tindakan tidak menyokong calon yang dipilih parti berpunca daripada sikap cepat lupa di kalangan orang Melayu, yang akhirnya akan mengundang masalah lagi jika UMNO dan BN tidak mendapat majoriti yang secukupnya di Parlimen.

Katanya anggota dan penyokong UMNO serta BN perlu sedar bahawa tindakan tidak menerima calon yang dipilih oleh pimpinan parti dalam PRU-13 sebenarnya membawa kesan buruk kepada parti dan anggota parti itu sendiri.

Beliau berkata masalah itu boleh dielakkan jika semua ahli dan penyokong UMNO dan BN mengenepikan hal-hal yang timbul dengan memberikan sokongan padu kepada semua calon Umno dan BN dalam PRU-13 nanti.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Dr Mahathir mahu semua ahli dan penyokong UMNO dan BN memberikan keutamaan kepada perpaduan dalam parti.

Katanya mereka perlu berazam membantu calon yang bertanding supaya menang bagi memudahkan pucuk pimpinan membentuk sebuah kerajaan yang kuat untuk membela rakyat serta melaksanakan pembangunan negara secara lebih drastik.

 

 

 

Pembangkang Tipu Isu Kaum India Tiada Kerakyatan – Najib

Posted: 09 Dec 2012 03:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Dakwaan kononnya terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia adalah satu lagi pembohongan pembangkang untuk mempengaruhi rakyat membenci kerajaan.

Mendedahkan demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selepas diperiksa, didapati dakwaan itu tidak benar kerana hanya terdapat 9,000 kes dengan 50 peratus kes telah selesai dan diberi status kerakyatan.

“Saya periksa tadi dan tanya sekali lagi dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengenai dakwaan itu. Confirm hanya ada 9,000 sahaja.

“Sebanyak 4,500 sudah selesai dengan kerakyatan telah diberi. 2,000 permohonan sedang diproses. Baki sudah kita bagi kad pengenalan dan sijil.

“Kita buka pendaftaran. Siapa ada masalah boleh tampil ke hadapan. Saya bagi jaminan, siapa yang layak kita bagi kelulusan terus,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pembangkang dilaporkan mendakwa terdapat 300,000 kes masyarakat India tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak mendapat status kerakyatan di negara ini.

Pembangkang turut mendakwa jika mereka mempunyai kuasa, kes tersebut akan diselesaikan dalam masa sebulan sahaja.

Najib berkata melalui angka itu bermakna pembangkang akan menyelesaikan 10,000 kes dalam masa sehari selain mencari 10,000 orang untuk tujuan memproses dan meluluskan borang mereka.

Sambil berseloroh, Najib berkata, jika benar dakwaan itu, Barisan Nasional (BN) pastinya gembira dan berbesar hati untuk memberikan pengenalan diri atau kerakyatan demi menambah peti simpanan mereka untuk pilihan raya kelak.

“You can fool some other people some other time but not all the people all the time. Don’t fool the Indians forever. (Kamu boleh perbodoh sesetengah orang lain beberapa ketika lain tetapi bukan semua orang pada sepanjang masa. Jangan perbodoh masyarakat India selamanya).

“Janji kita adalah kita ceritakan kebenaran. Kita tidak bohong, merekacipta cerita. Hanya BN boleh ubah masa depan masyarakat India,” katanya.

 

 

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT