SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, December 27, 2012

UMNO Online - “Rasuah Tanah Balak ‘Dosa Besar” Kerajaan Pas Kelantan Terhadap Rakyatnya – Aziz” plus 9 more

UMNO Online - “Rasuah Tanah Balak ‘Dosa Besar” Kerajaan Pas Kelantan Terhadap Rakyatnya – Aziz” plus 9 more

Link to UMNO Online

Rasuah Tanah Balak ‘Dosa Besar” Kerajaan Pas Kelantan Terhadap Rakyatnya – Aziz

Posted: 26 Dec 2012 03:23 AM PST

KUALA LUMPUR 26 Dis – Kerajaan Pas Kelantan dilihat telah melakukan satu ‘dosa yang cukup besar’ terhadap rakyat negeri itu jika benar dakwaan yang melibatkan pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang juga Setiausaha UMNO Gua Musang, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata dakwaan berkenaan cukup mengguris hati rakyat Kelantan khususnya kalangan penduduk setempat kerana mereka sendiri cukup sukar untuk mendapatkan tanah.

Menurut beliau begitu juga dalam soal untuk mendapatkan hak milik dan sebagainya lagi, rakyat Kelantan berdepan dengan pelbagai kesukaran dan dakwaan yang timbul hari ini benar-benar melukakan hati rakyat setempat.

“Kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz tidak seharusnya berdiam diri…. dan apakah hanya sekadar memberikan penjelasan di peringkat awal dakwaan timbul baru-baru ini ianya sudah dianggap selesai.

“Apa pun jika benar seperti yang didakwa, pendedahan mengenainya cukup melukakan hati rakyat Kelantan..Bayangkan ‘orang luar’ sewenang-wenangnya mendapat tanah berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Abdul Aziz seterusnya menegaskan salah satu ‘dosa besar’ oleh kerajaan Pas Kelantan itu perlu diberikan tumpuan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dan bukannya sekadar pandang ringan.

“Ini melibatkan satu dakwaan yang besar dan sepertimana yang saya katakan tadi jika benar dan sahih, ianya adalah satu ‘dosa besar’ kerajaan negeri terhadap seluruh rakyat Kelantan,” katanya. -MediaUMNO

Information Officers’s Role To Respond To Allegations By Opposition

Posted: 26 Dec 2012 03:16 AM PST

SHAH ALAM, Dec 26 – Information Department officers not only have a role to play in disseminating accurate information to the people but also give complete facts to repel all allegations made by the opposition against the government especially in the social media.

Hulu Selangor Member of Parliament P.Kamalanathan said that under the present situation, those making false accusations need not provide evidence, but those who were accused such as the government must provide facts to prove that the accusations were false.

As an example, the opposition recently claimed that 300,000 members of the Indian community had yet to obtain their identity cards or birth certificates whereas a check by the Home Ministry revealed that the figure was only 15,000, he said at a luncheon with the New Media and Public Relations organised by the Selangor Information Department and the Kumpulan Media Karangkraf, here today.

Kamalanathan, a former public relations practitioner, said Information Officers could also highlight the facts in the form of the achievements of the Barisan Nasional (BN) government in championing the cause of the people in the social media such as the facebook, tweeter and blogs.

Felda Sedia Perumahan Untuk Generasi Kedua Menerusi Program SKF

Posted: 26 Dec 2012 03:01 AM PST

MERSING, 26 Dis – Felda akan melaksanakan program perumahan melalui projek Sentuhan Kasih Felda (SKF) dalam usaha menyelesaikan isu perumahan untuk generasi baharu Felda.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata sebagai permulaan, projek berkenaan akan dilaksanakan di Felda Tenggaroh 3, Johor; Felda Chini Timur 2, Pahang dan Felda Tenang Besut, Terengganu dengan kos RM120 juta.

Katanya selain menyediakan projek perumahan, projek SKF juga bersifat serampang dua mata kerana turut memberi pendapatan tambahan melalui aktiviti pertanian dan asas tani.

“Antaranya tanaman melon dan sayuran, penternakan ikan menggunakan tangki, penternakan ayam kampung dan penanaman pokok buah-buahan,” katanya selepas majlis pelancaran rumah contoh SKF di Felda Tenggaroh 3, Mersing di sini hari ini.

Beliau berkata projek berkenaan penting bagi merealisasikan misi Felda sebagai penjana ekonomi pelbagai industri di negara ini menjelang 2020 di samping menjadi pemangkin kepada aktiviti gedung makanan negara.

Mohd Isa berkata projek tersebut mempunyai tiga komponen utama iaitu pembangunan rumah yang berkualiti tinggi dan selesa dengan teknologi pembinaan pasang siap secara ‘Industrial Building System’ (IBS).

Komponen kedua pula ialah pelaksanaan projek pertanian bersepadu secara moden manakala komponen seterusnya ialah pembangunan infrastruktur moden bagi melengkapkan keperluan komuniti SKF tersebut.

Bagi melaksanakan projek ini, Felda melantik IRIS Corporation Berhad (ICB) sebagai kontraktor utama melibatkan pembinaan rumah, penyediaan tapak pertanian dan peralatan, perkhidmatan konsultansi pertanian selain memasarkan hasil pengeluaran.

“Tempoh pelantikan ini adalah selama tiga tahun dan ICB akan memindahkan kepakaran dan teknologi kepada Felda dalam masa ini,” katanya.

Beliau berkata hanya 100 calon yang layak sahaja akan mendapat rumah dalam setiap projek SKF dan mereka dipilih oleh jawatankuasa pemilihan menerusi ujian bertulis, temuduga, ujian kecergasan dan kriteria lain yang digariskan.

“Yang Paling Aku Takuti Di Kalangan Umatku Ialah Orang Alim Yang Jahat”

Posted: 26 Dec 2012 01:40 AM PST

Kenyataan Nik Aziz;

”… Saya kata begini, kalau UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam dan UMNO dan Pas bersatu, buat apa lagi saya berpolitik. Tidur malam tidak nyenyak. Tetapi kalau selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar.”

Tengok kenyataan ini;

“Pihak Kerajaan Negeri telah membuat PENGAKUAN bahawa tanah seluas 10,526 hektar terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000, bagi mereka adalah bertujuan kononnya untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan”. 

Apa yang berlaku, tanah inilah yang dijadikan tukaran dengan DAP untuk membolehkan PAS menjadi MB Perak.

Jika UMNOlah yang berbuat seperti ini, sudah pasti isu ini akan digunakan oleh PAS untuk dijadikan sebagai bukti inilah antara  kemungkaran dan amalan rasuah yang dilakukan oleh UMNO yang wajib ditentang.

Tetapi, disebabkan amalan ini amalan PAS, maka ianya tidak salah kerana ada niat baik di sebalik rasuah yang dilakukan, iaitu untuk menampung pembelajaran di sekolah tajaan YIK.

UMNO terkencing mengadap kiblat dikatakan haram. Bila PAS melakukan perbuatan yang sama, tidak haram kerana hanya “batang tubuh” yang kelihatan mengadap kiblat sedangkan “menate tu terpancut ke kiri”.

Beginilah cara ulamak PAS meletakkan agama. Meringan-ringankan dan mempermain-mainkan hukum Allah. Mereka menjalankan hukum Allah bersandarkan nafsu dan bukan di atas dasar iman dan taqwa.

Benarlah seperti yang disebut oleh Syeikh Kadir Jailani sebagai “golongan yang ada lidah tetapi tidak ada hati”.

“Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.

"Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. 

Inilah orang yang dikatakan oleh Nabi SAW. dengan sabda;

"Yang paling aku takuti di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu.

Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.”

kkamdias.blogspot.com

Jentera Penerangan UMNO Beri Penekanan Tiga Objektif Utama

Posted: 26 Dec 2012 01:12 AM PST

PUTRAJAYA, 26 Jan – Jentera Penerangan UMNO menggariskan pelbagai strategi dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini dengan member penekanan kepada tiga objekif utama iaitu berusaha memenangkan Barisan Nasional (BN) dengan mendapat dua pertiga majoriti, menawan empat negeri yang ditadbir pembangkang, dan menambah undi popular.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata pelbagai aspek strategi dan objektif jentera dibincangkan dengan menyeluruh pada majlis Pemukiman Pemantapan Profesionalisme, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) di Melaka yang berakhir awal minggu ini.

Beliau berkata pihaknya sudah membuat persiapan rapi dalam menghadapi PRU-13, dengan ruang gerak kerjanya bukan hanya bertumpu kepada sesi ceramah semata-mata, tetapi juga merangkumi kursus, bengkel, penyebaran makalah, gerak saraf, inisiatif media maya, majlis perjumpaan, penerangan dan sebagainya.

“Semua persiapan sudah dibuat, ada gerak kerja yang sedang digerakkan, di samping masih ada ruang untuk merancang lagi apa yang akan dilaksanakan, dan semua ini akan hanya berakhir pada hari keputusan pilihan raya diumumkan nanti,” katanya pada satu persidangan media di pejabatnya di sini.

Dari segi memenangi dua pertiga majoriti, Ahmad Maslan berkata, beliau yakin ia boleh dicapai kerana BN hanya perlu memenangi paling minimum lapan kerusi lagi untuk ditambah kepada 140 kerusi yang dimenanginya pada PRU-12, bagi mencapai jumlah dua pertiga daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, dengan syarat tiada pihak yang bertindak ‘mensabotaj’ parti.

Katanya beliau yakin sekurang-kurangnya 20 kerusi yang dikuasai pakatan pembangkang boleh dirampas oleh BN nanti, dengan masing-masing lima lima dari Pas dan  DAP dan 10 dari PKR.

Ahmad Maslan berkata pada pilihan raya umum 2008, beliau melihat para pengundi di beberapa negeri beralih angin kerana termakan dengan janji-janji yang ditabur pakatan pembangkang, namun kini selepas melihat kepada apa yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir mereka, beliau yakin ramai pengundi akan kembali kepada BN.

Beliau memberi contoh negeri Selangor yang menurutnya gagal menunaikan pelbagai janji, mengakibatkan banyak pihak bangun membuat tuntutan, sehingga membawa perkara itu ke mahkamah.

“Di pihak BN pula tidak ada sesiapa pun yang nak saman kita kerana tidak tunai janji, semua janji ditepati. Sekarang mereka nak mengelak pula dengan mengatakan manifesto pilihan raya mereka itu bukan janji. Apa ini?” katanya.

UMNO Pasir Puteh Sumbang Bantuan 700 Kampit Beras Kepada Mangsa Banjir

Posted: 26 Dec 2012 12:36 AM PST

PASIR PUTEH, 26 Dis – UMNO bahagian Pasir Puteh menyumbang sebanyak 700 kampit beras bernilai RM14,300 kepada mangsa banjir dari empat buah kampung di sini.

Ketuanya Zawawi Othman berkata bantuan itu diagih-agihkan sendiri kepada hampir 700 mangsa terutama yang tidak dapat berpindah ke pusat pemindahan.

“Mereka yang kebanyakannya terdiri daripada golongan petani miskin sangat memerlukan bantuan itu,” katanya pada majlis memasak makanan bagi 219 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kamil 1 di sini.

Zawawi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, berkata mereka yang menerima bantuan itu tinggal di Kampung Gong Chokoh, Gong Pasir, Kampung Wakaf dan Sungai Kelong.

Katanya kebanyakan rumah mereka dinaiki air sedalam antara 0.5 dan 1 meter akibat limpahan air sungai berdekatan dengan rumah masing-masing.

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan bancian untuk memohon bantuan daripada kerajaan pusat berikutan kerosakan harta benda serta tanaman disebabkan banjir.

KWSP Perkenal Pengeluaran Haji

Posted: 26 Dec 2012 12:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Dis –  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu memperkenalkan ‘Pengeluaran Haji’ yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Januari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).

“Bagaimanapun ahli diingatkan pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali seumur sehidup dan hanya layak bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di LTH,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Untuk membuat permohonan pengeluaran haji itu, Ibrahim berkata ahli yang layak boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan, surat tawaran LTH dan buku akaun simpanan LTH yang telah dikemaskini.

“Ahli juga diingatkan agar mengemukakan permohonan haji selewat-lewatnya tiga hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti ditetapkan LTH bagi memudahkan proses permohonan mereka,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, beliau berkata ahli yang berminat boleh mengunjungi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.

Masyarakat Felda Tolak Kumpulan Pemfitnah Bersiri

Posted: 26 Dec 2012 12:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Dis – "Pembangkang ini adalah pemfitnah bersiri… Macam-macam mereka menuduh Felda. Kononnya Felda menjalankan perniagaan dengan Israel, syarikat Bangi Private Limt di Singapura yang bekerjsama dengan Felda adalah milik Israel.

"Mereka juga menuduh kononnya  400 juta unit atau 12 peratus saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dimiliki Genting Bhd. Macam-macamlah… Ini semua langsung tidak ada kebenaran. Sebab itu saya kata mereka ini pemfitnah bersiri. Tujuan mereka hanya satu iaitu mahu menguasai Felda," ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ujar Ahmad Maslan ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini, pembangkang mahu menguasai Felda kerana Felda mempunyai 54 Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri (DUN). Untuk memenuhi hasrat ke Putrajaya maka salah satu caranya adalah dengan menghancurkan Felda.

"Sebab itulah mereka menabur pelbagai fitnah terhadap Felda. Malah mereka adakan konvoi Oren untuk masuk ke kawasan Felda untuk menyebarkan fitnah.

"Namun masyarakat Felda bijak. Mereka tidak mudah terpengaruh. Konvoi Oren ditolak mentah-mentah. Masyarakat Felda tahu bahawa mereka ini hanya mahu mengucar kacirkan keamanan dan keharmonian penduduk Felda," tambahnya.

Ahmad Maslan yang  juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa tindakan saman akan diambil terhadap Mazlan Aliman, Harakah dan juga Suara Keadilan setelah tempoh tuntutan maaf tamat pada 28 Disember ini.

"Kita dah minta mereka minta maaf atas fitnah yang mereka buat namun sekiranya mereka gagal maka kita pasti akan mengambil tindakan saman. Felda tidak akan berdiam diri lagi di atas semua longgokan fitnah pembangkang”, katanya.

Di dalam sidang media yang sama Ahmad Maslan turut menjelaskan bahawa selaku Ketua Penerangan UMNO beliau amat berpuas hati terhadap persiapan jentera pilihan raya namun masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki di mana-mana. Secara keseluruhan apa yang patut dibuat katanya telah dilaksanakan dengan baik.

"Kita tidak akan berhenti bekerja dan akan berhenti bekerja politik PRU 13 ini hanya apabila selesai diumum siapa menang pada malam pengundian. Selagi belum tiba waktu itu, selagi itulah kita akan terus bekerja keras sehingga ke titisan yang terakhir untuk persiapan pilihan raya. Kita akan terus mempertahankan tanahair ini termasuklah mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan pembangkang," terang beliau. - MediaUMNO

Schools Affected By Floods May Have To Delay Start Of 2013 Session

Posted: 26 Dec 2012 12:24 AM PST

PUTRAJAYA, Dec 26 – Schools affected by floodd may have to delay the start of 2013 schooling session slated for Jan 1 and 2, said deputy director-general of education (operations) Sufa’at Tumin.

However, the decision would be made by state education directors based on information from the National Security Council and State Flood Operations Room.

“We will look at the situation because there is a week left before school starts. The floods may have receded by then and schools can start as planned,” he told reporters here today.

Sufa’at said measures should have been taken to ensure that school equipment such as chairs, tables and computers were not damaged by the floods.

Schools in Kedah, Kelantan and Terengganu will start session on Jan 1 and end Dec 31 while the other states will start on Jan 2 and end on Jan 1 2014.

It will involve a total of 205 school days including public holidays and 84 school term holidays.

Some 425,665 students will start Year One, 533,135 will start Form One, 23 new schools will open comprising 14 primary, eight secondary and one sports school in Sabah.

The Jawi, al-Quran, Arabic and Fardh Ain (j-QAF) programme will be expanded to 2,053 schools including Chinese (SJKC) and Tamil (SJKT) with Muslim students, bringing the total number of schools to 6,928.

The Special Schooling Aid of RM100 for secondary school students will be distributed from Jan 15 until Feb 15.

Sufa’at stressed that schools are not allowed to make any deduction.

The Ministry of Education (MOE) will also distribute RM250 book vouchers valid from Jan 1-May 31 2013 to higher education students.

The vouchers will benefit some 157,149 Upper Six, matriculation college and university students and teacher trainees active from Jan 1-March 31 2013.

PNB Agih Pendapatan ASN 6.30 Sen Seunit

Posted: 25 Dec 2012 11:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 26 Dis –  Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Rabu mengumumkan kadar pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012, sebanyak 6.30 sen seunit.

Jumlah itu merupakan peningkatan 0.25 sen berbanding tahun lepas.

“Jumlah pulangan ini adalah jumlah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun ini,” kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan skim ASN di sini.

Jumlah pembayaran tersebut akan diterima oleh seramai 1.23 juta pemegang unit yang melanggan 1.46 bilion unit ASN.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT