SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 11, 2012

UMNO Online - “Peluang Cerah Raih Majoriti 2/3, BN Bawa Kestabilan dan Kemajuan” plus 9 more

UMNO Online - “Peluang Cerah Raih Majoriti 2/3, BN Bawa Kestabilan dan Kemajuan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Peluang Cerah Raih Majoriti 2/3, BN Bawa Kestabilan dan Kemajuan

Posted: 10 Dec 2012 02:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Peluang Barisan Nasional(BN) untuk memenangi majoriti 2/3 pada PRU ke-13 dilihat cerah berdasarkan beberapa faktor, termasuk dasar transformasi kerajaan yang dilakukan oleh BN semenjak diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira tiga tahun yang lepas.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron, tranformasi di dalam pentadbiran kerajaan, termasuk di dalam UMNO yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib telah menambahkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan BN untuk terus mentadbir negara.

"Kita dapat lihat hari ini, dengan kepimpinan Datuk Seri Najib kestabilan politik dan ekonomi bertambah baik. Kewibawaan kepimpinan beliau, serta dasar kerajaan yang menepati janji merupakan faktor-faktor utama yang saya yakin, bahawa BN mempunyai peluang besar untuk memperolehi majoriti 2/3 pada PRU yang akan datang.

"Berdasarkan faktor tersebut, termasuk juga dengan beberapa faktor tambahan lagi seperti sistem yang tersusun, pengalaman dalam pentadbiran, mengekalkan kestabilan dan keharmonian merupakan elemen-elemen penting yang memberikan kelebihan kepada BN berbanding dengan pakatan pembangkang," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, jika dilihat daripada struktur pentadbiran pula, UMNO dan BN lebih tersusun bermula daripada peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat pengurusan tertinggi.

"UMNO dan BN sudah lebih 50 tahun mentadbir negara, sudah tentulah ia mempunyai sistem yang lebih tersusun dan sistematik berbanding pembangkang. Perkara ini tidak wujud dalam Pas, DAP dan PKR. Kita boleh lihat di dalam Pas sebagai contoh, alih-alih tiba-tiba saja sudah ada muktamar pusat. Kita tak nampak bila masa cawangan-cawangan Pas di peringkat akar umbi bersidang. Begitu juga dengan DAP. PKR apatah lagi.

"BN dan UMNO juga dilihat mempunyai strategi pentadbiran yang lebih baik berbanding dengan pakatan pembangkang. BN merangka strategi jangka masa panjang untuk memakmurkan negara dan rakyat di negara ini. Tetapi pembangkang pula, hanya mendendangkan janji-janji yang tidak munasabah kepada rakyat semata-mata untuk meraih undi. Namun bila sudah berkuasa, mereka lupa akan janji-janji mereka pada rakyat," ujarnya.

Justeru itu beliau menaruh keyakinan, berdasarkan faktor-faktor kestabilan, keharmonian dan pengalaman yang dimiliki oleh BN dalam mentadbir negara, BN mempunyai peluang yang amat baik untuk meraih majoriti 2/3 dalam PRU yang akan datang tidak lama lagi.

"Perlu diingatkan juga, ahli-ahli BN, khususnya UMNO perlu akur kepada keputusan tertinggi parti terutama dalam bab calon. Kita tidak boleh berbalah sesama sendiri di mana ia akan merugikan parti yang mana akan memberi kesan terhadap agama, bangsa dan negara.  Sekiranya tidak berlaku sebarang sabotaj, InsyaAllah BN akan mendapat semula majoriti 2/3 pada PRU kali ini," tegas beliau. – MediaUMNO

Sedar Undi Kaum India Penting, Pembangkang Cipta Fitnah Baru

Posted: 10 Dec 2012 02:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis – "Saya amat berharap agar kaum India jangan terpengaruh dengan pembangkang yang terkenal dengan putar belitnya. Atas rasa tertekan kerana PRU sudah semakin hampir dan menyedari undi kaum India penting, maka mereka mula membuat fitnah baru kononnya seramai 300 ribu masyarakat India belum menjadi warganegara Malaysia. Mereka putar belit fakta untuk kepentingan diri semata- mata iaitu mencapai hasrat menawan Putrajaya," ujar Datuk A. Chandrakumanan.

Beliau yang merupakan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan membidas dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300 ribu masyarakat India yang tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia. Ujarnya, ini semua adalah agenda busuk pembangkang yang mahu meraih undi kaum India di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tambah Chandarakumanan, kaum India tidak harus terpedaya dengan fitnah pembangkang ini kerana banyak contoh yang boleh dilihat dengan jelas bahawa pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya sama sekali.

"Lihatlah apa sudah jadi dengan Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Masa PRU lalu, pembangkang berjanji sekiranya mereka menang, selepas dua minggu tanah di kampung itu akan menjadi hak milik penduduk.

"Tetapi selepas menang, mereka cakap tak boleh buat apa-apa. Akhirnya kampung ini lenyap. Mereka telah menjadi kerajaan negeri dan mereka boleh ubah untuk menunaikan janji mereka tetapi mereka gagal. Sekiranya masalah Kampung Buah Pala pun mereka tidak boleh selesaikan, apatah lagi masalah warganegara ini.

"Kononnya nak uruskan dalam masa sebulan… Ini semua tipu… Kalau betul mereka ada maklumat 300 ribu orang ini, bagi pada kita… Kita boleh selesaikan. Sebab kita dah check (periksa), hanya terdapat 9,000 kes dengan 50 peratus kes telah selesai dengan diberi status kerakyatan… Apa lagi mereka nak temberang," ulasnya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, pembangkang sebenarnya mahu mempengaruhi kaum India kerana mereka mula sedar bahawa ramai kaum India telah kembali memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Atas rasa kebimbangan inilah maka pembangkang mula mencipta putar belit baru bagi meraih dan mengalih perhatian kaum India.

“Mereka juga bertujuan menghuru harakan kaum India agar negara ini menjadi kucar-kacir. Mereka ini sebenarnya tidak suka melihat negara kita aman dengan keharmonian kepelbagaian kaum. Seboleh-bolehnya mereka mahu melihat negara ini kucar-kacir dengan menfitnah Barisan Nasional (BN). Kemudian mereka akan mengambil kelebihan ini dengan memenuhi kehendak politik peribadi mereka.

"Kaum India jangan sesekali terpedaya dengan pembangkang…. Siapa yang mereka nak angkat naik… Anwar Ibrahim sedangkan Anwar yang dahulunya menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pun tak buat apa-apa, sekarang hanya pandai bercakap. Orang seperti ini tidak boleh kita percaya. Mereka bukan nak bantu rakyat," tambahnya lagi. – MediaUMNO

Siapapun Calon BN, UMNO Bahagian Di Perak Tetap Jadi Penggempur Hadapi PRU-13

Posted: 10 Dec 2012 02:19 AM PST

IPOH, 10 Dis – Beberapa Umno Bahagian di Perak menyatakan akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti mengenai calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ketua Umno Bahagian Taiping, Bukit Gantang, Larut dan Kuala Kangsar berkata demikian seiring dengan ikrar akan bertindak sebagai jentera tulang belakang dan ‘penggempur’ BN dalam menghadapi pembangkang.

Ini kerana mereka sedar yang lebih penting bagi PRU-13 yang disifatkan ibu segala pilihan raya ini adalah kemenangan dua pertiga atau kejayaan lebih besar BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Umno Bahagian Taiping Datuk Ahmad Shalimin Ahmad menegaskan semua anggota perlu kembali kepada asas perjuangan dan kewajipan yang digariskan perlembagaan parti termasuk menyokong serta menerima sesiapa sahaja calon yang dipilih mewakili BN.

“Saya selaku ketua bahagian bersama-sama pemimpin dan anggota Umno Taiping tiada masalah walau siapapun menjadi calon BN. Kami akan bekerja kerana selama ini jelas, walaupun bukan anggota Umno yang bertanding bagi kerusi Parlimen Taiping, kerusi DUN Pokok Assam dan Aulong, Umno tetap menjadi jentera kuat membantu BN,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Shalimin menekankan perlunya muhasabah diri dalam kalangan anggota parti kerana asas kemenangan dan kejayaan BN adalah perpaduan, baik dalam Umno mahupun sesama anggota komponen BN.

Melafazkan ikrar dan janji serupa, Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Datuk Rosli Husin berkata: “Seperti kita selalu cakap, pemilihan terserah kepada pucuk pimpinan yang akan membuat penilaian termasuk aspek hierarki dalam parti. Saya dan anggota Umno di Bukit Gantang berjanji siapapun calon, kami akan terima.”

Rosli yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Trong turut berikrar bahawa Umno bahagian itu akan berperang habis-habisan bagi memastikan BN memenangi semua kerusi mencakupi kawasan Parlimen Bukit Gantang dan DUN Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, tiada tolak-ansur dalam memastikan kemenangan semua kerusi iaitu Parlimen Larut dan tiga kerusi DUN iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau, demi masa depan BN dan Umno.

“Ya, kita akan akur apapun keputusan pucuk pimpinan dan kita tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’ seperti yang berlaku pada pilihan raya umum ke-12, yang mana soal pemilihan calon tidak dibincangkan bersama-sama bahagian,” jelasnya.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Adun Kubu Gajah berkata kesedaran dan semangat anggota bahagian sangat tinggi dan mereka tidak sabar untuk bertempur dalam perang pilihan raya kali ini.

Ketua Bahagian Kuala Kangsar Datuk Ramly Zahari pula merujuk kepada harapan Umno dan BN kawasan itu supaya calon boleh menang serta berupaya member perkhidmatan terbaik kepada rakyat, yang dipilih.

“Apa sahaja keputusan pucuk pimpinan, kami terima. Kami akur kerana perkara itu kami serahkan 100 peratus supaya pemimpin atasan dapat membuat pemilihan,” kata Ramly yang juga pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri.

Beliau menarik pehatian usaha memperkukuh sokongan untuk memastikan kemenangan besar BN dalam PRU diteruskan dengan majlis penerangan mengenai amanat presiden parti sekembalinya dari perhimpunan agung Umno.

“Kami telah menggerakkan beberapa program termasuk oleh sayap-sayap parti peringkat bahagian. Kami percaya kesemua kerusi pilihan raya di Kuala Kangsar dapat dipertahan. Semangat dan kesedaran anggota juga tinggi dan saya yakin mereka memahami aspirasi yang dicetuskan oleh presiden parti,” katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bau-baru ini melontarkan soalan ‘cepumas’ penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota Umno untuk menyokong parti, sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya nanti, semasa penggulungan perbahasan pada sesi penutup Perhimpunan Agung Umno 2012.

Lima kemungkinan ditawarkan Najib bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu — sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.

Wanita BN Tolak Politik Retorik, Teruskan Program Kemasyarakatan

Posted: 10 Dec 2012 02:18 AM PST

KUCHING, 10 Dis – Wanita Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi golongan kurang bernasib baik dan bersedia menyalurkan bantuan apabila diperlukan, kata Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata sejak 55 tahun merdeka, program kemasyarakatan serta kebajikan menjadi keutamaan pergerakan itu.

“Kita tidak percaya kepada politik retorik, kita lebih berminat dengan program kemasyarakatan serta kebajikan yang telah dibuat sejak 55 tahun lalu, katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Anjung Singgah Sarawak dan Program Bantuan ‘Sentuhan Yayasan Kebajikan Negara’ (YKN) di sini, hari ini.

Katanya, perjuangan politik sebenar Wanita BN ialah terus mengenal pasti golongan miskin, sakit terlantar dan mereka yang memerlukan bantuan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Datuk Sayed A Rahman Syed Mohamad.

Mengulas mengenai lawatan beliau ke Sarawak, Shahrizat berkata ia bertujuan memastikan jentera Wanita BN di Bumi Kenyalang ini berada dalam keadaan siap siaga menjelang pilihan raya umum akan datang, di samping memantapkan perjalanan program kemasyarakatannya.

Sementara itu, Shahrizat berkata, kerajaan akan terus membina Anjung Singgah untuk membantu golongan gelandangan.

“Selain dari dua Anjung Singgah yang sudah mula beroperasi di Kuching, Sarawak dan Kuala Lumpur, lima lagi sedang dibina iaitu di Johor, Pulau Pinang, Melaka, Klang, dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata program Anjung Singgah di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat melalui YKN itu dapat memberi pembelaan kepada golongan gelandangan untuk berteduh sementara mendapat pekerjaan.

Katanya, program tersebut akan diperluaskan ke bandar lain mengikut keperluan.

Dakwaan 300,000 India Tanpa Dokumen Bermotif Politik – Hishammuddin

Posted: 10 Dec 2012 02:16 AM PST

PUTRAJAYA, 10 Dis – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan terdapat 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia bermotif politik.

Katanya dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13, selain cuba mencetuskan konflik kerana hanya membabitkan satu kaum.

“Mengapa dibawa sekarang, mengapa jumlah itu dibesarkan sehingga 300,000, ia merupakan jumlah yang tidak ada asas langsung,” katanya kepada pemberita selepas sesi Perjumpaan Menteri Bersama Peserta Kursus Outreach Top 5 Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional KDN, di sini hari ini.

Katanya tindakan segelintir pemimpin pembangkang untuk berdemonstrasi di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara pada Rabu ini juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam usaha kononnya untuk menyelesaikan isu tersebut.

“…kalau betul 300,000 beri kepada kita, kita uruskan. Nak berdemonstrasi dan berkisar pada perkauman di mana satu kaum sahaja, saya tengok ada matlamat-matlamat tertentu,” katanya.

Menurut Hishammuddin, melalui kempen MyDaftar yang dilancar khusus untuk menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri kaum India, sebanyak 9,529 mendapatkan borang permohonan dan 7,061 menyerahkan permohonan lengkap.

Daripada jumlah itu, 6,612 mendapat kelulusan dokumen pengenalan diri dan program tersebut masih berlangsung, katanya.

“Jumlah ini yang kita dapat dalam Program Mydaftar Kebangsaan yang dijalankan di sembilan buah negeri. Kalau tak jelas mereka (pembangkang) boleh datang jumpa kita,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 menafikan dakwaan pembangkang itu dengan menegaskan ia bertujuan mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan.

Najib Gives Inspiration To KP1M Volunteers In Gaza By Phone

Posted: 10 Dec 2012 01:04 AM PST

GAZA (Palestine), Dec 10 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Sunday gave words of inspiration to Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) volunteers and reminded them to be careful in carrying out their tasks in countries facing conflicts.

KP1M president and captain of the mission, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim said the words of inspiration was conveyed to him through a 10-minute telephone conversation with the prime minister.

Abdul Azeez said Najib, who was confident of the capability of all the 58 volunteers, urged them to carry out their tasks in a praiseworthy manner.

“Datuk Seri also wants all mission members in Palestine to help each other and ensure that the aid reached all Malaysians who are here,” he said when conveying Najib’s message to mission members here.

Meanwhile, commenting on the action by Israel in firing a warning shot to the Malaysian Solidarity Mission 2012 volunteers, Abdul Azeez said the volunteers this time would focus fully on the objective of the mission and avoid places of high risk.

“Besides being provided with bullet-proof vests, we remind the volunteers to be more aware of the risks posed by the zionists,” he said.

On Sunday, Utusan Malaysia reported that the Malaysian Solidarity Mission 2012 volunteers, who were on their way to deliver the Palestine Peace Fund for agricultural development near Jabaliah, about 3.5 km from Gaza, were given a warning shot by Israeli troops.

The ‘Second Wave’ of the humanitarian mission organised by KP1M and the 1Malaysia Youth Movement today entered its third day in the mission to deliver aid to the Palestinians in Gaza.

Wanita BN Rejects Politics Of Rhetoric, Focuses On Welfare And Community Programmes

Posted: 10 Dec 2012 01:02 AM PST

KUCHING, Dec 10 – Wanita Barisan Nasional (BN) does not believe in the politics of rhetoric but is more interested in carrying out welfare and community programmes to benefit the people, especially the less fortunate.

Its chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said Wanita BN was always sensitive to the needs and problems faced by the less fortunate and ready to extend aid to them.

“For 55 years since the country’s independence, welfare and community work have been our priority.

“And I’ve asked the Wanita BN machinery to continue identifying the poor, the invalid and others who need assistance. That has been our political struggle.”

She said this after visiting Sarawak Anjung Singgah and officiating at the “Sentuhan YKN” aid programme, here, today. Also present was National Welfare Foundation (YKN) chief executive officer, Datuk Sayed A Rahman Syed Mohamad.

On her visit to Sarawak, Shahrizat said it was also to ensure that the state Wanita BN was well prepared (for the coming general election) and that its work, especially the community programmes, were running smoothly.

Meanwhile, Shahrizat said the government would continue to build anjung singgah (temporary shelters) to assist vagrants.

“Besides the two anjung singgah in Kuching and Kuala Lumpur which are already in operation, five are being built in Johor, Penang, Melaka, Klang and Sabah.

“We will see whether there is a need for the facility in other towns and we will inform the prime minister about this for his consideration,” she said.
Shahrizat said the Anjung Singgah programme under the Women, Family and Community Development Ministry and implemented through YKN, had given temporary shelter to the jobless and homeless while waiting to get a job.

UMNO Kedah Desak Kerajaan Negeri Henti Aktiviti Pembalakan

Posted: 10 Dec 2012 12:59 AM PST

ALOR SETAR, 10 Dis – Umno Kedah mendesak kerajaan negeri supaya menghentikan aktiviti pembalakan yang semakin berleluasa di negeri itu bagi mengelak bencana kepada rakyat pada masa hadapan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pembalakan secara ‘cuci mangkuk’ iaitu menebang semua pokok di Gunung Inas dan sekitar kawasan Tasik Pedu harus dihentikan segera.

“Kita jangan lupa tragedi Dipang di Perak pada 29 Ogos 1996 yang mengorbankan 39 nyawa. Kejadian itu berpunca daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal. Jangan kita biarkan tragedi itu berlaku di Kedah pula,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan negeri semalam kerana gagal mengawal pembalakan sehingga menyebabkan banjir di Sik baru-baru ini.

Katanya walaupun sudah banyak pihak membangkitkan kebimbangan tentang aktiviti pembalakan itu, kerajaan negeri masih gagal mengambil tindakan pencegahan, malah terus memberi pelbagai alasan bagi merasionalkan tindakan tersebut.

Ahmad Bashah berkata bukan hanya rakyat dan ahli politik malah beberapa badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar serta pengkaji alam sekitar turut memberi amaran tentang bahaya melakukan pembalakan di kawasan berkenaan.

“Tetapi apa yang kerajaan negeri buat? Tiada apa tindakan pencegahan melainkan terus menebang balak atas nama Projek Ladang Rakyat dan pertanian,” katanya.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, berkata BN Kedah menentang pembalakan itu bukan kerana iri hati mahupun menentang pembangunan untuk rakyat, tetapi hakikat yang berlaku ialah kerajaan negeri tidak mahu mempedulikan kebimbangan rakyat.

“Selalu saya tegaskan bahawa projek Ladang Rakyat dan projek pertanian itu hanyalah cara menghalalkan penerbangan balak,” katanya sambil berharap kerajaan negeri tidak terus memekakkan telinga dengan suara rakyat.

UMNO Pokok Sena Gandakan Program Turun Padang Menjelang PRU-13

Posted: 10 Dec 2012 12:10 AM PST

ALOR SETAR, 10 Dis – Umno Bahagian Pokok Sena menggandakan program turun padang menemui orang ramai bagi menjamin Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

Ketuanya Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata pelbagai bentuk program telah dirancang dengan tumpuan diberikan pada program-program kecil supaya mesej yang disampaikan lebih berkesan.

Katanya program ini, yang bermula minggu ini, membabitkan semua empat sayap Umno iaitu Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri. Ia akan dibuat berterusan termasuk melibatkan parti-parti komponen BN secara bersepadu.

“Matlamat kami adalah menguasai kembali kerusi Parlimen Pokok Sena serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada dan DUN Bukit Pinang dari pakatan pembangkang dan mempertahan DUN Derga.

“Saya yakin sokongan positif pengundi terhadap BN membayangkan kemenangan bakal menjadi miliknya,” kata Ahmad semasa ditemui selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Thailand di layar besar bersama orang ramai di padang awam Pokok Sena di sini, malam tadi.

Ahmad yang juga penyelaras Parlimen Pokok Sena berkata kemantapan Umno bahagian itu menjadi kelebihan kepada BN untuk menawan kembali ketiga-tiga kerusi yang jatuh kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Mengenai program itu, Ahmad berkata ia sebahagian program yang dirancang Umno Bahagian untuk mengisi keperluan orang muda inginkan hiburan yang membina sahsiah positif.

Katanya walaupun hujan agak lebat malam tadi kehadiran ramai anak muda menyaksikan perlawanan itu menjelaskan semangat kesukanan mereka.

Ahmad berkata program serupa akan dibuat di tempat sama bagi membolehkan orang ramai menyaksi perlawanan kedua timbal-balik antara Malaysia dan Thailand di Bangkok Khamis ini.

Orang Melayu Perlu Bersatu, Jadikan Titah Sultan Iktibar

Posted: 10 Dec 2012 12:07 AM PST

KUALA LUMPUR 10 Dis – Orang Melayu perlu mengambil iktibar daripada apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat orang Melayu bersatu dan tidak berpuak-puak antara satu sama lain tanpa melupakan kaum lain.

Ketua Wanita UMNO Subang, Halimathon Saadiah Bohan menyifatkan apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor itu adalah suatu kebenaran berdasarkan perkembangan terkini yang berlaku di negara ini, disebabkan oleh fahaman politik, orang Melayu dilihat berpuak-puak.

"Sepatutnya orang Melayu perlu bersatu dalam apa jua perkara, apabila kita membicarakan isu agama dan bangsa, kita seharus sepakat bukannya berpecah belah, tetapi kebelakangan ini disebabkan oleh kepentingan politik ada di antara kita yang sanggup memperlekehkan perkara itu sehingga berbalah sesama sendiri.

"Sebagai Ketua Negeri, Sultan Sharafudin yang juga sebagai Ketua Agama Islam di Selangor membuat teguran itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu supaya tidak berpecah-belah atau hidup dalam keadaan berpuak-puak hanya disebabkan mempunyai perbezaaan fahaman politik.

"Baginda turut menegur sikap segelintir pemimpin Melayu yang sanggup menggunakan agama sebagai modal politik untuk mendapat populariti," katanya ketika diminta mengulas akan titah Sultan Sharafudin bahawa baginda akan terus membuat teguran demi untuk memelihara Islam dan orang Melayu.

Halimathon berkata, teguran yang dibuat oleh Sultan Sharafudin itu adalah untuk melihat orang Melayu dan Islam bersatu dan bukannya mempunyai motif politik untuk mana-mana pihak sebaliknya ia perlu dilihat secara positif demi memastikan orang Melayu dan Islam terus maju.

"Ini menunjukkan bahawa Sultan Sharafudin amat prihatin dan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku terhadap rakyatnya terutama di kalangan orang Melayu dan Islam, baginda telah menyatakan bahawa baginda berkecuali dalam hal-hal politik tetapi tidak mahu adanya perpecahan disebabkan oleh politik," katanya.

Menurutnya, rakyat perlu mengambil perhatian berhubung nasihat Sultan Sharafudin supaya tidak bertindak mengikut emosi sehingga sanggup melakukan sesuatu yang melampaui batas tanpa menyedari perbuatan itu boleh menimbulkan suatu suasana tidak sihat di kalangan rakyat negara ini.

Halimathon berharap, apa yang diluahkan oleh Sultan Sharafudin itu perlu dijadikan panduan oleh semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan pangkat terutama di kalangan pemimpin politik yang sewenang-wenangnya menggunakan isu kontroversi untuk kepentingan politik. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT