SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, December 7, 2012

UMNO Online - “Airasia Sedia Tawar Tiket Paling Murah Ke Bangkok Kepada Penyokong Harimau Malaya” plus 9 more

UMNO Online - “Airasia Sedia Tawar Tiket Paling Murah Ke Bangkok Kepada Penyokong Harimau Malaya” plus 9 more

Link to UMNO Online

Airasia Sedia Tawar Tiket Paling Murah Ke Bangkok Kepada Penyokong Harimau Malaya

Posted: 06 Dec 2012 04:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedia menawarkan tiket pergi-balik ke Bangkok dengan harga paling murah kepada penyokong Harimau Malaya bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia menentang Thailand, Khamis depan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ketua PegawaiEksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan persetujuan berhubung perkara tersebut.

“Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana (Bangkok). Saya sudah berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapatkan jumlah mereka yang mahu ke sana.

“Kita akan menyediakan penerbangan ‘charter’ dan jika sekadar 100 atau 200 orang, ia tidak akan memberi impak yang besar. Kita mahu beribu orang ke sana,” katanya pada sidang media Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa RedtoneKL 2012, di sini pada Khamis.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu akan beraksi pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Ahad ini.

Perlawanan timbal balik bakal diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Dis.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata jika mendapat sokongan menggalakkan, perkhidmatan bas akan turut disediakan dari lapangan terbang di Bangkok ke Stadium Supachalasai.

“(Bagaimanapun) Pada masa ini, kos penerbangan, harga tiket, perkhidmatanbas, serta keperluan lain masih dalam perbincangan,” katanya.

Keupayaan Tadbir Urus BN, Dinikmati Semua Rakyat

Posted: 06 Dec 2012 03:14 AM PST

TENOM, 6 Dis –   Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir urus kekayaan negara dengan baik sehingga dapat melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk  membela rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan luar bandar

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata proses  tranformasi  yang menjadi agenda utama kerajaan semakin ketara dan rakyat turut menikmati perubahan tersebut tanpa garis sempadan meskipun tinggal di kawasan Pedalaman.

"Ini semua  mampu  dilaksanakan disebabkan kita mempunyai kerajaan yang stabil dan diurus  tadbir oleh pemimpin yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak yang berwawasan dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan” katanya  selepas mengatuai program ziarah Pergerakan Pemuda UMNO Tenom di Kampung Sugiang Tengah, baru-baru ini,

Selain beramah mesra, Jamawi yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia turut melawat projek  pembinaan bantuan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) Minggu Tunon  yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di samping menyampaikan sumbangan Pemuda UMNO kepada golongan yang kurang berkemampuan di kampung tersebut.

Jamawi berkata apabila negara ditadbir oleh sebuah kerajaan yang stabil dengan hala tuju yang jelas, ia membolehkan kekayaan negara dapat dipindahkan kepada rakyat, justeru rakyat  seharusnya bersyukur kerana negara ini ditadbir oleh kerajaan yang berwibawa .

Jelas beliau lagi konsep 1Malaysia yang diperkenalkan jelas  mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dan kedudukan geografi termasuk di Sabah dan  Sarawak

“Kita ada BR1M , Kedai 1Malaysia Klinik 1Malaysia, , Amanah Saham 1Malaysia,  bonus kakitangan awam, subsidi untuk nelayan dan peruntukan pembangunan luar bandar yang besar termasuklah program program bantuan membina dan membaiki rumah rakyat” katanya.

Justeru beliau  yakin lebih banyak lagi kemudahan yang akan dinikmati oleh rakyat sama ada di bandar atau luar bandar sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat memimpin negara ini pada PRU ke 13 akan datang dan turut mengingatkan agar rakyat khususnya di kampung tersebut tidak terpujuk dengan janji yang ditaburkan oleh pembangkang demi kepentingan surival politik mereka.

Beliau berkata, kerajaan BN sudah pasti akan meneruskan legasi pembangunan yang direncanakan kerana keperluan pembangunan sentiasa berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa.

“Bagi mempestikan proses kesinambungan pembangunan ini dapat diteruskan rakyat wajar memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang ada pada hari ini untuk meneruskan pentadbiran negara”, ujarnya.

Laksanakan Rukun Perjuangan, Jangan Jadi Seperti Pembangkang “Juara Bercakap”

Posted: 06 Dec 2012 02:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis. – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah gelanggang utama yang akan dihadapi oleh ahli-ahli UMNO bersama-sama kompenan Barisan Nasional (BN) selepas selesainya persidangan terbesar bangsa Melayu iaitu Perhimpunan Agung UMNO 2012, Sabtu lalu.

Dalam ucapan penggulungan, kepimpinan tertinggi UMNO telah berpesan, menyampaikan amanah selain menggariskan rukun perjuangan untuk dilaksanakan bagi menjamin UMNO dan BN menang dalam PRU sebagaimana yang disarankan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selaras dengan itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin turut menegaskan bahawa anggota parti adalah jentera utama yang mesti bersedia berdepan dengan segala cabaran khususnya dalam memberikan penerangan kepada masyarakat di akar umbi.

"Perkara utama adalah semangat untuk bersatu padu dengan memastikan semua anggota parti yang bermula dari kepimpinan tertinggi hinggalah ke peringkat akar umbi bersama-sama dan bersatu hati memastikan kemangan BN," katanya kepada UMNO-Online.

Tujuh rukun yang disebutkan oleh Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ialah patuh kepada pemimpin; mengatur strategi yang tepat; memahami peranan dan tanggungjawab yang hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh; mengenali musuh dalam pilihan raya khususnya pembangkang; memperkukuhkan perpaduan di semua peringkat parti; memastikan berada dalam keadaan siapsiaga untuk 'peperangan' pilihan raya dan berjuang habis-habisan hingga ke saat akhir.

"UMNO dan BN telah terbukti mempunyai perancangan bagi membawa negara dan masyarakatnya sebagai negara maju dengan ia dilaksanakan lancar tanpa perlu mengutarakan pelbagai janji sebagaimana pembangkang yang boleh dijadikan perbandingan.

"Pakatan pembangkang tidak ada perancangan yang baik sebaliknya mereka hanya bercakap untuk berkuasa sedangkan tidak melaksanakan unjuran daripada apa yang ada hari ini untuk perubahan masa hadapan malah manifesto, buku jingga dan bajet yang dibuat juga tidak berasaskan realiti semasa," katanya.

Tegasnya, pembangkang berpakat untuk PRU ekoran menyedari bahawa mereka tidak akan dapat membentuk kerajaan jika berdiri sendiri walhal dalam pilihan raya mereka bertanding atas lambang yang berasingan tidak sebagaimana kesatuan antara UMNO bersama kompenan lain dalam BN.

"Pembangkang ini juara bercakap tanpa ada rasa tanggungjawab atas apa yang diluahkan sedangkan kepimpinan dalam BN sentiasa memastikan apa yang diluah dimanifestasikan untuk rakyat."

Tambahnya, pakatan pembangkang hanya mencanangkan mereka mahu menawan Putrajaya walhal untuk agenda seterusnya tidak ada dan ini amat berbeza dengan BN yang merencanakan pembangunan berterusan sebagaiman sebelum wujudnya Putrajaya dan masa akan datang.

"Inilah masanya untuk semua ahli-ahli parti bekerja, turun padang, bergerak dan berjumpa dengan para pengundi dengan memberikan penerangan selain menyampaikan amanat dan pesanan para pemimpin tertinggi UMNO selepas Persidangan parti 2012.

"Secara amnya, UMNO telah bersiap sedia untuk PRU yang tentunya usaha ke arah kemenangan dibuat , selain anggota kepimpinannya menggunakan apa jua cara bagi mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya para pengundi baru dan golongan muda yang lebih akrab kepada media sosial."

Katanya juga, anggota kompenan dalam BN juga mestilah mempunyai keyakinan, saling mempercayai dan saling memberikan sokongan tanpa ada sebarang syak wasangka.

"Sebagai pemimpin, sikap angkuh dan tinggi diri perlu dibuang sebaliknya sentiasalah bersifat mesra dan rendah diri dengan masayarakat, mengamalkan sifat kesederhanaan serta sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bersama rakyat," katanya yang turut merujuk kepada dirinya sendiri agar tidak alpa dalam melaksanakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kampung Gajah. - MediaUMNO

Beranikah Pas Sahut Cabaran Jadikan Hudud Sebagai Manifesto?

Posted: 06 Dec 2012 02:02 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Dis – Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini mempersoalkan ke mana hilangnya suara golongan ulama yang berada dalam Pas untuk mendesak agar  Hudud dimasukkan di dalam manifesto serta Buku Jingga pakatan pembangkang bagi menujukkan kesunguhan mereka dalam isu berkenaan.

Menurut beliau jika pihak lain dalam parti itu mengunci mulut mereka berkenaan dengan perkara tersebut, ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana seperti diketahui umum matlamat mereka adalah untuk menumbangkan BN dan menuju Putrajaya.

"Jika golongan itu tidak berbunyi saya tidaklah rasa janggal atau pelik…tetapi yang menimbulkan persoalan adalah golongan ulama juga senyap dan sunyi sepi walaupun diasak dan didesak oleh pelbagai pihak menyatakan perkara berkenaan.

"Kita nak tahu jugalah sejauh mana keseriusan golongan ulama dalam Pas bersuara dalam hal berkenaan. Kita nak tengok Hudud dimasukkan di dalam manifesto atau sekurang-kurangnya dalam Buku Jingga," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau lagi jika perkara itu tidak kelihatan dalam masa terdekat, golongan ulama tidak perlu menyalahkan pihak lain sekiranya timbul pelbagai gelaran kerana mereka sendiri yang menunjukkan sikap mereka.

Tambah beliau lagi suara akar umbi juga menyatakan perkara yang sama apabila Pas hari ini sudah jauh daripada matlamat asal setelah melihat kuasa dan kepentingan politik semata-mata.

"Inilah yang berlegar di akar umbi…..Mereka pun sangsi dan mula keliru apakah matlamat sebenar Pas hari ini…Apakah matlamat mengejar kuasa, perjuangan segala-galanya dipadamkan begitu sahaja.

"Kita nak tengok keseriusan mereka dalam isu Hudud ini….Kita nak tengok mereka lantang dalam soal ini dan bukan hanya sekadar lantang mengutuk serta memfitnah UMNO dengan pelbagai tohmahan. Buktikan diri mereka dahulu," katanya. -MediaUMNO

SERANG Edar 150,000 Topeng “Mana Rumah Selangorku” Dalam Kempen MASK

Posted: 06 Dec 2012 01:52 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Sekreteriat Orang Muda Selangor (SERANG) hari ini terus mendesak dan meminta penjelasan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk menunjukkan lokasi sebenar projek perumahan yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri, bukan sekadar mendiamkan diri atau sekadar memberikan statistik menyatakan sebanyak 6,470 rumah kos sederhana (RM42,000 ke bawah) dan sebanyak 3,925 unit rumah kos sederhana dan sederhana rendah (RM100,000 ke bawah) siap dibina sejak 2008 di negeri itu

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata pihaknya kecewa sikap mendiamkan diri pihak kerajaan negeri khususnya Exco yang bertanggungjawab, sebaliknya Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin pula yang menyibuk bercakap soal perumahan ini.

"Seterusnya kempen Mana Rumah Selangorku (MASK) yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri itu menunaikan janji manifestonya pada 2008.  Kempen ini dibuat bagi memberi penjelasan kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung statistik sebenar rumah mampu milik yang telah dibina kerajaan pakatan pembangkang yang mentadbir negeri Selangor ini.

"Kempen MASK akan dijalankan dalam tempoh terdekat, kita akan mengedarkan kira-kira 150,000 keping topeng yang tertera perkataan “Mana Rumah Selangorku” keseluruh negeri itu ketika kempen MASK berlangsung.

“Kami akan mengedarkan topeng MASK di seluruh kawasan negeri Selangor untuk mendesak kerajaan negeri agar lebih telus dan jujur terhadap polisi perumahan untuk orang-orang muda,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas perkembangan terkini projek perumahan kos rendah khususnya kepada anak muda di Selangor.

Tambahnya, dalam kajian yang dibuat pihak SERANG, di sekitar Petaling Jaya, Shah Alam dan kawasan-kawasan bandar, ada  dua hingga  tiga pasangan kelamin (keluarga) dari kalangan pasangan muda tinggal serumah kerana masalah kewangan untuk menyewa rumah di kawasan bandar ini.

"Perkembangan ini membuktikan projek rumah skim pasangan muda yang dipersetujui kerajaan Barisan Nasional (BN) terkubur sebaik sahaja pakatan pembangkangmemerintah negeri ini. Biarpun majlis pecah tanah sudah dibuat, pakatan pembangkang terus menenggelamkan skim itu sekaligus menafikan hak pasangan muda untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

“Apa yang telah terjadi kepada Skim Pasangan Muda yang diperkenalkan oleh kerajaan BN? Kita difahamkan bahawa telah diperuntukkan sebidang tanah di Seksyen 24, Shah Alam. Di mana tanah itu dan apa sudah jadi dengan tanah itu sekarang?," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar.

Terdahulu, Barisan Nasional telah menuntut kerajaan negeri memberikan penjelasan berhubung rumah mampu milik yang kononnya telah didirikan oleh kerajaan pembangkang.

Sehubungan itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad mengeluarkan statistik yang menyatakan sebanyak 6,470 rumah kos sederhana (RM42,000 ke bawah) dan sebanyak 3,925 unit rumah kos sederhana dan sederhana rendah (RM100,000 ke bawah) siap dibina sejak 2008 di negeri itu.

Bagaimanapun, statistik pelaksanaan rumah tersebut adalah adalah hasil kerja kerajaan BN sebelum ini. -MediaUMNO

Isolated Abuse Cases Of Indonesian Maids, Malaysia Still Safe For Foreign Workers – Diplomat

Posted: 06 Dec 2012 01:27 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 6 – There have only been isolated criminal cases involving Malaysian employers against Indonesian maids and Malaysia is still a safe place for foreign workers compared to some other countries, says an Indonesian diplomat, here.

Minister counsellor for Information, Social and Culture at the Indonesian embassy here, Suryana Sastraderedja said there had only been 10 per cent of cases involving the safety problems of Indonesian workers in this country.

“The cases include not being paid their salaries and being abused. However, these cases are isolated and few, and considering that there is a large number of Indonesian workers in this country, it is not a big problems for Indonesians to come here to work.”

He said this to Bernama’s Radio24 on its “Dalam Radar” programme yesterday.

“I have never issued a statement saying that Malaysia is not a safe place to work, but it’s only that Malaysia is not a secure place in terms of salary compared to other countries like Singapore which offer much higher pay,” Suryana said.

Nevertheless, he said, many Indonesian nationals continued to work in Malaysia due to their good relations with their employers who treated them like family.

Foreign news agency, AFP in its news report had quoted Suryana as saying that Indonesian maids should avoid working in Malaysia.

This followed the latest scandal where 105 foreign women, including Indonesians, were locked up and forced to work without pay by an agency in Klang, Selangor.

Suryana, however, refuted the AFP report.

Kadar NPL Negara Terkawal Pada Tahap 2.2 Peratus

Posted: 06 Dec 2012 12:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Kadar peratusan hutang tidak berbayar bagi pinjaman perumahan di Malaysia adalah terkawal pada tahap 2.2 peratus, demikian Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata secara keseluruhan, kadar yang dicatat NPL negara juga menyamai trend yang dicatat oleh beberapa negara serantau.

“Indonesia mencatat kadar NPL 2.1 peratus, Thailand 2.7 peratus, Filipina  2.4 peratus, Singapura 1.1 peratus dan Korea Selatan 1.5 peratus,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Muhammed Najeeb Abdullah berkenaan peratusan NPL bagi pinjaman perumahan negara pada persidangan Dewan Negara di sini.

Menjawab soalan asal Senator Norliza Abdul Rahman berhubung peratusan pinjaman terjejas bagi pinjaman perumahan sektor isi rumah dalam system perbankan di Malaysia dari 2009 hingga Jun 2012, Awang Adek berkata ia berada pada kadar 2.1 peratus.

“Peratusan pinjaman terjejas juga menunjukkan trend yang menurun bagi tempoh beberapa tahun ini. Bagi tahun 2009, adalah pada kadar 4.3 peratus, 2010 pada tahap 3.2 peratus dan pada 2011 menurun kepada 2.3 peratus,” katanya.

Kesepaduan, Kerjasama Tinggi Kekuatan BN Menang PRU-13 – Nasir

Posted: 06 Dec 2012 12:47 AM PST

KOTA KINABALU, 6 Dis – Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran percaya Barisan Nasional (BN) punya kekuatan untuk mencapai kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 didasarkan kepada kesepaduan dan semangat kerjasama yang tinggi antara anggota parti.

Dengan mengambil momentum perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, Nasir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Senalang berkata semua anggota parti harus menegakkan keazaman tinggi dengan memberi sokongan padu dalam memastikan kemenangan besar calon yang diputuskan pucuk pimpinan.

“Yang penting bukan sahaja semua ahli dari kalangan UMNO tetapi juga BN untuk terus bekerjasama dan memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon yang diputuskan.

“Saya yakin dengan sokongan penuh dan undi yang diberi, kerusi BN yang akan memenangi pilihan raya (majoriti dua per tiga) boleh diperoleh,” katanya selepas melancarkan ekspo sempena Festival Nasyid Kebangsaan ke-22 di Tingkat 1, Wisma Muis, di sini, hari ini.

Sabah buat julung kalinya menjadi tuan rumah festival itu yang akan berlangsung di Dewan Saadah, Wisma Muis selama dua hari bermula esok.      Sebanyak 49 agensi dan jabatan kerajaan negeri dan persekutuan menyertai pameran dan jualan termasuk Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Cawangan Sabah, JHEAINS, Jabatan Penerangan, Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Pusat Zakat Sabah dan Yayasan Amal Sabah sempena festival itu.

48,520 Orang Murid Sekolah Rendah, Menengah Punyai Masalah Pembelajaran

Posted: 05 Dec 2012 11:59 PM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Seramai 48,520 orang murid di negara ini mempunyai masalah pembelajaran termasuk penghidap Sindrom Down, Autism dan ‘Attention Deficit-Hyperactivity Disorder’ (ADHD), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata daripada jumlah itu, seramai 29,169 orang adalah murid sekolah rendah dan selebihnya murid sekolah menengah.

“Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membuka sebanyak 2,050 Program Pendidikan Khas Integrasi bagi murid bermasalah pembelajaran di seluruh negara,” katanya menjawab soalan Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg di sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata sehingga Oktober lepas, seramai 3,657 banduan dan tahanan didaftarkan sebagai perantis dalam program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Satu.

Sebanyak 48 bidang latihan boleh diikuti seperti pembuat pakaian, jurukimpal dan pramusaji selama tempoh enam bulan iaitu dua bulan untuk latihan teori dan selebihnya latihan praktikal, katanya.

“Setakat ini, seramai 94 banduan telah menamatkan latihan dan Berjaya ditempatkan dalam alam pekerjaan. Selain itu, ia turut dapat meningkat kemahiran diri dan taraf hidup mereka,” katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin.

Ikut Semangat Cikgu Seman Untuk Pastikan Kemenangan Parti – Adnan

Posted: 05 Dec 2012 11:49 PM PST

KUANTAN, 6 Dis – Anggota UMNO atau Barisan Nasional (BN) perlu menerima keputusan pucuk pimpinan parti dengan ikhlas dan terus menyokong parti walaupun tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata mereka yang dipilih kelak sudah semestinya mendapat kepercayaan Presiden parti, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilih dari kalangan anggota yang berwibawa dan membawa kemenangan kepada parti.

“Walau apa pun (keputusan) Presiden mesti diutamakan sebab beliau yang mempunyai rangkaian dan maklumat serta boleh membuat keputusan yang tepat (dalam memilih calon) dan semestinya akan pilih calon yang boleh menang,” katanya.

Pengerusi badan perhubungan UMNO negeri itu berkata demikian selepas merasmikan Majlis Berkhatan, Bertindik dan Kenduri Rakyat di sini hari ini.

Adnan berkata, anggota parti tidak perlu mengharapkan jawatan jika sekiranya mereka ingin berjuang bersama UMNO dan BN.

“Kalau kita masuk politik dan jadikan ia landasan untuk berjuang, kedudukan dalam parti itu tidak mustahak. Jika terpilih, kena jalankan tanggungjawab.

“Jika sampai masa kita tidak dipilih, kena kembalikan semula keadaan sebelum kita dipilih sebab parti akan jalan seperti biasa,” katanya.

Katanya, mereka perlu mencontohi semangat sayangkan parti dengan tidak mengharapkan jawatan seperti Cikgu Seman, individu yang mendapat perhatian Najib pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2012 baru-baru ini.

“Ikutilah semangat Cikgu Seman, yang disebut-sebut oleh Perdana Menteri dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2012 baru-baru ini yang begitu setia dan komited menyokong UMNO walaupun tidak pernah memegang jawatan dalam parti,” katanya.

Pada majlis itu, Adnan turut menyaksikan gimik perasmian iaitu siraman ke atas peserta khatan dan bertindik oleh anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Kuantan.

Seramai 459 kanak-kanak lelaki berumur dalam lingkungan lima hingga 13 tahun dikhatankan dan 102 kanak-kanak perempuan ditindik telinga pada majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT