SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 17, 2012

UMNO Online - “FELDA Akan Bina Banyak Rumah Untuk Generasi Kedua” plus 9 more

UMNO Online - “FELDA Akan Bina Banyak Rumah Untuk Generasi Kedua” plus 9 more

Link to UMNO Online

FELDA Akan Bina Banyak Rumah Untuk Generasi Kedua

Posted: 16 Dec 2012 02:59 AM PST

KULIM, 16 Dis – Felda tidak pernah melupakan kemudahan untuk generasi kedua peneroka, dan untuk itu, projek perumahan kepada golongan tersebut akan dimulakan tahun depan melibatkan nilai berpuluh juta ringgit.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata bagi program perumahan untuk generasi kedua Felda, buat permulaan ia akan dijalankan secara pembinaan pasang siap di beberapa kawasan Felda yang mempunyai kemudahan tapak.

“Melalui pembinaan secara pasang siap ini, beratus–ratus buah rumah dalam pelbagai bentuk dan pelan dapat dibina secara lebih cepat, di samping dapat menjimatkan kos,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Felda Di Hati, Janji Ditepati di Felda Gunong Bongsu, Karangan hari ini.

Beliau berkata di Felda Gunong Bongsu, pihak pengurusan telah mengenal pasti sebuah tapak di kawasan seluas 12 hektar untuk pembinaan kira-kira 500 unit rumah generasi kedua.

Pada majlis itu, Mohd Isa meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk pembinaan longkang tambahan di kawasan Felda tersebut.

Beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah dewan baharu berharga RM800,000 selain kerja mengubah suai dan memperbaiki 500 rumah peneroka serta memperbaiki beberapa kemudahan infrastruktur sekitar kawasan itu.

Terdahulu, Mohd Isa melawat beberapa rumah peserta Felda terutama yang uzur dan berpenyakit kronik bagi menyampaikan bantuan seperti barangan dapur.

No Favouritism In Distribution Of Aid – Ismail Sabri

Posted: 16 Dec 2012 02:24 AM PST

BERA, Dec 16 – The Barisan Nasional (BN) government does not practise favouritism in the distribution of aid to the people, Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said today.

He said the aid and assistance were given because it was the government’s responsibility to help the needy, regardless of their political affiliations.

The BN government’s ability to do so was also proof of its good governance, he told reporters after the presentation of awards to students in the Bera parliamentary constituency who excelled in the 2012 UPSR examination.

The programme was also held to distribute school aid to 2,000 students in the constituency.

Practise Moderation While Holding On To Different Beliefs – Najib

Posted: 16 Dec 2012 02:22 AM PST

SANDAKAN, Dec 16 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has called on the people to practise moderation while holding on to their beliefs.

He said, differences in race and religion were not reasons for a broken community, but was due to those who went too far in their practices.

“We have Muslim extremists and we also have Christian extremists, but the problem is not religion.

“Although we have differences in our faiths, our religions share good values which allow us to come together as true Malaysians.

“I’m sure that if you are a good Muslim, you can be loved by non-Muslims. Same goes to Christians. If you are a good Christian, you can be loved by non-Christians, as well,” he said at a luncheon with the Sandakan Inter-Church Committee here today.

Najib explained, the reason he advocated the 1Malaysia concept was to provide a basis for tolerance which would lead to acceptance and the opportunity for the people to celebrate diversity.

“When we are able to celebrate other people’s celebrations, that means we have come to terms with the diverse way of life in Malaysia,” he noted.

Sports Activities Can Build Close Relations Between Officers And Staff – Rais

Posted: 16 Dec 2012 02:18 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 16 – Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said sports activities could help build close relations between ministers, officers and staff.

He said the message and family spirit would be more affectively channelled through sports activities between the ministries and departments compared to the monthly assembly, which was only for a short period.

“Generally, the monthly assembly will involve the minister delivering his speech and at the end of the event, only a small group out of the hundreds who attend, will remain to have tea with the officials.”

Rais said this at the presentation of prizes in a friendly badminton competition between the minister’s (Rais’) team, D’ Sury, and a team from the National Heritage Department.

He urged all department heads to be involved in sports activities like badminton, but suggested that the activities be held on a moderate scale without much protocol to enable the staff to mingle with ease with the ministers and officers.

“Next time, don’t have to be too formal. We can also save on costs if we just serve ‘nasi bungkus’. The important thing is to build friendship,” he said.

In the badminton friendly held in the grounds of the old Istana Negara, , Rais and wife Datin Seri Masnah defeated the National Heritage Department’s pair of its director-general Prof Datuk Dr Zuraina Majid and staff member Ruzairy Arbi, 21-13 dn 21-15.

Rais and Masnah’s victory spurred on the D’Sury team which won the rest of the matches although most of their opponents comprised those aged below 40.

Dap Does Represent ‘Middle Malaysia’

Posted: 16 Dec 2012 02:16 AM PST

SANDAKAN, Dec 16 – DAP does not represent ‘middle Malaysia’ or the spirit of unity of all races in Malaysia when all eight Malay DAP leaders did not garner enough votes to sit in the party’s central executive committee (CEC) during its congress yesterday.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said that would not happen within Barisan Nasional (BN) that practises fairness to all the races in Malaysia and had a clear direction for the country.

“We also see that DAP is not only dominated by one race, that is the Chinese, but also by a family dynasty where Lim Kit Siang received the highest vote while his son Lim Guan Eng came in second.

“Not only the Malays lose to the Chinese, but even the Indians failed to be elected to the committee,” he said when opening the Liberal Democratic Party 23rd General Assembly, here today.

Najib called on the people to continue supporting BN which practises unity under the 1Malaysia concept and which was also evident in its cabinet.

“Malaysia lies within a good partnership known as Barisan Nasional. Believe me, we (Malaysia under BN government) will go places, our economy will soar and investors will be more confident,” he said.

The prime minister also said the BN government will continue to give out assistance in various fields such as education and business in order for the country to prosper.

Meanwhile, Najib said BN was serious and honest in delivering its promises to the people unlike leaders such as opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He said during Anwar’s brief stint as acting prime minister in 1997, the former deputy prime minister under Tun Mahathir Mohamad’s administration had every opportunity to prove his worth, but took the easy way out by letting the International Monetary Fund have control over Malaysia during the economic crisis that year.

“He (Anwar) didn’t protect the country’s sovereignty… He never asked himself why he was not fit to become a prime minister,” he said.

Najib also asked for the people not to risk the future of Malaysia under Pakatan Rakyat.

He said the coalition of the opposition parties had no common ideology and had no clear direction for the future of the country.

“Even their leaders Anwar (Parti Keadilan Rakyat) and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang are fighting to become prime minister if Pakatan Rakyat comes into power.

“We (the country) can’t have a coalition that is fundamentally flawed,” he said.

Keputusan Pemilihan CEC Bukti Pempimpin Melayu Dap Tidak Mendapat Tempat

Posted: 16 Dec 2012 02:11 AM PST

Orang Melayu perlu mengambil iktibar daripada keputusan pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP di Pulau Pinang semalam yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin Melayu parti itu kecundang dan tidak mendapat tempat dalam kepimpinan parti.

Penganalisis politik Dr Azmi Hassan berkata keputusan itu jelas memperlihatkan DAP yang dikatakan parti berbilang kaum sebelum ini cuma cakap kosong dan seperti tulisan di atas kertas sahaja.

Beliau berkata sikap anggota peringkat akar umbi DAP yang tidak mengundi pemimpin Melayu jelas menunjukkan mereka tidak menginginkan kaum lain menerajui parti itu.

“Sikap anggota DAP menunjukkan mereka hanya mementingkan kaum mereka dan tidak mahu berkongsi kuasa dengan dengan kaum lain,” katanya di sini hari ini.

Azmi yang juga Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata beliau turut tidak menolak kemungkinan sekiranya DAP berpeluang mentadbir negara ini, nasib sama akan berlaku kepada pemimpin Melayu lain.

“Atas apa yang berlaku ini, orang Melayu perlu mengambil pengajaran sebab begitu terang sekali menunjukkan DAP tebal dengan sikap mementingkan kaum sendiri,” katanya.

Calon yang disingkir ialah Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari (305 undi), Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748 undi), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121 undi), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi), Roseli Abdul Ghani (39 undi) dan Harun Ahmad (28 undi).

Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata perjuangan orang Melayu dengan DAP ibarat satu perjuangan yang sia-sia.

Beliau berpendapat sekiranya orang Melayu menyertai parti itu diumpamakan sebagai tindakan yang membahayakan kesucian dan kedudukan Islam di negara ini.

“Mereka (orang Melayu) masuk DAP seolah-olah turut menyokong satu parti yang menginginkan kesamarataan agama dalam negara ini…tiada hak istimewa agama Islam,” katanya.

Sehubungan itu Syed Hassan menyeru orang Melayu membuka mata dan minda dengan luas terhadap kepentingan menjaga kesucian Islam dengan cara tidak menyokong DAP.

“Kalau hendak sokong parti, tengok dulu perjuangan sesuatu parti itu. Kena pandai menilai dan memilih parti mana. Pilih parti yang ada untuk perjuangkan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad pula berkata kejadian yang menimpa lapan pemimpin Melayu DAP itu jelas membuktikan parti dominasi kaum Cina itu menafikan hak orang Melayu dalam DAP.

Beliau yang juga bekas Ketua AMK (PKR) Kelantan mencabar pemimpin Melayu yang masih berada dalam DAP supaya segera meninggalkan parti itu bagi menjamin hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

“Sekiranya DAP memerintah negara ini apakah jaminan parti itu untuk memelihara hak istimewa orang Melayu dan mengekalkannya dalam perlembagaan?,” katanya.

Oleh Nurrul Huda Ahmad Lutfi

Tuntutan Dap Bakal Jadi Punca Sengketa Pakatan Pembangkang

Posted: 16 Dec 2012 02:05 AM PST

PASIR GUDANG, 16 Dis – Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang secara terbuka mahukan dua sekutunya, PAS dan PKR, memberi parti itu 13 kerusi tambahan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, bakal menjadi punca pergolakan pakatan pembangkang.

Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Khaled Nordin berkata keadaan itu menggambarkan DAP ingin mendominasi pakatan pembangkang.

“Saya percaya DAP beranggapan di kalangan parti pembangkang lain mereka merupakan parti yang terkuat, sebab itu mereka berani membuat tuntutan tersebut.

“Ini akan menjadi asas kepada perbalahan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena Program Gerak Mesra Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi itu mengulas kenyataan Lim yang mahukan tambahan 13 kerusi – tiga Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) – pada Pilihan Raya Umum berkenaan.

Lim membuat permintaan itu ketika berucap di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang semalam atas alasan semangat setiakawan.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.

BN Bawa Banyak Perubahan Dan Kemajuan Kepada Rakyat Di Sabah – Musa

Posted: 16 Dec 2012 02:02 AM PST

SANDAKAN, 16 Dis – Selaras dengan ikrar Janji Ditepati, tiada siapa boleh menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada rakyat dan negeri Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata jika diimbas kembali, ketika mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk turun padang dan melakukan tinjauan mesra untuk merasai denyutan nadi rakyat.

Katanya ini dibuktikan apabila Perdana Menteri telah memperjuangkan banyak agenda penting untuk kesejahteraan rakyat.

“Pemimpin BN turun padang bukan dengan tangan kosong, bukan hanya berucap dan berceramah, tetapi merasai denyut nadi rakyat, tepati janji, prihatin terhadap masalah rakyat dan memastikan masa depan rakyat terjamin,” katanya.

Pelbagai inisiatif dan bantuan untuk membantu meringankan beban rakyat dilaksanakan, antaranya dalam Belanjawan 2013 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, Kedai Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, baucar buku dan banyak lagi, katanya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Batu Sapi dan upacara pecah tanah projek Masjid Lupak Meluas berharga RM5 juta yang disempurnakan oleh Najib di sini hari ini.

Katanya tidak seperti pemimpin pembangkang yang hanya kerap datang ke Sabah setiap kali menjelang pilihan raya dan selepas itu hilang entah ke mana.’

“Mereka bercakap pelbagai janji manis semata-mata menyedapkan hati dan menipu rakyat.

“Inilah cara politik parti pembangkang. Ternyata tujuan mereka berpolitik bukanlah untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi semata-mata untuk mencapai agenda peribadi, dan yang lebih teruk lagi memecahbelahkan perpaduan rakyat,” katanya.

Musa berkata pemimpin pembangkang hanya pandai mengkritik, menabur fitnah, retorik serta gimik politik sepanjang masa.

Ali Rustam Saran Bekas Tentera Bukukan Pengalaman Mereka

Posted: 16 Dec 2012 01:58 AM PST

MELAKA, 16 Dis – Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyaran agar bekas anggota tentera membukukan pengalaman mereka dalam mempertahankan negara daripada ancaman komunis sebagai iktibar kepada generasi muda.

Beliau berkata penerbitan buku seumpama itu membolehkan generasi masa kini dan akan datang menghargai nikmat keamanan yang dikecapi sekarang dan menolak pelbagai anasir tidak sihat.

“Tidak banyak buku seperti ini ditulis menyebabkan ada pihak mempertikaikan jasa yang telah dilakukan anggota keselamatan termasuk tentera, sebaliknya mereka mendewakan pihak komunis dan pengganas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Bekas Tentera Malaysia Daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri bersedia menanggung kos penerbitan buku tersebut.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ali berkata pihaknya akan mempertimbang untuk menganugerah pingat kebesaran kepada bekas anggota tentera di negeri ini yang berjuang menentang pengganas komunis.

Beliau berkata usaha itu merupakan sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada segelintir golongan tersebut yang tidak diberi perhatian walaupun telah menyumbang jasa yang besar kepada kestabilan negara.

Pada majlis itu, Mohd Ali menyampaikan sumbangan RM100 dan beras kepada kira-kira 200 bekas anggota tentera dan balu anggota tentera.

Parti Komponen BN Yang Kecil Penting Untuk Pastikan Kemenangan Besar Dalam PRU-13, Kata Najib

Posted: 16 Dec 2012 01:55 AM PST

SANDAKAN, 16 Dis – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk yang kecil adalah penting bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam tempoh berbaki (yang singkat) ini…tidak ada lagi masa untuk kita bertelagah. Kita mestilah bergerak sebagai satu pasukan bagi mencapai
kemenangan,” kata Perdana Menteri.

Berucap pada majlis perasmian Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini, Pengerusi BN itu berkata dalam hal ini, beliau menghargai kesetiaan LDP yang menjadi anggota BN sejak dua dekad lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, presiden LDP Datuk VK Liew dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib menyambut baik kehadiran Mahathir ke kongres itu yang menurutnya menunjukkan “beliau adalah seorang pemimpin yang sanggup berkorban dan sayang kepada BN yang memperjuangkan kepentingan rakyat”.

"Sebagai bekas perdana menteri, Tun Mahathir boleh memilih beriadah pada hari minggu namun beliau datang ke Sandakan bersama kita. Mesejnya ialah meskipun tiada jawatan…meskipun tidak terpilih calon kita tetap menyokong BN,” katanya.

Sambil menyifatkan 13 anggota parti komponen BN itu sebagai anak, beliau berkata bukan mudah untuk mengurus segala-galanya terutama memberi kepuasan kepada semua.

“Namun dengan adanya tolak ansur maka 13 orang anak ini hidup dalam keadaan aman damai. Inilah kelebihan BN berbanding pembangkang, kita kuat kerana kita bersatu dan bekerjasama sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Najib berkata kawasan Sandakan, yang merupakan pinta masuk (gateway) ke Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina BIMP-EAGA, mempunyai masa depan yang cerah di bawah BN.

“Seperti yang dicadangkan oleh presiden LDP (VK Liew), tiada masalah kita naiktaraf lapangan terbang Sandakan…cadangan bina jalan pintas Libaran pun saya setuju. Namun, pada masa yang sama, rakyat di sini harus memberi sokongan kepada kerajaan BN,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Sandakan memberi sokongan padu kepada BN, sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata BN merupakan pilihan terbaik untuk rakyat negara ini terutama di Sabah.

“Apa juga janji BN, kita akan deliver (tunaikan). Misalnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang lalu, janji kita…kita deliver. Saya gembira kerana Sabah memberi respon yang baik kepada BN.

“Sebelum ini, apabila saya kata Sabah adalah ‘fixed deposit’ untuk BN…pihak pembangkang ajak rakyat Sabah simpan di tempat lain, namun the best interest is still the Barisan Nasional,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT