SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, December 9, 2012

UMNO Online - “Kelantan Needs Transformation To Create More Economic Opportunities – Mustapa” plus 5 more

UMNO Online - “Kelantan Needs Transformation To Create More Economic Opportunities – Mustapa” plus 5 more

Link to UMNO Online

Kelantan Needs Transformation To Create More Economic Opportunities – Mustapa

Posted: 08 Dec 2012 06:16 AM PST

SHAH ALAM, Dec 8 – The Kelantanese, especially university students and graduates, must realise that their home state needs transformation to create more economic opportunities for the people, said International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Having been ruled by the PAS government over the past 22 years, he said Kelantan had yet to see much changes.

“As a result, more Kelantanese have migrated to other states, especially to Barisan Nasional-led states like Johor and Melaka, just to earn a living,” he said when closing the 1Malaysia Kelantan Students Convention 2012 at Universiti Teknologi Mara (UiTM) here today.

Mustapa said Kelantan students should be smart to differentiate truth and lies from all sorts of information they received.

For example, he said the allegation that Umno was cruel was indeed a lie spread by the opposition, which had prompted certain quarters to pray for the destruction of Umno.

If Umno was cruel, there was no way the Kelantan students would make up 20 per cent of almost 500,000 graduates produced by UiTM so far, he said.

Furthermore, he said if Umno was cruel, Kelantan-born General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin would not be appointed as Malaysian Armed Forces chief and Tun Arifin Zakaria would not be appointed as Chief Justice.

Mustapa said if Malaysia was a failed country, then why would world leaders, including American President Barack Obama, respect the opinion of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak?

“The world community will not respect Malaysia’s voice or opinion if Malaysia is a failed country. Wherever we go, people always look up to us,” he said.

The one-day convention was attended by 15,000 Kelantan students from public institutions of higher learning.

 

‘Brand Najib’ (BN) Semarak Gelombang Perubahan Di Utara Semenanjung M’sia

Posted: 08 Dec 2012 06:11 AM PST

GEORGE TOWN, 8 Dis –  Fenomena ‘Brand Najib’ (BN) atau Jenama Najib serta Barisan Nasional, juga singkatan BN, sedang pantas mengubah landskap politik negeri-negeri di utara Semenanjung yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Ini boleh dinilai dengan kehadiran bilangan besar rakyat yang begitu bersemangat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turun ke Pulau Pinang dan Kedah.

Ia sekali lagi terbukti pada pagi ini apabila 20,000 orang hadir di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mendengar pesanan ketika beliau melancarkan Karnival Jelajah Janji Ditepati bagi Pulau Pinang di mana beliau mengingatkan mereka tentang pencapaian BN untuk rakyat dan negara serta apa yang akan dilaksanakan untuk masa depan rakyat.

Memandangkan ramai yang datang mengikut rombongan namum terdapat sebilangan individu yang datang secara sendirian hanya semata-mata untuk melihat secara dekat dan jika boleh bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Salah seorang daripadanya ialah Ariffin Mohd salleh, berusia 65 tahun, yang memandu kereta dari Sungai Petani di Kedah bersama isterinya semata-mata hanya mahu menyambut perdana menteri.

Mengapa beliau berbuat demikian?. “Bagi saya, saya percaya dialah pemimpin yang sempurna dan dia betul-betul sayangi rakyat,” katanya sambil mengambil langkah berat secara perlahan lebih satu kilometer untuk ke tapak karnival dan berjumpa dengan Najib.

Ditanya sama ada beliau dijemput oleh penganjur, Ariffin berkata “tidak”.

“Saya datang atas kerelaan sendiri. Saya mahu berjumpa dengan pemimpin saya. Apabila melihat mesej di TV bahawa perdana menteri akan datang ke Pulau Pinang pagi ini, saya bertekad untuk datang.

“Saya pernah menemui beliau dalam beberapa acara sebelum ini namun saya tetap rasa bangga setiap kali apabila dapat peluang bertemu dengannya kerana saya tahu beliau akan membawa kita kepada masa depan yang lebih baik,” kata bekas pekerja Maskargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang hamper menitiskan air mata ketika bercakap.

Ada sebilangan pengunjung tidak bertuah seperti Ariffin kerana mereka terpaksa berjalan hampir tiga kilometer apabila bas yang mereka naiki meninggalkan mereka di luar tapak karnival kerana kekangan ruang parkir.

Namun, mereka menunjukkan semangat tinggi dan bertenaga semata-mata bertandang untuk berjumpa dengan orang yang mereka paling kagumi — Najib.

Salah seorang daripada mereka ialah K. Thena, 62, yang merupakan ahli Persatuan Armada Perpaduan 1Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya datang kerana saya ingin menunjukkan sokongan kepada beliau kerana berasa beliau boleh membawa perubahan kepada Pulau Pinang. Sejak empat tahun lepas, tidak banyak perubahan berlaku di negeri ini.

“Saya tahu beliau tidak akan meninggalkan kita semasa dalam kesusahan. Kini terdapat keyakinan yang lebih tinggi mengenai Najib dan BN di Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu, semasa berucap pada perhimpunan itu, Najib memberi jaminan bahawa kepentingan kaum India dan Cina di Pulau Pinang akan dilindungi manakala masyarakat Melayu tidak akan dipinggirkan.

Magandan Thangavelu, 32, yang mengetuai sekumpulan 400 ahli Persatuan Perpaduan Armada 1Malaysia yang turut membawa sepanduk besar menyatakan sokongan kepada Najib, berkata NGO itu mewakili pengundi generasi muda di Pulau Pinang.

Kini, NGO tersebut mempunyai kira-kira 800 ahli dengan sebilangan besar terdiri daripada belia India tetapi beliau menegaskan mereka akan meningkatkan jumlah keahlian dengan mendekati lebih ramai belia dari kaum lain dengan menyebarkan mesej 1Malaysia.

Seorang suri rumah berbangsa Cina dalam lingkungan 60an, yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau datang dari kawasan perumahan Farlim di Air Itam untuk menatap wajah Najib.

“Oleh sebab tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan di rumah, saya fikir ini adalah peluang baik untuk melihat beliau,” katanya.

Najib sudah pasti tahu bagaimana untuk memukau rakyat di sini apabila kadang-kadang menggunakkan loghat Melayu tempatan dalam ucapannya apabila menekankan bahawa beliau akan lebih kerap melawat Pulau Pinang untuk bersama rakyat sambil berseloroh dengan menyebut ia kerana negeri itu mempunyai sajian capati yang enak sekali.

“Saya akan mai lagi” (saya akan kembali)”, katanya dengan menggunakan ungkapan ‘mai’ di sebalik ‘mari’.

Menjanjikan kemudahan perumahan dan sistem pengangkutan yang lebih baik, Najib, ikon pembaharuan dan “Brand Najib’ akan menjadi sukar untuk diabaikan.

Sering diperkatakan bahawa seorang ahli politik dikenali dengan janji-janji yang ditepatinya.

Tetapi adalah sesuai untuk mengambil perhatian dengan ungkapan seorang penceramah produktiviti manusia terkenal, Denis Waitley, yang menyebut mengenai janji dan komitmen iaitu “Orang yang kalah membuat janji yang mereka sering tidak menepati manakala juara membuat komitmen yang sentiasa ditepati.”

Bagi rakyat yang datang untuk melihat perdana menteri di pelbagai lokasi di Pulau Pinang hari ini, mereka tahu mereka pasti mempunyai seorang jaguh dalam diri Najib.

Ia jelas menggambarkan arus perubahan mula berkocak di Pulau Mutiara dan Negeri Jelapang Padi.

 

 

Penduduk Tanjong Tokong Dijamin Terbela – Najib

Posted: 08 Dec 2012 06:04 AM PST

GEORGE TOWN, 8 Dis –  Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke kampung Tanjong Tokong di sini memberi sinar baharu kepada penduduk apabila Perdana Menteri secara spontan memberi jaminan untuk mempertimbangkan permintaan mereka.

Dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Khariah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong di sini petang tadi, Najib secara peribadi mendengar rintihan penduduk yang bimbangkan nasib mereka dan permintaan kemudahan infrastruktur di kawasan itu.

“Penduduk Tanjong Tokong akan dapat apa yang sepatutnya dapat…saya dimaklumkan UDA juga akan membina 2,000 unit rumah dengan keluasan 850 kaki persegi dan kita harap ia siap tidak lama lagi,” kata beliau sambil disambut dengan laungan takbir oleh orang ramai dalam masjid itu.

Najib berkata, Badan Perhubungan Umno Negeri telah diarah untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung itu dan mahu menjadikan Tanjong Tokong sebagai ‘nadi’ Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, lawatan beliau ke kampung Tanjong Tokong itu adalah sebagai mengulangi sejarah lawatan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak pada tahun 1972 dengan misi yang sama iaitu membantu masalah penduduk kampung berkenaan.

Pada pertemuan itu, Najib turut berjanji untuk membantu golongan belia di kampung itu setelah mendengar keluhan golongan muda dan menerima memorandum daripada Persatuan Belia Asas Bersatu Tanjong Tokong.

Memorandum yang meminta kemudahan untuk golongan belia menjalankan aktiviti riadah dan latihan kemahiran itu diserahkan setiausaha persatuan Muhaizan Md Mokhtar.

Sementara itu, Pengerusi Uda, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu kenyataan berkata Uda Holdings Berhad akan membangunkan semula Parcel 4A di Tanjung Tokong termasuk membina pangsapuri kepada 1,200 penduduk di kawasan itu yang dianggarkan bernilai RM165 juta.

“Matlamat Uda untuk projek pembangunan semula kawasan itu adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan selesa kepada penduduk di Tanjung Tokong,” katanya.

Nur Jazlan berkata idea pembangunan dan pembinaan semula Kampung Tanjung Tokong di bawah Uda itu adalah hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak, pada tahun 1972.

Pada lawatan itu, Najib sempat meluangkan masa melawat Galeri Warisan Tanjung yang mempamerkan pelbagai manuskrip lama dan gambar bersejarah Tanjung Tokong.

 

Zahrain Dan Aminah Bersama 347 Bekas Anggota PKR Serah Surat Mohon Sertai Semula UMNO Kepada Najib

Posted: 08 Dec 2012 05:59 AM PST

GEORGE TOWN, 8 Dis – Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini menyerahkan surat permohonan menyertai semula UMNO  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat permohonan Zahrain dan Aminah bersama 347 bekas anggota PKR dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat UMNO  Bahagian Bayan Baru di sini.

Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.

Aminah yang keluar parti itu pada tahun 2007 berkata beliau kembali menyokong BN kerana yakin hanya parti itu mampu membantu semua kaum di Negara ini.

“Sudah sampai masanya saya memilih UMNO  kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja,” kata Zahrain.

“PKR dan Pas yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan, di sini.

Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Zahrain berkata lebih ramai lagi anggota parti dari pembangkang akan menyertai UMNO  pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu member kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji sahaja.

“Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula UMNO) dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan sahaja di  kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau),” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong UMNO  jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN.

 

Masalah KUIN Serius, Perlu Tubuh Panel Khas Siasat Segera – Mahadzir Khalid

Posted: 08 Dec 2012 05:55 AM PST

KUALA NERANG, 8 Dis – Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mencadangkan sebuah panel atau jawatankuasa khas  ditubuhkan segera bagi menyiasat masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Sambil menyifatkan masalah yang melanda Kuin sebagai krisis serius, beliau berkata kepincangan pentadbirannya tidak boleh dibiarkan sehingga kewangannya  menjadi lebih parah dan bergantung kepada bantuan kerajaan pusat untuk terus  beroperasi.

“Jika hendak disenaraikan terdapat lebih 10 masalah melanda kolej university milik kerajaan negeri Kedah itu. Jadi sudah sampai masanya sebuah panel khas ditubuhkan bagi mengkaji masalah Kuin,” kata Mahdzir.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu ditemui pada program ‘Kampung Fun Ride Padang Terap 2012′ di Kampung Belimbing, dekat sini, hari ini.

Dalam perkembangan terbaru, lapan kakitangan Kuin membuat laporan polis berkaitan dakwaan pecah amanah oleh pengurusan kolej universiti itu di Ibu Pejabat Polis Alor Setar, hari ini.

Antara dakwaan pecah amanah ialah Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan lain sedangkan wang pekerja diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir hairan dengan tindakan kerajaan negeri Kedah tidak membentangkan peruntukan bagi Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) pada persidangan belanjawan 2013 bulan lepas.

Tanpa membentangkan peruntukan dalam persidangan belanjawan itu, beliau harian bagaimana MDKP hendak berbelanja termasuk pembayaran gaji, elaun dan lain-lain emolumen.

“Yang menghairankan peruntukan bagi lain-lain majlis daerah dibentangkan. Adakah nak kena panggil persidangan khas pula,” kata beliau.

Mahdzir juga hairan dengan tindakan kerajaan negeri melantik anggota Exco Datuk Phahrolrazi Zawawi sebagai Yang Dipertua (YDP) MDKP setelah menggantikan Pegawai Daerah (DO) itu dengan DO baru.

“Dalam sejarah negeri Kedah tidak pernah berlaku ahli politik dilantik menjadi YDP mana-mana pihak berkuasa tempatan.

“Saya nak tanya adakah pelantikan Phahrolrazi ini tanda kerajaan negeri pimpinan Pas tidak lagi percaya dengan Pegawai Tadbir Negeri,” kata Mahdzir.

Pada 5 Dis, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan pelantikan Zawawi sebagai Yang Dipertua MDKP sehingga YDP baru dilantik.

20,000 Unit Rumah PR1MA Dan Monorel Untuk Rakyat Pulau Pinang, Kata Najib

Posted: 07 Dec 2012 09:51 PM PST

GEORGE TOWN, 8 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

“Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja,” katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Lebih 20,000 orang termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menghadiri majlis itu.

Najib berkata pakatan pembangkang yang mengambil alih pemerintahan di Pulau Pinang gagal menyelesaikan masalah rakyat malah tidak membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di negeri ini.

“Sebagai contohnya isu Kampung Buah Pala, semua pemimpin pembangkang meletak tangan di atas kepala seorang penduduk dan berjanji kononnya dalam masa dua minggu mereka akan menyelesaikan masalah. Tetapi mereka gagal dan akhirnya kerajaan BN juga menyelesaikan masalah baki 26 penduduk di kampung itu,” katanya.

Beliau berkata permohonan untuk PR1MA boleh dibuat melalui online yang dibuka hari ini dan cabutan (undian mendapatkan rumah) akan dibuat secara telus.

Najib berkata satu lagi janji yang akan ditunaikan ialah pembinaan perkhidmatan monorel sebagai langkah mengatasi kesesakan lalu lintas yang semakin serius.

“Kita tahu rakyat Pulau Pinang dihantui dengan kesesakan lalu lintas. Jadi, jika BN menang kita tengok macam mana nak selesai masalah ini dan akan membina sistem monorel sama seperti perkhidmatan LRT (transit aliran ringan) yang ada di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata rakyat Pulau Pinang layak untuk menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih baik lagi dan perkara ini akan menjadi kenyataan jika mereka memberi kepercayaan kepada BN.

Perdana Menteri itu juga berkata BN tidak akan membiarkan orang Melayu di negeri ini terpinggir dan dalam masa yang sama akan terus membela kaum Cina dan India.

Beliau berkata setiap satu undi untuk BN adalah undi untuk kestabilan dan kemajuan manakala satu undi untuk PAS adalah untuk perpecahan, satu undi untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk mencapai perjuangan peribadi seseorang dan satu undi untuk DAP adalah undi untuk masa depan yang tidak menentu.

Najib juga berkata label BN ‘Janji Ditepati’ adalah bagi menggambarkan dan meyakinkan rakyat bahawa parti itu sebuah parti yang boleh diberi kepercayaan dan amanah serta apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat akan ditunaikan.

“Kalau kita sudah buat satu janji kita anggap janji itu satu ikatan. Dengan satu ikatan itu rakyat akan tetapkan kepercayaan dan amanah kepada kita. Kerajaan Barisan Naasional walau apa-apa pun kita janji, kita akan tunaikan dan tepati,” katanya.

 

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT