SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, December 16, 2012

UMNO Online - “Tuntutan Tambahan Kerusi Dap Tunjuk Pakatan Pembangkang Tiada Persefahaman – Hishammuddin” plus 9 more

UMNO Online - “Tuntutan Tambahan Kerusi Dap Tunjuk Pakatan Pembangkang Tiada Persefahaman – Hishammuddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tuntutan Tambahan Kerusi Dap Tunjuk Pakatan Pembangkang Tiada Persefahaman – Hishammuddin

Posted: 15 Dec 2012 02:22 AM PST

KLUANG, 15 Dis – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuntutan tambahan kerusi oleh DAP untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 nanti jelas menunjukkan pakatan pembangkang tidak mempunyai persefahaman.

Beliau berkata Umno mahu tahu jawapan pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap permintaan sekutu mereka itu.

“Kalau mereka dapat cari persefahaman di mana mereka boleh beri lebih banyak kerusi (kepada DAP), saya ucap tahniah kepada mereka,” katanya ketika diminta mengulas tuntutan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu dalam ucapan dasar bertajuk ‘Perubahan Di tangan Mu’ pada kongres DAP ke-16 di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) hari ini.

Hishammuddin ditemui pemberita pada jamuan sempena perkahwinan anaknya Nasha Alyssa dan pasangannya Muhd Anas Zawawi Khalid di Taman Sri Lambak, Sembrong hari ini. Majlis itu dihadiri lebih 15,000 penduduk daripada pelbagai lapisan di kawasan tersebut.

Lim berkata pertambahan 13 kerusi adalah sebagai pengiktirafan ke atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan PKR.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) turut mengingatkan orang ramai bahawa lebih banyak serangan peribadi, politik yang berkisar kepada kebencian, perpecahan, perkauman dan keagamaan dijangka muncul menjelang PRU ke-13 nanti.

Bagaimanapun, katanya KDN akan memantau perkembangan itu nanti agar politik perkauman dan keagamaan tidak menghuru-harakan negara ini.

Mengenai fasa kedua Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS), Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia akan melatih seramai 4,000 anggota polis pada tahun depan bagi menampung keperluan di seluruh negara.

Jumlah tersebut menurut beliau termasuk 1,000 pegawai polis berpangkat Inspektor.

Pada fasa pertama NBOS, seramai 2,500 anggota polis telah menjalani latihan di kem-kem tentera yang telah dikenal pasti dan sebahagiannya akan menamatkan latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson esok.

Tidak Adil Kerajaan Selangor Persoal Parti Diundi Golongan Memerlukan, Kata Ahmad

Posted: 15 Dec 2012 02:20 AM PST

SHAH ALAM, 15 Dis – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana MenteriDatuk Ahmad Maslan menyifatkan kerajaan negeri Selangor sebagai tidak adil apabila mempersoalkan parti yang diundi golongan yang memerlukan terutama ibu tunggal di negeri ini, sebelum memberikan bantuan.

Beliau berkata kerajaan negeri Selangor sepatutnya memberikan bantuan tanpa mengira fahaman politik kerana ia merupakan perjanjian yang dibuat oleh mereka dalam manifesto sekiranya berjaya memerintah pada pilihan raya lepas.

Katanya ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyalurkan bantuan kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik mereka.

“Begitu juga dengan subsidi kerajaan, kita berikan kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan kaum serta fahaman politik kerana sebagai pemimpin kita kena adil kepada semua pihak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad mngulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa golongan ibu tunggal yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri itu perlu membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon PAS, DAP dan PKR dalam pilihan raya umum ke-12 dan selepas itu baru mereka boleh menerima elaun RM100 sepertimana yang dijanjikan.

Abdul Khalid dalam laporan media Jumaat lepas berkata bukan semua ibu tunggal layak mendapat elaun yang dijanjikan, sebaliknya mereka perlu terdiri daripada golongan yang benar-benar memerlukan.

Pada Isnin lepas, sejumlah 3,011 ibu tunggal memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan kira-kira RM16.26 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, sikap kerajaan negeri itu jelas membuktikan mereka merupakan golongan pemimpin yang tidak layak memerintah kerana bersikap pilih bulu sedangkan mereka sendiri turut menikmati subsidi dari kerajaan Persekutuan.

“Kita tidak pernah memilih hanya penyokong Barisan Nasional (BN) atau Umno sahaja yang mendapat bantuan yang dijanjikan sebaliknya selagi mereka rakyat Malaysia, maka mereka layak,” katanya.

Terdahulu, Ahmad menerima 576 borang permohonan untuk menyertai Umno yang dihantar melalui Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Shah Alam, Persatuan Peniaga Kompleks PKNS, Umno Shah Alam dan Puteri Umno Shah Alam.

“Kita (Umno) alu-alukan penyertaan mereka dan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang berminat, kecil tapak tangan, Stadium Shah Alam kami tadahkan,” katanya.

Caj Penggunaan Air Sungai: Kerajaan Kedah Tiada Idea Cari Hasil – Mukhriz

Posted: 15 Dec 2012 01:37 AM PST

ALOR SETAR, 15 Dis – Kerajaan Kedah semakin kekeringan idea dalam menjana hasil negeri apabila berhasrat mengenakan caj kepada pihak yang menggunakan sumber air dari sungai.

Selepas mengenakan caj air mentah kepada Pulau Pinang, kini kerajaan negeri berhasrat melakukan perkara sama kepada agensi kerajaan pusat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) selain syarikat dan kilang di Kedah, Pinang serta Perlis yang mengambil air dari sungai.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sejak hari pertama pakatan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP mengambil alih negeri ini, mereka menyatakan akan memperoleh pendapatan melalui sumber air dan balak.

Beliau berkata ini jelas menunjukkan kerajaan negeri hanya mampu memperoleh pendapatan menerusi sumber sedia ada dan ia satu kerugian kepada rakyat serta negeri kerana tiada penjanaan pendapatan baharu untuk melaksanakan pembangunan.

“Kita kerugian empat tahun, dan rakyat boleh bagi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk lonjakkan negeri ini setanding dengan negeri maju,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Seminar Pendidikan dan Hari Keluarga Sindrom Down Peringkat Kebangsaan 2012 di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini mengumumkan akan mengenakan caj air mentah kepada Mada bermula tahun depan selain mana-mana syarikat dan kilang di negeri ini, Perlis dan Pulau Pinang.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Kedah mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan, antaranya, Kulim Hi-Tech Park serta mewujudkan hab getah yang mampu menarik pelabur asing ke negeri ini.

“Kita boleh bangunkan hab getah di kawasan seluas 16,000 hektar lading getah. Kita boleh tarik industri yang berkaitan dengan getah untuk beroperasi di Kulim Hi-Tech,” katanya.

Sementara itu, mengulas keputusan kerajaan membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Mukhriz berkata ia satu perkembangan yang baik namun banyak perkara perlu dipertimbang terlebih dahulu.

Beliau berkata setiap calon mesti memiliki kemampuan tersendiri, dan jika diseimbangkan pengalaman dengan idea baharu, mampu melahirkan kepimpinan yang terbaik.

“Kalau mereka tak ada pengalaman, tak jadi masalah, kerana kita boleh bagi pendedahan, dan jika kedua-dua elemen ini diseimbangkan, saya ingat ini yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, Mukhriz hadir pada Seminar Keluarga Sindrom Down Peringkat Kebangsaan 2012 yang dirasmikan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Seramai 700 pesakit Sindrom Down dan anggota keluarga hadir bagi memeriahkan program itu, yang bermula hari ini dan berakhir Isnin.

Mukhriz, yang juga Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), berkata menerusi seminar itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tersebut dapat melatih mereka agar bersedia menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Beliau menyeru kerajaan Persekutuan dan agensi terlibat agar memberi satu latihan khusus kepada golongan itu bagi membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan.

“Ramai di kalangan mereka boleh bekerja jika diberi peluang. Kita lihat ada di kalangan mereka bekerja di restoran makanan segera, dan ini menunjukkan mereka berkeyakinan di samping dapat menambah pendapatan,” katanya.

Federal Govt Did Not Promise Petroleum Delivery Via Bachok

Posted: 15 Dec 2012 01:32 AM PST

BACHOK, Dec 15 – The federal government did not promise to bring in petroleum, via Bachok, but the matter was instead, found in a memorandum of understanding (MoU) between the Kelantan Government and a company, said Finance Deputy Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin.

He said the agreement made between the federal government and Thailand was to transport petroleum from offshore wells, via the border of the two countries in the 1990′s.

“According to the agreement, the petroleum will be brought in through Songkla, Thailand,” he told reporters when commenting on an issue highlighted by the Kelantan chapter of the Wives of Elected Representatives and Former Elected Representatives (Penawar) in Perupuk here today.

Awang Adek was commenting on a campaign by PAS to demand that the federal government fulfill its promise of bringing in offshore petroleum through Bachok.

The campaign was mounted through several large signboards at road junctions from Beris Kubur Besar to Perupuk/Bachok.

Bernama learnt that the MoU between the state government and Koperasi Usaha Bersatu (KUB) could not be implemented, following the state government’s failure to pay compensation in land acquisition amounting to RM100 million.

Awang Adek, who is also Kelantan Umno Liaison Committee deputy chairman and Bachok Umno chief, said the allegation against the federal government was PAS’ political ploy to attack down Umno.

Perbuatan Sabotaj Tidak Jadi Penghalang Persiapan Jentera Wanita – Shahrizat

Posted: 15 Dec 2012 01:29 AM PST

MELAKA, 15 Dis – Wanita Umno tidak akan menjadikan perbuatan sabotaj sebagai penghalang dalam persiapan jentera pergerakan itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perbuatan tersebut hanya melibatkan jumlah individu yang kecil dan tidak mendapat sambutan di kalangan anggota keseluruhan Umno.

“Dalam dunia politik akan ada unsur sabotaj pada setiap masa tetapi untuk Wanita Umno kalau ada pun cubaan (sabotaj) itu hanya sedikit dan ia tidak akan menjadi kerana tidak mendapat respons,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Natal Wanita Barisan Nasional (BN) peringkat kebangsaan 2012 di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mood Wanita Umno dan perbuatan sabotaj di kalangan anggota pergerakan itu selepas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Sebaliknya Shahrizat berkata jentera wanita Umno dan BN kini bersemangat serta bersiap siaga menantikan semboyan daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengumuman tarikh PRU-13.

“Kita lihat semangat itu sememangnya kuat di kalangan anggota Wanita Umno kerana mereka hendak menentukan negara kita ini dipimpin satu parti kerajaan yang akan membawa kepada perpaduan, kemakmuran dan kestabilan,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat yang juga Pengerusi Wanita BN berkata Wanita BN sentiasa mempertingkatkan penganjuran program kemasyarakatan dengan melibatkan penyertaan semua kaum dan agama di negara ini dalam usaha mendekati rakyat.

Katanya setakat ini beliau gembira dengan prestasi yang ditunjukkan Wanita BN ke arah mendukung keharmonian dan perpaduan di negara ini.

“Kami sebagai ibu di negara ini akan menentukan tidak ada mana-mana parti terutama pembangkang seperti DAP atau unsur lain yang membawa kepada kehancuran dan perpecahan dan kita nak tolak itu sama sekali,” katanya.

UMNO Members Perform Prayers Seeking BN Victory At 13th General Election

Posted: 15 Dec 2012 01:27 AM PST

PASIR PUTEH, Dec 15 – About 100 members of the Pasir Puteh Umno division performed a special prayer (sembahyang hajat) to seek god’s protection and give victory to candidates from Umno and Barisan Nasional (BN) at the 13th general election.

Its head Zawawi Othman said, the prayer which was held last night was not intended to put a curse on PAS but to seek God’s guidance in choosing Umno which had done much for Islam.

“This is different from the one PAS held in Kota Baharu last month seeking misfortune to befall Umno as what had happened to the Pharoahs of Egypt,” he told reporters here, today.

Those who took part in the prayer were imams and officials from surrounding mosques, missionaries and mukim development supervisors especially those staying in the Limbungan State constituency, here.

The imam for the prayer was Padang Pak Amat Mukim Mosque acting imam, Mohd Nor Jusoh.

Noh Dakwa Pas Hilang Taring Kerana Diperkudakan Oleh DAP

Posted: 15 Dec 2012 01:24 AM PST

PUTRAJAYA, 15 Dis – PAS sudah hilang hala tuju dan perjuangan kerana parti itu diperkudakan oleh DAP, dakwa Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Beliau mendakwa PAS yang dahulunya menegakkan perjuangan negara Islam kini seolah-olah menyokong fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang ditekankan DAP dalam usaha menguatkuasakan konsep negara sekular.

“Saya ucap tahniah pada DAP kerana ia tak lari daripada perjuangannya, tetapi yang lari perjuangannya ialah PAS kerana parti itu dapat diperkudakan oleh DAP di dalam politik hari ini,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga kementerian itu di sini hari ini.

Noh mendakwa peranan PAS di Selangor juga lebih kepada mengurus tadbir aktiviti kesukanan dan tidak mempunyai kuasa politik.

Orang Melayu Perlu Kukuhkan Pegangan Agama Islam – Harussani

Posted: 15 Dec 2012 01:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Orang Melayu perlu memperkukuhkan pegangan agama Islam dan kedaulatan bahasa Melayu walaupun diasak pelbagai ancaman ketika ini, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Beliau berkata agama perlu diletakkan sebagai garis panduan dan berjalan seiring dalam perjuangan memartabatkan hak orang Melayu.

Katanya isu seperti murtad, hak istimewa orang Melayu, raja-raja dan sebagainya tidak harus dilihat sebagai cubaan melunturkan kekuatan bangsa Melayu yang ada ketika ini.

“Lihatlah kembali kepada sejarah, walaupun (semasa) kita dijajah, orang Melayu tetap berpegang dengan pegangan agama… begitu juga dengan memperkasa bahasa, mempertahankan akidah, melaksanakan syariat Islam dan memperkukuhkan bahasa Melayu di kalangan setiap orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perhimpunan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) ke-3 di sini hari ini.

Jelasnya pertahanan orang Melayu lahir daripada kekuatan agama Islam itu sendiri dan orang Melayu tidak seharusnya memencilkan aspek kerohanian tersebut dalam kehidupan mereka.

“Setiap hari kita baca di media cetak dan mendapat maklumat di media elektronik mengenai keadaan umat Islam yang begitu teruk dihina di bumi ini termasuk apa yang berlaku dalam negara kita,” katanya.

Katanya golongan muda sering terdedah kepada ancaman pelbagai pihak untuk memesongkan akidah dan semangat cintakan bangsa mereka namun dengan pertahanan daripada segi pendidikan agama di akar umbi, teras pegangan agama akan terus tersemai dalam jati diri setiap orang Melayu.

Pada majlis itu, Harussani dianugerahi Bintang Tertinggi Pahlawan Perkasa iaitu Tokoh Agama Negarawan sebagai menghargai jasa dan pengorbanannya dalam memartabatkan institusi keagamaan di negara ini.

Anugerah disampaikan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

PM Launches 1Malaysia Veterans Recognition Programme

Posted: 14 Dec 2012 10:53 PM PST

KUALA KANGSAR, Dec 15 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today launched the 1Malaysia Veterans Recognition Programme (1MVRP) which outlines seven initiatives to look after the welfare and socio-economic condition of Malaysian Armed Forces (MAF) veterans.

The seven initiatives are the Work Location Programme for Veterans; Entrepreneur Guidance Programme for Veterans; Programme for the Enhancement of Acceptance of Training for Armed Forces Veteran Affairs Corporation (Perhebat) by the industry; 1Malaysia Privilege Card; 1Malaysia Veterans One-Stop-Centre; 1Malaysia Veterans Family Development Programme; and Repairing and Building Homes for 1Malaysia Veterans Programme.

Najib said the 1MVRP was another 1Malaysia product implemented under the National Blue Ocean Strategy.

He said the programme would benefit all armed forces veterans including 243,500 former soldiers who were without pension.

“It can be considered as another 1Malaysia product aimed at enabling every group regardless of their background, place of origin or community received benefits from the government,” he said at the launching of the programme, here.

Najib Visits Ex-Servicemen Who Get New Homes

Posted: 14 Dec 2012 10:51 PM PST

KUALA KANGSAR, Dec 15 – Datuk Seri Najib Tun Razak today visited two ex-servicemen who got new homes under the National Blue Ocean Strategy (NBOS) 7, through the 1Malaysia Veterans Recognition Programme (1MVRP).

Accompanied by Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, armed forces top brass, ex-servicemen association committee members, and community leaders, the prime minister made his first stop at the house of one of the recipient, Mior Mohd Shabron Mansurudin in Kampung Talang Hulu here.

A retired Royal Malaysian Air Force flight sergeant, Mior Mohd Shabron was on hand to receive Najib and his entourage, along with his family members and villagers, who wanted to catch a glimpse of the prime minister.

Najib spent 15 minutes at the house and signed a plaque to mark his visit before dropping by at the house of another recipient, army veteran Sapwan Mohamad Salleh, who is being cared by his daughter, Shaparina, 42, and son-in-law, Sabri Ishak, 45, after he suffered from Parkinson’s disease in 2004.

Mior Mohd Sabron, 56, who left the RMAF’s 10th Squadron, Kuala Lumpur in 1997, said he and his family would cherish Najib’s visit for a long time.

“Thank you for taking the time to visit my family and the villagers. I couldn’t sleep well for almost two weeks for I was looking forward to receive the dignitaries to my new home. I am grateful that through this programme I’ve got a more comfortable home,” he said.

The father of seven children aged between 28 and 15, he said he had to be relocated for his dilapidated ancestral home had to be demolished to make way for a road widening project.

Mior said he was delighted that his fourth child was currently serving as a military engineer.

Meanwhile, Sapwan, 64, who ended his service with the Catering Service Corps of the Sixth Brigade, Sungai Petani, Kedah in May 1988 was overwhelmed with the prime minister’s visit.

Sapwan, who is getting a RM820 monthly pension, said he and his family had to rent a house in Lubuk Merbau after their ancestral home was destroyed by fire in May 2010 and their new house which completed two days ago was a welcome relief.

Thanking the Ex-Servicemen Association of Malaysia for its concern on his plight, Sapwan said he now lived with her eldest daughter and son-in-law since his wife died of breast cancer in 2008.

Both three-bedroom houses were built within a month at the cost of RM40,000 each by about 40 soldiers from the Royal Engineers Regiment based in Taiping near here.

Najib later launched the 1MVRP, another initiative under the NBOS7, at Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford here.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT