SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, December 22, 2012

UMNO Online - “Berapa Kali Anwar Nak Umum Pembangkang Hampir Selesai Bahagi Kerusi?” plus 9 more

UMNO Online - “Berapa Kali Anwar Nak Umum Pembangkang Hampir Selesai Bahagi Kerusi?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Berapa Kali Anwar Nak Umum Pembangkang Hampir Selesai Bahagi Kerusi?

Posted: 21 Dec 2012 05:27 AM PST

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam sidang media mingguannya semalam telah mengumumkan pembahagian kerusi diantara parti-parti pembangkang dalam gabungan haramjadah PR sudah hampir selesai.

Dengan agak yakin suami kepada Presiden PKR itu menyatakan bahawa lebih 90% proses pembahagian kerusi antara DAP, PKR dan PAS sudah selesai. Maknanya baki lebih kurang 10% lagi kerusi yang belum dimuktamadkan itu kacang saja.

Tapi berapa ramai sebenarnya yang yakin dengan kenyataan Anwar kali ini?

Ini bukan kali pertama Anwar atau pemimpin PR yang lain mengumumkan perkara sebegini untuk menyedapkan halwa telinga penyokong PR. Dah berkali-kali.

Lebih setahun lalu yakni pada 20 julai 2011, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telahpun mengumumkan pembahagian kerusi diantara parti-parti dalam PR dah hampir selesai dan akan dimuktamadkan pada akhir bulan itu.

Dua bulan kemudian iaitu pada 21 September 2011, Anwar pula buat pengumuman yang proses pembahagian kerusi diantara DAP, PKR dan PAS telah hampir muktamad. Maksudnya dah nak selesai.

Lebih kurang enam bulan kemudiannya yakni tanggal 13 Mac 2012, sekali lagi Anwar mengumumkan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen dikalangan pembangkang akan selesai selewat-lewatnya akhir bulan tersebut.

Sebulan sebelum itu, pada 6 Februari 2012 Presiden PAS, Abdul Hadi Awang baru sahaja membuat pengisytiharan yang pembahagian kerusi antara PAS dengan DAP dan PKR kini masuk ke peringkat akhir dengan baki hanya tinggal 10% saja lagi yang belum selesai.

Ertinya, jika kenyataan Hadi Awang diambil kira bermakna PR sudah selesai 90% proses pembahagian kerusi. Sama saja maksudnya dengan kenyataan terbaru Anwar semalam.

Dari bulan Februari dan Mac membawa kepada bulan Disember, bezanya 8 dan 9 bulan. Dalam tempoh 8 dan 9 bulan ini bermakna tiada proses penambahbaikan dari segi peratusan pembahagian kerusi di antara parti-parti pembangang dalam PR.

Statik pada angka 90%. Tentu ada yang tak kena, bukan begitu?

Sebelum ini, MyKMU.Net pernah mendedahkan info dalaman PR yang memperincikan pembahagian kerusi yang memihak kepada DAP. Marah bukan main lagi Anwar serta pemimpin PKR dan PAS bila info sulit sedemikian didedahkan.

Berikutan pendedahan itu, Presiden PAS tampil menjelaskan bahawa kuota pembahagian dalam PR belum dibincangkan secara rasmi.

Satu kenyataan yang bercanggah dengan kenyataannya sendiri pada 6 Februari di masa yang sama menafikan pengumuman yang dibuat oleh Anwar pada 13 Mac yang lepas.

Tujuan Hadi terpaksa bersilat lidah dan berbohong itu tak lain tak bukan, sebenarnya untuk memujuk hati para penyokong PAS yang sedang hangat dengan gelaran rasmi sebagai totok balaci DAP.

Padahal kita telah dikhabarkan oleh seseorang yang kuota pembahagian kerusi PR terpaksa diubah semula selepas mereka melihat respon negatif dari penyokong PAS yang agak marah dengan kuota yang memihak kepada DAP itu.

Bukan kita tak tahu DAP dan PKR sedang bercakaran berebut kerusi sampaikan ada yang bermasam muka dan sindir menyindir. Hatta dikalangan pemimpin PAS pun sudah ada yang tarik muka seposen bila bertemu pemimpin PKR dek kerana kerusi punya pasal.

Menangnya tak tentu lagi, lagi banyak yang bakal terlepas ke tangan BN semula itu sudah barang tentu. Tapi dek kerana adanya papadoll yang sudah gila bayang mahu ke Putrajaya, mahu tak mahu terpaksalah terus bersandiwara.

Manakala sang lebai yang terikut sama hilang hala tuju perjuangan pula sentiasa redha apa sahaja, janji dapat sama-sama berangan ke Putrajaya sekalipun terpaksa membalacikan diri pun tak apa.

Dalam ketiga-tiga rakan yang tidur sebantal dan kencing bersama-sama tapi mimpi lain-lain ini, sah-sahlah DAP juga yang akan dapat kelebihannya.

Persoalan sekarang, selepas pengumuman terbaru Anwar pada 20 Disember 2012 ini, berapa kali lagi ayah kepada Naib Presiden PKR ini akan membuat pengumuman yang sama pada masa depan?

mykmu.net

PAS Hanya Penumpang Kelas 3 Dalam Pakatan Pembangkang

Posted: 21 Dec 2012 03:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Pas bukan sahaja merupakan penumpang kelas ketiga dalam pakatan pembangkang, malah mereka ibarat melukut di tepi gantang… masuk tak lebih, keluar tidak kurang… tiada lebih baik. .Itulah ibaratnya parti Pas dalam pakatan pembangkang kini akibat daripada melacurkan perjuangan mereka semata-mata memuaskan nafsu politik Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, ujar Mursyidul Am Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang ketika ini.

Manakan tidak tegasnya, selama ini hanya Pas yang menwar-warkan mahu melantik Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti.

Namun sayangnya, hasrat mereka ini tambah beliau lagi tidak pernah di sokong oleh DAP mahupun PKR, malah kedua parti berkenaan  tidak pernah sesekalipun menyebut mahu melantik Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

:Hanya nama Anwar dan Lim Kit Siang sahaja yang pernah disebut-sebut untuk mengisi jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya bukan sahaja hasrat Pas melantik Hadi Awang menjadi Perdana Menteri ditolak, perjuangan Pas dalam hudud juga tidak dilayan DAP dan PKR. Mana ada hudud dimasukkan ke dalam buku Jingga malah perjuangan mereka memartabatkan agama Islam juga akhirnya terpaksa ditukar kepada kebajikan.

"Jelas sudah Pas telah melacurkan perjuangan mereka semata-mata untuk kuasa politik. Mereka tidak kisah kalau dihina asalkan dapat menjatuhkan UMNO. Oleh itu, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Pas kerana di situlah tempat selayaknya untuk mereka.

"Memang selayaknya mereka dihina dalam pakatan pembangkang kerana mereka tidak mempunyai pendirian teguh walaupun hakikatnya Pas adalah parti yang terdahulu daripada DAP dan PKR," ujar Zahid. - MediaUMNO

Diskaun, Rebat Tol Hingga 37.5 Peratus Sempena Krismas

Posted: 21 Dec 2012 03:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Sejumlah 24 syarikat konsensi lebuh raya bersetuju memberi diskaun, rebat tol antara tiga hingga 37.5 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Krismas 25 Disember ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh berkata kira-kira dua juta kenderaan dijangka melalui lebuh raya semasa cuti perayaan itu.

“Ia bagi menyambut seruan kerajaan agar syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ismail berkata lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Koridor Guthrie (Gutrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).

Yang lainnya ialah Lebuhraya SMART, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara (NNKSB).

Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuhraya KL-Putrajaya (Mex), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar).

KKIA Safety Level Constantly Monitored By DCA, Says Abdul Rahim

Posted: 21 Dec 2012 02:28 AM PST

KOTA KINABALU, Dec 21 – Deputy Transport Minister Datuk Abdul Rahim Bakri said the safety level of the Kota Kinabalu International Airport   (KKIA) is being constantly monitored by the Civil Aviation Department(DCA).

Refuting the claim by Global Upline Sdn Bhd (GUSB) that the KKIA was unsafe, he said the DCA will use the international standard and benchmark set by the  International Civil Aviation Organisation (ICAO).

“When the airport was built, the government also used the services of an accredited consultant with vast experience in this area, namely, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Consultancy Services.

“The company also monitored the KLIA and Kuching International Airport,” he said in a statement to Bernama here today.

He said it was compulsory for every stage of construction to require the confirmation of the consultant as to having conformed to the construction design before the government approves payment to the building contractor.

Abdul Rahim, who is also the Member of Parliament for Kudat, said if all the requirements had been met, there was no reason for the airport to not be safe.

Last Tuesday, GUSB chief advisor Tan Sri Ting Pek Khiing said the company had stopped all construction works at the KKIA on Dec 17, and blamed the Transport Ministry for its failure to issue the Certificate of Practical Completion (CPC) to it.

This was after the company had purportedly completed works according to section one of the Package 2 project at the airport on schedule.

Instead, Ting said the ministry issued a Certificate of Non-Compliance (CNC) and went on to allege that the KKIA runway was unsafe for any form of activities, as it was not certified as being complete.

He also said the ministry had refused to return a 50 per cent bank guarantee while failing to pay contract claims of RM113 million for upgrading works at Kuching International Airport and RM21 million for Labuan Airport, forcing GUSB to take legal action to reclaim the money.

Meanwhile, on Wednesday, the Transport Ministry refuted allegations that the KKIA runway is unsafe and explained that the DCA, the authority for airport standards and Malaysia Airports Holdings Bhd, as the airport operator, confirmed that KKIA has fulfilled the standards set by the ICAO.

14 Juta Wanita Digesa Salur Cadangan, Harapan Untuk Program Gagasan Aspirasi Wanita

Posted: 21 Dec 2012 02:05 AM PST

JOHOR BAHARU, 21 Dis –  Lebih 14 juta wanita di negara ini digesa memainkan peranan dengan menyalurkan pelbagai cadangan, harapan mahupun aspirasi bagi menjayakan Program Gagasan Aspirasi Wanita anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia (MPWK).

Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata cadangan, harapan mahupun aspirasi wanita dari peringkat akar umbi itu boleh disalurkan kepada ketua MPWK yang ada di setiap kawasan Parlimen atau pemimpin Wanita Barisan Nasional (BN) di kawasan masing-masing.

“Program ini sudah dimulakan bulan lepas dengan kutipan cadangan, harapan mahupun aspirasi itu dilakukan dalam jangka masa dua hingga tiga bulan sebelum diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya selepas merasmikan program Aspirasi Wanita Zon Selatan 2012, di sini, Jumaat.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai dan Ketua Wanita UMNO  Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Mohd Zain.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO berkata MPWK mempunyai hasrat yang tinggi untuk menjayakan program berkenaan memandangkan tuntutan realiti hari ini memerlukan sumbangan wanita bagi membolehkan Malaysia berdaya saing dengan negara luar.

Shahrizat berkata sebagai permulaan, para wanita perlu menyalurkan cadangan, harapan mahupun aspirasi tersebut secara bertulis dengan mengunjungi MPWK atau pemimpin wanita BN di setiap Parlimen atau menerusi laman sosial yang siap dibangunkan, Januari depan.

“Langkah pengumpulan cadangan sudah bermula dengan penganjuran Program Gagasan Aspirasi Wanita Zon Tengah, Utara, Timur dan Selatan hari ini sebelum ke Sabah dan Sarawak.

“Sehubungan itu, saya gesa mana-mana wanita yang sekian lama tidak mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan bagi memperbaiki diri sendiri, silalah hubungi MPWK yang wujud berhampiran mereka,” katanya.

Cadangan SPRM Tapis Calon PRU Langkah Wajar – Shafie

Posted: 21 Dec 2012 02:03 AM PST

PASIR PUTEH, 21 Dis –  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis terlebih dahulu senarai calon pilihan raya umum ke-13 sebagai langkah wajar.

Langkah itu katanya dapat mengelak masalah lebih besar dan menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah dan terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung.

“Saya sokong penuh perkara ini kerana ia untuk kebaikan. Ini penting kerana kita tidak mahu nanti calon itu bermasalah dan terpaksa buat pilihan raya kecil pula selepas itu yang membabitkan perbelanjaan lain dan merumitkan rakyat,” katanya  selepas melawat Projek Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, di sini, Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaafar yang dilapor media mencadangkan agar kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM terlebih dahulu.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, berkata perkara itu diamalkan Barisan Nasional (BN) selama ini bagi memastikan tidak ada masalah timbul apabila tiba hari penamaan calon.

Namun katanya adalah lebih baik jika parti dan calon yang bakal bertanding berbuat demikian secara sukarela.

Mengulas perkara berbeza, Mohd Shafie berkata kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa menentang UMNO adalah untuk mencegah kemungkaran merupaka ketaksuban politik yang membawa kehancuran.

Sehubungan itu beliau menggesa rakyat, terutama umat Islam menimbang sebaik-baiknya kenyataan Menteri Besar Kelantan berkenaan.

Semalam Nik Abdul Aziz berkata beliau akan tetap bertanding dalam pilihan raya umum akan datang selagi bangsa Melayu masih menyokong UMNO yang disifatkannya sebagai satu perbuatan mungkar.

Mengulas projek penempatan semula nelayan Tok Bali itu, Mohd Shafie berkata ia satu lagi bukti kerajaan pusat sama sekali tidak mengabaikan Kelantan walaupun tidak diperintah BN.

“Kerajaan BN sangat menjaga kepentingan rakyat. Yang mana layak dapat pembelaan kita akan bela,” katanya.

Projek bernilai RM30.88 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas lebih 38 hektar merangkumi pembinaan 300 unit kediaman, surau, tadika serta dewan serbaguna. Pembinaan fasa pertama akan bermula pertengahan Januari ini.

Isu Calon PM, Pembahagian Kawasan Pilihanraya, Sabotaj Buat Pembangkang Makin Haru Biru

Posted: 21 Dec 2012 01:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Pembangkang terbukti bukan pilihan alternatif kepada Barisan Nasional (BN) yang terbukti dengan track record yang kukuh dan padu.

Ini jelas dapat dilihat apabila apabila mereka gagal untuk mencapai kata sepakat terhadap isu siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

"PKR dan DAP mahu Anwar menjadi Perdana Menteri manakala Pas mahukan Hadi Awang.

"Mengapa DAP menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri? Ini kerana DAP hanya inginkan kuasa untuk pengaruh dari belakang walaupun semua tahu Lim Guan Eng amat berminat untuk menjadi Perdana Menteri. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, sudah pasti Guan Eng mampu menjadi Perdana Menteri di belakang tabir.

"Jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sudah pastilah Guan Eng tidak akan mampu untuk 'pegang tengkuk' Hadi kerana Pas dan DAP sentiasa bercanggah pendapat. Di sini dapat kita lihat betapa carca marbanya pakatan pembangkang," ujar Ahli Majlis Tertinggi Dr. Wan Norashikin Wan Nordin.

Tambah Norashikin, ini amat berlainan dengan apa yang terjadi dalam parti BN di mana semua parti dalam BN bersatu hati mahukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Tiada yang bercanggah ataupun berlainan pendapat.

"Kami semua bersatu hati bahawa Datuk Seri Najib adalah orang yang paling layak dan terbaik menjadi Perdana Menteri. Lihatlah apa yang telah beliau lakukan kepada kehidupan rakyat. Pelbagai insentif telah diberi contohnya BR1M, KR1M, PR1MA, NKRA, ETP dan pelbagai lagi.

"Adakah pembangkang mampu melakukan seperti apa yang Perdana Menteri lakukan? Janji yang dibuat pada PRU lalu pun tidak mampu ditunaikan sehingga kini. Janji mereka hanya tinggi ke langit…

"Sudahlah gagal menunaikan janji, kini mereka bertelagah pula sesama sendiri. Dek kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri dan tersembunyi maka wujudlah rasa tidak percaya kepada rakan sendiri. Mereka ibarat penagih yang khayal dengan narkotik. Mereka tidak sedar tanah sudah berubah dari kaki mereka. DAP dah bersuara nak kerusi lebih untuk PRU akan datang. Saya yakin Pas dan PKR tidak akan memberikannya kerana masing-masing gila kuasa," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, pakatan pembangkang hanya mementingkan isu kerusi daripada isu masalah rakyat.

“Mereka ini tamak haloba. Mereka ini tidak akan sedar sehinggalah rakyat yang bertindak. Mereka hanya faham apabila rakyat menolak semua calon mereka. Ketika itulah baru mereka sedar bahawa bukan Pas, DAP atau PKR yang akan putuskan siapa yang layak jadi Perdana Menteri tetapi rakyat.

"Insyaallah.. rakyat kita bijak dan akan mengundi untuk mengekalkan BN dalam PRU akan datang., ujarnya lagi. – MediaUMNO

Karnival Sayangi Selangor Anjuran BN Selangor Di I-City 29 Dis 2012 – 1 Jan 2013

Posted: 21 Dec 2012 01:15 AM PST

SHAH ALAM, 21 Dis – Barisan Nasional (BN) Selangor menjemput seluruh rakyat Selangor untuk bersama-sama dalam  Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor yang akan diadakan pada 29 Disember 2012 hingga 1 Januari 2013 bertempat di I-City, Shah Alam.

Koordinatornya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, program ini merupakan menifestasi Barisan Nasional Selangor bagi menyatakan kesediaan Barisan Nasional bagi merampas kembali Selangor dari Pakatan.

"Karnival ini juga mendapat kerjasama daripada badan korporat dan swasta serta dijangka akan menarik sehingga 500,000 pengunjung sepanjang empat hari ianya berlangsung.

“Antara aktivti menarik sepanjang Karnival ini berlangsung ialah Pameran dari Agensi Kerajaan dan juga Pameran Kerjaya dari badan korporat dan swasta. Terdapat juga 86 gerai jualan terdiri dari produk-produk Industri Kecil Sederhana dari Selangor, jualan makanan dan juga buah-buahan tempatan oleh pihak FAMA. Bagi golongan lepasan sekolah, Karnival ini turut menyediakan pameran pendidikan bagi para pelajar mendapatkan maklumat berkaitan.

“Selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan, pertandingan-pertandingan seperti pertandingan memasak, pertandingan bintang kecil dan juga aktiviti untuk seisi keluarga di Taman Permainan Air, I-City," ujarnya selepas melawat tapak carnival pagi tadi di sini.

Acara kemuncak ialah pada 31 Disember 2012. Pada sebelah malam, akan diadakan persembahan konsert kebudayaan bersama artis-artis tempatan dan luar negara serta pertunjukkan bunga api.

"Saya mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Selangor untuk turut serta memeriahkan Karnival Sayangi Selangor ini. Saya pasti ianya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping bersama-sama turut serta dalam aktiviti-aktivti menarik yang telah dirancang," ujarnya lagi. -MediaUMNO

PDM BN Harus Bersedia Sepenuhnya, Pertahankan Putrajaya, Rampas Semula Selangor – Rosni

Posted: 21 Dec 2012 12:14 AM PST

BUKIT BERUNTONG, 21 Dis – Jentera Barisan Nasional Hulu Selangor khususnya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Beruntung digesa untuk terus merapatkan jentera dan turun ke akar umbi untuk mendekati rakyat, memahami dan berusaha menyelesaikan permasalahan mereka.

Ketua Wanita UMNO Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar berkata, jentera BN harus bertemu rakyat dan  meminta mereka supaya tidak memperjudikan masa depan negara dengan cuba memberi sokongan kepada pembangkang sebaliknya terus bersama Barisan Nasional (BN) demi menjamin masa depan.

"Matlamat kita bukan sahaja untuk menang dan mendapat majoriti yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang, malah kita juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mengembalikan semula pentadbiran kerajaan negeri Selangor kepda BN. Matlamat ini akan tercapai sekiranya anggota jentera mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan,

“Kerajaan BN sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara sejak 55 tahun lepas berbanding pakatan pembangkang yang dilihat semakin 'bersimpang-siur' dan 'cacamarba' dalam pentadbiran mereka," ujarnya kepada jentera BN PDM Bukit Beruntung malam tadi di sini.

Tambahnya, walaupun tarikh PRU-13 itu masih lagi menjadi teka-teki, namun jentera PDM di peringkat akar umbi sudah seharusnya bersedia sepenuhnya memandangkan bukan sahaja jentera BN, malah jentera di pihak parti-parti politik pembangkang turut telah membuat pelbagai persiapan.

“Di sesetengah tempat, sudah ada perang sepanduk dan bendera seolah-olah musim pilihan raya sudah tiba. Kita harus bekerja keras terutama untuk memastikan kehadiran pengundi baru memberi kelebihan kepada BN.

“Dalam BN itu sendiri ada banyak parti komponen. Jadi, setiap satu daripadanya perlu memainkan peranan. Setiap entiti yang ada dalam parti seperti pemuda dan wanita perlu digerakkan ke tahap maksimum. Ketika ini tidak ada lagi istilah santai atau penilaian rambang. Setiap analisis mesti tepat supaya datanya boleh digunakan untuk membantu parti dalam merangka strategi," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Socso Needs Support Of Media, NGOS To Disseminate Information

Posted: 20 Dec 2012 11:50 PM PST

KUCHING, Dec 21 – The support from the media and non-governmental organisations is needed to disseminate information on the role of the Social Security Organisation (Socso) in providing social security protection to workers and their dependents, Sarawak Socso director John Riba Marin said today.

He said workers should know their rights for social security protection and to contribute to Socso through salary deduction by their employers to enjoy the benefits of the various schemes, like the Invalidity Pension Scheme and the Employment Injury Insurance Scheme.

The schemes are provided to look after the interests of workers and their dependents should unexpected incidents, like death or accidents happened, he added.

He said employers were required to register with Socso, adding that 82 compound notices were issued to employers in Kuching this year for failing to register their companies with the organisation, he said at a dinner with Socso, the media and NGOs yesterday.

On the free health check for Socso contributors, he said, Socso contributors aged 40 and above were eligible to receive the facility and that the vouchers for the purpose would be issued to them.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT