SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, December 8, 2012

UMNO Online - “Roboh Kuil Hindu, Masyarakat India Mulai Sedar Mereka Telah Tertipu” plus 9 more

UMNO Online - “Roboh Kuil Hindu, Masyarakat India Mulai Sedar Mereka Telah Tertipu” plus 9 more

Link to UMNO Online

Roboh Kuil Hindu, Masyarakat India Mulai Sedar Mereka Telah Tertipu

Posted: 07 Dec 2012 04:52 AM PST

20 November lalu, anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) telah diarahkan untuk menceroboh dan merobohkan tempat ibadat yang dibina di dalam pekarangan rumah S.Gobi Kumar di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Tindakan tersebut diambil kononnya, pembinaan struktur berkenaan melanggar syarat-syarat kecil MPSp.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jeyakumar yang merupakan penganut Katholik, pada mulanya telah membela tindakan anggota-anggota penguatkuasa tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan tersebut selari dengan undang-undang.

Bagaimanapun, kemarahan masyarakat Hindu, telah menyaksikan lidah Xavier Jeyakumar. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menekan butang panik dan pada 6 Disember satu siasatan kononnya akan diadakan untuk mengenalpasti apa yang berlaku pada 20 November lalu. Xavier diberikan masa selama dua minggu untuk menyelesaikannya.

Xavier dalam usaha untuk memenangkan Pakatan Rakyat berkata, semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor pada 2008, arahan telah dikeluarkan agar semua rumah ibadat yang wujud sebelum 2008 tidak dirobohkan.

Dalam kejadian di Sepang itu, tempat sembahyang yang dirobohkan itu adalah di dalam kawasan rumah milik persendirian. Tindakan perobohan tersebut dilihat sebagai mencabuli Perlembagaan Persekutuan yang bersangkutan tentang Kebebasan Beragama. Pembinaan mahupun perobohan sebarang struktur bangunan atau rumah ibadat memerlukan pengesahan dari mahkamah.

Bagaimanapun, pembinaan di dalam kawasan rumah atau kawasan persendirian, merupakan hak individu, apatah lagi pembinaan tersebut tidak membabitkan perubahan struktur bangunan yang memerlukan kelulusan PBT.

Sikap Pakatan Rakyat Selangor yang memusuhi penganut agama Hindu itu telah mendorong satu demonstrasi aman di Dataran Shah Alam jam 11:00 pagi tadi membabitkan kehadiran seramai 300 orang.

Antara pemimpin yang hadir adalah T. Mohan, Ketua Pemuda MIC Pusat, Kalaivanar, Pengerusi Nambikai, S. Vikneswaran dari Malaysian Indian Youth Development Foundation, V.Mugilan dari Malaysian Indian Vision Foundation, M.Mohana dari Power Malaysian, Shanker, Ketua Pemuda MIC Selangor, M.Suppiah, Ketua Pemuda MIC Shah Alam dan Sivaraj, Setiausaha MIC Pusat.

Jam 11:15 pagi, peserta demonstrasi tersebut bergerak ke bangunan SUK.

Terdapat sekurang-kurangnya 7 sepanduk yang dibawa oleh peserta-peserta demonstrasi.

'NGO Perimbam Bantah Pecah Kuil Di Malaysia'

'Xavier Letak Jawatan Penipu'

'PR Penipu Rakyat Roboh 7 Kuil Di Selangor'

'Jahanam PAS Muktamar PAS Kolot'

'Mana Janji Berhenti Roboh Kuil?'

'Pecah Kuil Bagaikan Bunuh Kami'

'Save Our 21 Years Temple'

Masyarakat Hindu di Selangor dan di seluruh Malaysia sebenarnya telah banyak dipermain-mainkan oleh Pakatan Rakyat. Pada PRU12 tahun 2008, Pakatan Rakyat telah menggunakan kempen kononnya kerajaan Barisan Nasional banyak merobohkan kuil-kuil Hindu di seluruh negara.

Antara yang menjadi bahan kempen Pakatan Rakyat adalah perobohan kuil Hindu di Ampang. Kuil berkenaan telah didirikan di atas tanah milik persendirian dan statusnya adalah menceroboh. Tindakan meroboh tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya tuan punya tanah telah mendapatkan perintah mahkamah.

Pakatan Rakyat bagaimanapun, membuat tohmahan kononnya yang merobohkan kuil tersebut adalah UMNO.

Masalah kuil Hindu di seluruh Malaysia sebenarnya tidak sebesar mana. Bagaimanapun, campurtangan daripada orang politik yang berkepentingan, menyaksikan masalah kuil-kuil Hindu terutama yang dibina di atas tanah milik orang lain, tanah kerajaan, rezab jalan, rezab sungai dan sebagainya semakin hari semakin merumitkan.

Namun dalam kes di Sepang, ianya merupakan satu pencabulan yang sangat jelas, memandangkan yang dirobohkan itu bukanlah kuil, sebaliknya tempat sembahyang atau altar yang dibina di dalam kawasan rumah milik persendirian.

Budaya membina altar sebenarnya sudah lama berlaku di Malaysia, malah semenjak zaman sebelum merdeka lagi. Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO tidak pernah mengambil tindakan tegas dan sentiasa menanggapinya sebagai satu masalah yang boleh ditoleransikan.

Tindakan Pakatan Rakyat menceroboh dan memusnahkan tempat ibadat penganut Hindu, merupakan bukti jelas kebencian mereka kepada masyarakat Hindu yang sebelum ini telah diperdayakan oleh mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat.

sel13.com

Jangan Tak Tahu Betapa Budaya Samseng Sinonim Dengan Pembangkang

Posted: 07 Dec 2012 04:41 AM PST

Sdr Pengarang… Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu kekecohan yang berlaku di Gombak menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti adanya pihak yang akan menimbulkan kekecohan sekiranya PRU 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat(PR).

Maksud Nik Aziz, sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 maka pihak lawan seperti UMNO dan BN akan menimbulkan huru hara.

Nampak sangat Menteri Besar Kelantan itu tidak memahami hujung pangkal isu yang timbul di Gombak semasa siri Jelajah Merdeka Rakyat yang disertai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beberapa malam lepas.

Jika Nik Aziz yang terkenal dengan gelaran Mulut Berus itu tahu bahawa punca kekalutan dimulakan oleh puak penyokong PR yang membaling batu, botol air dan lain-lain objek keras ke arah penyokong UMNO dan orang ramai, tentunya dia akan malu sendiri dengan kenyataan gopohnya itu.

Seandainya Nik Aziz tahu kedatangan Anwar dibantah oleh ramai penduduk tempatan kerana majlis anjuran PKR itu diadakan berhampiran kediaman mereka pastinya Nik Aziz tidak berani buka mulut mempertahankan budaya samseng yang dirintis oleh gerombolan penyangak PR.

Namun kita faham, salah satu kelebihan utama Nik Aziz terletak pada keupayaan lidahnya yang pandai memutar belitkan cerita dan memusingkan fakta supaya yang jahat dari PR dapat ditukar supaya kelihatan baik manakala kebaikan dari UMNO pula digambarkan sebagai buruk dan jahat.

Hakikatnya sejarah tidak boleh dibohongi, sudah terlampau banyak peristiwa genting dan kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam seringkali dimulakan oleh penyangak-penyangkak dari pembangkang.

Lihat sajalah kejadian di Memali, Baling yang pernah kecoh suatu ketika dulu. Disebabkan sikap taksub penyokong Pas berpegang pada hasutan pemimpinnya, mereka sanggup melancarkan kempen keganasan dengan menentang pihak berkuasa konon atas alasan untuk menegakkan negara Islam ala Pas.

Berbulan-bulan sebelum itu telah berlaku peristiwa tragis Lubuk Merbau yang menyaksikan keganasan penyokong-penyokong Pas yang datang dari luar kawasan atas nama Pemuda Jihad dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang sengaja memulakan kekecohan sehingga akhirnya beberapa nyawa melayang.

Sebetulnya, baik ketika UMNO dan BN menang mahupun ketika tewas di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor ataupun Perak tidak timbul pun sebarang isu huru hara, keganasan atau kekecohan.

Orang UMNO dan majoriti rakyat jarang sangat terjerut dengan emosi menggila, jauh berbeza dengan tingkah laku liar yang sudah sinonim dengan penyokong pembangkang.

Yang meroyan sakan termasuklah baring atas jalan sewaktu kejatuhan Kerajaan DAP Pas di Perak bukannya orang UMNO, tapi orang Pas yang akalnya terencat. Yang sibuk menghasut penyokong berhimpun di tengah bandaraya KL bukannya penyokong BN tapi penyokong PKR, DAP dan PKR.

Hatta yang memulakan kekecohan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat semasa pilihanraya kecil di Bagan Pinang kemudian berlakon cedera parah ditetak dengan pedang samurai pun bukan penyokong BN sebaliknya adalah penyokong PR.

Namun seperti mana biasa, bila kekecohan berlaku dan ada yang cedera atau jiwa melayang, maka pihak Pas akan segera menuding jari mengatakan semua itu salah UMNO atau Kerajaan.

Tak cukup dengan tipu daya itu, diusung pula penyokong atau ahlinya yang terlibat dalam sesuatu kejadian untuk berceramah sambil mengutip derma untuk poket parti dan pemimpin.

Itu tabie semulajadi pembangkang khususnya Pas yang sudah sinonim dengan budaya samseng dan ganas. Lantaran itu Nik Aziz sewajarnya mencerminkan diri dahulu sebelum membuat andaian buruk pada pihak lain.

Biasa-biasakan diri melihat kain kapan sendiri yang sudah sekian lama koyak sebelum sibuk nak mempertikaikan kain orang lain.

Spy Leman, Pengundi Gombak Setia

PM Dijangka Umum Program PR1MA Di P. Pinang Esok

Posted: 07 Dec 2012 02:40 AM PST

GEORGE TOWN, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan projek-projek perumahan mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang dalam lawatan kerjanya di negeri ini esok.

Pengumuman projek di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) itu sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan pusat menyelesaikan masalah perumahan rakyat golongan sederhana dan berpendapatan rendah berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan pembangkang berbuat demikian.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Berhad, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata antara lokasi yang dikenal pasti untuk program PR1MA di negeri ini ialah Timur Laut, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

“Mengenai butiran yang lebih lanjut itu kita harap perdana menteri akan umum esok…berapa ribu sasaran kita, berapa harga dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Najib dijadual memulakan lawatan esok dengan bersarapan pagi dan melakukan tinjauan mesra di Pasar Bayan Baru sebelum melancarkan program ‘Jelajah Janji Ditepati’ di Universiti Sains Malaysia.

Beliau juga dijadual menghadiri jamuan tengah hari bersama penduduk Bayan Baru di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Bayan Baru.

Perdana menteri juga dijadual meluangkan masa bersama penduduk Tanjong Tokong.

Johor Bentang Belanjawan Lebihan 2013

Posted: 07 Dec 2012 02:38 AM PST

NUSAJAYA, 7 Dis –  Kerajaan Johor pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2013 dengan lebihan RM4.4 juta apabila hasil negeri dianggar berjumlah RM908.66 juta dan perbelanjaan mengurus pula sebanyak RM904.26 juta.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata hasil cukai tahun depandianggar bertambah sebanyak RM24.93 juta, menjadikan hasil cukai keseluruhan berjumlah RM354.61 juta.

“Kutipan dari hasil bukan cukai pula dianggar meningkat sebanyak RM59.02juta menjadikannya berjumlah RM358.94 juta manakala terimaan bukan hasil dianggar sebanyak RM196.29 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2013 pada persidangan dewan undangan negeri, di sini.

Abdul Ghani berkata perbelanjaan mengurus sebanyak RM904.26 juta itu meliputi perbelanjaan emolumen dengan anggaran RM380.57 juta, perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM260.44 juta, perolehan aset (RM14.59 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM231.22 juta) serta lain-lain perbelanjaan berjumlah RM17.44 juta.

Beliau berkata peruntukan pembangunan untuk tahun depan adalah sebanyak RM297.32 juta dengan RM62.75 juta daripadanya diperuntukkan kepada Pejabat Menteri Besar, RM83.46 juta bagi Jabatan Kerja Raya dan RM41.83 juta bagi pertanian dan pembangunan luar bandar.

Katanya sebanyak RM31.27 juta diperuntukkan kepada Jabatan Agama Negeri Johor, Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM12.46 juta), pejabat-pejabat daerah dan tanah (RM52.50 juta) manakala projek-projek pembangunan perhutanan dan pelancongan sebanyak RM10.55 juta.

Tabung Amanah Warisan Johor pula katanya terus melaksanakan aktiviti-aktiviti pelaburan untuk menjana pendapatan kepada kerajaan negeri.

“Daripada jumlah modal sebanyak RM390.40 juta, nilai kumpulan wang  Tabung Amanah Warisan Negeri Johor sehingga akhir Oktober lepas terus mencatatkan peningkatan kepada RM413.59 juta berbanding RM348.75 juta, akhir tahun lepas.

“Prestasi tabung sehingga akhir Oktober lepas telah berjaya merekodkan jumlah keuntungan bersih sebanyak RM64.84 juta berbanding RM29.24 juta dalam tahun 2011,” katanya.

Abdul Ghani berkata Bajet Johor 2013 yang bertemakan ‘Mensejahterakan Rakyat’ menggariskan tiga strategi utama iaitu menggalakkan pelaburan dan pemerkasaan modal insan; memperteguh pengurusan fiskal dan perkhidmatan awam; serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata tahun depan, kerajaan negeri akan memberi penumpuan lebih khusus untuk menggalakkan pelaburan domestik memandangkan peratusan pelaburan tempatan terkumpul di Iskandar Malaysia telah meningkat kepada 63 peratus sehingga September lepas.

Katanya bagi menjadikan Johor sebagai negeri pengeluar makanan yang utama dinegara ini, kerajaan negeri akan membangunkan kawasan seluas 3,600 hektar di Mersing sebagai hab jaminan makanan untuk tanaman kontan dan ternakan ruminan selain pembangunan pengeluaran makanan di Kluang dan Kota Tinggi, ketika ini.

Dijangkakan hampir 5,500 unit rumah akan dibina tahun depan di bawah programPerumahan Rakyat (PPR) dengan 5,074 unit daripadanya untuk dijual atau disewa ,katanya.

“Belanjawan 2013 akan mengambil kira semua potensi yang membawa Johor ke satu tahap lebih tinggi demi melimpahkan kemakmuran kepada rakyat.

“Kerajaan negeri yakin rakyat Johor sudah pun mula merasai pengalaman yang berbeza kesan kerancakan kegiatan pembangunan dan ekonomi yang sedang pesat sekarang,” katanya.

PKR Usah Malu Belajar Dari UMNO Cara Urus Parti Lebih Demokrasi, Telus

Posted: 07 Dec 2012 02:29 AM PST

SERDANG, 7 Dis  – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya tidak berasa malu untuk belajar dari UMNO bagaimana cara untuk menguruskan sistem demokrasi dalam parti yang lebih  telus dan tersusun, jauh dari amalan nepotisme, kronisme dan penuh kecelaruan seperti mana yang berlaku dalam pemilihan PKR.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin, sepanjang 66 tahun UMNO wujud, memang tidak dinafikan ada cacat celanya namun ia tidak menjejaskan ketulenan sistem demokrasi yang dilaksanakan di dalam UMNO.

"Bahkan hari ini ini, kita dapat lihat bahawa UMNO sentiasa berusaha menambah baikkan sistem demokrasi di dalam UMNO. Dengan undang-undang baru UMNO hari ini, kita boleh lihat ketelusan dan perlaksanaan demokrasi itu bertambah baik dan kini, ahli-ahli di peringkat akar umbi juga boleh memilih pemimpin bermula di peringkat cawangan sehingga ke peringkat jawatan tertinggi termasuk jawatan presiden.

"Ini membuktikan bahawa UMNO semakin matang,  sesuai dengan peredaran zaman. Perlaksanaan demokrasi dijalankan dengan sebaik mungkin dan penambah baikkan sistem tersebut sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, ini amat berbeza dengan sistem demokrasi dan ketelusan yang diperlihatkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mana, pemilihan di peringkat ranting dan cabang yang dijalan baru-baru ini begitu caca merba dan penuh dengan pergaduhan serta  pertelingkahan yang tidak terkawal.

"Ini membuktikan demokrasi di dalam PKR tidak hidup, bahkan kalau kita lihat daripada senarai kepimpinan PKR itu sendiri, kita sudah tahu bahawa demokrasi di dalam PKR hanya di mulut, tetapi hakikatnya ia lebih kepada pemerintahan dinasti yang berasaskan kronisme.

"Kedudukan Anwar di dalam PKR sendiri tidak menggambarkan perlaksanaan demokrasi itu sendiri. Jawatan Ketua Umum yang disandang oleh Anwar tidak ada dalam perlembagaan parti. Dan sudah pastinya, jawatan itu takkan dicabar oleh sesiapapun.

"Kalau macam tu, selamatlah dia. Apatah lagi, isterinya sendiri memegang jawatan tertinggi dalam parti, iaitu Presiden parti. Tapi dalam masa yang sama, semua orang tahu bahawa Anwarlah yang menguasai kepimpinan parti. Sepatutnya presidenlah yang lebih berkuasa, bukan beliau," jelasnya.

Justeru itu katanya yang juga Naib Pengerusi BN Serdang, PKR tidak perlulah terus mendabik dada dengan mengatakan bahawa perlaksanaan demokrasi dan ketelusan di dalam PKR adalah lebih baik dari UMNO.

"UMNO sudah puluhan tahun melaksanakan sistem demokrasi yang terbuka dan telus biarpun ada sedikit cacat dan celanya. Kita sebagai manusia, yang melaksanakan dasar-dasar itu sudah pasti tidak sempurna.

“Namun perlaksanaan dan sistem demokrasi di dalam UMNO jelas dilihat lebih praktikal dan tersusun berbanding dengan PKR, yang hanya tahu melaungkan demokrasi di mulut tetapi gagal melaksanakannya biarpun di dalam parti sendiri," katanya. -MediaUMNO

Perhimpunan UMNO 2012 Tonik Pembakar Semangat Jentera Pemuda Ayer Hitam

Posted: 07 Dec 2012 02:16 AM PST

JOHOR BAHRU  7 Dis – Pemuda UMNO Ayer Hitam memjadikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berakhir pada minggu lalu sebagai azimat pedoman untuk membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Ketua Pemudanya, Mohd Fadil Muskon berkata biarpun seminggu telah berlalu perhimpunan agung yang penuh dengan ucapan dan amanat daripada pemimpin parti, ianya tetap masih baru dan pergerakan itu cukup bersemangat untuk melaksanakan segala amanah yang diberikan.

Menurut beliau dengan tempoh pilihan raya umum yang makin hampir, pihaknya akan menggunakan segala kudrat yang ada dan segala perancangan untuk memastikan BN mencapai kemenangan.

"Rata-rata ahli parti cukup bersemangat…dan tidak terkecuali Pemuda Ayerr Hitam yang bertekad untuk membantu kemenangan BN nanti. Apa pun kita penuh yakin, semangat sahaja tidak cukup. Atas dasar itulah kita akan menterjemahkan segala yang diungkapkan oleh pucuk pimpinan parti termasuklah dalam segala aspek bagi membantu parti bersama dengan rakan-rakan komponen Pemuda BN yang lain untuk bergerak lebih ampuh," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Kata beliau lagi azimat, pesanan serta arahan gerak kerja oleh  pucuk pimpinan akan diterjemahkan sebaik mungkin.

"Pemuda Ayer Hitam akan melaksanakan segala tanggungjawab yang diberikan termasuklah menjelaskan isu-isu semasa khususnya berkaitan dengan orang muda supaya mereka tidak terpengaruh dengan pelbagai dakyah yang akan disebarkan  pembangkang.

"Pelbagai bentuk dan pelbagai kaedah yang akan kita gunakan kerana kita percaya yang benar akan tetap mengatasi kebatilan dan penipuan,”  katanya. -MediaUMNO

Tolak Beli Tanah Taman Manggis, Bukti DAP Kerajaan Khianat Rakyat Miskin

Posted: 07 Dec 2012 01:54 AM PST

PULAU PINANG, 7 Dis – Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menggagalkan usaha pembelian tanah Taman Manggis yang mahu dibeli oleh Pemuda Barisan Nasional untuk membangunkan rumah kos rendah dilihat sebagai satu helah politik bagi memperlihatkan kegagalan Pemuda BN dalam isu tersebut.

Sedangkan pada hakikatnya, menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin, Pemuda BN telah pun menyediakan wang sebanyak RM 22 juta untuk membeli tanah tersebut tanpa sebarang dolak dalih.

"Kita sudah agak dari awal-awal lagi, kerajaan negeri memang main wayang dalam isu tanah Taman Manggis ni. Sejak awal lagi, bila mereka letak syarat-syarat yang tak munasabah, kita tahu mereka ada muslihat.

"Hari ini terbuktilah, mereka sengaja gagalkan urusan pembelian ini. Macam mana kita nak setuju beli kalau kerajaan negeri tak nak keluarkan perjanjian jual beli untuk tanah tersebut. Sudahlah bagi tempoh sebulan untuk menjelaskan pembayaran, sekarang ni tak mahu keluarkan dokumen perjanjian jual beli pula. Jadi bagaimana Pemuda BN nak teruskan pembelian tanah itu?," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, tindakan kerajaan negeri dalam isu tanah Taman Manggis ini jelas memperlihatkan bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang mesra rakyat miskin, bahkan sebenarnya langsung tidak mempedulikan hal ehwal rakyat dari golongan itu.

"Seluruh rakyat di negeri Pulau Pinang tahu, bahawa kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP adalah sebuah kerajaan yang hanya mesra pemaju, bukannya rakyat. Mereka tidak ikhlas untuk membela rakyat, terutama rakyat golongan miskin.

"Apa yang mereka tahu, hanyalah untuk membina rumah-rumah mewah yang harganya ratusan ribu, bahkan ada yang mencecah jutaan ringgit. Rumah-rumah itu pula dijual kepada orang luar, bukannya untuk rakyat di negeri ini. Itulah dasar dan prinsip yang menjadi keutamaan kerajaan DAP di Pulau Pinang  hari ini," ujarnya lagi.

Beliau turut membidas kenyataan DAP bahawa kerajaan negeri sudah memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah kos-kos rendah di negeri tersebut.

"Itu hanya gimik DAP. Buat pecah tanah dan sebagainya, sedangkan duit yang mereka umumkan itu pun belum dalam tangan mereka. Duit itu adalah hasil daripada penjualan tanah di Bayan Mutiara dan sehingga ke hari ini, duit tersebut masih lagi belum dibayar oleh pembeli. Belum dapat duit, mereka dah umum macam-macam untuk menangi hati rakyat, terutama bila sudah dekat dengan PRU.

"Bahkan kenyataan mereka yang mendakwa sudah membina rumah-rumah kos rendah juga hanya satu pembohongan. Hakikatnya kerajaan negeri hanya meneruskan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang telah diusahakan oleh BN sebelum ini.

"Mereka hanya menumpang nama atas hasil usaha BN sebelum ini, sedangkan hakikatnya sebuah rumah kos rendah pun belum mereka bina. Dan mereka tidak peduli tentang hal itu. Yang mereka utamakan adalah rumah-rumah mewah dan mereka sebenarnya langsung tidak mempedulikan nasib rakyat miskin di negeri ini," akhiri beliau. -MediaUMNO

Salleh Describes Pakatan Rakyat As “Touch And Go” Coalition With No Clear Policy

Posted: 07 Dec 2012 01:37 AM PST

KOTA BELUD, Dec 7 – Sabah Umno Liaison deputy chief Datuk Seri Salleh Said Keruak today described the opposition Pakatan Rakyat as a “touch and go” coalition with no clear policy to govern and transform the country.

Urging the people not to fall for Pakatan’s ploy, he said its approach was just to create and play with issues with the hope of winning the hearts and minds of the people.

“Pakatan does not know how to resolve them (issues) and its objective is just to form the government, and (its partners) will fight among themselves.

“This was proven in states where they form the government, including in Selangor and Penang,” he said in his speech at a meet-the-people session in Kampung Tamau, near here.

Salleh, who is also the State Legislative Assembly Speaker, said he believed that the Pakatan coalition would not last as it was just a marriage of convenience.

Citing the signs of disunity among the component parties in Pakatan, with the latest issue being the probability of PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang fighting for the prime minister's seat should the party win the 13th General Election, he said this was only the beginning.

The 58th PAS assembly last month saw delegates suggesting that Abdul Hadi become the prime minister if the opposition wins the general election, and Abdul Hadi reportedly welcomed the proposal.

However, DAP secretary-general Lim Guan Eng reportedly responded by saying that “the DAP is sticking with the consensus made by the Pakatan that Datuk Seri Anwar Ibrahim be the prime minister if the coalition wins in the general election”.

Obviously, Salleh said, “infighting becomes a culture” for Pakatan and the component parties of the coalition have become “friends” just to hoodwink the people in their desperation to assume power.

On the other hand, he said, the Barisan Nasional (BN) under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had a clear-cut policy and direction.

“It is prepared to make tough decisions for the sake of the country. It is a responsible coalition and it wants to continue to move forward and transform the nation.

“The BN wants to create more jobs and economic opportunities for the people,” he said of the government’s seriousness in championing the cause of the people.

As such, Salleh called on the people, especially Sabahans, to give their undivided support to the BN in the next general election.

11 National Service Camps Closed Since 2004, Says D-G

Posted: 07 Dec 2012 01:24 AM PST

KUANTAN, Dec 7 – Eleven camps of the National Service Training Programme (PLKN) have been closed since the programme was introduced in 2004 for various breaches by the respective operators, National Service Training Department (JLKN) director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil said today.

He said the camps were closed to serve as a lesson for the other operators to abide by the rules when managing the camps and trainees.

“It is to serve as a warning to the camp operators that the department is firm and would not compromise on the safety and well-being of the trainees.

“We also want to assure the people, particularly the trainees’ parents, that their children’s safety is a priority for us,” he told reporters after launching the PLKN camp commandants seminar 2012 at Cherating, near here.

He cited two PKLN camps in Pahang – Rompin and Bentong – and the Kuala Kangsar camp in Perak that had been ordered to close.

On water-based activities for next year, Abdul Hadi said the operators had been given an option – to build their own swimming pool or rent a facility near the camp.

“This is because building a swimming pool to accommodate all the trainees at one time would involve a substantial cost, of about RM1.5 million,” he said.

Water-based activities using natural ponds were halted temporarily after a trainee, R. Vinoth, from the Terkok camp in Sungai Siput, Perak, died on March 12 as a result of rat urine infection contracted from the source.

Meanwhile, Abdul Hadi said 42,000 trainees nationwide who were born in 1995 would be called to join the PLKN camp Group 1 of 10/2013 beginning Jan 3.

“They can check at www.khidmatnegara.gov.my or contact 03-40274000,” he said.

At the function, Abdul Hadi represented all the 81 PLKN camps nationwide in presenting a RM20,000 cheque to Aqsa Syarif Secretariat chairman Mohd Isa Maaroff to be donated to the Palestinian people who were being oppressed by Israel’s Zionist regime.

Perhimpunan Ganas Bersih Bukti Siapakah Layak Dinobatkan Amal Politik Samseng

Posted: 07 Dec 2012 01:11 AM PST

KUALA LUMPUR 7 Dis – Jika dilihat kepada perhimpunan Bersih, rakyat boleh nilai dan lihat siapakah sebenarnya yang layak dinobatkan sebagai juara kepada politik samseng.

Undang-undang sudah menjadi perkara kedua dan berlakunya kekacauan dan yang paling teruk perhimpunan Bersih terbaru melibatkan kerosakan kepada harta benda dan ada juga yang cerdera. Apakah ini tidak boleh dijadikan bukti kepada politik samseng, kata bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin.

Kata beliau lagi rentetan itu, persoalan boleh ditujukan kepada mereka apakah mereka tidak layak dinobatkan sebagai pengamal politik samseng dan lebih teruk daripada itu mengajak rakyat ke arah gejala yang tidak sihat.

"Bagi saya yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Setelah berada sekian lama dalam PKR, saya tahu segala-galanya dan mereka usah temberang dan beretorik dalam soal politik samseng ini.

"Dan jangan hanya sekadar main tunjuk dan pukul keliling dalam soal politik samseng ini. Saya tahu segala-galanya dan gerak-geri mereka sebenarnya telah menujukkan batang hidung yang sebenarnya. Tidak perlulah tuduh sebarangan… saya fikir kalau mereka ikhlas dan melihat serta menilai dengan mendalam, mereka tahu siapakah sebenarnya yang mengamalkan politik samseng ini," katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Mengulas lebih lanjut  beliau seterusnya mempersoalkan siapakah yang memperkenalkan budaya berkenaan.

"Cuba kita perhatikan betul-betul…sejak kebelakangan ini bukankah budaya berkenaan seolah-olah makin subur dan inilah yang kita tidak mahu kerana ianya membawa kesan yang tidak baik untuk negara.

"UMNO hanya mempertahankan kedaulatan Islam, Raja, Negara dan seluruh rakyat. Tidak lebih sekadar itu dan berharap rakyat dapat melihat serta meneliti perkara berkenaan sebaik mungkin untuk kepentingan bersama," katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT