SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, December 29, 2012

UMNO Online - “Malaysia Education Blueprint 2013-2025 To Be Presented To Cabinet Next Month, Says Muhyiddin” plus 9 more

UMNO Online - “Malaysia Education Blueprint 2013-2025 To Be Presented To Cabinet Next Month, Says Muhyiddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

Malaysia Education Blueprint 2013-2025 To Be Presented To Cabinet Next Month, Says Muhyiddin

Posted: 28 Dec 2012 03:34 AM PST

PUTRAJAYA, Dec 28 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said today the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 would be presented to the Cabinet next month.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said that after the Cabinet had deliberated on the completed blueprint, it would be presented to the Conference of Rulers for its blessings for implementation next year.

“The blueprint is now in the final stage. The preliminary report and suggestions from all quarters have also been taken into consideration to enable it to be implemented to improve the quality of national education.

“We have made many engagements. I think no one was left out.

“A comprehensive blueprint has been prepared. We have also made some improvements to areas deemed weak over the past couple of months,” he told a news conference after attending an interactive session with young administrative and diplomatic officers, here.

Last September, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak launched the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 Preliminary Report which outlines 11 strategic and operational shifts to transform the country’s education system.

Among the 11 shifts are to provide equal access to quality education of an international standard, ensure every child is proficient in Bahasa Malaysia and English language, develop values-driven Malaysians and transform teaching into the profession of choice.

Commenting on the protests by certain quarters, Muhyiddin said the ministry could not satisfy everyone.

“We have taken into consideration the opinions of all quarters, including on the status of Chinese schools and aid for national type Chinese and Tamil schools,” he said, adding that it was more important to ensure that the blueprint was to the satisfaction of the people.

Bila Kebenaran Muncul… Sepuluh Nama Bakal Hancurkan Politik Anwar

Posted: 28 Dec 2012 03:31 AM PST

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.

Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

isuhot.com

Biar Tarikh PRU-13 Terus Jadi Teka-Teki – Muhyiddin

Posted: 28 Dec 2012 02:18 AM PST

PUTRAJAYA, 28 Dis –  Beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2013, tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) masih menjadi teka-teki umum.

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyhiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU Ke-13.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU Ke-13 akan diadakan pada tahun depan.

“Bolehlah buat teka-teki tarikhnya bila… Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat (umum tarikh sebenar), kita tak ada ‘fun’ lagi,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini, Jumaat.

Timbalan perdana menteri berkata, orang ramai, termasuk ahli politik harus bersabar menunggu pengumuman rasmi perdana menteri mengenai tarikh PRU Ke-13.

“Kita tahu perdana menteri akan putuskan, cuma tinggal bulan dan minggu sahaja (belum umum). Bila masa yang paling sesuai, saya fikir tunggu sahajalah,” katanya.

Apabila ditanya sama ada perdana menteri akan menunggu sehingga Parlimen terbubar secara automatik pada April tahun depan, Muhyiddin berkata: “saya tidak tahu”.

“Apa yang saya tahu, kalau Perdana Menteri tidak jawab, takkan saya nak lebih pandai daripada Perdana Menteri. Tunggu sahajalah,” katanya.

Mandat kerajaan akan berakhir pada 28 April tahun depan dan secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 29 April.

Pembangkang Ghairah Guna Himpunan Untuk Raih Undi, Sembunyi Aib

Posted: 28 Dec 2012 01:41 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Dis. – Pakatan pembangkang lebih cenderung kepada tindakan untuk melakukan perhimpunan jalanan dan demonstrasi dalam usaha mereka menuju ke Putrajaya untuk membentuk kerajaan sendiri dengan mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman melihat kepimpinan dalam pakatan pembangkang terlalu taksub dengan cita-cita mereka sehingga sanggup melakukan apa saja.

"Ketaksuban pakatan pembangkang ini berkuasa sehinggakan mereka merasa bahawa kononnya begitu dekat untuk mencapai cita-citanya dan sanggup menghalalkan segala cara biarpun menyusahkan rakyat," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau merujuk kepada pelbagai insiden yang berlaku sejak pakatan pembangkang yang dianggotai oleh PKR, DAP dam Pas berjaya membentuk kerajaan di empat buah negeri membabitkan Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

"Mereka terdesak untuk mencari populariti berbanding melaksanakan apa yang dijanjikan untuk rakyat," katanya.

Himpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) biarpun secara zahirnya ia menggunapakai badan-badan bukan kerajaan (NGO) namun realitinya para pemimpin dalam pakatan pembangkang mengetuai perhimpunan jalanan terbabit.

"Rakyat sudah mula bosan dan muak dengan eksploitasi sebegini dan masyarakat sedar bahawa pelbagai himpunan atas nama yang pelbagai diwujudkan atas agenda peribadi semata-mata, selain menutup segala kesalahan dan janji-janji yang gagal ditunaikan," katanya.

Perhimpunan Bersih sebelum ini telah diadakan pada tahun 2007 dengan matlamat kononnya untuk membersihkan perjalanan pilihan raya di Malaysia dan ia berterusan walaupun realitinya pakatan pembangkang dapat membentuk kerajaan di empat buah negeri yang disusuli dengan Bersih 2.0 pada Julai 2011 dan Bersih 3.0 pada April 2012.

Bukan itu saja, beberapa himpunan lain turut diadakan atas nama yang pelbagai sebagaimana 'Himpunan Hijau' yang dibuat atas bantahan terhadap Lynas dengan dakwaan yang tidak berasas selain 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' atas bantahan terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings(FGVH) ke Bursa Saham Malaysia

"Inilah akibat terlalu kejarkan pangkat dan kuasa hinggakan sanggup melakukan apa saja dan memanipulasikan pelbagai perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan biarpun dalam masa yang sama mereka juga turut mendapat manfaat tetapi atas nama kedudukan politik maka ia sengaja dinafikan dengan melakukan demonstrasi haram," katanya. – MediaUMNO

Skandal Tanah & Balak : Pas Bakal Ulangi Sejarah 1978 Di Kelantan

Posted: 28 Dec 2012 01:30 AM PST

48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan Pas Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Pas Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan Pas di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan Pas jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas Pas memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, Pas seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar Pas di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan Pas pada 1978 dulu.

Dengan kata lain, Pas seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar Pas di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan Pas pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong Pas yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB Pas bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin Pas dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh Pas sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat Pas tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

Pas dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran Pas dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin Pas.

Usahlah pemimpin Pas terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun Pas memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar Pas erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan Pas di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak Pas semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga Pas akan menyembah bumi.

Dr Muslim Umar

100 NGOs To Participate In “Love Selangor Carnival”

Posted: 28 Dec 2012 01:08 AM PST

SHAH ALAM, Dec 28 – A total of 100 non-governmental organisations  (NGOs) are taking part in the ‘Love Selangor Carnival’ to be held for four days at I-City, Section 7 here, beginning tomorrow.

Selangor Barisan Nasional (BN) coordinator, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, said various programmes would be held during the carnival, including the handing of the ‘Friends of BN’ forms by about 5,000 individuals, comprising members of the NGOs, the business community and former supporters of the opposition parties.

They handing over of the forms would be held on Dec 31, he said when met after visiting the carnival site here today.

He expected the carnival to attract about 500,000 visitors and that parking at the carnival site would be free.

Parents should also take this opportunity to bring their children to the I-City water Theme Park this Sunday where a 50 per cent discount would be offered from 2pm to 6pm, he added.

Kerajaan Tidak Kurangkan Perbelanjaan Bagi Merangsang Ekonomi

Posted: 28 Dec 2012 12:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Dis –  Kerajaan tidak akan mengurangkan perbelanjaan bagi merangsang ekonomi domestik untuk manfaat semua ahli perniagaan tanpa mengira kaum, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata bagi menampung impak kelembapan ekonomi global, kerajaan perlu merangsang pendapatan domestik dan penggunaan memandangkan ini boleh membantu menampung ekonomi walaupun sumbangan eksport dan pembuatan susut.

“Ia ibarat air pasang yang mengapungkan bot, memandangkan jika prestasi ekonomi Malaysia tidak baik, semua pihak akan terjejas, bukan sahaja kaum Cina.

“Jika kedudukan ekonomi secara umumnya baik, semua orang berpeluang untuk memperoleh manfaat, termasuk Cina,” katanya.

Sambil berkata bahawa kerajaan akan terus memain peranan sebagai pemudah cara, beliau menekankan bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) bermatlamat meningkatkan pendapatan boleh belanja rakyat Malaysia.

“Jika tiada ETP, ekonomi kita mungkin seperti ekonomi lain yang terjejas akibat kelembapan ekonomi dunia,” kata Dr Chua.

ETP menggariskan langkah yang akan mentransformasikan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menggerakkan negara supaya setaraf dengan negara berpendapatan tinggi yang lain, ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) Malaysia perkapita daripada US$6,700 atau RM23,700 pada 2009 kepada lebih daripada US$15,000 atau RM48,000 pada 2020.

ETP akan memerlukan sektor awam dan swasta untuk bekerja secara usaha sama untuk melaksanakan 131 Projek Permulaan (EPP) meliputi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Mengenai pembiayaan, Dr Chua berkata ia merupakan isu lain, memandangkan kebanyakan bank konservatif dan mereka mahu kolateral yang mencukupi.

“Ini terutama apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi, orang semakin berhati-hati,” katanya.

Dalam hubungan ini, Presiden MCA berkata Skim Jaminan Bantuan PKS yang disediakan oleh SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat dan EXIM Bank menyediakan jaminan pembiayaan dan modal yang diperlukan oleh perniagaan kecil dan sederhana yang menghadapi masalah memperoleh pembiayaan berikutan kedudukan ekonomi yang sukar.

“Ia merupakan cabaran untuk beralih daripada industri kecil dan sederhana kepada konglomerat atau meningkatkan rangkaian nilai tambahan.

“Anda perlukan modal, kepakaran dan pengalaman selain pengetahuan teknikal,” katanya dan menambah ahli perniagaan Cina masih berjaya dan dapat menembusi sektor tertentu dalam ekonomi.

Dari segi menjalankan perniagaan di Malaysia, beliau berkata negara ini telah mencatat banyak kejayaan dan peningkatan dalam sektor utama ekonomi.

“Prestasi sektor pembinaan dan pelancongan mencatat pertumbuhan pesat. Sektor pembinaan mencatat pertumbuhan dua angka tahun ini,” katanya.

Bagi industri pelancongan, Dr Chua berkata ia membantu mengekalkan prestasi ekonomi.

“Hari ini kita merupakan negara kesembilan yang kerap dilawati di dunia, dengan pendapatan kira-kira RM1 bilion seminggu.

“Dan, kita tidak dapat nafikan bahawa kemudahan untuk menjalankan perniagaan juga semakin meningkat, berdasarkan laporan penarafan oleh agensi antarabangsa,” katanya.

Menurut “Doing Business Report 2013″ Bank Dunia, Malaysia merupakan ekonomi ke-12 paling kompetitif di dunia untuk menjalankan perniagaan.

Ini merupakan peningkatan ketara daripada tempat ke-23 pada 2010.

“Selain itu, Malaysia juga merupakan destinasi menarik untuk pelaburan langsung asing, yang diperlukan untuk meningkatkan ekonomi.

“Bagaimanapun, masih terdapat penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam bidang ini.

“Ramai tidak puas hati berikutan kekerapan perubahan terhadap dasar pekerjaan pekerja asing.

“Proses permohonan untuk pekerja asing perlu dipermudah,” kata Dr Chua dan menambah, dasar perlu telus bagi memudahkan orang ramai.

Rakyat Sudah Jelas Dapat Menilai DAP Parti 2R… Rasuah & Rasis

Posted: 28 Dec 2012 12:42 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Belum pun reda isu rasuah yang didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, kini DAP terpaksa berhadapan dengan satu lagi isu rasuah yang melibatkan dua kepimpinan tertinggi DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming berhubung pemberian tanah balak di Kelantan sebagai ganti jawatan Menteri Besar Perak yang diberikan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menurut bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, dua isu besar ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa DAP bukan satu parti yang bersih dan bebas dari rasuah, bahkan mereka itu lebih kotor dari parti-parti politik yang ada di negara ini.

"Isu rasuah Tunku Aziz masih belum mereka jawab. Kini, timbul pula pendedahan kes rasuah tanah balak yang mengaitkan dua tokoh kepimpinan DAP Perak yang sehingga ini, tidak ada sebarang penjelasan dari pihak DAP. Terbukti, DAP tidaklah sebersih mana. Malah lebih kotor lagi, kepimpinan tertinggi DAP sendiri mengamalkan perbuatan rasuah.

"Saya yakin, perkara ini sudah lama. Namun mereka bijak menyembunyikan perbuatan kotor dan jijik mereka ini. Namun hari ini, kebenaran terbukti. Dua isu besar ini sudah cukup untuk memperlihatkan intergiriti DAP sebagai sebuah parti politik yang konon-kononnya anti dan bersih dari rasuah. DAP perlu ingat, mereka tidak boleh bohongi rakyat sepanjang masa," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan DAP sebagai sebuah parti ultra kiasu dan ultra rasis yang tidak layak untuk memegang pentadbiran negara ini.

"Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, exco perumahan tempatan DAP secara konsisten bertegas mahukan agar lima peratus potongan harga rumah untuk bumiputera dimansuh. Kata mereka, potongan sebanyak ini akan menyebabkan persaingan harga rumah yang tidak sihat.

"Dan apabila saya meninggalkan mereka di dalam pentadbiran kerajaan, saya lihat banyak gerai-gerai orang Melayu dirobohkan atas pelbagai alasan termasuk berniaga secara haram. Namun gerai-gerai bukan Melayu tidak pula diusik sedangkan kita tahu, bahawa ramai di antara peniaga-peniaga bukan Melayu juga tidak mempunyai lesen dan berniaga secara haram, tetapi tidak diambil tindakan," jelasnya.

Beliau turut membidas ideologi Malaysian Malaysia yang cuba dibawa oleh DAP untuk diimplentasikan di negara ini. -MediaUMNO

KP1M Humanitarian Mission Team Succeeds In Helping Typhoon Bhopa Victims

Posted: 28 Dec 2012 12:32 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 28 – The 47-member humanitarian mission team led by Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) arrived home safely yesterday after creating another success story in helping victims of Typhoon Bopha in Mindanao, southern Philippines.

During their five-day mission, the team also distributed 36 tonnes of food supplies, medicine and daily necessities, including wheelchairs, to the victims.

The Royal Malaysian Air Force (RMAF) Charlie aircraft carrying the team and participating media practitioners landed at the RMAF Base in Subang near here at 11.15pm.

KP1M president Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim said the mission, which focused on rural areas, was well accepted by the victims as the team distributed aid and food supplies to over 30,000 families affected by the typhoon.

“The mission has achieved its target and the Philippine government has expressed thanks to the Malaysian people for their concerns,” he told reporters upon arrival at the base.

Abdul Azeez said although many countries had also sent humanitarian aid, only Malaysian volunteers were willing to go to the rural areas to assist the victims despite various warnings that the areas would be hit by typhoon again.

He said the victims, comprising mostly farmers, would need more aid and assistance, especially economically, as their crops which are also their source of income, were badly destroyed by the typhoon.

“They really hope that other agencies from Malaysia would send a team to assess the economic impact of the typhoon to the community in the affected areas,” he said.

Bernama reporter, Nur Natasha Aida Ismail, who participated in the mission, said she couldn’t help but feel sad and sympathy to see the sufferings and destructions caused by the typhoon.

“It’s sad to see children living in deprived areas like that and I do hope that they can make an optimal use of the aid and food supply,” she said.

Typhoon Bhopa lashed Mindanao on Dec 4 and was reported to have claimed over 1,000 lives, caused injuries to over 2,000 residents and left 850 others still missing.

It also left hundreds of thousands of people homeless and various infrastructures, as well as hectares of crops, destroyed.

Ahli Pas Disaran Tinggalkan Pas Yang Sudah Tidak Relevan Perjuangkan Islam

Posted: 28 Dec 2012 12:27 AM PST

BESUT, 28 Dis –  Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menasihatkan anggota Pas yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, mendakwa Pas sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata pemimpin Pas kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.

“Bukan sahaja telah melakukan banyak “kerosakan” kepada agama sejak dahulu tetapi kini “penyakit” yang dialami oleh Pas semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik,” katanya.

Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di sini, Jumaat.

Katanya amanat dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang UMNO murtad.

Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin Pas itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.

Idris juga menasihatkan anggota Pas supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa panjang.

Pada majlis itu, seramai 270 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya,golongan miskin, ibu tunggal dan remaja menerima RM300 tiap seorang.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT