SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, December 20, 2012

UMNO Online - “Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang Berkaitan Kewangan” plus 9 more

UMNO Online - “Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang Berkaitan Kewangan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang Berkaitan Kewangan

Posted: 19 Dec 2012 06:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 adalah antara tiga rang undang-undang berkaitan kewangan yang diluluskan Dewan Negara hari ini.

Dua lagi ialah Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2012 dan Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika menggulung Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 berkata rang undang-undang itu antara lain bertujuan membantu Bank Negara menjaga kerahsiaan maklumat perbankan individu.

“Peruntukan kerahsiaan ini cukup penting, ia merupakan tonggak kejayaan perbankan di mana-mana saja di seluruh dunia, bahkan ada sesetengah negara begitu menjaga kerahsiaan sehingga menjadi pusat tarikan kepada simpanan wang seperti di Switzerland dan Singapura,” katanya.

Beliau menambah jika setiap orang boleh mendapat maklumat perbankan individu dan menyebarnya, maka tiada siapa yang ingin menyimpan di bank terbabit.

Menggulung Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2012 pula, Awang Adek berkata ia diwujudkan bagi menyokong usaha kerajaan menjadikan negara ini pusat perbankan kewangan Islam terkemuka dunia.

“Rang Undang-undang ini, selaras dengan objektif kerajaan untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa dan peneraju sistem perundangan bagi kewangan Islam yang maju,” jelasnya.

Sementara itu, persidangan dewan turut meluluskan Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 bagi mewujudkan sebuah tribunal khusus untuk mengurus dan mendengar kes mengenai pengurusan strata dengan membolehkan pihak yang tidak berpuas hati menyalurkan tuntutan berkaitan penyenggaraan dan pengurusan.

Persidangan dewan disambung esok.

13 Jenis Barangan Harga Terkawal Sempena Krismas – Ismail Sabri

Posted: 19 Dec 2012 04:06 AM PST

PUTRAJAYA, 19 Dis – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada rabu mengumumkan 13 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata skim itu berkuat kuasa selama lima hari dari 23 hingga 27 Disember dan kementerian menggerakkan 1,900 penguat kuasa, 1,500 pemantau harga dan 60,000 anggota skuad pengguna untuk memastikan peniaga mematuhinya.

Antara barangan terbabit ialah ayam hidup dengan harga maksimum RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7/kg), ayam super (RM7.80/kg), ayam belanda import (RM23/kg) dan daging kambing tempatan bertulang (RM35/kg), katanya pada sidang media di sini.

Barangan lain ialah daging kambing biri-biri import bertulang (RM19.50/kg), daging kambing biri-biri import tanpa tulang dan tidak termasuk paha (RM23/kg), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM24/kg), telur ayam gred A (35 sen sebiji), B (34 sen) dan C (33 sen), tomato(RM4/kg) serta lada benggala hijau (RM8.50/kg).

Katanya peniaga yang didapati melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya.

Beliau turut mengingatkan peniaga agar meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan terbabit dan jika gagal boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu dan denda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat.

Katanya sebanyak 232 kes direkodkan berhubung pelanggaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sepanjang tahun ini dengan nilai kompaun RM26,848.50.

“Negeri yang paling banyak buat kesalahan di bawah barangan harga terkawal ialah Pulau Pinang iaitu sebanyak 58 kes diikuti dengan Selangor sebanyak 51 kes.

“Kebanyakan kes membabitkan kesalahan menjual melebihi harga ditetapkan dan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu,” katanya.

Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim tersebut boleh dibuat menerusi e-mel.

DAP Anti Kakitangan Awam, Sanggup Hina Orang Melayu Makan Rasuah – GAPS

Posted: 19 Dec 2012 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)  hari ini menyelar DAP kerana menyifatkan kadar rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian  Melayu dalam Sektor Awam.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, DAP sebenarnya menghina dan memperlekehkan kakitangan awam atau sengaja mahu menjadikan kakitangan awam sebagai musuh mereka.

"Ini kerana tahun lepas seorang pemimpin kanan DAP berkata, DAP akan merombak semula kakitangan awam kerana ramai sangat orang Melayu. Kelmarin seorang pemimpin DAP pula berkata, kakitangan awam banyak makan rasuah puncanya juga sebab ramai sangat orang Melayu. DAP telah menghina kakitangan awam dan orang melayu. DAP sedang berusaha untuk menyamakan bangsa Melayu dengan rasuah.

“GAPS berpendapat DAP memang semakin meroyan gilakan Putrajaya dan sebenarnya anti Melayu! Di Indonesia, Thailand, Philipine, Vietnam, Laos, India – rasuah lebih hebat berbanding negara kita, tiada pun orang Melayu yang berkerja sebagai kakitangan awam di sana. Rasuah tiada kaitan dengan mana-mana bangsa atau agama ! Rasuah adalah penyakit umat akhir zaman," ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tambahnya, Rasullullah pernah mengingatkan ‘setiap umat punya cabaran, dan dugaan bagi umatku ialah harta’. Harta adalah penyebab rasuah. Rasullullah sudah pesan awal-awal. Penyakit umat akhir zaman. DAP sekadar ingin menebalkan semangat kiasu dan chauvinist dalam perjuangan mereka ke puncak kuasa.

"Pas sebagai rakan kongsi DAP dalam pakatan wajar mentarbiyyah pemimpin-pemimpin DAP berdasar kan hadis Rasullullah ini. GAPS bersetuju rasuah adalah satu penyakit dan ia harus diperangi. Rasuah wajar digelar sebagai najis seperti mana kerajaan pernah menganggap dadah sebagai najis.

“Rasuah timbul bila ada pemberi dan penerima. Yang memberi biasa nya adalah golongan saudagar, peniaga atau mereka yang berada. DAP wajar menjalankan kempen agar golongan saudagar, peniaga dan berada tidak memberikan rasuah. Mereka adalah punca rasuah," ujarnya lagi.

GAPS berpandangan majoriti besar kakitangan awam telah menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sempurna.

“Menuduh kakitangan awam sebagai banyak makan rasuah adalah perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan kerana ia menjatuhkan maruah kakitangan awam, keluarga mereka dan bangsa mereka”, katanya. -MediaUMNO

Tiada Rumah Kos Rendah Dibina Setelah 22 Tahun Pas Perintah Kelantan

Posted: 19 Dec 2012 03:51 AM PST

KOTA BAHARU, 19 Dis – Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh mendakwa kerajaan Kelantan pimpinan Pas banyak melupuskan tanah untuk pembinaan kondominium berbanding membina rumah mampu milik untuk rakyat.

Beliau berkata sejak memerintah negeri ini selama 22 tahun yang lalu, tiada rumah kos rendah dibina untuk rakyat berpendapatan sederhana.

“Sebagai contoh, tanah di Kampung Limau Manis yang dihuni antara 80 hingga 100 keluarga juga telah dijual kerajaan negeri untuk pembinaan kondominium mewah.

“Harga bagi sebuah kondo kalau ikut pasaran semasa sekitar tak kurang daripada RM250,000. Saya rasa tak ada orang yang berpendapatan sederhana atau rendah mampu beli kondominium tersebut,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Sewa Rumah Penduduk Miskin Bandar di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 122 penduduk miskin bandar menerima wang tunai berjumlah RM1,448 sebagai bantuan sewa rumah selama setahun yang disalurkan kerajaan pusat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

Mohd Fatmi yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata berbeza dengan kerajaan pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), banyak perumahan kos rendah telah dibina.

Beliau berkata di Melaka rumah kos rendah yang dibina kerajaan dijual kepada penduduk setempat dengan harga kira-kira RM35,000 seunit walaupun kos pembinaan sebenar bernilai lebih RM100,000.

“Selain itu, janji (BN) untuk membina 1,000 buah rumah mampu milik kepada penduduk Gua Musang ketika Pilihan Raya Kecil Galas pada 2010 juga kini telah hampir siap dan akan dijual dengan harga RM35,000,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan negeri menghentikan penjualan tanah bagi pembinaan kondominium mewah dan menukarnya kepada pembinaan rumah mampu milik bagi membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

“Walaupun kerajaan pusat beri bantuan sewa rumah kepada penduduk memerlukan, namun penyelesaian jangka panjang adalah dengan membina rumah yang mampu dibeli oleh mereka,” katanya.

Felcra Revamps Units In Preparation For Listing On Bursa Malaysia

Posted: 19 Dec 2012 02:20 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 19 – Felcra Bhd is restructuring seven to eight of its existing 13 units into a medium-sized entity and list it on Bursa Malaysia next year.

Its chairman, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, said the entity was expected to generate a cummulative profit of RM50 million a year, surpassing the minimum requirement for listing.

“The medium-sized entity has the potential to grow its business when listed.

“Currently these subsidiaries generate businesses internally within the Felcra Group and once listed as a unit, it will become the core and expand its businesses outside Felcra,” he told reporters at Felcra Bhd Management Seminar 2012 here today.

Moving forward, Tajuddin said, Felcra needed to diversify to strengthen itself and not to depend solely on the current core activities such as agriculture, plantation and commodity.

“The diversification into sectors like real estate, livestock, cash crops, education and investment has been approved by the board.

“In five to ten years, Felcra will become a diversified government-linked company that will generate revenue in the range of RM2 billion per annum,” he said.

Tajuddin said Felcra expected a profit of as much as RM300 million a year by then.

“Currently, Felcra records between RM60 million and RM100 million of profit a year,” he said.

Ahli Akademik Jerman Kaji Pemikiran Tun Dr Mahathir Tentang Islam

Posted: 19 Dec 2012 01:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Kagum dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang ahli akademik berbangsa Jerman menjalankan penyelidikan mengenai usaha bekas perdana menteri itu dalam memartabat Islam ketika mentadbir Malaysia.

Dr Sven Alexander Schottmann, 35, penuntut Universiti La Trobe, Australia dalam kajiannya bertajuk ‘Islam, Properly Understood; Mahathir Mohamad on Religion, Politics and Malaysian Society’ turut menyifatkan Dr Mahathir sebagai pencetus pemodenan negara Islam.

“Saya amat berminat terhadap keupayaannya untuk menginstitusikan Islam di negara ini serta menyatukpadukan sebuah masyarakat pelbagai bangsa. Beliau satu daripada kes kajian yang paling memberikan inspirasi dalam abad ke-21 ini,” katanya kepada pemberita di ‘Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir’ di sini.

Schottman yang fasih bertutur Bahasa Malaysia itu turut menerima Anugerah Zamalah Pemikiran Tun Dr Mahathir pada konvensyen selama dua hari, bermula hari ini.

Beliau turut berkata pemahaman terhadap Islam yang dibawa Dr Mahathir membantu Malaysia mewujudkan kestabilan di bawah satu bumbung perpaduan nasional yang luar biasa.

“Ketokohan Dr Mahathir dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang disegani membawa kesan besar kepada persepsi dunia Barat terhadap Islam,” katanya.

Penyelidikan setebal 400 muka surat itu akan dibukukan dengan tajuk ‘Allah Help Those Who Help Themselves’ dan akan diterbitkan dalam masa terdekat ini.

No Intention To Mislead Passengers In AirAsia’s Website Pricing, Says Azran

Posted: 19 Dec 2012 01:29 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 19 – AirAsia X says it has no intention to mislead passengers in terms of pricing in its website although the airline was fined by the Federal Court in Melbourne recently.

Chief Executive Officer Azran Osman-Rani said the 200,000 Australian dollar fine imposed as compared to the range of A$520,000 to A$650,000 sought by the Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) reflected the court's acknowledgement on the lack of any intention to mislead by AirAsia.

"The court judgment in this matter reflects that there was no intention to mislead at any time and that no consumer was misled or had suffered any financial loss as a result of this inadvertence, and that AirAsia has been cooperative throughout.

“In addition, AirAsia had facilitated a speedy hearing and had also pleaded no contest to a technical breach," he said in a statement.

Nevertheless, he said, AirAsia X understands the importance of providing consumers with an “all-in” pricing and “we remain fully committed towards displaying all-in fares on our website.”

Azran said that all of the budget airline’s advertising had always been on the basis of “all-in fares” which are inclusive of taxes and other mandatory charges.

“These legal proceedings are related only to fare displays on the airasia.com website for a limited number of “Fly-Thru” routes which were newly added to our network in 2011.

“The fares in question were manually entered and we took immediate steps to rectify this unintentional oversight as soon as we were made aware of the same," he said.

Azran said the process of adding new routes and displaying fares on airasia.com have been rectified and automated to prevent future recurrence.

“The airline notes the importance of all-inclusive pricing and ensuring accuracy of how the fares are prominently displayed,” he added.

Lebih 400 Permohonan Skim Rumah Pertamaku Bernilai RM66.5 Juta Diluluskan

Posted: 19 Dec 2012 12:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Sejumlah 436 permohonan Skim Rumah Pertamaku diluluskan dengan nilai pinjaman berjumlah RM66.5 juta sehingga akhir Oktober lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata daripada jumlah itu sebanyak 337 pinjaman berjaya mendapat jaminan dengan nilai pinjaman berjumlah RM50.1 juta dan bakinya masih dalam proses mendapat jaminan.

“Peminjam yang berjaya mendapat jaminan terdiri daripada pelbagai kaum yang mana kaum Cina seramai 175 orang (52.5 peratus), Melayu 116 orang (34 peratus) dan India 38 orang (11.1 peratus),” katanya menjawab soalan Senator Datuk S.Nallakaruppan di sini.

Awang Adek berkata keputusan muktamad pembiayaan bergantung kepada kemampuan pemohon dan penilaian kredit oleh institusi kewangan yang terlibat.

Skim yang dilancarkan pada Mac tahun lepas bertujuan membantu golongan muda yang baru bekerja memiliki rumah sendiri dengan pembiayaan sehingga 100 peratus dan tidak perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun berkata projek Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi infrastruktur asas luar bandar telah memberi manfaat kepada 3.2 juta penduduk bermula tahun 2010 sehingga 31 Okt lepas.

“Sehingga 31 Okt lalu, projek jalan luar bandar (JALB) dibina sepanjang 3,036.58 kilometer yang memberi manfaat kepada 1.5 juta penduduk manakala projek bekalan air bersih (BALB) disalurkan kepada lebih 1 juta penduduk untuk 211,779 rumah.

“Projek bekalan elektrik (BELB) pula disambung untuk 82,871 buah rumah yang memberi manfaat kepada 414,355 penduduk dan sebanyak 45,232 buah rumah telah dibina dan dinaik taraf, melibatkan 226,160 penduduk,” katanya menjawab soalan Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin.

Serang Mufti Bukti Kepimpinan Pas Sombong Dan Asyobiyah

Posted: 19 Dec 2012 12:21 AM PST

IPOH, 19 Dis – Tindakan kepimpinan Pas menyerang kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria apabila beliau meminta agar parti tersebut menarik balik amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April 1981 yang mengkafirkan ahli UMNO jelas memperlihatkan sikap kepimpinan parti tersebut yang sombong dan bersikap asyobiyah.

Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, tindakan Pas menyerang kenyataan tersebut juga secara tidak langsung memperlihatkan keegoan kepimpinan parti tersebut dengan menganggap pemikiran dan pegangan mereka sahaja yang betul serta memperlekehkan pandangan pihak lain.

"Seruan Mufti Perak yang mewakili mufti-mufti lain yang berkongsi pendapat yang sama  adalah berdasarkan situasi semasa, di mana lantaran fatwa tersebut maka sudah puluhan tahun umat Islam di negara ini jadi berpecah belah.

"Pas tidak boleh nafikan, memang wujud perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini ekoran fatwa dan kenyataan yang keluar dari mulut kepimpinan Pas seperti Amanat Haji Hadi itu," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, begitu banyak bukti yang memperlihatkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, contohnya isu solat dua imam,  isu tidak boleh makan sembelihan orang UMNO, isu melarang berkahwin dengan orang UMNO, isu berjihad dan mati syahid sekiranya menentang UMNO sehingga tercetusnya peristiwa Memali dan bermacam-macam lagi.

Sebab itu jelasnya, Pas perlu membuat kenyataan untuk menarik balik sebarang fatwa dan amanat yang boleh memecahkan belahkan ummah demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Tambahnya lagi, kepimpinan Pas sepatutnya bermuhasabah diri dan tidak melenting dengan seruan Mufti Perak itu kerana kenyataan tersebut dibuat semata-mata untuk kebaikan ummah, dan untuk mengelakkan perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik.

"Namun nampaknya hari ini Pas tidak dapat menerima sebarang teguran yang ikhlas dan sentiasa bersikap syak wasangka malah menuduh Mufti Perak dan lain-lain mempunyai kepentingan tertentu termasuk menyebelahi UMNO dan kerajaan.

"Malah kepimpinan Pas sedikit pun tidak menegur pengikut dan ahli-ahli mereka yang sesuka hati memaki hamun Mufti Perak atau mana-mana ulama dan ilmuan Islam sebelum ini hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza dari pegangan Pas.

"Ini memperlihatkan sikap taksub dan asyobiyah Pas di mana apa saja yang kepimpinan mereka lakukan, ia benar belaka dan apa yang orang lain lakukan semua silap belaka.Sekiranya benar Pas sebuah parti yang ingin mendaulatkan Islam, apakah sikap termasuk dalam ajaran Islam dan akhlak yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?," soalnya tegas.

Tan Sri Harussani di dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini berpendapat bahawa Pas wajib menarik balik Amanat Haji Hadi ekoran amanat tersebut telah memecah belahkan umat Islam di negara ini.

Pendapat beliau itu turut disokong oleh Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang turut meminta Pas agar menarik balik kenyataan tersebut. -MediaUMNO

Sandiwara Bertukar Bangsa…. Apa Beza Dr. Ridhuan Tee & Zairil Khir Johari?

Posted: 19 Dec 2012 12:18 AM PST

Saudara Pengarang,

Saya terpanggil untuk berkongsi luahan rasa hati atas apa yang berlaku sejak kebelakangan ini apatah lagi politik pakatan pembangkang penuh dengan penipuan, sandiwara dan plastik semata-mata. Ambil contoh mudah… bagaimana mungkin bangsa seseorang itu boleh ditukar sesuka hati sebagaimana dibayangi dengan nama sahaja kerana itu tidak mungkin berlaku.

Apabila ilmuan Dr. Ridhuan Tee bercakap soal Islam dan bangsa biarpun beliau sememangnya berbangsa Cina, maka pelbagai cercaan dan hinaan yang dilemparkan kepada beliau khususnya oleh anggota DAP sendiri.

Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah DAP juga turut menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang 'convert' atau memeluk agama Islam.

Dr Ridhuan Tee adalah pendakwah bebas yang tidak pernah mengatakan pendirian politik beliau, malah barangkali beliau juga mengundi pakatan pembangkang pada PRU lepas namun, beliau dikecam oleh pemimpin pembangkang kerana memperjuangkan agama Islam agama yang dianuti, ditambah pula ia amat bertentangan dengan agenda pembangkang khususnya DAP.

Malangnya, Zairil Khir Johari yang dilantik dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini dicanangkan sebagai berbangsa Melayu dan diperbesar-besarkan cerita kononnya beliau adalah pemimpin Melayu yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada DAP.

Inilah penipuan yang wujud sedangkan realitinya, Zairil langsung tidak berdarah Melayu. Janganlah hanya kerana berbapa tirikan Allahyarham Khir Johari maka ia digunakan sebagai satu alat menarik sokongan orang lain.

Apakah dengan hanya menggunakan nama Melayu sudah dianggap berbangsa Melayu sedangkan realitinya Zairil sendiri gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik dan entahlah pula dengan kehidupan hariannya yang lebig bercirikan Melayu atau sebaliknya….

Strategi DAP telah terserlah untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan menggunakan nama-nama Melayu sebagai menutup kelemahana mereka dan cuba menarik bangsa Melayu sendiri agar menyokong perjuangan mereka.

Dalam masa yang sama, terasa pula DAP mahu memperbodohkan orang Melayu, terasa terhina dengan tindakan sedemikian….

Ropiee Rehman

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT