SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, December 13, 2012

UMNO Online - “1M4U Memacu Malaysia Jadi Hub Contoh Kerja Sukarelawan – PM” plus 9 more

UMNO Online - “1M4U Memacu Malaysia Jadi Hub Contoh Kerja Sukarelawan – PM” plus 9 more

Link to UMNO Online

1M4U Memacu Malaysia Jadi Hub Contoh Kerja Sukarelawan – PM

Posted: 12 Dec 2012 02:55 AM PST

PUTRAJAYA, 12 Dis –  1Malaysia for Youth (1M4U) akan memacu Malaysia menjadi hub dan negara contoh dalam kerja sukarelawan kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan dengan visi dan aspirasi murni telah menubuhkan 1M4U sebagai sebuah badan dan platform untuk menggalakkan serta memacu aktiviti berbentuk kesukarelaaan dalam kalangan belia dan generasi muda Malaysia.

Najib yang juga Pengerusi 1M4U berkata kerajaan akan menggalakkan gerakan kesukarelawan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya generasi muda dalam kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sempena Tahun Kesukarelawan Nasional 2013.

“1M4U juga akan menganjurkan Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 pada bulan Februari bagi mengumpulkan semua sukarelawan yang aktif di Malaysia untuk berbincang mengenai hala tuju gerakan sukarelawan dalam kalangan rakyat dan generasi muda Malaysia,” katanya pada majlis perjumpaan dengan 10 finalis pertandingan ‘My Uni Rocks’ di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu.

Untuk mengalakkan aktiviti kesukarelawan dalam kalangan generasi muda secara tersusun dan berkala, Najib mengumumkan bahawa sebanyak 100 1M4U Outreach Centre akan diwujudkan di semua IPT dalam negara secara berperingkat pada tahun depan yang berfungsi sebagai pemangkin kepada lebih banyak aktiviti kesukarelaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi negara ini.

“Bagi merancakkan lagi aktiviti kesukarelawan di semua outreach centre (pusat capaian), pihak 1M4U akan memberikan sumbangan geran sebanyak RM5,000 kepada setiap outreach centre untuk menggerakkan aktiviti kesukarelaan masing-masing.

“Selain itu, 1M4U akan memberi anugerah khas 1M4U kepada outreach centre paling aktif dan paling banyak menggerakkan aktiviti kesukarelaan dalam kalangan generasi muda dan mahasiswa IPT. Kita akan wujudkan tokoh kesukarelawan 1M4U kepada mana-mana individu yang banyak menggerakkan aktiviti kesukarelaan dalam negara,” katanya.

Najib juga menyeru semua mahasiswa dan mahasiswi serta generasi muda Malaysia merebut peluang untuk mendaftarkan diri selaku penggerak dan aktivis sukarelawan 1M4U menerusi laman web im4u.

Beliau berkata program 1M4U, logo dan lagu, amat popular dan sudah sebati dengan golongan muda di tanah air.

“Lagu 1M4U ini sudah menjadi popular. Bagaimanapun ia mungkin tidak sebaik s Gangnam Style (Korea) tapi pastinya sudah bertapak dalam kalangan belia Malaysia.

“Mereka menganggap ini sebagai lagu mereka dan begitu bermakna kerana ia menyatakan kerajaan berada di sini untuk anda. Kami sedang melakukan yang terbaik untik merubah negara keseluruhnya, sebaik kerja itu siap, ia untuk anda – belia hari ini untuk memberi manfaat kepada Malaysia yang kita bina bersama.

Sementara itu, Najib berkata pertandingan ‘My Uni Rocks’ merupakan pertandingan unik yang menggunakan platform laman web sosial ‘Facebook’. Para belia dan generasi muda boleh bertukar-tukar buah fikiran dan mengadakan perbincangan mengenai idea.

“1M4U amat menghargai segala usaha dan dedikasi generasi muda dalam mengenengahkan idea-idea bernas untuk aktiviti kesukarelaan mengikut cita rasa masing-masing.

“Wajarlah pertandingan My Uni Rocks yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para mahasiswa dan generasi muda IPT di segenap pelusuk tanah air untuk merealisasikan idea aktiviti kesukarelaan mereka menggunakan laman web dan Facebook,” katanya.

Fasa kedua ‘My Uni Rocks’ kini dibuka untuk pengundian awam ke atas 10 finalis dan cadangan kesukarelawanan mereka di laman Facebook, im4u dan tempoh pengundian awam, akan berakhir pada 31 Disember.

Tiga pasukan yang menerima undi paling banyak akan dinamakan sebagai pemenang dan diumumkan pada 1 Januari tahun depan.

Mereka juga berpeluang mengadakan karnival konsert percuma, mendapat Apple iPad serta lawatan sambil belajar ke luar negara.

Angin Perubahan Politik Sabah Menyebelahi BN – Pairin

Posted: 12 Dec 2012 02:50 AM PST

TAWAU, 12 Dis –  Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yakin angin perubahan politik di Sabah kini lebih menyebelahi Barisan Nasional (BN) berbanding pilihan raya umum 2008.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata keyakinan itu berasaskan prestasi kepimpinan cemerlang BN sama ada di peringkat negeri dan persekutuan yang kesannya dapat dirasai semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

“Kepimpinan BN sekarang ini benar-benar ingin berkhidmat dan berusaha bersungguh-sungguh dengan perancangan begitu teratur dan jelas. Lebih-lebih lagi dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang telah mempunyai pendekatan begitu jelas dan baik.

“Pendekatan (Najib) itu bukan sahaja begitu jelas dan baik tetapi tindakan-tindakannya juga menunjukkan segala perancangan yang terperinci itu dilaksana. Kita semua sedia maklum cara perdana menteri dan anggota kabinet bekerja tidak henti-henti dan menekankan segala usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat.

“Semua lapisan masyarakat (menikmati hasilnya), bukan sahaja secara menyeluruh tetapi dengan lebih terperinci,” katanya  selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di sini, Rabu.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah KDRM Datuk Seri Khazali Ahmad.

Pairin berkata berasaskan kepada pretasi cemerlang kepimpinan kerajaan B Nhari ini, rakyat Sabah perlu memberi peluang kepada kepimpinan sedia ada untuk meneruskan agendanya demi kemakmuran dan masa depan rakyat negeri itu.

Kepimpinan yang baik sekarang ini perlu diteruskan kerana ia memerlukan kesinambungan supaya hasilnya dapat dinikmati oleh masyarakat dan rakyat keseluruhannya, katanya.

Tawaran Mega Sebahagian Siri Pembohongan Pembangkang

Posted: 12 Dec 2012 02:29 AM PST

PARIT, 12 Dis – Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria menyifatkan tawaran mega yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang di Kerdau, Temerloh, baru-baru ini adalah satu lagi rentetan penipuan pembangkang dek kerana tertekan menghitung hari menjelang Pilihan Raya Umum (PRU ) ke 13.

Katanya, ini adalah sebahagian siri pembohongan pembangkang untuk terus memperdayakan rakyat.

"Sama seperti penipuan besar 16 September. Kita pasti tawaran ini tidak terhenti pada tawaran mega, jangan terkejut kalau selepas ini ada tawaran super mega.

"Mereka hanya nak kelirukan rakyat… Jadi untuk kelirukan rakyat mereka akan terus buat pembohongan… agenda mereka hanyalah nak tawan Putrajaya. Bukannya agenda membela nasib rakyat. Apa yang mereka janji dan tawarkan adalah sesuatu yang tidak berasas dan tidak akan ditunaikan. Mereka hanya putar belit apa yang telah kerajaan laksanakan dan kemudian mereka pula yang buat nama," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Nizar, pembangkang sebenarnya tercari-cari janji dan penipuan baru untuk diisi dalam slot jelajah mereka.

Pembangkang cuba membawa persepsi buruk kepada kerajaan kononnya mereka mampu melakukan jauh lebih baik daripada apa yang telah kerajaan lakukan termasuklah dari seri bajet dan pentadbiran.

"Ini semua adalah provokasi. Mereka cuba menanamkan provokasi melampau di kalangan rakyat jadi apabila mereka kalah nanti mereka akan tuduh kerajaan macam-macam. Maklumlah pilihan raya dah dekat…

"Saya cabar mereka terutamanya Pas, tak perlulah dengan tawaran mega tu tapi cuba masukkan hududd alam manifesto mereka… masukkan juga dalam buku jingga. Ini janji dulu tak tertunai, dah buat janji baru. Mereka ni hipokrit. Mereka tidak akan mampu menandingi segala janji yang telah dibuat dan ditunaikan oleh BN. Rakyat harus tolah pakatan pembangkang," tegasnya.

Antara tawaran itu adalah untuk menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga generasi kedua, ketiga Felda, serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

Selain itu menjanjikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya 5 peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak dan memberi perhatian dalam meningkatkan prasarana yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaik taraf jalan yang terbengkalai. – MediaUMNO

No Change To Gov’t Position Demanding Lynas Remove Residue Out Of Malaysia

Posted: 12 Dec 2012 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 12 – There will be no change to the government's position in demanding that Australian mining firm, Lynas Corporation, remove residue generated by its Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) in Kuantan out of Malaysia, according to a joint statement issued by four ministers.

The ministers are Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamed, Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Minister of Natural Resources and Environment Datuk Seri Douglas Unggah Embas and Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

They said that the Cabinet today reaffirmed the joint statement they had made on Dec 10 relating to the removal of the residue out of the country.

“Reiterating public health and safety as the highest priority, the government will ensure that all related government agencies closely monitor the operation of LAMP, especially on the handling and the management of the residue generated by it,” they said in the statement.

This is consistent with the conditions stated in the Temporary Operating Licence (TOL).

In their earlier statement, the ministers said the obligation imposed on Lynas in this matter is very clear, and that the government would not compromise the health and safety of the people and the environment in dealing with the issue of Lynas.

Akta Perlindungan Data Peribadi Akan Berkuatkuasa 1 Januari

Posted: 12 Dec 2012 02:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis - Akta Perlindungan Data Peribadi, yang bertujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersil, akan berkuatkuasa 1 Januari, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata akta itu, yang diluluskan Parlimen pada 2010, akan memainkan peranan penting dalam melindungi kepentingan individu, dan menjadikannya satu kesalahan bagi entiti korporat atau individu untuk menjual maklumat peribadi atau membenarkan penggunaan data oleh pihak ketiga.

Banyak pihak, katanya, merasakan penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya memandangkan ia akan memudahkan pemindahan dan penghantaran maklumat peribadi serta maklumat yang amat penting dengan lancar.

“Ia memberikan orang ramai lebih banyak kawalan terhadap data peribadi mereka. Apabila persetujuan diperlukan untuk pemprosesan data, ia diberi dengan jelas dan bukannya secara tersirat atau rekaan,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Tahunan Kedua Perlindungan Data Peribadi di sini, Rabu.

Beliau berkata organisasi, dari satu sudut, perlu memulakan amalan audit data peribadi secara berterusan untuk memastikan ia mematuhi undang-undang kerana mereka kini berhadapan dengan tanggungjawab yang semakin banyak dan akauntabiliti dalam pemprosesan data peribadi yang didedahkan kepada mereka.

Salang berkata untuk mentadbir undang-undang itu, Jabatan Perlindungan Data Peribadi ditubuh pada 16 Mei 2011.Beliau berkata akta itu adalah sama dengan perundangan untuk melindungi data peribadi yang digunapakai di negara lain seperti Hong Kong, New Zealand, Kanada dan Kesatuan Eropah.

Salang berkata di bawah akta itu, mereka yang didapati besalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM300,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai agar lebih berhati-hati mengenai maklumat yang dikongsi dalam talian, terutama di aplikasi media sosial.

“Ia adalah satu ‘open window’ kepada kehidupan kita yang memudahkan mereka yang berniat jahat untuk mendapat maklumat dan menggunakannya bagi kepentingan diri sendiri,” katanya.

DAP Pecah Tembelang, Akui Pakatan Pembangkang Gagal Di Selangor

Posted: 12 Dec 2012 01:58 AM PST

Ketika Pakatan Pembngkang menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalinya sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Pembangkang Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik dihidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Pembangkang muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah ‘harapan baru’ yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter  individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.

Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor yang sudah berpindah milik.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor yang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Pembangkang.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Pembangkang yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Pembangkang telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yang dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru di bawah Pakatan Pembangkang.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Pembangkang akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Pembangkang juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM1,500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bay-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak?

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?

Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Pembangkang?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.

Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.

Mr Beruang Biru

Fitnah Jadi Umpan, Talian Hayat Pembangkang Untuk Tagih Undi

Posted: 12 Dec 2012 01:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas puak-puak yang tidak bertanggungjawab khususnya pembangkang yang terus melontar fitnah kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

"Kita tahu bahawa mereka ini tidak ada isu dan mereka akan mencari perkara-perkara yang boleh dijadikan bahan untuk mengelirukan rakyat kerana mereka mahu meraih undi," katanya yang juga Setiausaha Agung BN.

Dalam hal ini beliau menyorot insiden baru-baru ini apabila pembangkang membuat cerita kononnya 300,000 orang India tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran yang sah sedangkan kerajaan telah menyediakan program bahawa sesiapa saja yang tidak mempunyai dokumen terbabit boleh membuat laporan atau memaklumkan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

"Hasil laporan sebenar hanyalah 9,000 orang shaja. Inilah masalah mereka ini yang membuat pembohongan, membuat janji dan akhirnya janji mereka tidak ditepati sebagaimana Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Mereka ini tidak bertanggungjawab," tegasnya.

Tohmahan dan fitnah pembangkang juga turut dilemparkan kepada isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor apabila buku berkaitan biografi beliau dilancarkan.

"Mereka sudah mula mecemuh dan mengata sedangkan biografi ini menjawab segala tohmahan-tohmahan yang dibuat.

"Mereka ini akan mencari bermacam-macam helah untuk meraih sokongan dan saya berkeyakinan bahawa macam-macam lagi tuduhan yang akan keluar yang mana ia tak masuk dek akal pun."

Justeru beliau mengajak rakyat agar tidak lupa bagaimana puak-puak tersebut menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terlibat dalam kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan memaparkan gambar Perdana Menteri makan semeja dengannya tetapi akhirnya Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri telah mengaku bahawa ia terhasil daripada teknik superimpose .

"Mereka sanggup berbuat demikian untuk memperlihatkan bahawa ia adalah benar sedangkan keadaan tersebut tidak pernah berlaku. Inilah masalah yang akan mereka bangkitkan dan akan terus dilaksanakan sedemikian iaitu melemparkan fitnah terhadap kita.

"Kita lihat bagaimana tingkah mereka yang memasang bendera dimerata-rata tempat, dari tahun 2004, 2008, ketika kita masih berkerajaan di negeri-negeri tadbiran mereka sekarang pun kita tidak pernah membuat kerenah atau melempar onar namun apabila kita menaikkan bendera parti kita maka mereka turunkan bendera kita sesuka hati.

"Mereka juga memasang poster-poster yang mengajak rakyat mengundi mereka sedangkan ia bukanlah dalam musim pilihan raya pun walhal sewajarnya apa yang mahu dilakukan agar berpaksikan kepada undang-undang kerana negara kita ada perundangan dan peraturan dan jangan lakukan sebaliknya."

Tegasnya lagi, macam-macam perkara telah diheret oleh pakatan pembangkang dalam kancah politik dengan dijadikan isu sebagaimana isu Lynas dan isu AES sedangkan ia adalah untuk memastikan rakyat berubah kepada keadaan lebih baik, berdisiplin dan ikut peraturan.

"Mereka politikkan juga AES dengan pelbagai tuduhan sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan. Kerajaan membawa perubahan untuk kebaikan jadi janganlah kita guna apa yang kerajaan laksanakan sebagai bahan politik dan dijadikan sebagai satu kesempatan.

"Begitu juga keadaannya apabila kerajaan menetapkan untuk tidak membenarkan demonstrasi jalanan sebaliknya dibenarkan berkumpul atau menyuarakan pendapat ditempat-tempat tertentu tetapi pembangkang melakukan juga demonstrasi jalanan kerana mahu melihat keadaan kucar-kacir."

Ujarnya, tingkah pembangkang cuba mengikut negara-negara barat atau Timur Tengah dengan kononnya boleh menukar kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

"Kita ada cara, jika mahu mengambil alih kerajaan maka lakukanlah dengan pilihan raya. Tiap-tiap lima tahun kita ada pilihan raya tetapi mereka menuduh pula bahawa pilihan raya yang diadakan tidak telus."

Soalnya, jika ianya benar tidak telus bagaimana Pas boleh berkerajaan di Kelantan selama 22 tahun, bagaimana boleh ada 82 orang wakil rakyat dari pakatan pembangkang di Parlimen, bagaimana pakatan pembangkang boleh menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor?

"Kalau pilihan raya tidak telus maka sudah pastilah mereka tidak akan menang. Sekarang ini mereka buat helah lagi dengan menuding jari mengatakan bahawa mereka kalah bukan kerana rakyat tidak mahu dengan didakwanya berlaku penipuan. Yakinlah, BN tidak pernah menipu sesiapa. Yang menipu adalah mereka dan bukan kita."

Tambahnya lagi, taktik tersebut akan berlarutan dengan pelbagai perkara lagi akan dibuat.

"Orang dah tahu pembohongan mereka dan mereka tidak dipercayai lantaran permainan politik yang tidak bertanggungjawab.

"Ingatlah, undi mereka akan membawa bahana kepada negara kita sedangkan undi BN akan membawa kita ke hadapan. BN telah buat pelbagai perubahan, ISA dimansuhkan, perubahan kepada badan keselamatan dan pelbagai tindakan dibuat selaras dengan kehendak rakyat. Janji BN selalu ditepati dan tidak terbawa-bawa dengan kelakuan mereka sehinggakan mereka anggap manifesto bukan lagi janji," tegasnya. – MediaUMNO

Hasrat PM Palestin Untuk Jumpa Najib Satu Pengiktrafan Besar Terhadap Malaysia

Posted: 12 Dec 2012 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Dis – Majlis Belia Malaysia hari ini melihat hasrat Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan pengiktirafan terhadap usaha yang telah digerakkan oleh Malaysia berhubung isu yang berlaku di negara berkenaan.

Presidennya Mohamed Maliki Mohd Rapiee berkata hakikat tersebut menggambarkan kepada dunia bahawa Malaysia yang cukup konsisten dalam isu yang berlaku di Palestin hari ini yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau dalam keadaan sesetengah pihak memperlekehkan usaha yang digerakkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam soal berkenaan, hasrat Ismail Haniyeh yang juga pemimpin Hamas itu adalah satu lagi pengiktirafan kepada Malaysia.

"Saya melihat ianya satu pengiktirafan kepada Datuk Seri Najib dan negara secara menyeluruh yang mana telah menggerakkan pendirian Malaysia dalam isu Palestin hari ini.

"Konsistensi Malaysia dalam isu Palestin cukup terserlah…Ianya merangkumi soal hak asasi serta kemanusiaan dan bukannya soal agama semata-mata. Inilah yang kita perlu banggakan.

"Selagi bumi Palestin tidak tertegak dan dimerdekakan saya percaya semua pihak dan seluruh dunia perlu ada solidariti dalam isu Palestin ini," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyatakan hasratnya untuk bersolat dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sokongan dan doa rakyat Malaysia kepada Palestin diharap akan terus mengukuhkan hubungan dan ikatan kedua-dua negara.

Ismail yang juga pemimpin Hamas berkata, hubungan akrab dengan Malaysia itu dapat diterjemahkan dalam pertemuan sempena menyambut Hari Hamas ke-25 baru-baru ini apabila bendera Malaysia berkibar megah.

Maliki seterusnya menambah pihaknya juga cukup konsisten dalam isu berkenaan dan seluruh rakyat negara ini perlu bersatu padu dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas.

"MBM sendiri cukup konsisten yang mana bukan sahaja seiring dan senada dengan apa yang digerakkan oleh Malaysia malah turut mengambil beberapa inisiatif dalam soal Paletin.

"Malah sebelum ini pun kita telah mengutus surat kepada semua kedutaaan asing di negara ini untuk memberikan undi kepada Palestin sebagai negara pemerhati baru-baru ini. Insyaallah banyak lagi usaha yang akan kita gerakkan dalam membantu rakyat Palestin sehingga tertegaknya bumi Palestin yang merdeka," katanya. -MediaUMNO

Pengundi Kaum India Tidak Lagi Mudah Diperdaya Pembangkang Pada PRU 13

Posted: 12 Dec 2012 01:16 AM PST

SEREMBAN, 12 Dis – Pembangkang dilihat makin gusar dan panik dengan peralihan sokongan pengundi India terhadap Barisan Nasional (BN) sehingga terpaksa merekacipta pelbagai fitnah untuk meraih semula kepercayaan pengundi kaum berkenaan.

Pengerusi Sekretariat Pemuda BN dan 1Malaysia, Mohd Faizal Ramly berkata kegusaran itu dapat dilihat berdasarkan modus operandi mereka yang mencipta pelbagai dakyah dan pembohongan khususnya berhubung isu kerakyatan kaum berkenaan yang ditempelak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu.

Menurut beliau amat jelas sekali hari ini pembangkang sedaya upaya cuba memastikan sokongan tersebut tidak memihak kepada BN, namun usaha mereka itu bolehlah dianggap sia-sia sahaja kerana jelas setelah lebih empat tahun pilihanraya umum ke 12 berlalu masyarakat India hanya diberikan janji-janji kosong semata-mata.

"Kerajaan yang ditunjangi BN bersifat adil kepada semua…Apa sahaja masalah yang berbangkit diselesaikan dan diberikan perhatian serius. Kita percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri memberikan komitmen ke arah itu.

"Kita penuh yakin apa jua perancangan dan apa jua yang dibuat oleh kerajaan adalah dengan nawaitu yang ikhlas iaitu untuk membantu rakyat dan bukannya bersifat politik. Keikhlasan itulah yang menjadi 'touch point' kepada masyarakat India untuk bersama dengan BN," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad lalu menempelak dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia.

Mendedahkan demikian, Najib berkata selepas diperiksa, didapati dakwaan itu tidak benar kerana hanya terdapat 9,000 kes dengan 50 peratus kes telah selesai dan diberi status kerakyatan.

Mengulas lebih lanjut, Mohd Faizal yang juga Ketua Pemuda UMNO Teluk Kemang seterusnya menambah fitnah dan menyebarkan dakyah yang tidak berasas adalah kerja dan perangai parti pembangkang seperti diumpamakan makanan harian bagi pembangkang untuk menagih undi.

"Saya rasa semua orang dah bercakap soal ini dan saya penuh yakin sebilangan besar masyarakat pun tahu dakyah yang disebarkan itu. Cuba kita lihat satu persatu.Bukan sahaja dalam isu ini mereka sebarkan dakyah malah dalam isu lain.

"Isu Felda…apa lagi..isu Kapal Selam dan banyak lagi yang dipolitikkan. Sebab itu kita percaya masyarakat India pun tidak akan ambil peduli soal berkenaan kerana mereka telah dapat melihat dan merasai sendiri keprihatinan kerajaan yang ditunjangi BN hari ini," katanya. -MediaUMNO

Ketua Cawangan Dan Bahagian UMNO Perlu Beri Sokongan Penuh Kepada Calon BN

Posted: 12 Dec 2012 12:25 AM PST

KEPALA BATAS, 12 Dis – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata semua ketua cawangan dan ketua bahagian UMNO di seluruh Negara perlu memberi sokongan sepenuhnya kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih parti untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata ini berikutan ketua cawangan dan ketua bahagian merupakan orang penting dalam parti untuk menjayakan matlamat Barisan Nasional (BN) untuk memperoleh kemenangan dua pertiga pada PRU-13.

Katanya beliau percaya calon yang akan dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN merupakan yang terbaik dan semua anggota UMNO perlu bersatu menyokong agar calon berkenaan menang.

“Ketua cawangan dan ketua bahagian perlu menyokong calon yang dipilih kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan rakyat dan bila mereka member sokongan sudah pasti yang lain akan ikut,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan pakaian seragam sekolah oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 25 pelajar dari kawasan Kepala Batas menerima bantuan pakaian dan kelengkapan persekolahan bernilai RM120. Turut hadir Pengerusi Perda Datuk Azhar Ibrahim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Penaga dan Pengurus Besar Perda Saringat Hassan.

Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas berkata beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas akan berusaha memastikan calon-calon yang bertanding di kawasan itu menang besar kelak.

Mengenai pengumuman Najib berhubung pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang pada Sabtu lepas, beliau berharap pembinaan rumah berkenaan  dipercepatkan kerana projek itu penting untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT