SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, December 6, 2012

UMNO Online - “Jenain Apologies To Aminulrasyid’s Family” plus 9 more

UMNO Online - “Jenain Apologies To Aminulrasyid’s Family” plus 9 more

Link to UMNO Online

Jenain Apologies To Aminulrasyid’s Family

Posted: 05 Dec 2012 03:51 AM PST

SHAH ALAM, Dec 5 — Even though, the High Court here today freed him from the charge of causing the death of Aminulrasyid Amzah two years ago, Corporal Jenain Subi humbly apologised to the teenager’s family.

“I would like to apologise to the family of Aminulrasyid on what happened,” he said when met by reporters outside the court.

Jenain, who was accompanied by his counsel, M.Athimulan, Salim Bashir and Halim Ashgar Mohd Hilmi, said the decision of the court proved he was not guilty.

“Alhamdulillah…it was God’s will and I have all this while submitted myself to Him. Today it has been proven who is guilty and who is not and in the end I received the proper justice,” he said while sobbing uncontrollably.

Earlier, Justice Datuk Abdul Rahman Sebli made the decision to release Jenain from the charge after receiving an appeal by the police personnel against his conviction and five years’ jail sentence by the Session Court, here last September.

Moments after the judge read his verdict, Jenain, who was wearing a shirt and white skullcap, cried and smiled. His wife and a daughter in the public gallery also shed tears of joy.

He had served as a court policeman and was congratulated by several police personnel present to give him moral support.

Jenain, 49, at the time of the incident, was attached to the Patrol Car Unit of the Shah Alam District police head office, was charged for causing the death of Aminulrasyid, 15 between 1.10 am and 2 am, on April 26 2010 at Jalan Tarian 11/2, Section 11 here.

The charge under Section 304 of the Penal Code provided a jail sentence of 30 years and possibly a fine.

Aminulrasyid was confirmed dead from a gunshot wound on the head.

When asked if he would continue his service in the police force, Jenain who was suspended from duty said the incident did not break his spirit to continue working as a policeman.

“I will continue serving the police force and government,” said the father of four children who has been serving the police for 25 years.

Meanwhile, Aminulrasyid’s mother, Norsiah Mohamad, 62 said her family was not happy with the decision of the High Court in freeing Jenain from the charge of causing the death of her son.

She said her family would discuss with the lawyer for a review of the decision.

“In the earlier decision, the accused had already received a light sentence of five years’ jail and now in the appeal decision, the accused has been freed of the offence.

“As the mother, I want a commensurate punishment meted out against the accused because my son was not a criminal, he only did not have a driving licence in the incident,” she said when met by reporters at her house in Section 11, here today.

Norsiah said she only got to know the decision on Jenain’s acquittal after being told by her eldest daughter Nor Azura, 42, who read the news on the internet.

She said her family could not be present in court to hear the decision as all her children were busy working and could only pray in the house that the policeman received an appropriate punishment.

“Nonetheless, I am shocked and aggrieved by the decision. I am very sad as the death of my son did not receive the appropriate defence,” she said.

UMNO Bukan Rasis, Perkongsian Kuasa Jadi Keutamaan

Posted: 05 Dec 2012 03:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis. – Biarpun UMNO adalah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu namun pada dasarnya ia tidak pernah rasis dalam mengusaha atau melaksanakan apa jua keputusan, kata Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

Katanya, sejak dari awal penubuhan UMNO hinggalah kepada tuntutan dalam memperjuangkan kemerdekaan telah terbukti bahawa parti ini tidak pernah membelakangkan mana-mana rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum.

"Apabila mendapat kuasa, UMNO bersedia untuk berkongsi kuasa yang ada dengan kaum-kaum lain sebagaimana apabila cadangan kemerdekaan Tanah Melayu yang dilaksanakan melalui usaha kebersamaan dalam UMNO, MCA dan MIC walhal ketika itu UMNO boleh berdiri sendiri," katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, walaupun telah nyata dan terkandung dalam perlembagaan parti bahawa UMNO adalah pertubuhan Kebangsaan Melayu namun pada masa yang sama ia tidak pernah membelakangkan bangsa lain.

"Telah jelas dalam kompenan Barisan Nasional (BN) bahawa UMNO adalah parti yang terbesar tetapi atas semangat perkongsian dan permuafakatan bersama maka segala keputusan dilaksanakan secara konsensus dan kedudukan kaum-kaum lain turut dijaga serta tidak pernah dipinggirkan."

Katanya, sebagai bangsa Melayu yang mempunyai hak keistimewaan sebagaimana yang terpatri dalam Perlembagaan Persekutuan, UMNO tidak pernah bersifat gah atau angkuh sebaliknya keistimewaan kaum-kaum lain turut dipelihara.

"Bukan hanya bangsa Melayu yang dipelihara dalam UMNO tetapi bangsa lain turut mendapat manfaatnya dengan hak keistimewaan mereka juga diutamakan sebagaimana kaum Cina yang diperkasakan melalui penguasaan bahasa ibunda mereka dan budaya yang menjadi warisan mereka juga dapat diamalkan secara terbuka.

"Lebih dari itu, sistem pendidikan bagi bangsa Cina dan India juga turut mendapat bantuan dari kerajaan walhal keadaan tersebut tidak pernah berlaku pada mana-mana negara dengan kerajaan hanya akan memberi pengiktirafan kepada sekolah aliran kebangsaan sahaja."

Beliau juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang melabel UMNO sebagai parti perkauman kerana biarpun ia adalah atas nama Melayu tetapi setiap dasar dan program yang dilaksanakan adalah atas teras kesatuan dalam kepelbagaian yang melibatkan kepentingan kaum-kaum lain juga.

"Dasar yang dilaksanakan oleh UMNO bersama-sama BN adalah atas keutamaan semua kaum tanpa ada yang berkepentingan pun walhal dalam pakatan pembangkang ianya telah jelas sebagaimana DAP yang lebih mengutamakan satu kaum saja dengan kaum-kaum lain dinafikan," katanya yang merujuk kepada pentadbiran DAP di Pulau Pinang sehinggakan banyak peniaga Melayu merintih selain kaum India juga dinafikan.

Tambahnya lagi, UMNO sentiasa mengutamakan perkongsian kuasa tanpa ada rasa cemburu kepada pihak lain termasuklah kedudukan ekonomi walaupun ternyata bangsa Melayu masih jauh ketinggalan.

"Secara jelas kita melihat bahawa kedudukan ekonomi dikuasai oleh kaum lain tetapi ia tidak pernah dihalang atau ditentang oleh bangsa Melayu sebaliknya persaingan secara sihat dibuat agar wujud keseimbangan dalam semua aspek," tegasnya lagi. - MediaUMNO

Jasa Terbesar Pas Memecah Belahkan Ummah

Posted: 05 Dec 2012 03:34 AM PST

“Dalam ucapan pemimpin UMNO (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini. Apakah UMNO sahaja yang berjasa? semacam UMNO sahaja yang berjasa.”

“Pas di Kelantan pun banyak jasa,” itu kata Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan yang paling banyak menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.

Nik Aziz yang baru sahaja sedikit sihat selepas terkena serangan jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari membuka mulut apabila Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak bercakap perihal jasa dan khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.

Marah benar Nik Aziz bila jasa dan bakti UMNO menjadi sebutan ramai, tambah membara kemarahannya bila sekelumit zarah pun orang ramai tak berminat memperkatakan jasa Pas untuk agama, bangsa dan negara.

Nak buat macam mana? Dulu hingga sekarang rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu Islam sudah lama tercari-cari apa bagusnya Pas berbanding UMNO, namun tak ketemui kecuali yang banyak kelihatan ialah ceramah politik sambil meminta derma dari rakyat, itu sahaja.

Hakikatnya bila dihitung jasa UMNO & BN jika dibanding dengan jasa Pas, memang jauh langit dengan bumi. Bermula dari hal-hal memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah memartabatkan Islam, semuanya datang dari usaha UMNO.

Hatta dalam bab mengangkat imej dan maruah sukan bolasepak Kelantan pun terhasil dari daya usaha UMNO dan pemimpinnya, nak harapkan Nik Aziz dan Pas jenuhlah siang malam dihidangkan dengan ceramah politik saja, mana mahunya ada kemajuan.

Namun tak dinafikan, Pas di Kelantan pun ada juga jasanya misalnya dalam hal-hal menyemarakkan perpecahan orang Melayu Islam sama ada di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar.

Jasa sebegini memang sudah terbukti tak dapat ditandingi UMNO, bukan sahaja kerana UMNO tidak berminat mempraktikkannya malah juga kerana hal-hal perpecahan ini sudah mutlak milik Pas.

Lahirnya Pas itu sendiri hasil dari memecah belahkan perpaduan ummah dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan orang Melayu Islam sedang di saat genting memperjuangkan kemerdekaan.

Lahirnya Pas itu sendiri hasil dari memecah belahkan perpaduan ummah dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan orang Melayu Islam sedang di saat genting memperjuangkan kemerdekaan.

Dek kerana sikap pemimpin Pas yang kemaruk mengejar kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan di tangan Tunku Abdul Rahman sewaktu pemilihan Yang Dipertua UMNO (Presiden), akhirnya pemimpin Pas mengambil keputusan keluar dari parti dan menubuhkan Pas pada 1951.

Alasan yang berselindung disebalik perjuangan Islam digunapakai untuk melemahkan kekuatan UMNO, maka gembiralah penjajah British dengan kewujudan Pas kerana percaya dengan adanya Pas bakal melambatkan proses kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu Islam.

Pemimpin Pas ketika itu tanpa mengambil kira masa depan orang Melayu Islam telah menyebarkan fahaman “apa guna negara merdeka jika sebatang jarum pun orang Melayu tidak reti buat,” dalam usaha mereka untuk memperlekehkan perjuangan kemerdekaan yang dituntut oleh UMNO.

Alhamdulillah, niat jahat British yang mengambil kesempatan dari kewujudan Pas tidak menjadi kenyataan, jika tidak sekarang ini kita mungkin masih lagi menjadi sebahagian dari jajahan British ataupun sudah termasuk dalam jajahan Melayu Raya Indonesia yang berpegang pada fahaman sekular pancasila.

Selepas negara kita merdeka Pas sepertinya tidak berpuas hati lagi, berikutan itu disebarkan pula fatwa karut politik konon sesiapa saja yang menyokong Perikatan (UMNO, MCA & MIC) hukumnya kafir, impaknya menyebabkan banyak ikatan persaudaraan antara orang Islam tergugat.

Hari ini Pas yang merupakan sebahagian dari pakatan pembangkang sibuk pula mahu menjatuhkan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO konon atas nama membanteras kezaliman. Walhal selama Pas bersama Pakatan Rakyat, segala kesucian Islam dan hak orang Melayu hampir ranap dikerjakan dek kerana terikut kehendak DAP.

Kalimah suci Allah s.w.t diperdagangkan untuk undi orang Kristian, akidah Islam digadai konon atas nama kebebasan agama manakala beribu ekar tanah di Kelantan pula kini diserah milik untuk kepentingan kroni terutama Cina DAP dan Cina Singapura.

Dan kini Pas melalui adik Nik Aziz yang bernama Nik Razi pula mempropagandakan doa politik meminta Allah s.w.t menghancurkan saudara seagama dalam UMNO dihancurkan sama seperti Namrud dan Firaun.

Sahihlah nawaitu kewujudan Pas atas muka bumi ini lebih membawa kepada perpecahan sesama saudara seagama bernading menyeru kepada secara hikmah ke arah kesedaran dan perpaduan sesama Islam.

Langsung tak membawa manfaat untuk kepentingan Islam mahupun umatnya.

Justeru itu, diharapkan Nik Aziz usahlah terlalu marah atau berang tak ketepian bila jasa bakti Pas untuk kebaikan orang Melayu Islam amat jarang diperkatakan ramai.

Sekurang-kurangnya jasa dan trademark Pas sebagai pemecah belah ummah ramai juga orang ingat, tak begitu?

ManToba Akashah

Cadang Kaji Semula Undang-Undang Muflis Tepat Pada Masanya – Maicci

Posted: 05 Dec 2012 03:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Cadangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya undang-undang muflis dikaji semula, tepat pada masanya, kata Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia (MAICCI).

Presidennya Datuk K.K Eswaran berkata MAICCI mendapati majoriti mereka yangmenghadapi kesukaran akibat muflis kebiasaannya membabitkan penjamin dan bukanmereka yang berhutang.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata mereka, terutama usahawan, sewajarnya diberikan peluang yang adil bagi membersihkan nama berbanding dianggap sebagai bertanggungjawab akibat kegagalan peminjam utama menyelesaikan pinjaman masing-masing.

“Antara cadangan perubahan, termasuk dilepaskan daripada muflis oleh KetuaPengarah Insolvensi selepas dua tahun, bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan kecil atau mendapat pekerjaan bagi menyegerakan proses pelepasan danmenaikkan had minimum semasa daripada muflis daripada RM30,000 kepada RM50,000.

“Di kebanyakan negara maju, muflis dilepaskan selepas mereka melalui proseskecairan aset dalam tempoh masa paling cepat.

“Apabila pihak berkuasa berpuas hari bahawa mereka yang muflis menjalani khidmat kaunseling yang bersesuaian dan melakukan tugas pemulihan yang dicadangkan, mereka dilepaskan daripada liabiliti selanjutnya,” katanya.

Eswaran berkata tindakan itu perlu disokong sepenuhnya oleh institusi kewangan bagi mencapai objektif yang dihasratkan.

Manfaat Untuk Rakyat Dari Perhimpunan Agung UMNO 2012

Posted: 05 Dec 2012 03:20 AM PST

Salam 1Malaysia… Acap kali apabila Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) berlangsung banyak perkara dibahaskan dan pelbagai saranan dimajukan untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti.

Kebiasaannya sebahagian besar daripada usul atau saranan yang dibahaskan akan diaplikasikan dalam pentadbiran Kerajaan Pusat dalam tempoh terdekat atau selang masa tertentu selepas kajian lanjut di peringkat pentadbiran dilakukan.

Namun segala macam kebaikan dan manfaat dari PAU 2012 atau sebelumnya jarang mendapat perhatian ramai disebabkan fokus masing-masing lebih menjurus pada pendedahan dan kupasan isu-isu politik semasa.

Untuk itu, dikesempatan ini agak elok untuk kita sama-sama perhalusi pelbagai saranan bermanfaat dan faedah yang bakal diperolehi rakyat hasil dari kesepakatan yang dibincangkan semasa PAU 2012 yang baru sahaja selesai beberapa hari lepas.

1) Had pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dinaikkan dari RM50,000.00 kepada RM100,000.00 sebagai menghargai ketekunan dan kecekalan golongan wanita dalam bidang perniagaan.

2) Sebahagian daripada lebih 240,000 rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis atau bankrap bakal mendapat peluang kedua apabila Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967.

3) Briged Orang Kurang Upaya (OKU) ditubuhkan untuk membela nasib golongan tersebut serta sebagai pemudahcara dalam memperjuangkan kebajikan mereka dalam isu perumahan, pekerjaan dan latihan.

4) Cadangan menubuhkan Yayasan Tanah Wakaf 1Malaysia untuk menyeragamkan pentadbiran tanah wakaf di seluruh negara.

5) Saranan penubuhan Madrasah 1Malaysia yang di urus tadbir oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri dengan menumpukan pengajaran Al-Quran dan asas-asas agama Islam.

6) Mempraktikkan perubatan mukjizat al-Quran sebagai perubatan altenatif di hospital kerajaan.

7) Memperhebatkan program dakwah dan keagamaan melalui segenap media bagi mengubah persepsi buruk terhadap Islam serta meningkatkan pembabitan golongan agama dalam UMNO.

8) Pelan transformasi ekonomi wanita termasuk mewujudkan mempertingkatkan keberkesanan Teman 1Azam bagi membantu para pesertanya keluar dari kancah kemiskinan.

9) Menggesa persatuan yang terbabit langsung dengan golongan artis menegur dan lebih peka dengan penampilan segelintir artis.

10) Gesaan supaya GLC mempercepatkan penjualan anak syarikat yang tidak kritikal untuk dimajukan oleh usahawan Bumiputera yang berdaya saing dan berkemampuan.

11) Cadangan untuk menubuhkan pusat setempat sebagai pemudah cara serta memberi khidmat nasihat dalam bidang pembiayaan, pemasaran serta pengurusan syarikat.

12) Memperkasa dan menambah peruntukan untuk Skim Pinjaman Mikro termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi membantu usahawan kecil di luar bandar.

13) Cadangan menubuhkan Wakaf Korporat bagi menambah penyertaan pihak korporat sebagai instrumen baharu untuk menjana ekonomi negara.

14) Pengumuman penghantaran misi ke Gaza menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bermula 5 Disember 2012. Di masa yang sama sepanjang perhimpunan tersebut sejumlah RM44,270.80 wang derma Tabung Gaza berjaya dikutip.

15) Penubuhan institusi UMNO untuk memperkukuhkan pemahaman sejarah perjuangan parti.

16) cadangan membuka Kelab Francais di Universiti untuk membantu melahirkan usahawan baru.

Masih banyak lagi sebenarnya usul dan saranan yang dikemukakan dan dibincangkan sepanjang perhimpunan berlangsung, yang pastinya segala saranan dan usul tersebut membuktikan keprihatinan UMNO dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

Jelas jauh berbeda dengan penumpuan parti-parti pembangkang yang hanya terhad pada retorik dan matlamat politik kepartian semata-mata tanpa mengambil kira perihal kehidupan rakyat yang menuntut perhatian susulan.

Hj Alias Hussein, Setapak

Antara Perjuangan Palestin, UMNO Dan Pemimpin Tali Barut Israel

Posted: 05 Dec 2012 03:15 AM PST

Khamis lalu, bersamaan 28 September 2012, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah apabila memberi Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.

Pada  Undi Perhimpunan Agung PBB yang di adakan di ibu pejabat badan dunia itu di New York, sebanyak 138 negara menyokong Palestin manakala sembilan mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.

Pada hari itu Palestin melakar sejarah dalam perjuangan enam dekat untuk menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka daripada cengkaman Zionis-Yahudi.

Sudah tentu dua negara yang menentang dan paling marah terhadap keputusan yang mengejutkan itu adalah Amerika Syarikat dan negara satelit haramnya, Israel.

Dengan perasaan marah yang berkobar-kobar dan membakar, Israel lalu meluluskan pembinaan 3,000 lagi perumahan di wilayah Tebing Barat sebagai tindak balas.

Bukan sahaja Amerika Syarikat dan Israel marah akan keputusan PBB itu yang diadakan secara demokratik dan terbuka, tetapi ramai juga kuncu-kuncu mereka yang melenting dan terkejut akan tindakan negara-negara anggota PBB itu.

Mereka tidak sangka negara anggota PBB begitu berani menunjukkan sikap berlawanan dan bertentangan dengan kepentingan imperialis kedua-dua negara penindas itu.

Kuncu-kuncu dan talibarut mereka di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat hasil pengundian tersebut.

Antara kuncu paling tersohor Israel yang menyokong negara haram itu tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara Zionis-Yahudi Israel.

Sebenarnya apa yang disebut oleh bekas pemimpin Abim itu tidak mengejutkan kerana apabila mengimbau kembali sejarah perjuangan individu ini, sememangnya pihak Amerika Syarikat dan Israel telah menyediakan beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai agen mereka di kemudian hari kelak.

Untuk mengetahui topeng yang dipakai Anwar jangan melihat semasa negara dalam keadaan tenang dan aman tetapi amati tindakannya pada ketika negara dilanda krisis.

Contoh terdekat ialah tatkala ekonomi Malaysia diserang oleh penyagak matawang George Soros yang menyebabkan banyak negara di rantau ini hampir sahaja menyembah bumi.

Krisis kewangan 1998 memperlihatkan bagaimana Indonesia, Thailand serta Korea terpaksa tunduk kepada pembiayaan Tabung Kewangan Dunia (IMF) demi menyelamatkan ekonomi mereka.

Tetapi kos menerima bantuan IMF amat tinggi kerana yang terpaksa dikorbankan ialah kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat negara-negara itu.

Di Malaysia ketika itu, Anwar menjadi Menteri Kewangan dan beliau cuba untuk menerima pakai pendekatan yang sama yang dilakukan oleh IMF ke atas negara-negara Asia Tenggara yang lain.

 

Sementara Anwar bermati-matian untuk membawa IMF sebagai sang penyelamat, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang usaha dan niat jahat Menteri Kewangan itu.

Natijahnya Anwar terpelanting daripada takhta kuasa apabila dipecat daripada semua jawatan dalam pentadbiran dan juga parti.

Namun dendam membara untuk menjadikan Malaysia sebagai jajahan Barat masih kekal hidup dalam sanubari Anwar.

Sebab itulah apabila dipilih untuk mengetuai pakatan pembangkang pada 2008, beliau terus menunjukkan sikap terbuka menyokongnya terhadap Israel.

Pada setiap lawatan serta ceramah yang diberi di persidangan antarabangsa di luar negara, Anwar pasti tidak melepaskan peluang untuk berjumpa, bermesra dan berpeluk-pelukan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi yang menyokong Israel dan pada masa yang sama pembantaian ke atas Palestin.

Partinya juga mengambil sikap yang serupa walaupun tidak secara terang-terangan.

Hanya tiga hari selepas keputusan PBB itu barulah, PKR mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan badan dunia itu.

Mengapa PKR yang diterajui oleh Anwar mengambil masa yang lama untuk menyatakan sokongan yang sepatutnya datang secara sponton dan bukannya terhegeh-hegeh menunggu tempoh tiga hari.

Nampak sangat perasaan tidak ikhlas PKR apabila berdepan dengan perjuangan Palestin terutama apa-apa tindakan antarabangsa yang merugikan pihak Israel.

Sikap ini amat berlainan pula dengan UMNO yang sejak merdeka telah berdiri teguh di belakang perjuangan Palestin menentang Israel.

Malah Malaysia di bawah UMNO tidak pernah sedetik pun berfikir dua kali untuk menyokong apa jua yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Palestin.

Pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja berlalu, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa berselindung menyatakan impian Malaysia untuk muncul sebagai negara pertama di dunia untuk mewujudkan kedutaan di Baitul Muqaddis, ibu negara Palestin yang merdeka pada satu hari kelak.

Melangkah setapak ke hadapan, Perdana Menteri turut menawarkan pendekatan al-Wasatiyyah yang dipeloporinya sebagai tunggak kejayaan Malaysia membawa keamanan di wilayah Bangsamoro sebagai formula baru mencapai kedamaian dalam konflik Palestin-Israel termasuk di mana-mana sahaja kawasan persengketaan di dunia.

Begitulah hebat keberanian UMNO memperjuangkan nasib Palestin pada setiap kesempatan tanpa ragu-ragu dan was-was.

Adakah umat Islam di negara ini melihat yang sama ada pada diri Amwar.

 

Jika memberi kenyataan mengenai Palestin, sokongan yang diluarkan daripada mulut beliau amat terancang sekali takut kalau-kalau boleh menyinggung perasaan kawan-kawan Yahudinya di Washington dan London.

Apabila bercakap mengenai isu Palestin, pasti beliau akan juga menyentuh mengenai hak Israel untuk mendirikan negara haram di wilayah milik umat Islam yang dirampas pada tahun 1948.

Inilah juga individu yang bercita-cita tinggi untuk menjadi perdana menteri sejak sekian lama.

Selamatkah umat Islam jika Anwar menjadi perdana menteri malah selamatkah dasar pro-Palestin yang selama ini menjadi antara tunjang utama polisi luar Malaysia?

isuhot.com

Soalan Cepumas Najib, Mesej Jelas Agar UMNO Bersatu – Mohamad Hasan

Posted: 05 Dec 2012 02:34 AM PST

SEREMBAN, 5 Dis – Soalan cepumas yang dilontarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, jelas mengingatkan setiap anggota UMNO untuk mengelak daripada melakukan tindakan menjatuhkan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata soalan itu juga merupakan satu mesej agar anggota parti sentiasa mengambil iktibar daripada apa yang berlaku pada PRU 2008.

“Seperti yang kita tahu, pada pilihan raya yang lepas-lepas, 2008 terutamanya di Negeri Sembilan banyak kawasan yang kita kalah terutama di kawasan-kawasan bermasalah adalah disebabkan pertelingkahan dalaman dan sabotaj pemimpin-pemimpin yang tidak dipilih sebagai calon.

“Saya kerap menyatakan bahawa kita kalah bukan kerana pembangkang kuat, tapi kita kalah kerana tidak bersatu dan bertelingkah antara satu sama lain, jadi pesanan dan soalan cepumas yang disebut oleh Datuk Seri Najib itu memang tepat pada masanya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai soalan yang dilontarkan Najib iaitu “kalau anda tidak terpilih sebagai calon, adakah anda akan sokong sepenuhnya calon yang dipilih UMNO dan Barisan Nasional”, dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Sabtu lalu.

Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata soalan itu menggambarkan kerisauan Perdana Menteri mengenai unsur dan faktor dalaman parti berbanding kekuatan pembangkang yang masih boleh diatasi.

Justeru, katanya semua pemimpin dan anggota parti perlu akur dengan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan mengenai pemilihan calon yang akan bertanding dalam PRU-13 dan mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh menyebabkan calon tersebut kalah.

Beliau berkata mana-mana anggota yang mempunyai maklumat mengenai pihak yang cuba melakukan sabotaj atau perkara yang boleh menjatuhkan parti diminta membuat aduan kepada Jawatankuasa Khas UMNO untuk disiasat dan diambil tindakan.

Katanya menjelang PRU-13, sebarang aktiviti khianat atau sabotaj dalam parti perlu ditangani segera bagi mengelak kesan buruk kepada keputusan pilihan raya.

“Jika ada sebarang ‘putik-putik’ sabotaj itu tindakan awal perlu dibuat, semua orang boleh mengadu kepada Lembaga Disiplin parti, pihak pengurusan atau Umno Online, hantar sahaja aduan dan siasatan akan dibuat,” katanya.

BN Terengganu Sudah Berada Dalam Gear Lima Hadapi PRU 13

Posted: 05 Dec 2012 02:29 AM PST

KUALA TERENGGANU, 5 Dis – Semua jentera parti BN dan UMNO negeri Terengganu terutama peringkat bahagian dan negeri sudah lama bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 walaupun diadakan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Barisan Nasional Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Said berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU Ke -13 dengan menyusun semuanya termasuk daripada aspek gerak kerja peringkat cawangan, peti undi, DUN, bahagian dan negeri.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman seterusnya melahirkan keyakinan PRU kali ini masih milik Barisan Nasional cuma dari segi peratusannya tidak boleh jangka tetapi percaya majoriti dua pertiga akan dapat dikekalkan.

"Soal calon dan siapa yang akan dicalonkan, kita akan tahu apabila tiba masanya nanti, yang pasti semua senarai itu sudah dihantar kepada presiden parti awal tahun ini. Saya percaya sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat selepas beberapa agenda berjaya dilakukan dengan sempurna dan teratur.

"Banyak perubahan telah berlaku berbanding dahulu, , jika rakyat tidak berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan itu, dia dan pemimpin lain tidak tahu bagaimana lagi hendak memuaskan hati rakyat," katanya.

Anwar Usah Melalak, Demokrasi Dalam UMNO Terlalu Jauh Lebih Baik Dari PKR

Posted: 05 Dec 2012 02:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran untuk berhenti melalak dan mengkritik selain memperkecilkan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang baru berlalu.

Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor berkata, beliau (Anwar) sepatutnya malu kerana perjuangan UMNO hari ini jauh lebih baik dari zamannya dahulu dan terlalu jauh lebih baik amalan demokrasi berbanding PKR yang mengamalkan demokrasi dan agih anak-beranak dan kroni.

“Perhimpunan dan perjuangan UMNO hari ini lebih baik kerana tiada lagi pemimpin rakus kuasa seperti Anwar di dalam UMNO.

“Semasa Perhimpunan Agung UMNO zamannya, Anwar gunakan perhimpunan untuk agenda peribadi, naikkan namanya dan membenam pemimpin-pemimpon lain. Malah beliau atur sendiri perwakilan mana yang perlu dipilih berucap dan mengarang isi ucapan untuk tujuan tersebut," ujarnya yang juga merupakan mantan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim.

Terdahulu, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mendakwa Perhimpunan Agung UMNO merupakan sebuah platform UMNO untuk mempertahankan kuasa dan menyerang pembangkang.

Tambahnya, semasa beliau sebagai Setiausaha Politik, beliau sendiri yang diminta Anwar untuk mengatur agenda jahat beliau (Anwar). Semua arahan tersebut merupakan arahan langsung daripada Anwar sendiri.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Anwar agar menilai diri sendiri sebelum mengecam pihak lain.

Katanya, pembangkanglah yang sebenarnya membuat fitnah melalui ceramah dan platform hingga di peringkat antarabangsa untuk memecah-belah kaum di Malaysia. -MediaUMNO

Wanita BN Mahu Tindakan Tegas Perbuatan Kejam Ke Atas Warga Asing

Posted: 05 Dec 2012 02:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Wanita Barisan Nasional meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berhubung laporan pihak media membabitkan 105 orang pembantu rumah warga asing yang dikatakan didera serta perbuatan kejam terhadap mereka.

Pengerusi Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana kesannya bukan sahaja membabitkan pembantu rumah terbabit malah hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara asal pembantu rumah berkenaan.

"Wanita Barisan Nasional nak meminta semua pihak berkuasa untuk membuat penyiasatan secepat mungkin dan juga penyiasatan yang teliti untuk menentukan jika benar apa yang dilaporkan, tindakan mesti diambil pada pihak-pihak tertentu,

"Perkara ini perlu dipandang berat kerana melanggar undang-undang negara… bukan sahaja melanggar undang-undang negara malah mengundang satu permasalahan dipolomatik antara negara terbabit… walhal apa yang berlaku membabitkan satu dua agensi," katanya ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Wanita UMNO di ibu negara.

Sidang media itu bagi menyatakan rasa kesal Wanita Barisan Nasiona terhadap apa yang berlaku kepada 105 orang pembantu rumah yang dikatakan didera serta perbuatan kejam oleh agensi yang menguruskan kemasukan  mereka  ke negara ini seperti yang dilaporkan oleh pihak media.

Shahrizat berkata, berdasarkan daripada laporan yang disiarkan, agensi berkenaan didapati cuba berselindung dari mana-mana pihak, oleh itu mereka tidak mengambil berat isu kebajikan pembantu rumah terbabit sehingga sanggup melakukan perbuatan tidak berperi kemanusiaan.

Menurutnya terdapat peningkatan dalam kes serupa yang dilaporkan, oleh itu beliau mengesa agensi pembantu rumah supaya tidak melakukan perbuatan serupa seperti apa yang berlaku kerana bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah boleh menimbulkan konflik hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara terbabit.

Beliau berkata, apa yang berlaku itu akan memberikan imej buruk bukan sahaja kepada agensi terbabit malah turut membabitkan nama baik negara dan majikan, sedangkan majikan di negara ini adalah antara majikan yang terbaik dan diperakui oleh pembantu rumah yang bekerja di sini.

"Kalau majikan di negara ini tidak baik, masakan ramai pembantu rumah warga asing yang berpusu-pusu ingin bekerja di negara ini, tetapi disebabkan oleh perbuatan agensi berkenaan maka ia telah mencemar nama baik, dan agens-agensi berkenaan perlu di kawal selia bagi mengelak berulangnya peristiwa tidak diingini," katanya.

Laporan lanjut boleh diikuti di umno youtube

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT