SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, December 5, 2012

UMNO Online - “Dasar Berhemat Kerajaan Tarik Pelaburan Besar Ke Iskandar Malaysia – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Dasar Berhemat Kerajaan Tarik Pelaburan Besar Ke Iskandar Malaysia – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dasar Berhemat Kerajaan Tarik Pelaburan Besar Ke Iskandar Malaysia – Najib

Posted: 04 Dec 2012 05:25 AM PST

JOHOR BAHARU, 4 Dis – Iskandar Malaysia menarik RM99.79 bilion pelaburan sehingga suku ketiga tahun ini dan dijangka melepasi sasaran pelaburan bernilai RM100 bilion tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa.

Beliau berkata pelaburan kumulatif itu merupakan sumbangan ketara hasil daripada kecergasan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia, yang membawa manfaat sebenar kepada rakyat Johor.

Selain Iskandar Malaysia, katanya kerajaan negeri dan persekutuan juga membangunkan beberapa projek di Johor seperti projek minyak dan gas Pengerang, projek pelancongan dan resort Desaru, bandar Nusajaya serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, pembangunan Tanjung Bin di Pontian dan industri berat di Tanjung Langsat.

“Peluang pelaburan besar adalah hasil dasar ekonomi pragmatik dan berhemat kerajaan sedia ada yang bermatlamat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat,” kataNajib pada majlis bertukar-tukar dokumen jual beli tanah di Danga Bay antara Garden Danga Bay Sdn Bhd dan Iskandar Waterfront Sdn Bhd.

Country Garden dengan syarikat induknya, Country Garden Holdings Co Ltd, pemaju hartanah dari China, memperoleh 11 hektar tanah tebingan air utama di Danga Bay, membabitkan hampir RM1 bilion daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd.

Pembelian tanah itu adalah pelaburan pertama dan terbesar setakat ini oleh pelabur dari China dengan dalam kawasan pembangunan ‘A’ Iskandar Malaysia, yang merupakan projek pembangunan bersepadu, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM18 bilion.

Projek itu yang dimajukan dalam tiga peringkat, akan dimulakan dengan pembinaan rumah kelab mewah, menara komersil, gedung membeli-belah, kondominium mewah dan pangsapuri perkhidmatan.

Najib berkata projek itu merupakan undi kepercayaan terhadap Iskandar Malaysia, dan ekonomi Malaysia yang lebih luas.

Presiden dan pengarah Country Garden, Mo Bin berkata syarikat itu mendapati ekonomi Malaysia berkembang maju dan menganggap koridor pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia merupakan bukti semangat kerajaan untuk membangunkan dan memakmurkan negara.

Sambil memperakui pentingnya Iskandar Malaysia, syarikat itu mengambil langkah melengkapkan program pembangunan kerajaan dengan melabur di Danga Bay bagi melaksanakan projek bersepadu.

“Pembangunan Country Garden di Danga Bay ini merupakan projek unik dalam Iskandar Malaysia dan saya yakin ia dapat membantu menjayakan pembangunan ekonomi yang lebih tinggi dan memberi manfaat kepada kawasan sekeliling,” katanya.

Khidmat Peguam Percuma Untuk 8,000 Peserta Tuntut Pelaburan Emas

Posted: 04 Dec 2012 05:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda UMNO menyediakan 10 peguam kepada 8,000 pelabur, yang membuat pelaburan emas mereka melalui Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia), untuk menuntut kembali pelaburan mereka daripada syarikat terbabit.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda UMNO, Datuk Khairun Aseh berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan itu secara percuma dan meminta pelabur terbabit tampil memberikan keterangan mereka.

Beliau berkata 8,000 pelabur itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu mereka yang telah membayar duit kepada syarikat itu tetapi belum mendapat emas dan mereka yang menyerahkan emas kepada syarikat itu tetapi belum menerima bayaran.

“Kita akan membuat tuntutan kepada syarikat terbabit dan bukannya kepada Bank Negara Malaysia (BNM). Ini adalah tindakan sivil agar para pelabur dapat menerima pelaburan mereka dengan segera,” katanya elepas sejam bertemu dengan pegawai Unit Siasatan Khas BNM, di sini, Selasa.

Laporan awal perakaunan menunjukkan operasi Genneva Malaysia mengalami kerugian besar tahun ini dan mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

Mengenai pertemuan beliau dengan BNM, Khairun berkata beliau diberitahu siasatan pihak berkuasa berjalan dengan lancar dan menafikan ada orang kenamaan yang cuba mengganggu siasatan itu.

Perlombongan Pasir Tidak Terkawal Punca Utama Banjir Di Selangor

Posted: 04 Dec 2012 05:12 AM PST

DENGKIL, 4 Dis –  Perlombongan pasir secara berleluasa dan tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya banjir di beberapa kawasan di Selangor sejak kebelakangan ini, dakwa ahli Parlimen Sepang Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

“Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua sedia maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan.

“Sehingga kini pihak kerajaan negeri masih lagi tidak memberikan penyelesain konkrit terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor menyifatkan tuduhan kerajaan Pakatan kononnya ban sungai pecah disebabkan oleh aktiviti pertanian sebagai pembohongan besar dan tidak masuk akal.

Menurutnya kerajaan negeri gagal memantau operasi perlombongan pasir yang tidak terkawal di beberapa lokasi terutamanya di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang, selain semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan yang diterima oleh pembeli dalam pasaran juga tidak selari.

“Kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja. Tambah merungsingkan sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh,” jelasnya.

Beliau juga mahukan penjelasan kerajaan negeri berhubung hasil pasir yang tidak konsisten berbanding aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa.

Rakyat Yang Bijak Akan Tetap Pilih UMNO, BN – Rosnah

Posted: 04 Dec 2012 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Rakyat yang bijak akan tetap memilih UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini bukan kerana ia parti yang sempurna tetapi satu-satunya parti yang ikhlas dan tegas berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata UMNO dan BN juga sentiasa mendengar keluhan rakyat dan sentiasa memperbaiki diri serta parti demi kepentingan rakyat.

Justeru, katanya, adalah penting untuk UMNO dan BN sifar masalah termasuklah masalah dalaman kerana sekiranya ia tidak diatasi maka kesannya adalah dalam dan besar kerana kemungkinan besar Malaysia akan berubah lanskap sepenuhnya iaitu menjadi sebuah negara republik ataupun sebuah negara yang terlalu liberal.

“Apa pun masalah dalaman UMNO, hala tuju UMNO masih tetap, jati diri UMNO masih teguh dan pendirian UMNO masih utuh. Sedangkan pembangkang masih tercari-cari hala tuju, masih terpinga-pinga dengan jati diri dan masih terkial-kial memahami erti pendirian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata kesemua 13 parti BN perlu bergerak sebagai satu formasi yang teratur dan tersusun ke arah satu objektif iaitu kesepaduan dan kefahaman yang jitu agar BN sentiasa menjadi parti yang kuat dan tidak mungkin ditandingi pembangkang sekaligus mencapai kemenangan pada PRU nanti.

“Rakyat seharusnya sedar bahawa semboyan perang yang ditiup bukan sekadar semboyan perang merebut kuasa pilihan raya tetapi lebih dari itu, perang ini melibatkan survival bangsa dan kedaulatan negara.

“Mana tidaknya kerana pembangkang begitu jelas gemar bersekongkol dengan anasir-anasir luar yang punya kepentingan untuk menjajah Malaysia secara halus,” katanya. Beliau berkata rakyat harus sedar bahawa parti-parti pembangkang yang kononnya berpakat, masih tidak sepakat.

“Kalau ada pun kesepakatan di mereka hanyalah untuk memusnahkan negara melalui hasutan, tiupan semangat perkauman dan kebencian yang tidak membawa apa-apa kebaikan pun untuk rakyat,” katanya.

Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang

Posted: 04 Dec 2012 05:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 adalah antara tiga rang undang-undang yang diluluskan Dewan Negara hari ini.

Dua lagi ialah Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2012 yang bertujuan meningkatkan had umur daripada 55 tahun kepada 60 tahun bagi kelayakan mendapat pencen ilat dan penakat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012, berkata akta itu yang bertujuan membawa balik banduan rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara, hanya boleh dilaksana melalui hubungan bilateral kedua-dua negara yang bersetuju menandatangani perjanjian mengenainya.

“Sehingga kini, sebanyak 2,622 warga Malaysia termasuk 481 golongan wanita sedang dipenjarakan di 59 buah negara kerana pelbagai kesalahan termasuk dadah, kad kredit dan lain-lain.

“Secara keseluruhan, terdapat 99 buah negara di dunia melaksanakan system pemindahan antarabangsa banduan ini,” katanya.

Lee berkata di penjara luar negara, banduan dari Malaysia terpaksa menjalani hukuman pemenjaraan mengikut acuan program pemulihan negara asing yang berbeza dari segi budaya, agama dan bahasa.

“Berjauhan dengan keluarga sedikit sebanyak mempengaruhi proses pemulihan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat, oleh sebab itu ada keperluan Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata rang undang-undang itu juga membolehkan banduan warganegara asing dipindahkan ke negara asal.

“Statistik Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menunjukkan lebih 40,000 warganegara asing telah ditangkap dan didakwa pada setiap tahun kerana pelbagai kesalahan termasuk kesalahan di bawah Akta Imigresen dan kesalahan jenayah yang lain,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup ketika menggulung Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012, berkata akta itu dijangka dapat mengatasi masalah permohonan dan pendaftaran hak milik strata bagi bangunan lama yang diduduki sebelum 1996.

Rang Undang-undang ini merupakan penambahbaikan kepada Akta Hakmilik Strata 1985 yang dipinda sebanyak empat kali iaitu 1990, 1996, 2001 dan terakhir pada 2007, katanya.

Beliau berkata selama 27 tahun pelaksanaan akta berkenaan, pentadbiran tanah di seluruh negara berjaya mendaftarkan lebih 970,000 hak milik strata yang mengandungi lebih daripada 15,000 skim bangunan berbilang tingkat.

Persidangan dewan disambung esok.

Tender AES Dibuat Secara Telus – Ketua Pengarah JPJ

Posted: 04 Dec 2012 05:00 AM PST

PUTRAJAYA, 4 Dis – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan menegaskan pemilihan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaa Automatik (AES) dilakukan secara telus dan tidak tergesa-gesa.

Menurutnya keseluruhan proses mengambil masa hampir lapan tahun dan membabitkan banyak pihak sebelum AES dilaksana di 14 lokasi pada 23 September lalu.

Solah yang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas dakwaan antaranya pelaksanaan AES dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut tender, juga berkata pihaknya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menghantar pegawai kanan ke beberapa negara yang menggunakan teknologi itu pada 2005.

Antara negara terbabit ialah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat serta Switzerland dan hasil lawatan dimaklum kepada kerajaan pada Disember 2005, yang kemudiaannya bersetuju melaksanakan AES, katanya.

Kerajaan kemudian menubuhkan satu jawatankuasa pemandu untuk meneliti keperluan pengguna, kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu lima jawatankuasa kerja, katanya.

Menurut Solah, hasil laporan lawatan itu juga kerajaan pada 2006 bersetuju mempelawa sembilan syarikat yang menjadi peneraju pelaksanaan sistem AES untuk menyertai tender berkenaan.

Syarikat terbabit ialah Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. (ATES Sdn. Bhd.)(dengan robot dari Jerman); Beta Tegap Sdn. Bhd. (dengan Redlex dari Australia); TESS CAPITAL Sdn. Bhd (dengan Poltaich dari Australia); Tricubes Berhad (dengan SAGEM dari Perancis); Precision Hawk Eye (M) Sdn. Bhd. (dengan Sianco Traficco dari Sepanyol), Acropolis Avenue Sdn. Bhd. (dari China); Neza teguh Sdn. Bhd. (dengan Sensys dari Sweden); Tenix Solutions Pte. Ltd. (dengan Tenix dari Australia dan Hyundai Information Technology dari Korea.

Solah berkata daripada jumlah itu hanya Tenix Solutions Pte. Ltd. dan Hyundai Information Technology Co. Ltd tidak mengemukakan cadangan teknikal manakala tujuh mengemukakan cadangan teknikal melalui wakil syarikat tempatan masing-masing.

“Selepas penilaian teknikal, hanya enam daripada tujuh syarikat menyertai ujian ‘live demonstration’, manakala satu syarikat menarik diri. Ujian itu mengambil masa lebih sebulan di Putrajaya, Shah Alam dan Lebuhraya Guthrie pada Jun hingga Julai 2007.

“Ia melibatkan demonstrasi keupayaan sebenar sistem yang ditawarkan oleh pembekal teknologi dalam mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju, khususnya kadar pengesanan kesalahan dan ketepatan pengesanan,” katanya.

Solah berkata sebanyak 43 senario pelanggaran peraturan had laju dan lampu isyarat yang biasanya berlaku di jalan raya telah diuji dengan sebanyak 63,640 imej dikeluarkan hasil ujian berkenaan.

Katanya kriteria terpenting dan kritikal yang dinilai adalah imej yang dirakam mesti berupaya dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Daripada penilaian itu, Solah berkata hanya dua pembekal teknologi melepasi kelayakan teknikal oleh Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai antaranya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kehakiman, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Peguam Negara.

Dua syarikat itu ialah Redflex Traffic System Ptd. Ltd. yang diwakili oleh Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Robot Visual System yang diwakili oleh ATES Sdn. Bhd.

Solah berkata pada Februari 2008, kerajaan bersetuju dengan Laporan Penilaian Teknikal dan kedua-dua syarikat diminta mengemukakan cadangan kewangan.

“Selepas beberapa siri rundingan antara kerajaan dan syarikat, termasuk persetujuan formula bayaran fi perkhidmatan, kerajaan pada 9 Disember 2011 telah menandatangani perjanjian dengan kedua-dua syarikat.

“Ini bermakna pemilihan dan pelantikan kedua-dua syarikat dibuat melalui proses tender dan tidak dilakukan tergesa-gesa,” katanya.

Pakatan Pembangkang Satu Pakatan Penuh Syak Wasangka

Posted: 04 Dec 2012 03:32 AM PST

KUALA LUMPUR 4  Dis – Kerjasama di kalangan pakatan pembangkang anatara DAP, Pas dan PKR adalah sekadar untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan umum ke 13 nanti bukannya mempunyai satu ikatan kukuh seperti mana yang dimiliki oleh BN.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata ketiga-tiga parti itu sebenarnya mempunyai syak wasangka antara satu sama lain, ini terbukti apabila DAP bercadang untuk meletakkan calon Melayu pada pilihan raya akan datang.

"Macam mana pembangkang mengatakan diri mereka mempunyai persefahaman, apa yang cuba dilakukan oleh DAP itu jelas menunjukkan parti itu sebenarnya tidak mempercayai Pas dan calon Melayu daripada PKR, sebab itu DAP bercadang untuk meletak calon Melayu

"Di samping itu, tiadanya persefahaman di kalangan mereka boleh dilihat apabila memperjuangakan sesuatu isu, mereka lebih menjurus kepada suatu pihak atau kaum sahaja, Pas dengan retorik hududnya, manakala DAP lebih kepada kaum bukan Melayu," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan beberapa bekas pemimpin yang meninggalkan pakatan pembangkang bahawa ketiga-tiga parti itu tidak pernah mempercayai antara satu sama lain sejak dahulu, pembentukkan pakatan pembangkang hanyalah sekadar untuk menewaskan BN.

Anuar berkata, bukan sahaja di kalangan parti, malah Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim juga tidak pernah memperlihat keyakinannya terhadap pakatan pembangkang terutamanya Pas kerana bagi dirinya apa yang utama adalah untuk merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

"Jika Anwar ikhlas, sudah pasti beliau akan campur tangan jika ada sebarang kemelut yang berlaku di dalam pakatan pembangkang, tetapi apa yang dilihat beliau lebih berpihak kepada DAP berbanding Pas dalam beberapa isu.

"Pendedahan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa tiadanya keyakinan antara satu sama lain di dalam pakatan pembangkang membuktikan perkara itu bukanlah sesuatu yang baru, kesepakatan itu hanyalah untuk menewaskan Barisan Nasional," katanya.

Beliau turut menyatakan seorang  bekas ahli DAP, Tan Han Kuo  mendakwa DAP  tidak pernah mempercayai Pas, walaupun kedua-dua parti itu bekerjasama dalam pakatan pembangkang, matlamat utama kerjasama dengan Pas adalah untuk menawan Putrajaya dan permasalahan antara kedua parti itu akan diselesaikan apabila cita-cita pakatan pembangkang direalisasikan. -MediaUMNO

Pahang Tables Surplus Budget

Posted: 04 Dec 2012 03:11 AM PST

KUANTAN, Dec 4 – The Pahang state government today tabled a surplus budget after 10 years of experiencing balanced and deficit budgets.

Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob when tabling the 2013 Budget at the State Assembly sitting at Wisma Sri Pahang, here said the government’s 2013 revenue is projected to amount to RM736.90 million, comprising land and mining revenue at RM260 million, forestry (RM180 million), other revenue (RM190.4 million) and federal grant (RM106.5 million).

According to Adnan, the 2013 state budget also provided RM711.84 million allocation to implement all state government development programmes and plans.

He said from the allocation, RM604.77 million were for operating expenditure, RM61.72 million for development expenditure from state sources and RM45.35 million from federal government borrowings.

“The 2013 Budget shows a surplus of RM25.06 million,” he said.

Adnan said Pahang was still borrowing from the federal government to implement water supply projects in the state.

“This is because the state government continues to take the responsibility of providing clean water to the people in Pahang.

“The projects involved construction of water treatment plants to provide water to districts, programme to reduce non-revenue water loss and upgrading water intakes are still using allocation borrowed from the federal government,” he said.

He said the six main focus of the 2013 state budget were promoting economic and investment activities, strengthening infrastructure, empowering education and training, efficient public service delivery, aid for the people’s wellbeing, and special attention to the Orang Asli community.

Increase Road Tax For Large Engine Capacity Vehicles

Posted: 04 Dec 2012 03:05 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 4 – The government needs to increase the road tax on large engine capacity vehicles as a way to protect the average consumer, says Tengku Razaleigh Hamzah.

Speaking to reporters on the sidelines of the National Economic Outlook Conference 2013-2014,

The Member of Parliament for Gua Musang also suggested the facing out of the fuel subsidy which burdened the country in terms of large cash expenditure.

Earlier, in his speech, Razaleigh said:”We cannot live on cheap petrol forever. We can seek ways to remove the subsidy.

“We should pay higher road tax for bigger cars. At the appropriate time,  petrol subsidies themselves should gradually be removed.

“This structural fix should give the government the much-needed elbow room for its spending agenda,” said the former finance minister.

Simulasi Dakwat Kekal Untuk Pemimpin Parti Politik Di Selangor

Posted: 04 Dec 2012 02:37 AM PST

SHAH ALAM, 4 Dis –  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal bagi pemimpin parti-parti politik di Selangor.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Dzulkifli Ab. Rahman berkata, simulasiitu bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai penggunaan dakwat tersebut padapilihan raya umum kali ini.

“Proses ini memberikan kesempatan kepada pemimpin parti politik untuk melihat sendiri beberapa kemungkinan yang timbul berikutan penggunaan dakwat kekal untuk proses pengundian kelak,” katanya kepada pemberita pada majlis taklimat simulasi yang disampaikan Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah, di sini Selasa.

Penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan JawatankuasaPilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Mereka yang akan mengundi terlebih dahulu akan dicalit dakwat kekal di jari telunjuk kiri.

Ketua MIC Bahagian Kapar, T. Ganesan berkata simulasi tersebut tepat pada masanya bagi mengelak salah faham mengenai pengunaan dakwat kekal.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Parlimen Kapar berkata, simulasi itu turut menunjukkan komitmen SPR bagi menjalankan pilihan raya yang bersih dan telus.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT