SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 25, 2012

UMNO Online - “NGO Serah Batu Nisan Kepada Exco Hal Ehwal Agama P.Pinang, YDP MPPP Dan MAINPP” plus 9 more

UMNO Online - “NGO Serah Batu Nisan Kepada Exco Hal Ehwal Agama P.Pinang, YDP MPPP Dan MAINPP” plus 9 more

Link to UMNO Online

NGO Serah Batu Nisan Kepada Exco Hal Ehwal Agama P.Pinang, YDP MPPP Dan MAINPP

Posted: 24 Dec 2012 04:41 AM PST

GEORGE TOWN, 24 Dis – Lima puluh anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan batu nisan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk Patahiyah Ismail dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd Salleh Man.

Batu nisan itu yang diserahkan Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin, diterima seorang pegawai di pejabat ketiga-tiga pemimpin berkenaan di Tingkat 9 Menara UMNO, Jalan Macalister dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Mohd Rizuad berkata penyerahan batu nisan kepada ketiga-tiga pemimpin itu sebagai simbolik untuk memberi peringatan kepada mereka supaya menyelesaikan segera masalah Tanah Perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam di sini yang terjejas dipercayai diceroboh syarikat pemaju swasta.

“Hari ini tujuan kami datang ke sini sebab pejabat agama sampai hari ini tidak pernah datang menelefon mangsa. Ini adalah satu isu paling sensitif yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hari ini terjadi benda ini di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita.

Antara NGO yang terlibat dalam penyerahan batu nisan itu ialah Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) dan Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida).

Baru-baru ini, lebih 20 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam terjejas dipercayai diceroboh syarikat pemaju swasta yang menjalankan projek perumahan di kawasan bersebelahan.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati waris apabila kubur anggota keluarga mereka turut terjejas disebabkan pembangunan di situ.

Rizuad juga menggesa ketiga-tiga pemimpin itu untuk tampil dan turun padang melihat keadaan tanah perkuburan itu serta menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.

Sementara itu, seorang waris yang turut sama menyerahkan batu nisan itu, Noor Sham Mohd Amin, 54, melahirkan rasa kecewa dan marah apabila ketiga-tiga pemimpin itu tidak mahu bekerjasama menyelesaikan masalah itu.

“Kami minta pejabat agama jangan tidur saja. Serupa juga MPPP kalau nak buat bangunan, fikir-fikir la. Kalau ada kubur janganlah sampai nak buat rumah sampai celah-celah kubur tu, tempat lain banyak lagi,” katanya.

Pertahankan Keharmonian Dan Keamanan Negara – Muhyiddin

Posted: 24 Dec 2012 04:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini untuk terus mempertahankan dan menyemarakkan keharmonian serta keamanan yang dikecapi selama ini.

Beliau berkata keharmonian adalah prasyarat utama untuk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju, baik dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan sejak merdeka hingga ke hari ini.

Katanya kejayaan negara menempa kemajuan dan kemakmuran bersama bergantung kepada sejauh mana keharmonian yang dikecapi hari ini dapat terus disemarakkan.

“Lebih-lebih lagi, dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keharmonian yang dibina atas semangat kerjasama, perpaduan dan penerimaan antara masyarakat berbilang kaum dan agama adalah amat penting.

“Kita bersyukur kerana Malaysia hari ini sedang berada di landasan yang betul dalam perjalanan kita untuk menjadi sebuah negara maju,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Krismas di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata ekonomi negara berkembang pesat dengan mencatat pertumbuhan yang positif, walaupun iklim ekonomi dunia agak tidak menentu buat masa ini.

Beliau berkata pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi juga menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.

“Dengan perkembangan yang amat positif ini, kita yakin harapan dan cita-cita rakyat untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan menjadi kenyataan,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata kejayaan negara menempa kemajuan dan kemakmuran bersama bergantung kepada sejauh mana keharmonian yang dikecapi hari ini dapat terus disemarakkan.

“Kita bersyukur kerana di Malaysia, rakyat berbilang kaum dan agama dapat merayakan hari kebesaran agama masing-masing dalam suasana yang aman dan harmoni,” kata beliau.

Muhyiddin berkata ini terhasil daripada sikap saling hormat menghormati dan toleransi antara masyarakat berbilang kaum dan agama yang dibina sejak sekian lama.

“Ini adalah satu nikmat kurniaan Tuhan yang wajar kita hargai dan syukuri. Mudah-mudahan nikmat keharmonian ini akan dapat kita kecapi secara berkekalan,” katanya.

Sambil mengucapkan selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian, Muhyiddin juga mengajak seluruh rakyat agar saling kunjung mengunjungi atas semangat 1Malaysia dan meneruskan tradisi kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama yang antara lain dikenali menerusi perayaan masing-masing.

“Sesungguhnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk terus meneruskan keharmonian dengan mengamalkan toleransi sesama kaum,” katanya.

160 Pemilik Sawah Di Kota Belud Terima Insentif Pengurusan Berpusat NKEA

Posted: 24 Dec 2012 03:58 AM PST

KOTA BELUD, 24 Dis – Seramai 160 pemilik sawah di sini hari ini menerima insentif pengurusan berpusat Bidang Ekonomi Utama Negara (Pertanian) EPP 11 sebanyak RM809 seekar atau RM2,000 sehektar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, berkata matlamat EPP 11 Kota Belud, yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud, adalah untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi dan dilaksanakan secara berperingkat.

“Peringkat pertama disasarkan bermula pada minggu ketiga bulan depan dengan keluasan 800 hektar melibatkan seramai 762 pemilik sawah di Kampung Taun Gusi Kerajangan, Taun Gusi Padang dan Jawi-Jawi (di Kota Belud).

“Pelaksanaannya sehingga 2020 yang menyasarkan keluasan sebanyak 5,000 hektar,” katanya.

Yahya berkata kerajaan akan terus mencari kaedah dan pendekatan terbaik dan sesuai untuk membela nasib rakyat khususnya dalam meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka.

Rasuah Tanah Balak : Pas Jangan Ghairah Ugut Saman, Patut Perjelas Dengan Fakta

Posted: 24 Dec 2012 03:45 AM PST

KOTA BAHARU 24 Dis – Kerajaan Pas Kelantan disaran memberikan penjelasan lebih lanjut dengan tampil ke depan bersama bukti-bukti yang lebih kukuh agar isu pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP yang didakwa kerana kepentingan politik pembangkang dapat dinilai dengan lebih jelas.

Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof percaya rakyat rata-rata masih keliru dan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum ini dan mengharapkan penjelasan lebih lanjut kerana ianya melibatkan dakwaan yang cukup berat.

Menurut beliau dengan keluasan yang cukup luas dan nilainya yang cukup tinggi, kerajaan negeri perlu membentangkan fakta-fakta yang lebih konkrit supaya imej sebuah kerajaan negeri terpelihara.

"Saya pun nak tahu cerita lanjut dalam soal ini dan saya penuh yakin ramai rakyat Kelantan pun ingin tahu fakta yang lebih kukuh supaya ianya tidak menjadi tanda tanya. Saya pun bukanlah mahu membuat sebarang tuduhan.

"Walaupun penjelasan sudah diberikan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebelum ini, tetapi ianya masih lagi keliru. Kita mintalah agar pihak kerajaan negeri memberikan penjelasan yang lebih lanjut kerana sepertimana yang saya katakan tadi, isu ini agak berat dan melibatkan maruah sebuah kerajaan negeri yang didakwa memperjuangkan Islam.

"Saya bukanlah menuduh kerajaan negeri terlibat dan benar atau tidak apa yang didedahkan oleh blog pisau.net berhubung perkara itu saya sendiri pun tidak tahu. Sebab itulah kita minta penjelasan lebih lanjut," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ustaz Afandi seterusnya mengalu-alukan langkah kerajaan Kelantan untuk mengambil tindakan undang-undang dalam isu berkenaan.

"Cumanya janganlah sekadar ugutan….Ambil tindakan undang-undang segera kerana rakyat Kelantan pun ingin tahu apakah benar atau tidak apa yang didedahkan oleh blog pisau.net itu. Lagi pun perkara ini melibatkan khazanah negeri," ujarnya. -MediaUMNO

Usah Terperangkap Ajakan Pembangkang Buat Eksperimen Untuk PRU 13

Posted: 24 Dec 2012 02:42 AM PST

BEAUFORT, 24 Dis –  Usah terperangkap dengan ajakan pembangkang yang meminta agar eksprimen dibuat pada pilihan raya nanti.

Nasihat itu dilontarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui selepas majlis berkhatan beramai-ramai peringkat DUN Lumadan di dewan Kampung Lumadan dekat sini.

Majlis anjuran UMNO Sipitang turut dihadiri oleh Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Setiausaha UMNO Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Wanita UMNO Sipitang Datuk Surinam sadikun dan Ketua Daerah Mengundi Lumadan Muanam Mujairto serta AJK UMNO Sipitang serta seramai 80 orang pesrta berkhatan di majlis tersebut.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata ajakan pembangkang itu merupakan perangkap kepada rakyat kerana ia boleh menyebabkan rakyat kehilangan dengan apa yang dinikmati ketika ini.

Menurutnya rakyat ketika ini telah menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran dan semuanya adalah hasil daripada usaha serta perjuangan Barisan Nasional (BN).

"Berdasarkan kepada rekod BN telah memperlihatkan kecemerlangan dan rakyat tidak perlu untuk melakukan eksprimen," katanya lagi.

Katanya rakyat perlu membuat keputusan yang bijak dengan membuat penilaian terhadap apa yang telah dilakukan oleh BN.

Menurutnya jika dibandingkan BN dengan pembangkang, ternyata BN lebih sukses kerana perjuangan BN mengutamakan kepentingan serta kebajikan rakyat berbanding  pembangkang yang perjuangannya untuk diri sendiri dan individu tertentu.

"Jangan kita musnahkan masa depan diri dan juga generasi akan datang…rakyat telah memiliki kerajaan yang terbaik iaitu Kerajaan BN dan ia tidak memerlukan rakyat untuk melakukan eksperimen," katanya lagi.

Sebelum itu pada majlis tersebut Sapawi melahirkan rasa bangga dengan semangat kerjasama dan persefahaman yang diperlihatkan oleh penduduk kampung tersebut.

Katanya semangat kerjasama dan persefahaman itu hendaklah diteruskan dan diwariskan kepada generasi akan datang.

"Nilai murni ini perlu dikembangkan dan biar ianya diwarisi oleh generasi akan datang," katanya lagi.

Lucu Bila Amanat Haji Hadi Dikatakan Basi Tapi Pas Tak Mahu Tarik Balik

Posted: 24 Dec 2012 01:59 AM PST

KUALA LUMPUR 24 Dis – Pemimpin Pas dilihat seolah-olah memperlekehkan Presiden mereka sendiri apabila melihat isu Amanat Haji Hadi sebagai satu perkara basi yang sekaligus menunjukkan siapakah yang sebenarnya tersepit dalam soal berkenaan.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris mempersoalkan bukankah amanat berkenaan menjadi pegangan kepada penyokong yang taksub kepada parti berkenaan  sehingga menimbulkan pelbagai isu di negara ini.

Justeru beliau melihat tindak-tanduk pemimpin Pas yang menggangapnya sebagai perkara basi adalah satu perkara yang melucukan yang sekaligus menyerlahkan batang hidung sebenar pimpinan parti berkenaan.

"Saya nak tanya pimpinan Pas… Jika mereka menganggapnya sebagai basi tunggu apa lagi. Mintalah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang tarik balik amanat berkenaan. Bukankah ianya dah basi dan perkara lama.

"Bagi saya begitulah… mudah sahaja. Tarik balik habis cerita.  Selagi tidak tarik balik saya khuatir dan bimbang ianya boleh mengelirukan pandangan umat Islam hari ini khususnya kalangan penyokong Pas," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan bekas aktivis dan penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani bahawa puluhan ribu pengikut parti itu masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ustaz Mohd Noor seterusnya menimbulkan persoalan apakah kerana persahabatan antara Pas dengan DAP dan PKR menyebabkan mereka menganggapnya sebagai isu basi dan sebagainya.

Saya nak taulah jika perkara itu dan hakikat berkenaan menjadi pertimbangan pimpinan Pas berbuat demikian. Apakah kerana menuju ke Putrajaya menjadikan mereka bertindak sedemikian rupa.

"Ini kerana jika dilihat kepada alasan lain tidak logik. Apa pun kita tunggu episod seterusnya dalam soal ini," katanya. -MediaUMNO

MB Terengganu Minta Mangsa Banjir Daftar Dengan JKM

Posted: 24 Dec 2012 01:39 AM PST

SETIU, 24 Dis – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan mangsa banjir di negeri itu agar mendaftar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan penyaluran bantuan susulan.

Katanya, dari segi bantuan keperluan asas termasuk makanan tidak menjadi masalah kerana kerajaan Terengganu sudah bersedia sejak September lepas.

“Apabila banjir melanda, kita terus agih bantuan kepada mereka,” katanya kepada Bernama ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Langkap, di sini Isnin.

Beliau diiringi Pengarah JKM negeri, Zuhaimi Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu, Sha’ari Idris.

Menurut Ahmad, setakat ini proses agihan bantuan makanan dan keperluan asas itu berjalan lancar.

Terdahulu pada sebelah pagi, Menteri Besar Terengganu itu melawat dua pusat pemindahan iaitu di Tepoh, Kuala Terengganu dan di sini yang menempatkan 70 dan 80 mangsa banjir masing-masing.

Mengulas lanjut, Ahmad turut mengingatkan ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak mereka bermain air banjir bagi mengelakkan tragedi.

Terengganu dilanda banjir sejak malam Ahad membabitkan sekurang-kurangnya tiga daerah setakat ini iaitu Dungun, Setiu dan Marang.

50 Komuniti 1Malaysia Bakal Diwujud Di Wilayah Persekutuan Tahun Depan

Posted: 24 Dec 2012 01:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis –  Sebanyak 50 Komuniti 1Malaysia bakal diwujudkan di Wilayah Persekutuan tahun depan dalam usaha memperkasakan lagi semangat perpaduan kaum.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Anuar Mushaddad Husain berkata, setakat ini terdapat 48 Komuniti 1Malaysia di kawasan Wilayah Persekutuan dari 12 Parlimen.

Beliau berkata, daripada jumlah baharu itu, terdapat 20 Komuniti 1Malaysia bukan Melayu akan diwujudkan.

“Sekarang Komuniti 1Malaysia bukan Melayu hanya ada enam iaitu tiga dari kaum India dan tiga kaum Cina. Penambahan ini juga sebagai menyahut cabaran peringkat kebangsaan untuk menambah bilangan Komuniti 1Malaysia di seluruh negara,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Sementara itu, beliau berpuas hati dengan sokongan komuniti bukan Melayu di Wilayah Persekutuan terhadap penubuhan Komuniti 1Malaysia kerana segala aktiviti yang dilancarkan di bawah komuniti berkenaan mendapat sambutan menggalakkan.

“Komuniti 1Malaysia mampu menjadi platform di peringkat akar umbi membantu kerajaan menyampaikan dasar dan mesej kepada masyarakat secara berkesan sekaligus mengeratkan silaturrahim antara agensi kerajaan dengan penduduk setempat,” katanya.

PM Open To Hearing Ideas From Christian Community

Posted: 24 Dec 2012 01:34 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 24 – Datuk Seri Najib Tun Razak says he is open to hearing hopes, concerns and ideas that members of the Christian community may have.

“Although Malaysia is a Muslim-majority country, Christians do play a full and welcome role in society, especially in Sabah and Sarawak.

“Some people may not realise that around one in 10 Malaysians count themselves as Christian. The root of this can be found in our country’s rich and varied history,” the prime minister said in his latest posting entitled ‘Merry Christmas To All Malaysian Christians’ on his www.1Malaysia.com.my blog today.

Najib said Malaysia was very fortunate as it could continue to enjoy peaceful relations between different faiths and races and this could not happen without continued efforts to keep it that way.

He said since becoming prime minister, he had placed a lot of emphasis on the unifying concepts of 1Malaysia and the Global Movement of the Moderates.

“These concepts are partly about establishing a dialogue, which is important, but I am also determined that they lead to real actions too.

“That's why I visited Pope Benedict XVI last year, and Malaysia formally established diplomatic relations with Vatican City. I very much enjoyed meeting Pope Benedict XVI in person, and now look forward to following his tweets,” he said.

Najib said another step forward came last week as the government announced that it would ensure that any Malaysian Christian who wished to travel to Jerusalem for a pilgrimage would be able to do so.

“As Christmas comes in the last week of the year, it is also a good time to reflect on what has been and will be.

“I will come on to this subject in my next blog,” he said while wishing all Malaysian Christians a very Merry Christmas.

Tomorrow, Najib will attend a tea party with members of the Christian community to mark Christmas and listen to their views.

Malaysia’s GDP To Grow 5-5.5 Pct Next Year, Says Donald Lim

Posted: 24 Dec 2012 01:26 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 24 – Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim Siang Chai is positive that Malaysia’s gross domestic product (GDP) growth will reach between five per cent and 5.5 per cent next year.

He said the growth would be driven by domestic demand, as well as more inflow of income from the construction, tourism and services sectors.

“On fiscal deficit, we expect it to be reduced to four per cent or below next year, from the current 4.7 per cent,” he told reporters after witnessing a mock cheque presentation from Quill Capita Management to MyKasih Foundation today.

The government has targeted to reduce the country’s fiscal deficit to three per cent by 2015.

Commenting on the cheque presentation, Lim said he hoped more contributions like these could be made possible in the future to ease the burden of students from the low-income households.

Quill Capita Management, the manager of Quill Capita Trust (QCT) today launched its MyKasih Love My School Bursary Programme for Sekolah Kebangsaan Selayang Baru Satu.

Quill Capita Management Interim Chief Executive Officer Yong Su Lin presented a cheque for RM60,900 to MyKasih Foundation Chairman and Co-Founder Dr Ngau Boon Keat at the school.

Ngau said under this programme, QCT’s contribution would benefit 70 selected students from the school, enabling them to draw a monthly allowance of RM60 each for one year school period, to purchase school books, stationeries and food at the school canteen.

“With the support of the ministry, we have helped more than 1,200 families in Selayang to date through our other programme, MyKasih Love My Neighbourhood, compared with 25 families in December 2008.

“Nationwide, over 70,000 families have benefitted from this programme,” Ngau added.

QCT has also allocated RM10,500 of its total contribution to assist the 70 students to prepare themselves for the new school term, whereby RM150 would be credited to their MyKasih Student Smart Cards.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT