SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 24, 2012

UMNO Online - Politik Cara Baru Lebih Selesa dan Kukuhkan Kepercayaan – Khairy Jamaluddin

UMNO Online - Politik Cara Baru Lebih Selesa dan Kukuhkan Kepercayaan – Khairy Jamaluddin

Link to UMNO Online

Politik Cara Baru Lebih Selesa dan Kukuhkan Kepercayaan – Khairy Jamaluddin

Posted: 22 Dec 2012 10:45 PM PST

KUALA LUMPUR,23 Dis – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berpendapat bahawa perlunya ada politik cara baru dalam usaha untuk mendekati pelbagai lapisan rakyat di negara ini, khususnya golongan anak-anak muda.

Menurut beliau, cara dan corak pendekatan politik dengan hanya berceramah dan mengadakan program-program berbentuk politik,  perlu berubah dengan cara yang berbeza daripada kebiasaan sesebuah parti politik.

"Bagi saya, hari ini kita mesti buat sesuatu yang agak luar dari kebiasaan. Jadi saya minta agar Pemuda BN buat sesuatu yang baru. Cari pendekatan baru. Dalam usaha mendekati golongan muda ini contohnya, kami  pun tidaklah terlalu berpolitik dan ucapan saya juga tidak berbau politik. Ternyata  dengan cara ini  membuatkan kita lebih selesa dan ianya menimbulkan kepercayaan sesama kita dan saya yakin, politik itu kemudian akan datang dengan sendirinya.

"Ini adalah politik cara baru yang ingin saya ketengahkan. Kita nak dilihat bersama mereka, ambil tahu tentang mereka, merasai denyut nadi mereka. Bukan lagi hanya dengan program politik dan berceramah, tetapi mesti guna juga cara yang lain yang  di luar kotak kebiasaan parti politik untuk dekati golongan seperti ini.

"Kita sedar, ada pemuda yang langsung tidak politikal dan tidak suka kepada cerita-cerita politik. Dan golongan ini akan sokong mana-mana parti politik yang dilihat mengambil berat dan mempunyai minat yang sama dengan mereka," jelasnya di hadapan wartawan semalam selepas merasmikan BN Youth Music Bungkers Fes 2012 di perkarangan KLCC.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha seperti ini tidak boleh dipandang remeh kerana  kerana respon yang diterimanya selama ini adalah amat positif.

"Kita bukan sekadar mengada program pertandingan seperti ini saja, malah kami juga turut bersama-sama membantu menyampaikan suara dan hasrat mereka kepada pihak kerajaan, mencari sebarang pembiayaan dari kerajaan untuk membantu mereka memperkembangkang lagi bakat dan kreativiti yang ada,"

"Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada Seniman di mana pelakon Zed Zaidi merupakan presiden yang menerajui Seniman pada hari ini. Kita turut akan bersama-sama memperjuangkan nasib anak seni di negara ini. Ini merupakan salah satu pendekatan baru yang digunakan oleh Pemuda BN dalam menggunakan apa jua saluran dalam usaha untuk kita mendampingi dan  mendekati anak-anak muda di negara ini," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT