SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, December 19, 2012

UMNO Online - “Najib Hosts Dinner In Honour Of Susilo” plus 9 more


UMNO Online - “Najib Hosts Dinner In Honour Of Susilo” plus 9 more

Link to UMNO Online

Posted: 18 Dec 2012 06:53 AM PST
PUTRAJAYA, Dec 18 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak tonight hosted an official dinner in honour of Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono at Seri Perdana here.
Present were the prime minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, and Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman.
Susilo arrived here afternoon to attend the Ninth Malaysia-Indonesia Annual Consultation.
The Indonesian president will be conferred the Honorary Doctor of Philosophy (Peace Leadership) at a special convocation of Universiti Utara Malaysia (UUM) at Istana Negara, tomorrow.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, who is also chancellor of UUM, has consented to confer the honorary doctorate to Susilo for his contributions to regional peace and bilateral ties between Malaysia and Indonesia.
Posted: 18 Dec 2012 02:21 AM PST
KUALA LUMPUR, 18 Dis – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyifatkan dakwaan Naib Presiden PKR, N. Surendran berhubung 300 ribu kaum India yang tidak mempunyai kad pengenalan, pengenalan diri dan tidak menjadi warganegara sebagai satu usaha untuk meraih simpati kaum tersebut, memandangkan kaum terbabit tidak lagi melihat PKR mampu untuk membela nasib mereka.
Menurut beliau, PKR kini menggunakan apa saja modal atau isu yang dilihat boleh meningkatkan imej mereka di kalangan masyarakat terutama kaum India biarpun dakwaan tersebut langsung tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.
"Bagi saya ini adalah satu dakwaan tidak berasas yang dilemparkan oleh satu parti yang kini hampir kelemasan, demi untuk meraih kembali sokongan dan undi daripada kaum India khususnya. Mereka (PKR) akan sanggup mengatakan apa saja, atau mendakwa apa saja, asalkan ia boleh menjejaskan imej BN dan menaikkan imej PKR di mata masyarakat.
"Ini merupakan satu taktik lama dan lapuk yang masih lagi diguna pakai oleh PKR untuk meraih simpati. Mereka mudah untuk melemparkan sebarang tuduhan dan dakwaan, biarpun dakwaan dan tuduhan yang mereka buat itu hanyalah sekadar cakap-cakap saja. Ini sudah terbukti apabila dicabar untuk mengemukakan bukti, mereka tidak mampu untuk buktikan kebenaran dakwaan tersebut," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, isu yang cuba dibangkitkan oleh Naib Prsiden PKR tersebut tidak jauh bezanya dengan isu-isu yang ditimbulkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini contohnya isu PTPTN, kapal selam Scorpene dan lain-lain sebelum ini.
"Bahkan saya mendapat maklumat, bahawa mereka yang datang mengadakan demonstrasi tersebut terdiri daripada golongan India yang mempunyai kad pengenalan merah, membuktikan bahawa mereka itu bukanlah penduduk asal di sini, sebaliknya merupakan pemohon-pemohon kewarganegaraan Malaysia yang masih di dalam proses menjadi warga negara Malaysia.
"Malah saya juga berkeyakinan, bahawa kaum India yang hadir pada hari tersebut telah ditipu dan dipergunakan oleh PKR untuk membuat kecoh dan huru hara demi kepentingan dan survival politik mereka yang semakin malap hari ini," ujarnya.
Malah katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah memberikan penjelasan bahawa setelah diteliti dengan kementerian terbabit, hanya terdapat 9000 kes kewarganegaraan kaum India di mana hampir 50 peratus daripadanya telah pun diselesaikan.
"Saya yakin, selepas ini akan ada lagi pelbagai dakwaan dan tuduhan terhadap kerajaan dari Pakatan Pembangkang dengan modus operandi yang sama, iaitu untuk memburukkan kerajaan di mata rakyat. Oleh kerana terlalu terdesak untuk meraih undi daripada rakyat, mereka tidak peduli tentang benar atau tidak sesuatu isu tersebut, tetapi apa yang penting bagi mereka ialah usaha untuk  memburukkan kerajaan BN perlu diteruskan sehingga menjelang PRU kelak," jelas beliau. -MediaUMNO
Posted: 18 Dec 2012 02:20 AM PST
IPOH, 18 Dis – Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu Tan Sri Tajol Rosli Ghazali hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 selepas lebih 35 tahun menjadi wakil rakyat.
Beliau yang juga bekas menteri besar Perak membuat pengumuman itu ketika membahaskan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa saya telah buat keputusan tidak akan bertanding lagi sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ini adalah sidang dewan yang terakhir buat saya.
“Sebagai manusia biasa pastinya ada kekurangan dan tidak terlepas melakukan kesilapan. Saya dengan rendah diri memohon kemaafan atas sebarang tutur kata dan perlakuan saya yang tidak disenangi sepanjang tempoh saya menjadi anggota dewan,” katanya.
Tajol Rosli, 68, dilantik menjadi menteri besar Perak pada 3 Dis 1999 dan memegang jawatan itu selama dua penggal.
Beliau mula menjadi wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Kecil DUN Kenering pada tahun 1977 selepas mengalahkan Ibrahim Singgeh dari DAP. Kerusi itu dikosongkan oleh bapa beliau, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi.
Tajol Rosli melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi Barisan Nasional negeri pada 29 Jan 2009 serta melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Gerik pada 29 Mac tahun yang sama.
“Sekarang saya hanya anggota biasa Umno dan oleh kerana saya anggota biasa Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) telah melantik saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno untuk tahun depan,” katanya ketika ditemui di luar dewan.
Ditanya jika ada pihak yang meminta supaya beliau tidak bersara dari politik, beliau berkata: “Saya telah buat keputusan. Apabila kita sudah tidak diterima oleh rakyat, saya tidak rasa kita patut kembali.”
Mengenai peluang BN di Perak pada pilihan raya umum akan datang, beliau yakin BN akan kekal memerintah Perak.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Tajol Rosli itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau adalah seorang pemimpin yang berpengalaman selepas 30 tahun berada di pentas politik.
Zambry berkata anggota Umno menghargai panduan dan bimbingan yang diberikan oleh Tajol Rosli dalam bidang politik.
Posted: 18 Dec 2012 02:18 AM PST
KUALA LUMPUR, 18 Dis – Gabungan Pakatan Pembangkang dilihat sebagai satu pakatan yang longgar dan rapuh kerana permuafakatan gabungan parti-parti politik di dalam pakatan hanyalah bermatlamat untuk menawan Putrajaya, menewaskan Barisan Nasional dan memenangi PRU yang akan datang, namun realitinya mereka gagal membentuk permuafakatan atas dasar prinsip dan perjuangan yang sama untuk kepentingan nasional.
Menurut Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, lantaran konflik dalaman serta tiada kesatuan dalam prinsip dan dasar perjuangan, maka pakatan pembangkang tidak berani untuk mendaftarkan gabungan parti mereka di bawah satu logo seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hari ini.
"Tidak seperti mana BN yang terdiri daripada gabungan parti-parti politik dan berjaya menyelesaikan soal-soal kepentingan di dalam gabungan mereka dan berpakat dalam satu asas dan prinsip yang berkonsepkan kepentingan Nasional.
"Namun ini amat berbeza dengan pakatan atau gabungan parti-parti di dalam pembangkang. Kepentingan yang mereka kongsikan bersama hanyalah untuk menawan Putrajaya dan menewaskan BN dalam PRU akan datang. Selain itu tidak ada. Jika dilihat daripada prinsip dan dasar parti di dalam pakatan, setiap parti mempunyai cara pendekatan, prinsip perjuangan serta ideologi yang berbeza antara satu sama lain.
"Inilah yang dikatakan oleh seorang negarawan British, Lord Palmerton, ‘There are no permanent fans and enemy, buat only permanent interest'. Jelas hari ini, mereka cuba mengenepikan kesemua perbezaan tersebut dan bergabung dalam satu kepentingan yang sama iaitu untuk memenangi PRU dan menjatuhkan kerajaan BN. Manakala prinsip dan dasar antara mereka pula, akan diselesaikan selepas mereka memenangi PRU nanti," ujarnya.
Jelas beliau, penyelesaian prinsip dan dasar antara parti-parti pakatan pembangkang yang hanya akan dibincangkan selepas memenangi PRU disifatkan oleh beliau sebagai sesuatu permuafakatan yang begitu rapuh dan terdedah kepada pelbagai risiko merbahaya terutamanya kestabilan sesebuah negara.
"Penyelesaian konflik dalaman serta ketidaksamaan prinsip perjuangan di antara parti-parti di dalam pakatan pembangkang boleh mengakibatkan renjatan kepada pembangunan negara. Jika mereka memenangi PRU kali ini dan mentadbir, maka lebih banyak masa yang akan digunakan oleh mereka untuk menyelesaikan konflik dalaman berkaitan prinsip dan dasar perjuangan parti-parti di dalam gabungan tersebut berbanding untuk membangunkan negara.
"Buktinya kita lihat hari ini di mana biarpun sudah memerintah lima buah negeri lebih dari empat tahun, namun konflik dalaman di antara parti-parti di dalam gabungan pakatan pembangkang berterusan. Hari ini kita lihat percanggahan prinsip dan pegangan yang amat ketara antara DAP dan Pas. Isu hudud, negara Islam, perlaksanaan syariat Islam masih lagi tidak dapat diterima oleh DAP dan seringkali menjadi punca perbalahan antara DAP dan Pas,” tegasnya.
Beliau juga yakin bahawa konflik dalaman serta penyelarasan permuafakatan prinsip perjuangan antara parti-parti di dalam gabungan pastinya akan berterusan sekiranya mereka memegang pemerintahan negara, dan ini akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada rancangan pembangunan negara.
"Apakah konflik prinsip dan teras perjuangan antara parti-parti gabungan Pakatan ini berjaya diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat? Saya yakin, sekiranya ia berjaya diselesaikan sekalipun, ia akan  memakan masa yang lama.
"Dan sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, risikonya pasti akan berpanjangan dan ini akan mengakibatkan terbantutnya segala perancangan ekonomi serta pembangunan dalam negara dan secara tak langsung ia akan menjejaskan rakyat secara keseluruhannya," ujarnya.
Sekiranya rakyat memilih Pakatan Pembangkang sebagai ganti kepada BN sebagai kerajaan hari, maka rakyat harus bersedia untuk menerima sebarang risiko termasuk hilangnya kestabilan dalam pentadbiran negara, akibat perbalahan dan pertelingkahan dasar prinsip permuafakatan bersama antara parti-parti tersebut.
"Dalam hal ini, rakyatlah yang menentukannya. Terpulanglah rakyat untuk memilih dan sekiranya mereka memilih Pakatan Pembangkang, dan persoalannya apakah rakyat di negara ini sudah bersedia untuk menghadapi sebarang ketidakstabilan dan renjatan pembangunan ekonomi negara di masa akan datang?" soal beliau. – MediaUMNO
Posted: 18 Dec 2012 02:09 AM PST
KUALA TERENGGANU, 18 Dis – Aman Palestin Berhad cawangan Terengganu berjaya mengumpulkan RM250,000 sepanjang tahun ini dalam usahanya membantu penduduk Palestin.
Pengurusnya Mohammad Sirojul Afkar Hamid berkata sekalipun tidak mencapai sasaran RM300,000, jumlah itu mengatasi kutipan tahun lepas iaitu sebanyak RM175,000.
“Walaupun tidak tercapai, jumlah itu menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat khususnya di negeri ini terhadap nasib rakyat Palestin,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya dana tersebut akan disalur kepada ibu pejabat Aman Palestin di Kuala Lumpur sebelum diagih kepada penduduk Palestin.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 562263010787 atau Bank Islam 1202-9010-0598-95 atas nama Aman Palestin Berhad, katanya.
Untuk maklumat lanjut, mereka boleh merujuk laman sesawang amanpalestin.net, katanya.
Posted: 18 Dec 2012 01:53 AM PST
SEBERANG JAYA, 18 Dis – PAS hanya boleh bermimpi di siang hari untuk menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.
Jelas beliau, keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-16 baru-baru ini adalah bukti jelas bahawa DAP menolak bangsa Melayu malah bukan sahaja Melayu tetapi bangsa India turut tidak diterima.
"Apa lagi yang mahu PAS banggakan dengan DAP. DAP tidak pernah menyokong PAS, itu hakikatnya… Belum perintah negara DAP dah tunjuk belang mereka, kalau perintah lagilah PAS akan terpinggir.
"Kononnya ada melantik bangsa Melayu iaitu Zairil Khir Johari sedangkan perlu diingat bahawa dia bukan Melayu… Dia Cina.. Zairil hanyalah boneka yang dipergunakan oleh DAP untuk mengaburi rakyat," ujarnya kepada UMNO-Online.
Arif turut menegaskan, rakyat perlu sedar ada 'tangan tersorok' disebalik keputusan tersebut termasuklah pemikiran ahli parti itu yang terang-terangan memberi masej menolak PAS. Sekiranya selama ini PAS berbangga bergabung bersama pakatan rakyat, kini PAS perlu bangkit dari terus diulit mimpi bahawa mereka tidak diterima.
"Cukup-cukuplah dijadikan alat kepuasan DAP. Sampai bila PAS nak sedar… PAS tidak mungkin akan dijulang apatah lagi mahu menjadi dominan dalam pakatan pembangkang. PAS hanyalah ibarat melukut di tepi gantang.
"Apa yang membuktikan bahawa PAS adalah parti dominan… Tak ada.., silap-silap nanti penentuan calon untuk PRU juga DAP akan masuk campur. Sampai bila PAS nak pergadaikan perjuangan mereka untuk kejayaan DAP," tambahnya.
Arif berkata, beliau tidak menolak dan tidak akan terkejut sekiranya nanti DAP yang bakal menentukan siapa yang boleh dan tidak boleh diletakkan sebagai calon PAS dan akhirnya PAS yang mahu Hadi Awang menjadi Perdana Menteri terpaksa sekali lagi tunduk dengan keputusan DAP yang mahukan Anwar Ibrahim menjawat jawatan tersebut. – MediaUMNO
Posted: 18 Dec 2012 01:35 AM PST
KOTA TINGGI, 18 Dis – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan naib pengerusi baharu DAP Senator Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam merupakan satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata kenyataan itu jelas membuktikan parti pembangkang itu selama ini sememangnya bersifat cauvinis dan perkauman.
“Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian.
“Kesatuan perkhidmatan (awam) kerajaan tentu rasa kecewa dengan kenyataan ini. Tetapi sudah memang perangai (DAP) begitu, kalau parti itu cauvinis, datang dari mulut siapa pun di kalangan pemimpin mereka menjelmakan hakikat sebenar,” katanya.
Muhyiddin juga berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ariffin itu walaupun beliau seorang Melayu.
DAP katanya, sememangnya bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehinggakan veteran dan anggota Jawatankuasa Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.
“Mungkin Kit Siang rasa agak apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka,” katanya.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta orang Melayu dalam parti itu supaya membuka mata dan sedar tentang hakikat penyertaan mereka dalam DAP adalah sia-sia.
Posted: 18 Dec 2012 12:39 AM PST
KUALA LUMPUR, 18 Dis – Tiada peningkatan kes penyakit bawaan air dan makanan sejak Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata penyakit bawaan air dan makanan yang dipantau Kementerian Kesihatan terdiri daripada tifiod, kolera, hepatitis A dan keracunan makanan.
“Kementerian sering memantau kejadian wabak penyakit yang disyaki berpunca daripada air dan/atau makanan,” katanya menjawab soalan Senator Syed Shahir Syed Mohamud pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Katanya bagi tempoh itu, kadar insiden penyakit tifiod menurun 0.87 peratus daripada 0.92 peratus manakala kadar insiden kolera pula menurun daripada 1.91 peratus kepada 0.79 peratus daripada sejumlah 100,000 penduduk.
Kadar insiden hepatitis A turut menurun kepada 1.12 peratus daripada 1.36 peratus daripada jumlah penduduk yang sama manakala kadar keracunan makanan berkurang iaitu 11,245 kes berbanding 13,579 kes tahun lepas, katanya.
Rosnah berkata kualiti bekalan air minum seluruh negara yang dibekalkan pihak pembekal air awam dipantau setiap minggu dan tiada kemerosotan kualiti direkodkan sejak Januari hingga Oktober lepas.
Posted: 18 Dec 2012 12:31 AM PST
ALOR SETAR, 18 Dis – Idea, cadangan dan kritikan berhubung pembangunan wanita yang dikumpulkan pada Program Aspirasi Wanita akan diambil tindakan sewajarnya, kata Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan (MPWK) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata resolusi berkaitan aspirasi itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri sebelum dipanjangkan kepada kementerian berkaitan bagi tindakan susulan.
“Kita akan adakan kutipan suara wanita, idea, cadangan dan kritikan mereka sama ada tentang program yang kita jalankan atau perjuangan wanita di masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Aspirasi Wanita peringkat Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya sebagai kemuncak kepada Program Aspirasi Wanita, satu perhimpunan besar-besaran yang akan menghimpunkan golongan wanita berbilang kaum dijangka diadakan Februari tahun depan di ibu negara.
Dalam pada itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata berdasarkan lawatan ke zon utara dan zon tengah, didapati masih ramai wanita tidak mengetahui tentang kemudahan disediakan kerajaan bagi membantu mereka.
Beliau berkata ada wanita terutamanya di kawasan luar bandar tidak mengetahui bahawa ada kemudahan seperti pinjaman Tekun Nasional (Tekun) disediakan bagi membolehkan mereka mendapat modal untuk menjalankan perniagaan.
Sehubungan itu, katanya melalui program berkenaan juga, pihaknya akan memberi penerangan kepada golongan wanita mengenai program, polisi dan khidmat perundangan yang ada untuk membela nasib golongan itu.
“Saya dapati kita perlu perincikan lagi program dan polisi yang ada bagi memberi pendedahan kepada mereka akan kewujudan pelbagai bentuk bantuan oleh kerajaan yang mesejnya masih tidak sampai kepada mereka,” katanya.
Posted: 17 Dec 2012 11:53 PM PST
KUALA LUMPUR, 18 Dis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan 9,879 permit masuk kepada individu bagi kategori isteri kepada warganegara dan 919 permit kepada suami kepada warganegara bagi tempoh 2010 hingga 2012.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata rekod berkomputer untuk data bagi tahun-tahun berkenaan menunjukkan bagi kategori suami kepada warganegara, pada 2010 hanya satu sahaja permit masuk diluluskan berbanding 334 pada 2011 dan 584 pada 2012.
“Bagi kategori isteri kepada warganegara, 2,913 permit masuk diluluskan pada 2010, 3,726 pada 2011 dan 3,240 pada 2012,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Pau Chiong Ung pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Lee berkata syarat-syarat bagi permohonan permit masuk bagi kategori suami atau isteri kepada warganegara Malaysia adalah pemohon telah berkahwin secara sah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
Bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara, pasangan berkenaan perlu mendaftar semula perkahwinan di Pejabat Agama negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara, katanya.
“Pemohon juga perlu berada di Malaysia di atas kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang secara terus-menerus bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun bermula daripada tarikh pemohon diberi kemudahan Pas Lawatan Sosial yang pertama,” jelasnya.
Bagi pemohon yang menetap di Sabah dan Sarawak, permohonan akan dibawa ke Jabatan Ketua Menteri untuk proses perakuan kemasukan ke negeri itu.
Tambahnya, setelah permohonan diperakukan oleh Jabatan Ketua Menteri, permohonan permit masuk akan diproses di peringkat Jabatan Imigresen Negeri Sabah atau Sarawak sebelum dipanjangkan untuk proses kelulusan permit masuk di Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT