SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 4, 2012

UMNO Online - “TUDM Terima Dua Daripada 12 Helikopter EC725 Cougar Ganti Nuri” plus 9 more

UMNO Online - “TUDM Terima Dua Daripada 12 Helikopter EC725 Cougar Ganti Nuri” plus 9 more

Link to UMNO Online

TUDM Terima Dua Daripada 12 Helikopter EC725 Cougar Ganti Nuri

Posted: 03 Dec 2012 12:34 AM PST

PETALING JAYA, 3 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 bagi mengganti sebahagian daripada 38 helikopter Nuri yang berkhidmat sejak 1959.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pesawat buatan Perancis itu, selain memperkuat operasi mencari dan menyelamat, juga mempunyai fungsi luas, antaranya, sebagai pengangkutan serta utiliti lain.

“Saya difahamkan EC725 ini boleh membawa sehingga 11,000 kilogram muatan. Ia juga boleh digunakan dalam semua cuaca serta dilengkapi kamera dan radar yang amat penting apabila operasi mencari dan menyelamat dilakukan,” katanya selepas majlis penyerahan pesawat itu di Terminal Skypark Subang hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Ketua setiausaha kementerian Datuk Dr Ismail Ahmad serta Naib Presiden Kanan Jualan dan Perhubungan Pelanggan Eurocopter Oliver Lambert.

Ahmad Zahid berkata TUDM akan menerima dua pesawat lagi pada Mac depan dan bakinya secara berperingkat sehingga Januari 2014.

“Saya fikir ia boleh digunakan sekurang-kurangnya 30 tahun akan datang dan bergantung kepada kemampuan perbelanjaan kerajaan jika penambahan akan dilakukan untuk kumpulan yang kedua EC725 ini,” katanya.

Beliau berkata dua daripada pesawat itu akan ditempatkan di Kuantan manakala simulatornya di Pangkalan Tentera Udara Subang.

Mengulas status pesawat Nuri, Ahmad Zahid berkata terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada ia akan dinaik taraf atau dijual kepada negara ketiga.

Dalam pada itu, beliau mempelawa negara Asean menggunakan kemudahan pusat latihan simulator di Pangkalan Tentera Udara Subang.

“Kemudahan simulator bukan hanya untuk kegunaan TUDM kerana ia melibatkan dua model iaitu EC225 dan EC725, ia akan ditawar untuk seluruh negara Asean dan Asia Pasifik kerana kemudahan yang ditawarkan bukan hanya meliputi latihan kegunaan simulator tetapi dipakejkan dengan penginapan dan pengangkutan untuk mereka datang,” katanya.

Malaysia Contribute Another USD1 Million To UNRWA In Aid Of Palestinian Refugees

Posted: 03 Dec 2012 12:24 AM PST

PUTRAJAYA, Dec 3 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today announced that Malaysia will contribute another USD1 million (RM3.1 million) to the United Nations Relief and Works Agency for Palestinian Refugees (UNRWA) to help Palestinian refugees affected by the Israeli military aggression in Gaza.

He said Malaysia had recently donated RM1 million to the "Gaza Emergency Fund, established by the Perdana Global Peace Foundation under the patronage of former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

“The fund helps alleviate the sufferings of the Palestinian people in Gaza. A team of volunteers from the foundation are now in Gaza delivering humanitarian assistance to those in need.

"We all hope and pray for a quick and lasting resolution to this historical injustice. In the meantime, Malaysia will continue to help the Palestinian people, whether in cash or in kind and political support," he said at the International Day of Solidarity with the Palestinian People at Putrajaya International Convention Centre (PICC) here today.

Najib said last year, Malaysia provided monetary assistance of USD2 million (RM6.2 million) to help offset the operational cost of the Embassy of Palestine in Kuala Lumpur besides providing scholarship for Palestinian students to study in Malaysia; assist human capital development through training programmes; and dispatch humanitarian assistance through Malaysian NGOs.

For more than 30 years, he said Malaysia had contributed annually to the United Nations Relief and Works Agency for Palestinian Refugees.

Amidst the clamour of war, Najib called the voices of moderation must be raised to counter those extremist who do not share the resolve for peace.

"We must persuade the peace loving moderates everywhere that a two-state solution – with a democratic Israel and a free Palestinian State living side-by-side – is in the best interest of all.

"I believe the principle and practice of moderation can prevent conflict. That is why in 2010, I advocated the idea of Global Movement of the Moderates to mitigate conflicts perpetrated by extremists regardless of their religion, culture and political ideology. I believe that the Global Movement of Moderates could play a positive role in facilitating Palestine-Israel peace talks.

"I would also like to appeal to the Palestinian factions to initiate reconciliation talks immediately and unconditionally, to resolve political differences for the sake of unity and their people. Disagreement and divide will further worsen the situation and risk the lives of more Palestinians," he said.

Najib said Malaysia stands together with Palestinians in search of an end to the Arab-Israeli conflict.

"We share their hope for a comprehensive, just and lasting peace, one based on compliance with international law, standards and resolutions," he said.

Najib said Malaysia congratulated and fully supported the Palestinian bid to become a non-member state of the United Nations on November 29.

"This is a significant achievement, bringing the Palestinian dream of a dignified, independent and sovereign state closer.

"With time and reconciliation, it will enable the Palestinians to rebuild their lives and build a better future for their children, away from the threats of isolation, extremism and violence," he said.

Bank Negara Has No Power To Return Money Frozen Due To Money Laundering

Posted: 03 Dec 2012 12:13 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 3 – Bank Negara (Bank Negara) Malaysia has no authority to defreeze accounts which are frozen due to investments in illegal schemes.

Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim Siang Chai said any assets involved in criminal proceedings could only be administered with a court order.

“Investors can file a third party suit to the court for the return of their money or assets,” he told the Dewan Negara today.

He was responding to a supplementary question by Senator Chew Lee Giok who wanted to know whether investors in illegal investments schemes whose assets had been frozen could have back the money they had invested.

Lim said any action to that effect by Bank Negara or any the enforcement agencies would only be taken against any investment companies if they had breached the provisions in the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001.

Earlier, in response to an original question from Chew on the difference between a legal and illegal gold investment schemes, Lim said the illegal ones would normally offer high profit within a short period and involved no risk.

“They also use the names of VIPs or enforcement agencies without their permission to convince the people,” he added.

As such, he advised the people to check the background of the companies concerned before agreeing to invest with them.

Seramai 241,740 Individu Diisytihar Bankrap Setakat April Lepas

Posted: 03 Dec 2012 12:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis  - Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.

“Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Lim berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967, yang dilihat terlalu ketat dan membebankan rakyat, adalah tepat pada masanya.

“Saya menyokong pindaan Akta Kebankrapan ini. Saya berharap pada pindaan kali ini, bank atau institusi kewangan hendaklah mencari peminjam dahulu dan bukannya seperti sekarang ini yang meletakkan bebanan ke atas penjamin sehingga mereka diisytiharkan muflis,” katanya.

Lim berkata kajian juga perlu dibuat ke atas peningkatan kes bankrap bagi pinjaman kenderaan selain memberi perhatian terhadap golongan muda yang diistihar bankrap.

“Kes bankrap individu di bawah umur 25 tahun semakin meningkat, dan kita tidak mahu mereka baru dua tiga tahun kerja sudah bankrap.

“Perlepasan dari kebankrapan juga perlu dilonggarkan supaya orang muda yang sudah bankrap diberi peluang kedua, terutama dalam bidang perniagaan,” katanya.

Lupakan Hasrat Untuk Tukar Kerajaan Pada PRU 13 – Rais

Posted: 02 Dec 2012 11:52 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini supaya melupakan hasrat untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, beliau menyeru mereka yang ingin melakukan transformasi, agar melaksanakannya bersama-sama dengan kerajaan yang telah dan sedang berbuat demikian.

“Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua.

“Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Arkib Negara Malaysia di sini hari ini.

Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilihat sependapat mengenai bahayanya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa pertimbangan adil dan teliti.

Tunku Abdul Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan segelintir rakyat bereksperimen menukar kerajaan itu dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang yang hanya akan mengakibatkan kerugian dalam jangka masa panjang.

Bank Negara Tiada Kuasa Kembali Wang Dibeku Akibat Pelaburan Haram

Posted: 02 Dec 2012 11:40 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis –  Bank Negara Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengembalikan semula wang yang telah dibekukan akibat pelaburan yang dibuat dalam skim haram.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai sebaliknya berkata, sekiranya terdapat prosiding jenayah terhadap mana-mana kes penyelewengan, segala aset hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.

“Pelabur boleh memfailkan kepada mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau aset mereka. Maklumat mengenai sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Chew Lee Giok di Dewan Negara pada Isnin sama ada pelabur skim pelaburan haram yang telah dibekukan aset boleh mengambil semula wang pelaburan mereka.

Lim turut menegaskan bahawa Bank Negara atau mana-mana agensi penguatkuasaan hanya mengambil tindakan setelah mengenal pasti berlaku pelanggaran undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram danAkta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 oleh syarikat pelaburan.

Kepada soalan asal Chew berhubung perbezaan antara skim pelaburan emas yang sah dengan yang haram, beliau berkata, kebiasaannya perniagaan jual beli emas haram menggunakan modus operandi menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam jangka masa singkat dan tanpa risiko kepada pelabur.

“Ia (syarikat pelaburan emas haram) juga menggunakan orang kenamaan atau VIP untuk tujuan pemasaran produk syarikat atau menggunakan nama agensi penguatkuasaan tanpa kebenaran untuk meyakinkan orang ramai supaya melabur serta harga emas yang dibeli pelanggan jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran,” katanya.

Justeru, Lim menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membuat semakan awal terhadap latar belakang sesebuah syarikat pelaburan di samping semakan dengan agensi penguatkuasaan sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Aduan Meningkat Setelah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Dikuat Kuasa

Posted: 02 Dec 2012 11:39 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis  - Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang berkuat kuasa pada tahun 2010 mendapat reaksi positif masyarakat apabila aduan yang diterima agensi penguat kuasa meningkat mendadak daripada 1,960 pada 2011 kepada 11,841 pada 2012.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata akta tersebut dikhususkan bagi melindungi keselamatan pemberi maklumat yang melaporkan kesalahan seperti berkelakuan tidak wajar, tatatertib atau jenayah di sektor awam dan swasta.

“Sebanyak 93 pemberi maklumat telah diberi perlindungan yang kebanyakan aduan diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu 7,537 aduan pada tahun ini,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Liew berkata individu yang didapati membocorkan maklumat pemberi maklumat boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara minimun 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata setiap aduan yang diterima akan segera disiasat dan jangka masa siasatan bergantung kepada kerumitan kes, bukti dan keterangan saksi.

Mengenai kesesuaian laman sosial dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk membuat aduan, Liew berkata ia boleh dilakukan sekiranya maklumat lengkap pengadu diperoleh agensi penguat kuasa.

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Selain Pengundi Tidak Hadir Boleh Undi Melalui Pos Pada PRU 13

Posted: 02 Dec 2012 11:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kemudahan mengundi melalui pos bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara selain pengundi tidak hadir akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ia adalah selaras dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya supaya warganegara yang tinggal di luar negara selain pengundi tidak hadir diberikan kemudahan mengundi melalui pos.

Bagi membolehkan kemudahan itu dilaksanakan, SPR sedang memuktamadkan penetapan dasar, perancangan logistik, tenaga kerja dan urusan peruntukan kewangan sebelum pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 dibuat, katanya.

“Setelah peraturan itu dimuktamadkan, SPR akan menetapkan tarikh kuat kuasanya dan seterusnya dikemukakan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Selesai urusan tersebut, peraturan itu akan diwartakan dan barulah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamaruddin menjelaskan walaupun Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat telah tamat bersidang pada 29 Nov dan peraturan baru itu tidak sempat dibentangkan, ia tidak bermakna peraturan itu tidak boleh dikuatkuasakan dalam PRU-13 kelak.

“SPR akan memastikan tarikh kuat kuasa peraturan baru ini ditetapkan pada tarikh yang membolehkan ia diguna pakai dalam PRU-13.

“Pembentangan peraturan itu di dalam Dewan Rakyat menurut Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958 adalah kehendak undang-undang dan setelah urusan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, penetapan tarikh kuat kuasa dan pewartaan peraturan itu dapat diselesaikan,” katanya.

Dengan berkuatkuasanya peraturan tersebut, rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR adalah layak mengundi melalui pos.

Ahmadinejad Criticises Plan To Amend Iran’s Presidential Elections Act

Posted: 02 Dec 2012 11:28 PM PST

TEHRAN, Dec 3 – Iranian President Mahmoud Ahmadinejad on Sunday criticised a plan to amend the Presidential Elections Act, saying it is in contravention of the Constitution.

On Sunday, MPs approved the generalities of the plan which calls for the revision of the Presidential Elections Act, Iran’s Mehr News Agency (MNA) reported.

"No matter what the fate of the plan will be, the move itself goes against the Constitution, and the people's time and money should not be used for this plan," Ahmadinejad said.

The people's vote and their entitlement to free elections have been enshrined in the Constitution, he said, adding that it violates the Constitution to devolve the examination of presidential candidates' qualifications to a group which have not received their mandate from the people.

It is also illegal to only allow those candidates who have obtained the approval of certain officials to run in the election, he said.

"If you want to change the Constitution, announce it openly. It has its own mechanism," he added.

Imej Kesalahan Rakaman Kamera AES Berkurangan

Posted: 02 Dec 2012 11:20 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mencatat penurunan bilangan imej kesalahan yang dirakam kamera di 14 lokasi awal pemasangannya, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata penurunan itu sekaligus membuktikan penguatkuasaan secara elektronik dapat mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas walaupun dalam jangka masa singkat pelaksanaannya.

“Sebagai contoh di kilometer 301 Kajang PLUS Expressway, rakaman imej kesalahan telah menurun sebanyak 77.25 peratus sepanjang tempoh dari 1 Okt hingga 16 Nov 2012,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berhubung keberkesanan pelaksanaan AES pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian dan perangkaan Jabatan Pengangkutan Jalan turut mendapati pengguna jalan raya kini lebih cenderung untuk menggunakan lorong kiri berbanding lorong kanan yang lebih laju.

“Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa bilangan kenderaan yang dipandu melebihi had laju akan menurun sebanyak 70 peratus melalui penguatkuasaan ini selain dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 hingga 71 peratus serta menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan meneruskan pemasangan 1,093 kamera AES lagi di 831 lokasi seluruh negara termasuk di Sarawak dan ia dijangka selesai pada penghujung tahun depan.

Berkenaan jumlah saman AES, Abdul Rahim berkata sehingga 26 Nov lepas, sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan.

“Daripada jumlah itu sebanyak 243,545 saman dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju  manakala 13,354 lagi kerana melanggar peraturan lampu isyarat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT