SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, December 23, 2012

UMNO Online - “Calon BN Akan Diumumkan Bila Tiba Waktunya – Muhyiddin” plus 5 more

UMNO Online - “Calon BN Akan Diumumkan Bila Tiba Waktunya – Muhyiddin” plus 5 more

Link to UMNO Online

Calon BN Akan Diumumkan Bila Tiba Waktunya – Muhyiddin

Posted: 22 Dec 2012 04:31 AM PST

KUALA TERENGGANU, 22 Dis – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkataPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13, apabila tiba waktu yang sesuai dengan mengambil kira isu strategik.

Timbalan Perdana Menteri berkata isu strategik itu turut meliputi sama ada calon berkenaan perlu diumumkan lebih awal yang mungkin memberi kelebihan kepada calon BN itu nanti.

“Ia akan sampai waktu bila Presiden (parti dan Pengerusi BN) buat keputusan, mereka yang hendak jadi calon itu akan diberitahu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama pegawai, pengurusan dan professional negeri Terengganu, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Umno Pahang baru-baru ini yang meminta pucuk pimpinan mengumumkan nama calon BN lebih awal supaya gerak kerja kempen dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Muhyiddin berkata: “Kita tidak boleh buat keputusan mengatakan sekaranglah masanya atau bila masa yang sesuai, kita (perlu) ikut situasi, ikut keadaan dan ikut calon berkenaan, jadi kita kena ada pendirian yang akan strategik, bila Perdana Menteri hendak buat keputusan itu dia akan ambil kira isu- isu strategik.

“Adakah (dengan) mengumumkan lebih awal itu akan memberi kelebihan kepada kita atau (ada) hal-hal yang lain?,” katanya.

Muhyiddin berkata apa yang mustahak ialah apabila calon diumumkan nanti, semua pihak perlu akur dan menerima keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.

Semalam, Perdana Menteri berkata BN telah mengenal pasti senarai nama calon BN tetapi belum dimuktamadkan kerana ia merupakan proses berterusan sehingga menjelang pilihan raya.

Terdahulu, semasa berucap pada majlis perjumpaan khas itu, Muhyiddin mahu penjawat awam tidak melakukan sesuatu perkara yang akan membawa musibah kepada kerajaan dan rakyat.

“Penjawat awam tidak boleh membuat sesuatu angkara, merosakkan dan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri sentiasa telus dan bersedia menerima kritikan yang membina dalam membawa perubahan dan transformasi kepada negara. – MediaUMNO

BN Tidak Berkompromi Dengan Pihak Jadi Dalang Mahasiswa Bertindak Luar Batasan

Posted: 22 Dec 2012 04:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Pemuda Barisan Nasional tidak akan berkompromi dengan perbuatan mana-mana pihak yang menjadi dalang sehingga menyebabkan golongan muda, terutama mahasiswa, bertindak di luar batas undang-undang dalam memperjuangkan sesuatu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana menghormati undang-undang merupakan perkara nombor satu yang harus ada pada diri setiap mahasiswa jika mereka mahu bergiat aktif dalam politik serta berjuang di samping Pemuda BN bagi membela nasib rakyat dan negara.

Beliau mengulas isu Umar Mohamad Azmi, 23, pelajar tahun akhir kolej swasta yang dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret semalam selepas didapati bersalah menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Umar sebelum itu terlibat dengan gerakan ‘Occupy Dataran’ yang berhimpun di Dataran Merdeka pada 23 April lepas untuk memperjuang penghapusan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional dan pendidikan percuma.

Khairy berkata seorang mahasiswa dididik untuk menjadi pemimpin pada masa depan namun jika tersalah memilih jalan dan melanggar undang-undang, akan hanya menyebabkan diri serta keluarga merana.

“Sama ada Umar diperalat oleh pihak tertentu demi kepentingan politik pihak tersebut, itu kena tanya Umar sendiri… tetapi apa yang terjadi kepada Umar amat berat hati saya nak lihat dan baca,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysian Youth Buskers Fest 2012 di Suria Esplanade KLCC.

Festival sehari itu, yang menampilkan 200 pemuzik muda dari seluruh negara, mendapat sambutan menggalakkan, terutama di kalangan pengunjung KLCC termasuk pelancong asing.

Sehubungan itu, Khairy menasihati mahasiswa di negara ini supaya menggunakan saluran yang betul dan menghormati batasan undang-undang jika ingin memperjuangkan sesuatu isu.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sanggup turun padang mendengar apa yang mahu dikatakan mahasiswa, beliau juga mendengar melalui pelbagai saluran seperti media sosial dan sebagainya.

“Sebagai negara demokrasi, kita telah sediakan cukup saluran untuk mahasiswa menyalurkan apa yang berada di minda mereka, jadi mengapa perlu berdemonstrasi di sana sini dan langgar undang-undang, untuk apa?” katanya. – MediaUMNO

Don’t Destroy Islamic Institutions Built By UMNO And BN – DPM

Posted: 22 Dec 2012 04:14 AM PST

KUALA TERENGGANU, Dec 22 – Islamic institutions built by UMNO and the Barisan Nasional (BN) government could be destroyed if the opposition were to take over the country one day, Tan Sri Muhyiddin Yassin said.

The deputy prime minister expressed his concern over the matter after seeing how the opposition had been using Islam as a tool in their bid to achieve their agenda to rule the country.

“Election is not just about winning…but about defending the institutions that we have built…if the opposition takes over just for the sake of ruling the country at their whims and fancy…we are afraid…that the foundations we built to develop the Ummah will be destroyed by them,” he said at ‘An Evening With The Deputy Prime Minister’ event, here today.

Muhyiddin said the BN government and Umno as the dominant Islamic party in the country had received various recognitions from other Islamic countries.

He said these countries had not only commended Malaysia’s way in upholding Islam, but had also expressed their intention to emulate Malaysia in developing the religion.

The deputy prime minister said the BN government had taken and implemented various efforts to uphold the status of Islam in the country, but the opposition, for political reasons, would do anything to destroy it.

“The opposition will try their best to see it fails … our struggles are based on what was prescribed in the Al-Quran,” he said.

He said if the PAS government had truly wanted to develop with Islam in the country, they had their opportunities to do it in Kelantan.

“They (PAS government) said they are developing with Islam…what have they done?…they cannot even solve the water woes,” Muhyiddin said.

He said BN was already on the right track and its struggles never strayed from the religion and did not contradict the religious teachings as bandied about by the opposition. – MediaUMNO

Ramai Anggota PAS Kecewa Dengan Perjuangan Parti Itu

Posted: 22 Dec 2012 04:10 AM PST

KUALA TERENGGANU, 22 Dis – Ramai anggota dan penyokong Parti PAS menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN) akibat kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang tidak mengambil berat mengenai masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.

Seorang penyokong PAS dari Kuala Besut, Ahmad Ibrahim, 57, berkata beliau merasa kecewa kerana parti pembangkang itu tidak memberi perhatian terhadap masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.

“Saya cuba untuk bersuara kepada pemimpin di peringkat kawasan bagi mengatasi masalah penduduk, tetapi mereka kutuk saya dari belakang menyebabkan saya rasa kecewa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Ahmad berkata beliau meninggalkan parti itu sejak 1999 kerana kecewa dengan perjuangan PAS dan berjanji untuk memberi sokongan kepada BN.

Seorang lagi anggota PAS, Isa Idris, 68, berkata beliau menyertai UMNO dan BN hasil daripada kesedaran apabila PAS negeri mengambil tindakan membubarkan PAS Kawasan Besut sebelum pilihan raya 1999.

“Saya juga kecewa dengan tindakan parti pembangkang itu atas beberapa perkara yang dicetuskan bersama parti pakatan pembangkang di mana mereka mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur, selain doa-doa yang dibaca oleh pemimpin mereka yang tidak sepatutnya diucapkan.

“Saya lihat penyokong Pas sekarang ‘sudah sedar’ sandiwara yang dimainkan parti itu dan ramai penyokong mereka akan menyertai Umno atau BN selepas ini,” katanya yang mengetuai 210 anggota dan penyokong Pas dari Kuala Besut menyertai UMNO.

Pada majlis itu seramai 310 anggota dan penyokong Pas dari Besut, Jabi (Setiu) dan Ru Redang (Marang) menyertai UMNO serta berjanji membantu parti pemerintah memenangi pilihan raya umum akan datang. – MediaUMNO

Jangan Runtuhkan Institusi Islam Yang UMNO Dan BN Bina Sejak Merdeka – TPM

Posted: 22 Dec 2012 04:05 AM PST

KUALA TERENGGANU, 22 Dis – Institusi Islam yang dibina oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh runtuh jika pembangkang mengambil alih negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau melahirkan kebimbangan itu setelah melihat perjuangan songsang pakatan pembangkang yang sanggup menjual nama Islam semata-mata mahu menjadi pemerintah.

“Bila sampai pilihan raya, bukan soal nak menang saja tapi nak tentukan (pertahankan) institusi yang telah kita bangun dan bina elok-elok. Kalau mereka (pakatan pembangkang) ambil alih kuasa dalam kerajaan untuk bermaharajalela, kebimbangan kita…asas yang telah dibina untuk pembangunan ummah akan diruntuhkan oleh mereka,” katanya.

Berucap pada majlis sepetang bersama penghulu, jawatankuasa kampung, imam dan bilal seluruh negeri Terengganu di sini hari ini, beliau berkata pemerintahan BN bersama-sama UMNO sebagai parti Islam utama terbukti mendapat pengiktirafan beberapa negara Islam lain.

Katanya negara Islam lain bukan sahaja memuji cara Malaysia menegakkan syiar Islam di negara ini, malah mahu menjadikan ia contoh kepada mereka dalam membangunkan Islam di negara masing-masing.

Kerajaan BN, katanya melaksanakan banyak usaha ke arah meningkatkan martabat umat Islam di negara ini namun atas sebab politik, pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk menggagalkannya.

“Pihak pembangkang, kalau boleh hendak menggagalkan segala-galanya…kita berjuang atas perjuangan UMNO dan BN iaitu berjuang atas apa yang telah ditetapkan dalam al-Quran,” katanya.

Beliau berkata jika benar kerajaan PAS mahu membangunkan Islam di Negara ini, mereka telahpun diberi banyak peluang untuk melaksanakannya di Kelantan.

“Kalau kerajaan PAS Kelantan kata membangun bersama Islam, apa kerajaan Kelantan buat…isu soal air pun tak dapat selesai,” katanya.

Muhyiddin berkata BN berada di landasan yang betul dan berjuang atas tuntutan agama serta tidak bercanggah dengan hukum agama sebagaimana yang didakwa pembangkang. – MediaUMNO

Nik Aziz Celupar – Muhyiddin

Posted: 22 Dec 2012 03:53 AM PST

KUALA TERENGGANU, 22 Dis – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.

Muhyiddin berkata kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS itu setiap kali menjelang pilihan raya.

“Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hokum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.

Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.

“Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya,” katanya.

Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; “Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin PAS,” katanya.

Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.

“Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira,” katanya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT