SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, December 27, 2013

UMNO Online - “2014 Belia Di Dun Bukit Besi Terima Wang Dana Bakti Remaja” plus 4 more

UMNO Online - “2014 Belia Di Dun Bukit Besi Terima Wang Dana Bakti Remaja” plus 4 more

Link to UMNO Online

2014 Belia Di Dun Bukit Besi Terima Wang Dana Bakti Remaja

Posted: 26 Dec 2013 09:12 AM PST

DUNGUN, 26 Dis –  Lebih 2,000 belia di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Besi hari ini menerima manfaat daripada Program Dana Bakti Remaja yang diberi oleh kerajaan Terengganu kepada golongan bujang berusia 21 hingga 40 tahun.

dana-program-kerajaan-negeri-terengganu-bakti-remaja

Masing-masing menerima wang tunai RM200 yang diserahkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Roslee Daud yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu.

Bagi Mohd Aizat Zakaria, 26, dari Kampung Jengai, wang tersebut akan digunanya untuk meringankan beban keluarga selepas kediaman mereka terbabit dalam bencana banjir baru-baru ini.

“Saya mahu beli peralatan dapur rumah yang rosak,” katanya yang turut memberitahu Bernama ini kali ketiga dia menerima dana itu.

Nik Aimuni Najiha Nik Adnan, 21, dari Kampung Jerangau Sungai pula bersyukur dengan sumbangan itu yang dapat dijadikan duit belanja semasa mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajiannya bulan lepas.

Seorang lagi penerima Aishah Ahmad, 23, dari Bandar Al Muktafi Billah Shah, berkata dia bersyukur kerana negerinya diperintah oleh sebuah kerajaan yang prihatin akan nasib orang muda sepertinya.

“Bukan senang orang nak bagi kita duit percuma macam ni, mujur ada kerajaan yang baik dan prihatin terhadap remaja, dapatlah juga saya merasa duit dana ini,” katanya.

Sementara itu Roslee berkata sebanyak 2,041 belia dari 26 buah kampung menerima wang berkenaan hari ini.

“RM200 ini memang bukan nilai yang besar untuk mereka yang bekerja dan mempunyai gaji yang besar, tetapi untuk golongan belia yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan hanya bergantung pada ibu bapa ianya sangat cukup bernilai,” katanya.

Beliau turut berharap penerima bantuan itu memanfaatkan sebaik-baiknya sumbangan berkenaan.-MediaUMNO

Pembangunan Luar Bandar Terus Jadi Misi Kerajaan – Najib

Posted: 26 Dec 2013 09:03 AM PST

najib-muhyiddin-sabah-sarawak-kerajaan-umno-bn-malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangunan luar bandar akan terus menjadi misi kerajaan dalam usaha menambah baik taraf kehidupan masyarakat.

Beliau menjadikan pembinaan jalan raya sejauh 100 kilometer menghubungkan daerah Kanowit, Song dan Kapit di Sarawak sebagai contoh.

“Pembinaan jalan raya bernilai RM722 juta itu dapat menaik taraf sistem perhubungan di Sarawak,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya berhubung projek yang telah 20 peratus siap itu.

Najib berkata ia sekali gus akan membantu merancakkan aktiviti ekonomi masyarakat setempat.-MediaUMNO

Naib Cancelor UNIMAP Diiktiraf Antara Saintis Terkemuka Dunia

Posted: 26 Dec 2013 02:56 AM PST

PARIS, 26 Dis – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin menutup tirai 2013 dengan melakar sejarah manis apabila diiktiraf sebagai antara ahli sains terkemuka abad ke-21 oleh sebuah badan antarabangsa.

Beliau menerima anugerah ‘The Name In Science’ daripada Dewan Perniagaan Eropah (EBA) sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Oxford dalam Sains dan Pendidikan selama empat hari yang berakhir 19 Dis di United Kingdom.

Prof-Dr-Kamarudin-Hussin-Unimap

Dalam wawancara dengan Bernama selepas mengakhiri lawatan kerja UniMAP ke Perancis Ahad lalu, Kamarudin menyifatkan penganugerahan itu bukan kejayaan peribadi tetapi kejayaan untuk UniMAP dan negara juga.

Katanya penganugerahan itu menyuntik semangat beliau untuk membawa UniMAP terus bersaing di persada dunia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti itu dalam kelompok elit dunia.

Majlis penganugerahan itu dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP yang turut menyaksikan universiti itu diisytihar sebagai pemenang kategori ‘Kampus Terbaik’.

Nama tokoh akademik berusia 58 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu sebenarnya tidak asing bagi EBA kerana pada April lalu, Kamarudin menerima anugerah ‘Pengurus Terbaik’.

UniMAP turut menerima anugerah ‘Best Enterprise’ untuk meletakkannya sebagai institusi akademik pertama di Malaysia yang menerima berkenaan.

UniMAP mempunyai lebih 10,000 pelajar termasuk kira-kira 700 pelajar antarabangsa dari 30 buah negara dan kini menduduki tempat ke-242 universiti terbaik di Asia berdasarkan penilaian QS University Rankings Asia 2013 yang dikeluarkan baru-baru ini.

UniMAP tahun lalu tidak tersenarai dalam kelompok 300 institusi terbaik Asia dan peningkatan ketara itu dianggap beliau sebagai hasil kejayaan penyelidikan yang dilakukan UniMAP.

Pada Oktober lalu universiti itu melakar sejarah apabila menjadi penerima anugerah perniagaan paling berprestij ‘The Bizz 2013′ oleh World Confederation of Businesses (WORLDCOB).

Kemenangan UniMAP lebih bermakna apabila WORLDBCOB turut mengisytiharkan Kamarudin sebagai penerima dua anugerah lain iaitu ‘World Business Leader’ dan ‘World Leader Business Person.’

WORLDCOB merupakan peneraju organisasi perniagaan yang berpusat di Houstan, Texas, Amerika Syarikat khususnya bagi memupuk pembangunan dan pertumbuhan lebih 3,000 syarikat dari 80 buah negara anggota.

Kejayaan itu membolehkan UniMAP menempatkan diri setanding dengan pertubuhan gergasi seperti Abu Dhabi University, Credit Libanais (Lebanon), Doha Bank (Qatar), The Imperial Hotel (India), Near East University Hospital (Turkey) dan Ethiopian Airlines (Ethiopia).

Kamarudin berkata kejayaan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa universiti bukan sahaja perlu menjadi institusi pendidikan melahirkan modal insan yang berdaya saing sebaliknya turut berperanan sebagai entiti perniagaan.

Antara pencapaian terbaharu UNIMAP ialah apabila memperoleh sembilan pengiktirafan dalam bidang penyelidikan di World Inventor Order Festival (WIAF) Kedua 2013 yang diadakan di Korea Selatan pertengahan Disember lalu.

Walaupun Kamarudin berada di Oxford ketika itu, namun namanya tetap diumum sebagai penerima anugerah ‘Merit of Commandeur’ yang merupakan anugerah tertinggi oleh Belgian Chamber of Inventors (BCI) dengan kerjasama Korea Invention News (KINEWS) pada WIAF itu.  Lapan lagi anugerah dimenangi oleh para penyelidik UniMAP.

Pada awal Disember, UniMAP cemerlang pada Seoul International Invention Fair (SIIF) 2013 yang berlangsung di COEX Hall, Seoul kerana kesemua sembilan produk yang dikemukakannya meraih pingat iaitu tiga emas, empat perak dan dua gangsa.-MediaUMNO

Kg Durian Telur Terima Dana RM1.67 Juta Bagi Program ‘My Kampung My Future’

Posted: 26 Dec 2013 12:08 AM PST

BESUT, 26 Dis – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  akan memperuntuk RM1.67 juta kepada Kampung Durian Telur, Hulu Besut tahun depan bagi melaksanakan pelbagai program di bawah ‘My Kampung My Future’ (MKMF).

Penyelaras MKMF Kampung Durian Telur Anuar Mahmud berkata lebih setengah juta ringgit dibelanjakan pada tahun ini bagi menyediakan pelbagai infrastruktur dan projek dalam usaha meningkatkan hasil pertanian penduduk yang terdiri daripada 563 keluarga.

moa-ministry-of-agriculture-kementerian-asas-tani-industri-malaysia

Katanya fokus MKMF tahun depan di kampung itu termasuk mewujudkan projek agropelancongan, baik pulih dusun, mengusahakan inap desa dan menaik taraf projek sedia ada.

“Setakat ini sembilan jenis projek pertanian dimulakan di Kampung Durian Telur yang dipilih sebagai kampung MKMF di Terengganu bermula tahun ini,” kata Anuar yang juga Timbalan Pegawai Pertanian Besut ketika ditemui di kampung itu di sini hari ini.

Katanya setakat ini pihaknya membantu memulakan projek penanaman padi organik, cendawan, ternakan ayam dan itik, pemeliharaan kelulut dan puyuh di samping ternakan ikan kolam dan ikan sangkar serta bengkel membaiki motosikal.

Anuar berkata program MKMF itu dibantu Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian.

Sejak program itu diwujudkan, sudah terdapat belia yang sebelum ini tinggal di luar daerah mula kembali ke kampung bagi memulakan projek yang disediakan dan jumlah itu dijangka bertambah tahun depan, katanya.-MediaUMNO

Jawatan Pemimpin DAP Tidak Sah Selagi ROS Belum Iktiraf Pemilihan – Zulkifli

Posted: 26 Dec 2013 12:04 AM PST

GEORGE TOWN, 26 Dis – Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor hari ini menggesa semua pihak supaya tidak mengiktiraf jawatan pemimpin DAP sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Beliau berkata sehingga kini DAP sebenarnya tidak mempunyai pemimpin yang sah di semua peringkat malah arahan dan keputusan yang dibuat oleh mereka juga dianggap tidak sah.

“Mereka ini dalam CEC hari ini tidak ada jawatan, jawatan yang diadakan adalah jawatan yang tidak sah. Jadi, saya harap semua yang berkenaan atau media jangan rujuk pemimpin-pemimpin ini dengan jawatan mereka.

dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat

“Ini kerana jawatan itu tidak sah. Anda nak sebut mereka sebagai bekas…betul, tetapi sebagai pengerusi, sebagai setiausaha agung…tidak, mereka bukan lagi…patut betulkan perkara ini,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Ketua Wanita Umno Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim yang mahu Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana melabel ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Jahara Hamid sebagai ‘nenek rasis’.

Lim menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’ apabila beliau dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman selepas mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Zulkifli berkata desakan Norliza itu adalah tidak tepat dari segi teknikal kerana Jawatankuasa Disiplin DAP tidak mempunyai kuasa selagi ROS belum mengiktiraf barisan CEC yang baru dilantik pada pemilihan semula 29 Sept lepas.

“Pada kesimpulannya semua keputusan dan arahan yang dibuat selepas 15 Dis 2012 adalah dianggap tidak sah selagi tidak mendapat pengiktirafan dari pihak ROS. Saya mohon semua pihak apabila membuat rujukan terhadap jawatan biarlah yang rasmi dan betul serta tidak mengelirukan rakyat,” tambahnya.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT