SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 24, 2013

UMNO Online - “Rafizi Kaki Putar Belit Fakta, Wujudkan Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan – Hamidah Osman” plus 8 more

UMNO Online - “Rafizi Kaki Putar Belit Fakta, Wujudkan Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan – Hamidah Osman” plus 8 more

Link to UMNO Online

Rafizi Kaki Putar Belit Fakta, Wujudkan Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan – Hamidah Osman

Posted: 23 Dec 2013 01:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng,  Datuk Hamidah Osman, membidas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang gemar memutar belitkan fakta bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.

Terbaru, kenyataan Rafizi yang mendakwa kerajaan BN menjual aset negara merupakan satu tuduhan semberono dan dilihat sebagai usaha memburukkan kerajaan tanpa berpegang pada asas fakta sebenar.

"Kalau kita tengok rekod Rafizi ni, dia memang suka putar belitkan fakta untuk timbulkan keraguan dan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.

"Ini memang kerja dia. Apa saja isu yang timbul, dia akan ‘spin’ sehingga memperlihatkan seolah-olah isu itu betul, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Apa yang penting baginya, wujudkan persepsi buruk dulu dan benar atau tidak fakta itu, soal nombor dua," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, inilah strategi dan permainan politik yang seringkali digunakan oleh pihak pembangkang secara berterusan bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan di kalangan rakyat.

"Kita sudah tengok banyak contoh dakwaan pembangkang yang tidak benar dan bohong belaka. Contoh yang paling ketara, ketika PRU yang lepas, di mana mereka dakwa macam-macam penipuan yang dibuat oleh BN untuk menang pilihanraya.

"Akhirnya, segala pembohongan mereka terbongkar malah segala dakwaan mereka, khususnya dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti isu blackout, warga bangla dan sebagainya dinafikan oleh ahli dan kepimpinan pembangkang sendiri,"tegasnya.

Justeru itu beliau menasihati rakyat umum agar menyelidik terlebih dulu sebarang dakwaan buruk pembangkang terhadap kerajaan kerana dibimbangi itu hanya satu provokasi, fitnah dan tohmahan untuk menjatuhkan imej kerajaan.

"Kita sebagai rakyat kena teliti dan selidik dulu. Bagi golongan muda yang tahu tentang IT, maklumat berada di hujung jari. Jadi, jangan terus terima apa saja dakwaan pembangkang, sebaliknya siasat terlebih dulu agar kita tahu cerita sebenar.

"Jika kita terus terima bulat-bulat apa saja yang didakwa oleh pembangkang, maka dibimbangi kita akan membuat pertimbangan yang salah dan seterusnya membuat keputusan yang boleh menjejaskan masa depan agama, bangsa, tanahair dan kita sendiri," jelasnya.

Rafizi pada Jumaat lepas, mendakwa kerajaan BN telah menjual aset negara sedangkan penjualan aset kerajaan dan pensekuritian gadai janji adalah amalan biasa yang diterima di seluruh dunia manakala di Malaysia, ia telah dilaksanakan sejak tahun 2004 lagi.

ASNB Announces 6.45 Sen Dividend, Highest Distribution In 13 Years

Posted: 23 Dec 2013 01:05 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 23 – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), a wholly-owned subsidiary of Permodalan Nasional Bhd (PNB), today announced an income distribution of 6.45 sen per unit for Amanah Saham Nasional (ASN) for the financial year ending Dec 31, 2013, the highest payout in 13 years.

ASNB declared an income distribution of 6.3 sen per unit for last year.

PNB Chairman Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid said the income distribution would involve a total payout of RM100.27 million and would benefit 1.25 million unitholders who currently hold a combined 1.55 billion ASN units.

He said the payout was in tandem with the robust economic development and equity market against a backdrop of uncertain external developments which included the lingering economic crisis in Europe, the subdued economic growth in China and investors concern over the gradual tapering of quantitative easing measures by the United States.

Speaking at a press conference to announce the income distribution, Ahmad Sarhi said as at Dec 21, 2013, ASN’s gross income stood at RM128.61 million.

From the amount, profit from the sale of shares contributed RM82.59 million followed by dividend income from investment in companies which contributed RM34.67 million while the balance of RM11.35 million was derived from other instruments.

As for prospects in 2014, President and Chief Executive Officer Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman said PNB was expected to perform well supported by the growth of Malaysian companies spurred by projects initiated under the Economic Transformation Programme.

Lebih 10,000 Belia Kelantan Daftar Jadi Pemilih Parlimen Belia Malaysia

Posted: 23 Dec 2013 01:02 AM PST

KOTA BAHARU, 23 Dis – Kira-kira 10,800 belia di Kelantan mendaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi pemilih bagi Parlimen Belia Malaysia yang akan dilaksanakan tahun depan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata bagaimanapun jumlah itu masih tidak mencukupi kerana negeri ini diperuntukkan kira-kira 11,500 daftar pemilih.

“Sebanyak 645,000 belia direkodkan di Kelantan pada tahun ini dan Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan kuota sebanyak 30 peratus daripada jumlah itu untuk daftar pemilih di negeri ini.

“Kami masih kekurangan kira-kira 700 pemilih sebelum tarikh tutup bagi menyertai Parlimen Belia pada hujung tahun,” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) peringkat negeri ini di sini malam tadi.

Parlimen Belia Malaysia merupakan platform bagi menyuarakan suara belia yang berbeza daripada kaedah pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) kerana ia memberi peluang kepada 80 peratus belia yang tidak menganggotai persatuan belia, bersuara bagi mewakili belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara.

Mengenai ASUS, Makhtar berkata sebanyak lapan kategori dipertandingkan pada tahun ini iaitu Pemimpin Lelaki, Pemimpin Wanita, Penggerak dan Sukarelawan, Keluarga Aktif, Pemimpin Orang Kurang Upaya, Persatuan Sukan, Kelab Sukan Komuniti Cemerlang dan Tokoh ASUS.

“Anugerah ini merupakan pengiktirafan kerajaan kepada individu dan organisasi yang telah berjasa dan memberi sumbangan cemerlang dalam pembangunan sukan untuk semua atau dikenali sebagai ‘Sukan Massa’.

“Ia dilihat dapat meningkatkan kesedaran dan penglibatan yang menyeluruh masyarakat dalam aktiviti sukan untuk semua selaras ke arah membentuk masyarakat berbudaya sukan,” katanya.

Pemenang bagi setiap kategori individu membawa pulang hadiah wang tunai antara RM1,000 dan RM2,000 manakala kategori kumpulan membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000, katanya.

Mengulas mengenai pembangunan belia melalui program berbentuk kesukanan di negeri ini, Makhtar berkata sebanyak 222 program dilaksanakan sejak Januari hingga November lepas, melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta.

“Sebanyak 26,000 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan umur menyertai program yang dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan Kelantan itu,” katanya.

FELDA Peruntuk RM40 Juta Untuk Program Pembangunan Peneroka

Posted: 23 Dec 2013 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Felda memperuntuk RM40 juta kepada Yayasan Felda bagi melaksanakan pelbagai program berkaitan pembangunan warga peneroka setiap tahun.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata daripada jumlah itu, Yayasan Felda memperuntuk kira-kira RM17 juta bagi tujuan program latihan dan kemahiran anak peneroka.

“Sehubungan itu, kita merancang menambah nilai program latihan dan kemahiran sedia ada di kesemua Kolej Yayasan Felda (KYF) selain menaik taraf sijil pelajar lulusan KYF.

“Setakat ini, kita telah menjalin kerjasama dengan badan anugerah vokasional yang berpangkalan di United Kingdom iaitu City & Guilds bagi memenuhi keperluan piawaian program latihan memandangkan institusi itu mendapat pengiktirafan dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Sesi 2/2013 di Menara Felda hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Yayasan Felda Datuk Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar serta kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Felda, ibu bapa dan graduan.

Dalam pada itu, Isa berkata Felda sentiasa menyediakan pelbagai ruang dan peluang kepada anak peneroka bagi meneruskan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi.

Beliau berkata pelbagai usaha akan dilaksana termasuk menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memperkasa generasi kedua Felda agar dapat menghasilkan modal insan berkemahiran serta tenaga mahir.

Terdahulu, Isa menyampaikan sijil kepada 310 pelajar serta anugerah kepada 14 pelajar terbaik empat KYF iaitu kampus Raja Alias, Kelana Jaya, Trolak dan Mempaga.

Kesemua pelajar terbaik menerima sijil beserta wang tunai RM500 dan cenderahati Inovasi.

Pelajar terbaik KYF Kampus Raja Alias, Mohamad Hafizal Kamarudin, 20, yang mengikuti Kursus Pendandan Rambut Tahap Dua melahirkan rasa syukur kerana berjaya merangkul anugerah itu serta mengharumkan nama Felda.

“Segala masalah yang dihadapi semasa belajar dapat saya atasi dan saya jadikan sebagai motivasi untuk membalas jasa kedua ibu bapa,” kata Mohamad Hafizal yang bercita-cita membuka salun di Felda Triang 3, Pahang.

Setakat ini, Yayasan Felda menganjurkan 14 kursus kemahiran sejak beroperasi lima tahun lepas dan melatih lebih 13,000 anak peneroka membabitkan perbelanjaan kira-kira RM250 juta.

Najib Dan Isteri Tunai Umrah

Posted: 23 Dec 2013 12:31 AM PST

MAKKAH, 23 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di sini pada Ahad malam.

Najib memulakan tuntutan ibadah itu dengan bertawaf mengelilingi Baitullah, sebanyak tujuh kali bersama Rosmah.

Selesai bertawaf, perdana menteri dan isteri mengerjakan solat sunat tawaf sebelum melakukan ibadah Sai’e dan bertahallul.

Dalam kesibukannya sebagai perdana menteri, Najib telah ke tanah suci menunaikan ibadah haji bersama Rosmah pada 2011.

Dan semalam, Najib diberi layanan berstatus tetamu negara di Madinah untuk lawatan kerja empat harinya di Arab Saudi.

Pada pagi Isnin, perdana menteri bertemu rakyat Malaysia di Restoran D’Saji dalam suasana santai sambil bersarapan.

Normala Umum Perlantikan Barisan Kepimpinan Puteri UMNO Sabah

Posted: 23 Dec 2013 12:19 AM PST

KOTA KINABALU, 23 Dis – Ketua Puteri UMNO Sabah Normala Rasik, yang baru dipilih menerajui pergerakan itu, hari ini mengumumkan barisan kepimpinan Puteri UMNO negeri.

Normala menggantikan Musliati Moslimin yang melepaskan jawatan ketua kerana faktor usia melebihi had umur 35 tahun.

Normala yang juga anggota Exco Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO Kudat sejak 2004 dibantu Ketua Puteri Semporna Zakiah Kalipunya yang mengekalkan jawatan naib netua pada pemilihan parti lepas.

Ketua Puteri Penampang Dayang Sarinah Yassin dilantik penolong setiausaha agung yang baharu manakala Ketua Puteri Kota Kinabalu Salmi Sarinoh (penolong bendahari) dan Ketua Puteri Pensiangan Norhafizah Muhamin (ketua penerangan).

Barisan kepimpinan anggota jawatankuasa menyaksikan hampir 70 peratus muka baharu iaitu Ketua Puteri Bahagian Sharifah Lydia Sharif Dandan (Kota Marudu), Fadilahn Sarbi (Sepanggar), Daliah Md Zain (Putatan), Fahzean Mohiddin (Papar), Suzana@Fauzieah Jamadih (Beaufort).

Yang turut dilantik ialah Suzie Hamat (Sipitang), Rusnah Sait (Ranau), Salbiah Syhaideh@Junaideh (Keningau), Norhazrilah Latif (Tenom), Karmi Ariffin (Libaran), Hazulizah Md Dani (Batu Sapi), Dayang Norhayati Titing (Kinabatangan), Zuraidah Asdian (Silam) dan Halina Michanael (Kalabakan).

Muka lama ialah Masnatu Satong (Kota Belud), Effaridun Ismail (Tuaran), Saudah Sarzaman (Kimanis), Siti Haibah Abdul Majid (Sandakan) dan Nazliah Ali (Tawau), Julie Sabran (Beluran).

Bercakap dalam sidang akhbar ketika mengumumkan perkara itu, Normala berikrar akan menyahut cabaran parti untuk menambah kira-kira 20,000 anggota.

Beliau berkata rekod keanggotaan Puteri bertambah sejak penubuhannya kepada 368,000 orang termasuk di Sabah paling ramai iaitu 55,000 anggota.

“Saya ingin menyahut saranan Puteri UMNO pusat untuk membawa misi dan visi utama pergerakan Puteri Sabah bagi penggal ini dengan mendaftarkan sebanyak mungkin anggota Puteri di negeri ini.

Normala turut melahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Puteri Umno yang baharu Mas Ermieyati Samsudin atas pelantikan beliau memimpin sayap parti itu.

Beliau mengingatkan semua anggota supaya menekankan ketelusan dan disiplin bagi memantapkan transformasi parti selain bekerjasama rapat dengan Pergerakan Pemuda dan Wanita.

Beliau akan mengadakan mesyuarat pertama Puteri UMNO negeri pada 4 Jan bagi membincangkan hala tuju pergerakan itu.

PDRM Jalin Kerjasama Dengan Polis Thai Perketat Pengawasan Sempadan

Posted: 22 Dec 2013 09:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Polis Malaysia melipatgandakan usaha untuk memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berikutan kejadian letupan di selatan negara jiran itu semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata kerjasama rapat juga dilakukan antara polis Malaysia dan Thailand bagi mempertingkat kawalan di sempadan ekoran kejadian itu.

Beliau berkata kerjasama dari segi risikan dan pemeriksaan di sempadan sentiasa dijalankan antara pasuksn polis kedua-dua negara bagi mengekang kejadian sama daripada berulang.

“Kita memang ada jalankan kerjasama. Langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil oleh kedua-dua pihak bagi membendung kejadian sebegini,” katanya.

Semalam lebih 20 warga Thailand cedera dalam tiga kejadian letupan bom di selatan Thailand iaitu berhampiran Balai Polis Sadao yang disusuli letupan kedua berhampiran Balai Polis Padang Besar dalam kawasan Thailand dan letupan ketiga di hadapan Hotel Oliver, Padang Besar juga dalam kawasan Thailand.

Police Detain Two More Suspect In Connection With Microchips Heist In Bayan Lepas

Posted: 22 Dec 2013 08:17 PM PST

GEORGE TOWN, Dec 23 – Police detained two suspects in connection with the RM800,000 microchips theft at the Free Industrial Zone in Bayan Lepas last Friday.

Penang deputy police chief Datuk A. Thaiveegan said the two suspects, aged 30 and 40, were detained in Ipoh, Perak, a day after the heist to assist investigations.

He said police had so far detained three suspects, including a lorry driver, who was detained on the very same day of the robbery.

“One of the suspects has a previous criminal record for drugs. Our target now is to track down the mastermind who is believed to be outside Penang,” he told reporters, here today.

However, Thaiveegan did not reveal any other details of the two suspects because investigations were ongoing and the remaining 10 boxes of microchips were not in their possession.

Thaiveegan also clarified that the stolen microchips were worth RM1.5 million and not RM5 million as reported earlier when 22 boxes of microchips were reported missing from a factory at 9pm on Friday.

He said of the 22 boxes, 12 boxes were recovered from a lorry which the police had traced using the Global Positioning System (GPS).

In the 9pm incident, a lorry laden with 22 boxes of microchips was reported missing after the driver left the vehicle to obtain documents from the factory.

He said the police were investigating the case from various angles, including the possibility that the crime was an “inside job”.

Najib Ucap Tahniah Kepada Kontinjen Suka SEA Malaysia

Posted: 22 Dec 2013 06:40 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada kontinjen negara yang melepasi sasaran 40 emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar.

“Sasaran 40 pingat emas tercapai. Syabas atlet Malaysia atas usaha bersungguh-sungguh mengharumkan nama Malaysia,” katanya dalam catatan laman Twitter beliau.

Temasya Sukan SEA melabuhkan tirainya hari ini selepas bermula secara rasmi pada 4 Dis lepas.

Kontinjen negara mengutip 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa, mengatasi sasaran 40 emas yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT