SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, December 11, 2013

UMNO Online - “Candi 11 Yang Dimusnah Adalah Tapak Tamadun, Bukan Tempat Penyembahan” plus 9 more

UMNO Online - “Candi 11 Yang Dimusnah Adalah Tapak Tamadun, Bukan Tempat Penyembahan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Candi 11 Yang Dimusnah Adalah Tapak Tamadun, Bukan Tempat Penyembahan

Posted: 10 Dec 2013 03:39 AM PST

SUNGAI PETANI, 10 Dis – Candi 11 yang menarik perhatian banyak pihak tindakan meroboh oleh pemaju adalah tamadun yang dipercayai bertapak di Lembah Bujang seawal kurun ke-5 hingga 8 Masehi dan bukanlah tempat penyembahan.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata candi itu sebaliknya hanyalah binaan yang dibuat semula pada 1974 dan boleh dibina semula di tempat lain.

“Tapak Candi 11 bukan tempat penyembahan atau ibadat semata-mata tetapi lebih kepada tamadun. Pihak berkenaan tidak perlu mendesak sangat dalam isu ini kerana kerajaan negeri juga kecewa walaupun ia kes terpencil.

“Saya tidak anggap isu ini sebagai kecil namun bukanlah gambaran pemusnahan candi yang seharusnya dipulihara,” kata Mukhriz yang menjawab pertanyaan pemberita berikutan desakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) agar tapak warisan itu diwartakan segera.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis makan tengah hari bersama Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) cawangan Kedah di sini hari ini.

Kerajaan negeri, kata Mukhriz, sememangnya berhasrat mewartakan semua tapak warisan malah telah beberapa kali berusaha mendapat pengiktirafan Unesco untuk mewartakan Lembah Bujang sebagai tapak warisan antarabangsa.

Mukhriz berkata beliau akan membuat cadangan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membangunkan kawasan tamadun yang bersejarah agar menjadi pusat tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa.

Katanya kedudukan candi yang berselerak meliputi kawasan lebih 1,000 hektar wajar dipindahkan dan ditempatkan dalam satu kawasan kerana usaha ini banyak dilaksanakan di tempat lain namun memerlukan dana yang besar.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai dana untuk tujuan ini. Kita mempunyai komitmen lain untuk membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat,” kata menteri besar.

Beliau berkata teknologi canggih seperti satelit dan alat pengesan perlu digunakan untuk mengesan dan mengenal pasti artifak serta kawasan yang mempunyai nilai warisan dan sejarah.

Pemohon Pasport Tidak Perlu Bawa Foto Mulai 1 Mac 2014 – Zahid

Posted: 10 Dec 2013 01:44 AM PST

PUTRAJAYA, 10 Dis -  Mulai 1 Mac tahun depan, warga Malaysia yang memohon pasport baharu, penggantian pasport atau penyambungan pasport gantian tidak perlu membawa foto untuk dilekatkan di borang permohonan mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemohon hanya perlu datang ke pejabat imigresen untuk mengambil gambar mereka.

“Tiada caj dikenakan untuk pengambilan foto itu dan tiada bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan pengambilan gambar berkenaan kerana ia adalah arahan diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus kepada beliau dan Jabatan Imigresen baru-baru ini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri Hari Imigresen 2013 di ibu pejabat Jabatan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mod Radzi dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Dalam pada itu, Alias berkata bagi tahun 2012, Jabatan Imigresen menerima sebanyak 2.3 juta pemohon pasport Malaysia.

Justeru itu, jabatan menjangkakan tahun ini (2013) pemohon meningkat kepada 2.6 juta.

Sementara itu, Zahid berkata mulai sekarang pelancong China dan India perlu memohon visa sebelum memasuki Malaysia selepas Jabatan Imigresen mendapati jumlah pelancong asing yang tinggal melebihi tempoh masa yang ditetapkan di Malaysia adalah tinggi.

“Jabatan Imigresen mendapati sebanyak 39,000 pelancong India dan 6,000 pelancong dari China tinggal di Malaysia melebihi masa dan pihak Imigresen bersama pihak berkuasa yang lain telah pun menjalankan gerakan untuk mencari mereka dan menghantar mereka pulang ke negara asal,” katanya.

Mengenai pemberian pistol bagi kalangan penguatkuasa Jabatan Imigresen, sebanyak 180 pucuk pistol yang sedia ada tidak mencukupi dan Kementerian Dalam Negeri akan mempertimbang untuk membekalkan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen dengan senjata api kelak.

“Pemberian pistol akan diuruskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen… dan pemberian bergantung kepada jawatan mereka dan kesesuaian untuk mengelakkan kejadian penyalahgunaan senjata api tersebut,” katanya.

Ditanya adakah KDN mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya berikutan kejadian rusuhan di kawasan Litle India Singapura Ahad lepas, Zahid berkata kementerian sentiasa bersiap-siaga dan melakukan pemantauan di semua kawasan tumpuan warga asing di seluruh negara.

Kad Pengenalan : Kerajaan Cadang Peguam Negara Tingkat Kadar Hukuman

Posted: 10 Dec 2013 01:34 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis - Kerajaan telah mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara untuk meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan kad pengenalan MyKad mereka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan itu adalah untuk individu yang tidak mempunyai bukti atau penjelasan khusus mengenai kehilangan MyKad.

“Kita (telah mencadangkan supaya) meningkatkan caj kehilangan MyKad terhadap mereka yang tidak mempunyai bukti dan penjelasan khusus, melainkan kehilangan berlaku berpunca daripada insiden yang tidak boleh dielakkan seperti kebakaran,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar di Dewan Negara di sini, Selasa.

Abdul Rahman bertanya sama ada kerajaan bercadang mengenakan hukuman lebih ketat bagi mereka yang hilang kad pengenalan terutama yang hilang berulang kali supaya dijadikan pengajaran.

Selain itu, Wan Junaidi berkata kementerian akan mempertimbang cadangan untuk mengembalikan semula keperluan membuat laporan polis terhadap kes kehilangan MyKad.

Beliau berkata pemansuhan keperluan itu sebelum ini telah mengakibatkan kesukaran pihak berkuasa membuat siasatan lanjutan sama ada kes kehilangan itu benar atau palsu.

Menjawab soalan asal Senator Dr Ariffin Omar (DAP-Pulau Pinang), Wan Junaidi berkata kewujudan sindiket memperdagang MyKad belum dapat dibuktikan walaupun berlaku peningkatan kes kehilangan kad-kad tersebut sejak kebelakangan ini.

“Meskipun berlaku peningkatan jumlah kehilangan kad tersebut dari tahun ke tahun, kehilangan itu tidak mendadak dan masih belum ada bukti terperinci kewujudan mereka.

“Melalui beberapa serbuan hasil kerjasama agensi-agensi di bawah kementerian, didapati kebanyakan kes menunjukkan individu terbabit menggunakan MyKad yang diubah suai daripada kad asli,” katanya.

Menurutnya kerajaan mengubahsuaian MyKad tahun ini dengan menggunakan cetakan turisan laser, penggunaan nombor siri cip yang unik dan mempunyai ‘ghost imej’ yang jelas, menunjukkan keberkesanan berikutan imej yang ada tidak dapat diubah suai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Cukai GST Akan Bantu Kerajaan Dapat Pendapatan Tetap

Posted: 10 Dec 2013 01:16 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis  - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh membantu mengurangkan hutang negara kerana ia akan menjadi pendapatan tetap dalam bentuk perolehan antara RM20 dan RM30 bilion setahun.

Menurut Senator Datuk Chin Su Phin, perbelanjaan kerajaan semakin meningkat setiap tahun, dengan ratusan bilion dan pendapatan daripada hasil lain seperti minyak, tidak menentu.

“Saya percaya GST memberi nilai tambah memandangkan ia diperoleh secara berterusan…ia bukan perkara baharu kerana rancangan untuk melaksanakannya sudah dibincangkan sejak tujuh tahun lepas, dan ada pihak (pembangkang) yang mengelirukan rakyat dengan isu ini,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 hari ini.

Menurut analisis majalah Forbes, jumlah isi rumah yang berhutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia ialah 83 peratus dan ia merupakan rekod yang sangat membimbangkan, dan dengan kehadiran GST, rakyat Malaysia akan mengurangkan tabiat mereka untuk berbelanja, katanya.

Beliau berharap GST tidak dikenakan ke atas barang keperluan asas termasuk keperluan kanak-kanak, tetapi ke atas barangan yang disediakan di tempat mewah.

Chin juga meminta kerajaan merendahkan cukai GST daripada enam peratus kepada tiga peratus sahaja seperti kebanyakan negara yang baru memperkenal GST.

GST dan pengurangan subsidi yang tidak popular ini bukan dibuat secara sesuka hati dan beliau yakin kerajaan sudah pasti telah mengkaji impak social ekonomi ke atas rakyat untuk memastikan hanya golongan sasaran tertentu benar-benar dibantu.

GST akan membantu memacu Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020, namun Chin mahu juga kerajaan melihat ancaman rasuah yang terbukti menjadi antara faktor utama meruntuhkan ekonomi Greece sehingga negara itu menjadi bankrap.

“Kos pembangunan Greece meningkat enam kali ganda berbanding negara Eropah  lain disebabkan bayaran-bayaran istimewa yang dikenakan untuk sesuatu projek… ini disokong dengan Indeks Persepsi Rasuah 2012, dengan Greece antara 27 negara yang paling kuat rasuah,” katanya.

Samakan Anwar Dengan Mendiang Mandela Kenyataan Syok Sendiri

Posted: 10 Dec 2013 01:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan Naib Presiden PKR, N. Surendran menyamakan perjuangan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan Mendiang Nelson Mandela adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak wajar sama sekali.

Ujarnya, mendiang Mandela dipenjarakan kerana memperjuangkan anti perkauman dan bukan atas kesalahan jenayah seperti Anwar.

anwar-syok-sendiri-madiba-mandela-mati

"Anwar masuk penjara kerana salah guna kuasa ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kerana liwat. Ini jauh berbeza dengan mendiang Mandela yang dipenjarakan kerana memperjuangkan kepentingan rakyat negara Afrika Selatan.

"Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila kerana masuk penjara maka Anwar boleh diumpamakan seperti Mandela. Perjuangan mereka amat jauh berbeza," jelasnya kepada UMNO-Online.

Jelasnya lagi pembangkang harus berasa malu dan menilai semula secara rasional adakah kenyataan menyamakan Anwar dengan Mandela adalah satu kenyataan yang rasional ataupun syok sendiri.

Sebelum ini Surendran mengeluarkan kenyataan menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh Malaysia yang paling layak dibandingkan dengan bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela yang meninggal dunia minggu lalu kerana masing-masing pernah dipenjarakan. - MediaUMNO

anwar-not-nelson-mandela-pru13

anwar-not-mahatma-ghandi-pru13

Mesej Presiden Ingatkan Kembali Asas dan Tujuan Penubuhan UMNO

Posted: 10 Dec 2013 01:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ahli-ahli UMNO bukan sahaja perlu menghayati ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang berlangsung Sabtu lalu tetapi mereka juga perlu mengaplikasikan tuntutan yang diberikan kerana ia adalah yang terlakar dalam Perlembagaan parti sendiri, kata penganalisis politik, Prof Madya. Dr. Hanafiah Harun

Ujarnya, apabila Presiden parti menggariskan tiga mesej utama kepada para perwakilan maka sebenarnya ia adalah untuk mengingatkan semula ahli-ahli UMNO berkaitan asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan.

"Tiga perkara utama yang disebut oleh Presiden adalah apa yang menjadi perjuangan UMNO selama ini namun ia kembali diingatkan agar ahli-ahli UMNO dapat memanfaatkannya di peringkat akar umbi dengan memahami dan terus mendukung perjuangan sebenar UMNO itu sendiri," katanya kepada UMNO-Online.

najib-presiden-ucapan-penggulungan-naik-semangat-ahli-perhimpunan-umno-2013-pwtc

Dalam ucapan penggulungannya, Najib menganggap Perhimpunan Agung UMNO 2013 sebagai menyokong kesungguhan kerajaan meninggikan syiar dan syariat Islam, serta mempertahankan kesucian Islam sementara mesej kedua melihat perjuangan agenda ekonomi Bumiputera dijalankan secara bersungguh-sungguh dan yang ketiga berkait dengan agenda transformasi UMNO yang menyebut cara kerja dalam UMNO iaitu orang UMNO perlu sentiasa mempunyai semangat kuat.

"Ahli-ahli UMNO keseluruhannya perlu menyokong apa yang diperkatakan oleh Presiden parti dengan memahami aspirasi yang diperjuangkan UMNO itu sendiri dan bukannya sekadar ikut-ikut atau sebagainya.

"Bagi mereka yang benar-benar mencari erti perjuangan maka mereka akan cuba menghayati asas penubuhan UMNO tanpa mengharapkan imbuhan atau sebagainya kerana UMNO wujud bukan untuk menjanjikan kemewahan, projek atau apa-apa sahaja berkaitan materail selain agenda untuk bangsa Melayu tetapi bagi yang tidak faham hanya akan merosakkan UMNO itu sendiri."

Tegasnya yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), apabila Presiden parti menyebut berkaitan syariat dan syiar Islam maka ia adalah selari dengan konsep Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, iaitu ada badan pelaksana, ada penguatkuasaan, dan ada strukturnya bagi memastikan segala perancangan berlangsung lancar.

"Perkara ini tidak boleh dilaksanakan secara main-main atau separuh-separuh tetapi perlu dibuat sepenuh hati dengan kesungguhan berlandaskan persediaan misalnya, ada kepakaran, ada ilmu dan ada amanah yang terpikul dalam memastikan kesungguhan kerajaan meninggikan syiar dan syariat Islam, serta mempertahankan kesucian Islam."

Berkaitan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera, beliau menganggap hal tersebut tidak akan dapat dijayakan tanpa adanya sikap saling membantu antara satu sama lain kerana satu-satu bangsa itu tidak akan berjaya sekiranya ada sikap mementingkan diri sendiri.

"Bangsa Melayu perlu sedar bahawa hanya atas usaha sendilah baru bangsa itu akan berjaya tanpa adanya kebergantungan kepada pihak lain apatah lain keberhutangan untuk menunjukkan kekayaan dan bermegah-megah."

Ujar beliau, dalam usaha untuk melaksanakan mesej ketiga iaitu mentransformasikan ahli UMNO sendiri maka pemahaman kepada usaha berterusan dalam perjuangan UMNO adalah satu kemestian.

"Dalam UMNO sendiri, ahli-ahlinya dari pelbagai peringkat dengan latar belakang yang berbeza namun apabila bersatu maka tentunya akan dapat membentuk kesatuan yang membolehkan setiap anggota menyumbang peranan masing-masing untuk kejayaan bersama.

"Jangan bahagikan ahli UMNO kepada kelompok-kelompok kecil atau melabel kepada kasta-kasta tertentu kerana di dalamnya ada golongan profesional, ada yang cerdik pandai, ada yang rajin bekerja dan macam-macam lagi tapi semuanya berperanan penting sebaliknya ahli UMNO itu sendiri perlu sepakat untuk perjuangan agenda bangsa Melayu dan bumiputera keseluruhannya."

Tambah beliau, apa yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapannya adalah satu ingatan berasaskan kepada asas dan tujuan UMNO selaku parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. – MediaUMNO

PM Announces Khazanah Nasional’s RM10 Million Donation For Flood Relief

Posted: 10 Dec 2013 12:24 AM PST

NUSAJAYA (Johor), Dec 10 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today announced that Khazanah Nasional Berhad, the investment holding arm of the government, will donate RM10 million for flood relief and rehabilitation.

Najib, who is also Khazanah Nasional chairman, said the donation would go towards helping the people who were affected by the recent floods in the country.

Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor were badly affected by the floods which have begun to recede in most of the states.

“Khazanah (Nasional) has recorded an encouraging performance and agrees to donate RM10 million for flood relief and rehabilitation,” Najib said at the opening of the Traders Hotel, Puteri Harbour, and Legoland Resort Malaysia, here.

Earlier, Najib, who was accompanied by Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Johor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Khazanah Nasional deputy chairman Tan Sri Mohamed Nor Yakcop and Khazanah Nasional managing director Tan Sri Azman Mokhtar, chaired the 69th meeting of the Khazanah Nasional board of directors at the Traders Hotel.

Meanwhile, Khazanah Nasional said in a statement that the RM10 million donation was to help extend the relief effort, rehabilitation and preparedness of the flood-hit states.

“The donation is directed towards flood relief, rehabilitation and preparedness to face the new wave of floods. It is also to support initiatives to ensure readiness in the medium and long term,” said the statement.

Khazanah Nasional said the donation was a continuation of ongoing efforts by several government-linked companies in which Khazanah Nasional has investments.

The statement said Khazanah Nasional would work with the National Security Council and volunteer relief organisation Mercy Malaysia in the flood relief efforts.

Guan Eng Biadap, Hina Wanita.. Digesa Mohon Maaf Dalam Sidang DUN

Posted: 09 Dec 2013 11:23 PM PST

GEORGE TOWN, 10 Dis  - Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid menyifatkan kenyataan Ketua Menteri  Lim Guan Eng yang melabelnya “racist grandmother” atau nenek rasis sebagai biadab dan tidak sopan.

Beliau yang sangat kecewa dengan label itu mahu Ketua Menteri memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.

“Lim tidak sepatutnya merendah kaum wanita dan perkataan itu tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Ketua Menteri.

“Itu adalah satu penghinaan kepada semua wanita di dunia ini dan saya mahu Lim memohon maaf,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

guan_eng_rasis_angkuh_biadap_sombong

Dalam laporan akhbar hari ini, Lim telah melabel Jahara sebagai seorang nenek rasis kerana membawa isu perobohan gerai-gerai makanan tidak berlesen yang didakwa dilaksanakan secara tidak adil dalam persidangan DUN semalam.

Sementara itu, Jahara berkata kerajaan negeri pimpinan DAP telah bersikap “berat sebelah” dengan perbezaan layanan dalam  meroboh gerai-gerai makanan tanpa lesen di negeri ini.

Katanya, terdapat empat restoran “makanan laut” yang besar telah beroperasi di tanah milik kerajaan negeri di Jalan Bagan Ajam yang berada tepi pantai namun tiada tindakan perobohan dilakukan.

“Restoran seafood berkenaan dibina dengan konkrit tetapi hanya diberi kompaun setahun sekali sebaliknya seorang makcik yang berniaga di depan rumahnya di Persiaran Gurney, gerainya telah diroboh tanpa diberi sebarang notis minggu lepas,” katanya.

Beliau berkata keempat-empat restoran makan laut itu dibina di satu bangunan kekal tetapi mereka hanya dikenakan kompaun.

“Ini satu tindakan yang tidak telus dan kurang adil dan saya berharap Lim dapat memberikan penjelasan yang munasabah,”  katanya.

Sabah Government Is Conscious Of Racial Sensitivities – Tawfiq

Posted: 09 Dec 2013 11:19 PM PST

TAWAU, Dec 10  - The government is conscious of the sensitivities of the different races in the state and realises the need to maintain the harmony and rapport among them, according to a local leader.

State Youth and Sports minister Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan said the diversity had not hindered the various communities from accepting and cooperating with one another, to which the government saw the need to practise fairness.

“This was evident during the intrusion in Lahad Datu last February. Even though the incident was linked to the Suluk community, the issue was handled intelligibly and civilly.

“As we know, many residents in Sabah are of the Suluk race including myself. At the beginning, the operation to counter the intrusion was dubbed ‘Ops Sulu’ but the term was later changed to ‘Ops daulat’ because the initial term seemed to imply a mission to eliminate the Suluk people.”

He said this at the presentation of the Pingat Jasa Malaysia (PJM) to 30 Malaysian Armed Forces (MAF) veterans here last night.

Tawfiq who is also Apas assemblyman said the government’s action during the intrusion proved that it was constantly aware of its commitment to protect the communities in the state in the interest of peace and unity.

Meanwhile, he stressed that the government acknowledged the service and sacrifice of security forces particularly the MAF to safeguard the peace and harmony in the country.

Ibu Pejabat UMNO Sumbang Setengah Juta Botol Air Mineral Kepada Mangsa Banjir

Posted: 09 Dec 2013 11:05 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ibu Pejabat UMNO Malaysia hari ini menyumbangkan hampir setengah juta botol air mineral kepada semua kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh, setelah meneliti keperluan yang yang telah disumbangkan oleh pelbagai pihak maka Ibu Pejabat menyedari bahawa bekalan air bersih amat diperlukan oleh semua mangsa banjir.

Jelas beliau sumbangan ini diserahkan melalui Badan-Badan Perhubungan Negeri yang akan membantu di dalam mengagihkan mengikut keperluan di kawasan masing-masing.

"Kita melihat suasana banjir ini dijangka akan ada gelombang kedua dan bekalan air bersih adalah amat penting untuk mereka yang terlibat dengan bencana ini. Oleh itu, Ibu Pejabat mengambil keputusan untuk mengedarkan bantuan air bersih dari semasa ke semasa mengikut keperluan," ujarnya selepas melepaskan konvoi Misi Bantuan Bekalan Air Bersih Untuk Mangsa Banjir di Menara Dato' Onn  di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mengulas mengenai sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu banjir ini.

Jelas Rauf, rakyat boleh menilai siapa yang datang sewaktu mereka susah ketika mereka memerlukan perhatian dan bantuan.

"Hanya kerajaan BN yang mampu melakukannya malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya sanggup meninggalkan Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlangsung untuk melihat dan memahami sendiri masalah rakyat yang menjadi mangsa banjir.

"Bagi mereka yang berkepentingan politik dan mahu terus memainkan isu ini untuk berpolitik maka ini terserah kepada rakyat untuk menilai. Kita pula akan terus cuba membantu apa yang terdaya walaupun ada yang tidak menghargainya," ujarnya lagi. – MediaUMNO

setiausaha-kerja-rauf-yusoh-ketua-setiausaha-jamaluddin-abd-aziz-ibu-pejabat-umno-malaysia-bantuan-mangsa-banjir-air-mineral-bersih

suk-rauf-yusoh-ibu-pejabat-umno-malaysia-bantuan-mangsa-banjir-air-mineral-bersih

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT